Thursday, May 29, 2008

rindu

aku tak tahu mana yang lebih aku rindu,sama ada sekolah mahupun teman teman yang pernah aku kenali di Sekolah ...bila diingatkan kembali aku merasakan aku paling rindu akan sahabat sahabat aku serta perasaan gembira yang aku ada pada waktu itu...kenangan yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup aku,aku bersyukur kerana dengan kemudahan kemudahan yang ada pada zaman ini membolehkan aku mahupun teman temanku berhubung dengan lebih pantas lagi..terdapat beberapa kenangan yang tak akan aku lupakan sampai ke hujung nyawa...antaranya

1 nasi lemak di kantin sekolah ,entah kenapa rasa nasi lemak kat situ bagi aku sedap sangat,lama aku tak jumpa kak za,sungguh baik dia akak tu,har hari belanja aku.Kalau ke kantin aku suka order nasi lemak dan air teh ais

2 kalau diingatkan,hari khamis dan jumaat adalah hari yang budak di asrama suka sebab dapat makan nasi minyak ataupun nasi ayam,sedapnya masa tu...berlari lari keluar dari kelas,berebut pinggan macam orang tak pernah makan nasi je (aku la tu)

3 kat sekolah dulu ada bilik sakit,walaupun aku tak sakit aku suka dok kat lam bilik tu dan pura pura macam sakit.

4 nak guna telepon kena beratur terlebih dahulu bukan main redah je tapi ada yang tak reti bahasa ,bantai je la (aku la tu)

5 ramai sungguh cikgu cikgu yang baik masa aku belajo dulu,aku suka sangatlah kalau orang kasi perhatian almaklumlah aku kan kekurangan kasih sayang

6 suka tengok tv sama sama ,hari khamis,zaman aku dulu cite yang popular Angel
dan juga popular...pastu berebut remote..

kawan kawan aku rinduuuuuuuuuuuuuu