Wednesday, July 30, 2008

Di mana Ustaz Salleh Wong

hari ini aku merasakan seakan akan ada satu keinginan untuk aku memiliki anak,mungkin tidak dapat secara kandung,kalau boleh dan diizinkan Allah aku ingin memiliki anak angkat tetapi dulu soalan yang sama pernah aku ajukan pada mama namun dia tidak membenarkan namun kini aku berbelah bahagi,sebenarnya jika aku memiliki anak angkat secara tidak langsung kehadirannya dapat membantu aku untuk berusaha dengan lebih keras selain dapat aku salurkan kasih sayang yang ada di hati aku dan paling penting aku miliki teman untuk ke sana dan ke mari (panjangnya angan aku)Entahlah..pagi tadi Kak Pah,ibu kepada Ustaz yang aku ajar dahulu menghantar Nasi Lemak,alhamdulillah dan yang menjadi kegusaran aku adalah kegagalan aku mencari Ustaz Salleh Wong bagi menyelesaikan hutang aku yang berjumlah RM 30.00 (zaman beli kain bayar bulan masa usia aku 18)namun tidak aku tahu di mana aku harus memulakan pencariannya.Rasa menyesal kerana menangguhkan pembayaran hutang dahulu walaupun jumlahnya sedikit namun mungkin hutang yang sedikit itu menjejaskan amal ibadahku.aku tidak mahu berhutang lagi.Semoga Allah menemukan aku dengan Ustaz itu dan isterinya

Monday, July 28, 2008

Betapa kelukaan itu adalah Hadiah Sebenarnya

aku baru selesai menonton rancangan Oprah sekitar dua jam yang lalu dan apa yang sedang diperkatakan pada waktu itu benar benar menusuk ke akal fikiran dan meresap ke hati aku.topik yang dibicarakan apakah matlamat dan kemahuan kita dalam hidup,tak perlu aku huraikan dengan panjang lebar,cukuplah kalau aku nyatakan ia berjaya membuka mata aku selama hari ini yang tertutup secara rohaniahnya.Aku mula memaafkan mereka yang pernah melukakan hati aku dan aku sendiri menanyakan diri aku,sampai bila harus aku bawa luka luka yang berpanjangan ini.Buat pertama kalinya aku merasa lega,tidak aku nafikan cara cara yang diberi oleh pakar motivasi di dalam rancangan tersebut adalah antara olahan cara kehidupan dalam Islam sebagai contoh kita percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya,sabar dan redha dengan ketentuan Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah s.wt.
Maka aku pada hari ini,hari yang bersejarah ini aku ingin memaafkan mereka mereka yang pernah melukai hati aku,rasanya cukup sampai disini aku membawa kepedihan.Memaafkan orang yang melukakan kita adalah diantaraproses untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.Aku memaafkan Mama , dan aku bersyukur dia meninggalkan aku sekurang kurangnya aku belajar untuk tidak terlalu merasa selesa dengan keadaan hidup aku dan tidak sombong dengan apa yang aku ada.Soal janji janji yang pernah dia ucapkan itu adalah urusannya dengan Allah dan seperti aku katakan dalam hidup aku ini buat masa ini cuma ada tiga perkara yang aku inginkan,aku akan mencuba mendapatkannya.Semoga Allah membantu aku.Amin Ya Rabbal Alamin

Afiq oh Afiq


<------------dalam gambar : Afiq yang berada di belakang sekali manakala yang tersengih ni namanya Pheng Liang
Semalam sebelum sempat aku menutup mata (untuk tidurla) aku menerima panggilan daripada salah seorang ibu pelajar aku meminta aku untuk menjaga anaknya sementara dia menduduki peperiksaan,aku bersetuju memandangkan aku sendiri tidaklah begitu sibuk seperti yang sering aku katakan pada nak anak muridku sebagai alasan yang tak berapa kukuh apabila mereka sering bertanyakan aku mengapa aku sering berlengah lengah dalam menyemak buku latihan mereka .hahaha

Pagi ini aku mulakan dengan kejutan yang mengganggu tidurku (atau lebih aku anggapkan isyarat bahawa aku sudah terlebih tidur)Salakan anjing dari rumah sebelah menjadikan aku terkebil kebil apabila membuka mataku.Melihat ke telefon bimbitku,aku pasti yang alarm cell phone aku tidak berfungsi ataupun sebenarnya telingaku yang tidak berfungsi.Entahlah yang pasti aku telah menukar nada alarm aku,kalau nak aku bangun lebih cepat,aku sepatutnya menukar nada alarm tu kepada caller ringtone yang sering aku gunakan untuk mama "if i aint got you by alicia keys"
namun aku khuatir kalau sebaik dari bangun dari tidur aku akan menangis seperti biasa.
Semasa di rumah Shasha dahulu sering juga aku menunggu panggilan dari Mama,harap harap dia akan memanggil aku pulang namun hampa,tiada sebarang khabar berita hingga kini.Seperti biasa aku mengiringi mama dengan secebis doa moga dia sihat sejahtera hendaknya.
Afiq telah sampai ke rumahku dan paling utama aku menuju ke halaman rumahku dengan mengenakan kain batik dan bertudung .aku mula bertudung sejak dua bulan yang lalu,pada mulanya mungkin atas sebab aku bakal berkunjung ke rumah ALLAH s.w.t namun kemudiannya lebih kepada kerana mentaati perintah Allah yang selama ini aku lalaikan.Semoga Allah mengampunkan dosa aku dan menjauhkan aku dari azab nerakanya.Amin
Afiq sedang tidur di bilik tengah,aku kira Afiq sering mengikut apa kataku berkemungkinan besar kerana mataku yang besar ini sering aku beliakkan setiap kali dia mengingkari arahanku (namun sehingga cerita ini ditulis Afiq tidak pernah mengingkari perintah aaupun arahanku walaupun kadang kala tidak masuk akal apabila aku menyuruhnya menari mahupun bergelek di hadapan puluhan muridku.hahaha,oh ya afiq baru berusia tujuh tahun).

Sunday, July 27, 2008

sahabat,teman,musuh dan kawan






aku mengenali shasha telah lama sekitar tujuh tahun dan sepanjang tempoh itu entah berapa kali kami bergaduh dan berbaik semula dan aku bangga mengatakan aku percayakan dia lebih dari aku percaya yang lain.Semasa bersekolah aku bolehlah dikatogerikan sebagai mereka yang serba kekurangan namun dengan adanya Shasha yang baik hati ,aku merasa bagaimana memiliki kasih sayang ayah dan ibu dan meminjam keluarganya serta merasa makanan yang enak setiap hari.Sepanjang hidup aku,Allah sering menemukan aku dengan orang yang baik hati dan diantara mereka sahabat baikku Shasha Yusliza.takkan aku lupa kebaikannya yang sering membelanjakan aku nasi lemak bersama teh ais (kenangan paling mahal bahkan sampai sekarang aku masih teringat)
Paling utama aku sangat menyayangi Shasha lebih dari mana mana sahabat yang pernah aku ada,sebenarnya aku lebih menganggapnya sebagai adik aku..to Shasha,thanks for all the things and i hope you know something,that you can never measure how much i love you and there is another thing you will always be my best friend ; YOU KNOW TOO MUCH...hhahaha

teringat lagi......


kononla nak goreng jemput sardin alangkan nak minum air pun aku mengambil masa hampir sejam untuk menuju ke dapur yang tak sampai sejengkal,inikan nak menggoreng jemput jemput.Pemalas sungguh aku sekarang.Dulu masa mama ada,kebanyakkan masa aku habiskan di dapur,memasak makanan kegemarannya "Sup Tulang",mama selalu cakap yang sup buatan aku adalah yang paling sedap,katanya lagi,dia mahu setiap isterinya ada kelebihan dalam masak memasak ,tapi sekarang sejak dia tak ada,dalam sebulan boleh dikira berapa kali aku memasak nasi mahupun lauk pauk lain (yang sebenarnya pada kebanyakkan masa aku gorengkan ayam goreng kunyit dimakan bersama kicap cap kipas udang ; yang popular tu lah)
Kalau dalam sebulan ni kerja aku adalah menggoreng karipap segera yang aku beli dari salah seorang ibu pelajar aku selain membeli air soya sebanyak 6 kotak untuk dibuat stok,kata orang soya ni sememangnya mengenyangkan dan begitulah pengalaman aku.
Aku semakin risau dengan keadaan aku sekarang,bagaimana dengan bil bil bulanan dan perbelanjaanku seharian (walaupun sebenarnya rezeki Allah yang ada sekarang lebih dari mencukupi ;Ahamdulillah)namun aku takut dengan kenyataan bahawa hari hari yang berlalu selepas ini mama tidak lagi akan menyokong aku ataupun mendengar cerita cerita aku berkenaan jiran cina selang dari sebuah rumahku yang kerjanya hari hari bergaduh namun masih bergelar suami isteri (dalam konteks ini aku kira dia lebih beruntung memandangkan walaupun kerja mereka siang dan malam hanyalah bergaduh namun mereka tetap bersama ,bukanlah macam aku yang jarang bergaduh tetapi tiap kali bergaduh ambil masa untuk pulih,kebiasaannya mama lah yang mengalah kalau memang kesilapan dia,namun sekarang,walau telah sebulan lebih berlalu,mama masih tak muncul dan sepanjang tempoh itu hanya sekali aku mendapat mimpi tentang mama)
Aku bermimpi mama mengucup tanganku dan meminta maaf,aku merasa tiada makna lagi aku mengenangkan orang yang sememangnya tidak mahukan aku akan tetapi banyak sekali kenangan yang mama tinggalkan untuk aku kenang,dia seorang lelaki yang baik.oh ya,pasti kalian tertanya tanya mengapa aku membahasakannya sebagai mama,sewaktu mula mula kenal dahulu,suamiku meminta aku untuk memanggilnya mama yang membawa maksud "sayang" dalam bahasa Tamil,suamiku berbangsa India.
tanpa mama aku takkan merasa semua kesenangan yang pernah aku miliki dan saban hari aku mendoakan kebahagiaan Mama dan paling utama aku bersyukur pada Allah kerana menemukan aku dengan Mama walau hanya untuk tempoh yang sekejap

Selamat Tinggal Rambutku

<-------rambut aku dalam kenangan sekarang ni semenjak dua tiga hari ni hujan makin lebat di Kuantan,selebat hujan di hati aku ni,aku semakin berdebar debar mengingatkan akan perjalanan aku menuju ke rumah Allah,moga dipermudahkan hendaknya,AMin Ya Rabbal Alamin.Sejak aku memajukan diri aku dalam kegiatan penulisan blog ni sedikit sebanyak terisilah masa lapang aku yang sememangnya lapang bukan main dalam sebulan dua ni.
kalau nenek aku jadi datang dalam bulan Ogos ni,aku merasakan pasti nenek aku membuat kesimpulan yang cucunya yang sulung ni makin gila manakan tidak,aku tak tahu entah apa unsur yang mempengaruhi aku pada tengahari tadi,aku telah bertindak menggunting rambut aku yang panjang ala ala Alicia Keys sehingga ke paras leher,rupa aku sekarang ni bolehlah diklasifikasikan sebagai Alleycat junior.
Cukup sampai disini pada petang ini ,aku mengidam nak makan jemput sardin.Pergi dulu ya

Sunday July 27th 2008

pagi yang gelap aku mulai dengan menerima panggilan dari salah seorang anak muridku yang menyatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri kelas pada pagi ini.Pagi ini hanya tiga orang murid yang hadir ,aku memahami keadaan di hari Ahad.Usai sahaja dengan urusan kelasku pada pagi tadi aku mulakan dengan menyemak mana mana email yang aku terima dari kawanku serata dunia dan salah seorangnya termasuklah Kev,duda dari Amerika.banyak yang aku kongsikan bersamanya maksudku cerita cerita yang berlaku disekililingku sepanjang beberapa tahun ini,aku menganggapnya lebih kepada kawan semata mata dan aku amat yakin bahawa sehingga kini aku masih menanti Mama,dan hari ini masuklah hari kelima aku menolak nasi dari memasuki perutku,seleraku mati dan tumpul.
Sehingga hari ini aku masih menanti nanti jikalau mama tiba tiba munculkan dirinya dan memohon maaf dari aku dan tidak dapat aku bayangkan bagaimanakah aku berhadapan dengan situasi ini,namun jauh disudut hati aku ,dapat aku rasakan bahawa dia tidak akan datang lagi.entahlah doalah agar kebahagiaan sentiasa berpihak pada aku.

Saturday, July 26, 2008

how much is too much

life is not that easy i guess it getting tougher.the older i be in the more problem i see through but i always believe that some how there always a rainbow waiting for me in the end of my life's path.Perhaps.do you know what is the most thing that i cant deal with ? Break up in silence..yea that's very hard.i been through it before and even now ( i think its bad since with the break up thing you make me think of moving out from my house..finding new place and start everything all over again).i can say that i still in grieving for the love that i just lost.i love him too much and i never knew that it will hurt me so bad.Enough about him,as my Aunt Sharifah always say ; never cry for a man who will never cry for you.What a Suprise..

Demam Durian

pagi tadi anak murid aku memberi tiga biji durian (mungkin sebagai tanda terima kasih atas pemberian lukisan dari aku tempoh hari).Selepas selesai mengemas rumahku yang aku kira tidak begitu kemas semenjak kejadian aku menyuruh pembantu rumahku keluar dari rumahku namun aku dapat rasai kepuasan dalam melakukan semua kerja kerja tersebut.
Kepenatan barangkali,aku tertidur sewaktu rancangan Are You Smarter Than 5th Grader disiarkan (aku tidak begitu berminat menonton tv semenjak dari kejadian Mama meninggalkan aku).Sebelum akhir bulan ini aku akan memotong sebahagian dari pakej Astro yang selama ini aku langgani kepada pakej asas semata mata.hadis Nabi s.a.w yang mengatakan supaya jangan tidur di waktu petang kerana mengundang kebodohan aku lupakan sejenak memandangkan durian yang aku makan hampir dua biji kesemuanya mula menunjukkan tindak balas apabila aku berasa pening pening lalat (dahulu,Mama selalu melarang aku dari memakan durian memandangkan aku ini boleh di kelaskan sebagai sensitif dalam pemakanan,dan seperti biasa tanpa dia aku tidak lagi mempedulikan larangannya sebagaimana aku pernah tidak mempedulikan mereka di sekelilingku sewaktu aku masih bersamanya)
Aku lebih banyak menghabiskan masa ku dirumah ,aku memulakan hariku dengan solat Subuh semoga hari yang aku lalui pada hari itu bertambah keberkatannya,sebelum beralih melakukan kerja kerja rumah seperti memasak air mahupun menggoreng karipap sebagai sarapan pagi dan bermula dari tempoh tersebut aku akan menghabiskan masa aku dengan menghadap komputer,melawat ke blog blog,meninggalkan komen pada yang sudi membacanya sehinggalah masuk waktu Zohor ,Asar, Maghrib dan bersiap sedia untuk menghadirkan diri ke kelas malam yang mana merupakan mata pencarian utama aku semenjak 5 tahun lalu,aku memilih untuk melakukan kerja kerja dari rumah,dulu Mama tidak membenarkan aku keluar dari rumah dan sehingga kini beginilah keadaan aku ,tidak akan keluar dari rumah tanpa ada apa apa urusan penting.Dalam satu jam setengah tersebut aku akan melayan cerita anak anak muridku yang pelbagai.Sebaik selesai dengan tugasku tersebut aku akan berkejaran menyapu rumah dan mengemop dan dalam jam 10 10 malam aku sudah berada di sejadah sedia menunaikan solat isyak,solat hajat mahupun solat taubat meminta ampun dari Allah segala keterlanjuran aku selama hari ini.Semoga Allah menerima taubatku dan amalanku.Amin
Sekitar jam sebelas malam akuakan tercongok menanti siaran cerita Intan ,sinetron dari Indonesia dan melelapkan mata tepat jam dua belas malam.Begitulah kehidupan aku sepanjang sebulan dua ini.Sebelun ini boleh aku katakan selama empat tahun aku tidak pernah mendapat tidur yang lena dan benar benar tenang....tidak aku nafikan perpisahan kekal mahupun perpisahan nyata antara aku dan mama menjadikan aku kuat semangat dan paling utama aku belajar banyak perkara darinya.Hum...bagaimana dan apa khabar Mama hari ini ya?

Saturday,26th July 2008

Hari ini aku bakal memulakan kelas pagi seperti biasa dalam tempoh dua bulan ini aku seperti tidak bermaya tetapi kesusahan hati dan kerunsingan fikiranku tidak aku tonjolkan secara lahiriah,bimbang nanti apa kata murid muridku.Semalam aku membuat keputusan untuk tidak mengemas rumahku (tidak seperti malam malam sebelumnya)Peristiwa sebulan lepas masih terbayang di ingatanku,dimana tiba tiba aku terjumpa dua helai uban bersembunyi di celahan rambutkan.ironinya di usia aku ini aku sepatutnya tidak menghadapi masalah itu namun aku rasa itu adalah tanda tanda bilamana aku menghabiskan masaku dengan lebih banyak berfikir tentang orang lain tanpa mempedulikan diri aku.
Terdapat perbezaan ketara dalam hidupku kini apabila kalau dahulu daging ayam merupakan hidangan yang tetap dan pasti di rumahku,kini tidak lagi ,aku tidak pasti mengapa kebelakangan ini aku agak berkira kira untuk membeli makanan walhal benda alah itulah yang bakal masuk ke perutku (dengan keadaan aku sekarang adalah lbih baik untuk aku tidak membelanjakan wangku seperti dahulu yang mana pernah dalam hidupku keluar membeli belah sehingga tujuh kali)aku banyak belajar dari kesilapan aku kali ini,pertamanya jangan mudah bangga diri dan ujub mahupun riak dengan kedudukan yang ada,kalau Allah mahu menarik nikmat pemberiannya ,tak perlu lama,sekejap sahaja dan aku bersyukur aku masih sempat bertaubat dan sehingga saat ini menghirup udara milik Allah.
Nampaknya semua muridku telah hadir,terpaksalah aku mengundurkan diri dari menulis disini (walaupun berkemungkinan besarnya tidak ada sesiapa yang membacanya)

Friday, July 25, 2008

Surat Untuk Mama

hari ini genap sebulan mama tidak menemui saya,hari hari yang berlalu saya rasakan suram serta pudar warnanya,tanpa mama disisi saya,hidup berlainan sekali rasanya.Disaat ini saya masih lagi terbayangkan senyuman dan ketawa mama yang telah lama tidak saya tatapi,bercakap berseorangan ditemani gambar mama adalah perkara biasa buat saya,mungkinkah mama telah benar benar melupakan saya.Saya tidak pernah melupakan mama mahupun melupakan janji mama,Namun alangkah anehnya apabila saya mengenangkan betapa mama telah berubah dan tidak lagi seperti dulu.Apabila saya menetapkan untuk memulakan hidup bersama mama,saya telah mengetepikan segala galanya.mengetepikan keluarga mahupun teman teman disekeliling saya,masih saya ingat kenangan saya yang akan menghubungi mama setiap kali sebelum saya keluar dari rumah..meminta izin dan kebanyakkan masanya mama tidak membenarkan dan kini setiap kali saya ingin keluar saya pasti akan teringat kenangan itu,pahit danpedih rasanya mama.
Sejak kejadian mama meninggalkan saya dan meminta saya untuk tidak merosakkan rumah tangga mama saya berasa patah hati apakah yang berlaku selama ini adalah sia sia dan janji mama untuk tidak meninggalkan saya adalah hanya janji dan mengapa dalam tempoh ini saya menjadi mangsa?
Saya berdoa semoga Allah memberikan kebahagiaan yang mama impikan,saya tiak akan pernah melupakan mama,tiada sesiapa yang dapat saya harapkan melainkan Allah s.wt. dan saya tidak pernah jemu untuk berdoa semoga hati yang terluka ,pulih akhirnya
Mama
Jika ini kali terakhir biarlah mama tahu bahawa saya sangat menyayangi mama namun bermula pada hari ini saya akan cuba membataskan perasaan sayang saya itu.cukuplah setakat mama..

salam buat mama

yang benar
Rabiah

"aku mengharapkan agar aku mempunyai secebis kekuatan untuk melayangkan surat ini namun apakan daya,aku mungkin akan sekadar menyimpannya di dalam kotak fikiranku"

Thursday, July 24, 2008

Perjalanan menuju Ke Mekah

pertama kali mendapat pelawaan dari Aunt Sharifah,aku seakan akan tidak percaya memandangkan aku merasakan aku masih terlalu muda dan paling utama begitu banyak dosa yang aku pikul bersamaku.Hingga aku merasakan tidak layak untuk aku menjejakkan kakiku ke kota suci itu.Aku berasa ragu ragu apabila mengenangkan dalam tempoh lima tahun ini bermacam perkara telah aku lalui dan diantara tempoh tersebut banyak hati yang telah aku lukai,tak terkira banyaknya adalah hatiku sendiri.
Julai 24th 2008
masih ada sisa lebih kurang sebulan lebih sebelum aku menuju ke kota suci Makkah,aku merasakan amalanku masih tidak mencukupi bagi menutupi segala kesilapanku pada hari yang lalu.Si dia yang aku nantikan kunjungannya masih belum tiba,masih marahkah dia padaku atau memang dia memaksudkan kata katanya yang dia tidak lagi mahukan aku..betapa pedih dan pilunya hati mengenangkan betapa empat tahun yang berlalu adalah sia sia...namun aku tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaannya bersama isteri dan anak anaknya.buat si dia,mengertilah,aku pernah berjanji untuk tidak akan meninggalkan dia untuk orang lain dan kini aku masih berpegang pada janjiku itu...