Friday, October 31, 2008

senyuman aku memang manis..aku tau..tak payah kasi tau






tak dak ape nak tulis..aku tak dak mood hari ni..bosan dan tak dak idea....aku nak bercuti dari menulis jap..nak ke London...tengok Broadway

selamat tengahari

aku baru sahaja selesai bangkit dari lena yang panjang,jam dah tunjuk kul dua beas.pagi tadi aku dah bangun sekitar pukul 5 30pagi dan bersiap sedia untuk solat subuh,sebaik selesai macam biasalah aku mop rumah aku...sapu sapu sikit..kemas kemas sikit,lepas tu sambung check email dan update blog aku ni.
dan seperti biasa sedar sedar aku dah terbongkang atas katil.oh ya semalam aku tidur di rumah aunty Sharifah,dia menelefon aku sekitar jam 1 pagi,minta untuk ditemankan kerana dia berasa takut akan sesuatu..jadi aku tidur disana dan sebelum Subuh aku pulang.
Baru sebentar tadi Aunty singgah ke rumahku untuk memberikan aku nasi dagang,alhamdulillah.hari ini aku tidak mempunyai idea untuk menulis,aku bukan pekerja ofis yang selalu ke sana ke mari dengan pelbagai ragam orang di sekeliling,aku cumalah seorang guru yang bekerja dari rumah...paling haru selai dalam sebulan jarang sekali aku keluar dari rumah aku...
sekarang ni aku ada misi iatu membasuh kain langsir aku yang menimbun nimbun dua tahun tak bercuci

Thursday, October 30, 2008

penerbit drama tolong bukak mata

sebelum aku menonton cerita intan,aku tertengok (diulangi TERTENGOK cerita yang bertajuk apa itu cinta,yang mana sazzy falak jadi lead actress,i think so)orang malaysia tolong,kalau nak buat cerita jangan nampak sangat kau nak tiru western style ok...narrator's voice seboleh bolehnya mereka yang tak merokok...aku yang dengar ni pun tetiba sakit tekak...
jahat kan aku?ada je tak puas hati kat orang,mungkin aku puas hati kalau watak sazzy tu aku ambil barangkali tetapi dengan versi double xl....hahahah

ramai yang bertanya (dua orang sahaja tapi aku saja nak sedapkan cerita)apa tujuan aku menulis blog ni dan adakah cerita aku ni cerita benar?yea...sesetengahnya benar manakala selebihnya semuanya teknik imbas kembali.senang cerita tiada yang benar melainkan yang benar semata mata,ku memilih untuk menulis dengan memaparkan wajah,lebih ikhlas dan berani cuma ada beberapa perkara yang aku sedaya upaya untuk tidak mengulas berkenaannya di dalam blog aku antaranya politik dan agama..selain tu aku tulis ,oh ya pornografi dan unsur unsur yang seangkatan dengannya pun tak ada disini,mungkin kalian patut type perkataan seperti megarotic di google...kalau rasa nak cari gambar bogel di blog aku memang takkan jumpa..boleh bla ok...


jangan ingat mentang mentang aku pakai tudung aku lembut tau...macam aku cakap,aku tidak teragak agak untuk lempar budu pada mereka mereka yang menjengkelkan hati aku...

oklah aku nak tengok intan ni..dah mula dah

the bond of love










antara aksi aksi aku yang penuh kasih sayang pada malam ini..tak dak idea nak tulis apa,nanti aku tulis sebab seba aku mula mengenakan tudung.

hanya..fahamilah aku

sekarang dah nak masuk waktu Asar,aku kena pergi mandi dan bersiap sedia untuk menghadap Allah,pada yang tak nak semayang tu aku doakan korang mendapat hidayah,menda menda macam ni aku tak mahu kutuk sebab aku takut nanti Allah tarik balik nimat bersolat yang aku ada

rancangan aku adalah untuk ke pasar malam cina yang akan ada setiap hari Khamis,selepas tak makan dengan sempurna untuk dua hari,besar harapan aku semoga gerai nasi lemak di pasar malam tu buka hari ni.

bersama duit yang masih ada ditangan aku sekitar RM15.00,ni dalam sejarah hidup,inilah kali pertama aku sengkek tahap dewa selepas zaman persekolahan.Dah lama Allah bagi aku hidup senang dimana ada satu ketika wang Rm 50 tu rasanya bagaikan lima posen bagi aku..tapi aku percaya setiap kesulitan disertai dengan kemudahan seperti yang telah dijanjikan oleh Allah.Semoga Allah menjadikan aku tabah selain mencukupkan aku.

Zaman dimana aku berskirt pendek....

(sekadar koleksi dari album dulu dulu)
telah lama aku tinggalkan,aku bukan lagi Yan @ sharifah @ bett yang dulu.kalau dulu aku bangga mengenakan sesuatu yang up to date,branded shoes or clothes but now,aku lebih suka berjubah...dan paling utama aku selesa mengenakan selipar bata walau ke mana mana,aku kira Allah telah menutup pintu hati aku untuk shopping shopping menda menda yang tak berfaedah ni..

enam bulan sebelum ini adalah tempoh masa yang sukar untuk aku..dimana aku masih merawat hati aku yang terluka dengan perbuatan dari insan yang bernama lelaki..Korang rasa senang ke nak hilangkan luka apabila kesetiaan (walau aku tak berapa setia sangat0dikhianati?,aku harus memulakan kehidupan aku balik dari zero...seperti budak yang baru graduated dan meneruskan usaha mencari kerja.

aku tidak nampak diri aku dalam bidang bidang yang lain macam kerani ka,pembantu tadbir ka,pegawai kerajaan ka,atau cashier di pasar raya,yang aku tahu cumalah mengajar dan mendidik,menjadi guru dan aku memulakan perniagaanku dari rumah.

Walau ada yang cakap yuran aku mahal nak mampuih tapi aku harap ibu bapa diluar sana berfikirlah,aku bukan kakitangan kerajaan yang tiap bulan dapat gaji tetap,ada benefits,socso,kwsp,epf,lepas tu tengahari minum teh tarik,masuk balik ofis....aku cumalah seorang guru tuisyen..tutor peribadi.aku melakukan kerja ini sepenuh masa sebagai contoh aku cuma tutup bila ada public holidays,kalau sebulan tu tak dak public holidays,sebulan tu lah aku kerja (walau aku cuma kerja satu jam setengah setiap hari)

sebelum aku meletakkan yuran menurut jumlah yang aku rasakan bersesuaian,aku berfikir sepuluh kali,kalau ada yang kata aku berkira,sila tanya mana mana ibu bapa yang anaknya datang percuma untuk class,aku ada memberikan kelas percuma tapi bukan untuk semua orang,habis sewa rumah aku yang mencecah lima ratus tu sapa nak bayar?internet,astro api air?sape nak bayar?akukan...kalau aku sakit nak pergi klinik,sapa yang kena bayar?aku kan?

Aku tak ada sesiapa untuk aku bergantung harap,ayah dan ibu dah tentu merekasibuk menguruskan keluarga mereka masing masing takkan diusia aku yang macam ni aku masih nak menyusahkan ibu bapa aku,nak balik kampung duduk dengan nenek aku balik macam time aku belajar dulu?sampai bila aku boleh tahan?larat ke aku makan ditanggung?larat ke aku menerima pandangan sinis dari saudara mara yang bertandang ke rumah aku tu nanti?maka penyudahnya,walau ada diantara hari hari,aku cuma meneguk air masak,aku lebih rela dan lebih bersyukur begini dari aku menyusahkan nenek aku yang dah hampir 70 tahun tu...



------------>aku baru selesai melahap nasi lemak yang dibeli di pasar malam bukit sekilau,Rm 3.00 memang berbaloi...the only thing is i am hiding the fact that i actually bought two packets of them..wuhhhhuuu..

rumusan dari 10 bulan

kesimpulan yang dapat aku buat dari 10 bulan di dalam 2008

tahun ni macam macam ada...most of every single thing...

baca the whole stories ok


1 masa hari jadi aku iatu pada 9 januari (tahun rahsia),mama telah menghadiahkan aku seutas rantai 916,subang 916 beserta lap top compaq dan hand phone.rantai tu sekarang dah selamat aku bagi pada nenek aku.subang aku pakai sebab takut lubang telinga tertutup,hanset masih lagi berfungsi dengan jayanya wlaau dah beratus kali aku baling.masa tu aku excited tahap dewa maklumlah aku ni dari kecil membesar tanpa ayah disisi.Kadang kadang aku rasa macam mama tu ayah aku...aku sangat gembira waktu tu,maklumlah dengan badan yang kurang sikit macam tong ni aku berjaya dapat lap top yang menjadi idaman aku semenjak usia aku 9 tahun lagi (dulu aku nak komputer),diberi oleh kekasih hati lagi.

2 dalam tahun ni aku mula belajar bahawa kadang kadang kita harus melepaskan sesuatu yang kita cintai itu pergi,kadang kadang kita harus memikirkan kebahagiaan orang lain dari kebahagiaan kita sendiri,setelah bersama hampir empat tahun lamanya,mama saya kembalikan pada isterinya pada bulan Mei 2008.sehingga sekarang saya cuba untuk lupakan mama namun kenangan masih ada menerjah jiwa,kalau ramai yang tanya saya kenapa saya pilih lelaki yang berusia (ala ala siti nohalija dan datok k,cuma saya agak dua kali ganda gemuk dari siti)jawapan yang saya bagi agak cliche sedikit ye.dah jodoh


3 hidup saya bermakna apabila saya berpeluang menjadi tetamu Allah,kunjungan ke Kota Suci dengan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Aunt Sharifah benar benar membuatkan saya terlupa seketika akan tekanan tekanan yang saya hadapi sepanjang 6 bulah sebelumnya,saya kira ini adalah hadiah Allah s.w.t untuk saya.Alhamdulillah

4 saya mula terlibat dalam cinta siber ,pacar saya jauh nun di California,Amerika.lantaklah dia...saya sebenarnya mengisi jiwa saya yang sedikit bosan.Saya suka berkawan dengannya kerana kami selalu bertengkar bab agama,Eiman merupakan American Muslim.Lepas dia melihat semua photos saya di Tagged,dia masih cakap saya cantik...sampai saya tertanya "komata ko rabun ye,Man"

5 itu sahaja dan kalau korang perasan aku terasa baik sekejap sehingga menggantikan kata ganti nama diri aku kepada saya..auwwwwwwwwwwwww




moral of the story ; aku masih gembira walau tanpa seorang insan bergelar suami dan aku bersyukur pada Allah untuk itu

18SGPL

aku pasti diantara ramai kawan kawan sekolah aku,boleh dikira dengan jari berapa sahaja yang benar benar baik dengan aku yang lain bertopengkan seton ni rojim.
aku akui memang kini cara aku bercakap dan menulis adalah pokok perkara yang berbeza,tapi dulu aku tau ramai yang makan hati berulam jantung dengan aku.aku tak kisah,tak pedulik,lantak engkaulah kau nak terasa ke apa,yang penting aku bukan plastik,hipokrit mahupun berlagak ayu (tu mintak simpang janganlah aku jadi orang yang tergedik gedik lentok sana lentok sini)

tapi yang penting kawan kawan aku tahu siapa aku,yang sebenarnya aku ni mempunyai hati paling kecil di dunia walau tubuh aku kurang sikit nak sama besar dengan adibah noor.hati aku paling sensitif,tak caya tanya kawan baik aku Sasa...
tapi
ada tapinya
kalau buat jahat a.k.a buat tahi kat aku..
kau tahulah betapa orang yang hati kecil ni akan tergamak siram budu kat muka engkau


moral of the story ; jangan dudk dekat dengan aku kalau aku makan budu,risiko nak disimbah budu agak tinggi

aku memblogkan diri aku

kadang kadang aku pasti ada diantara kalian yang membacanya terfikir kenapa aku memblog...bagi aku sesapa yang tak dak blog tu kuno la..eh kamonnnn!!!! zaman dah berubah...tinggalkan friendster tu semua ,tinggalkan perbuatan menghantar komen kepada kawan entah sape sape dengan harapan dapat komen balik..mari mari..mari baca blog aku ..yelah korang kan ada sesetengahnya tak nak nulis nak baca je...
antara sebab musabab yang aku rasaan mempengaruhi aku untuk bergelar blogger adalah

1 semua orang cakap blog itu dan blog in,blog begitu dan blog begini,,dulu aku ingat kesejadah apanya blog tu,rupanya....ohhhhhh...macam blog aku yang kau tengah tengok sekarang ni la..

2 time ni la aku dapat jadi penulis yang bebas walau sebenarnya aku tak berapa bebas apabila ada sesetengah pembaca merupakan pelajar pelajar aku mahupun ibu bapa kepada pelajar aku ,teacher tahu korang ngendap..tu pasai korang tahu semua aktiviti teacher kan?kan ?kan?kan?Selain tu ada juga kawan kawan sekolah aku,cikgu sekolah pun ada jugak,kalau kawan kawan baru ni aku tak heran pun,diorang bukan kisah kalau kau tuliskau masuk icu sekalipun...

3 sia sia lah aku mewakili negeri terengganu sebagai salah seorang peserta di perkampungan penulis muda peringkat kebangsaan yang bertempat di Sutera Beach Resort suatu ketika dahulu dan sia sialah aku memenangi program nilam peringkat negeri kalau aku berhenti menulis,tapi aku belajar ,tidak semua orang boleh menulis dengan baik,bukanlah aku nak kata bahawa aku boleh menulis dengan baik tetapi aku menulis berdasarkan pengalaman aku dan aku tak kuasa membaca novel novel cinta mahupun blog blog yang berunsur cinta yang mana penulisnya berangan macam orang bingai semata mata nak melengkapkan sesuatu cerita.yang terbaik menulislah dari pengalaman..

4 kadang kadang ada masa apabila korang baca blog aku ni korang akan mendapati bahawa cara penulisan aku tidak stabil,ada kalanya berbunga bunga,kadang kadang bahasanya menghiris dada dan paling teruk korang tak faham apa yang aku tulis (tu memang dah tahap bingai mengalahkan raksasa gogon) .itu menunjukkan mod aku yang berbeza beza...

5 bila time aku menulis mengikut piawaian Bahasa Melayu SPM A1 tu tandanya aku dalam keadaan yang agak risau dan runsing...

6 pada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung atau kes imbas kembali dalam blog dan cerita saya ini harap maaflah,ni as i said earlier,its my blog dude,if you wish to say bad things bout me,just go on,create one blog of yours and i am not even care..blog ni macam hidup aku la lebih kurang,kalau tak puas hati nak kutuk nak menangis,please jangan nak wat muka seposen lepas tu suruh aku delete ke apa ke ,memalukan ke apa ke mengaibkan ke apa apa ke...lantak lah..TOLONG JANGAN INTERFERE MY AFFAIRS,kalau tak nak aku masukkan nama korang,korang dan korang dalam blog aku ni.


oh lupa topik asalnya adalah kenapa aku memblogkan?
aku selalu lari dari topik

lastly,aku dapat berkongsi dengan pembaca tentang dunia yang aku ada...kadang kadang bila aku dok sorang aku tengok dinding,aku tengok kipas.kosong.semuanya kosong...tengok peti ais pun,kosong.sekarang korang taulah bahawa aku berada dalam dunia yang mana 'sepi itu indah"


moral of the story ; ada ketika time sepi tu paling best kalau dapat bantai nasi lemak sebungkus

dekorasi bersama saya

hari ini aku sangat rajin,selesai sahaja solat subuh aku terus mengemas rumah (nampak sangat aku berbohongkan...jadi aku malas la nak tipu ok..terutamanya bab aku terus kemas rumah sebaik sahaja selesai solat subuh tu).sebab hari ni aku rasa sangat baik sekali,sebelum mengemas rumah aku menyemak akaun tagged yang mana akhirnya mengecewakan aku apabila tiada balasan email dari eiman,aku terus membuat keputusan untuk mendekorasikan semula kamar beradu aku yang simple tu
jadi aku YM eric leong yang menjad pengacara dekorasi bersama Eric tu bagi menanyakan sama ada beliau lapang atau sebaliknya.Eric menyuruh aku memulakan dekorasi tersebut dahulu kerana dia sedang mendekorasikan rumah datin di Bangsar.mahu tidak mahu terpaksalah aku memerah otak aku yang kreatif dan bergeliga ni untuk "new look" bilik aku
maka sewaktu cerita ini ditulis,aku sekarang berada dalam posisi yang baru,kalau dulu lap top aku ni senang senang je boleh letak atas katil,sekarang dah tak da macam tu,katilnya aku dah ubah menghadap dinding,lepas tu kalau aku nak guna lap top aku harus duduk bersandar ke dinding (ala macam cerita orang melayu kaya yang tipikal tu)
walau agak menyeksakan aku,aku kira ia adalah bagus kerana
1 ia dapat mengelakkan aku dari berlingkar dan terbongkang atas katil,lepas ni tak dak la orang kata kerja aku berguling aja,mereka mungkin menukar frasa ayat kepada duduk bersandar .Sedap sikit aku rasa dengarnya.
2 sape sape yang nak tengok tv tak perlu lagi langkah wayar streamyx dan katil aku
3 ruang ruang sekitar bilik aku dapat dijimatkan.

namun ada beberapa keburukan

1 aku tak dapat tengok sinetron intan sambil online,ini bermaksud setiap malam dari Isnin hingga Jumaat aku harus offline apabila jam menunjukkan jam 11 malam.
2 aku dah tak boleh berlingkar macam ular sawa sambil online...maksudnya sampai bila bila aku harus bersandar.
3 susah aku nak makan nasi sambil online..pasni aku kena makan kat dapor la...
4 katil aku menghadap tingkap,kalau aku bukak tingkap mesti aci india kat belakang rumah aku boleh nampak aku ni tak dak kerja...
5 tak bolehla aku nak online dan dalam masa yang sama tidur...kali ni aku kena letak lap top kat meja belajar aku kemudian barulah aku boleh tidur dengan aman.


melihat kepada keburukan yang mengatasi kebaikan,aku agak pasti tak sampai petang ni aku akan mengubah perabot perabot tersebut pada dekorasi sebelumnya,aku paling tak boleh tahan kalau tak dapat makan nasi sambil online dan masa yang sama menonton tv..


moral of the story------> buat penat aku mengalih semua ni,atutnya tadi aku sambung tido ka,makan ka...apa ka...

Wednesday, October 29, 2008

5 perkara menarik tentang saya - ala Nasha Aziz

fakta tentang diri aku

1 kalau korang rasa korang ingat aku teremosional apabila membaca hentaman,kritikan,komen korang,tu memang silap (ni khas untuk kaki bako yang perasan diri tu perfectionist even they are not...NOT AT ALL)kenapa,sebab masa aku susah ke senang ke,payah ke,terbongkang ke bukan korang yang menolong aku..Allah sahaja yang tahu...bila aku tidak membalas apa yang engkau tulis bukan bermaksud aku takut tapi sometimes silent is the best answer for an insult tapi aku ada limit...kalau dah haru sangat jangan salahkan aku kalau muka korang femes kat mana mana....
(taktik aku zaman dolu,kalau aku benci orang tu sebab geram ke hapa ke,aku akan masuk mirc dan sebokan nopn beliau beliau yang berkenaan)

2 korang rasa korang hebat?come on,please stop saying,i am getting crazy because of the examination will be just around the corner...please aku pun belajo dulu tapi tak pelulah nak dihebohkan satu dunia ko sibuk nak exam..kalau kau tulis macam tu ada orang heran ka ? (aku?heran pun tak..)

3 ni best,sebab aku badan beso (sekarang dah kecik sikit ok..nantilah dalam lima bulan,makan hati la maya karin)jangan kau sedap sedap nak mengutuk ya...INGAT ni..selagi mana aku tak meminta makanan mahupun beras mahupun bekalan makanan kering dari kau,kau dan kau....tak payah sibuk nak suruh aku kurus ke hapa ke...only those who are brainless will judge people from their measurements.

4 jangan carut atau maki aku atau hamun aku lam bahasa inggeris .setakat four words with f in the beginning you think i care..DO YOU REALLY THINK THAT I AM EAGER TO CARE?aku ni cikgu bahasa inggeris,segala gajah rimau carutan makian in English,i can pronounce it fluently but what for?untuk apa..aku tak suka memaki..bukan aku..so dont start sending me message with the F word ok...or i will give you double

5 Jangan cuba cuba memnita aku membeli barang brang dari katalog korang..ataupun skim cepat kaya korang..aku takkan beli..paling aku hangen sepupu aku dok memujuk masuk buluhmas la buluh betong la,aku dah cakap tak nak tapi tak paham bahasa...aku rasa mereka yang terlibat dalam perkara perkara begini agakna disogokkan dari awal oleh bos bos besar mereka dengan ungkapan "tidak boleh malu"....

tq

tak dapat kau bayangkan sehari tanpa lap top aku..aku boleh tahan kalau astro tak dak,apa lagi kalau subtitle cerita tamil tiba tiba hilang bila aku tengah syok menyaksikan heronya membelasah 20 orang samseng.
aku boleh tahan kalau anset aku tak dak kredit
kalau aku terpaksa memilih untuk minum air masak dari membeli makanan
tapi betul betul aku tak tahan kalau internet tak dak..kenapa?kerana disinilah dunia aku....rakan rakan aku disini....aku tidak memiliki kawan yang ramai kerana aku seorang yang pemilih..aku melihat akhlaknya (kita bercakap tentang realiti bukan di dunia maya)manakala di alam siber ni aku kaan jadi follower bila mana penulisannya kena dengan cita rasa aku...dan aku mintak maaf,ini bukan zaman dimana aku kisah jika aku melakukan kesilapan ejaan,jadi tak payah nak tinggal komen cakap aku salah eja ke hape ke..sebab aku tak layan...

kalau internet tak dak......bagaimana ya




















alhamdulillah,aku berterima kasih kepada streamyx kerana selama 9 bulan menyediakan perkhidmatan internet tak dak sehari pun aku tak dapat connection..berbaloilah....

buat si baju hitam dan Mak janda Bomoh Siam

aku bukak thread sekolah lama aku..aku ada nampak budak perempuan,kalau ikutkan hati aku nak panggil betina..yang masih cuba untuk menaikkan kemarahan aku tetapi kali ni dia silap dan dia tidak akan berjaya sebab apa?sebab aku dah malas nak layan budak bingai macam tu...kenapa aku cakap bingai?
first of all
kalau kau tak nak orang panggil kau seksi,atau menggunakan gambar engkau yang tunjuk dada macam pekerja Jalan P Ramlee tak pun Jalan Haji Taib sebagai salah satu contoh yang tidak harus diikuti,pakai baju biar senonoh sikit.kalaupun kau tak nak pakai tudung,pakailah baju yang sekurang kurangnya menunjukkan engkau bermaruah sebagai perempuan.cuba bagi tau aku ,kalau kau pakai baju tunjuk dada tu orang panggil bermaruah ke gersang?
memang kau cakap lantak engkau,mak ayah kau tak bising ,yelah mak ayah kau tak sayangkan kau lah tu..kalau sayang dah suruh tutup aurat dah.
kalau kau cakap kubur lain lain,kau pasti ke?aku takut nanti kau mati ,tak dak orang nak tanam jenazah kau.Kalau tak nak orang kasi nasihat,kalau tak nak orang bako,belajar belajarlah jadi bermaruah.
(pakai baju nampak punggung dan dada tu bermaruah ke?tolong jawab dan bagi aku apa apa hadis dan dalil mahupun nas nas sohih sebelum korang nak jawab)

kedua
ni khas untuk mak janda yang sibuk dok mengapi apikan orang serta melaga lagakan mereka mereka yang disekeliling beliau
mak janda,bukan aku nak pandang hina pada kau,jauh sekali merendah rendahkan kau,tapi dengan perangai engkau yang tak semenggah dengan status diri engkau tu buat orang seperti aku tertanya tanya,barangkali ini diantara penyebab orang merendah rendahkan janda.
Aku tak kisah kalau kau nak tuduh orang buat cerita yang kau ni pergi bomohkan orang,tapi bila kau sendiri jaja cerita dan kau sendiri buat buat cerita bahawa orang bercerita tentang isu bomoh itu...maka aku kira satu patah yang keluar dari mulut kau tu aku takkan percaya.
kau balik jagalah anak kau mak janda,aku sendiri pernah dengar macam macam cerita berkenaan kau dan anak kau dulu,tapi aku masih berdiam diri dan cuba untuk tidak menyebarkan sesuatu yang tidak aku pasti..kalau kau kau dan kau (yang membalas komen,menfitnah aku atau cuba untuk mengeruhkan keadaan) gambar kau ,kau dan kau akan aku uploadkan diruangan blog aku ini untuk dijadikan tatapan umum.
kalau tak percaya,cubalah....



moral of the story ; pada mak janda jagalah anak kau tu baik baik,ingat berentilah merokok kerana merokok membahayakan kesihatan...

bolehke aku nak berkasar bahasa barang sepatah kata

kenapa mereka senang senang naikkan harga barang?tak tahukah mereka aku ini musafir yang hidupnya terkontang kanting dibumi orang.aku kerja sendiri bukan kerja dengan orang,kalau anak murid ramai,banyaklah pendapatan,kalau sebaliknya makan maggilah aku...
tak kesiankah mereka pada rakyat seperti aku,atau yang lebih teruk pada aku...ada ke patut ubat gigi di jual harga Rm 4.00 kat kedai bibi,sedangkan aku beli kat eng Hong baru Rm 3.20
Vavi!!!

moral of the story ; 80 sen mungkin kecik bagi engkau yang kaya raya dan naik kete berjenama tapi untuk orang yang macam aku,yang ada turun naik dalam hidupnya,setiap sen itu amatlah bermakna

Nama saya Rabiatul,kadang kadang saya harap saya boleh jadi anonymous

dah namanya blog aku kan..lantak aku lah nak tulis ape..aku cuma nak cerita pasal diri aku semata mata..yang tak berkaitan ngan diri aku ,bolayan je ya..nak dijadikan cerita aku tiba tiba dihasut setan ni rojim supaya menulis blog dan menjadi anonymous ...dah dalam lima artikel aku buang gambar..tiba tiba aku berhenti kerana aku rasa bertanggungjawab diatas karya aku dan bukanlah aku namanya "menulis tapi sembunyi pensil di belakang"
peribahasa ni lebih kurang baling batu sembunyi tangan tetapi disesuaikan dengan arus moden terkini walaupun pendeta bahasa akan mengamuk melihat apa yang aku tuliskan disini.
jadi penting untuk kalian tahu yang aku sedikit pun tidak hairan kalau tulisan aku ini tidak mendapat komen ataupun tidak dibaca langsung kerana aku cuma ingin melahirkan ekspresi jiwa penulis yang sekian lama berada didalam jiwa aku....
nak cakap aku perasan ke hapa ke...lantak la.yang penting aku vouge dan manis macam biasa

sukailah nama kita sebagaimana kita menyukai nama nama selainnya

dulu aku sangat benci akan nama aku...bila orang tanya nama aku macam macam aku reka nama,Sharifah azyan lah,siti nurbaya la,khaty azean,paling kelako sekali aku menyamo jadi mat saleh dari amerika yang tak pandai cakap melayu tapi last last kantoi...nama budak lelaki yang aku tipu tu azman,memang malu mengingati detik detik yang mencabar kewibawaanku sebagai seorang perempuan..tapi sejak dari hari itu aku tidak menipu lagi..dan aku bangga dengan nama rabiatul Adawieyah ni,maksudnya baik,orangnya baik,senyuman pun manis ,sekarang dah makin kurus..tak pe ke aku puji diri aku sendiri ni...

Definisi The Spiral Eyes mengikut Kamus Suka Hati aku

aku mencari cari Spiral eyes di Google tetapi hampas kelapa tak dak satu pun yang menuruti kehendak piawaian yang aku tetapkan...tanya sahabatku baru baru ini,kenapa tak letak sahaja nama sebenar ko kat blog,bukan aku tidak mahu meletakkan nama aku,tapi mereka sedia maklum bahawa nama aku adalah Rabiatul Adawieyah,jadi aku memerlukan kelainan dalam mendefinisikan diri aku ke satu bahagian yang lain .
The Spiral Eyes
aku tidak pasti untuk menerangkannya dalam bahasa melayu kerana aku mengambil masa yang panjang untuk memikirkan perkataan perkatan yang sesuai selain kadang kala bahasa aku yang tunggang langgang menjadi penyebab mengapa aku memilih untuk menulis di dalam bentuk bahasa pasar sahaja.

1 pada yang tak tahu bentuk spiral,spiral ni bentuk bulat yang melingkar dan berulang seperti ubat nyamuk,kira kalau orang tengok lama boleh dapat hypnosis.

2 aku paling suka mata aku,bagi aku mata merupakan aspek penting kerana dari matalah kita dapat mengetahui akan kebenaran kata kata serta keikhlasan seseorang,tapi kalau yang kadang kadang ada juling ayo sikit tu tak dapatlah aku menolongnya.

3 aku benci nak mengaku ni tapi kita kena sentiasa berkata benar,aku bukanlah pemilik sebenar nama ini,ianya adalah milik seorang model yang pernah berlakon dalam iklan Susu anlene...entah mengapa aku jatuh cinta pada nama ini sampai semua email aku menggunakan nama thespiraleyes..bezanya dia menggunakan spiral eye...manakala aku memilih THE SPIRAL EYES.

mrsKAMA@15

teringat kenangan aku yang pernah menjadi chatters paling famous di Astro@15..ah,dunia chatting bukan dunia aku..ada urusan yang lebih penting aku harus aku selesaikan,bil bil yang menimbun nimbun,sewa rumah yang perlu dijelaskan supaya tidak tertunggak insyaALLAH dan bermacam macam perkara harus aku fikirkan.pada pengamatanku ,aku lebih advance dari rakan rakanku yang masih meneruskan pengajian...advance dari segi pengalaman...kalau ikutkan pengalaman yang aku ada,rasa rasanya usia yang paling sesuai untuk aku adalah 40 tahun barangkali...

agaknya mereka masih ingat lagikah wajah yang sering menghiasi skrin tv merekasuatu ketika dulu?





berbalik pada mrsKAMA,apa khabar agaknya Manjaa,ABGseksi,dudapokai dan paling haru kes mati hidup semula makbusumelaka.tidak aku percaya,aku terheret sama di dalam rentetan dunia chatting di tv....

aku potong rambut lagi

pagi semalam,ni aku maksudkan pagi tengah malam...sekitar jam 1 30 pagi sebelum aku bersiap sedia untuk solat witir..aku mengambil keputusan untuk mandi..dan paling aneh sekali..aku membuat keputusan nekad memotong rambutku yang sebelumnya separas bahu ke aras cuping telinga.Aku kira keserabutan fikiran serta kerimasan menjadi punca utama aku menggunting rambutku kali ini..
dan seperti biasa,aku memotongnya sendiri.Hebat bukan,kelebihan berambut kerinting ini adalah sama ada senget atau sebaliknya adalah tidak menjadi hal langsung.jika dua bulan lepas aku memotong rambutku dan kelihatan seolah olah seperti ahli junior kumpulan alleycats,kali ini aku tidak dapat mencari waima seorang artis untuk disamakan dengan keadaan rambut aku pada waktu ini,mungkin fesyen yang aku gunting ini terlalu aneh barangkali.
**************************************************************************************

pagi ini jam 5 33 pagi aku telah bangkit dari diulit mimpi,sebelumnya sekitar 4.45 pagi aku telah terjaga namun aku menyambung tidurku yang sebenarnya terganggu dengan mimpi ngeri yang mana adik lelakiku cuba membunuhku...memang dashyat sekali,seolah benar benar berlaku,beristighfar aku menukar arah tidurku...kalau sebelumnya terbongkang,aku memusingkan badanku ke arah kanan.
Selesai mandi dan usai solat subuh,aku menyemak peti inbox,email di tagged,friendster,myspace dan apa apa sahaja ,paling aku nantikan balasan email dari Eiman dan pagi ini aku menerimanya..cukup untuk membuatkan aku tersenyum.
kemudian aku mengemas rumah seperti biasa dan sekarang aku bebas untuk tidur,namun aku akan sedaya upaya mengelak untuk tidur di waktu pagi kerana seperti hadis nabi tidur waktu pagi itu mewarisi kedegilan.
Buku anak muridku masih tidak bersemak,aku seorang yang tidak boleh dipaksa,jika aku mahu melakukan sesuatu,aku cuma perlu mood yang baik,sama seperti menulis,aku tidak boleh menulis setiap masa,ada hari aku merasakan apa kesejadahnya aku menulis,ada harinya aku berkobar kobar seolah olah aku adalah saudara A Samad Said,semalam aku mendapat tahu yang Pak Samad telah pun meninggal dunia pada 13 September yang lalu,ku betul betul terkejut kerana tidak mengetahui akan berita tersebut sebelum ini ,aku menyangkakan bahawa A Samad Said adalah orang yang dimaksudkan,rupanya beliau Tan Sri Samad Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Samad,aku tidak begitu mengenalinya seperti mana aku mengenali A Samad Said melalui karyanya Salina,namun aku tahu beliau merupakan orang yang berani serta bertanggungjawab (jika tidak silap aku beliau pernah dipenjarakan atas alasan tidak bersetuju Utusan Malaysia dijadikan sebagai suara UMNO)aku tidak tahu sama ada fakta yang aku tulis benar atau sebaliknya,jika salah,kalian harus membetulkan aku ianya berdasarkan kerana pembacaan aku sekitar 4 bulan yang lalu.oh ya,pada waktu itu aku berada di Mekah menunaikan umrah.
Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang orang yang beriman.
sebenarnya masih banyak perkarayang tidak aku tuliskan disini..mungkin ada beberapa perkara yang patut aku simpan sebagai rahsia manakala selebihnya adalah untuk tatapan mereka mereka yang sudi membacanya.
Selamat Pagi Dunia..
Good Morning World
Assalammualaikum sahabat...

Tuesday, October 28, 2008

..........tak bertajuk...

kak ja datang lagi rumah aku malam ni...pada yang tak kenal kak ja meh sini aku kenalkan korang ngan kak ja ye...nama dia Khadijah bt hassan,panggil Ja,tapi mimi pondan tempat dia kerja berkemungkinan besar panggil dia Khaty kot

tadi kak Ja tolong hantar aku kat restoran feveret aku,kat mana lagi kat shaz la..menu yang biasa aku makan disitu adalah nasi putih,kari ayam dan juga ayam goreng.terima kasih kak ja,walau aku cakap aku jarang makan nasi,tapi time time aku rasa lapo,ko sentiasa menolong aku..mekasih kak ja

skang ni aku nak berenti menulis sebab aku nak melayan cerita intan...

Izinkan aku berbahasa

aku merupakan seorang yang tidak suka memberi komen berkenaan blog orang lain tetapi ada satu blog yang menarik perhatian aku yang mana dia menyeru para blogger untuk memartabatkan bahasa malaysia,ada benarnya bekenaan isi dan hujah beliau tetapi ada beberapa perkara yang tidak aku persetujui,sememangnya aku tidak menafikan kepentingan bahasa Malaysia tetapi dalam keadaan dunia pada hari ini,(kita bercakap tentang Malaysia)kemahiran berbahasa inggeris dengan baik juga adalah penting.
Penguasaan bahasa Inggeris yang baik memudahkan anda (pada mereka yang masih belum bekerja)untuk melalui temu duga kerja dan juga amat membantu dalam kerjaya anda. Keyakinan yang tinggi untuk berbahasa Inggeris dapat memudahkan anda bercakap dalam mesyuarat, berurusan dengan pelanggan dan juga memberi ucapan.
apabila saya mahupun mereka mereka yang mengutamakan bahasa inggeris dalam perbualan kami sehari harian tidaklah bermaksud kami merupakan mereka mereka yang lupa pada bahasa ibunda mahupun berasa malu untuk bertutur dalam bahasa malaysia.
ini lebih kepada hal hal yang bersangkut paut dengan keselesaan kami,persekitaran kami serta didikan yang kami perolehi sebelumnya.
Maka pada pendapat saya,lebih elok jika kedua dua bahasa dikuasai supaya dapat memberikan kita pilihan di dalam mana mana situasi yang memerlukan kita untuk bercakap sama ada menggunakan Bahasa Inggeris mahupun Bahasa malaysia

(kalau bahasa aku yang mengikut rating A1 bahasa melayu SPM ni mengelirukan aku mintak maaf kerana aku sendiri terkeliru,dah lama tak menulis mengikut sistem piawaian yang dibenarkan,selalu tulis bahasa inggeris...)

aku yang tak paham
Rabiah al adawieyah

tak jadi ke Tanjung Lumpur,kami corner ke Teluk Chempedak

mula mula nak mintak maaf sebab bila aku kata nak pergi ke tanjung lumpur sebenarnya kami tak jadi pergi sebab kambing yang dipesan oleh Aunty belum sampai lagi.janjinya another couple weeks,tak pe ke aku speaking sikit sikit ni kang orang cakap aku riak pulak..lalalala
berbalik kepada cerita Tanjung lumpur ni ,sepatutnya title dia aku tuko kepada Teluk Chempedak sebab tetiba kami tertukar plan kami.Hari masih awal jadi aunty membuat keputusan untuk ke teluk chempedak dan menikmati sarapan sambil disapa angin sepoi sepoi bahasa..

lagi satu aku da tak dapat nak upload picture macam dulu dan terangkan sal picture tu satu satu sebab aku punye Post tetiba jadi gila,tiap kali aku isi gambar,dia tuko jadi kod..geram betul aku..pening kepala aku nak cari mana satu gambar..ye tak ye,aku siokan sekali gus
sejak ayah aku hadiahkan aku kamera,habis orang aku tangkap gambo...aku tak kira sesapa..mak cik jual nasi lemak katjalan teluk sisek tupun aku bantai tangkap gambo dia




so aku nak tulis sikit sikit je ok sebab aku kena bersiap sedia nak solat Maghrib,oh ya malam ni aku ada kelas..kelas bahasa Inggeris la,apa lagi kan..semalam aku dah cuti dsempena sambutan deepavali walau aku tak sambut deepavali...aku tengah tunggu saker siapkan pamplet aku tu...kalau Allah izinkan aku akan hantar dalam tiga ribu keping barangkali..insyaALLAH

Tanjung Lumpur

aku nak siap siap ke tanjung lumpur ni..nak teman Aunty pergi pilih lembu untuk dikorbankan bagi Raya Aidil Adha ni..sebenarnya aku malas tapi tak pelah..sian aunty,nanti balik aku tunjuk gambar2 ok

Monday, October 27, 2008

sah rok kang

walaupun dah lama aku cuma nak tulis kenapa bengong sangat bagi datukship kat shah rukh kang tu...pelik aku..walau che det cakap menda ni dia sokong tapi aku tak sokong sebab memang tak masuk akal..kalau nak bagi anugerah datuk baik bagi kat nenek aku yang susah payah membesokan aku ngan adik aku dua beradik...shah rukh kang pun sampai nak kena pujuk baru nak datang,nanti Kak Mah bolehla cium sah rokh kang sekali lagi...

desperate housewives versi bukit sekilau

kisahnya begini
aku,kak Ja dan kak Noor merupakan sahabat baik yang kerja kita orang hari hari adalah melepak dirumah antara satu sama lain.time aku kerja cikgu budak kecik dulu aku tinggal dengan Aunty jadi mustahillah kalau diorang nak datang melepak dengan aku.jadi yang menjadi sasaran aku dah tentulah rumah kak Ja dan Kak Noor,mereka masing masing berusia 35 dan 37 tahun.seorang isteri beranak enam,manakala seorang lagi isteri kedua beranak empat,masa tu aku masih single.Walaupun mereka tua daripada aku tapi kelakuan mereka macam budak budak,aku walaupun muda aku tak berkawan dengan budak budak lelaki baya aku kecuali budak perempuan.
kami punya aktiviti tiap tiap petang lepas aku balik kerja kami akan keliling satu taman Bukit sekilau perdana ni,kononnya macam bersenamlah tapi lebih kepada aktiviti mengendap dan mengutuk,sambil berjalan kami nampak apa apa yang pelik kami mulalah bercakap sesama sendiri lepas tu siap buat spekulasi.
ketua membuat "pitenah" dikalangan kami adalah kak Noor,tukang buat andaian buruk Kak Ja,tukang gelak dan menghasut akulah...apalah jahat sangat aku waktu tu..
kak Noor ni perangai dia memang aneh,kenapa aku cakap aneh,sebab dia ada tabiat kedekut tahap kalah haji bakhil,walau dia penat berjalan dan dahaga sekalipun dia tidak akan sekali kali mengeluarkan wangnya untuk membeli air apatah lagi membelanja kami,selain dari itu kalau dia buat window shopping memang tak dak sape boleh lawan dia kerana kak Noor ni jenis yang soping satu mall...dia suka mencuba pakaian tetapi tidak akan membelinya.
Kak noor suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada kami walau aku rasa telinga Kak Ja dah hampir bernanah sebab asyik dengar cerita yang sama,berkenaan dia,madunya yang bernama Dayang dan suaminya,Rosli.selalu jugak aku dan kak ja mengutuk kak noor time kami berdua duaan...kak noor ni tak makan nasihat orang.sekrang kak noor dah berpindah ke Kuala lumpur kerana mengikut suaminya yang ditukarkan ke sana
aku seirk nak pergi Kuala Lumpur kerana Redouane...kalau aku pergi mesti aku ingat kenangan aku dan dia...


berbalik pada cerita kak ja,aku lebih rapat dengan kak ja,kami kerap meluahkan rasa diantara satu sama lain selain kerap mengeluarkan kata kata berupa amaran supaya tidak menceritakan masalah yang sama kerana kami tidak mahu ada kak Noor no2 .
aku bersimpati pada kak Ja kerana dia mempunyai masalah rumah tangga yang agak rumit untuk aku nyatakan namun kini kesimpulannya kak ja yang aku kenali telah berubah bukan lagi kak ja yang dulu...kak ja peminat rokok Dunhill...manakala aku memang tidak merokok apatah lagi terfikir untuk merokok..buruk beno orang perempuan merokok....semoga mereka bahagia walau dimana mereka berada...

Yang mana Satu

mak sedara aku baru menelefon,jika permudahkan Allah dia akan membuka pusat nurseri di Johor Bahru.aku sedang menimbang balik tawaran tersebut,tugas aku mudah sahaja iatu menjadi pengurus serta tenaga pengajar di Pasir Gudang,sedang ibu saudaraku bakal meneruskan tugasnya sebagai guru di salah sebuah institusi swasta.
aku sedang berkira kira sama ada aku bakal berpindah ke Johor atau sebaliknya.aku merasa sukar untuk membuat keputusan.Tawaran ini harus aku teliti dengan sebaiknya,maka itu aku minta diberi masa.
Pertamanya aku masih ingin menguruskan pusat tuisyenku sendiri.
keduanya aku memang tak sesuai tinggal dengan orang, maklumlah aku telah lama tinggal berseorangan,aku tidak suka suasana bising dan bingit
ketiga,internet...aku memerlukan internet,walau aku tahu TM ada dimana mana tetapi aku faham sangat dengan servis mereka yang lembab dan lambat.
keempat,adakah bayaran aku setimpal dengan usaha aku sebab aku dah terbiasa dengan pendapatan paling minimum 2000.00
kelima tempoh masa kerja aku hanyalah satu jam setengah setiap hari,adakah aku perlu bekerja dari pagi sehingga petang..?
memikirkan itu mungkin TIDAK sahaja jawapan aku buat masa sekarang.

Aku mendoakan agar fliers yang bakal aku edarkan mendapat sambutan ,insyaALLAH
semua ini terletak di tangan ALLAH,apalah yang aku tahu tentang masa depanku.

me..its all about me and its not YOU

[01] Name: Rabiatul Adawieyah Rosdi
[02] Nickname: Rabiah,kak long,bett and yan but mostly bett
[03] Married: single
[04] Zodiac Sign: capricorn
[05] Gender: female
[06] Age: 22 ( as always)
[07] High School: SMK.Pulau Serai and Technical High School
[08] University: The National University of Singapore (collaboration)
[09] Height: 177 cm
[10] Weight: well i am fighting for it now
[11] Do you like yourself:i love myself
[12] Piercings:no no no
[13] Right or left: right
[14] Are you a freak: sometimes
[15] Hair: curly as Shakira
[16] Skin: brown
[17] Allergic: nothing
[18] What are you doing now: answering your question and will be going for my prayer
[19] What will you do 1 hour later: on line still
[20] What will you do 10 years later: maybe a wife ,mother and teacher
[21] Live with mother/father/parents: alone
[22] Siblings(included you):a pair
[23] Eldest: i am the eldest
[24] Youngest:Ahmad Rizalman
[25] Love/hate your family:i love them
THE LOVE
[26] You found your another half: still googleing
[27] If yes, who is he/she: Eiman,i guess
[28] If no, who you want he/she to be: a good person with a good heart
[29] Time(s) you in relationship: 4
[30] Ever woo boy/girl(0-100000): never
[31] Anyone woo you before(0-100000):yes,so many times (when i was a skinny girl..hahaha)
[32] Did anything wrong to your other half:no
[33] What was/were the wrong you had done:well maybe its nobody fault..its fate
[34] Ever argue with your other half: some times
[35] You with your other half since: i am pretty single right now
[36] Are you straight/Lesbo:straight
[37] Reasons you love your other half: i dont have a reason
[38] You and your other half in which stage: knowing each other
[39] You woo-ed her/him or he/she woo you: he wooed me
[40] Ever think of marry he/she: i hope
THE FRIENDS
[41] Your first best friend: Shasha Yusliza and Sani Safar
[42] Your first enemy: i tried to not collecting them in a list
[43] The friend you love the most: shasha and Sani
[44] The enemy you hate the most(1only): i tried not to hate someone too much
[45] Your most beautiful girl friend: Shasha
[46] Your most handsome guy friend: Sani..he is sweet what
[47] The kind of girl you hate the most:back-stab
[48] The kind of boy you hate the most: egoistic
[49] You fall in love with your close friend before: never
[50] Your best friend is your ex-lover :never
[51] If your friend backstab you: never
[52] If your friend betray you: never
[53] If your friend woo your lover: never
[54] If your friend fall in love with you: its cool
[55] If you fall in love with your best friend: she is girl and sani has girlfriend already
[56] Are you a good student: not really
[57] You always done your homeworks/assignments: i am last minute type.
[58] The teacher/tutor you love the most:Ustazah Asmawati
[59] Always late to school/college:punctual
[60] Your class: ok
[61] You love your seniors:i hate senoir or junior..dont label me with both
[62] Senior who you love the most: no no no no
[63] Your classmates good/bad: good
[64] Excellent result classmate: well i guess its me..ahaha
[65] Laziest classmate: i am the laziest but smart


thats all..tak kuasa aku nak jawab banyak banyak..skang ni nak g semayang jap..ok ek..tata

kak Noor & Kak Ja datang


ni la rakan aku masa zaman jadi primadona kat padang permainan bukit sekilau..kalau dulu yang pakai baju kecik kaler pink tu aku,skang dah bertukar...kak Ja pulak pakai macam tu..Aku harap satu hari nanti dia dapat hidayah dari Allah.
kak noor pulak asal datang umah aku ada le cerita terbaru yang dia bawak berkenaan masalah rumah tangga dia..aku ni dah lali dengar sampai aku boleh hafal apa ayat yang dia nak keluarkan seterusnya.Datang tadi awal awal cerita pasal madu dia,si Dayang..aku dah cakap kat dia,kalau dah pilihan engkau bermadu,terima ajalah.
teringat zaman aku mengajar budak preschool dulu,kalau balik bekerja je mestilah aku ngan kak ja dan Kak Noor akan melepak kat taman depan rumah aku,dalam satu taman tu habis orang kami kutuk,paling banyak kami buat dosa adalah Aci India ysng rumahnya terletak depan rumah aku,kami selalu cakap Aci dan anak perempuan dia yang bekerja di bank tu selalu bertukar baju sesama mereka.
nanti aku cerita lagi pasal kami bertiga...tengoklah gambo aku yang tak sempat pakai sarung lengan dan berbaju tido lagi...jangan marah

kisah cinta saya zaman dolu dolu

aku mula mengenali perasaan cinta bila aku berusia sekitar empat tahu,gatai aku ni
nama cinta pertama aku yang memang kali pertama pandang adalah Atan.gambo atan tidaklah aku ada,tapi gambo adik atan aku ada...masa tu kami selalu naik kuda goyang (aku tak tau apa nama dia dalam bahasa Malaysia tapi dalam English ni rocking horse,sama cam kerusi rotan yang boleh goyang goyang tu)
Masa aku kecik dulu mak sedara yang jaga aku,atan duduk sebelah rumah mak sedara aku kat kubang buaya,alor akar ,kuantan.Atan pun mak sedara aku jaga,dia memang ambik upah jaga budak dulu,selalu lah kami makan nasi bersama,disuapkan oleh mak sedara aku.bukan main romantik,atan pulak muka dia ala ala hero tamil vijay tu..korang kenal ke?


nilah vijay,manisnya muka atan ni cam ni lah rupanya,aku bukan ape,memang dari kecik dah tunjuk tanda tanda minat orang yang ada unsur unsur tamil
lama jugak aku memendam perasaan kat atan ni..dolu aku kecik je lawo dan kurus memanglah atan suka tapi bila aku kena operate appendiks (alasan je) badan aku terus naik cam kena pam pam...
masa aku sekolah dulu ada jugak atan hantar surat kat aku...cantik tulisan dia...aku memang suka sangat kat Atan,sekarang kalau jumpa memang masih merah padam lagi lah muka aku ni..oh ya nama sebenar Atan adalah Mohd Natasha b.Mohd Radzi Prabakaran...nama dia cam aneh sikit,macam nama perempuan,aku agak masa drama "natasha" popular dulu mau hangus dia kena bako ngan kawan kawan dia,nama serupa perempuan.

adik atan namanya sila...kawan baik aku dari kecik ni,tapi sila ni kalau gi bandor tak mekap empat kati tak sah...

adik atan paling bongsu sekali,aku panggil dia Aisyah tapi masa dia datang rumah aku baru ni,aku panggil dia wan maimunah,manakan tidak pakai baju macam wan maimunah nak gi clubbing,pastu mekap macam akak akak nyah belakang jalan gambut.Puas aku gelak kat Aisyah hari tu sampai bersembur air liyo..kami ni memang lawak..oleh sebab sejarah hidup kami sama maka aku cakap kat sila yang aku akan menubuhkan satu persatuan iatu Persatuan Anak Anak India Terbiar.hahaha
tersenyum aku teringatkan mereka berdua..lama aku kawan dengan mereka ,dah 21 tahun

pastu bila aku beso sikit aku minat sorang budak lelaki kat sekolah aku ,nama dia Dinesh tapi aku dah lupa apa nama penuh dia,aku pernah terserempak dengan Dinesh masa tahun 2007,aku ingat dia pun dah lupa ngan aku,masa aku jumpa dia aku dudk minum ayo ngan mama kat Kopitiam Coffee Street.segan nak tegur kalau tegur kang merajuk lak pakcik tua kat sebelah aku tu.
Dinesh ni adalah cinta aku masa dajah dua,aku ingat lagi masa sekolah dulu aku pakai pinfore tak pakai baju kurung,jadi tiap pinfore tu kan ke ada tali pinggang,paling lucu sanggup aku cabut tali pinggang aku tu,lepas tu pegi kelas Dinesh (masa tu dia dajah tiga)tanya murid murid dalam kelas dia sapa ada hilang tali pinggang sedangkan baju aku tak bertali pinggang,gilo meroyan betol aku masa tu...hahahhaah
Pastu selalu lah aku lalu tepi kelas diakadang kadang aku bagi dia duit 20 sen,konon konon nak beli cinta dialah...tapi dia tak nak,agaknya masa tu dia kaya barangkali.

sape lagi ek..jap nak ingat
oh ya aku minat Marc Dacascos,pelakon lama ni


bapok hensem ni,aku tak ingat dia berlakon cerita apa tapi yang pasti aku memang ingat dia berlakon ngan seorang permpuan nama Minnie Driver,cerita apa tah,masa tu terserlah keperkasaan beliau,acap kali aku membayangkan yang aku bakal berkahwin ngan marc ni...manisnya senyuman dia...hai...nasib baik ko jauh Marc...



masa aku tingkatan dua aku jatuh cinta lagi sama Freedie prinze Jr,aku mula sukakan dia bila dia berlakon cerita She's All That bersama isterinya Sarah Michelle Gellar,aku berenti sukakan dia bila dia kawin ngan isteri dia tu,dalam hati aku bukan main kecewa tahap dewa...tapi aku sedo,siapalah daku



pastu aku beralih minat The Rock,aku masih ingat lagi tag line dia
"if you smellllllll..what the rock is cooking..."aku bukanlah peminat gusti tapi bila mana sahaja THe ROck bertarung,aku akan turut menyokongnya dengan menjerit sampai nenek aku panggil aku gila (nenek aku dengki sebab dia tak dapat tengok Gerak Khas)

tu tak kira lagi time aku menangis sampai bengkak biji mata sebab The Rock kalah gusti,sekarang bila aku ingat balik memang bengong betul aku ni..hahhaha

pastu aku minat jimmy Jean Louis yang berlakon dalam cerita phatz girl,kira dialah hero aku yang terkini..(2008)..tapi lepas dia tak add aku dalam myspace dia terus aku benci dia...ada ke patut mintak email address,cam manalah aku nak tau...
yang terbaru

diabukan artis,bukan pula penyanyi mahupun pelakon..dia orang biasa yang berada berjuta batu dari aku,walau dia pernah meluahkan perasaanya pada aku,namun aku tidak terlalu berharap atau lebih tepat lagi..aku telah berhenti berharap.....

selamat pagi

pertama sekali hari ni aku bangun seperti biasa,siapkan kerja umah sikit sikit,minum air sikit sikit,pastu buku anak murid bersepah tak bersemak lagi.semalam aku dah siap fliers yang bakal aku hantar dari rumah ke rumah.aku tak pasti sama ada cantik ataupun tak,tapi aku buat paling simple sekali sebab menda macam ni jarang orang simpan melainkan orang tu aku (seperti mana aku menyimpan kad jemputan kawin tapi tak pernah pergi,macam mana aku nak pergi,terbang ke?)
sarapan jangan tanyala sebab aku memang tak bersarapan kecuali kalau ada sani yang akan bawak aku keluo g breakfast,ramai yang bertanya kenapa aku menulis blog dalam bahasa Malaysia dan bukan bahasa Inggeris sedangkan aku cikgu bahasa inggeris,aku lebih selesa menggunakan bahasa ni kerana kalau aku buat dalam English,i am very sure my friends will not be interested at all in reading this.so i dont have a choice...but on certain topics i do have English articles.kadang kadang menda yang time aku nak jiwang jiwang barulah aku guna bahasa Inggeris.
aku buat kerja ni sambil dengar lagu Hanya Kau Yang Mampu dendangan Aizat,aku macam ni lah,lagu tu dah berzaman popular baru aku sibuk sibuk nak dengar,bukan apa aku jarang dengar lagu melayu ni..chewahhhh...
samalah macam cerita titanic,aku cuma tengok cerita tu lepas sepuluh tahun,dan keesokkan harinya ,mulalah aku bercerita betapa sedihnya cerita tu,cam biasalah kawan kawan aku cakap aku memang ketinggalan zaman.
sejak perpisahan aku dengan mama yang aku rasa mungkin bakal mencecah tempoh enam bulan berat aku semakin menyusut,tiap kali aku timbang mesti turun.tapi aku pelik apasal aku rasa cam biasa je,kalau boleh aku nak berat aku kembali macam dulu,dengan ketinggian 174cm atau 5 kaki 10 inci berat yang seeloknya adalah 60kg ke 70 kg,memanglah orang tinggi tu lebih berat dari orang rendah,tak tau ka?
Kalau sekarang alhamdulillah,aku dah dapatsolat dengan mudah,alhamdulillah,aku bukan nak cantik atau nak melawa,aku cuma nak memudahkan aku dalam beribadat,kalau dulu aku selalu marah jika orang cakap aku patut kurangkan berat badan namun sekarang aku tak marah lagi,aku memang patut pun..nak tengok gambar aku semasa gemuk?
ramai yang tak berpeluang nak tengok gambor aku masa gemuk

kalau sape tanya aku cam mana aku turunkan berat aku senang aja,aku minum air soya sahaja,pastu makan karipap segera sampai cirit birit...popia segera..tu je,pastu aku terus tak makan takat minum soya je dan yang terbaru aku minum air masak ,makan dah tak ada..tadi aku timbang,turun lagi 2kg..
Korang bayangkan sampai mama boleh tegur aku (aku berjumpa mama kali terkahir sebelum aku berangkat pulang ke kampung untuk sambut hari raya bersama Shasha,lupa nak cerita)
aku takkan lupa ayat mama bahkan sampai sekrang aku ingat,terasa nak menitis air mata aku tiap kali mengingatkannya,tapi bukan rasa nak dah memang dah menitis pun
dia cakap
"awak tetap cantik macam dulu dulu"
kadang kadang bila kenang kembali aku rasa sedih,bukan aku tak sayang mama...tapi kami cuma tidak berada di tempat yang betul pada masa yang betul dan keadaan yang betul.Aku doa mama bahagia bersama isteri dan anak anaknya.
Berbalik kepada fliers aku tu,ni la rupa bentuk dia,ada sesapa nak anto anak leh la anto kat aku ye,aku tak suka marah marah atau pukul budak.

Kepada sesiapa yang berminat

To those who are interested

Kami menyediakan kelas Bahasa Inggeris bagi :

We provided English Classes for :

  • Program Cuti Sekolah (November –Disember)
  • Kelas Asas Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Inggeris /Selected Poems and Short Stories/The Pearl
  • Kelas Pemulihan Bahasa Inggeris (Bagi Pelajar Gred C /D/E)
  • Kelas Bahasa Inggeris (Tahun Satu – Tingkatan Lima)
  • Malaysian University English Test (MUET)

Kelas kelolaan kami berbentuk persendirian,tempat adalah terhad.

Our classes are private and limited

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi tenaga pengajar kami :

For any details inquiries ,please contact our tutor :

Teacher Rabiah

017 928xxxx atau 09 513xxxx

Bukit Sekilau area

… Because learning never stop



tapi aku terpaksa stop sekarang sebab aku nak wat topik baru iatu kisah cinta saya zaman dolu dolu....

Sunday, October 26, 2008

bosan + menyampah

sebenonya yang terbaik adalah menjadi diri sendiri dan jangan sekali kali pinjam gambo jiran.jadilah diri anda sendiri..setiap dari kita punya keunikan sendir...nasihat ni adalah untuk aku senirik.tapi sape yang terasa senirik punya pasal ok...

aku tak dak kerja,cuma menghitung hari hari tak pasti untuk kawen..chewahhhh

auntyyyyyy

sebaik selesai dengan kes ayam hangus,aku menggoreng ayam buat kali kedua...kali ini aku sedikit berhati hati,maklumlah bukankah pengalaman itu mengajar kita sesuatu?sambil menggoreng ayam yang masih berbaki tiga ketul itu aku memeriksa Forum di Gen2,mungkin kerana terlalu asyik berforum dan membako kawan kawan aku disana,buat kali kedua nyaris aku makan ayam hangus hari ni...Nasib baik aku cepat kalau tak....memang haru

Baru selesai meletakkan nasi dalam pinggan aku mendengar bunyi yang amatlah tidak aku senangi.
Pon!Pon
kereta Aunty!
bukan kerana aku membenci aunty namun aku benci mendengar on dari keretanya ,kadang kadang boleh membuatkan aku hilang mood sepanjang hari.Aunty menyuruh aku bersiap sedia untuk ke rumah rakannya di Pantai Selamat dan kemudiannya kami akan ke Teluk Chempedak,aku tidak boleh berkata tidak dan aku meminta dia memberikan aku masa 15 minit,sepanjang masa bersiap aku mengomel kerana Aunty ni perangainya ada masanya tak ada logika macam lagu Agnes Monica tu.
Aku yang tidak bersarapan mengambil peluang makan nasi berlaukkan ayam hangus serta kicap.dalam hatiku berkata,kebiasaannya aku yang menunggu Aunty,tak pelah kalau hari ini dia menunggu sampai 20 minit sekalipun
Sebenarnya hatiku agak berat untuk pergi,tidak aku pasti kenapa,barangkali kejadian ayam hangus tadi masih menghantui fikiran aku.
wajah gembira sebelum bertolak ke Teluk Chempedak.saat ini aku sedang memikirkan serta membayangkan bentuk bentuk gambar yang akan aku ambil disana nanti,bolehlah aku berkongsi dengan pembaca blog aku akan kecantikan pantai tersebut.
Kami mencari rumah sahabat Aunty yang terletak di Pantai Selamat,hampir dua pusingan namun rumahnya masih tidak kami temui,jadi aunty mengambil keputusan untuk menelefon sahabatnya,kebetulan namanya kamaruddin,aku sangkakan mama tetapi aunty menjawab
"you think he is the only one can use the name ha???"
Aku senyap.Malas layan angin orang tua ni
Panggilan tidak berjawab,manakan tidak,Aunty mendail tanpa meletak pangkal 0 dihadapan nombor telefon,sampai tahun depan pun pasti takkan ada orang yang menjawabnya.
Tiba tiba Aunty membuka Peti masuk sms nya,ada dua mesej disitu

"ada kelas Ustaz Rasul Dahari pada hari ni di bukit sekilau jam 12"

sender
01x-xxxxxxxxx
25 oct 2008

aunty aku lihat kelam kabut,mula bertanyakan aku tarikh hari ini,aku menjawab 26hb.
tak jadi ke ke Teluk Chempedak,we cancel everything...
wajahku yang berubah menjadi kelat sebaik kunjungan ke Teluk Chempedak dibatalkan
aku dah terbiasa kena macam ni dengan Aunty
Redha sajalah seperti hari hari sebelum ini

bau apa itu

aku baru sahaja selesai kelas diiringi dengan semangat berkobar kobar untuk membasuh kain,maklumlah sudah tiga hari kain direndam tanpa ada sebarang tanda tanda untuk dicuci.Jadi aku membuat keputusan untuk menyelesaikan tugas yang tertunggak selama hari ini.
Sebelum aku masuk ke bilik air,aku membuat congakan dalam kepala aku ni .kalau aku basuh kain dulu kemudian baru aku masak,mesti lapo tahap gaban,jadi baik aku goreng ayam terlebih dahulu dan sebaik selesai aku basuh kain,terus boleh makan,begitulah strategiknya otak aku menyusun tugasan.
Buka peti ais aku nampak ayam yang telah aku kunyitkan,aku ambil dan aku panaskan kuali seperti biasa dan tak perlulah aku menceritakan dengan lebih detail lagi berkenaan cara cara menggoreng ayam.
Kuali aku tinggalkan dengan perasaan yang aneh,entah mengapa aku tidak pasti
Aku masuk ke bilik air dengan semangat yang tinggi dan sedang aku membasuh dengan asyiknya beberapa kali aku terhidu bau bau yang tidak berapa familiar dengan deria bau aku tapi aku masih asyik dengan bajuku yang berlonggok longgok
Selesai sahaja dengan basuhan tersebut,aku terkejut kerana rumahku diselubungi asap tebal,aku agak kaget dan tiba tiba aku merasa kecewa,sebaik sahaja aku menghampiri kuali,nyatanya ayam yang aku idamkan telah bertukar warna kepada hitam kehangusan..
aku memberi kata kata semangat kepada diriku ini dengan berkata

mungkin bukann rezeki aku.....
Panjangnya hari yang aku lalui

semoga berjaya Shasha


pagi ini aku lewat bangun untuk solat Subuh,sekitar jam 7 19 pagi,aku rasa ini ekoran solat malam yang aku kerjakan sebelumnya,entah mengapa malam semalam aku tidak dapat melelapkan mata.aku rasa ini memang tak lain tak bukan sebab aku berfikir pasal hidup aku..bagaimana kesudahannya serta ketakutan aku menghadapi masa depan.
pagi ini sebaik aku bangun,aku menerima sms dari Shasha,mungkin kerana masih dalam keadaan mamai aku menyangkakan shasha menulis yang dia lulus UPSR selain dalam hati aku berkata shasha ni gila ke apa ,dah usia nak jadi mak orang nak ambik UPSR lagi.aku yang mengejar Subuh menjadikan aku tidak berminat untuk membacanya semula.Usai sahaja solat,aku meneliti kembali,rupanya Shasha berjaya untuk menduduki ujian di Universiti pengajian Sultan Idris,selain dihambat rasa tertanya tanya bagaimana rupa shasha sebagai seorang guru..
walaupun rupanya memang manis dan ayu tapi aku rasa shasha ni seorang yang kurang sabo sikit,macam mana aku tau,alangkan kucing berak merata rata pun sampai meraung menjerit marah mengamuk,kalau anak murid dia terbuang air dalam kelas macam mana agaknya rupa shasha...buat shasha semoga berjaya,walau aku cemburu sikit sikit tapi aku pasti mendoakan kejayaan mu...kan ke kita kawan baik dari sebelum baligh hingga menopause seperti yang selalu engkau katakan

Saturday, October 25, 2008

loops of love (relung kasih)

aku hanya menumpang kasih pada teman teman dan anak anak muridku..bagaiaman agaknya keadaan mama sekarang...jika dia ada dahulu dapat juga aku menumpang kasih,tapi semenjak dia tiada jauh disudut hati aku sebenarnya takut...takut dengan masa depan aku serta bermacam macam lagi,bagaimana aku hendak meneruskan kehidupan aku,dapatkah aku menampung kehidupan aku,aku tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi.....semoga allah menjauhkan aku dari perbuatan meminta minta serta menjadikan hati aku sabar....sabar untuk melihat mama bahagia walau bukan aku yang berada disisinya...amin...

sehari bersama sani II

aku baru sahaja selesai mengajar dan dalam pada yang sama aku sedang memikirkan idea idea yang bernas untuk aku isikan didalam blog aku ini.Walau seisi kelas telah tamat pada 30 minit yang lalu namun masih ada dua orang pelajar yang tinggal,ibu mereka aku kira mempunyai urusan yang penting barangkali (bersangka baik)

kalau dahulu aku senang marah apabila mereka lewat bahkan aku siap mengenakan bayaran jika mereka lewat tetapi sejak beberapa bulan yang lepas aku mula menerima keadaan ini dengan tenang,samalah kisahnya dengan anjing disebelah rumahku yng kerjanya hanyalah menyalak (sekarang pun sedang sibuk menyalak dengan disahut dari anjing di rumah hujung)kalau dulu,macam macam jenis seranah aku sebut tapi alhamdulillah sejak aku mula mengenal tikar sembahyang ,aku kira aku menjadi lebih sabar berbanding dahulu.sebenarnya aku mempunyai banyak cerita tetapi kemalasan untuk aku menaip aku kira menjadi batas utama.
berbalik kepada cerita asal iatu Sani datang lagi,kami meneruskan perjalanan kami ke rumah Faiz yang terletak lebih kurang sepuluh minit perjalanannya dari rumah aku.Rumah Faiz terletak di Semambu manakala aku pula di bukit Sekilau.
sebenarnya Sani agak keberatan untuk berkunjung ke rumah Faiz kerana dia tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa Faiz tapi aku memaksa Sani,maklumlah aku kan memiliki kamera baru pemberian Papa jadi inilah masa untuk aku bergambo macam orang tak sedo diri..walau kamera papa tu bukanlah yang the latest one tapi sekurang kurangnya aku boleh terus upload gambar ke laptop ku tanpa perlu bersusah payah seperti dulu.Faiz aku rasa kali terakhir dia menelefon aku adalah sekitar lima bulan lepas.
Soroti perjalanan kami ke rumah Faiz

sebelum berangkat ke rumah Faiz,aku menunaikan solat Isyak,gambar ni diambil kerana aku risau dengan baterinya manalah tau tiba tiba lemah...ni nak kutuk sikit,energizer patut berhenti promote iklan dia yang berbunyi "tiada bateri biasa tahan selamanya" sebab kalau nak tau bateri tulah paling lemah sekali di pasaran,membazir duit Sani Rm 6.80,nasib baik bukan duit aku kalau duit aku kan ke habis satu ruangan ni aku kutuk agaknya.Kami beralih kepada Toshiba,dan sehingga sekarang aku masih menggunakan bateri tersebut.sebenarnya aku mempunyai bateri sony yang boleh dicas kembali tetapi aku telah menggunakannya untuk telefon rumah.

ni lah ayah paiz yang aku ceritakan tu,dia memang baik orangnya dan paling aku suka sebab dia pandai masak,sedap...selain pandai buat lawak,kata Pak Cik Maarof,bila bett nak kahwin lagi,aku jawab luka lama masih berdarah...ecehhhhhhhhh...
dah lama aku berkawan dengan paiz ni,dekat limabelas tahun agaknya.Kakak paiz ,Nor Diana atau yang lebih mesra aku panggil sebagai Kak Ana,yang merupakan guru sains di sebuah sekolah sekitar Sungai Ular,kuantan,pernah mengikuti kelas pengajian bahasa Inggeris kelolaan aku.Sewaktu kami ke sana sebenarnya Kak Ana pun ada tetapi keluar kerana membeli barang barang dapur.

Aku tidak meelpaskan peluang mengambil gambo mak si Paiz ni ,maklumlah dah lima belas tahun berkawan tapi tak pernah ada gambar walau sekeping pun,tu pasal lah,aku beria ria bawak kamera ke rumah mereka.sakan kami berposing maklumlah sani ni pun spesis aku jarang bergambo.

bila aku cakap senyuman aku manis korang tak percaya,cuba korang tengok bebeno...pakaian yang aku kenakan tu namanya jubah tapi warnanya agak aneh sikit,yelah sebab jubah ni aku pakai untuk solat,tu yang warnanya putih,aku dah tak kuasa nak iron baju,tu pasal terus je aku pakai jubah ni,senang cuma tukar tudung je
antara aksi manja aku dan sani,korang jangan jeles la,aku ngan dia ni kepala memang masuk air ok...tapi aku kagum la sebab makwe sani ni orangnya sporting ,sebenarnya agak sukar untuk aku berbaik baik dengan kawan kawan baru macam Ja ni tapi oleh sebab dia makwe sani maka aku belajar belajarlah menyukai dia dan hasilnya alhamdulillah,budi pekertinya cantik seperti mana orangnya.
ni la gambar kandid yang paling aku suka sekali...nampak macam mesra je.Aku rasa antara kawan kawan yang paling rapat dengan aku adalah Sasa dan juga Sani ni lah,yang banyak aku habiskan masa bersama adalah Sasa( sekarang Sasa tengah bad mood sebab kekasih hatinya sekrang berada di Indonesia,aku tidak pasti atas urusan apa,tapi kalau tak silap aku dia ke Bali)
semoga persahabatan kami kekal di dunia dan di akhirat hendaknya .Amin,kita boleh jumpa bermacam macam jenis kawan tetapi kawan kawan yang sejati jarang jarang datang mengetuk pintu hidup kita.cerita cerita jugak,muruku yang aku makan tu bukan main sedap.
aku pasti sekarang Ja tengah dok melihat gambo sani di lap topnya dan paling utama aku dengar mereka membahasakan diri mereka sebagai " B " dan " Ma",sebenarnya aku nak tergelak pada mulanya namun aku tahankan,kesian lakkat sani yang baik hati tu.
aku teringat reouane pernah bertanyakan sama ada tudung yang aku pakaai ini adalah tudung atau sebenarnya khemah dalam erti kata lain nak perli aku sebab tudung aku ni terlalu besar

cantikkan,bukan main bersih rumah faiz masa aku pergi,pak cik maarof ni pada pengamatan aku memang seorang yang pembersih.

masa gambar ni diambil aku lihat ja dah hampir pengsan dok tergelak dekat Sani..aku pun sama,almaklumlah Sani kadang kadang kepalanya tak betol sikit..cam aku la tapi aku suka cover,depan anak murid bukan main baik boleh menang best teacher award.
aksi pahlawan kampung pisang,pelita pun jadi Sani ye...kesian Sani,jarang jarang dapat bergambar sekali dapat bergambar,posing macam artis ya Sani,tu tak kira,aku bahagian nak nampak kurus lam gambar,puas posing nasib baik tak jatuh tangga,pengajarannya,kalau anda tu badan beso terimalah diri anda tu seadanya.
sebenarnya masa gambar ni diambik aku tergelak dan air liyo tersembur nyaris nak kena muka Sani,nasib baik diorang tak kisah bak kata pepatah aku guna,air liyo sahabat sejati itu umpama air liyo kita...
ni lah saatnya dimana aku buat teknik jimmy hendrik meluncur atas lantai dan bersimpuh dengan ayunya.kalau korang fokus betul betul aku nyaris jatuh dari tangga ni,almaklumlah aku ni kan kurus dan slim lagi (kata lawan yang bermaksud sebaliknya)


baguslah sani ,bawak bakul tu,boleh berlatih kena queen control ngan Ja...aku nampak Sani ada tokoh ikut cakap isteri..aku tau sani tu takkan baca apa yang aku tulis tu pasal aku pakai tulis je apa aku nak tulisni lah aksi yang dinamakan jejak kasih..pak cik maarof cuma nampak misai.terima kasihlah pada sani kerana mengabadikan saat saat ini dengan jayanya..ke bintang!!!!

pak cik maarof pura pura kejung di peluk oleh sani
sebelum berangkat pulang,rumah faiz kami tinggalkan beserta janji untuk kembali dalam tempoh lima bulan dari sekarang,insyaAllah

senyuman manisku didalam kereta kancil warna biru mengakhiri perjalanan kami....

Friday, October 24, 2008

sehari bersama sani









semalam ,usai sahaja solat isyak aku membuat keputusan untuk melawat ayahnya Faiz,salah seorang kawan aku yang aku ingat ala ala dah jadi arwah di ingatan aku (dia hidup lagi) perumpamaan ni di gunakan untuk orang ang sampai sudah tak dapat dikesan walau jarak umah dia ngan aku cumalah sepuluh minit,sebab tu ada orang cakap kadang kadang kawan yang kita kenal dari sekolah rendah belum tentu akan sentiasa mengingati kita seperti mana kita mengingati mereka.kenangan zaman persekolahan ada sesetengah daripada kita menganggap sesuatu yang akan hilang dan tidak bermakna,tapi bagi aku,kenangan itu akan aku ingati sampai bila bila kerana itulah aku tidak pernah jemu membalas komen komen rakan rakanku di ruangan forum sekolah lama tempat aku belajar dahulu.
berbalik kepada cerita sani,aku mengenali sani sewaktu aku meneruskan pengajianku dalam tingkatan Enam,namun perkenalan kami tidak lama kerana aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di salah sebuah institusi pengajian swasta,jadi aku cuma sempat mengenalinya lebih kurang dua bulan pertama sahaja,kami rapat dan bersahabat baik namun tidak lebih dari itu memandangkan aku menggapnya sebagai adikku (walau kami satu usia).tambah lagi rupanya memang lebih kurang rupa adik aku.
Aku gembira selama dua hari mereka dirumahku ,terasa terbang masalah masalah yang menghiasi kepala otak aku.Sani sekarang dah maju dan dah tak bakhil macam dulu.dia antara sahabat sahabat aku yang berjaya,membeli kereta kancil dengan wang simpanan sendiri dan insyaAllah bakal berkahwin kalau Ja setuju juga dengan wang sendri,dia pandai mencari peluang menambahkan pendapatan.teman wanita sani bukanlah jenis orang yang sombong,siapa sangka,berpewatakan biasa tapi ja merupakan seorang pelajar terbaik disekolahnya dengan pencapaian 9A semasa SPM tempoh hari ( dah berzaman la ),dan bakal menjadi guru kimia dalam tempoh masa setahun lagi.
beginilah cara aku mencari idea untuk menulis di dalam blog aku ni,usai sahaja solat subuh dan sebaik sahaja aku siap mengerjakan sebarang kerja rumah yang aku rasakan logik,lap top aku akan di "on" kan sehinggalah tengah malam nanti.
ja dan sani beserta kancil birunya...sewaktu gambar ini diambil aku dan ja baru selesai berjalan kaki dari pasar malam .tapi disini aku memanggilnya pasar malam cina manakan tidak gerai gerai disini dikuasai oleh orang cina,hanya terdapat sekitar lima buah gerai melayu,tapi lantaklah,aku beli makanan je bukan nak beli handbag kat pasar malam.

******************************************************************************
sewaktu cerita ini ditulis aku berhenti seketika kerana memberi laluan kepada anak muridku yang datang menyerahkan barang barang pesanan aku yang berupa sepuluh ketul peha ayam (aku dah bahagi bahagikan dalam kepala hotak aku,pasni tak payahlah aku risau pasal nak beli makanan untuk enam ke tujuh hari)ayam goreng cicah ngan budu tak pun makan ngan kicap,tak payahlah nak nunjuk muka geli aku memang pemalas,jadi aku akan makan makanan yang memudahkan aku sahaja).pastu sebagai makan malam aku yang sebenarnya dah lewat (jam sepuluh malam)aku suh si amin membelikan aku makanan dari shaz..dari pagi aku tak makan ,tengahari tu aku makan mee segera tapi manalah cukup sebab malam sebelumnya aku tak makan seperti biasa).Aku hampir hampir pitam sewaktu solat isyak di masjid tadi.dan aku tidak boleh mendongak ke atas,aku kira itu menunjukkan aku tidak mendapat nutrisi yang secukupnya dan diet aku memang terang terangan lagi bersuluh dengan spotlight tak elok untuk diamalkan.
************************************************************************************


puas aku paksa ja untuk membuat aksi gila dan be natural,just have some fun and jangan kontrol ayu...nipun kira aksi aksi ngembungkan pipi..nampak sangat aku ni terlalu tinggi..(sebenarnya aku sebut tinggi sahaja,besar tak perlu sebut ya,sensitip)
ni gambo ni aku memang tak paham,entah kete sape entah,dah seminggu letak kat depan umah aku...aku agak Ah So tua yang selalu buat kelas tai chi tu agaknya,nampak macam tayarnya kempis sebelah,mungkin pancit barangkali..
puas dahaku posing supaya nampak kurus dan lawo cam nasha aziz.ni kalau dia nengok ni mau tahap dewa dia menangis...(pitenah yang nyata terhadap nasa aziz)
ni lak gambo aku ngan si sani..minjam pakwe ja,maklumlah aku kan single mingle skang ni,kalau boleh aku nak cari orang yang boleh menerima aku seadanya dan tak tinggal solat..Sani ni contoh yang baik dan seperti yang aku katakan pada ja dia sangat beruntung jika dia memiliki Sani sebagai suaminya.kalau aku ngan Sani tu setakat kawan sahaja..
kadang kadang aku gila..sani lagi gila dari aku


***********************************************************************************
aku terlihat kelibat seorang lelaki dalam cerita ugly dan muka dia sebijik macam muka redouane..sebenarnya rindu juga tapi aku terpaksa lupakan dia apabila dia juga memilih untuk melupakan aku..walau dimaan dia berada,aku tetap mendoakan kebahagian redouane.
aku dah jatuh cinta dah kat freedy rodriguez ni...muka sama cam redouane cuma idung redouane lagi mancung...bak kata adik lelaki aku,kenapa si redouane tu suka kat engkau ha..kan ke dia hensem,kambing punye adik patut kasi aku semngat la,ni melemahkan aku...puas aku menyokong diri aku sendiri dengan mengatakan aku memiliki senyuman yang manis...
*************************************************************************************
seronok punya pasal sampai aku membuat tarian sumazau depan umah aku.aku pasti anak murid aku yang sibuk bermain bola sepak terkejut melihat aksi aku ni.
esok aku sambung cerita,aku nak fokus cerita intan ni...

Thursday, October 23, 2008

sani Datang

semalam Sani datang ke rumah aku,siapa Sani...sani adalah kawan aku semenjak dari sekolah,dia datang bersama aweknya yang mukanya sebiji macam norjuma habib.Dia tidur dirumah aku dan awal awal aku dah warning jangan harAP aku nak masak...
masa diaorang datang umah aku ,aku tengah mengajar lam kelas aku,ni salah seorang anak murid aku yang terer gile Bahasa Inggeris,nama dia farhana,muka pun lebih kurang muka aku je kan?kan?kan
ni lak gambo Sani yang aku tangkap masa dia tengah terbongkang tidor...orang tengah bercinta la katakan
aksi aksi mengantuk dari aiman dan adik beradik..kalau korang perasan aku adalah orang yang dah malas nak menulis blog memandangkan tak da perkara baru yang hendak aku ceritakan.
suasana dalam kelas aku sebelum kami ke Teluk Chempedak.budak budak semua moyok tahap dewa maklumlah kelas lambat habis.
ada orang cakap muka aku dan sani ni ada iras kira lebih kurang macam adik beradik la...dah lama aku kawan ngan sani ni,dia diantara sahabat aku yang baik selain dari sasa
tengok la senyuman aku yang layak menjadi model iklan halalan toyiba
dalam kereta Sani yang berwarna biru....
ni la makwe Sani yang aku kata muka sebiji cam norjuma..lawo la

Wednesday, October 22, 2008

i want to be your guy<---i wish he says this

aku baru nengok Ugly betty,cite ni kadang kadang wat aku rasa macam aku la si ugly betty....

Solat Penyeri Peribadi

awal aku bangun hari ni...5 30 pagi,sebenarnya aku telah terjaga pada sekitar jam 4 22 pagi namun aku kira masih awal untuk aku bangun,jadi aku menyambung tidurku.Bangun dari tidur aku bergegas untuk mandi dan menyelesaikan tugas aku terhadap Allah..nikmat lahir sebagai Islam dan entah mengapa pagi ini semasa menunaikan solat Subuh,aku merasakan seolah olah telah lama aku tidak bersolat walhal sebenarnya baru sekitar enam hari.semoga solat itu menjadi sesuatu yang ringan untukku .Amin Allah Humma Amin.
sebaik selesai,aku switch on lap top dan mula memeriksa inbox,kalau kalau ada mesej dari eiman,dan kini aku tahu,dia hanya menulis setiap lima hari sekali ,mungkin benar dia menghadapi masalah seperti yang diceritakan padaku.kawan baikku sani berjanji untuk singgah ke rumahku sekitar jam 2 petang nanti jika diizinkan Allah.khabarnya dia bakal datang bersama "gewe"nya.sani dah maju sekarang.aku doakan moga dia bahagia,sememangnya dia lelaki yang baik.seperti biasa sarapan aku hanyalah segelas air masak,dan selagi perutku tak kembung,selagi itulah aku akan minum.

Tuesday, October 21, 2008

aku geram

aku baru sahaja selesai menonton Grey's anatomy,aku sememangnya pengikut setia siri ini..dan aku rasa sebal kerana Astro lewat dalam menyiar siri terbaru Grey's Anatomy.dah lah aku bayo mahal,sedangkan ntv7 yang tak kena bayo tu boleh menyiarkan episod terbaru..Astro memang kambing ! geram aku

bak kata Jay jay ;cukuplah sekali kau menyakitiku

aku rindu pada kaabah,aku rindu pada Mekah dan orang orangnya,aku rindu berkejar kejar mendapatkan saf,aku rindu untuk melakukan ibadat...hari ini sewaktu aku keluar bersama aunty bagi mendapatkan makanan,aunty bertanya sama ada aku rindu untuk berkunjung ke kota Mekah,aku mengiyakan.katanya dia ingin berkunjung ke Kota Mekah tetapi dia awal awal lagi memberitahu bahawa dia tidak dapat membawa aku kali ini,aku tidak terkejut sejujurnya aku masih lagi berterima kasih kepada Aunty kerana menanggung kos pemergianku bagi mengerjakan umrah tempoh hari.
cuma aku tertanya tanya bila lagi agaknya aku akan diperbolehkan Allah untuk berkunjung ke sana.Rasanya dengan keadaan kewanganku yang belum stabil tak perlulah aku memikirkan sangat soal tersebut yang penting ibadah wajib seperti solat lima waktu harus aku pelihara dengan sebaik baiknya.
kadang kaang aku takut memikirkan masa depan aku,kerana aku bersendirian,aku seboleh bolehnya tidak mahu menyusahkan papa dan mama mahupun nenekku.aku akan sedaya upaya cuba untuk menyelesaikan sebarang permasalahan hidupku
Jika mama tidak meninggalkan aku mungkin aku masih bersenang lenang serta terus hanyut dengan keduniaan semata mata,aku bersyukur mama meninggalkan aku,aku belajar banyak perkara iatu aku tidak boleh mudah mempercayai sesiapa pun disekelilingku,paling utama untuk sebarang keadaan berdoalah sentiasa disamping memiliki wang simpanan sendiri.'
Aku mungkin tersilap kerana begitu mempercayai mama begitupun aku belajar dari kesilapanku.bukankah guru yang terbaik bagi kita adalah pengalaman yang kita miliki.Aku tidak mahu terlibat dalam cinta suami orang lagi,insyaALLAH..aku berdoa siang dan malam dan itulah doaku dihadapan Rumah Allah.Cukuplah sekali

hari ini tak ada sejarah

hari ini menu aku adalah instant noodles dari keluaran mamee..jenis vegetarian ,bukan main sedap maklumlah aku jarang makan..hari ini aku bangun bila jam menunjukkan jam 9 30 am ,lewat gila bangun,inilah satu perkara yang aku tak suka kalau time ABC,aku mempunyai terlalu banyak masa terluang dan semuanya berlalu dengan sia sia,bukankah itu sesuatu pembaziran yang nyata (walaupun aku sebelum ini bukanlah orang yang menghargai masa)namun sejak beberapa bulan yang lepas aku amat takut kiranya aku dimatikan sebelum sempat aku bertaubat.
cerita cerita jugak,hari ini juga aku mendapat balasan email dari Eiman..namun balasannya tak seperti yang aku harapkan,aku seperti dapat merasai kerunsingan hatinya berkenaan satu perkara yang tidak dapat aku nyatakan disini.Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku iatu Eiman menyatakan bahawa dia bakal berhijrah dari Amerika ke Malaysia namun aku merasakan perkara itu perlulah difikirkan dengan mendalam,aku tidak mahu pengalaman lalu berulang lagi.Cinta di internet memang berbahaya,berisiko namun aku kira,diluar dunia maya sekalipun penuh dengan ketidakjujuran...dan lebih berbahaya.Dan bukan masa yang sesuai untuk aku bercinta cintaan ,berdua duaan atau berdating datingan,masa aku telah habis...dua tiga hari ni aku mempunyai mood yang kurang untuk menulis,entah kenapa mungkin kerana kemalasan aku untuk mengimbau kenangan silam bagi dijadikan bahan cerita.harap sesiapa yang membaca blog aku ni tak penat membaca cerita aku...sebab aku sendiri penat gila na baca certa aku ni

Monday, October 20, 2008

sakit itu penghapus dosa

(walaupun aku kelihatan pucat namun insyaALLAH bakal pulih dua atau tiga hari lagi)

aku demam hari ni..mata merah selain tak begitu sihat.masa masa begini teringat bila aku sakit je ada orang yang risau,sekarang sakit aku sendiri risau sebab kalau aku sakit sape nak ngajo anak murid aku,kalau aku tutup kelas sape nak ganti,kalau tak ganti sape nak kutip yuran,kalau tak kutip yuran cam ne nak bayo bil?nak tak nak kelas diteruskan,semoga ALLAH menggagahkan aku dan menjauhkan aku dari kemelaratan dan perbuatan meminta minta.berbalik pada menu hari ini :

nasi (baru masak)
telur goreng
kicap cap kipas udang lemak manis

ahamdulillah

walau aku demam aku tak sabar sabar menanti kesudahan sinetron Intan..

Bata dan Jubah


(tak dak kaitan ngan cerita ;gambo ini adalah selipar jamban)


1 apabila aku memilih untuk memakai selipar Bata dalam urusanku sehari harian,ke pasar Bata,ke kelas bata,ke jamuan Bata,berjalan di pantai Bata pendek kata sampai ke Mekah aku masih memilih Bata.Kenapa?kerana kualitinya.waktu usia aku sekitar 18 ke 21 tahun aku mementingkan jenama dalam penampilan ,namun semakin aku menginjak dewasa,aku lebih mementingkan keselesaan kakiku dari keselesaan mata yang memandang.

2 apabila aku lebih selesa mengenakan jubah dari jeans atau t shirt,ada dua perkara yang aku suka berkenaan jubah,pertamanya,mudah dan selesa,tidak datang dalam pakej kain sarung,praktikal untuk terus mengerjakan solat dan yang terakhir memberi pandangan yang baik kepada si pemakai (lebih dari dua tu)...kesimpulannya aku selesa mengenakan jubah walau telingaku ini hampir bernanah apabila di bako kawan kawan sekelilingku

pada kawan kawanku,fahamilah aku..biarlah aku nak pakai selipar bata dan jubah walau ke mana sahaja aku pergi.dah memang aku selesa macam tu.lantaklah aku..

Sepanjang jalan kenangan

time dengor lagu yesterday dari boyz II men ni teringatlah kenangan lama aku dulu...banyak kenangan aku masa kecik kecik dulu...time sekolh pun banyak gak..masa aku darjah satu hingga enam (masa dajah nam tu aku dok half month je sebab aku berpindah ke Terengganu, menyambung peajaranku di Sekolah Kebangsaan Pulau Serai ) aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdullah berhampiran dengan jalan Wong Ah jang,jalan tu banyak memori bagi aku,sekarang ni dah hilang semua kenangan kenangan kat situ kerana dah banyak bangunan didirikan.Pokok pokok meranti yang selalu aku toreh semata mata kerana nak memastikan bahawa pokok tu mengalirkan "darah" pun dah ditebang,digantikan dengan petak pejalan kaki.Masa dulu ada beberapa kali aku kena tinggal dengan bas sekolah dan berakhir dengan aku pulang berjalan kaki ke rumah aku yang pada waktu itu terletak Tanah Putih berhadapan dengan Sekolah (J) Kebangsaan Chung Ching.Jaraknya adalah sekitar satu kilometer,nak balik naik bas duit dah habis aku belanjakan,zaman tu belanja aku cuma 80 sen sahaja.Berjalan kakilah aku sambil melilau lilau kedai kedai yang menjual minuman,walaupun aku tidak berduit untuk membelinya namun aku masih ingat yang aku sering berkata kata dalam hati "esok mesti bawa bekal air masak",walaupun aku tahu aku takkan bawak air sebab beg berat.Biasanya sampai di kedai runcit (aku lupa namanya apa) aku akan melalui jalan short cut ke rumah Norlida yang aku panggil Noli.ini kerana aku harus mengambil adik perempuanku yang berusia sekitar 6 bulan pada waktu itu,mak noli merupakan pengasuh adik perempuanku yang bernama Nuyu,kemudian aku akan terus pulang ke rumah,lebih kurang jam 2 petang biasanya aku telah selamat membuka pintu rumahku (bukak pintu ni pun ada skill,aku kena masuk bawah rumah dan menolak ensel pintu ke atas ,barulah boleh masuk,mak aku tak berminat menggunakan kunci dan mangga ekoran aku pernah kehilangan kunci)Nuyu pulak kadang kadang aku bawak masuk bawah rumah atau dudukkan dia sementara aku menjolok ensel pintu tersebut.

Sebaik sahaja aku masuk perkara pertama yang aku lakukan adalah meletakkan Nuyu ke dalam buaian ,memastikan adik aku tidur dan kemudiannya ke dapur memeriksa lauk apakah yang menjadi hidangan pada hari ini,mak aku pada waktu itu merupakan Supervisor disalah sebuah kilang yang terletak di Gebeng,jadi kerjanya adalah mengikut shift,jika kerja petang contohnya jam 6 petang,dia akan pulang pada 6 pagi esoknya manakala jika shift pagi,dia akan berada disana jam 6 pagi hingga 6 petang.

kalau kerjanya waktu pagi maka malam sebelumnya mak aku akan sibuk memasak bagi memastikan bila aku pulang dari sekolah esok aku tidak kelaparan,adik lelaki aku yang namanya Rizalman tu biasanya bersekolah diseisi petang,jika nasibnya baik,mak aku akan menghantarnya menaiki bas sekolah Nya Cina yang bernombor 35,kalau tidak bersendirianlah dia.

Aku diajar berdikari semenjak aku kecil lagi maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila diusia aku ini,aku tinggal bersendirian tanpa mengharapkan bantuan keluargaku.

Biasanya dalam pukul 3 petang sebaik selesai mandi aku akan makan apa apa yang ada sambil mengayun buaian menggunakan ibu jari kaki dan kalau nasib tak baik kepala Nuyu pernah beberapa kali terhantuk ke lantai,aku agak itulah penyebabnya adik aku kadang kadang bingai sikit...hahahaha

Selesai makan aku akan mula menelaah dan menyiapkan kerja sekolahku,seandainya kepenatan yang amat sangat aku akan tertidur sehinggalah adikku terjaga .Aneh bukan diusia enam bulan aku yang berusia sepuluh tahun ini telah memikul tanggungjawab berat,dikala anak anak jiranku sibuk bermain,aku akan sibuk mengendong adikku kesana ke mari,aku kira itu menjadikan aku matang sebelum waktunya,dari pengalaman itu aku belajar menjadi orang yang mengutamakan adik adik aku dalam segala macam hal.

Bila si Nuyu tu dah bangun akulah yang akan memandikannya,kalau ada masa tertentu,aku terpaksalah menahan mata dan tangan membasuh nazisnya...hahahah,jangan tak tau aku sangat terer melipat kain lampin (masa tu penggunaan diapers masih belum meluas lagi).Sekitar jam lima petang kami akan mula keluar dari rumah ,berjalan jalan ke padang permainan,dan sebenarnya aku tidak pernah mendapat peluang untuk bermain bersama rakan rakanku kerana aku harus menjaga Nuyu,aku tidak merasa aku terpaksa melakukannya,aku kira ia merupakan tanggungjawab aku sebagai kakak sulung.Biasanya di padang tersebut kami akan ditemani Wa ,Abi ,Ari dan Ifa (mereka semua merupakan anak Mak Cik Zimah,jiran belakang rumah aku).Nanti aku sambung lagi cerita ni,aku rasa macam tak dak mood nak nulis sebab aku ada kelas jam 2 petang ni,jadi aku kena get ready,lagipun bukan senang nak perah otak ingat kenangan lama...susah wooo

kejam kah aku?

permulaan hari yang amat membuatkan aku hilang sabar
aku bukak thread hari ni dan aku dapati minah tu ada lagi (minah mana?,korang bukak la crita aku yang bertajuk minah oh minah)
hari ni dia pura pura jadi baik ,halamak aihh,padahal dia yang mula tibe tibe skang sebok nak jadi pendamai lak...tapi bila teringat kata kata yang aku tulis kat thread rasa mcam tak patut pulak ..kejam la aku kasi seranah dia dalam English Language,tu namanya aku telah menyalah gunakan nikmat yang ALLAH beri,bukanlah aku ni orangnya jahat sangat tapi aku tak suka sikap dia yang suka buat buat cerita dan jaja kisah orang,kalau aku jaja kisah dia masa sebelum dia terberanak tu apa cerita rasanya,cuma aku masih ingat hadis yang antara maksudnya melarang kita dari bercerita atau menuduh akan keburukan orang tanpa membawa empat orang saksi (aku pun tak tau cerita sebenonya antara dia masa dulu tapi aku dah terlampau geram,tau jelah time ABC ni memang kesaboran kurang,emosional lebeh,rasa macam nak terajang pintu je)
pada minah tu janganlah nguji kesaboran aku yang memang tipis setiap kali berhadapan dengan mu...


* ABC = Allah bagi cuti

bila aku nak kawin?

adik aku menipu ayah aku,katanya nak tido umah aku tapi dibantainya pulang malam ni,aku lihat adik aku semakin kurus mungkin sebab dia mula bekerja disalah sebuah anak syarikat petronas barangkali.tapi macam biasalah aku lihat adik aku agaka berkira sola wang ringgit ni,bukanlah nak cakap aku pemurah,tadi aku sekadar berbahasa basikan bahasa aku tu (korang paham tak apa aku tulis ni)aku mintak nam ringgit,cakap nak buat beli nasi,dia cakap,sewa rumah lima ratus boleh bayar takkan nam ringgit mintak kat aku kot,memang tak leh bagi muka kat adik aku ni..dulu selalu gak aku kasi duit kat dia ratus ratus tapi aku tengok perangai dia makin teruk (mulut terlalu bisa sampai tahap aku nak bagi dia makan selipar)
tadikawan dia tanya aku bila nk kawin aku cakap senang je,kalau ada berilah kat aku sorang..aku pun dah bosan duduk sorang diri..adik aku jawab,tak payah ko sibuk sal kakak aku,dia kalau orang tak berduit bukan dia suka.terus terang mungkin apa yang dikatakan oleh adik aku mungkin benar memandangkan sikap aku yang pemilih namun wang bukanlah semata mata kunci kebahagiaan,aku tetap menyayangi Redouane walau dia hanya seorang pensyarah.Namun nak buat macam mana jodoh tak ada.Siapalah aku untuk memaksa ALLAH?bukanlah aku nak mengingati kenangan lalu,hidup masih perlu di teruskan..aku rasa buat masa sekarang biarlah aku bersendirian dulu.menikmati kehidupan bujang yang telah lama aku tinggalkan..biarlah aku habiskan masa aku mengasihi diri aku sebelum aku belajar mengasihi diri orang lain,...aku tinggalkan persoalan itu untuk hari esok panjang umur,aku akan menulis lagi .InsyaAllah

Sunday, October 19, 2008

...

ayah aku telefon katanya adik lelaki aku yang sulung nak datang
abis la duit aku dia pow
bukan kira orang sengkek ke tak sengkek
pow je kejenya
mulut cam mulut hapa
tunggu je..aku klau dia degil aku baling budu kat kepala dia yang dogol tu

Soya


malam ni aku diserang batuk batuk tahap kronik,aku dah agak ni mesti disebabkan air soya keluaran marigold tu,habis gatal tekak aku..kacau je moodaku nak nonton cite hindustan sirf tum,maksudnya only you atau dalam bahasa ugandanya hanya kamu..cita industan ni ada masa best tapi aku pasti cite ni sedap sama masa aku tengok dulu usia aku 12 tahun,kisahnya pemuda yang bercinta ngan gadis tapi tak pernah bersua muka cuma tulis surat je..cam kisah aku je...tapi biasah happy ending la...rasanya kalau tak silap aku.

p/s ; sebenonya susu soya tu nyaris tamat tempoh tapi aku bantai minum..membazir itu sifat seton ni rojim dan barulah aku tau cite indi yang aku nak sangat tengok tu rupanya tak dak subtittle,abis bengong la aku nak mikir apa diorang cakap.ASTRO !!!!! memang suka naikkan darah aku

ane


layan tamil seround..

pelakon kegemaran aku ni...nama dia vadivelu..walau cerita tamil kadang dia punya auta memang tahap raksasa gogon,tapi aku tengok je la...

budi bahasa budaya kita

kalau ada yang tanya kenapa bahasa kat blog aku ni bertapis tapis,aku hendaklah menjaga beberapa perkara
pertama aku ni pompuan..reti..POMPUAN (kang kalau aku wat bahasa tak hengat donia,tak dak lak orang nak ngejas aku ni)
kedua kalau anak murid aku nengok,sure aku kaget dan ketor lutut
ketiga,biorlah aku nak guna bahasa baik baik pun..dah blog aku..lantak aku la...

Madinah dan Mekah

( yang hujung dan nampak baju warna hijau sahaja tu adalah aunty manakala baju hijau tu ayah aku,yang hujung sekali tu adik aku,yang cantik dan beso tu aku le..hahaha,dan yang kecik molek sekali tu mak tiri aku yang baik)
mengimbas detik aku mengerjakan umrah sebenarnya agak mengharukan dan sehingga sekarang masih mekar dihati aku.walaupun aku tidak melakukan sebarang kenduri kendara..tapi hubungan ayah aku dan aku kembali bertaut...(papa janji nasi beriani mananya,takkan lupa kot)
time ni beg aku macam nak gi duduk Mekah setahun..rindunya aku pada Masjidil haram,nak melihat Kaabah,minum air zam zam...
ni masa di Aiport Sultan Haji Ahmad Syah,kuantan,semangat sangat nak ke air port kami ke sana jam 3 pagi,dah kena tunggu orang bukak gate.Aunty aku selalu pergi oversea,sedangkan ni pengalaman aku yang pertama 9aku ni jenis orang yang suka duduk rumah dn kurang suka keluar rumah ,anehnya bila nak menunaikan umrah,aku langsung tak kisah pasal rumah aku)
ni la Saudi Airlines yang telah membawa aku ke jeddah,dan didalam ni jugalah aku merasa pengalaman berbuka puasa jan 11 pm waktu malaysia atau 6 30 pm waktu Jeddah (waktu di saudi Arabia adalah lima jam lebih lewat dari Malaysia
dalam kapal terbang aku membuat keputusan untuk duduk sebelah Aunty kerana aku tak selesa duduk bersama orang lain,selain daripada tu aku pada waktu ni sering teringatkan redouane..tapi dah jadi sejarah,kami dah berpisah sebaik sahaja aku balik dari menunaikan umrah,ini semua dari ALLAH,semoga ALLAH memberikan aku jodoh yang baik baik.Amin
sampai di Jeddah ,kami menaiki bas menuju Ke Madinah yang mana terletak kira kira 430 km dari Jeddah,perjalanan memakan masa selama 8 jam,dalam bas ni juga kami diberi makanan berupa nasi,ayam goreng dan jugakuah kacang dahl (sedap sungguh semua makanan sepanjang disana ,dan bukan semua orang merasakan makanan disana sedap,ada sesetengahnya mengatakan makanan tersebut tidak memenuhi selera mereka tapi alhamdulillah bagi aku semua sedap)
dalam gambar ni adalah mak haji yang merupakan keluarga mahram aku.pasangan ini sangat baik terhadap aku bahkan sehingga kini kami masih berhubungan ,baru hari Rabu yang lepas kami bertemu dan menikmati ikan stim di Midnight Food Court.sape lagi yang belanja,kalau tak Aunt Sharifah.

ni suami Mak Haji yang aku bergambar tadi.namanya Haji Jabbar,dah tiga kali berkunjung ke Mekkah,baik orangnya dan selalu ,membuat aku tertawa,masa ni jugala aku selalu guna telefon dia untuk menelefon si redouane tu ,moga dia bahagia walau dimana dia berada.terima kasih haji atas semua budi haji,Allah sahajalah ang apat membalas budi baik haji
aku tolong mak budak ni jaga anak dia jap sementara mak dia makan,masa ni kami dah sampai ke hotel Dallah Taibah yang terletak hanya 50 meter dari Masjid nabawi,cantik hotelnya dan seperti biasa makanannya semua sedap dan kadang kadang aku rasa macam duduk kat malaysia je sebab makanan yang disediakan oleh pihak Rayhar tak jauh beza dengan apa yang disediakan di malaysia
dalam perjalanan ni kami menuju ke Majid Quba kalau tidak silap aku.disebelah aku adalah aunt Sharifah,gambarnya dapat sipi sahaja,tapi sekurang kurangnya ada jugalah kenangan aku bersama Aunt.
disni kami berebut untuk bersolat sunat tahiyatul masjid dan alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan aku untuk bersolat disitu,apa yang aku pelajari adalah bertimbang rasa terhadap orang lain dan Allah akan membantu kita,di Madinah dan Mekah ni janganlah cuba dibuat main,sebarang kata kata yang berbaur sombong dan bongkak sekalipun lawak,insyaALLAH akan dibayar cash disana.aku sendiri mempunyai pengalaman berhadapan dengan beberapa perkara.
bersama dengan keluarga mahram aku,Hajah Rodziah bt Muhammad,aku dia dan aunty tidak berpisah sepanjang perjalanan kami disana
kemudiaan sebaik sahaja selesai bersolat disana kami menuju ke bazar kurma yang terkenal,jika kalian ingin membeli kurma bolehlah dibeli dari Madinah kerana disini merupakan pusat penjualan kurma yang terutama.Di Mekah harganya akan menjadi lebih mahal selain buah kurma tadi tidak terjamin kesegarannya.Aku tidak membeli kurma ,sekadar membeli coklat coklat yang dijual dengan harga RS 30 bersamaan dengan 30 ringgit selain mendapatkan hati unta untuk dibelikan buat anak ibu saudaraku yang menghidap asma.

kami menuju ke Bukit Uhud,cantik sungguh bukit ini namun aku tidak berpeluang untuk menjelajah kawasan sekitarnya memandangkan cuaca yang terlalu panas terik selain penat berpuasa...disana juga bibir aku menjadi kering sehinggakan apabila senyum menyebabkan bibirku terluka dan mengalirkan darah.
bersama kak dah ,penjual roti bun yang femes kat terengganu,ni la maknya Ubaidillah,aku tersilap panggil anaknya sebagai Hudaibiah,Kak Dah sendiri tidak menyertai lawatan yang dilakukan sekitar bukit uhud,kerana cuacanya yang panas tambahan lagi dia membawa anak kecil bersamanya.jangan tak tahu usianya telah mencecah 44 tahun namun dari segi lahiriahnya dia seolah olah 28 tahun,katanya sebab hatinya baik,amboi Kak Dah,habis hati aku busuklah ye

panas sangat dan aku tidak tahan.aku dikhabarkan di mekah dan Madinah pada waktu itu sendiri telah hampir setahun tidak disirami hujan,walaupun menghadapi ujian cuaca disana namun alhamdulillah aku tidak menghadapi sebarang alahan yang teruk
aku tidak pasti dimana gambar ini diambil,kalau tidak silap mungkin di Masjid Qiblatain barangkali.Kami berdua menunaikan hajat disini (maksudnya buang air la)tidak berhenti untuk menunaikan solat disini.Masjidnya aku betul betul tidak pasti dimana.
inilah rupa bilik kami sepanjang di Madinah,sepanjang masa aku sibuk beribadah dan tidak mempedulikan sama ada bilik aku dah serupa tngkang pecah atau sebaliknya
hari terakhir di Madinah,dihadapan adalah masjid nabawi...atau dalam bahasa mat salehnya the prophet's mosque.ada banyak kenangan disini antaranya adalah hari pertama aku dihalau kerana membawa kamera.begini ceritanya,aku dan Aunt bersiap sedia untuk mengerjakan solat Subuh,maka setelah bersedia kami berjalan menuju ke masjid Nabawi yang terletak kira kira 50 meter dari hotel tempat kami menginap,sekitar 10 minit berjalan kaki,kami menjejakkan kaki kami ke masjid suci itu,ketiga kali bagi aunty (mungkin lebih) dan pertama kali bagi aku.sebelum kami dibenarkan masuk ke masjid tersebut,kami akan melepasi pemeriksaan penjaga masjid disitu.Apabila tiba giliran kami,Aunty dibenarkan masuk manakala aku terpaksa pulang ke hotel semula kerana aku didapati membawa kamera (yang aku masukkan ke dalam beg galas secara tidak sengaja).Perasaan aku berkecamuk apatah lagi memikirkan yang ini merupakan kali pertama dan kemungkinan untuk sesat itu tinggi.Aku berlari menuju ke masjid dengan perasaan bercampur baur dan hampir hampir menangis,tidak putus putus aku berdoa semoga Allah menemukan aku dengan Aunty aku yang telah masuk ke masjid tadi sehinggakan aku berkata kata dalam hati "ya Allah janganlah Engkau uji aku dengan kesesatan,kasihanilah aku ya ALLAH,aku datang kerana jemputanMU"
Sampai sahaja dipintu masjid aku dibenarkan masuk Ahamdulillah.Kerana ini merupakan pengalaman pertama bagi aku,maka aku seakan akan bingung,aku berzikir dan berserah hanya kepada ALLAH,dalam masa yang sama aku mengambil kesempatan untuk minum air,tidak aku ketahui bahawa air yang aku minum itu adalah merupakan air zam zam...Sebaik sahaja selesai,aku masih berdoa dan tiba tia aku terpandang seseorang yang sedang berzikir menggunakan jari jemarinya dan entah bagaimana aku mengetahui bahawa orang itu adalah Aunty,aku terus menuju ke arahnya dan menangis ,sedih pilu dan aku rasa gembira kerana Allah menyambut doaku.aku tidak mempedulikan mereka mereka yang memandangku dengan pandangan yang mengandungi seribu pertanyaan.
banyak juga perkara yang berlaku antaranya aku berpeluang untuk melakukan solat hajat di Raudhah,iatu Taman Dari Syurga,aku sekadar melakukan solat sunat hajat dua rakaat kerana terlalu ramai wanita yang berasak asak.tetapi sebelum aku berjaya samai ke situ aku diuji dengan beberapa perkara,umumnya mengetahui bahawa aku pernah memiliki seorang pembantu rumah indonesia yang mana aku akhirnya serahkan pada Mama dan aku tidak nafikan kekerapan mama mengerah tenaga pembantu rumahku itu (iatu dia dikehendaki bekerja di restorannya) menjadikan antara penyebab hubungan kami bermasalah dan akhirnya putus,maka aku bertindak menyuruhnya keluar dari rumah aku dan yang mana menjadi titik penamat hubungan aku dan mama.maka sewaktu aku menanti giliran di Raudhah ,terdetik perasaan benci dihatiku terhadap orang orang indonesia yang pada pandanganku mereka semua adalah sama sahaja dan sebaik sahaja kami mendapat giliran untuk bersolat di Raudhah,aku terpisah dari kumulan jemaah Malaysia dan tidak lain tidak bukan aku termasuk kedalam jemaah yang semuanya Indonesia (ini menunjukkan bahawa aku tidak patut menyalahkan seluruh indonesia atas sebab kebencianku atau kemarahanku pada pembantu rumahku)setelah beristighfar,sebaik sahaja aku berpaling ke belakang,aku melihat beberapa jemaah dari malaysia di belakangku.subhanallah...
tidak lupa juga apabila seorang wanita arab menghadiahkan aku sebuah buku yang mengandungi sunnah sunnah doa Rasulullah yang mana didalamnya mengandungi doa yang dieja secara romanise (aku tidak begitu mahir dalam mebaca al quran namun bukanlah bermaksud aku ini buta al quran)dia memberikan buku itu dengan alasan bahawa aku fasih berbahasa inggeris.
setelah tiga hari disana,bumi Madinah aku tinggalkan dengan perasaan sayu ,entah bilalagi aku dapat bersama Rasulullah s..a.w dan bersolat di masjid baginda.kami berangkat ke Mekah Al Mukkaramah pada pagi tersebut.perjalanan mengambil masa lebih kurang lapan jam.
aku di jalan utama menuju ke masjidil Haram
bersama salah seorang penjual kain kain dibazar sekitar jalan tersebut
bangunan yang akan dirobohkan dalam masa dua tahun dari sekarang.Ia merupakan bangunan yang berhadapan dengan hotel tempat aku menginap

jadi perempuan arab.tudung aku yang warna hitam ni harganya cuma lima riyal sahaja
menara masjidil haram

gambo gambo ni aku tangkap sendiri harap maklum ok.sebab tu cuma sekerat sahaja

jalan seratus meter lagi akan berjumpalah dengan masjidil haram,insyaALLAH

hotel tempat aku menginap di Mekah,namanya soffitieh plaza
bangunan yang tidak akan ada lagi selepas ini.....
berhadapan dengan hotel tempat aku menetap
wajah yang menyerupai mama <------------lelaki di kiri sekali bersama salah seorang jemaah
hijau bajuku

senyuman konon konon menawan
bersama unta diladang unta
dalam hati berdebo risau diterajang unta

rambut

terasa lengkap dan sungguh sempurna sekali hari ini,walau aktiviti mengemas rumah telah aku berhentikan semenjak dua hari yang lepas.sebagai memeberi laluan untuk aku yang pemalas ni untuk berehat.aku baru lepas mandi danselesai membasuh rambutku...segar sekali aku rasakanini kerana rambutku bukanlah kategori rambut yang boleh dibasuh hari hari,maklumlah jenis rambut David Arumugam ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk diuruskan..segar sungguh aku rasa.dah basuh rambut aku ni bukan boleh wat main main,kena biar dulu sejam kasi dia kering betul betul,lepastu barulah boleh diikat dengan cantiknya.kalu rambut aku ni buat jadi model iklan rejoice yang guna jari pun boleh tu mau bankrap kompeni tu,apakan tidak kalau guna jari jangan haraplah untuk nak lepas rambut aku tu.sikat aku sendiri sekali pandang dah macam gaya pencakar rumput...
dalam masa yang sama aku sedang memikirkan apakah menu yang harus aku adakan pada hari ni...harap harap Aunt sharifah tu bawa aku ke Restoran Shaz hari ni.

hati aku sendiri terdetik rasa "bilalah si eiman nak balas email aku ni..."
rindu la....

malam yang ngeri

mata aku skang dah nyawa nyawa ikan ni tapi tiba tiba aku terdengar macam ada orang bagi salam (jangan nak wat naya skang ni dah pukul 12 malam,what the heck bagi salam malam malam buta macam ni)

**************************************************************************************

cerita ni tak jadi aku tulis semalam kerana aku tiba tiba bertindak drastik dengan mematikan semua sumber eletrik dan akhir sekali seperti yang ada di dalam minda korang,aku tebongkang tido.aku tak takut hantu.harap maklum

Saturday, October 18, 2008

sehari dalam hidup aku

pertamanya

kita akan bercakap tentang apabila aku dalam keadaan suci dan murni macam minyak masak seri murni tu lah.

5 50 am ke 6 10 am
aku dah bangun dan berterabur lari ke bilik air untuk mandi dan siap sedia untuk solat Subuh almaklumlah subuh sekarang makin awal dan makin pendek.siap je urusan aku dengan Allah.aku akan berkira kira nak mop rumah dulu ke atau nak bukak laptop atau nak cuci baju dulu..tetapi kadang kadang pengakhirannya aku tido tak hengat dunia.tu bergantunglah,ada hari aku rajin,aku terus ke dapur masak air panas untuk pastikan bekalan air mencukupi untuk diminum oleh anak anak murid aku malam nanti,lepastu aku beralih kepada kerja menyapu lantai,biasa yang menjadi pilihan aku adalah lantai master room aku,ruang tamu dan dapur sahaja,manakala ruang solat tu aku mop la seminggu sekali sebab ada karpet,bilik satu lagi tu tempat aku simpan baju baju pon seminggu sekali.dah selesai aku akan pasang hitz.fm sambil mengemop lantai dan dengar rancangan gotcha dan gelak sorang sorang.selesai mop aku akan ke bilik air sekali lagi,kalau ada kain aku basuh pastu terus cuci bilik air kalau tak aku mandi sekali lagi maklumlah panas


7 30 am
aku dah siap sedia on lap top aku,kalau time aku nak buka web browser tu ambik masa,aku mula la hangin tapi tidaklah sampai aku menyumpah nyumpah,kalau ada pun aku cuma akan cakap kenapa la kambing sangat lap top ni...

7 40 am
dah siap sedia aku akan update semua benda dari friendster,ke masepace,tagged,blog,semua menda la,aku check la kot kot ada balasan email dari eiman ke ataupun kalau kalau ada orang bako aku kat thread.

8 00 am ke 1 pm
aku cuba untuk tidak tido..sedaya upaya aku...tapi kadang kadang aku kecundang...time cenggini aku buzz la shasha ke sape ke ajak cakap telepon sampai berjam jam,kalau tak dak shasha aku layan la mana mana dak afrika yang educated sikit,tipu sana tipu sini sikit ,bila naik bosan aku buat alasan nak pergi tandas la itula,pastu aku akan tukar jadi inbisibel,sampai putih kulit diorang pun aku takkan balas

1 pm ke 2 pm
aku mandi dan siap sedia untuk solat Zohor.usai sahaja solat zohor aku akan minum soya segelas,kasi hilang perut aku punya lapo,malas aku nak masak setakat dok seorang diri ni.pastu cam biasa online lagi...sampai aku bosan aku dengar lgu ke atau dengar bacaan al quran dari saad al ghamdi

2 pm ke 4 pm
online


4 pm 6 pm
mandi,solat asar,minum air masak...online lagi,kalau lapar sangat barulah aku masak maggi atau nasi makan ngan telur goreng,kalau aunt call,aku akan keluar dengan dia,time tu la aku akan gkat restoran shaz tu bungkus nasi lauk ayam sama kuah kari.dah makan aku akan online lagi

7pm
mandi sekali lagi dan solat maghrib.siap sedia untuk mengajar

8pm ke 9 30
kelas,masa dimana aku akan bertanya macam maaacam soalan pemanis mulut antaranya dah makan,hari ni makan apa,sedap ke (maklumla aku kan tak masak jadi mengetahui menu yang dimasak oleh mak mereka boleh memberikan aku idea untuk merancang menu aku keesokkan harinya) dan dalam masa yang sama aku akan meninggalkan pelajar aku untuk solat isyak.

9 30 pm ke 10 pm
kunci pagar,kunci pintu ,kunci semua menda,minum air masak segelas pastu online.sementara tu aku tengok jam,jam sebelas malam aku kena mengikuti siri Intan kat astro.

11pm
Intan dah start,aku tak akan layan sape pun masa ni.fokus aku cuma apa jadi kat budak nama intan dan pakwenya yang bernama rado.kes aku samalah macam intan,lesen J tapi tak ada anak.walaupun kadang kadang macam tak logij tapi aku layan je lah

12pm
aku akan bersiap sedia untuk tido...

itulah kerja aku sehari harian
amacam
aku rasa mesti korang cakap bosan
tapi bagi aku dah sibuk dah ni,sampai tak cukup masa nak semak buku anak murid aku.main main ke




i wish life is much easier

(hum......maybe he is the one??)
what i want in a guy

i love a guy who can teach me more about Islam and love me for what i am
well who is ready to settle down and think about the future
who will keep his word
not a womanizer please
who will be my friend and my best friend


apa aku tulis ni mabuk ke hape....ni saje je aku tulis sebab aku nengok cerita how to lose a guy in ten days....bosan cam ni best gak layan cerita mat saleh seround...jangan tanya sape mamat kat atas ni...

selamat malam konon konon

kelas agama yang aku cakapkan tadi dibatalkan dan seperti biasa aku mula menunjukkan tanda tanda akan terbongkang sebentar sahaja lagi...tapi sebelum tu kena set alarm supaya aku bangun awal untuk kelas pagi esok....nanti kalau aku rasa angin rajin aku datang,aku tulislah lagi,korang paa tau,cuma baca je bukan susah pun..aku yang nak menaip ni puas mikir dan mengimbau kembali kenangan zaman dolu dolu....

kadang kadang aku seorang yang jiwang

adakah rasa kebencian dihati ini dapat memadamkan api cinta yang pernah menyala suatu ketika dahulu

(jiwang seround sambil tengok cerita hantu)

sorry Syuhada


alhamdulillah,kenyang perut aku makan semasa di rumah Syakir tadi,semoga Allah melimpahkan lebih banyak rezeki untuk Syakir dan keluarganya.Amin ya Rabbal Allamin.Hidangan hari ini adalah nasi dagang,sate yang dibeli dari zul Satay ..sebenarnya inilah kali pertama bagi aku merasa satay dari Zul satay yng teramatlah femes kat Kuantan,kuah sataynya boleh dikatakan sedaplah jugak,kek coklat dan laksa penang.jadi kesimpulan yang dapat aku buat daripada perkara ini adalah menu aku hari ini :

nasi dagang (1 pinggan)
kek coklat (sekeping/kecik aje)
buah oren (se ape entah penjodoh bilangan dia /sejuring kot)
satay (5 cucuk)
air masak dua gelas

sewaktu aku disana aku menerima sms dari anak muridku Syuhada dan adik beradik menjemput aku ke rumahnya untuk bagi memeriahkan open house yang bakal diadakan pada keesokkan harinya selepas zohor,tetapi aku merasa berat hati untuk pergi,bukanlah aku malas tetpi mengenangkan yang aku seorang diri tambah lagi rasa segan yang menyelubungi hati aku ni...

(dari kiri ; aku lupa nama student aku yang tepi tu,ateera,suraya (warna biru),raihan,syuhada,syafiqah,anis zulida,yang depan dan comel tu amalin dan azlin)


Maaflah syuhada,nanti kasitau mama teacher tak dapat datang ya?jangan marah tau...jumpa kelas bulan dua belas nanti

Akhirnya tamat jugak

baru lepas habis kelas,anak muridku menjemput aku menghadirkan diri ke jemputan rumah terbukanya,pada mulanya memang aku tak nak pergi maklumlah sebab aku segan,tapi kemudiannya aku menelefon kembali mak si Syakir tu dengan harapan dia membenarkan aku membawa Aunt Sharifah aku bersama.alhamdulillah maka kami berdua akan menuju ke rumahnya nanti.aku bukan apa,seganlah nak berkunjung ke rumah mereka seorang diri,maklumlah pemalu tak kena tempat...si Syakeir tu sekarang mesti dok mencongak congak lam kepala berapa duit raya aku nak kasi dekat dia,maklumlah syakir ni personaliti dia agak handal dalam matematik menjadikan dia orang yang agak berkira kira sikit (bukan sikitlah banyak sangat).
sebut pasal Aunt Sharifah,nanti aku ceritakan panjang lebar cerita ni tapi insyaAllah korang mesti suka dekat Aunty aku yang seorang ni.

Pagi yang Gelap

pagi ini ,hari Ahad yang indah ;alangkah syoknya kalau tak dak kelas dan aku boleh terbongkang tido... tapi sekarang ni aku tengah bersiap sedia untuk mengajarla ni...anak anak murid aku jangan nak wat naya,aku dah get ready ,diorang still have time to play a fool (tido terbongkang la maksud aku) memang kena la.

aku bangun apabila hanset aku yang aku set alarmnya menunjukkan jam 6 15 pagi,tapi aku kemudian menundanya pada 6 30 pagi dan akhirnya 6 50 pagi,beginilah keadaan aku time Allah bagi cuti.hari ni juga aku dok berfikir fikir apa aku nak mengajo untuk anak murid aku yang cantik dan manis bernama Diana,dia bakal mengambil peperiksaan MUET,tapi aku mengajarnya Elementary English..minggu lepas kami berhenti di topik Pronouns,maka hari ini aku rasa berkemungkinan besar aku akan menyambung topik tersebut kembali sebelum beralih ke Verb.

Shasha tidak akan online untuk tempoh tiga hari dan aku dapat rasakan bahawa tiga hari ni aku akan jadi sunyi tahap dewa (maklumlah,pakwenya datang nak sambut birthday dia)kadang kadang aku rasa cemburu dengan Shasha tapi apabila mengingatkan janji Allah bahawa setiap orang ada bahagian masing masing aku lupakan bisikan dari syaitan itu.Aku bahagia jka dia bahagia

Eiman pulak tak reti reti nak online ..mesti korang tertanya tanya eiman mana pulak ni,eiman ni kawan yang aku kenal melalui Tagged,dia sekarang ni berada di California,Amerika.dalam emailnya yang terbaru dia menulis ;

Assalamu alaykum,

Rabiah I love you more than a friend. Yet, you are my best friend. Friendship based on love are better than just love by itself. Friendships are strong, and I want you as my friend, companion and my lover one day. In essence that is what a marriage is, and this what I feel for you and see in you. Love, Eiman

kadang kadang aku tersenyum sendiri bila mengingatkan Eiman,hum....,kata orang tua jodoh ni dia nak datang macam macam cara tapi aku berserah kepada Allah,dah penat aku mencari semua serba tak kena,aku rasa yang terbaik Serahkan segalanya kepada ALlah,Allah akan menentukan yang terbaik untuk kita.


وَٱلۡقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ (١٨) لَتَرۡكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ۬ (١٩)
.............(18) Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) (19)(al inshiqaq 18-19)



Friday, October 17, 2008

Astro

kambing punya Astro dia kasi siar lagu yang menggetarkan jiwa kental aku.
Menghitung hari dendangan Kris Dayanti 11 tahun dulu.time ni kerisdayanti mana tau teknik shading lagi...mekap pun ala ala macam minah kilang keluo g bandar tahun 1996.

(teknik nyanyi sambil makan mic oleh kerisdayanti,dato siti jangan marah)


lagu ni mengingatkan aku pada kenangan lama yang "kuputuskan,biarlah rahsia" bak kata akak hajah siti nurhaliza...malam ni aku nak tido awal..selamat malam esok aku ada kelas pagi jam 8 dan aku berdoa janganlah kejadian aku lewat bangun sehingga salah seorang ibu bapa mengetuk tingkap rumahku berulang kembali.malu mengenang saat aku keluo pakai baju kelawo

Eng Hong

terkenang aku kisah aku yang pernah bekerja di Pasaraya Eng Hong di jalan beserah semasa menunggu keputusan SPM..kerja kerja di pasaraya milik orang cina memang mereka zalim..bayangkan dari masuk kerja tak dibenarkan duduk berdiri dari jam sepuluh sampai jam 5 petang .gilo betul cina nama mr Tan tu.kesian orang melayu,aku mengerti perasaan mereka mereka yang bekerja di pasaraya,penyusun barang,tukang mop,cashier, dan yang seangkatan dengannya.Gaji sebanyak RM 500.00 sahaja,penat jalan kaki 1 kilometer..pergi balik dua kilometer..aku tahan sebulan kerja.hahaha,tugas aku adalah promoter kepada produk yang bernama Ginvera,senang cerita aku langsung tak promote produk tu,rela aku pergi berborak dengan Kak Linda,pangkat lebih kurang supervisor,dah keje lima tahun tapi gaji lebih kurang aku.Kesian beno aku lihat kak linda bertungkus lumus mengangkat barang barang,punch harga...itulah yang aku mengambil peluang pergi berborak menceriakan hari hari kak Linda walaupun satu sale pun aku tak buat (maklumlah aku bukan penggemar produk Ginvera..apa kes/ni style aku cakap masa aku sombong aritu la)kalau orang nak beli produk tu dibantainya aku speaking,saja nak menunjukkan walau aku promoter jangan tengok ku tak ada mata ok...hahahaha

tapi semua yang ada pada aku milik ALLAH...ni cerita zaman dulu la...

p/s : kak linda aku dengo dah dibuang kerja kes mencuri kat pasar raya eng Hong tu,sekali ngan mak dia kena buang daa..

Baju Itam ;kata mat Salehnya Black Dress

(baju itam ni cukup ke nak menggetarkan hati mu jaki)
(gambar adalah hiasan semata mata;koleksi jaman dolu)
panas hatiku membara..time lapo cam gini jangan nak cari pasai ngan aku..mau makan orang nanti
menyampah aku mengenang si dak jaki jipang sebok sebok nak nasihat aku,hal baju itam tu sebenonya dah selesai tapi si jaki ni sama la cam minah yang aku cerita tu,saje la nak menaikkan kemarahan aku dan dalam yang sama mencabar keimanan aku ni...aku ni memang tak sindir tapi sekali sindir aku bagi baik punya.syarat aku senang je jangan kacau aku..takkan semata mata baju hitam kelabu mata jaki oiiii...
(tolong kawen cepat sikit ngan eda,pastu leh aku hadiah baju itam kat eida mu tu...ok jaki)

ayam Golek Seko PLishhhh

(ayam golek ni betul betul mencabar kewibawaan aku)
perut aku lapo..time time macam ni bukan main menggila dia menyanyi...time time macam ni juga la aku teringat kari dan ayam goreng restoran Shaz,peh sekali makan mau dua bungkus aku melahap time macam gini..sabolah wahai perut janganlah engkau buat buat gila time malam bute ni.tak kuasa aku nak berjalan kaki 5 kilometer semata mata untuk kesedapan sepuluh minit.Teringat ayam golek...oh...masa cam gini la imaginasiku semakin meliar dan akhirnya aku tergolek kelaparan (anak muridku berada di Beserah 20 km dari bandar dan tak kuasanya dia nak melayan nafsu lapo aku malam malam buta ni)
Sabola perutku sayang

Dalam mengenang kesusahan,kenangkanlah kesenangan yang pernah Allah berikan...

(senyuman yang menguatkan semangat aku)
sekarang ni ada lagi tiga puluh minit sebelum kelas bahasa inggeris aku dimulakan.kepadatan kelas pada bulan ini adalah sekitar lima belas orang sahaja berbanding waktu waktu biasa mencecah sehingga 40 orang ,aku tidak menyalahkan mereka kerana pada saat ini sebahagian dari anak muridku sedang bertungkus lumus menghadapi peperiksaan samada PMR mahupun SPM,manakala sebahagian lagi hilang tanpa dikesan,aku telah lama menabur bakti sebagai Guru Bahasa Inggeris peribadi.tidak aku nafikan pulangannya lumayan dan pernah beberapa kali dalam tempoh lima tahun aku berpendapatan mencecah ke angka 4 ribu dengan hanya bekerja dari rumah...dan bergantung pada pelajar,semakin ramai pelajar semakin banyaklah pendapatan ku pada bulan tersebut,Aku kira aku pernah melalui saat saat dimana rezeki yang Allah kurniakan melebihi daripada apa yang cukup dan sayangnya padawaktu itu aku tidak malu dan segan untuk menyatakan bahawa aku terlupa...terlupa untuk bersyukur dan bertafakur sejenak.
hari ini
walaupun kepadatan kelas tidak lagi sepadat seperti dahulu,walaupun pendapatanku telah lama tidak mencecah empat ribu namun aku bersyukur kepada Allah kerana masih lagi mengurniakan rezeki padaku dan aku masih mampu membayar bil bil astro,api air,internet,telefon,sewa rumah,semuanya atas hasil usahaku dan dengan pertolongan dari Allah.
walaupun makanan yang aku makan tidak lagi semewah dulu dimana tiap tiap minggu aku boleh membeli kfc mahupun pizza mahupun mcdonalds atau ke hotel hotel lima bintang menikmati makanan yang enak namun sekarang aku bersyukur walau nasi cuma berlauk telur dan kicap atau ayam goreng cicah budu itu sudah memberikan aku seribu nikmat...
kalau dahulu aku mampu untuk keluar shopping sehingga tujuh kali sebulan membeli pakaian berjenama mahupun kasut kasut tumit tinggi yang mana kesemuanya berakhir dalam tong sampah namun aku masih bersyukur seandainya aku dapat membeli sehelai tudung menutup auratku.
kehidupan aku suatu ketika dulu amat senang dan aku terlalu muda untuk memiliki kemewahan yang ada,jarang kita dengar perempuan muda di usiaku memiliki pembantu rumah,namun aku ada,memiliki wang yang beribu ribu pun satu perkara mustahil,ada tu ada tapi jarangla.
Terima kasih Allah atas nikmat nikmat yang engkau berikan padaku...



فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦) فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ (٧) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب (٨)

......Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8) al insyirah ayat 5-8

kali pertama

mak oiii tajuk.......ni nak cita la kali pertama serba serbi..bangun dari tido (aku tido petang,sikit punya baik nak bertembung dengan waktu asar kalau tak takut aku meroyan lak..nauzubillah)bangun tido aku dapat panggilan dari shasha yang bertanyakan macam mana nak edit gambo kasi masuk kat ruangan forum..Shasha ni kadang kadang cerdik jugak,bukan dia tak tahu aku kalau dah tido bukan reti nak mengingat kembali fakta fakta.bersepai jugakdalam hati aku tambah lagi kasi darah aku naik adalah minah yang aku ingat dia meroyan sebab lepas bersalin dulu tak sempat nak pantang kot.aku ni memang mudah terbako ngan minah ni..lagi lagi kalau time aku dalam keadaan ABC (cari sendiri apa maksud ABC ; ada kat dalam cerita cerita aku sebelumnya)
tu tak kira oleh sebab aku fobia dengan kedatangan adik tiri aku di rumahku,sampai aku termimpi mimpi kedatangan mereka pada hari ini..Ya Allah berikanlah aku kesabaran berdepan dengan makhluk dua eko tu.tak rela aku nak menahan marah yang membuku..aku dah ready dah nak off telefon kalau ayah aku kol...(bagusnya anak)
sebenarnya kejadian kejadian yang berlaku memotong stim aku untuk menulis berkenaan cerita kali pertama ni,tapi aku teruskanlah jugak sebab aku kesian pada tukang baca cerita hidupku ini

Kali pertama


aku makan A&W
bukanlah menjadi satu perkara luar biasa bagi aku untuk makan fast food ni tapi yang menjadi luar biasanya apabila aku ke A&W tu untuk pertama kalinya bersama adik lelaki aku,bersama sama kami adalah duit raya yang terkumpul,dengan pakaian yang mengalahkan orang nak pergi post party,adik aku dengan kasut raya dan baju raya sementara aku pun begitu juga.perasaan kami masa tu sangat berdebar debar maklumlah kali pertama,bercakap dengan akak tukang ambik order tupun tergagap gagap,merah mataku meneliti menu menu yang ada..kalau pizza pulak cuma aku berpeluang rasa semasa usiaku 18 tahun,amacam gila tak?masa first time masuk aku berdebar dup dap dup dap dup dap kalah orang nak pergi jumpa polis...(dekat dungun tu mana ada pizza masa tu,sekarang ni aku dengar cerita dan aku tengok sendiri dungun dah ada watson dan bagi mereka pasaraya mydin tu paling cool la)...

Keluar mengundi
aku keluar dengan penuh semangat,maklumlah nak menunaikan tanggungjawab pertama sebagai rakyat Malaysia,masa pergi sekolah Alor Akar untuk mengundi tempoh hari selamba aja aku jalan dengan penuh sarkastiknya (melihat ke arah parti lawan yang ada gambo dacing senget tu)..dan akhirnya selamat sudah aku memangkah parti yang adil lagi saksama.hari itu tidak habis habis aku berbicara soal parti dan kepentingannya selain aku memperlekehkan beberapa kawanku yang tidak layak mengundi.bangga aku rasakan

kalau suka ambik lah

Eight Random Facts/habits About Yourself

The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog

aku rembat ni kat blog si pidaus ilang punca..sajela aku nak menggeleme kan diri aku (konon konon aku artis la cam noreen noor)

1 aku suka budak budak
2 budak budak suka aku
3 aku suka duduk rumah
4 aku suka cari duit
5 kepala tengah serabut mikir macam macam perkara
6 aku tidak suka meminta minta melainkan kalau terpaksa (sekarang je lah,dulu habs orang aku sapu)
7 aku suka membaca
8 aku suka tido time aku dapat ABC (ALLAH BAGI CUTI)

minah oh Minah

masuk forum tadi aku nampak ada satu nama yang buat aku rasa nak muntah darah bila tengok...geram! benci!rasa macam nak menyumpah seranah orang je (walau perbuatan menyumpah seranah ni dah lama aku tinggalkan)kenapa la suka sangat menyibuk hal orang minah tu ha..nak kata budak dah beranak ,nak kata bujang siap pegang lesen J sama macam aku,tapi dia steady la sebab dia ada "buah cinta"...kekekeke..nasohat aku pada minah yang memang masa zaman sekolah ni tak makan nasihat,bermasalah (aku ingat aku paling bermasalah rupanya dia lagi bermasalah)masalah diri sendiri ,masalah famili,masalah jantan...(bahasa tidak ditapis kira macam engkorang curi baca diari aku la ni)sekarang ni masalah dengan aku.
nasihat aku ;
hoi minah,balik buat susu anak ok,tukar lampin ke,siboooookk je...
(minah tu,bukan gambo sebeno tapi ekspresi wajah seakan akan)

janganlah anak murid aku baca ni...mau kaget aku

satu hari di hari raya

kalau adik perempuan aku yang mulutnya macam mulut puaka tahap dewa tu boleh ingat cerita ni mesti dia terbahak bahak gelak skang ni.
ceritanya suatu hari di hari raya tahun berapa entah 1990 an gitu kot (96 ke 95 ke 98 ke tak mau la aku kasi tau nanti pecah rahsia usia aku yang sebeno)
dapat sahaja duit raya hasil aku keliling kampung Pulau Serai tu.paling sikit rm 0.20 hasil pemberian Mak Cik Tina tukangjahit dengan alasan budak budak tak boleh pegang duit banyak.masa tu macam macam perkataan aku label kat mak cik Tina tu,taik hidung masin la ,hajah bakhil la,tangkai rambutanla semua aku bantai..buat penat round dekat 30 rumah ,adik perempuan aku yang umo 6 tahun masa tu sampai terbongkang tido dalam rumah Mak cik Tina,kepenatan barangkali menjelajah seluruh pelusuk kampung.time raya raya jelah yang dapat aku rembat duit orang.pak Cik Husin kedai runcit tu kasi aku dua ringgit masa raya (tu sebelum dia kawen dengan isteri dia yang matanya membulat macam ikan lolong).
lepas tu kami balik jalan kaki menuju ke kedai Che meimun sebelum aku terdengar hon kereta Ford Telstar ayah aku.
Rupanya mak aku dah puas mencari aku satu kampung,ingatkan aku kena culik.
masuk dalam kereta mak aku dah mula dah ceramah dia,adik aku yang umur 6 tahun tu dah nampak terang lagi jelas bakal terlepas dari seksaan maut sebentar lagi
BENAR.
hasilnya aku makan hanger baju hari tu selain duit raya dirampas.Baran betul mak aku.

menu hari ini

(sekarang kicap pun dah naik harga la)
baru lepas makan tengahari..lauk aku hari ni agak luar biasa daripada biasa dan lain daripada yang lain :
nasi semalam ( aku saja masak lebeh semalam supaya tak payah susah susah aku nak masak hari ni)
telur dua biji (goreng pakai minyak yang dah lepas 3 hari /ni skill dia namanya berjimat cermat)
kicap cap kipas udang (lemak manis punya)
air peti dua gelas

peh time aku kaya dulu jangan harapla nak makan nasi lauk kicap apalagi budu..no way kata nenek aku...tapi semnjak jadi solo ni,aku belajo la idup susah sikit sikit..kes macam aku ni boleh la di klasifikasikan sebagai senang senang dulu susah susah kemudian

cinta .Love.ai.Kadhal.

bercakap soal cinta ,pertama tamanya aku bukanlah orang yang jiwang dan aku bukanlah orang yang puitis dalam berbahasa,aku ingin berkongsi pengalaman cinta aku bersama sesiapa yang nak membacanya (yang tak nak baca tak payah sibuk ok?)
cinta pertama aku adalah pada seorang lelaki yang bernama Adam....(nama samaran,kang adam baca dia saman aku)Aku betul betul sayang pada Azam(azam lak dah ,kang ngamuk lak anis member aku,nama dia adam bukan azam ok)
(azam laki anis yang tak dak kaitan ngan cerita ini,jangan marah anis haaaa)
waktu itu,aku merasakan perasaan itu benar benar innocent sebab kami tak pernah keluar bersama sekadar menelefon dan menulis surat (macam percintaan orang dulu dulu).lama hubungan kami bertahan,mungkin hampir empat tahun dari aku berusia 14 tahun sampailah 18 tahun (masa 18 tahun hubungan tu dah ada retak sikit sikit antaranya dia menyambung pelajaran ke UKM,aku dok tercongok kat umah mak sedara aku di Kuantan)dia sibuk ngan pelajaran aku pulak sibuk ngan berjalan ke sana ke mari dengan kawan aku yang bernama Sheila dan Aisya (kawan baik dari lahir)cerita sebeno tidaklah dapat aku ceritakan sepenuhnya kerana aku bimbang anak murid aku baca.kekekeke,putusnya hubungan kami apabila aku bukan lagi Yan yang dia kenali sebelumnya.
Kedua,percintaan aku dengan seorang lelaki India bernama Parthiban a/l Loganathan,aku kenal tibhan melalui abangnya yang bernama Chandran,tiban ni muka dia sebijik macam reshmonu (bagi aku reshmonu tu hensemla)bagi aku dia baik tapi paham paham jelah india ni,time dia buat cerita belit belit,kadang kadang sampai aku pun tak paham.aku selalu keluar dengan dia tetapi akhir hubungan kami adalah apabila dia berangkat ke Kuala lumpur untuk mencari kerja tanpa pengetahuan aku dan putusnya hubungan aku dan dia pada hari lahir aku yang ke 19.aku berjumpa dengan dia selepas tiga tahun apabila dia dimasukkan ke ward di KMC dan pada pertemuan kami itu aku berpeluang berjumpa dengan tunangnya (nasib baik masa tu aku berpakaian macam datin,kelas ngko ,kalau tak buat jatuh saham aku je depan India tu).
ketiga ,Sheikh,bagi aku dia bukanlah cinta aku (sebab aku kurang berkenan ngan orang melayu,orang Melayu pun kurang berkenan ngan aku ni) alamak silap daaaaaa.. sebenarnya aku kenal Sheikh dulu baru thiban..hahahhaah,sejarah lama ni makan masa sikit nak ingat ,sekarang baru aku ingat yang aku putus dengan Sheikh sebab tibhan...aku masih ingat yang sheikh cakap bahawa dia takkan cari perempuan lain kalau aku tinggal dia tapi hampeh,bukan perempuan lain,sekali dia kawin dengan anak perempuan mak sepupu aku daa, nasib baik aku kuat iman tapi aku tak hairan sebab sebenarnya ada satu malam aku melakukan solat sunat istikharah meminta petunjuk dari Allah sama ada sheikh ini orang yang sesuai untuk aku atau tidak dan keesokkannya apabila aku bangun,aku menyedari yang aku tidak lagi mempunyai apa apa perasaan kepada Sheikh ni..dan sekarang barulah aku tahu kenapa Allah menutup hati aku terhadap dia apabila dia meminta aku untuk berkahwin dengannya,rupanya sekarang (setelah berkahwin dengan sedara aku tu)dia terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah,Alhamdulillah ya Allah,Engkau selamatkan aku dari kesusahan dan kesilapan.bukanlah aku berbahagia dengan kesusahan yang mereka alami namun memikirkan bagaimana sepupu jauhku itu tidak bercakap dengan aku serta keluarganya menyisih aku menjadikan aku sedih.(Aku sememangnya tidak mempunyai perasaan terhadap Sheikh tu dari awal lagi )
Kemudian aku jumpa Thiban.
Pastu aku pisah ngan THiban
kemudian aku solo selama setahun menikmati kehidupan ku sebagai orang bujang dan belajar(ni masa masa kritikal bagi aku apabila aku mula pakai baju tak cukup kain,maklumlah tengah lawa tudung kepala dah terbang lama...kira kalau aku keluar bandar orang akan selalu menyangkakan bahawa aku merupakan orang dari Venuzuela ataupun orang Amerika (melihat gaya aku berpakaian,dengan seluar hot pants macam amoi cina)Masa ni memang ramai yang usha aku tapi aku masih mencari identiti aku..


(aku masa dolu dolu)


(aku masa sekarang)

dolu dolu
sekarang


kesimpulan daripada cerita aku ni bukan semua lelaki boleh dipercayai dan ada diantara mereka beria ria menangis dan berjanji dengan nama Allah tidak akan meninggalkan kita ,mahupun menyumpah diri sendiri konon kalau berbohong akan mati kena langgar lorilah (ehem.....)tapi sampai sekarang tak mati mati..akhirnya..Hampas kelapa tetapi aku percaya kuasa Allah,mungkin belum masanya dan disini aku seringkali mengingatkan diri aku akan sepotong ayat al quran yang bermaksud ;

 تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦)
.......boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216) Al Baqarah

Post yang tidak bernama


hari ni,jam 8 52 pagi,aku bangun sekitar 8 15 pagi (aku sekarang ABC = Allah bagi Cuti) istilah ni si Farid yang mengajarnya pada aku,aku pun terikut ikutlah.Kebiasaanya jam 5 50 ke 6 15 pagi tu aku dah siap mandi dan berada diatas sejadah.Disebabkan aku in holiday jadi aku mengambil peluang bangun lewat (dan anehnya bila masa aku diperbolehkan untuk solat,secara automatiknya aku akan bangun,mungkin berkat doa aku di Mekah,supaya Allah menjadikan solat itu sesuatu yang tidak berat untukku)alhamdulillah Aku rasa sekitar jam 9 30 pagi aku akan memulakan kerja kerja rumah ;masak air,menyapu,kemas rumah,basuh kain (guna tangan lagi engkau,jangan tak tau,aku tak suka guna mesin basuh,rosak kain) dan +++ lagi.hari ini hari lahir Shasha,semoga dia berbahagia hendaknya,kalau tak silap aku teman lelakinya pun akan datang. mengenangkan perkara itu,aku memikirkan tahun ini pasti aku akan menyambut hari lahirku berseorangan.tak mengapalah semenjak aku lahir hinggalah besar aku tak berpeluang menyambut hari lahir (kecuali masa usia 17 tahun,mak aku menghantar kek hari lahir,itupun dah tinggal separuh.hahahah) aku memang suka menulis bagi aku ia merupakan salah satu terapi yang baik untuk kesihatan mental.Jam telah menunjukkan jam 9 01 pagi ,diharapkan aku tidak memberikan apa apa alasan menangguh segala pekerjaan yang telah aku rancangkan (kadang kadang aku ni pemalas) dahulu bila ada pembantu rumah,akulah manusia paling malas di dunia tetapi sejak aku serahkan pembantu rumah kepada mama ,aku belajar melakukan kerja kerja sendiri.tanpa aku sedari juga aku seringkali menyebut nama mama di sini...entahlah,seringkali hati kecil aku digamit rindu namun hidup perlu diteruskan,aku tidak mahu melukakan hati sesiapa lagi terutama hati aku sendiri,aku seringkali mengutamakan perasaan orang lain daripada mengutamakan perasaanku sendiri.entahlah sama ada mereka disekelilingku sedar mahupun tidak (mereka mereka yang aku maksudkan adalah teman teman rapatku sahaja) kata mama; aku ini mudah tertipu,mudah percaya pada orang dan lurus (maksudnya walau mulut aku pom pom namun aku tidak pandai berpura pura,lagi satu memang senang nak kelentong aku kecuali kalau orang tu dah di mark sebagai kaki kelentong)berhenti disini dahulu,aku harus menyelesaikan kerja kerja yang ada sementelah aku insyaALLAH akan hadir untuk kelas pagi pada jam 8 pagi keesokkannya.

real women have curves II




Real women have curves, wrinkles, and flaws.
Each one earned with experience, perseverance and determination.
There's no computer to airbrush your mistakes.
Let them make you who you are.
Love every mark, every scar, every extra curve you wished to go away,
Accept what you can't learn to love,
Then let go of what you can't accept.
Treasure them for their memories
Like a worn love letter or ratty old quilt from generations of old.
Each wrinkle comes with the wisdom only years of life can give.
And life is not to be hidden or covered up.
For life is how a girl grows into a woman
And real women have curves.

Thursday, October 16, 2008

Sekolah

aku tak tahu mana yang lebih aku rindu,sama ada sekolah mahupun teman teman yang pernah aku kenali di Sekolah …bila diingatkan kembali aku merasakan aku paling rindu akan sahabat sahabat aku serta perasaan gembira yang aku ada pada waktu itu…kenangan yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup aku,aku bersyukur kerana dengan kemudahan kemudahan yang ada pada zaman ini membolehkan aku mahupun teman temanku berhubung dengan lebih pantas lagi..terdapat beberapa kenangan yang tak akan aku lupakan sampai ke hujung nyawa…antaranya

1 nasi lemak di kantin sekolah ,entah kenapa rasa nasi lemak kat situ bagi aku sedap sangat,lama aku tak jumpa kak za,sungguh baik dia akak tu,har hari belanja aku.Kalau ke kantin aku suka order nasi lemak dan air teh ais

2 kalau diingatkan,hari khamis dan jumaat adalah hari yang budak di asrama suka sebab dapat makan nasi minyak ataupun nasi ayam,sedapnya masa tu…berlari lari keluar dari kelas,berebut pinggan macam orang tak pernah makan nasi je (aku la tu)

3 kat sekolah dulu ada bilik sakit,walaupun aku tak sakit aku suka dok kat lam bilik tu dan pura pura macam sakit.

4 nak guna telepon kena beratur terlebih dahulu bukan main redah je tapi ada yang tak reti bahasa ,bantai je la (aku la tu)

5 ramai sungguh cikgu cikgu yang baik masa aku belajo dulu,aku suka sangatlah kalau orang kasi perhatian almaklumlah aku kan kekurangan kasih sayang

6 suka tengok tv sama sama ,hari khamis,zaman aku dulu cite yang popular Angel
dan juga siri Popular…pastu berebut remote..

7 Aku suka la kalau jadi bonzer masa kat sekolah dulu,kerja aku serang orang yang serang shasha ataupun kawan kawan aku

8 Akulah manusia paling pemalas nak semayang masa kat sekolah dulu namun alhamdulillah sekarang aku sedaya upaya menjaga solatku...(terima kasih Allah,semoga solat itu ringan untuk aku),selalu kena tangkap tak pergi masjid,kena rotan itu biasa..

9 Paling pasti sekolah adalah antara tempat aku menonjolkan bakat aku dalam bidang seni suara.Nama aku kira pelajo paling top and femes gitu..Jangan marah haa..


bestnya kalau dapat balik sekolah balik

cinta pertama

Aku percaya setiap dari kita punya cinta pertama,dan aku percaya ada beberapa perkara yang tidak dapat dibuang dari lipatan sejarah hidup kita,perkara pertamanya cinta pertama,aku?segalanya merupakan kenangan yang bermakna…mengajar aku menjalani hidup ini dengan lebih matang,yang mana ada diantara mereka yang pernah aku lukakan hatinya..percayalah aku sendiri terluka (pada waktu itu).Kalau diimbas cinta pertama aku memang tersangatlah kelakar,sehingga sekarang aku percaya,seratus peratus dan mungkin lebih barangkali,teman rapatku suatu masa dulu sedang terbahak bahak ketawa jika dia mengimbas kembali betapa kalutnya aku pada waktu itu.Sebenarnya kami tidak terniat untuk melukakan hamba Allah ini.Manalah aku sangka dengan satu panggilan telefon akan menjadi satu hubungan jangka panjang yang sangat sangat aku sayangi.Teman teman aku meletakkan aku dalam keadaan yang sukar…aku mengibaratkan cerita aku ini umpama cerita hindustan "mujhse dosti karoge",
cuma akhirnya aku mengambil risiko untuk berterus terang dengan harapan dan doa dia masih menerima aku,dan ternyata dia menerima,cuma akhirnya aku sendiri tersedar,bahawa dia bukanlah untuk aku memandangkan perasaan bersalah begitu menguasai aku,jadi aku mewujudkan suatu alasan dan keadaan yang akan menjauhkan aku dan dia buat selamanya…Cuma yang buat aku seringkali menutup muka adalah kenapa aku sanggup tak makan,serta ke kedai berulang kali semata mata nak call hamba allah ni..(masa tu tak ada telefon bimbit ya,kalau ada cuma celcom,dengan topup RM 50 sahaja),aku rasa akak zaitun kat kedai hardware tulah yang merepot kat mak aku yang aku ni dok begayut kat public phone setiap hari.Tapi aku merasakan perasaan itulah yang paling ikhlas yang pernah aku rasakan,seumpamanya,aku sanggup melakukan apa sahaja asal Hamba Allah ni tadi hidup bahagia.jadi menelefon hamba Allah ini merupakan salah satu aktiviti yang sememangnya akan tercatat dalam kamus hidup aku pada waktu itu,tak kira hujan,tak kira aku tengah demam tahap kritikal,aku sanggup naik basikal (masa tu ya)semata mata nak dengar suara dia.aneh bukan apa yang cinta boleh buat pada kita,adrenalin,i believed,something to do with that..
Mengapa aku tiba tiba menulis blog ini ,dengan tajuk sedemikian,disini friendster ini,aku berjaya temui dia.Dengan situasi yang berbeza yang mana hamba Alla
h ini mungkin dimiliki seseorang (jangan cakap aku curang semata mata kembali menghubungi hamba Allah ini,SEJARAH ITU SESUATU YANG TAK AKAN TERPADAM MELAINKAN MATI DI PENGHUJUNGNYA)kata orang bijak pandai,persahabatan itu tidak mustahil bertukar kepada percintaan,tetapi percintaan adalah amat mustahil untuk berakhir dengan persahabatan,kalau adapun situasi nya amat sukar..Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini,pernah ada beberapa waktu yang mana aku begitu teringatkan dia,ya ,teringatkan hamba Allah ini secara tiba tiba,dan ingatan ini begitu kuat…tersangat sangatlah kuat..dan seperti biasa ,akan berlalu begitu sahaja tanpa aku mempedulikannya,aku sebenarnya tidak menyimpan surat surat pemberiannya…bukan tidak mahu,tetapi biarlah kenangan itu kekal dihati aku..
Dan aku percaya bahawa ada diantara teman teman rapat ku yang mengenali siapa hamba Allah ini,biarlah rahsia pada yang tak pernah mengenali .oh ya ada beberapa situasi lucu yang mana sewaktu aku bersekolah ,aku menyuruh Hamba Allah ini menulis surat (aku rasa dia cuma menulis surat hanya apabila aku menyuruhnya,dia memang pemalas..hahahhaha)jadi suratnya itu keseluruhan dalam bahasa inggeris sekitar 20 muka surat,dan hasilnya,cikgu yang sememangnya begitu teringin nak membaca surat tersebut terkulat kulat melihat surat tu..maaf cikgu,saya lupa nama cikgu.
Buat hamba Allah itu,diruangan ini saya mengambil peluang untuk meminta maaf atas beberapa kebodohan saya,tetapi jika berpeluang,saya masih ingin mengenali anda,kerana sebahagian dari kenangan yang anda tinggalkan dalam hidup saya,mengajar saya menjadi lebih baik dari sebelumnya,saya takkan lupa saat anda mengalirkan air mata untuk saya,juga saat saat manis sepanjang saya mengenali anda.semoga berbahagia,kerana hanya itulah yang saya harapkan untuk anda.


No matter what you say about love,
I keep coming back for more,
My head in the fire,
Sooner or later I get what i’m asking for
No matter what you say about life,
I learn every time I bleed.
The truth is a stranger
My soul is in danger,
I gotta let my spirit be free to,
Admit that I was wrong and then change my mind.
Sorry but I have to move on and leave you behind.

I can’t waste time so give me the moment
I realize nothing’s broken
No need to worry about everything I’ve done
Lived every second like it was my last one.

kehilangan sahabat (diari Februari 2008)

A friendship is like sand in your hand: if held loosely in the palm of
your hand, it stays there, but as soon as you close your hand tightly,
it slips through your fingers.
Everyone leaves footprints in your memory, but the ones that leave
footprints in your heart are the ones you will truly remember.
Friends are forever, you might lose them but you’ll never forget them
I have learned that no matter how good a friend is, they’re going to
hurt you every once in a while and you must forgive them for that.

kehilangan sahabat baik merupakan salah satu pengalaman yang membuatkan aku berasa serik untuk memiliki mana mana sahabat lagi,sebegitu ramai sahabat,teman,kawan yang singgah dalam hidup aku dan ada diantara mereka meninggalkan aku luka serta kenangan yang tak mungkin pernah dapat aku hilangkan dari kotak ingatan aku.entahlah sama ada aku suka mahupun tidak namun aku tetap mengingati mereka sebagai antara yang membentuk aku pada hari ini,dengan kenangan,pahit dan manis yang mereka hadiahkan.sesiapa yang pernah kehilangan sahabat tentu merasa apa yang aku rasa,bagaimana keakraban itu boleh bertukar kepada jurang yang besar secara tiba tiba.
hari ini setelah genap setahun,dan beberapa tahun sebenarnya ,aku melihat senyuman yang sama,wajah yang sama serta perjalanan hidup yang berbeza bagi salah seorang teman yang pernah aku sayangi seperti adik sendiri bahkan sehingga detik ini..Aku gembira melihat dia bahagia,dan aku percaya diantara tempoh waktu tersebut barangkali dia telah melupakan aku.Terasa kekok dan pelik mengenangkan bagaimana kesilapan dan keegoan yang terbentuk antara aku dan di akhirnya memaksa kami mengakhiri persahabatan kami..aku tidak pernah bercakap tentangnya mahupun dia,silent,senyap tanpa ada pengakhiran..sehingga detik ini aku sendiri merasakan sudah sukar untuk aku memulakan persahabatan,ya,persahabatan itu mengambil tempoh masa yang lama dan memakan masa…ada diantara sahabat sahabat aku yang sehingga kini msih aku ingati,seperti kata pepatah inggeris ‘friends forever’,kawan untuk selama-lamanya,aku mungkin kehilangan sahabat tetapi tidak sekali pun dalam detik hidup aku melupakan mereka,di akhir kalam ini aku ingin meminta maaf kepada teman teman yang pernah mewarnai hidup aku suatu ketika dulu,aku mengharapkan mreka bahagia dengan kehidupan mereka kerana aku sendiri sedang bahagia

Just as a Wave Is Lifted by the Shore

Just as a wave is lifted by the shore,

Then breaks across the slowly rising sand,
So as I watch you weep my feelings pour
Across the wash of what I understand.
I wish I could just take you in my arms
And all your pain could melt into my chest,
And all the violence of passing storms
Could pass through me and finally come to rest.
No words can set things right or presence lend
A miracle to light your darkened way,
But there is solace in a loving friend
And comfort in what I don’t have to say.
Whatever circumstance you cannot bear,
Just turn to me, and you will find me there.

Love around me


Aku cuma ada seorang kawan yang aku percaya...dan aku ini merupakan orang yang sukar mempercayai orang lain.bab kata pepatah yang aku reka sendiri ;kalau dah sekali menipu ku sampai matilah aku tak percaya.Shasha walaupun perangai dia suka menjerit macam mak tiri tapi aku tetap suka berkawan dengan dia,aku kira keadaan agak sukar buat kami apabila ada beberapa masa dalam tempoh kami berkawan,kami tidak sehaluan dan untuk itu aku berterima kasih pada Encik Kamaruddin @ mama kerana menghadiahkan aku lap top ini yang menjadi punca utama kami dapat menjernihkan hubungan kami.
farid ni pun kawan aku....walau aku selalu tak sehaluan dengan dia tapi jauh disudut hati aku sayangkan dia..kenangan masa sekolah tidak akan aku lupakan dan mungkin menjadi kelemahan sikap aku iatu sukar untuk bergaul dengan orang yang baru aku kenali dan tidak mudah untuk aku menyukai seseorang.Sebenarnya semua hubungan aku dan kawan kawan baikku bermula dengan pergaduhan,tidak ada seorang pun diantara mereka yang bermula dengan permulaan yang baik.(yang muka macam encik kama bukan atok yang duduk kat tengah tu tapi adalah yang di kiri)

sebelum ini kawan baik aku adalah Encik Kamaruddin namun kini apabila kami tidak lagi mempunyai apa apa hubungan ,aku menjadi segan untuk menelefon walaupun sekadar untuk bertanya khabar dan paling aku sesalkan adalah perbuatan aku mengoyak dan membuang segala gambar gambar aku bersamanya.namun semasa aku di Mekah,Allah menguji aku dengan kehadiran seorang lelaki yang wajahnya seratus peratus mirip encik Kamaruddin,bezanya dia berketurunan arab manakala Encik kamaruddin adalah India.Kadang kadang hati aku terdetik sunyi dan sedih namun aku percaya inilah yang terbaik buat kami,semoga Encik Kama bahagia bersama isteri dan anak anaknya dan moga Allah memberikan aku kebahagiaan.Empat tahun bersama begitu banyak kenangan bersama namun aku bersyukur Allah memberikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupanku.
Shasha dan Farid adalah antara mereka yang pernah berpeluang menemui Encik kama.

real women have curves


what i feel as a fat woman?really i dont think that i am that fat...i think that i am large and lovely.hahaha.i used to be skinny before (not that skinny but at least skinny than now)
i am a girl who isn't ashamed of my body and knows i should be defined by more than my measurements.i enjoy my life...really,some people can be very mean to one person just because they are fat,ugly or even handicap but for me i dont care about that,for me the most important is i am happy of being me.some say that it will be hard for me to find a boyfriend but i been in three relationship before and none of them ever ask me to reduced my weight or feel shy to go out with me.the longest one was four years.
really i enjoyed what i eat and i never bother what other people are thinking about me.
maybe thats why people like me enjoyed a film like "Real Women Have Curves" or even "Phat Girlz".hahaah...

Wednesday, October 15, 2008

Lepas Geram Pada Awe

(awe time kecik kecik dulu,gambo masa beso dirahsiakan takut peminat lari)
pertama tamanya aku nak melahirkan ketidakpuasan hati aku terhadap pemilik owner Gen2 Smtd,pada hari yang bersejarah ini beliau t
elah mengakhiri thread aku yang femes lagi meletup kat Group Forum,hampeh tol awe ni ,mentang la dia owner..sesuka hati je ye.nanti la aku boikot seminggu..tak pun aku keluo terus dari group...

Tuesday, October 14, 2008

Auni oh AUNi


aku rindu benar pada anak mak Su ma aku yang ketiga,Nur Auni Sakinah namanya,aku panggil Auni je,loghat Johor dia yang pekat menjadikan dia semakin comel dimata aku,kata nenek aku,muka aku sebijik macam Auni masa aku kecik (walau aku agak ragu ragu memandangkan jauh benar bezanya dengan sekarang)Tak percaya kang kecik hati lak,aku pun pura percayalah walau sebenarnya terdetik bangga disudut hatiku ini ..chewaaaahhh..lawa jugak aku masa kecik dulu...Auni! lambatnya nak jumpa Auni,kak long rindu sangat..

a crush is not a crush...



A Crush Is Not A Crush.

A crush is not just a crush
When the mere thought of you
Could brighten up even the worst day.
A crush is not just a crush
When I feel your presence next to me
And I can not help but look away.
A crush is not just a crush
When you simply glancing at me
Puts a tremendous smile on my face.
The instant you are near.
A crush is not just a crush
When the thought of there never being an "us"
Is slowly tearing me apart.
A crush is not just a crush
When I think of you not liking me
And it's truly breaking my tender heart.


* i am not the writer of this poem,its belong to one of my friend...cyber friend actually but i love the language anyway and i know the feeling since i used to be in the circumstance before.

Warna Langit.

hari ini tidak banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku,usai sahaja solat Subuh aku terus melakukan kerja kerja rumah;menjemur kain dan menyapu tak lupa juga mengemop lantai.sebaik sahaja selesai dengan kerja kerja wajib tersebut aku terus online (pada kebiasaannya aku kalau online dari jam 7 pagi hinggalah 12 tengah malam)tak tutup tutup lap top aku.sambil menunggu kedatangan pak Haji Harun (taxi driver rasmi aku) aku membalas mana mana topik di group Gen2 yang memerlukan jawapan aku.Tepat jam sembilan pagi pak haji datang seperti yang dijanjikan,aku menyerahkan wang berjumlah seratus ringgit ke tangannya bagi memperbaharui lesen P ku kepada lesen Pemandu Malaysia (chewahhh,ambik engkau,walau tak dak kereta aku tetap bergaya)Aku meberitahu pak haji agar lesen aku itu diperbaharui untukk tempoh dua tahun yang mana kosnya adalah RM 60.00.manakala baki Rm 40.00 adalah upahnya,tetapi sejam kemudian sebaik sahaja selesai semua urusan,dia menyerahkan topup card berjumlah sepuluh ringgit kepadaku,aku menanyakan kenapa?Pak Haji mengatakan bahawa ketika waktu aku senang aku selalu menolongnya dan tidak berkira soal wang ringgit dan paling membuatkan aku terharu adalah katanya lagi dia kasihan melihatku sejak aku ditinggalkan mama.Aku tidak merasa sedih kerana ditinggalkan ,aku bersyukur kerana dalam saat saat begini Allah menghantar seseorang untuk membantu aku,walau ianya cuma sepuluh ringgit namun kebaikannya tidak aku lupakan..Terima Kasih ya Allah,alhamdulillah.dalam kita mengenang kebaikan orang,jangan kita melupakan kebaikan Allah

to someone in California,United States of America


Have you ever been silently in love
With someone you can never have?
So close you can touch his hand
Yet, so far to feel his heart?
Have you ever lived in pretense
Quietly loving without any condition?
A feeling of love that's unknown
Hiding it, not knowing for how long.
Have you ever fallen deeply
Loving the person unconditionally?
So afraid to say what you feel
Acting normal, keeping things still.
Have you ever been hurt unintentionally
But put on a smile, pretended to be happy
Deep inside you're in pain and suffering
But outside you're jolly and laughing.
Why does holding his hand feel so right?
Your heart smiles everytime he's at sight
Hearing his sweet voice makes your day
Hope you can hug him in a special way.


PersonalitiKu, Si Januari


Stubborn and hard-hearted. Ambitious and serious. Loves to teach and be taught. Always looking at people's flaws and weaknesses. Likes to criticize. Hardworking andproductive. Smart, neat and organized. Sensitive and has deep thoughts. Knows how to make others happy. Quiet unless excited or tensed. Rather reserved. Highly attentive. Resistant to illnesses but prone to colds. Romantic but has difficulties expressing love. Loves children. Loyal. Has great social abilities yet easily jealous. Very Stubborn and money cautious.

jangan tak tahu ye...inilah tafsiran personaliti aku mengikut hari kelahiran,rasanya cam dah seratus peratus tepat tu...kkakaka,terutamanya bab kritik dan krutuk orang.sesuai sangatla aku ngan paul Moss jadi kawan baik.

ni versi bahasa Melayu lak
*Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
(sesuai la ngan pekerjaan aku sekarang,CIKGU)

* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
(memang aku akui dan aku tak tahulah kenapa aku jadi cam ni)
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
(rajin ni aku konpius,rajin ni dari banyak segi kot contoh kemas umah aku rajin,semak buku aku malas...alhamdulillah rezeki aku setakat ini)
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur
(betul dan diakui,sesiapa yang datang kat umah aku pastinya tidak akan menafikannya)
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam
(aku ni nampak je gagah perkasa tapi hati mak aiii,kalau tukang menangis aku la yang nombor satu)
* Pandai mengambil hati orang lain.
(ni skill ni,sape sape nak belajo,mai la belajo ngan aku neh)
* Pendiam kecuali telah dirangsang
(kadang kadang)
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
(pemalunya aku ni bolehlah diistilahkan sebagai ngan laki sendiri pun aku malu jugak,daya tumpuan aku sangat tinggi tapi tak berapa nak kekal lama)
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
(dah duduk sorang sorang,kalau tak aku disiplinkan diri aku dapat aku jamin yang rumah aku bakal jadi tongkang pecah)
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
(aku memang cepat dapat selsema...tak sampai berapa minit,senang je nak jangkit ngan orang yang ada selsema)
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
(malu la...kang cakap aku miang lak)
* Cukup sayang pada kanak-kanak
i love children so much)

* Suka duduk di rumah.
(aku boleh tahan kalau takat tiga bulan tak keluar dari rumah tu)
* Setia pada segala-galanya.
(pada sahabat dan pada cinta )
* Perlu belajar kemahiran bersosial
(jarang keluo abes nak bersosial ngan siapanya)
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
(rasa tak berapa kot tapi kalau dah sekali aku cemburu..tau la nasib ko)


Tidurlah Wahai Sayang


Malam semakin larut namun aku masih tidak dapat melelapkan mata,perbualan aku bersama Shasha dan awe tadi diberhentikan,aku tidak pernah tidur selewat ini dalam masa enam bulan .Mungkin aku akan dapat melelapkan mata (dalam bahasa kasonya,paksa mata untuk tido) Selamat malam semua,semoga mimpi yang indah indah dan semoga aku tidak terlewat bangun untuk solat subuhku.insyaALLAH.saat saat macam ni tetiba aku teringat Aisyah member aku dari kecil (sejak usia setahun)semoga Allah memberikan hidayah pada Aisyah dan Kakaknya Sheila.mereka kawan yang baik namun perkara dalam hidup kita ini memang telah ditetapkan oleh AllAh,setiap orang ada bahagian masing masing..aku bahagian aku dan teman temanku bahagian mereka pula.Dalam kotak fikiran aku ni tak lain tak bukan adalah untuk berhijrah ke luar negara,Amerika ataupun Britain.tidaklah aku ketahui yang mana merupakan keputusan terbaik untuk aku namun insyaAllah,akan ada jalan untuk aku...sebelum aku mula merepekkan perkara yang bukan bukan aku mengambil keputusan untuk tidur....Assalammualaikum

Monday, October 13, 2008

Raya Aidilfitri 2008

Perjalanan aku ke Terengganu ditemani oleh ibu saudara kesayanganku iatu Maksuma dan gerombolan tentera tenteranya (anak anaknya la).Beria ria ajak aku pulang mentanglah aku ni susah nak pulang ke kampung.seronoknya rasa hati aku sampaikan masa anak anak mak su ma menyanyi lagu balik kampun aku pun join sekali.lantakla bapak sedara aku nak kata kepala aku masuk air ke apa ke yang penting aku dalam masa yang sama dapat melupakan bekas teman lelakiku Redouane dan dapat mengubat kerinduanku pada saudara mara yang kian lama tak jumpa.Ramai juga saudara maraku yang aku temui pada hari raya kedua baru baru ini ,Che Ngah Ha (anak perempuannya Kak Chomi masih belum berkahwin dan dengar cerita sekarang dia bekerja di salah sebuah restoran di Terengganu dengan pendapatan Rm 300.00 sebulan,kasihan Kak Chomi)keluarganya orang senang.Tak lupa keluarga Mak Dah di kampung Baru,anak anaknya masih tidak percaya bahawa aku telah selamat menunaikan umrah baru baru ini.lantaklah yang penting aku dah balik berjumpa mereka..aku juga beraya di rumah sahabat baik aku iatu Halimatul saadiah dan Fatiehah di Kampung Pulau Serai,makin cantik mereka sementara aku kekal membesaokan badan.Rindu di hati aku dah terubat.tak lupa juga rumah ibuku...lama benar semenjak pertemuan terakhir kami..Adik adikku makin besar,adik bongsuku Adik Atiff berjaya membuatkan aku menitiskan air mata sehingga kini aku masih teringat pandangan matanya yang sayu memandang aku...(sewaktu cerita ini aku tulis hampir hampir air mataku jatuh...)

tahun ni aku beraya di rumah Shasha,sape lagi kalau bukan kawan baik aku dan tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya bersama keluargaku selepas lima tahun tak balik beraya (kalah orang dok London).Aku ke rumah shasah dua hari sebelum raya,tahu sahajalah mulut Shasha,suk menjerit,suka bertempik..dan suka RIa Ria (hanya orang yang tertentu tahu apa istilah ria ria ni ,tetapi semasa aku bersolat di hadapan Kaabah sebulan yang lepas,telah aku panjatkan pada Rabbul Alamin agar dijauhkan Shasha dari orang yang dengki dan khianat padanya.maklumlah orang orang ni bermacam ragam,hati budinya kita tak tahu.berbalik pada cerita raya,bukan main meriah lagi aku beraya (walaupun tak ada baju raya)

walau baju yang aku pakai ni bukan baju raya namun semangat kerayaan harus disambut.bukan main lagi aku beraya ke rumah saudara mara shasha (macam aku tak dak umah sendiri)tapi sebenarnya aku dah lama bersama keluarga mereka,tahun depan masuklah lapan tahun,sekejap sahaja masa berlalu.shasha macam biasalah kalau tak bergambo bukan Shasha namanya.
lawa baju raya Shasha tahun ni,dengo cerita baju raya Shasha tahun ni memakan kos hampir RM 600.00,betol ke Shasha weh???
tak lupa kunjungan ke rumah sahabat baik kami berdua iatu Faridah...bukan main cantik lagi Farid sekarang dan semakin bergaya sejak pandai bawak kereta ni,farid dan maju sekarang.

Sunday, October 12, 2008

Betapa Menahan Marah itu Sukar.....



<-----lama duduk berseorangan di rumah ini menjadikan aku agak kekok dalam menerima kunjungan tetamu terutamanya dari adik adik (dari perkahwinan papa dan mama tiriku 17 tahun lalu).aku berasa lega kerana mereka bakal pulang ke rumah mereka hari ini.Bukanlah aku tidak menyukai kehadiran mereka tetapi bayangkan perasaan aku apabila mereka bermain tenis di dalam rumah dan menjadikan meja belajar anak anak muridku sebagai penghadang,itu tidak lagi perbuatan menjawab setiap kata kata aku,merosakkan paip di bilik air aku (sedangkan selama lima tahun ini tak pernah sekalipun paip dibilik air hujung tu meragam),membawa pasir pantai masuk ke rumah aku...dan tak terkira sibuk nak bermain kogame yang berada dalam lap top aku....tak kira lagi adegan memecahkan pintu bilik utama aku (yang tak aku nafikan mungkin kerana kesilapan aku yang tak ikhlas dalam menerima kehadiran mereka jadi aku telah terkunci dari dalam;maka aku telah terkurung dalam bilikku sendiri selama hampir tiga jam)natijahnya pintu bilikku hancur hasil penerajang mereka,walau mereka adik adik aku namun aku cuba sedaya upaya membuat batasan kerana aku belajar dari pengalaman..tambahan pula hubungan aku dan ayah aku baru sahaja menunjukkan tanda tanda mahu pulih.Jika mereka mengurangkan perangai nakal mereka mungkin aku akan menimbang untuk mengajak mereka menemani aku lagi selepas ini namun rasanya cukuplah untuk kali ini...

Di Bawah Naungan Kaabah














Semasa blog ini ditulis bermacam macam perkara yang bermain difikiran aku selain sebenarnya :
1
Ustaz Salleh Wong yang aku cari selama ini telah aku temui,nombor telefonnya aku dapati dari Aunty Sharifah(setelah memujuknya berkali kali.sebelum aku menunaikan umrah aku telah berjaya menyelesaikan persoalan hutang aku,dek kerana terlalu gembira aku membayar hutang tersebut lebih dari yang sepatutnya.Alhamdulillah.Selain itu aku telahpun membayar hutang aku yang telah lapuk di Avon (aku tidak menganggapnya sebagai hutang pada asalnya apabila salah seorang pekerja Avon yang lama memberikan aku potongan harga melebihi dari yang sepatutnya walaupun aku tidak layak.jadi aku kesana bersama wang dengan harapan ia dapat menampung diskaun yang pernah diberikannya pada aku dulu

2
aku telah selamat mengerjakan ibadah umrah di mekah dan telah selamat sampai ke Malaysia dan telah berpisah dengan Redouane (berapa banyak telah aku gunakan daa...)Perjalanan ke Mekah alhamdulillah Allah permudahkan dan tanpa jemputan dari Allah,tidak akan pernah aku sampai ke bumi suci itu.
Terima Kasih Allah..kerana menjemputku,semoga ini bukan kali terakhir untukku...aku masih teringat kali pertama aku memandang Kaabah dan diberikan peluang oleh Allah untuk solat dihadapannya (saf yang betul betul depan Kaabah,ditandai dengan karpet karpet berwarna merah)..air mataku berjuraian membasahi pipi walaupun pak pak Arab memandangku dengan pandangan yang aneh (aku tidak tahu bila lagi aku akan berpeluang menjejakkan kaki ke sana,apakah ini kali terakhir atau akan ada kali kali seterusnya....doa aku semasa disana berbunyi (aku masih mengingatinya kerana aku telah menyalin doa doa tersebut sebelum berangkat ke Mekah ) ;

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
ampunilh dosa hambaMu yang daif lagi hina ini ya Allah,ampunilah segala keterlanjuran yang pernah aku lakukan sepanjang tempoh hidupku ini Ya Allah.kau terimalah segala amal ibadatku ini,Kau jadikanlah amal ibadatku ini semakin menghampirkan aku kepada Engkau Ya Allah,jadikanlah amal ibadahku ini akan menjauhkan aku dari perbuatan keji dan mungkar,jadikanlah amal ibadatku ini sebagai penghalang bagi segala perbuatan maksiat ya Allah,jauhkanlah aku dari perbuatan maksiat dan bidaah ya Allah,dan janganlah Engkau menjadikan amal ibadahku ini semakin menjauhkan aku dariMu ya Allah,ampunilah aku ya Allah dan jika Engkau tidak mengampuni aku termasuklah aku dikalangan mereka yang rugi ya Allah,kasihanilah aku dah sayangilah Aku Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Kau ampunilah dosaku selama aku menumpang hidup di muka bumiMu ya Allah,Kau Ampunilah segala keterlanjuran dan kelalaian yang telah aku lakukan sepanjang hidupku Ya Allah,kau ampunilah dosaku dari sekecil kecil dosa hinggalah kepada sebesar besar dosa.Kau berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu serta taufikMu ya Allah,dan janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberikan aku petunjuk dan hidayahMu.Tingkatkanlah imanku dan tingkatkanlah takwaku dan jadikanlah kecintaanku kepadaMu,pada rasulMu dan pada agamaMu melebihi apa apa kecintaan yang ada didunia ini.Kau jadikanlah aku orang yang mengikut sunnah RasulMu.Hidupknlah aku didalam iman ya Allah,matikanlah aku di dalam iman ,golongkanlah aku didalam golongan orang yang beriman dan kau bersamakanlah aku dengan orang orang yang beriman.Kau penuhkanlah diriku dengan sifat sifat terpuji ya Allah dan jauhkanlah diriku dari memiliki sifat sifat yang Engkau benci.Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi rintangan dan dugaan dalam hidupku,jadikanlah aku orang sabar dalam menghadapi ujianmu,jadikanlah aku orang yang redha dalam menerima ketentuan Mu,berikanlah kekuatan kepadaku dalam menjalani ujian mahupun ketetapan yang telah Engkau tetapkan.kau berikanlah aku ketenangan dihati dan dijiwaku dan janganlah engkau menjadikan aku gusar akan sebarang perkara yang tidak perlu aku gusarkan dan janganlah kau biarkan aku berasa sedih jauhkanlah aku dari kesedihan.Kau berikanlah aku kesihatan yang baik agar aku dapat beribaddah kepadaMu dengan tenang ya Allah.Panjangkanlah usiaku untuk kebaikan dan beribadat dan berikanlah aku kemurahan rezeki dari sumber sumberMu yang luas ya Allah,majukanlah perniagaanku dan janganlah Engkau menjadikan perniagaanku ini sesuatu yang merugikan sesungguhnya hanya Engkaulah yang berkuasa ke atas sesuatu.Jadikanlah aku orang yang sentiasa bersyukur ke atas nikmatmu .janganlah Engkau menjadikan aku orang yang kufur nikmat ya Allah.Jauhkanlah aku dari kefakiran dan kekufuran,jauhkanlah aku kemiskinan dan kemelaratan.Janganlah Engkau jadikan aku sebagai orang yang suka kepada perbuatan meminta minta mahupun sering meminta pertolongan orang lain,jadikanlah aku orang yang suka memberi pertolongan.Permudahkanlah urusan hidupku dan berikanlah aku kesudahan hidup yang baik .Ya Allah jauhkanlah aku daripada fitnah semasa hidup dan fitnah selepas mati,fitnah orang orang disekelilingku dan juga dari fitnah dajal al Masih,matikanlah aku sebagai orang Islam yang beriman... Ya Allah Ampunilah dosa kesemua orang tuaku dan jauhkanlah mereka dari azab seksa api neraka dan seksa kubur,jauhkan mereka dari apa apa bala yang telah Engkau tetapkan,berikanlah mereka ketenangan hati serta kesabaran Ya Allah,berikanlah mereka kepanjangan umur yang baik,berikanlahmereka kesihatan yang baik agar mereka dapat beribadah kepadamu dengan tenang,murahkanlah rezeki mereka ya Allah dan berikanlah mereka kebahagian di dunia dan di akhirat ,kasihanilah mereka sebagaimana mereka pernah mengasihani aku sewaktu aku masih kecil dan berikanlah mereka balasan syurga bagi setiap kebaikan yang telah mereka lakukan dalam hidup mereka. Ya Allah, ampunilah dosa nenekku dan aunt Sharifah,mama dan redouane,dosa adik adikku,saudara maraku,datuk nenekku,guru guruku sahabat sahabatku,murid muridku dan keluarga mereka serta muslimin dan muslimat,jauhkanlah mereka dari azab seksa api neraka,berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat,ampunilah meraka Ya Allah,murahkanlah rezeki mereka Ya Allah,kau bantulah mereka mencapai apa apa yang mereka impian mereka selagi mana ia tidak melanggar syariat mu ya Allah..tunjukkanlah mereka jalan yang lurus yang engkau redhai dan janganlah Engkau ambil nyawa mereka sebelum sempat mereka bertaubat,berikanlah mereka kepanjangan umur yang baik dan kesihatan yang baik dan berikanlah mereka balasan syurga bagi setiap kebaikan yang telah mereka kerjakan.Bahagiakanlah mama dan redouane walau dimana mereka berada . Ya Allah Makbulkan doaku,sesungguhnya engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang...Amin Ya Rabbal Alamin....


Friday, October 10, 2008

what a suprise...hubungan putus di tengah jalan

Rasa macam novel pun ada..akhirnya putuslah jugak hubungan akungan redouane..lantaklah,aku malas dah nak mencari,serahkan ajalah pada Allah,DIA mengetahui yang terbaik untuk aku,kang cari silap pilih kang aku lak yang menangis,aku ni dah sampai kes redha dan tawakal tu alallah