Wednesday, December 31, 2008

kenapa kamu sangat busuk hati berhenti menjadi follower aku.Bagaimana peluang aku merebut Anugerah Artis Blog Paling Popular 2016?Jadah Kamu!!!

habis blog kamu tak sedap macam blog aku tu pasallah aku berenti follow blog kamu

akukan Pasa Sanda,Lupakah?

Entri ini adalah merungkaikan persoalan kamu mengenai seorang Aku

menerima soalan dari bakal Mama Juwie dunia blog iatu Pasha Sendal a.k.a perempuan kabaret Siam aku terima dengan berlapang dada.maka untuk menjawab persoalan kamu wahai perempuan ,aku mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu aku menyiapkan entri ini.

Entri aku siapkan berdasar soalan soalan yang kamu tanyakan mengikut turutan,sebahagian isi jawapan aku berkemungkinan besar akan saling tidak bersangkutan antara satu sama lain.


1;makanan kegemaran[sehari xmakan,jadi meroyan]
Aku seorang yang sangat suka menikmati makanan yang aku istilah sebagai good taste and good food.Aku kurang suka makan sayur sayuran melainkan tauhu dan juga taugeh,insyaALLAH mengikut hawa nafsu aku yang sangat besar ini,seperiuk sayur lemak taugeh akan dapat aku habiskan tanpa ada keraguan.

manakala sayur lain lain seperti sawi ,kacang panjang mahupun bayam serta yang berwarna hijau ,aku tolak tanpa banyak soal.oh ya aku suka sambal peria dan udang ,apa namanya ya.tapi seperti biasa peria itu untuk aku baling ke wajah Faryn.

Selain itu aku suka Mee Kari yang terdapat di Hotel Grand Continental,sedap,silalah cuba,mereka tahu aku penggemar ayam mee kari tersebut bolehlah aku tukarkan namanya menjadi mee ayam kerana banyaknya ayam yang mereka letak untuk pelanggan setia Manja Coffee House ini.Kali terakhir aku pergi adalah pada Ogos lalu untuk membayar kembali nilai makanan yang aku makan kerana di belanja oleh pekerja hotel tersebut.

Nasi Ayam di Restoran Kampung ,hotel Hyatt adalah yang terbaik,jika kamu berpeluang ke sana dan semua makanan kamu ditaja oleh sugar daddy kamu,cubalah makanan itu,kamu pasti akan bersetuju dengan aku.Kali terakhir aku melihat nasi ayam ini tanpa menjamahnya adalah November lalu apabila aku menolak ajakan cik kama untuk memakannya.Jual mahallah konon,balik nyaris aku tak luku kepala aku di pintu peti sejuk.

Kuew Tiaw paling sedap terdapat di Swiss Garden Hotel And Resort yang terletak di Beserah.Ya Allah,paling sedap sekali .oh,bilalah aku nak dapat peluang untuk makan kuew tiaw sesedap itu.dan semua makanan kegemaran aku diatas adalah hasil ajaran cik kama.Dan sejak aku berpisah dengan laki orang itu,tiada lagi makanan seperti diatas masuk ke dalam perut aku yang berukuran lilit 22 cm ini (sila abaikan angka tesebut)




2;cerita tv&filem paling diminati
aku tidak suka cerita P.Ramlee kerana semua dialognya telah aku hafal semenjak aku berusia dari 5 tahun lagi.Aku sukakan sesuatu yang barat seperti Grey's Anatomy yang aku ikuti sirinya sejak dari musim pertama dan mula menjadi kurang tegar apabila salah seorang doktor kegemaran aku iatu Dr .Preston burke tidak lagi menjadi salah seorang pendukung watak dalam siri tersebut.

Aku juga pernah menjadi peminat cerita 200 pounds beauty sehingga pernah menangis sebanyak 20 kali setiap kali cerita tersebut dimainkan,filem filem pilihan aku sudah tentulah filem korea dan juga dari filem komedi dari Hong kong.Mereka sungguh lawak macam setan.

Cerita tamil juga menarik perhatian aku,kiranya lebih berbaloi menonton Vijay dari melihat Datok Sah Ruk Kang,mereka juga lebih feel dalam berlakon walau kebanyakan aksi dalam tarian mereka adalah dari jenis terkangkang kangkang.Filem hindustan cenderung menggunakan aksi kitar semula dalam lawak jalanan mereka.contoh ayat biasa mereka gunakan adalah

  • oh fool
  • rascal
  • i hate you
  • haram jadahhhhhh ( ini ada dalam dialog amitabh bachan dulu)
  • dosti,mubarak hey....hahahah
3;orang yang paling dikagumi[yg masih hidup&selain emang]
aku kagum dengan kewarakan Aunty angkat aku yang mana peribadinya benar benar luhur.Sangat menghairankan apabila aku ini orang yang mana tidak terkait langsung dari segi biologinya ini ditanggung perbelanjaan sepenuhnya ke Mekah (semua dari Allah) dan bagaimana dia boleh begitu sabar menahan sakit hati setiap kali aku sampai ke pintu rumah pada jam 3 ke 4 pagi sekitar empat tahun yang lalu.

salah seorang rakan aku pernah menetap bersama aku dan memiliki perangai aku yang suka keluar malam suatu ketika dahulu dan kesudahannya aku mengemas kain bajunya dan aku sangkutkan ke pintu pagar rumah aku (cara halus untuk menyebut aku halau kamu).memang Aunty seorang yang sabar.tak pernah jemu menasihatkan aku kembali ke pangkal jalan.


4;suka sukan?sukan apa?
aku sangat suka bermain tenis walau boleh dikira berapa kali sahaja aku dapat memukul bola tenis tersebut,selebihnya menurut kebiasaan bola tersebut akan melantun mengenai tubuh badan aku.

Aku seorang yang pemalu dan dari zaman aku kurus dahulu aku memang tidak akan berjogging berlari mahupun bersenam dihadapan orang.hahahahah...


5;penyanyi paling diminati
dahulu penyanyi yang aku minati adalah Siti Nurhaliza,tetapi berhenti sejak suaranya mula bertukar menjadi suara matang (istilah yang diberikan oleh orang surat khabar kepada penyanyi yang suaranya bertukar dari sedap kepada tak sedap).Aku juga suka kelunakan suara Misha Omar.

Dayang kadang kadang aku boleh layan kalau dia mengurangkan keperasanannya bahawa dia merupakan seorang beyonce Malaysia,mungkin juga jika dia sedar bahawa pakaiannya itu kadang kadang membuatkan aku bertanya apa status agamanya.

tapi sekarang aku peminat setia leona Lewis dan Chris Brown namun aku tidak akan sekali kali membazirkan wang aku membeli cd lagu nyanyian mereka ya.membazir.Baik aku burn saja.


6;adakah pasa sanda merupakan ilham utama kamu dalam menghasilkan blog ini
Pasa Sanda bukan ilham utama aku,jujurnya aku cuba menjadi diri aku sendiri,aku ingin mencari cara terbaik untuk menyebarkan ilmu agama yang aku ketahui dan pelajari.Medium terbaik menggunakan diri aku sendiri dan menggunakan populariti Fasha Sandha .Kemon Fasha,kamu pun dapat pahala juga nanti.


7;selain lagu melayu&english,kamu tahu lagu apa
aku boleh menyanyikan lagu Cina dan Tamil dengan kelancaran bahasa yang tidak syak lagi sebagai orang yang mahir.AKu tak boleh dengar lagu Amr Diab iatu Tamally Maak,ia mengingatkan aku akan kenangan aku bersama Redouane.

Pantang opah aku yang duduk makan mempelam muda cicah sambal kicap kalau dimainkan lagu Amr Diab.Aku boleh jadi naik hantu dan terajang pintu gaya linda onn bila mengamuk.


8;pelakon&penyanyi malaysia plg jadah bg kamu
semua artis adalah jadah,hipokrit.babi.setan.gila. kecuali aku.aku benci artis Malaysia sejak aku ternampak rokok yang dihisap oleh Sazzy Fallak dan juga baju dalam cap harimau bintang Fazura bila berpeleseran di Australia.

Juga apabila terpedaya dengan muka baik Normang Hakim,paling tak boleh terima Memey Suhaiza .MEmey,aku kalau jumpa kamu aku buat teknik Rikishi Phatu pada muka kamu tu tahu!

9;perasaan kamu sekarang?

Bersalah ekoran kejadian dua hari lepas dan juga tertanya tanya bolehkah aku solat sekarang kerana period aku tiba tiba berhenti.


last sekali..perasaan kamu pada cik kama sekarang?
hum,sungguh indah kalau dapat kembali pada orang yang pernah aku sayang itu bukan?tapi sampai bila?hidup kita ini tidak lama,aku tidak mahu mati dengan dianggap orang sebagai perempuan simpanan.

oh,ade lagi.kamu sayang aku tak?
aku sayang kamu,tapi takat itulah,yang terbaik belajarlah sayang diri kamu sendiri,barulah world namanya


p/s :ada tetamu mahu ketemu aku malam ini...

Mari berlatih menjadi mama juwie

spekulasi yang bakal kamu buat nanti bakal digunapakai di dalam entri aku yang terbaru.Sekarang tugas kamu adalah untuk memberikan aku soalan.Bukan soalan bodoh ya,kerana jika kamu memberi soalan bodoh aku akan menganggap kamu dan soalan kamu itu sama bodoh piangnya dan tidak boleh saling kata mengata.

jadi soalan yang kamu beri haruslah berkenaan tentang diri aku sahaja dan bukan tentang kamu.aku ni kan pasa sanda,kamu tu hanya orang awam bukan.Jadi silalah tanya,jangan segan segan.

hari ini aku aku dalam mood yang sederhana baiknya jadi aku bertindak untuk menyiarkan gambar gambar yang membuatkan aku rasakan hidup ini lebih bermakna
gambar yang terakam sekitar November yang lalu,bersama aku adalah salah seorang anak murid aku yang bernama Afiq Zakwan.

masih dengan pelajar yang sama tetapi gambar ini adalah anatara koleksi penghujung 2006.berbeza bukan?yang bawah ni aku malas terang lagi ,tapi gambar terakhir dibawah itu adalah ibu kepada Afiq yang wajahnya mengingatkan aku kepada maknya Intan,cerita Indonesia yang pernah menjadi kegemaran aku.






p/s :kadang kadang aku ni manis juga kan?aku tahu kamu dengki sama aku.Aku kan Pasa Sanda

maafkanlah

pertama sekali aku mintak maaf jika ada mereka yang aku tidak lagi bergelar salah seorang dari followersnya,ini kerana aku dapati kamu tidak lagi aktif menghantar komen mahupun memberi kabar berita buat aku si artis terlampau ,Pasa Sanda.

Dari sudut kerjaya seninya ini adalah berbahaya kerana jika aku berjaya memasuki Akademi Fantasia musim ke 8 berkemungkinan besar akan ada pengundi hantu yang menghantar sms undi keluar aku. (Masa aku nanti akan ada undi keluar)

agak berat untuk aku mengambil keputusan drastik ini,namun kamu pun tahu betapa kamu sendiri tidak suka jika artis kesayangan kamu ini myla belajar untuk berpura pura bukan?hampir menitis air mata aku sewaktu blog blog tiap dari kamu aku delete

* ok,terlalu ketara penipuan aku,abaikan bab menitiskan air mata itu*

maka dengan ini aku ingin meminta maaf dan menyusun sepuluh jari kerana terkeluar dari menjadi salah seorang follower kamu.harap ampunkan aku ya.


dan jangan kamu gatal gatal buang diri kamu dari jadi follower aku.ingat,aku tahu kamu siapa...(tolong gelak seperti rerama dalam cicakman dua)


yang benar dan buat buat tak bersalah kerna delete kamu

pasa Sanda


p/s : ini ada award sikit dari cik pasa sanda,ambillah tanda kenang kenangan,jangan bersedih hati ya.jadah kamu...oh silap..sayang kamu

Selamat Tinggal 22 (ini bukan entri klise berkenaan Azam)

selamat tinggal usia 22 tahun aku,jangan pernah lupakan saat saat yang terisi dalam jangkamasa setahun ini ya.
banyak yang telah berlaku dan banyak perkara yang menyedarkan aku.
tak kurang juga yang membuatkan aku jatuh terjelepuk,tergolek,terbongkang dan tertiarap namun cuma ada ada satu harapan semoga usia aku yang berganjak ke 23 tahun bermula esok dan secara rasminya pada 9 Januari 2009 ini memberikan sesuatu yang lebih baik untuk aku.


p/s :sedang menghadapi kemurungan usia.

award dari gaosop

cute's blogger award
sebelum menerima award ini, saya harus menyatakan "sepuluh fakta tentang si Pasa Sanda"
  1. nama aku Rabiah Al Adawieyah
  2. hari ni merupakan hari terakhir aku memegang usia 22 tahun (9/1/86)
  3. anak sulung dan tunggal perempuan
  4. tinggi 177 cm
  5. berat biarlah rahsia tapi tak seberat adibah noor
  6. berkacukan India sama Melayu
  7. seorang guru
  8. menghidapi split personality di blog (ustazah ,Pasa Sanda dan joyah dalam satu satu masa)
  9. sarkastik
  10. tak heran setakat kena maki,bukan mati pun


dengan itu, secara rasminya; blog ini blog cute. haha.
orang di bawah jua bakal merangkul award ini..

  1. faryn
  2. pasha Sendal
  3. cik manis
  4. farhanalicious
  5. Da1882
  6. myjahee
  7. dina
  8. zaidon
  9. kintarian
  10. pok li


sape sape rasa yang namanya tersenarai silalah buat,jangan buat buat buta

Tuesday, December 30, 2008

undilah demi kebaikan kamu(khas untuk yang Paham Bahasa Melayu/jangan Jadi BODOH PIANG)

siapakah yang patut dipilih pasa sebagai pasangannya buat masa sekarang

  1. kembali kepada cik kama yang rumahnya hanya terletak sekitar 2 minit perjalanannya dari rumah Pasa.
  2. abang emang manang.tumpukan perhatian pada beliau dan sentiasa berbunga bunga berharap walau tidak pasti sama ada bakal bertemu ataupun tidak
  3. chris brown,kamukan pasa sanda
  4. Pahrin ahmad,kasi linda off sakit jiwa
  5. pasa,kamu ni buang tebiat nak mampus ya...
ingat jawapan beserta alasan
dan WAJIB dijawab.
Siapa yang tak jawab aku anggap mereka adalah kambing tua,jadah ,isketambola dan semua jadah yang aku tahu perkataannya

Semalam di Megaview Hotel ,Kuantan

kata cik kama :

  • kamu masih cantik seperti dahulu,sama seperti masa aku mula mula kenal kamu
  • temankan aku makan,aku lapar...
  • kenapa bila aku dimasukkan ke ward KMC tempohari,kamu tidak menelefon aku dan bertanya khabar?
  • kamu telah banyak terluka kerana aku
  • selagi kamu tidak berkahwin,selama itulah aku akan sentiasa di hati kamu.
  • mari ke Hotel Hyatt,kamu sukakan nasi ayam bukan?
  • kamu sungguh cantik berpakaian begini


  • aku hanya percayakan kamu kerana kamu tidak pernah berniat jahat terhadap aku
  • kamu ingin berkahwin?benarkah begitu?
Offer Cik Kama
  • aku akan belikan kamu skuter untuk memudahkan kamu kesana kemari,membeli barang mahupun keluar bekerja.Tak perlu bayar,aku beri.

Soalan aku:

  1. kenapa baru sekarang kamu nampak aku cantik dan bukan dulu?kenapa dahulu kamu selalu bising jika berat badan aku naik mendadak kerana perbuatan kamu yang suka memaksa aku makan tanpa mengira siang atau malam?
  2. Pernah satu ketika aku lapar dan tiada makanan,dimana kamu waktu itu,kamu janji bahawa kamu tidak akan pernah mengabaikan aku.
  3. orang yang paling layak untuk berada disisi kamu adalah isteri kamu dan bukan aku cik kama,kalau kamu masih menyalahkan isteri kamu akan semua perkara yang timbul maka kamu tidak patut berhenti menyalahkan diri kamu juga seperti mana aku tidak pernah berhenti rasa bersalah selepas mengenali kamu
  4. apa yang kamu tahu tentang luka ?kamu pernahkah aku tinggalkan melebihi tempoh sebulan atas alasan sibuk?kamu bukan perdana menteri cik kama.maka jika kamu bercakap tentang luka,aku pasti kamu sendiri tidak pasti apa yang kamu cakapkan itu.
  5. aku akan sentiasa mengingati kamu sebagai orang yang sentiasa menghadiahkan kelukaan buat aku.juga kamu mengajar aku jangan pernah percaya pada sesiapa pun melainkan diri aku .
  6. aku bukan penggemar nasi ayam lagi cik kama...
  7. benarkah?tapi dulu kamu selalu mengatakan aku seperti orang kampung.Dan hari ini kamu meminta aku menemani kamu makan di hotel dengan berkain batik.cik kama,whats wrong with you man?
  8. aku tidak akan mempercayai kamu lagi selepas apa yang kamu hadiahkan pada aku.empat tahun bukan empat hari
  9. atau kamu mahu aku menanti kamu yang tidak pernah pasti akan keputusan yang patut kamu berikan pada aku ?

offer kamu aku terima kerana aku menganggap rezeki dari Allah dan sebagai membayar segala wang aku tempoh hari.bak kata Faryn,ambik aja,kalau tak mahu kasi aku,bagi kamu jadah apanya faryn?

p/s : pada pekerja hotel yang melihat aku atas bawah kerana berkain batik ,ketahuilah bahawa aku bukan sebarangan orang. i can curse you for your behaviour but i choose not to.

hanya yang bijaksana dapat meneka dan membacanya

aku telah buat satu kesilapan hari ini.Aku malu pada kamu,pada emang manang (sungguh aku malu pada kamu emang)pada aunty,pada diri aku sendiri dan paling utama,pada ALLAH.aku selalu nasihatkan kamu itu ini begitu begini..tapi akhirnya...




saat begini mengingatkan aku betapa aku hanyalah seorang manusia

Can you imagine a world without men? No crime and lots of happy fat women.

kamu harus redha dan tabah apabila aku akan selalu memaparkan muka abang emang manang dalam blog aku,yela dulu aku kutuk kamu siar gambo teman lelaki kamu,sekarang ni kasilah aku can,aku kan artis.kamu cinta takat kuala lumpur ke penang aja.

Aku ni Malaysia ke keliponia.Peluang nak jumpa hanyalah setahun sekali.kadang kadang mungkin dua tahun sekali.Kesian kan?Nasiblah ..(sekarang Pasa sedang menyanyikan lagu Cinta antara Benua)

farid Kamil jangan lupa isi borang untuk jadi kekasih pasa di Malaysia ok,Pasa tak mahu Pahrin Ahmad,nanti Pahrin guna istilah teman tapi mesra sambil coverline.

Paling haru kalau kamu memiliki teman lelaki yang malu kerana bertemankan kamu,pernah dengar?teman lelaki yang tidak boleh menerima kamu seadanya kamu,contoh :

tempat :restoran kampung,hotel hyatt
pelakon : pasa & cik kama
hidangan :ala buffet (sea food ) (rm 80 ++ one person)


Dialog : cik kama : nanti jangan makan udang,takut jadi gemuk
cik kama : kerang tu boleh jadi darah tinggi
cik kama : sotong nanti gatal gatal badan
Pasa : abis jadah ,aku nak makan apa (sekadar dalam hati)

sesetengah lelaki memang suka kalau perempuan itu bersiap berdandan,seperti mana cik kama pernah mengarahkan aku jangan memakai tudung,tak world katanya.Jadah kamu.itulah aku cakap kadang kadang setan itu boleh di dapati dalam versi Manusia juga.

kalau kamu menyintai seseorang,belajarlah untuk menerima kekurangan diri pasangan masing masing kerana kamu harus sentiasa ingat kamu pun bukanlah sempurna sangat dan bukanlah lawa sangat nak demand bakal teman lelaki kamu harus begitu begini.

Apabila kamu mula menetapkan ciri ciri fizikal bagi seorang lelaki seperti:

aku mahu hidung mancung
kadang kadang berakhir dengan kamu mendapat hidung pesek.Bila masa ni pandai pula kamu menyedapkan hati kamu dengan melontarkan kata kata seperti asal boleh bernafas sudahlah,lebih baik dari tiada hidung langsung

lelaki sekalipun sama,biasa yang aku baca :

yang kurus sahaja dan berkaki panjang

babi kamu,habis yang gemuk tu bukan manusia kah?kamu kalau menilai seorang perempuan kerana fizikalnya ,memang kamu lelaki paling bangang di dunia,sama juga kalau kamu seorang perempuan yang menilai seorang lelaki itudari fizikalnya,pun dua kali lima sama je bangangnya.
Kaki pendek kenapa?babi kah?bukan kan?

aku tahu kamu bercakap soal citarasa,ya tapi kalau kamu tulis saya suka perempuan yang seksi dan berambut panjang,maka masa itu aku tergelak kerana aku menganggap kamu selalu ponteng kelas PAFA.Faham maksudnya?buta agama agak kasar.

Aku pernah menjadi kurus dan aku tahu perasaan takut untuk mengambil makanan kerana risau gemuk,risiko ditinggalkan jika gemuk dan diejek gemuk oleh teman lelaki.Kalau teman lelaki ejek kamu gemuk,silalah tinggalkan mereka sekarang.Kerana cinta mereka itu cinta bersyarat.

jadilah macam aku yang tak kisah gemuk dan tak kisah kurus,mana mana sama aje bagi aku,tak memberi kesan,aku makan apa yang aku mahu selama mana ia tidak mempengaruhi kesihatan aku.berbanggalah untuk diri kamu sendiri,jangan biarkan perkataan gemuk atau kurus mempengaruhi minda kamu yang sempit itu.

Paling penting jangan biarkan orang lain mendefinasikan siapa diri kamu.

Aku ingin mencari seorang lelaki yang dapat menerima aku dalam apa jua keadaan,gemuk,kurus,hodoh,cantik (selalunya aku cantik),hitam dan selalu pakai baju kelawo atau bahasa bandonya Kaftan yang koyak.

Adakah lelaki itu telah aku temui?Aku tak boleh memberi jawapan lagi kerana hidup itu satu pencarian,penemuan akan sesuatu tidak bermaksud kamu telah bertemu apa yang kamu mahu

pasa Sondol :hari ini pasa baik,mari orang orang gemuk,kamu sedapkan hati kamu yang terluka itu dengan perkataan ini "No matter how good she looks, some other guy is sick and tired of putting up with her crap".sila cari dalam kamus maksudnya.kamu pasti akan sedap hati sebaik sahaja membacanya.Selamat menggemukkan diri.

Monday, December 29, 2008

Sebelum ,Selepas dan Sesudah (sila baca entri sebelumnya)

30 minit pertama


Selamat pagi Rabia,kamu kelihatan sungguh menawan dengan senyuman dibibir kamu.Dan sungguh aku sangat cinta pada kamu walau kamu suka menjadahkan orang.

30 minit berikutnya

memang aku sangat cinta pada kamu tetapi itu tidak bermakna kamu boleh sesuka hati jadah kamu kasi pendapat ya.

sesudah berdebat dan kalah


ok ,kamu pergilah ke ustaz yang kamu agungkan sangat tu.aku tenang disini bersama kucing aku


p/s :Sweetheart,I'm sorry for being so hateful, rude, unintelligent, childish, selfish, passive-aggressive, hopeless, careless, and flat out mean. I'm sorry for not caring when I said I did, not loving when I said I would, not listening when I said I would. I love you the only way I know how to love a person, which doesn't amount to much in the eyes of someone who loves as much as you do. I'm so sorry.


janganlah marah aku lagi..please.

sedangkan lidah lagi tergigit,ini bukan digigit ya.

semalam aku bergaduh lagi dengan abang emang manang,kali ini masih lagi berkaitan isu agama ya sama ada wajib atau tidak seorang perempuan itu dikhitankan?Pasha,kamu tahukan apa itu khitan?itu bukan Kuih cek mek molek seperti buatan Gaosop ya.Khitan bermaksud khatan bagi perempuan.

Satu perkara yang aku tidak suka apabila kamu ,kamu mahupun aku adalah kebarangkalian kita untuk terpesong dari isu perbincangan,sama ada apabila kamu tidak memiliki pandangan yang sama mahupun kamu di pihak yang benar,maka kamu akan menghubungkaitkan isu peribadi sebagai salah satu perisai bagi membolehkan kamu memenangi perbincangan itu.

maka acap kali aku ingatkan pada diri aku apabila ada saja perbincangan sudah pasti tidak semua pendapat aku akan dipersetujui (berhubung perbualan bersama abang emang) dan walau apa sekalipun pendapat abang emang manang berkenaan sesuatu isu melainkan isu mensyirikkan ALLAH,aku boleh menerimanya dan Aku masih cinta padanya.

bak kata emang

i disagree with you in certain things but i love you still.

cuma agak sukar apabila memperbincangkan soal agama apabila ia melibatkan dua budaya yang berbeza sebagai contoh Amerika dan Malaysia tidak sama,mereka memandang isu berkhatan itu bagi perempuan merupakan sesuatu yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.bahkan abang emang sendiri yang sebelumnya sangat hensem tiba tiba bertukar menjadi seorang yang membuatkan aku berfikir dua kali untuk meneruskan malam pertama kami suatu masa nanti.

Agak membuatkan aku naik darah apabila abang emang mengatakan bahawa aku tidak mementingkan dirinya,dia malah menyuruh aku pergi kepada ustaz yang aku gunapakai pendapatnya.tak aku sangka abang emang begitu emosi.Aku agak kamu pun begitulah apabila perkara yang kamu perbincangkan tidak berakhir mengikut kemahuan kamu

Manakala aku tidaklah beria ria memberi pendapat kerana aku bukanlah ustazah walau sering dirujuk orang untuk ditanyakan pendapat berkenaan sesuatu perkara.kerana itu aku mengatakan bahawa merujuk kepada ustaz yang pernah aku dengar berkata,dia menyebut khitan bagi perempuan itu harus kerana ia dapat membendung nafsu syahwat yang menggila.

Dan agak zalim jika aku menganggap bahawa perempuan MELAYU yang melakonkan mahupun terbelakon di dalam drama lucah berasmaradana dibawah tangga sebagai mereka golongan yang tidak dikhitankan sewaktu kecil.

aku mengambil hadis dari Imam Muslim yang meriwatkan bahawa :

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai.

tiada dalil dalil sahih yang menunjukkan perempuan harus menjalani khitan tetapi jika dinilai dari sudut perubatan ,maka seeloknya perempuan dikhitankan kerana ia dapat membendung nafsu perempuan itu sendiri.

Aku bukanlah orang yang arif untuk berbincang soal ini dan sebolehnya penerangan aku dibawah ini ingin aku terangkan menggunakan bahasa inggeris kerana istilah melayu ini agak malu jika diguna pakai namun memikirkan kesimpulan betapa tidak semua dari kita mampu untuk memahaminya maka aku memilih untuk menulisnya dalam bahasa Melayu.

(juga kerana risau jika Pasha memahami perkara tersebut pada maksud yang sebaliknya,bukan aku tak tahu Pasha ini selalu tersimpang.)

perkara pertama jika aku tulis klitoris,kamu harus menggooglenya.

sekarang kamu sudah google ke belum?











pergila google bodoh!














google la!
















oh kamu dah tahu ya? nampaknya kamu lebih advance berbanding si Pasa ini.Harapnya advance kamu membawa kebaikan bukan dipraktikkan sebelum melangkah ke ikatan halal yang bernama gerbang perkahwinan.

klitoris wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..

Riwayat lain daripada Imam Ahmad pula menyatakan berkhatan wajib ke atas lelaki saja. Tidak diwajibkan ke atas perempuan. Ia adalah sunnah yang sangat dimuliakan. Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama. Ia dirujukkan kepada hadis Rasulullah yang menyatakan khitan tidak wajib ke atas perempuan.

Antara lain Syadad bin Aus menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda: “Khitan adalah sunnah untuk lelaki dan suatu penghormatan untuk wanita.” (Ahmad bin Hanbal; al-Musnad 6/433).

Ummu ‘Attiyah r.a. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah memberitahu tukang khatan perempuan supaya jangan memotong terlalu dalam. Hal ini kerana yang demikian itu (memotong tidak terlalu dalam) adalah mahkota wanita dan sangat disukai oleh suami. (Abu Daud; al-Musnad 167).

ehem....(batuk sikit,sambil tepuk tepuk dada),maaf terbesar pulak tulisan hujungnya.

Pasa sungguh malu ,dan wajah beliau bertukar kepada humairah.. (kemerah merahan),untuk itu pasa tak jadi nak menerangkan topik ini dengan lebih mendalam kerana kemaluan yang melampau,sesiapa yang berminat untuk mengetahui topik ini dengan lebih lanjut ,sila YM pasa menggunakan id thespiraleyes ya.

p/s : Pasa selalu berbincang soal agama dengan abang emang manang,kamu pula berbincang soal apa?hantaran kawin nanti berapa atau malam ini projek dimana?
pasa yang malu malu kucing...bukan malu malu babi ya.

Jadah di blog Pasa tidak busuk seperti budu

mari aku kenalkan kamu kepada jadah serta menatang yang ada di blog aku ya.Aku pasti kamu semua tertunggu tunggu entri aku setiap hari,kamu memang pemalas,kerja nak suruh aku menulis aja tapi tak mahulah layang komen barang sekeping dua,Kalau komen ada dua sahaja bagaimana aku nak lawan si Azwan Ali Hansuang tu.

ok menatang pertama yang terletak di atas blog aku adalah header yang menggunakan nama "the Spiral Eyes " maksudnya mata yang boleh memegunkan orang yang melihatnya.Juga boleh ditafsirkan sebagai mata yang boleh menghipnosiskan orang awam seperti kamu ya.

Deskripsi blog aku dahulu adalah "i am not those women who think a man is the answer for everything ",tapi sejak abang emang manang dah ada blog beliau maka aku tukarkan perkataan tersebut kepada bahasa Melayu,nanti beliau kecik hati dan aku tidak mahu kamu bertepuk tangan dan dahi apabila itu berlaku.Kamu sukalah kalau aku menghadapi krisis dalam hubungan aku bukan?Memang busuk hati kamu ini.

menatang kedua pula namanya followers,ini aku rujuk sebagai "peminat Pasa Sanda" sebab kalau mereka tak minat mereka tak ikutkan?tapi ada juga yang minat sekadar untuk menempelkan muka kamu yang berjerawat batu tu.Pun ada juga yang sekadar ingin menggunakan idea aku untuk menulis di dalam blog dan diadaptasikan kembali ke blog mereka.itu memang babi dan haram jadah.kamu tak boleh cari idea sendirikah setan!

Jadah "About Me " itu pula aku tidak gunakan untuk menerangkan tentang diri aku secara panjang lebar seperti
" seorang yang baik hati,menawan,memey suhaiza dan juga bla..bla..bla.."
kamu bukan artis jadi tak payahlah beria ria nak kasi tahu dunia siapa kamu.aku yang pasa sanda ini pun sekadar mengisi ugutan kepada si Fasha Sandha dan Ajwan Ali.Aku agak mungkin terkena demam kura mereka berdua ekoran ketakutan yang amat sangat.

lepas itu ada butang yang menunjukkan berapa kali blog aku ini telah diselak oleh kamu,bukan selak kain pasa ya,itu namanya dahagakan penerajang dari kaki aku yang panjang ni.dah hampir 17000 kali,yang semak sampai 16999 kali tu aku agak diselak oleh Kapten,maklumlah kapten ni keboyaan dia boleh tahan juga.

dibawah menda alah ini,ada semakan status perkara yang sedang aku lakukan.akukan artis ,jadi seorang artis haruslah sentiasa gila glamor dan memaklumkan kepada orang awam seperti kamu akan semua perkara yang aku lakukan.barulah Pasa Sanda namanya.

Dulu di blog ini ada jugalah lagu "penawar Rindu",tetapi sejak lagu tersebut tersekat seperti babi lekat batang pisang,maka aku memutuskan untuk tidak lagi menggunakan jadah tersebut.Bukan kamu aja yang sakit hati setiap kali masuk ke blog aku yang bagus ni,aku sendiri sebagai seorang Pasa,rasa macam ketuk aja kepala kamu tiap kali dengar lagu yang tersekat setiap dua kali sesaat.Kak Yanmie,kamu tolong tuko lagu di blog kamu,geram aku,tak keluo bunyi.

kemudian ada gambo abang emang manang,yang ini aku saja letak supaya dapatlah aku berimiginasi liar berkenaan malam pertama kami bila aku boring boring serta keseorangan.kamu jangan sibuk nak cakap aku gatal ya,kamu tu apa kurangnya,berasmaradana dalam kereta kancil dimalam minggu.Kan bagus kalau aku boleh bersanding di blog...

Ada juga butang "pengkritik Terbaik",butang ini tidak sama seperti Ogy yang menggunakan ayat klise seperti "whats wrong with you young man?",ini kerana hanya mereka yang terbaik sahaja akan berada disenarai ini,maka aku sedang berkira kira untuk memberikan suatu hadiah kepada mereka yang berjaya bergelar top komentor selama enam bulan.kenapa enam bulan?Barulah Pasa Fan Club namanya.Kalau komen semata mata mahukan topup,itu tidak ikhlas namanya (sambil jeling ke arah zaidon) atau Pasa bengang sebab tertinggal jauh ke belakang?hahahah

Ini aku suka kerana jadah yang ketiga terakhir ini adalah merupakan link link mereka yang sejadah....sejadah?what the jadah? dengan aku.Aku tak jadah ,merekalah ya,blog mereka ini aku anggap antara blog yang boleh menaikkan nafsu aku untuk membaca bukan nafsu untuk mengadakan hubungan ranjang.Tolong berhenti layan Red Tube .

terlalu banyak kata sondolan yang aku terima dari kamu tak terkecuali dari mereka yang bergelar anonymous haram jadah.Namun aku anggap sahaja bahawa kamu sekadar memberikan pandangan kamu dengan kisah hidup aku.tetapi aku tidak akan menerima sebarang unsur pandangan mahupun pendapat apabila ia berkaitan isu agama yang hukum hakamnya jelas termaktub di dalam Al quran.Kamu tak payahlah nak memperdengarkan pendapat kamu pada aku kerana semuanya akan aku buang ke sebelah rumah jiran aku,Alan.

ada kotak menjerit disitukan,kamu nak tulis apa pun kamu tulislah ,aku tak heran.tapi aku tak boleh terima kalau kamu nak mempromote sesuatu,kamu terus bantai menulis tanpa mintak izin,ingat ,blog aku bukan tempat untuk kamu berniaga seperti MLM,tidak ada penjual dibenarkan masuk ke blog aku.

manakala tiga menatang yang terakhir itu aku malas komen kerana aku nak tidur.Aku kan dalam ABC,bolehla aku berehat secara panjang dan lebar untuk enam hari akan datang.

Salam Peluk Cium Beserta Jadah Dari Pasa Sanda Yang Cantik ,

(pasa Sanda)

Sunday, December 28, 2008

berbagi suami

Menonton ilem indonesia yang bertajuk "berbagi Suami" mengingatkan aku kenangan lama.Sila rujuk watak koh ah bun dan ming.cuma ada beberapa perbezaan yang ketara diantara cerita tersebut dan aku iatu

  • cik kama bukan pemilik restoran nasi ayam
  • isteri cik kama tak berjaya masuk ke rumah aku
  • watak lelaki bernama Firman bolehlah diganti dengan redouane
  • aku masih menetap dirumah sama
  • cik kama tidak meninggalkan wang seperti koh ah bun,kamu patut bersyukur ming oiiii
p/s :meminjam ayat Ming,aku lebih bahagia kalau hidup tidak bergantung kepada sesiapa...tapi kalau ada orang kaya mahukan aku,apa salahnya.Abang emang,i love you.(jadah ambik hati abang emang)

Kalaulah.....

Allah tahu aku tiada makanan,ada jemput jemput baki bancuhan semalam tetapi aku perlu nasi.Sudah dua hari aku tak makan nasi.Maka selepas Dhuha,Allah hantarkan Aunty yang membelikan aku hamburger.Aku bersyukur tetapi aku masih mahukan nasi.

Lalu tepat jam 12 .00 tengahari.Haji Jabar menelefon aku dan memberitahu dia telah membelikan aku nasi beriyani .Aku sangat sedih,bukan kerana aku tidak berwang,namun kerana Allah sungguh pemurah.

Kalaulah kamu tahu hakikat Allah itu maha pemurah dan tiada tempat bergantung paling utama patut kamu harapkan melainkan Dia,kamu pasti akan menitiskan air mata setiap kali kamu menerima rezeki.

kalaulah kamu tahu bahawa hidup aku pernah mengalami saat saat genting dimana aku nyaris membunuh diri kerana kehilangan cik kama namun niat aku terhentikan kerana terdengar laungan azan Asar.jangan terlalu ikutkan rasa kecewa,jika cik kama tidak meninggalkan aku,,tidak mungkin akan ada aku yang hari ini.

kalaulah kamu tahu bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kamu ada hikmahnya,kamu pasti tidak akan menangis kerana kehilangan tiap apa yang ada pada kamu.Kamu tidak akan kisah jika laki kamu berkahwin lain sekalipun.

Kalaulah kamu tahu bahawa disaat kamu di dalam kesusahan,masih ada orang yang seribu kali lebih susah dari kamu.

bersyukurlah untuk apa yang terjadi di dalam hidup kamu semoga kamu belajar serta menjadi manusia yang lebih baik dari semalam.dan semoga kamu mengetahui bahawa kadangkala kamu mungkin membenci sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu dan kadangkala kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untuk kamu.Allah maha mengetahui dan kamu tidak...

selamat datang Muharram.
1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).


p/s :sesiapa yang dikhendaki oleh Allah dengan kebaikan,nescaya ia akan difahamkan dalam agama.

apa salahnya berhidung pesek,tapi pasa berhidung mancung ya

sewaktu aku menjemur kain yang telah siap dibasuh pada seminggu yang lalu,aku terdengar pergaduhan disebelah rumah aku.

Ini adalah pergaduhan antara Alan - anak perempuan - isterinya.threesome punya style.hahahah.
Jadi aku tidak pasti sama ada yang menangis itu isterinya atau anaknya kerana sepanjang lima tahun aku hidup didalam rumah ini,sekalipun...diulangi..Sekalipun tidak pernah aku dengar suara isterinya.

Kali pertama aku mendengarnya adalah apabila isterinya menegur aku

"you sulah pakai tudung ka?"----> pasha sendal lebih arif bab bercakap seperti apek tua nak mampus ya.

itupun aku menjawab dalam bahasa inggeris kerana aku dan alan berkomunikasi dalam bahasa inggeris.Aku boleh menerima jika kamu memilih untuk menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi di blog kamu dan aku juga harap kamu tidak kisah jika aku memilih untuk menggunakan bahasa Malaysia di blog aku.

Sebagai seorang guru,aku ingin menegur kamu kamu dan kamu yang berasa sakit hati apabila ada sesiapa dikalangan blogger yang menggunakan bahasa inggeris namun memiliki kesalahan tatabahasa tahap ya Ampunnnnnn intannnnnn......

aku memberi mereka kredit kerana berani mencuba,jangan takut membuat kesilapan .tetapi jika ada orang seperti aku satu masa nanti menegur kamu,sila jangan jadi babi.Sudahlah buat silap,ditegur nak melenting pulak.

Aku juga tak kisah jika kamu menggunakan bahasa rojak di dalam semua entri kamu ya.Sebab bukan aku baca pun.hahahah.Peduli pun tak.Maaflah aku kan pasa sanda,aku hanya akan memilih sesuatu yang aku suka sahaja .

menjawab soalan Pasha ,apa istilah kembang kuncung dalam bahasa inggeris,itu adalah bergantung ya.kalau kamu nak kata hidung aku kembang kuncup kerana pujian abang emang manang maka kamu boleh menulis seperti ni.

" rabiah is flaring her nose and what the jadah ?"

kemon,kamu pun tahu hidung aku mancung bak seludang bukan?ini isu bahasa inggeris yang akhirnya bertukar menjadi isu hidung.tapi bagi orang yang berhidung ala jepun sesat seperti faryn,sabau lah.itu semua anugerah Allah.Jangan meraung dan tolonglah jangan tulis kenyataan jadah seperti "saya tak suka hidung saya", " gigi saya jongang" dan seribu lagi pernyataan yang merendahkan diri sendiri.

ini adalah aksi yang menunjukkan pasa berhidung mancung

Jika kamu ingin dicintai orang,belajar menyintai diri kamu,maka kamu akan dapat ini..


p/s : hey ayam jadah,sapa cakap aku tak lawo ha?kalau aku tak lawo tidaklah aku siarkan gambo ni.kamu ni kalau aku jumpa,mau aku kasi penampo jawa ya.kalau kamu rasa kamu lawo,siarla gambo ya,jangan mengaku kamu lawo tapi gambo isi gambo ayam.kamu bapak ayam ke apa?

Saturday, December 27, 2008

babi!!!!!!

entri sebelumnya adalah untuk bulan satu tapi aku terhantar untuk malam ini.setan.jadah.taik kambing.pasha sendal.faryn sungguh.hahahha

Entri Panjang Ini Adalah Untuk Kamu..Demi Kebaikan Kamu di Akhirat

aku tidak dapat lagi menulis seperti dahulu yang mana kadang kadang begitu banyak entri dapat aku hantar di dalam sesuatu masa kerana aku tidak lagi selapang dulu.maka aku sertakan buktinya.Aku kan Pasa sanda Versi Waheeda.

Kepada artis Malaysia yang selalu menjalani temuramah seisi SEHARI DALAM HIDUP SAYA.kenapa kamu jarang benar aku lihat bangun pagi?Biasanya kamu akan menulis

11 am : bangun tidur,memulakan hari dengan nescafe,melengkapkan hari saya????what the jadah?pukul berapa kamu solat subuh?

contohilah Pasa ini,yang sentiasa menyeru kamu bersolat walau Pasa boleh dikira dengan jari berapa kali tidak menjadahkan kamu.jadah terang terangan lebih baik dari dibelakang ya.

Aktiviti si manis Pasa Sanda pada Hari minggu dan hari biasa

  • 5 40 am - 6 30 am
aku masa ni baru bangun dan solat subuh.jangan lupa solat dua rakaat sebelum solat subuh ya kerana dua rakaat fajar (shalat sunnah sebelum subuh) lebih baik dari dunia dan seisinya dan solat Subuh merupakan sumber dari segala sumber cahaya di hari Kiamat saat semua sumber cahaya di dunia akan padam.

  • 6 30 am - 8 am
aku berblog dan mencari idea serta membaca surat kabo,kalau aku rajin aku kemas rumah namun kebarangkalian itu hanyalah 1 %.kebiasaannya aku sangat pemalas macam haram jadah.disaat ini juga aku akan memotivasikan diri aku supaya tidak tertidur diwaktu pagi kerana risau mewarisi penyakit ahmaq (kedegilan).kalau kamu rasa hati kamu macam hitam dan sakit hati bila mendengar ceramah agama,sila semak kalau kalau kamu ada tidur pada waktu tersebut ya sayang

  • 8 am - 11 am
diwaktu ini aku sedang menasihatkan diri aku agar menyegerakan dhuha,namun aku biasanya memilih untuk melaksanakannya sekitar jam 9 ke 9 30 pagi.Solat dhuha ini adalah solat yang mana dapat memurahkan rezeki serta memberikan keberkatan untuk rezeki kamu itu.kalau kamu rasa gaji dah 4 ribu macam aku dulu tapi kenapa asyik tak cukup aja,mungkin dah hilang barakahnya,cuba bawak bawak berenti baca blog aku pada waktu pejabat ya.

banyak kali aku mendapat kebaikan dari solat ini.kan aku dah cakap ALLAh itu maha pengasih lagi maha pemurah.disuatu saat,aku betul betul tidak memiliki wang untuk menyambut tetamu aku yang berjumlah lapan orang itu.Sehingga aku menangis (menangis kerana ALLAH tak apa,jangan menangis kerana jantan ok)kerana aku malu jika tidak memiliki apa apa untuk disediakan kepada mereka.

maka selesai solat Dhuha,ada panggilan yang menyatakan mereka ingin menyertai kelas aku.diulangi TIBA TIBA.Dan hari itu aku mempunyai wang yang cukup untuk menyediakan makanan mereka.Baik sungguh ALLAH.....

itu tidak termasuk peristiwa aku menjumpai wang Rm 50.00 di dalam poket seluar aku.keadaan wang tersebut masih baik walau aku telah merendamnya selama seminggu (lihatlah tahap kemalasan aku yang melampau).Dan wang ini tidak ada kena mengena dengan kes aku terlupa menyimpan wang disitu.

  • 11 am - 12 pm
aku mengaku aku selalu terlalai masa ini,kadang kala sampai meleleh air liyo basi tidur di atas sofa kuning yang dah tak rupa sofa itu lagi.tapi tak mengapa,kalau kamu penat dan terlelap.Jadah penat apanya hidup aku ni,kamu kata?aku bukan sekadar duduk dirumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan aku bergerak kesana ke mari seperti kamu yang selalu pura pura sibuk dihadapan bos.aku menggunakan otak aku mengingat kejadian yang boleh memberi pedoman kepada kamu.Kisah aku sendiri.

  • 12 pm -1 30 pm
ada ketikanya Zohor awal,kalau berpeluang dan tidak ada aral melintang ,Pasa akan solat di awal waktu.Jangan lupa untuk solat dua rakaat sebelum dan selepas Zohor ya.Kerana dapat memperbaiki ketidaksempurnaan yang ada di dalam solat wajib kamu.Jangan terlalu sibuk marah si Adibah Setan itu kalau kamu pun malas bersolat ya.Sembahyang merupakan tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya bererti ia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya bererti ia telah merobohkan agamanya, justeru itu, kamu wajib mengerjakannya.Jika tidak kamu dan Adibah Setan sama sajalah .

  • 1 30 pm - 4-20 pm
ini waktu senggang yang aku suka,jika aku rajin maka aku akan tidur,baca baik baik ya,jika aku rajin maka aku akan tidur kerana ada hadis menyatakan akan kebaikan untuk tidur selepas zohor mahupun 1 jam sebelumnya.tetapi kebanyakkan masa aku online.namun jangan kamu makan gaji buta ya dengan membuta di opis kamu.jangan ambil mudah soal halal dan haram..kalau banyak yang haram dalam tubuh kamu ,itulah sebab utama doa kamu tak makbul makbul,kalau makbul pun mungkin kerana istidraj.


  • 4.20 pm - 6 50 pm
aku sedang siap sedia untuk bersolat Asar,aku juga terlalai kadang kadang(ini buat aku sedih).Aku akan sedaya upaya solat diawal waktu.dan aku suka mandi,menjawab soalan adik Sasa yang bengong kerana melihat aku mandi sebanyak tujuh kali setiap hari ,ini jawapan khas untuk kamu sayang :kalau kamu ke bandar boleh mandi sampai 16 kali ,mekap berkati kati,memakai pakaian yang indah indah,kenapa tidak kamu lakukan hal yang serupa apabila mengadap Tuhan kamu.

Kalau kamu beria ria memakai baju melayu terbaik untuk mengadap Sultan,kenapa tidak kamu beria ria memakai pakaian yang serupa untuk mengadap Tuhan kamu,pemberi rezeki kamu?Sultan pun hamba juga ya.hamba tuhan.....Daulat tuanku...(harap dapatlah perkenan tuanku memberi hamba tanah barang sekangkang kera)

dan kalau aku rajin aku akan berjalan kaki ke masjid yang berdekatan berhampiran rumah aku untuk solat.biasanya sebulan dua kali,namun aku kan perempuan,solat dirumah lebih utama untuk aku bagi mengelakkan fitnah ,tengok islam punyalah menjaga akan kemuliaan perempuan,ni apa kes ramai perempuan tak pandai menjaga kemuliaan diri sendiri ni?terbogel sana,terbogel sini.

dah masuk masjid jangan lupa untuk melaksanakan solat sunat Tahiyatul Masjid ya.ini adalah solat sunat katogeri muakkad iatu solat sunnat yang sangat dituntut.janganlah kamu duduk sebelum melaksanakan solat tahiyatul masjid ini.

aku tidak tunggu untuk menunaikan solat isyak,dah banyak kali aku perasan,aku akan ke masjid untuk solat maghrib dan kemudian berjalan kaki pulang ke rumah.Aku lebih suka solat isyak di rumah kerana lebih privacy (..chewahhhh) ini baru betul kalau mahu privasi ya,kalau berdating dengan pakwe kamu yang haram jadah tu nakkan privasi ,jadah apa?tidakkah kamu tahu bahawa berdua duaan diantara orang yang berlainan jantinanya ada syaitan sebagai orang ketiga?

  • 730 pm - 10 pm
aku insyaALLAH selamat sampai dirumah.Dan meneruskan dengan kegiatan blog aku.sekitar jam 8 malam,jika hari biasa (isnin hingga jumaat) aku akan memulakan kelas aku.dan berhenti untuk solat isyak diantara jam 8 30 malam hingga 9 malam.

jika hari minggu ,aku bersolat sekaligus semuanya pada jam 9 30 malam.solat sunat sebelum isyak,solat isyak,solat sunat selepas isyak,solat sunat witir 3 rakaat.Witir tersebut dikerjakan secara dua rakaat dan satu rakat akhirnya.

Sesungguhnya ALLAh itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran. Pentingnya solat witir ini dapatlah kamu fahami apabila ada sabda Rasulullah s.a.w yang menegaskan bahawa ...Wahai ahli Quran, siapa tak solat witir bukan dari golonganku.Nampak?senang dan mudah bukan? tapi solat itu mudah bagi mereka yang khusyuk,kalau jenis kamu layan blog aja kerjanya,masa bila nak khusyuk?dok pikir sapalah yang akan komen cerita aku ni.

aku tahu aku memang jenis suka menangguhkan sesuatu jadi dalam hal solat aku tidak boleh bersikap sebegitu.Walaupun witir sunat dilakukan sebelum kamu tidur namun aku tidak melakukannya sebegitu kerana aku tahu,jika aku sudah mula mengantuk,insyaALLAH aku tidak akan terjaga melainkan untuk solat Subuh.

itu menunjukkan aku gagal untuk bangun bagi solat tahajjud.Sedih....kali terakhir aku melaksanakan solat yang satu ini adalah sebelum keberangkatan aku ke Mekah,itupun boleh dikira dengan jari.InsyaALLAh,aku akan cuba untuk memperbaiki waktu tidur aku.

  • 11 pm
aku tidak lagi menonton Intan,entah mengapa.Aku tiba tiba berhenti menontonnya tanpa ada alasan yang kukuh.Aku tidak lagi kisah apa nak jadi sama si Intan dan Rado,lantaklah,mungkin kerana aku telah tahu kesudahan cerita mereka.

Tambah lagi aku risau kalau kalau disuatu saat nanti aku sudah tidak mampu membayar bil astro maka ke rumah siapakah harus aku tuju untuk menonton cerita itu?

Aneh kerana aku melihat Sasa yang seperti cacing kepanasan tinggal dirumah aku,berulangkali ditanyakan sama ada aku bosan ataupun tidak memandangkan kehidupan aku setiap hari aku melakukan rutin yang sama.Tidak keluar rumah dan cuba untuk bersosial.

Jawapannya : aku dah penat Sasa,aku dah lalui saat saat dimana aku keluar ke sana kemari sehingga subuh dan tanpa solat subuh terus menuju ke tempat kerja,membuta di tempat kerja,melakukan kerja sambil lewa dan menyambung aktiviti keluar rumah setiap malam..jahil sungguh aku waktu itu.

Maka ,bukankah aku dah cakap semua perkara yang aku tulis di blog ini adalah merujuk kepada aku sendiri,pengalaman aku sendiri.Bukan ingin menjadahkan mahupun mengaibkan sesiapa.Kadang kadang kamu harus melakukan sesuatu sebagai peringatan kepada yang lain,semoga kamu belajar dari pengalaman aku...

Sebenarnya aku berhenti menonton tv beberapa bulan sebelum aku ke Mekah...aku kira Allah menutup pintu hati aku kepada beberapa perkara yang telah melalaikan aku buat sekian lama.Aku tidak lagi suka membeli belah,berpakaian seksi maut macam setan dah la gemuk pakai seksi,kamu nak tunjuk sapa lemak kamu tu sayang???

aku tidak lagi cerewet dalam soal makanan bahkan ada ketikanya aku tidak mempunyai apa apa untuk dimakan namun akan ada hamba yang Allah sampaikan ke pintu rumah aku membawa makanan.Terima kasih ALLAH!!!!

  • 12 pm
waktu ini aku akan menunggu panggilan abang emang manang yang kebiasaannya selesai bersolat subuh.Aku akan bercakap berkenaan bermacam perkara yang aku lalui hari itu,bercerita tentang kamu dan kamu yang macam jadah,blog kamu yang membosankan aku serta betapa aku bersyukur dengan memiliki kamu.Walau dijadah ,kamu tetap bermuka tembok,masih sudi membaca blog aku ini.Ini bukan membodek kamu.alah kamu ingat aku heran kalau kamu nak bagitahu emang aku punyai perangai di blog ini?kasitaulah,tak heran ok.

  • 2 am
aku dah terbongkang.


perhatian
  1. jadual tidur mungkin berubah pada hari hari seperti kelepasan am
  2. waktu berbual dengan abang emang manang juga berubah mengikut hari tidak bekerja beliau
  3. semua entri di blog ini buat masa sekarang adalah bagi katogeri auto publish
  4. " Ya Allah,ampunilah dosa Rabiatul Adawieyah ini,tunjukkanlah dia jalan yang lurus dan janganlah engkau pesongkan hatinya selepas engkau memberikan dia hidayahMu,jadikanlah dia orang yang mementingkanMu dari isi dunia,jadikanlah dia orang yang senang menerima sunnah RasulMu,murahkanlah rezekinya dan jadikanlah dia orang yang bersyukur,selamatkanlah dia dari azab siksa api neraka dan seksa kubur,Amin Ya Rabbal Alamin " - terima kasih kerana mendoakan Pasa ya




p/s : dalam entri aku ini ada beberapa hadis,cuba teka berapa banyak hadis yang ada...

ingat kata kata pasa ini : Jangan lupa solat ya...(abaikan misai halus disekitar mulut pasa...ini adalah kerana hormon lelaki yang terlebih)

PEMBERITAHUAN

bagi kamu yang pernah terdetik,hensemnya emang manang ni,bestnya kalau aku dapat kenal abang dia mahupun teringin nak melihat sejauh mana kamu mampu menjadi memey suhaiza dan menggoda beliau,silalah add si emang manang ini menjadi salah seorang rakan kamu ya.

mari buktikan rakyat Malaysia yang berbilang saiz dan tinggi merupakan orang orang yang peramah dan baik hati walaupun aku sebagai teman wanita mayanya tidak begitu semenggah orangnya.

haruslah kamu ingat bahawa kita ini bersahabat bukan (nak bodek kamu ni),jadi janganlah kamu kasi tahu kegiatan aku menjadahkan orang di blog ini.kamu harus sentiasa mempromote aku ya.Berbicara yang baik baik berkenaan aku.Kamu semua kan kawan aku walau isi blog kamu macam setan.

maka marilah sama sama menjadi follower abang emang manang yang bercita cita ingin menjadi penulis novel seram.

klik disini
abang emang manang sungguh kacak dan menawan


p/s : pada si Faryn dan Pasha,silalah jadi follower dia,pasha,jangan lupa kamus oxford ya

Sejauh Mana Open Minded Kamu?

Aku selalu membaca pernyataan di dalam blog sesetengah dari kamu bahawa kamu merupakan seorang yang open minded,apa maksud kamu apabila istilah itu kamu guna pakai?Adakah kamu ingin menunjukkan keterbukaan kamu dalam memperbincangkan sesuatu isu atau lebih kepada untuk memberitahu orang awam (pasa artis ok) bahawa kamu merupakan seorang yang kehidupannya mengamalkan prinsip gaya bebas.

Aku akui ,sikap dan sifat aku sangat konservatif dalam menerima sesuatu perkara,contoh kamu mungkin merasa ia cool jika hujung minggu ke kelab kelab malam dan pada pandangan aku sudah tentu (INGAT aku tulis pandangan aku bukan pandangan kamu ya setan) ibu bapa kamu gagal mendidik kamu.

hubungan seks sebelum kahwin,test dulu,apa kamu ingat perempuan ini jenis pandu uji,sedap sedap kamu makan,dah selesai kamu buang?Jangan jadi jantan keparat ya.Sekarang kamu binasakan hidup anak orang,esok esok orang akan binasakan hidup kamu ,mahupun orang yang terdekat dengan kamu.

oh,aku melalut.maaf,yang ingin aku tekankan disini adalah apabila kamu bergelar Melayu dan negara kamu Indonesia maka kemungkinan untuk kamu bergelar Islam adalah sama ratanya dengan kemungkinan kamu untuk bergelar Kristian mahupun Hindu atau Buddha.Cuma di Malaysia sahaja ,sogokan perkataan Melayu Harus Islam diguna pakai.

Aku tak kisah tentang apa bangsa kamu,jadah kamu pan asian kacukan 18 negara sekalipun yang penting dalam ruangan "religion" kamu itu nanti ditulis sama ada Islam atau Al Kafirun.

Maka jika kamu masih Islam walau kamu berbangsa India seperti aku maka kamu sewajarnya berkelakuan seperti seorang Islam ,kalaupun perangai kamu seperti setan mahupun perempuan jalang,sewajarnya juga kamu masih ingat kamu seorang Islam.Dan ada beberapa perkara asas seorang Islam harus tahu.

" jangan persoal,takwim,tamsil,tashbih,taktif,tahkif dan tahrifkan hukum hukum Allah"

Kalau ALLAH cakap AURAT perlu ditutup,kamu tutuplah,jangan kasi alasan celaka seperti

"lebih confident tanpa tudung", apa kamu ini Islamkah apabila bangga melanggar hukum?

Sebebas mana sekalipun kamu ,perasaan sayang terhadap agama ALLAh perlu ada,jika ada orang memperkatakan sesuatu seperti yang berbaur provokasi terhadap Islam,kamu bangun dan berdiri bukan menjadi orang yang bodoh dan tolol.namun sekarang aku lihat orang Islam sendiri mempersoalkan dan memprovokasikan Islam .

Sebebas mana sekalipun dan seterbuka mana sekalipun,kamu harus sentiasa ingat,hidup kamu masih dibatasi dengan hukum Allah.Jika kamu seorang penzina,pembunuh,perompak ,penyangak,pembohong (tiba tiba aku ingat dugong) dan seribu perkara jahat telah kamu lakukan sekalipun,aku harap masih ada perasaan bersalah walau sebesar biji sawi wujud dihati kamu.

Kamu mahu berbincang dan berdebat soal agama?Hati hati sayang,tersilap bincang terpesong akidah kamu nanti ya,tersilap bicara lebur syahadah kamu .bagi aku perkara seperti hukum hakam yang telah tertakluk dalam Kitab Allah tak perlu kamu bincangkan lagi untuk mencari kekurangannya.Apa yang sudah tertulis,ikutilah.Jika masih belum terbuka hati untuk melakukannya maka jangan kamu merendah rendahkan orang yang mengikutinya.jangan jadi macam babi.Sudahlah suruhan tidak mahu diikut tetapi dalam masa yang sama kamu persoalkan pula.

Aku diberitahu akan kewujudan blog Adibah Noor ,oh tersilap,apa namanya?something with Adibah kan?mudah sahaja,ketahuilah sewaktu hati kamu tidak berasa bersalah melakukan dosa,maka itu tandanya hidayah telah Allah tarik dari hati kamu.

p/s : Nabi Muhammad s.a.w adalah kekasih Allah,tidak sempurna iman seseorang selagi mana mereka tidak mengasihi akan baginda sebagaimana mereka mengasihi diri mereka sendiri (petikan dari hadis sahih).Iman kamu apa khabar?

Pasa Bukan Ustazah Siti Norbahyah

aku bukan seperti dia.maka jangan sesekali samakan aku dengan dia.aku tidak suka dan aku benci mendengar perkataan yang berbaur seperti ini bukan caranya untuk berdakwah,kamu tu tak layak berdakwah sebab suka menyumpah atau paling teruk sebelum kita nak jaga tepi kain orang,tengok dulu tepi kain kita.
Aku bukan ustazah lah bodoh!

aku bukan menyambung pengajian aku untuk jurusan hafalan ilmu hadis namun aku selalu ada keinginan untuk mempelajarinya.

apabila aku menulis blog,niat utama aku adalah bercerita,mengumpul sebanyak banyaknya cerita tentang diri aku.aku tak mainlah setakat copy paste ni.menulis barulah pasa sanda namanya.kalau takat copy paste,opah aku yang kat kampung tu pun pandai buat jugak

bila aku cakap ini blog aku,aku bebas menyuarakan apa sahaja,itu egois namanya,aku tidak bebas menyuarakan apa sahaja,kalau benar dah lama aku cakap pasal politik mahupun isu sensitif,tapi kamu tahu bukan,kita ini tinggal di Malaysia,silap sikit berakhir di ISA,aku tidak mahu itu berlaku.kerjaya seni aku sedang bermula,aku tidak mahu menghabiskan sisa hidup aku membuat bilangan gandar menghitung hari untuk dilepas keluar.

tapi kalau bab agama,aku tulis apa yang aku belajar,aku tidak memaksa kamu mendengarnya,aku cuma menyampaikannya sebagai tanggungjawab antara sesama Muslim,kalau kamu terasa dan nak menangis air mata darah,mampus kamulah,aku tak peduli ya.

Aku cuma benci + geram + sakit hati = nak kasi penampo jepun saja di muka kamu kalau mula menggunakan frasa "ini bukan caranya untuk berdakwah",memanglah bodoh kamu ni,aku bukan Ustazah Siti Pasa Nurbahyah.Aku adalah aku.Aku ada cara aku.

Sekurang kurangnya aku bukan macam kamu yang sibuk dok update gambo makananlah,gambo jiran kamulah,jadahlah,gambo itik kamu yang tak menyumbang apa apa pun dalam perkembangan insani ..(eceh....),itu belum dikira gambo kamu bergambo dengan teman lelaki kamu yang berkepala dogol itu.

mengaku sajalah,kamu sendiri tidak mempunyai masa untuk mengikuti blog keagamaan tapi apabila ada seseorang yang menasihatkan kamu dan kamu tahu itu benar,kamu mula mencari titik kelemahan seorang pasa sanda yang suka menyumpah inikan?\

Aku tak kisah tapi kamu benarkah tak kisah,kalau tak kisah kenapa meroyan di blog kamu dan terus mengupdate unsur unsur dakwah sedangkan blog kamu sebelumnya di penuhi unsur jadah?What the Jadah?

belajar menerima teguran,walau diberi dengan cara ala pasa sanda sekalipun,ingat di dunia ini kamu tidak boleh berharap semua orang ssensitif serta memikirkan perasaan orang lain seperti kamu kerana akan ada 100000 pasa sanda lagi diluar sana.Dapatkah kamu tahan mulut mereka?tidak bukan?

berlatihlah dari sekarang,hidup dan hati kamu jangan menjadi seperti tisu tandas.


PasaSondol :aku penat menjadi orang lain.baik aku jadi diri seorang Pasa Sanda

I do.... I do

Aku telah selamat dilamar oleh abang emang manang secara web kem (saja dieja salah) pada beberapa hari yang lepas.

Namun sebagai seorang Pasa Sanda aku telah menegaskan aku ini perempuan separuh melayu jadi haruslah mengguna cara dan adat resam melayu selagi mana tidak ada unsur bidaah.Adat ,resam?apa jadah...ikut sunnah la..

Sepatutnya abang emang manang akan berada disini pada februari bagi meneruskan pengajiannya disini ,tindakan gila kerana terkena panahan asmara mata si Pasa sanda ini.Nasib baik aku seorang yang waras dan beragama.Waras sahaja tidak cukup,kerana kalau waras namun suka mempersoalkan hukum hakam yang telah termaktub,baik kamu jadi gila sahaja ya.

Beragama supaya dapat kamu bezakan antara nafsu dan kepatuhan pada Tuhan.Makanya aku menasihati beliau supaya menamatkan semester yang masih berbaki setahun itu dan jangan datang untuk bekerja sebagai pensyarah (macam redouane aja) di sini selagi mana dia tidak pasti siapa yang dapat menjaga ibunya yang telah tua.

Kamu perempuan yang bakal bergelar tunangan,isteri,menantu dan siapa sahajalah harus sentiasa ingat ini ya bahawa dihadapan suami kamu,tunang kamu itu adalah ibu.Mereka harus mengutamakan ibu mereka lebih dari mengutamakan kamu.jangan kamu pandai pandai memecah belahkan silaturahim dan membuatkan laki mahupun tunangan kamu itu lupa akan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak.

Manakala lelaki,jangan kamu jadi macam lembu kena cucuk hidung ya,dapat bini atau dapat tunang yang lawa atau pun kemaruk berasmaradana sampai terabai ibu kamu.Anak jadah apakah kamu ini?


dan penutup entri ini adalah :yes i do.
mungkinkah abang emang manang berfikir bahawa lamarannya satu kesilapan????

PasaSondol : kita hanya mampu merancang ,Allah yang menentukan ,janganlah kamu meraung macam orang mati laki apabila pertunangan putus di tengah jalan.

Persiapan Malam Pertama


malam ini aku masih tidak dapat melelapkan mata.Jadah sungguh,aku ternampak bayangan bini cik kama datang menyerang aku suatu ketika dulu (sila guna teknik imbas kembali ya)

agaknya sekarang dia sedang buat apa ya?berdengkur ?atau terbongkang tidur?isteri cik kama sudah mencecah usia 47 tahun pada 2009 nanti.ok lupakan dia kerana entri aku kali ini bukanlah berkisarkan dia.

Aku sedang memikirkan emang manang,tidak sabar aku menunggu detik malam pertama kami,harapnya tiada sesiapa yang tercedera pada malam itu.hahahah ,sambil menjeling ke arah pasha yang sedang menunggu ayat ayat yang bakal tertaip diblog aku.

Sebenarnya aku tidak tahu mengapa aku ingin menulis tajuk ini,kepada pasangan pengantin yang selamat melayari bahtera rumah tangga (pada mawi terutamanya),Apa perasaan kamu di malam pertama.

Aku pernah mendengar bermacam macam versi Malam pertama,tapi sekarang aku haruslah siap sedia merancang keadaan malam pertama aku.Penggabungan tiga budaya dalam pertama aku nanti adalah perlu,iatu Melayu,india dan Inggeris,barulah harmoni namanya.

dimalam itu nanti aku akan bergaya seanggun anggunnya.biar kecur air liyo suami aku melihatnya (buat masa sekarang abang emang manang,masa depan tak tahu ya).mungkin aku akan bermekap setebal tebalnya agar dapat menutup liang roma yang terbuka diwajah aku ekoran sering memicit jerawat.

kesantunan seorang wanita melayu haruslah dijaga,jangan terlalu nampak yang aku ingin menerkam abang emang manang seperti harimau lapar.kata abang emang,dia tak suka lagu Kenny G kerana si Kenny ni suka lelaki,jadah apalah kamu ni,sama spesis apa yang menariknya ha?

jadi perkiraan aku untuk memasang lagu sentimental Kenny G mungkin tidak akan kesampaian.Aku memilih untuk memasang lagu Ting Ting dendangan Noraniza Idris,selain mengurangkan suasana kekok pada waktu tersebut,aku juga dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada bakal laki aku yang buta kayu itu.

hiasan bilik pula aku memutuskan untuk mengadakannya seperti cara india dimana kelopak bunga mawar ditabur ke atas katil.kemudian sewaktu kami duduk di atas katil tersebut bolehlah kami melakukan adegan ..bukan adegan ranjang ya,otak kamu jangan kotor ya,adegan membaling kelopak mawar ke langit seperti mawi dan si ekeng tu.

sebenanrnya aku sendiri tidak mempunyai perancangan bagaimana aksi aksi tersebut harus dilakukan kerana otak aku tidak dapat membuat sebarang imiginasi liar.Orang baik seperti akulah,manakala orang jahat seperti kamu.Sibuk nak tahu apa kesudahan enrtri aku yang ini,makanya aku membuat keputusan membuat persiapan bagi kamar beradu aku sahaja dan bukan menyiapkan aku.

"aku akan ajar abang emang manang minum kopi jantan,power root,kopi tongkat ali atau mengambil hidangan telur separuh masak setiap pagi barulah KUAT macam sabun kuat harimau tu bukan"

dialog yang di italickan itu adalah dalam fikiran kamu semata mata,aku bukan seperti itu.Aku benci orang lelaki MELAYU yang konon perasan HEBAT,KUAT dan MANTAP apabila mengorder makanan dan minuman seperti senarai diatas .

Dah lah macam jadah lepas tu siap order kuat kuat.Babi kamu,ingat orang heran sangatkah sama kamu,setakat tinggi kamu yang 5 kaki 0 inci tu tak payahlah kamu nak berlagak dengan sesiapa tahu.yang aku tak paham,lelaki bujang jadah apa cari gambir sarawak?ini aku dengo sendiri ni,bukan cubaan .Kamu nak gosok gigi dengan gambir itu?

Oh tidak,Pasa juga telah mula meliar fikirannya.Baiklah entri ini diabiskan sebelum aku menulis perkara perkara sulit yang hanya patut ditulis oleh Dr.Ismail Thambi.


PasaSandaSays : Kapten,tinggi kamu berapa?tinggi Abang Emang Manang,enam kaki sahaja.la la la la
tersenyum bangga kerana abang emang manang merupakan seorang yang sangat tinggi....

Friday, December 26, 2008

warna Warni disekeliling Pasa

aku sungguh baik hati untuk mengirim beberapa cerita pada hari ini.Dan ini adalah aktiviti yang aku lakukan sepanjang minggu ini,dan aku pasti kamu peminat si Jelita Pasa ini sudah terlalu gersang untuk melihat aksi aksi Pasa dihadapan kamera bukan.

ini adalah merupakan pelajar aku yang berusia 8 dan juga 6 tahun.telah aku katakan kepada kamu semua bahawa walaupun di blog aku seorang yang suka membabi dan menjadahkan kamu semua namun aku sentiasa menjadi mangsa buli anak anak murid aku apabila kelas bermula.biasalah orang berjiwa pengasih dan penyayang macam akulah.Sila hantar anak anak kamu kalau mahu mereka fasih berbahasa Inggeris hingga terlupa untuk berbahasa Melayu ya.
komunikasi dua hala sangat penting.aku tidak pernah memperkecilkan luahan hati dan perasaan seorang anak kecil,disini kemahiran belajar untuk mendengar sangatlah diperlukan.Sekalipun cerita yang mereka ceritakan itu adalah tidak masuk akal ,kamu layanlah mereka.
contoh:

"teacher,semalam saya tengok cerita hantu,betul ke ada hantu teacher?"

"teacher ,kenapa teacher tak kahwin lagi?Uncle (cik Kama)yang selalu datang dulu mana?"

JAWAPAN TEACHER : jadah kamu punya soalan !!! (dalam hati semata mata)
satu perkara yang sangat aku sukakan tentang kanak kanak adalah ketulusan hati mereka,kanak kanak berusia bawah 7 tahun cenderung untuk berkata benar sentiasa.Bekerja bersama anak anak bagi aku lebih mudah dari bekerja dengan orang dewasa yang ternyata penuh dengan hipokrasi.Aku tidak pernah berasa sunyi kerana mereka sering mewarnakan hidup aku dengan senyuman.Bukan seperti kamu,udahlah tulis cerita macam haram jadah,lepastu nak suruh aku komen pula.babi sungguh.
dan tidak perlu berasa aneh jika aku mengajar sambil mengenakan telekung sembahyang ya,kamu patut berasa aneh jika sudahlah kamu itu orang Islam ,bukankah kewajipan orang Islam itu menutup aurat tapi kamu syok aja berjalan ke sana kemari tayang rambut (itu boleh diterima akal aku yang menganggap mungkin kamu menghadapi masalah untuk memahami arahan ) tapi pusat kamu yang bujil itu mahu kamu tontonkan pada siapa?
ini pula adalah adik Sasa iatu Wan yang telah selamat pulang ke kampungnya semalam,lain kali wan ,kamu kalau nak menyanyi ,pastikanlah suara kamu tu sedap ya,kalau suara kamu tu lebih teruk dari Nubhan,tak payahla,naik pecah telinga aku mendengar lagu nyanyian kamu itu.

Wan seperti lagu kegemaran kamu iatu Cukuplah Sekali dendangan abang Jay Jay,silalah kamu berhenti menyanyi juga,cukuplah sekali kamu bikin Alan mendapat mimpi ngeri.
dan ini wajah manis Pasa yang terbaru,biasa kamu menyaksikan aku didalam tudung hitam sentiasa,,hari ini aku mencemar duli menjadikan warna coklat sebagai warna pertama untuk aku gunakan selepas menggunakan hitam selama lebih kurang 8 bulan.

dan terpaksa berhenti seketika ,bagi menunaikan solat Isyak.

Kawan baik Saya Secara batin

ada bermacam macam cara pertemuan yang Allah aturkan untuk kamu mahupun aku yang jelita ini dalam memiliki sahabat,ada yang boleh berkawan baik gara gara adegan tolak menolak di dalam kolam,ada yang setelah berkongsi laki dan bermacam cara lagilah ,bukan?

Aku rasa cara aku mengenali sahabat sahabat aku yang lain sama seperti kamu bezanya aku terhubung melalui dunia blog.ya ,entri ini khas untuk menjaga hati perasaan bekas penternak babi di Hutan Lipur, Pasha dan juga faryn,bekas pekerja bank yang meletak jawatan gara gara makcik CNN.

kamu hanya mengenali aku di blog dan aku masih belum berkesempatan untuk bersua muka secara lahiriah dengan kamu namun pertemuan kita secara batin (oh ini seolah ayah pin) setiap malam di Ym menjadikan kita bagai haram dan jadah..(yang haram jadah tu kamu berdua,aku jelita ok).

mana mungkin aku lupakan kamu yang sering memberikan aku link link blogger yang perasan popular serta ejaan yang berbaur mak nyah.kamu sahabat maya terbaik pernah aku ada.aku harap kita akan terus bersahabat sehinggalah aku kahwin dan anak anak kita dapatlah saling dijodohkan antara satu sama lain.Barulah Pasa sanda namanya.

*kesudahan entri macam celaka,harap maaf.*


p/s :aneh bukan bagaimana kisah hidup kamu ,kamu dan kamu yang macam haram jadah itu dapat menghubungkan kita...

10 tahun ini

aku ingin menjawab topik kawan aku iatu si Lita ataupun namanya Pasha Sendal.Maka khas buat kamu Pasha yang sangat berbakat dalam membuat aku ketawa dan aku tekankan bukan semua orang dapat membuatkan aku ketawa bahkan Sasa sekalipun.Nabil Raja Lawak hanya buat aku senyum sumbing kerana lawak yang tak lawak.

Dan disini juga aku memohon maaf jika aku tidak dapat melayangkan komen barang sekeping dua kepada entri entri kamu kamu dan kamu semua kerana aku sedang sibuk buat masa sekarang.lagipun kamu pun paham,bukan aku nak komen sangat kadang kadang,saja nak mengambil hati kamu yang kering tu.

Cerita macam jadah pun aku pura pura la ambik kisah.Maklumlah aku kan artis mestilah pandai berlakon,depan kamu senyum belakang kamu hak tuih.

berbalik kepada topik pasha ini,aku ingin membuat imbasan kehidupan aku sejak sepuluh tahun yang lepas.Tapi maaf pasha,tak dak graf la jadah.Mana kamu cari tu,aku ni kan ke tak Era Pajira lagi dalam hal komputer.

ini adalah imbasan aku secara panjang lebar,kalau aku tulis pendek kata Pasha tak sempat dia selesai dengan aktiviti korek idung,aku dah habis tulis.Sekarang sila buang cagu yang ada kaki kamu ya Pasha.

  • 1998
aku mengalami tekanan perasaan yang agak hebat kerana mengikuti ibu dan arwah bapa tiri aku berpindah ke Terengganu dan memulakan pembelajaran disana.terus terang aku ceritakan,aku memang sukakan Kuantan.Pada waktu beginilah aku rindu akan saat saat aku berjalan kaki setiap hari melepasi Pub Strawberry.Mahupun saat saat dimana aku sedang meluap luap dengan perasaan ingin tahu,menoreh sebatang pokok yang mana setiap kali aku toreh akan mengalirlah bendalir merah dari pokok tersebut.Kesimpulan,habis pokok di sepanjang jalan Dato Wong Ah Jang aku toreh untuk membuat kesimpulan yang sama.
Di sini jugalah aku digelakkan ekoran masih bermain pasir dan masak masak sedangkan aku sudah berusia 12 tahun dan memiliki fizikal seperti perempuan 16 tahun.

  • 1999
Masa masa kritikal dimana aku sedang mencari identiti yang tersendiri.Aku juga terpengaruh dengan ajakan member iatu ,orang yang paling cool adalah orang yang dapat melipat tudungnya sebulat yang mungkin.Haram Jadah sungguh.Disinilah aku membesar sebagai seorang remaja perempuan yang ranum. (ranum perkataan ganti sopan untuk beso gedabak)

  • 2000
aku mendapat period pertama sewaktu usia aku 14 tahun,agak lewat dari mereka mereka yang lain.Aku masih ingat dimana hari tersebut aku mungkin boleh menjadi pengayuh basikal terlaju di dunia apabila aku ketakutan lalu bersegera pulang kerumah ekoran kejadian mendapat period pertama.Sesampainya dirumah ,aku menangis kerana menyangkakan aku akan mati kerana tiba tiba #&*$&@ mengeluarkan darah.ho ho ho ho (gelak sempena hari Krismas)

  • 2001
tahun aku aku mula aktif dalam kegiatan sayembara puisi dan lagu serta mula mendapat bayaran bagi setiap persembahan yang aku jayakan.Dan tahun ini juga dimana aku setiap bulan akan menyapu bersih hadiah bagi program nilam dan juga bagi pertandingan puisi.Tiada siapa yang dapat celen aku masa tu,kalau ada pun dalam mimpi.Akukan Pasa Sanda.Darah seni tu dah jadi mainan dalam badan aku ni

  • 2002
aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Sekolah Teknik bagi jurusan kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,pada masa begini aku mula mencanang ke satu kampung seolah olah aku bakal menyambung pengajian bagi Master di California.Dan pada tahun ini juga tiada lagi cita cita seperti seorang guru mahupun wartawan sebaliknya aku mula menjadikan Jurutera sebagai cita cita utama aku walaupun aku telah 20 kali gagal Lukisan Kejuruteraan,100 kali gagal berganda dalam Matematik Tambahan dan Jangan Bermimpi nak lulus dalam matematik.

Dan aku mula membuat kesilapan kerana menyangkakan ayah aku seorang jurutera kerana uniform yang dikenakannya tertera ".....Engineering.....".Sebenarnya ayah aku merupakan seorang pembantu Jurutera Utama.Babi sungguh,macam mana aku boleh tersilap ni.

  • 2003
Aku mula menghadapi masalah pergaulan apabila Sasa tidak lagi meneruskan pengajian di sekolah yang sama dengan aku ekoran selalu diserang histeria sewaktu sekolah..hahahah..benar,ini memang kelakar tapi alhamdulillah sekarang tiada lagi istilah ria ria dalam kamus hidupnya.

Aku keluar dari asrama dan meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar di luar asrama dan mengenakan uniform sekolah yang sungguh celaka iatu baju berwarna hijau,kain berwarna biru dan tudung putih.Tahun ini juga aku dipecat sebagai pengawas sekolah.

  • 2004
ini merupakan klimaks bagi kehidupan aku apabila aku melarikan diri dari rumah.ya,aku pernah lari dari rumah kerana masalah keluarga,kononnyalah.tetapi tidak sampai empat belas hari aku pulang semula ke rumah kerana mendapat tawaran menyambung pelajaran bagi Tingkatan Enam dalam jurusan Ekonomi (kalau tidak silap).Bab Ekonomi memang celaka namun paling penting aku terer bab sejarah.

Bila tiba soal pembentangan,akulah hero ya dan kamu semua tidak akan berpeluang menanyakan aku soalan kerana akulah yang bakal menanyakan kamu soalan.Ciri ciri seorang guru telah terlihat disini.

  • 2005
ulasan ini hanya untuk enam bulan terakhir sahaja iatu aku mula mengenali Arshad yang kini sedang menghabiskan sisa hidupnya di penjara.Putus hubungan dengannya kerana aku mula mendapati aku tidak sukakan melayu,kenapa ya?oh baik berterus terang sahaja,aku jatuh cinta sama Partiban yang mukanya seperti Reshmonu dan saat begini aku tahu bahawa citarasa aku adalah katogeri WORLD,apa sahaja asal bukan Melayu.Tetapi bukan seperti kamu Pasha ya yang terkena dengan abang Sanjay Lela Bangsat Li.Agak sukar mendapat bangsa lain selain dari bangsa Melayu di negeri Terengganu Taman Iman pada waktu itu

Arshad selamat mendirikan rumah tangga dengan mak saudara tiri aku yang bergelar janda serta memiliki dua anak teruna.Aku agak ingin tergelak pada waktu ini.Dan aku juga selamat menetap dirumah Aunty Sharifah buat pertama kalinya.

Semasa berada di Kuantan kerana menjalani praktikal bagi jurusan yang aku ambil iatu Perkembangan Awal Kanak Kanak ,aku mengenali ramai lelaki India dan entah kenapa aku seolah olah menjadi jelmaan Fasha Sandha pada waktu ini.Ke sana kemari kononnya banggalah jika mempunyai senarai nombor telefon 1000 lelaki .itu tidak termasuk lagi telefon aku yang tak pernah berhenti berdering.

Pada bulan Oktober,aku mula mengenali Cik kama dan serius berhubungan dengan laki orang pada tanggal pada bulan November.Aku berhenti belajar buat seketika dan tidaklagi menetap bersama aunty Sharifah tetapi berpindah kerumah Papa.Dan aku tidak lupa pandangan mata Papa apabila tertanya tanya bagaimana aku boleh menghabiskan masa aku sehingga jam 12 malam setiap hari di kopitiam,melepak bersama cik kama.diulangi SETIAP HARI,selepas pulang dari kerja.

bagaimana aku mempunyai wang yang banyak apabila setiap petang akan ada drebar teksi yang menjemput aku pulang dari tempat kerja,ke kopitiam,pulang dari kopitiam,shopping dan makan di hotel hotel terkemuka.gaya sombong ala qistina dalam cerita Spa Q -lokasi hotel : Grand Continental Kuantan,terima kasih kepada mekap Lancome dan lipstik dari jenama Anna Sui

  • 2006
aku keluar dari rumah papa apabila aku terkantoi berhubungan dengan laki orang,masih aku ingat lagi,waktu itu papa sungguh marah,mengamuk dan mengugut untuk menampar aku,boleh aku jawab "tamparlah".tapi papa tidak menampar,terus papa berwuduk dan solat Isyak.Aku keluar dari rumah dengan teksi menanti di hadapan pintu dan tidak lagi menghubungi papa.

  • 2007
memiliki pembantu rumah Indonesia dan kerja aku seharian adalah makan mengajar dan tidur.aku menjalani hidup yang dimana istilah seperti " wang berkoyang koyan tapi hati kosong".
aku rasa itulah penyakit yang ada di kalangan orang kaya pada masa kini,aku pun pernah terkena,jika kamu mula merasa seperti ini ketahuilah ,hati kamu perlu diisi dengan iman.

atau disaat kenapa kamu masih merasa tidak gembira walau kamu berjaya memiliki purse murah jenama Guess.tidak syak lagi kamu harus kembali ke jalan Allah.

  • 2008
penjelasan ini hanya dihuraikan secara ringkas sahaja,aku memiliki talian internet di awal tahun,dihadiahkan laptop dan mula berblog dan mengenal istilah YM,blog,BRB (hahaha),Friendster,myspace (yang telah ditutup bukak sebanyak tiga kali).Berdating online serta memiliki sahabat sahabat sejati menerusi internet,juga abang emang secara maya yang genap setahun aku kenali Januari depan.

mengalami konflik dalam perhubungan dengan cik kama dan mengambil keputusan drastik memutuskan hubungan sekitar Mei 2008.Aku mula jatuh terjelepuk,kesusahan datang bertalu talu namun satu yang utama,aku bukan lagi seperti dulu.Aku tetap mampu tersenyum walau wang cuma bersisa Rm 10.00.

mengenali Redouane dan berangkat ke Mekah pada bulan Ogos dan sebaik pulang dari Mekah ,redouane aku tinggalkan.tiada lagi bayangan ke Perancis.Aku kira Allah menjawab doa aku di hadapan Kaabah iatu "jika Redouane jodoh yang baik dan sesuai untuk aku,maka jadikanlah dia untuk aku".

Kembali kepada emang manang secara tiba tiba walau aku tidak lagi memiliki akaun myspace.Perasaan bersalah meninggalkan beliau tanpa ucapan selamat tinggal.

hari ini :sedang membabikan Pasha kerana menyedarkan betapa aku semakin tua dan masa sedang meninggalkan aku



p/s : buat Faryn,selamat berperiod dihujung minggu

ada apa dengan bola?

thiery henry,ronaldinho,ronaldo,kaka,fabio cannaravo,andriy shevchenko,john terry,steven gerrard


ah ,aku malas menyenaraikan David Beckham,itu terlalu ruji.aku telah siap sedia menghafal nama pemain bola sepak yang sekadar menghayun kaki sambil berlari dipadang bagi mengejar bola.sebagai persediaan kalau kalau abang emang manang mempersoalkan tahap pengetahuan aku berkenaan bola sepak,aku risau jika aku ditinggalkan kerana kebangangangan aku dalam sukan babi ini.

Maka memandangkan abang emang manang langung tidak bertanya ,aku mengambil keputusan untuk bertanya,bolehlah aku menguji pengetahuan aku yang sekangkang kera ini ,bukan?

"i hate football,really...." kata Abang emang manang sambil menggelengkan kepala.

aku tahu dia ingin mengatakan what the jadah akan game bola ini tapi kami mengambil langkah mematikan topik ini disitu,mungkin kerana kami risau jika kebengongan kami akan saling terserlah.

entah kenapa aku tidak berasa gembira ,mungkinkah kerana aku telah menghabiskan satu malam mengoogle jadah bola ni.Tapi jauh disudut hati aku tahu aku tidak akan ditinggalkan dengan alasan ini.sekurang kurangnya.


pasaSondol : kami serupa cuma selalu berperang tentang bab agama.sekian,harap kamu tak muntah darah membaca coretan aku dan abang manang ya

Thursday, December 25, 2008

Pengorbanan Cinta California -Kuantan

emang manang dengan muka tak berdosa selepas marahkan aku yang cantik manis ini


hari ini buat pertama kali abang emang manang memarahi aku.
Aku sedih...
walau dalam hati aku tak kisah pom..
kenapa kamu marah aku emang manang,bukan salah aku,manalah aku tahu perkara itu mahu berlaku.Aku tak suka kamu tengking tengking aku cakap aku marah kamu.

Aku tak marah kamu emang manang.mana mungkin aku marah orang yang selalu mendengar cerita aku yang tak pernah habis ni.Cuma aku terkilan,aku baru nak mula sukakan kamu,sekarang kamu membuat aku fikir dua kali sama ada aku patut menerima lamaran pahrin ahmad atau parid kamel.

aku sanggup tidur jam dua pagi asal kamu habiskan cerita kamu walau sebenarnya kebanyakkan cerita kamu membuat aku mengantuk.aku tetap senyum walau kamu marah.aku selalu sabarkan kamu walau hakikat di blog ini,aku lah ratu menjadahkan orang.

kamu mau apa lagi emang manang?kamu mau aku kuruskan badan aku kah?atau pun suntik dada aku jadi sebesar pamela endesong?

kamu cakap kamu dah lama suka aku,jadah kenapa tak sampai sebulan declare kamu marah aku yang jelita ni.kamu patutnya bersyukur,diantara ramai jejaka di malaysia,aku memilih kamu yang duduknya terpisah dari aku tujuh lautan.

aku ini orangnya yang tetap dengan keputusan,jangan kamu mencabar seorang Pasa sanda ini emang.kamu masih belum mengenali keseluruhan aku.Aku selalu mematahkan hati seorang lelaki.


pasasandasays: sekarang pasa telah selesai bergaduh dengan emang,itupun setelah dijanjikan sepasang kasut Bata buatan Amerika.

Ini Hidup Aku dan Jalan Aku ,maka Hormati itu

tadi,aku menerima lawatan dari salah seorang cikgu tempat lama aku mengajar dahulu,masih ingat kisah aku menghantar surat layang kepada pemilik tadika yang mana dalam surat tersebut aku meminta beliau memakai rexona kerana dia mempunyai masalah bau badan ya ampunnnnnnn..

sewaktu dia menelefon,dia menyampaikan rasa simpati akan nasib aku.pada waktu ini aku tertanya tanya mengapa mereka semua ,maksud aku orang orang disekeliling aku sering menuturkan bahawa mereka berasa simpati nasib aku yang ditinggalkan cik kama.hello! aku meninggalkan dia ya.

sewaktu sampai dia menyerahkan aku bungkusan berisi makanan dan kata orang ,Rezeki itu dari Allah,kalau tak ambil sombong namanya.Maka aku berkata pada Cikgu Dila,ini semua berkat Dhuha.Selepas berterima kasih lebih kurang berkali kali ,banyak yang kami ceritakan.

Cikgu Dila mengambil peluang menanyakan aku soalan cepu emas apakah benar kata orang sekeliling kerana pembantu rumah aku berskandal dengan beliau.Aku memilih untuk tidak menjawabnya.

Dulu aku pernah menulis ini dan sekarang aku akan menulis benda yang sama,aku tidak tahu apa sebenarnya berlaku diantara cik kama dan pembantu rumah aku dan aku sedaya upaya dan seboleh aku untuk tidak bersangka buruk terhadap pembantu rumah aku.

Mana tahu jika aku mengutuk dan bercerita pasal si bibik ni,ianya bercanggahan dari apa yang berlaku maka tidak semena mena aku mendapat dosa kerana membuat fitnah.

yang menjadi persoalan sekarang ,aku tidak pernah tahu bahawa begitu ramai orang di taman perumahan tempat aku tinggal ini begitu beria ria ingin mencampuri urusan hidup aku.Jika aku melakukan kesilapan,hal ini tidak mengapa kerana sekurang kurangnya aku boleh diperbetulkan walau mengikut hukum ego yang aku miliki,aku jadahkan aja semua itu.

tapi kamu,apabila menelefon aku semata mata untuk bertanya benarkah khabar angin yang berlaku ,itu adalah babi.Baik kamu jadi babi.Kenapa kamu sibuk?

Sekarang aku mengerti perasaan menjadi insan popular,nasib baiklah populariti aku masih terkawal kerana kebijaksanaan aku menjadahkan kamu kamu dan kamu semua.tidak dapat aku bayangkan kalau aku merupakan Jeniffer Anniston yang saban waktu terpaksa menahan merah mata setiap kali membaca perihal bekas lakinya yang menghasilkan anak saban tahun.

aku tidak mahu menggunakan ayat klise seperti "saya menjadi mangsa keadaan".itu jadah,aku tidak menjadi mangsa sesiapa,bagi aku apabila sesuatu itu memang tidak lagi bermakna dan pasti maka kita perlu membuat suatu keputusan yang tepat.

Apa jadah meneruskan hubungan yang kamu sendiri tidak pasti sama ada kamu akan beroleh bahagia diakhirnya .hidup ini suatu risiko dan aku tidak mahu merisikokan hidup aku.Pada jiran aku yang membaca blog aku (aku tahu) silalah kamu jaga anak perempuan kamu yang ramai itu ya.

kenapa?
aku tidak mendoakan keburukan tetapi memberi peringatan.kadang kadang kita sibuk menghakimi orang dan kita terlupa kita juga memiliki anak anak mahupun kakak atau saudara perempuan.Jika sesuatu yang sama berlaku pada kita bagaimana?Apa rasanya.

fikirkan menggunakan otak kanan dan kiri ,jangan fikir guna kaki.

pasaSondol :orang yang tidak pernah menjadi gemuk tidak akan tahu perasaan orang yang gemuk begitulah sebaliknya,bila dah tergemuk baru sibuk nak cari Slim World,itupun kalau mampu dan orang yang melabel aku dengan perempuan perampas sila fikir dua kali,kerana aku risau nanti mungkin laki dan teman lelaki kamu menjadi hasil rampasan aku.INGAT,aku berpengalaman dalam hal ini .Panahan Mata Cik The Spiral Eyes boleh menerbangkan lelaki di Perancis ke Malaysia.

Wednesday, December 24, 2008

Pesan Buat Mawi

mawi,aku harap kamu jangan lupa menyiarkan siaran langsung malam pertama kamu ya,sementelah kamu dah siarkan langsungkan semua kan.Aku menanti dihadapan tv semenjak 3 hari yang lepas.


PasaSandaSays : ........bila nak kawin ni.....soalan klise ditanya Joyah di kampung aku..Joyah,kamu tu dah menjanda 8 kali,patut aku tanya kamu bila kamu mahu menjanda kali seterusnya.

Apa maknanya ini?

5. Kebenaran Berkahwin Dengan Warga Asing

5.1 Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Malaysia.

i) Bagi perkahwinan warganegara asing dengan warganegara Malaysia, Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

- Salinan pasport yang sah.

- Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon.

- Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.

ii) Sekiranya warganegara asing adalah seorang wanita, Pendaftar hendaklah memastikan kehadiran walinya atau mendapat surat pengesahan wakalah wali dari pihak berkuasa agama negara pemohon.


5.2. Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Luar Negeri.

Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat kebenaran berkahwin bagi mana-mana permohonan perkahwinan yang akan dilangsungkan di luar negeri sama ada dengan warganegara asing atau sesama warganegara Malaysia





PasaSandaSays :aku sedang mencari mana mana tempat di kuantan yang mengadakan kursus perkahwinan,pelikkah jika aku masih belum mahu berkahwin tetapi menghadiri kursus perkahwinan?mungkin tak sepelik kamu yang melakukan seks sebelum kahwin bukan?

bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

permulaan pagi yang agak menyedihkan untuk abang emang manang namun aku tidak dapat menulisnya dengan lebih lanjut.aku merasakan bahawa kemungkinan untuk abang eman manang memiliki blog pada masa ini adalah sukar sementelah dia harus membahagikan masanya sebagai seorang pelajar dan pekerja sepenuh masa di kedai cina (sengaja aku tulis kedai,nanti kalau aku tulis restoran dia tahu aku cakap pasal dia) Faryn,aku harap kamu tak kecewa

semesternya masih berbaki setahun lagi dan sekarang keadaan di negara obama (aku tidak akan menulis negara tersebut,nanti dia tahu)...hhahahaa
ok sambung,keadaan di negara obama sekarang agak rumit,ramai rakyat kehilangan pekerjaan dan salah seorangnya abang emang manang aku.

tak kisahlah kamu nak cakap aku gila atau suka berangan angan nak jumpa dia tapi kamu kena percaya pada ketentuan Allah,sedangkan Nabi Adam yang terpisah ke timur dan barat pun boleh bersatu kembali apatah lagi kamu,kamu dan aku ini,tiada yang mustahil disisi Allah.

Sekurang kurangnya aku tidak seperti kamu yang takut pada bayang bayang sendiri serta malu akan kekurangan diri.Harus aku tegaskan,menjadi gemuk bukan halangan untuk kamu berasa bahagia walaupun tanpa teman lelaki disisi,harap aku dapat dijadikan Duta orang Gemuk Sedunia selepas ini.Bolehlah aku dikenali dengan lebih meluas ,apa barang takat digoogle oleh blogger Malaysia,kurang kurang aku mahu digoogle sampai afrika utara.

berbalik kepada cerita emang manang yang kecewa,aku nasihatkan kepada kamu kamu dan kamu semua yang sangat kecewa atas sesuatu ketentuan yang terjadi kepada kamu.janganlah kamu bergundah gulana atau terlalu bersedih hati.

Setiap apa yang berjalan diatas muka bumi ini ada fungsinya dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tetapi bukanlah terus kamu diperlihatkan akan kehikmahan tersebut,mungkin selepas sepuluh tahun,mungkin lebih dan mungkin kurang bergantung kepada tahap kebutaan hati kamu.

aku tahu dan aku mengerti nasihat seperti bersabarlah kedengaran agak klise namun aku rasa itulah nasihat yang terbaik ,lebih baik dari mengiyakan permasalah kamu (tak kira apa sahaja masalah) dan kemudian membuat spekulasi kamu sendiri,itu sudah berburuk sangka namanya..+ + + lagi dosa kamu yang sedia ada menimbun itu.nasib baik Allah maha.pengampun.bak kata sekerat dari hadis qudsi yang aku belajar : Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia”

kesimpulan dari cerita aku tadi,aku telah berjaya membuat kamu membaca dan berfikir,itupun kalau kamu mahu membuka jaringan darah beku di otak kamu (otak beku agak kasar) dan kamu telah menambah beberapa pengtahuan dalam bab agama.

dalam bercerita kisah hidup kamu ,selitkanlah panduan berguna untuk mereka diluar sana,jika kamu tidak dapat menjadi manusia yang berguna untuk orang lain sekurang kurangnya kamu menjadi orang yang berguna untuk diri kamu.

PasaSondol:tiada kebetulan dalam hidup ini,semuanya adalah suratan,sila tuko tajuk lagu suratan atau kebetulan itu ya.Cuba teka tajuk entri aku kali ini adalah petikan ayat al quran dari surah mana?sesekali google untuk agama salahnya

Tuesday, December 23, 2008

buat Kamu fauzi - - - > Aku tak Kisah Kalau Aku Gemuk,tapi Kamu Patut Kisah Kalau Kamu dituduh Gay



untuk kamu cik fauzi.

in Pasa Sanda disini.Aku tak kisah apa yang kamu tulis tapi janganlah menghina orang gemuk ya setan.Aku ni Duta bagi persatuan orang gemuk sedunia.kenapa kalau gemuk hinakah?Aku rasa penerimaan orang terhadap orang gemuk masih boleh diterima berlainan jika kamu mula dianggap sebagai gay.

Aku tidak boleh menyumpah kamu dalam bahasa Inggeris kerana akan ada seseorang yang membacanya namun aku percaya orang seperti kamu yang hanya boleh didapati jauh di pendalaman memandangkan kamu berfikiran seperti pelajar tahun satu yang gagal ujian penilaian kendiri.

siapa cakap skinny itu merupakan satu titik kesempurnaan,babi kamu.kalau kurus perangai macam haram jadah eloklah sangat?macam kamu tu satu satunya anjing jantan yang berjantina betina.Kamu yang mengakukan? bukan aku ingin menganjingkan kamu.

aku tidak kisah menjadi gemuk tetapi aku benci orang seperti kamu yang memiliki pandangan yang salah terhadap mereka yang badannya bersaiz aku.kalau kita pendek tidak mengapa kerana itu anugerah tapi jangan jadikan pemikiran kita pendek seperti mana ketinggian kamu itu.

Aku tidak sanggup menjadi hamba kepada untuk kesenangan mata orang lain.aku bangga menjadi aku namun kamu jangan sekali kali bangga jika kamu gay okay?that's very moron of you.

pasaSandaSays ;Beauty comes in all sizes — not just size 5 and I'm tired of all this nonsense about beauty being only skin-deep. That's deep enough. What do you want—an adorable pancreas?

hari pertama pasa ke pawagam

merujuk ke entri aku yang sebelum ini dan tidaklah aku pasti dan kisah untuk menyemak berapa banyak entri yang aku ada,beberapa kesilapan telah berlaku sewaktu aku menulis entri tersebut.

Ia mengatakan bahawa aku tidak akan pernah mengunjungi panggung wayang kerana aku tidak pernah sukakannya.Hari ini,hasutan sasa berjaya membuatkan aku menjejakkan kaki ke bilik gelap tersebut dan telah membuatkan aku menangguhkan solat Asar ke jam 6.30 petang,sesuatu yang tidak patut kamu lakukan kepada muslim yang percaya pada api neraka dan syurga.

Keadaan disekitar bilik tersebut agak gelap dan ini secara tidak langsung membantu aku untuk mendapatkan tidur yang nyenyak memandangkan beberapa hari sebelum ini ,jadual tidur aku adalah berasaskan titik waktu California.

Jadi sewaktu menuju ke bilik itu aku hampir hampir berputus asa apabila mengenangkan beberapa perkara iatu

  • keadaan bilik yang gelap memungkinkan aku meraba dan diraba
  • kerusinya mungkin terlalu kecil untuk menampung punggung lebar aku
  • aku mungkin tersungkur kerana terlalu gelap
dan ingat lagi sewaktu aku mengatakan filem cicak man itu bodo,pengarahnya itu bodo,pelakonnya itu bodo dan orang yang menontonnya itu bodo,agaknya kali ini aku bernasib baik kerana pilihan filem yang ingin ditonton sasa adalah cicak man.Babi!!! Nasib baik aku tertidur sepanjang filem itu berlangsung.Namun tidak adil buat Yusry (sila kontek pasa ya yusry...Pasa ni solo lagi bagi negara Malaysia) jika aku melabelkan semuanya bodo.

usaha kamu wajar diberi kredit,setidak tidaknya lebih baik dari Prof yang nama aja prof tapi hasil filem tidak pernah mengandungi anjakan paradigma,filem kosong,berisi mesej yang sia sia.Dan berputar pada sesuatu yang ruji.

Lagu tema kamu sungguh menarik dan entah mengapa aku terbayang wajah emang manang apabila mendengar dendangan lagu dari kamu itu.

heroin filem ini iatu idola Pasa sanda,patut dimatikan saja wataknya lain kali kerana tiada perkembangan meyakinkan selain suaranya mengingatkan aku pada watak suara latar sizuka.Tolong yusri,kalau setakat nak buat wajah terkejut tak menjadi itu,Pasa sanda ni bila bila masa aja boleh buat ya,mungkin lebih baik dari si Fasha sandha.

harapnya abang yusri tak pengsan dan terkejut tengok wajah kaku tak beremosi dari Pasa ini



ya,aku jelita,aku tahu,kamu tak perlu kasi tahu,aku kan Pasa Sanda.

kesimpulan yang dapat aku buat dari menonton wayang buat kali pertama dalam tempoh dua puluh dua tahun ini adalah :tempat duduk yang selesa memungkinkan aku untuk berkunjung lagi tetapi hanya untuk menikmati tidur nyenyak.



PasaSandaSays:Babi ,macam mana aku nak set profile aku ni jadi private ni..takkan nak kena add seko seko.matilah aku.

Ini adalah Perkara Peribadi

tak lama lagi blog aku akan ditukar kepada private setting,maka kamu yang diam diam membaca blog aku sila menangis air mata darah ya kerana kamu tidak akan dapat melakukan itu lagi selepas ini.

aku rasa sampai masanya aku menggunakan kepentingan status aku sebagai seorang Pasa Sanda.

Dan tiada lagi parti buih sabun akan aku anjurkan di blog aku ini ya dan aku tidak lagi akan menjadi follower pada mana mana blog yang menfollow blog aku.

Beruntunglah follower aku yang lama kerana berpeluang menjadikan muka Pasa Sanda ini bertampalan di sekitar blog kamu walau sesetengahnya (bukan semua) harus kembali ke kelas Bahasa Malaysia untuk tahun Satu.

Sombongkah aku?ya aku juga ingin cuba menggunakan alasan blogger yang konon popular dengan memberikan alasan

"nanti kalau jadi follower orang ini,orang tu akan dengki pulak"

hahahaha,aku gelak sewaktu membaca statement diatas,bagitahu sajalah kamu merasakan diri kamu itu seorang yang popular ok?senang bukan dan tidak susah.Kamu bukanlah Paris Hilton yang menjadi tumpuan untuk di google orang,jadi tak perlu sombong.

dan salah seorang follower kamu yang hilang tempohari ,itu adalah aku ya kerana aku bosan dengan kisah hidup kamu.

pasaSound : hidup ini jangan terlalu sombong,bak kata firman Allah dalam surah Al -Isra(17:37)
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

Monday, December 22, 2008

Sepuluh Kebaikan Pasa Sanda

Ini adalah tag yang kononnya dari ezzati walau sebenarnya dia tidak langsung terpikirkan aku ,si Pasa Sanda bakal artis terkemuka ini sewaktu menyebarkan fahaman tag yang bertajuk "sepuluh keburukan saya".

Namun aku memaafkan kamu Ezzati.jangan lupa janji kamu untuk undi aku bagi anugerah Bintang Popular 2018 nanti.

Sepuluh Kebaikan Saya (sila baca dalam kata berlawanan)

1.Pengkritik dan paling sesuai digandingkan bersama PaulMoss,deja moss tidak termasuk ya.
-aku sangat suka mengkritik orang,tak kira sama ada kamu adalah followers aku,mahupun foolowers (yang mengikuti kisah aku dalam diam diam) atau "anonymous babi haram jadah"
(istilah ini perlulah dibaca secara senafas setengah saat) sekalipun.

aku suka mengkritik dan bukan mencela mahupun mencaci.ketidak sempurnaan kamu akan lebih terserlah jika kamu bertindak membela diri kamu.Sebenarnya kamu patut membela diri kamu tetapi ini akan memburukkan suasana dan hubungan antara aku dan kamu,maka sebaiknya kamu redha sahaja.

2.suka menyumpah
aku tahu tabiat ini teruk dan memang tidak patut diamalkan oleh seorang artis seperti aku,setidak tidaknya dihadapan wartawan.tapi depan kamu tak apalah,jadah aku peduli.

tapi ada syaratnya dalam menyumpah,alah samalah seperti kamu yang mengenakan syarat bila pakwe kamu meliar tangannya ke sana sini dan ke mari,sana tak boleh pegang,situ boleh.

aku tidak mencarut perihal dalam kain kamu dan harapnya kamu tidaklah mencarut perihal dalam kain aku.tak payahlah nak menunjuk kamu hebat bila mencarut ya kerana nampak seperti kamu ni kekurangan didikan agama ekoran selalu ponteng kelas PAFA masa kecil dulu.

3.Berwajah sombong tanpa senyuman
ini dah banyak kali ku dengar ya apabila mereka sering melabelkan aku dengan panggilan sombong.Aku tak sombongla kamu jadah!

tapi tak mengapa,kalau orang anggap sombong ,barulah fasha Sandha namanya.hahaha

4.lebih suka bersendirian
aku suka begini,aku suka teman lelaki aku jauh,tak perlu keluar dating,tak perlu bertengkar dan tak perlu menjalani seisi soal jawab ke mana aku keluar,tak perlu menghadapi risiko orang ingin meraba dan menggunakan ayat babi seperti "kalau sayang abang (abang jadah kamu) kasi lah abang cium sikit"

dirumah juga begitu ,aku cuma menerima kehadiran tetamu selama tiga hari ya.Maklumlah tuan rumah wajib melayan tetamu selama tiga hari sahaja,kalau nak duduk sampai dua minggu dan menyusahkan aku,tak payahlah kerana risiko kamu dimaki dalam blog aku adalah tinggi.

5.Susah marah
kamu tulisla gajah rimau sekalipun ya aku tetap susah marah,mungkin pemahaman kamu dan tonasi kamu sewaktu membaca cerita aku adalah berbeza,sebagai contoh,apabila aku menulis haram jadah,aku sedang ketawa sedangkan sewaktu kamu membaca kamu mungkin terguris hati terbelah jiwa,maklumlah kamu tu kan hati tisu tandas.

6.sangat berterus terang
aku tidak pandai berpura pura menyukai kamu apabila mana aku membenci kamu dan aku suka menegur kesilapan kamu ,mungkin kerjaya sebagai seorang guru ini menjadikan aku jenis suka menegur kesilapan orang tak kiralah mereka itu telah beristeri dan beranak pinak ya,datuk ka,datin ka,aku jadahkan selamba ya ya ,selamba fa fa saja.

7.pemalas tahap raksasa gogon
aku rasa raksasa lagi rajin dari aku,contoh ya,jika aku mahu membasuuh kain,aku akan meletakkan limit sambil bermonolog didalam hati dengan mengatakan ayat seperti ini

"jam 9.30 pagi aku akan basuh kain,Pasa harus semangat"

ok ...ku bohong sahaja bagi ayat Pasa harus semangat ya,ini semua gara gara Intan.

tapi sampai waktunya,aku akan menyedapkan hati aku sendiri dengan mengatakan,oh tak mengapa,nanti ada lagi waktu.Sehinggalah melepasi dua hari dan nasib baik perangai haram jadah ini tidak tertempias menjadi pemalas dalam solat macam kamu.

Makan mahu,solat tak mahu,cuba tak makan satu hari tengok.Makanan penerus hidup dan solat ini makanan jiwa.kerana itu solat yang baik dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.er...soal aku menyumpah itu sila abaikan sekarang..lalalalala

8.mata Keranjang
ah...aku malas berbicara hal ini.kamu fahamkan,kamu bukanlah bodoh walaupun rupa kamu agak bodoh piang.

aku akan selalu menjadi mata keranjang dan menduakan abang emang manag setiap kali melihat wajah Chris Brown,sayang kamu kafir Chris Brown.

tak pelah,aku ni bukan bini sesiapa pun,kamu kalau sudah bergelar tunangan dan terteruk sekali bini orang,tapi masih menjalani kegiatan pintu belakang seperti menduakan suami,itu memang babi.

9.kalau aku sudah benci orang,itu tidak akan bertukar menjadi sayang untuk selama lamanya
contoh :dugong dan Suza
dari aku sekolah rendah sehingga aku sekolah menengah aku tidak suka akan dua ekor ni,aku tidak pasti adakah ia kerana tindak balas kimia dalam badan aku yang membenci pembohong.

kadang kadang bukan aku tidak tahu kebencian itu menambah satu titik hitam dihati namun anehnya aku tak dapat hilangkan perasaan ini.kalau kamu ada cara berkongsilah dengan aku.

10.terlalu mudah percayakan orang yang berpaksikan nama ALLAH
aku lupa bukan semua manusia seperti aku ,cuba untuk memenuhkan janji.aku juga lupa semakin ramai yang munafik...ah...aku malas tulis ini,mengundang kenangan lama yang mengguriskan hati yang baru pulih ini..


PasaSondol : kamu tidak boleh cuba mencari kesempurnaan kerana kamu tidak sempurna,walau kamu seminimalis sekalipun .jangan lupa kesempurnaan adalah hak milik mutlak ALLAH

sebab musabab aku menyukai abang emang manang



abang emang manang pernah bertanya mengapa aku cinta (cintakah?) sama dia.Maka disini aku tuliskan sebab sebab nya,kalau aku bagi jawapan masa tu jugak tandanya aku tak ikhlas bukan,main hentam keromo aja.

harapnya dapatlah aku ke oliwood lepas ni melebarkan sayap seni aku ni,setakat jadi pelakon Malaysia ni apa jadahnya.harap kontroversi lebih tapi lakonan macam hansuang aja.Opah aku berlakon lagi baik la

aku rasa aku lebih suka menggunakan tajuk "sebab musabab kenapa aku menyukai kamu abang emang manang" dari kenapa aku menyintai kamu kerana bagi aku,cinta ni kalau bercinta sampai tertonggeng tapi tak kahwin yang malu nanti aku juga.

Aku tidak mahulah menjadi seperti Ina Naim dan menerbitkan buku bertajuk " luka di hati Pasa"di kemudian hari.


  • Your terrific sense of humor
kamu sangat kelakar apabila selalu buat lawak bodo,namun aku tetap suka akan kamu meskipun lawak yang kamu lakukan tidak dapat menandingi si Pasa Sanda ini.Aku suka bila kamu mengajuk cara percakapan aku yang berbahasa Melayu,cara kamu sebut jadah yang jadi Jadeh..kalaulah kamu tahu apa maksudnya....
  • I can tell you anything, and you won't be shocked.
kamu menerima aku seadanya walau apa yang aku cakapkan itu bakal menghancurkan hati kamu menjadi keping keping yang berderaian seribu.Aku bebas memperkatakan apa apa sahaja kecuali berkenaan hubungan ranjang (ini aku harus menanya Faryn sama Pasha,mereka pasangan lesbo)lalalala
  • Your undying faith is what keeps the flame out of love alive
kamu selalu meyakinkan aku.walaupun aku rasa macam mustahil,tapi sebenarnya tiada apa yang mustahil,redouane dulu jasa skypelah,lepas ni kamu yang tak ada teman lelaki,download skype,lepas tu letak skype mode ya,pertama kali guna mungkin kamu akan menerima panggilan dari lelaki yang gila seks..

lama lama kamu akan biasa.hahahahah
  • Thinking of you, fills me with a wonderful feeling.
setiap kali aku memikirkan kamu ,aku gembira..walau hati aku sedang berduka kerana risau dengan berat badan aku ni ha.macam mana aku nak pakai gaun pengantin rekaan Man Kajang (what the jadah ?) dengan perut aku ni,namun aku akan tiru gaya velvet yang lebih banyak meletakkan tangan di perutnya.

  • You are simply irresistible
kamu sangat menawan dan aku...ah memang tergoda setiap kali melihat mata kamu yang berwarna biru Laut China Selatan itu.
  • You always say what I need to hear (You are perfect).
kamu selalu tahu apa yang aku mahu dengar,kamu selalu cakap aku cantik walau baju yang aku pakai adalah baju kelawo yang berlubang di ketiak.sungguh sampai sekarang aku tak paham kenapa western people sangat berlainan dengan orang Melayu?
  • I love to hear your voice.
suara kamu membuatkan aku gembira.Gembira kerana aku berpeluang mengenali kamu.sudah satu tahun kita kenal dan hanya beberapa minggu ini kita mula bercakap secara web kem.Menyesal aku tak bercakap dengan kamu dari dulu..oh! dulu cik kama ada.
  • your love has helped me to rediscover myself.
kamu membuat aku sangat suka menjadi diri aku,seorang Pasa Sanda ini.aku pernah mengenali lelaki yang buat aku benci diri sendiri namu dengan kamu aku belajar menghargai diri aku.aku rasa setiap gadis dan wanita di dunia ini perlu sentiasa diingatkan betapa mereka itu sebenarnya cantik dan tersendiri.dan itulah caranya aku merasa diri aku cantik.
  • I love the way you keep your cool when I do something stupid.
sila abaikan wajah kelako yang aku buat tiap kali kamu membuat lawak tak menjadi.kamu masih sukakan aku walau aku selalu berdebat pasal agama dan kamu tak pernah menang.Kamu tetap cool bila aku suka hati opah aku aja letak telefon bila marah.kamu tidak pernah marah aku apabila aku cakap lagu kesukaan kamu macam lagu kegemaran nenek kebayan sahaja terutamanya lagu penyanyi yang kamu cakap khas untuk aku,maaf kerana lukakan hati kamu dengan cakap aku tak ada feel langsung bila dengar.hahaha
  • I love the way you patch up with me after a tumultuous fight
kamu selalu cakap kamu tetap sayangkan aku selepas bergaduh dengan aku.perkara berbeza yang pernah ada diantara kamu,cik kama atau redouane.
  • And, of-course, your intelligence, 'cause you were smart enough to fall in love with me
dan hanya orang bijak saja akan jatuh cinta dengan aku ya..orang bodoh memang susah aku nampak kelebihan aku ini melainkan menilai aku melalui kelebihan lemak yang ada sahaja.jadah kamu..

p/s ; kamu patut meletakkan senarai kenapa kamu suka teman lelaki kamu barulah aku nampak alasan dia kenapa,tidaklah aku menganggap kamu bercinta kerana dah terdesak sangat,tu pasal rembat sahaja sapa yang lalu.hansuang pun hansuang la janji ada pakwe..tak gitu ke prinsip kamu?

Surat Cinta Dari Abang Emang Manang

Silly one

I think you in the evening when I sleep and in the morning when I wake to pray.

I love your "YOUNESS"

Love,

Eiman


P/s :oh..tolong abaikan perkataan pertama itu ya,aku percaya abang emang manang tidak memaksudkannya.Mat saleh pun pandai menghargai aku,kenapa kamu lelaki melayu buta akan itu????



Sunday, December 21, 2008

orang baik tidak mengaku dia baik...Saya seorang yang baik

ini blog saya.nama saya Rabiah tapi semua orang panggil saya pasa sanda.saya suka menulis.saya pernah bercita cita menjadi penulis yang menulis mengenai realiti kehidupan seperti Yasmin Ahmad tetapi buat masa sekarang saya masih meneruskan kerjaya saya sebagai seorang guru agama Islam Bahasa Inggeris.

Saya kira peribadi saya berbeza dengan karakter saya di blog.Ini kerana diluar dunia maya saya merupakan seorang yang suka gelak,buat lawak,penyayang ,menarik dan cantik manakala di dalam blog saya seorang yang menawan,berkeyakinan tinggi serta tidak akan pernah membiarkan blogger murahan menjatuhkan saya.

Saya agak matang dalam beberapa hal dan agak kebudak budakkan dalam beberapa hal juga.Saya boleh menerima teguran tetapi ada syaratnya.Antaranya adalah jika ia teguran berkaitan peribadi saya yang suka menyumpah maka saya abaikan kerana saya telahpun tahu apa yang kamu bakal katakan.

namun saya berasa aneh apabila berdepan dengan adik adik saya yang seramai lima orang dan semuanya bertestis itu menjadikan saya agak kebudak budakkan contoh mengejar mereka dengan riang di dalam rumah sambil menjerit " kamu bodoh".Saya harap Alan tidak mengalami sebarang gegaran dirumahnya ekoran kejadian saya berlari.

manakala jika teguran kamu berkaitan bahasa jua tidak akan saya layan kerana saya merasakan kita semua adalah golongan yang tidak reti bahasa,ada satu tahap di dalam blog kita melampiaskan kemarahan,bagi saya isu solat kamu perlu lebih dititik beratkan berbanding isu bahasa saya


saya berterima kasih kerana kamu sering mengambil berat akan hal saya seperti mengutarakan persoalan peribadi saya yang berlawanan dengan etika saya sebagai seorang muslimah bertudung,saya juga cuba untuk berubah dengan mengurangkan kata kata berbaur sumpahan terhadap kamu dan saya harap kamu juga dalam masa yang sama cuba untuk melabuhkan tudung kamu yang menonjolkan buah di dada kamu itu.Saling berubah,bagus bukan.

Jika kamu ingin memperli saya mahupun mengutuk saya silalah lakukan terang terangan kerana saya bukan bacul punya orang.Setakat di blog kamu beranilah tulis,cuba jumpa berdepan tengok,jika saya kasi memberi hadiah luku di kepala kamu yang berpusar dua itu ya.

saya tidak kisah menjadi gemuk mahupun terlalu tinggi atau kelihatan terlalu tua untuk berusia 22 tahun,apalah yang ingin kamu hairankan dengan berbadan gemuk,kamu patut hairan apabila kamu berbadan kurus namun masih tidak memiliki teman lelaki.

Saya juga tidak peduli andai kamu katakan wajah saya tidak secantik kamu kerana sepanjang saya hidup dengan wajah yang tidak cantik inilah ramai jejaka jejaka yang lebih hangat dari wajah teman lelaki kamu itu terperangkap dengan panahan mata saya,jaga jaga,mungkin saya juga bakal merampas teman lelaki kamu kerana saya agak mahir dalam hal ini.

saya juga mengaku bahawa saya sangat berkeyakinan terhadap diri saya kerana itu saya tidak pernah menjadi mangsa buli semenjak dari saya bersekolah rendah hinggalah saya menamatkan alam persekolahan saya waima sehingga saya menjadi penulis blog,saya kira kamu berfikir lima enam kali sebelum menghantar komen berbaur makian untuk saya kerana itu kamu memilih untuk bergelar anonymous.

kesimpulan dari semua yang diatas ,saya seorang yang baik.


p/s :buat cikgu sekolah lama saya yang membaca blog ini ketahuilah saya menghargai kamu tetapi ini bukan zamannya dimana kamu boleh menyuruh saya berjalan berkaki ayam mengelilingi sekolah kerana tidak berpuas hati dengan kelancangan mulut saya.Saya mempunyai kehidupan sendiri sekarang dan hormati itu.

Mari meneka dalam kesamaran

walaupun aku mengutuk dan berdoa bahawa adik aku akan bersegera pulang bukanlah bermaksud aku ini seorang hati kering serta busuk hati macam kamu ya.

Biasalah,Pasa Sanda ini juga manusia biasa seperti kamu,maka setiap kali aku emosional haruslah kamu mengerti aku sedang diamuk ketensenan ekoran terlalu banyak berlakon dalam drama berepisod.

Untuk membuktikan bahawa aku sebenarnya masih kakak yang normal walau kelihatan seperti ada tokoh untuk menjadi kakak terkejam di dunia maka aku serahkan kamu ini (sila klik)yang mungkin kelihatan bodoh piang namun bermakna

ini merupakan detik detik terakhir sebelum adik aku pulang dan diakhir kalam adik aku ada menyebut sesuatu,dapatkah kamu teka apa yang disebut oleh adik aku itu?dan jika kamu berjaya meneka dengan tepat akan ada entri khas yang akan dibuat untuk kamu.

hadiah ini sangat mempunai..oh tersilap eja,mempunyai nilai komerSIAL yang tinggi ya,kerana bukan senang untuk seorang Pasa Sanda menulis serta mempopularkan orang lain selain dirinya.

Akan ada lebih dari seorang pemenang ,jadi setiap orang mempunyai peluang yang tinggi.

p/s : go go chayunk boleh ditukar jadi go go jadah.

Saturday, December 20, 2008

Pasa pernah diturunkan dari takhta seorang pengawas sekolah


sewaktu aku berusia 16 tahun aku pernah menjadi seorang pengawas sekolah.Oh sungguh berkuasa aku pada waktu itu kamu tahu kerana aku berjaya memegang title pengawas paling popular.aku rasa ini banyak dibantu oleh unsur fizikal aku yang agak tinggi dari manusia normal asia. (sila abaikan berfizikal besar ya)

Sebenarnya aku ingin membuat pengakuan bahawa aku bukanlah pengawas yang baik,aku rasakan Ustazah Asmawati membuat kesilapan dengan memilih aku.Aku bukanlah jenis yang gila kuasa serta beria ria menangkap orang yang memonteng.oh ya,si Pasa ini sangat bangga kerana tidak pernah ponteng sekolah ya.

Di pendekkan cerita aku selalu melepaskan sahabat sahabat aku seperti Sasa atau orang yang aku suka sewaktu spot check dijalankan,dan jika aku benci kamu atau kamu dari jenis gedik dan gatal maka harap maaf.hahahah,aku akan cari kesalahan kamu walau kamu tak bersalah.

tetapi kekuasaan aku tidak lama apabila aku dilucutkan dari jawatan pengawas ,tidak silap aku atas alasan kerana aku tidak memberitahu guru bahawa salah seorang sahabat baik aku iatu Adam membawa rokok ke sekolah.

Adam telah banyak melakukan kesalahan makanya jika aku memberitahu guru berkenaan hal itu ,kemungkinan untuk dia dibuang sekolah adalah tinggi.

Pada pandangan aku jawatan pengawas itu setakat jawatan yang kamu perolehi di sekolah dan sebaik kamu meninggalkan sekolah,kamu tidak lagi bermakna pada sesiapa pun di sekolah itu.tapi bagi Adam,tanpa sijil berhenti sekolah mahupun dengan perkataan "DIBERHENTIKAN"akan menjejaskan permulaan masa depannya.

dan selamatlah aku dilucutkan jawatan pada waktu itu.Alah,takat pengawas sekolah ,bukan dapat gaji pon kan?Jadah hebatkah jadi pengawas?

Babi lagi hebat.

p/s : adik adik yang menjadi pengawas sekolah,berkhidmatlah dengan cemerlang ,gemilang dan jangan tunggang langgang. (nasihat ikhlas dari cikgu Pasa)

nantikan kemunculan cerita Pasa

terpaksa tiru gaya kapten.pasa sibuk beberapa hari ini,sibuk makan ,minum dan tido kerana tidak tahan dengan perubahan masa tido di antara California dan Malaysia yang berbeza lebih kurang berbelas jam.

(a) mari meneka dalam kesamaran 21/12/08

(b) orang baik tidak mengaku dia baik..
21/12/08
saya seorang yang baik



tidak akan ada lagi entri berjela jela dan menimbun kerana mata aku sedang menghadapi masalah kerana terlalu lama menghadap lap top.



PasaSondol : menyumpah pun kamu perlu skill,bukan main boleh sumpah,silap menyumpah orang ingat kamu baru lepas menopause.sila belajo dengan pasa.

Pasa Tidak suka menipu tapi....

sebaik sahaja usai solat Subuh,aku bergegas ke dapur menyiapkan satu rangkaian makanan yang mencakupi untuk waktu pagi,tengahari dan malam khas untuk adik aku yang dua orang itu.

Permulaan pagi yang agak pelik bukan kerana aku kebiasaannya tidak memasak pada waktu pagi apatah lagi tengahari dan malam.Paling tidak pun aku ke Restoran Shaz yang terletak di Jalan Bukit Ubi.Tapi kalau aku memilih untuk membeli makanan mampuslah,aku bukan seorang yang datuk seperti dahulu ( datuk = kaya)

dan aku telah melakukan satu perbuatan yang membuatkan aku benci pada diri aku.Aku berbohong.Apa bezanya aku dengan Dugong yang terkenal kerana sikapnya yang suka berbohong itu.Aku harap Dugong tidak membuka blognya sendiri dan mengutuk aku habis habisan di dalamnya.Peace Dugong (sambil baling batu)


Bukan aku tidak tahu dengan berbohong akan mengurangkan nur diwajah aku,tapi aku buat kerana aku terpaksa,aku tidak mahu melayan mereka dalam masa aku tidak ikhlas,pastinya nanti akan berakhir seperti kejadian dimana aku terkurung dalam bilik tidur aku sendiri (Allah makbulkan keinginan aku untuk bersendirian,padan muka aku)

kamu tahu apa aku buat?
ya mungkin agak gila tapi aku yakin kamu pun pasti pernah melakukannya.jangan kamu nak pura pura seperti kamu terlau baik.Jadah kamu.

Aku membuka ruangan mp3 di dalam blackberry aku,aku mainkan nada yang akan berbunyi secara automatik apabila pemanggil seperti Sasa menelefon (istilah mudah Caller ringtone) walaupun Sasa sebenarnya tidak menelefon aku.

Aku bercakap sendirian dengan harapan adik aku mendengar monolog aku.hahahaha
Babi bukan?aku kakak yang zalim.

dalam butir perbualan aku secara berseorangan itu,aku nyatakan isi isi yang ditekankan tonasi suara apabila tiba pada perkataan
bila?
ramai orang datang ya?
nanti aku suruh papa ambil adik adik aku.

supaya mereka tahu bahawa mereka bakal diambil esok hari.Maaflah adik adik aku ya,kakak kamu ini sudah tidak tahan berebut lap top serta memasak untuk kamu dan juga sudah terlalu penat untuk mengasuh adik.itu bukan pekerjaan aku lagi.

dan aku tidak suka orang bermain bola mahupun menonton televisyen seperti orang pekak.Aku tidak suka ada bunyi bising sewaktu aku sedang solat.Aku tidak suka kamu berlamaan disini.


P/s ; sekarang sesiapa yang pernah memuji aku seorang kakak yang bertanggungjawab,sila tarik kembali pujian anda.

Friday, December 19, 2008

disebalik yang tersurat

malam tadi selepas kelas berjalan anak murid aku yang bernama Aiman (nama sebenar dan berusia 17 tahun) berkata,

teacher, you got a lot of money,why dont you buy a car for yourself?

anak anak murid,apalah yang mereka tahu.

Mereka tak tahu guru mereka iatu aku Si Pasa Sanda ni hanya mempunyai jumlah wang yang berbaki RM 25.71 dari simpanan yang pernah berjumlah Rm9000.00 dalam bank Pak Cik Leong

Mereka tak tahu setiap bulan aku berdebar dengan perasan risau sama ada mereka meneruskan pengajian atau berhenti separuh jalan...

Apalah yang kamu tahu Aiman..
Biar susah asal berdiri diatas kaki sendiri
Dari senang tapi berlagak diatas harta ibu bapa (aku ke tu)???
jadah bila masa aku berlagak?


p/s : Pasa ni memang seorang yang berdikari dari kecil,lepas ni nak suruh papa aku buat blog dan puji aku sikit..barulah nampak macam keluarga bahagia namanya ya.

Ini berunsur Maruah Diri Seorang Perempuan (dan bukan kerana abang eman manang Pasa)

aku telah bertemu buku dengan ruas pada hari ini dan aku tidak dapat membalas waima sepatah pun perkataan dari beliau.
kami berbincang yang mana ia berakhir dengan pertengkaran yang sungguh hebat.

aku tidak pernah menarik muka masam kerana peribadi aku suka tersenyum ini tetapi pada waktu itu beberapa kali juga aku mencerutkan muka.

kami berbincang , berdebat sebenarnya namun sayangnya Astro Awani tidak dapat menyiarkan ia secara langsung dan babi untuk itu.

aku menyetujui dalil bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak menggunakan tasbih tetapi jari jemari kanannya untuk berzikir manakala dia dengan pendapatnya.nanti kamu abang eman,Aku pegi tanya ustaz aku yang sepuluh orang itu.dan aku akan translate semua hadis hadis tersebut.Main main sama Pasa ya abang emang...

Janganlah kamu nak mengutuk aku kerana menyiarkan cerita berkenaan abang eman ini ya kerana kamu tu lagi teruk bukan ?kamu sibuk nak berdiskusi tentang malam ini kita berabaan dimana,makan dimana ,shopping dimana,dekat mana port tidak akan dilihat orang?tak apalah,teruskan,kamu tak takut mati,aku takut mati.

Maka kerana itu aku bangkitkan hal ini dan aku ingin tahu,apa yang dikatakan oleh teman lelaki kamu yang berkepala dogol itu setiap kali dia ingin mengucup bibir kamu ya?Adakah dia berjanji akan mengahwini kamu? Cuba baca ini ya "LELAKI KALAU SEBELUM BERKAHWIN TELAH MENIKMATI SESUATU YANG BERHARGA DARI KAMU,MAKA JANGAN BERASA ANEH JIKA SUATU HARI NANTI DIA MENINGGALKAN KAMU"

kamu hanyalah mawar pudar warna.



p/s : masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan,setidak tidaknya sebelum ALLAH menjemput kamu pulang.
eiman,love is saying "i feel differently " instead of "you are wrong"...

stay....stayyyyyyy (versi pasa)

Pasa bukan peminat band bawah tanah dan tak pernah cuba untuk meminati mereka kerana entahlah..tapi aku suka lagu estrella- stay,pertama kali aku dengar lagu ni aku suka,terima kasih Diana Dahari kerana mengenalkan telinga aku yang biasa dengan dendangan dari lagu Ghazal untuk rabiah ini kepada sesuatu yang sangat manis di pendengaran telinga aku ini.

Lepas ni aku upload lagu aku menyanyikan lagu tersebut ya,maksud aku,menjahanamkan lagu tersebut.

kemudian aku akan memaksa kamu kamu semua mendengar nyanyian aku ,dan tinggalkan komen komen yang bagus dan the boom sahaja ,kerana komen yang mengutuk suara aku akan di delete (Pasa tidak dapat menerima hakikat suara beliau adalah adakalanya lebih merdu dari misa omar)

Kamu semua patut berterima kasih kerana aku telah mengenalkan lagu ini kepada teman teman abang eman yang mana menjadikan aku sebagai duta Malaysia,selepas ini estrella yang bermaksud star dalam bahasa spanish silalah tawarkan aku membuat album featuring ya.

aku bahagian sebut jadah kamu di bahagian korus ok?

p/s : kamu semua masih membaca entri hasil auto publish,pasa sibuk kebelakangan ini,menikmati cerita intan dan dalam masa yang sama melayan kerenah setan kecil dua eko yang tak pernah penat menyuruh aku memasak.TOLONG PAPA,ambil mereka.

Thursday, December 18, 2008

For a Visitor from California

my dear Eiman.

i do love you more than i can express and i would have to told you so anytime,if you had asked me.I have always admired you and i know how fortunate i am to have your love.i am so excited to see you,so that we may pour out our feelings and thoughts to each other.


with passionate love and kisses
You are the most wonderful guy I have ever met


yours always
Rabiah



p/s :kamu semua sila buat buat buta ya.aku sedang menghasut abang eman membuat blognya sendiri dan bolehla kami berasmaradana secara maya di blog tersebut.Jangan pula ada Joyah yang membuat laporan berkenaan aktiviti aku di blog ini ya.kalau aku tahu,jaga kamu.
jangan sangka aku memiliki senyuman manis maka aku pun jenis berkata kata manis,silap cara kamu pasti terjadi setan sekejap .barulah Fasha Sandha namanya

Kerana aku disuruh memasak....

membaca komen dari kamu yang menyatakan aku seorang kakak yang sangat melindungi adik adiknya membuatkan aku tersenyum
bukan kerana aku bersetuju dengan pujian itu tetapi kamu masih belum mengenali aku.

aku mungkin sangat melindungi mereka namun aku benci keserabutan.Aku benci apabila adik adik tiri (sebenarnya adik kandung dari segi hukum)aku berada terlalu lama dirumah aku.Aku rasa seperti nak telefon papa bagi memaklumkan beliau bahawa aku telah cukup menahan darah yang naik ke kepala aku.

Contoh hari ini ya,sewaktu kelas berjalan adik aku bad datang ke arah aku dan memberitahu bahawa dia lapar sedangkan baru saja dia lepas melantak nasi minyak.aku kan ada kelas,takkan aku kena tinggal kelas untuk jadi tukang masak kamu.

tapi akhirnya aku tetap memasakkan bee hoon goreng udang basah.Aku sangat geram kerana dia mengamuk serta meninggikan suara ,kalau ikutkan hati seorang pasa sanda ni aku lesing aja budak ni.

aku paling benci bab merajuk,babi...aku tak suka membazirkan masa aku memujuk orang,berulang kali aku katakan pada mereka jika mahu tinggal dirumah aku harus mengikut peraturan aku bukan peraturan kamu.Aku tidak suka orang yang kalau aku bangunkan untuk solat tapi tidur macam sudah selamat meninggalkan dunia.

Aku katakan pada mereka ini sahaja hasil sumber pendapatan aku dan aku tidak memiliki sugar daddy untuk mensponsorkan sejumlah wang buat aku bagi setiap bulan.Kalau aku main main serta tidak mengambil serius berkenaan kelas aku,kemungkinan aku untuk meminta minta serta menyusahkan orang lain adalah tinggi.

Aku bosan apabila mereka terlalu lama berada disini dan aku akan memberikan berbagai bagai alasan agar mereka bersegeraan pulang.bukan aku membenci mereka ,tapi aku rasa ini berkenaan soal keserasian.Aku tidak membesar bersama mereka dan kebanyakkan masa dalam hidup aku dihabiskan secara bersendirian.

Papa tidak memahami keadaan kewangan aku yang memang terhad untuk beberapa bulan ini,mungkin silap aku kerana tidak berterus terang kerana sentiasa memaniskan muka apabila berhadapan dengan papa.Aku malu dan tidak mungkin aku akan meminta apa apa dari papa.

Bukan hanya dengan adik adik aku,Sasa juga sekarang aku rasakan lebih memahami diri aku kerana sebelum itu mungkin Sasa menganggap aku berubah sedangkan perangai aku memang begini.

Aku tidak suka orang menyepahkan rumah aku ,mengambil barang tanpa meminta izin dari aku walau dia merupakan adik aku seperti Fairul yang meminjam charger sony aku tetapi tidak memberitahu aku,itu biadap namanya.Aku juga menyukai keringkasan dan kekemasan

Jika kamu mengambil sesuatu maka letakkan ia kembali ke tempat asalnya.hari ini agak sukar dan entah mengapa entri aku kali ini dipenuhi unsur benci sedangkan sebelum ini setiap kali aku menulis hanya ketawa yang akan menemani aku sepanjang entri entri yang lepas disiapkan.

Aku bukan perfectionist ,TIDAK,cuma selepas beberapa lama kamu hidup bersendirian,kamu akan menjadi seperti aku sampai satu saat dimana aku pernah menyambut raya berseorangan.Hebat?ya,aku hebat....

Aku lebih rapat dengan adik beradik Sasa,aneh bukan?Mungkin kerana aku lebih menemui diri aku disitu.sasa,cepatlah datang dan Khamis cepatlah tiba,aku tidak tahu jika aku masih mampu bersabar untuk satu hari lagi bersama mereka


p/s : baru aku tahu kenapa mood aku sangat berubah pada malam ini,gara gara memasak,hampir beberapa bulan aku tidak "memasak " dengan sempurna.aku menjadi benci pada perkara yang satu ketika dahulu menjadi kegemaran aku.Aneh...sampai satu tahap usia,kita berubah.

hating me (W.O.N.T) Make you pretty

sangat ramai yang terperasan dengan dua entri aku sebelumnya:

tak perlulah kamu nak memperli perli aku dalam entri kamu,buang masa sahaja ya,kerana apa ?kerana aku bukan kisah pun tapi aku menjawab ini kerana aku rasa perlu untuk aku terangkan kepada kamu yang memiliki otak udang itu ya supaya faham dan tidak lagi meroyan. tak mainlah nak menulis macam ruangan soseh soseh tu ,tulis tulis suruh orang teka siapa,jadah kamu,ingat kamu gayah gebu ya.

apabila aku menulis bahawa blog kamu buruk,membosankan dan very unimportant,displease,irritating,menyakitkan mata aku setiap kali aku tengok,itu hanyalah pandangan aku sebagai seorang blogger,bukan nasihat.Aku tidak memberi nasihat percuma untuk pengetahuan kamu.

Dan apabila aku menulis secara general maksudnya aku masih mempunyai common sense yang tinggi .Bukan aku tulis

Faryn ,blog kamu terlalu hebat,aku rasa terjejas,jadah kamu

atau

Pasha,kamu ni jadah,sila tuko layout (nama nama diatas adalah mereka yang dibayo gaji oleh aku)


aku tidak menyenaraikan nama blog blog yang begitu menyakitkan mata aku,kerana aku masih boleh membezakan baik dan buruk walaupun aku selalu membabikan ,menyetankan dan menjadahkan kamu ya.

Tak payah susah payah untuk mengagungkan blog aku mahupun menjadi peminat tegar kerana kamu buang masa,baik kamu mengagungkan tuhan,dapat juga pahala menampung cacat cela amalan kamu itu ya.

Aku sendiri tidak pernah mengatakan aku orang yang baik mahupun terselamat dari melakukan dosa kecil dan dosa besar ya perempuan. Sekarang kamu tahu orang yang aku maksudkan adalah dari kalangan mereka yang bervagina.Perempuan ni memanglah,cepat sensitif dan meroyan.jadahlah aku heran dengan kamu.

aku pantang main sebut nama bapak ni (chewah,kes insiden di youthsay tempohari ,aku mula belajar jadi sensitif),babi kamu, kalau aku tak pakai tudung lainlah,itu memang berkaitan dengan bapak aku.Hasil tulisan aku mestilah aku yang punya,jadah kaitan apa dengan bapak aku yang kacak tu.

kamu ada masalah kah kalau aku mahu komen dan bagi kritikan ala ala paul moss?aku kan pasa sanda.biarlah aku nak komen apa pun,kalau kamu nak komen ala ustajah siti norbahyah sekalipun silakanlah ya,tapi bukan aku.aku bukan kamu yang suka berpura pura.

Aku nak jadi sarkastik tahap gampang sekalipun ,aku punya suka juga,samalah seperti apabila kamu kata blog kamu adalah milik kamu dan bukan milik aku.

kamu harus faham dan maklum satu perkara ya,
Aku tidak pernah dikisah ataupun risau jika aku dibenci oleh kamu,kamu dan kamu sekalian kerana aku tahu ,kamu tidak menyumbang apa apa dalam kehidupan aku sebagai seorang Pasa sanda..er....tapi undian kamu akan mempengaruhi jatuh bangun aku.Pada yang setia teruskan mengundi.pada yang hati tisu ,konon terlalu sensitif,pergi mampus sama kamu.

Ibadat,Solat aku,mati aku,hidup aku adalah semata mata kerana Tuhan aku bukan kerana kamu.tudung hitam yang selalu aku pakai adalah kerana ALLAH,bukan kerana kamu dan bukan juga kerana ingin menunjukkan aku lebih baik dari kamu,jangan jadi melayu tipikal yang suka berburuk sangka pada orang ya.

kamu terlalu matangkah ?matangkah kamu apabila bergambar macam kerang busuk sambil memuncungkan mulut?matangkah kamu apabila menulis tetapi mengaitkan bapa aku kerana kejadahan aku dalam bidang penulisan?itu matangkah?itu BODO namanya..diulangi BODO..sengaja aku eja begitu supaya kamu tidak begitu terasa hakikat kamu seorang yang BODO ok?

kamu gembira dan bercerita di dalam blog kamu,oklah,aku gembira untuk kamu,tapi aku tetap tidak menyukai kamu dan blog kamu.Sekali lagi,jadilah mereka yang berani,kalau kamu tak suka terus terang dan jangan lempar batu sembunyi tangan.

Kemon (come on),kamukan melayu tipikal,alang alang dah berburuk sangka,marilah kita bergusti lengan juga,mahu?

dan aku tahu,kamulah anonymous yang menuduh aku sebagai seorang perempuan yang hanya menyukai lelaki kaya dan kacak itu bukan?tertangkap kamu.

kalau kamu masih ada maruah beredarlah dari blog aku dan berhentilah dari menjadi salah seorang peminat si Pasa sanda ini sekarang namun kalau kamu rasa ini adalah blog,bukan heran pun setakat dimaki,maka aku menganggap wajah kau sama taranya sahaja dengan punggung kamu ya.

p/s : aku pasti kintarian sedang memikir sejuta kali untuk mempersuntingkan aku menjadi bunga ditaman beliau.saya dah ada eman abang Kintacky


jangan jadi sial dengan bermain bapak bapak,kamu bukan darjah satu ya

khas untuk yonna

kamu jadah apa,bukan aku cakap kamu.jangan perasan ok.Selalu perasan tak bagus untuk kesihatan mental.(ini baru pasa)
kamu nak tangkap gambo sampai tergolek tepi jalan raya pun aku tak kisah tau sebab aku bukan cakap kat kamu...

p/s : sewaktu entri ini ditulis pasa sedang ersiap sedia untuk dhuha...dan aku tak marah,jangan kamu buat fitnah.

Kamu bukan artis nak melapor serba serbi

perlukah kamu menangkap gambar semuanya dan kamu laporkan ke blog kamu?tak rasa macam haram jadahkah?contoh?

saya sedang korek hidung dan kamu memasukkan gambo kamu yang sedang naik sheikh mengorek hidung ke situ...

bosan!tau tak.

benci!

Aku telah membuat keputusan untuk tidak mengomen mana mana blog yang aku tak suka.mampus kamu lah nak terasa,cerita kamu macam haram tahu.Pastu tulis gaya gelak macam gay tak termasuk ejaan macam mak nyah.

tengok gambo kamu tu buat aku menyampah tak kisahla kalau kamu cakap gambo aku buat kamu muntah hijau sekalipun ya.

last sekali pada makhluk yang tak pernah reti base menghantar message di YM aku,maaflah aku tak suka chatting tambah tambah kalau tanya soalan seperti

"a/s/l" (masa zaman chatting mirc dulu aku ingat maksudnya asal)
"keje apa"
"dok mana"

babi..think out of the box please...ya untuk bercakap dengan aku pun kamu harus keluar dari kebiasaan.Biasalah,aku kan pasa sanda.

kamu tu orang awam.


p/s :aku benci anonymous yang kononnya nak buat lawak dengan suruh aku teka siapa kamu.anonymous ,sila baca perkataan ini.
J.A.D.A.H KAMU..ada faham?

tv3 tolong aku

aku peminat cite spa Q,tolonglah siar cite tu pada jam 6.00 petang,kamu siar tengah maghrib,kesian aku...dan orang orang yang bersembahyang diawal waktu...yang tak bersembahyang tu jadah dia la.

sehingga entri ini ditulis aku tidak menonton spa Q kerana risau efek tidak khusyuk dalam solat.


p/s : siti nohalija ,nanti kan kemunculan aku ya,masa tu nanti tahulah kamu siapa cik pasa sanda ini dan jaga datuk k baik baik

Wednesday, December 17, 2008

anugerah yang terindah

terima kasih kepada cik pink_rerama kerana memberikan aku award ini,kamu semua patut memberi aku award lain kali ya,maklumlah kamu itu sudahlah membaca kisah hidup aku yang menarik ini secara percuma.

kalau tidak mahu membayarnya sekurang kurangnya beri aku award,barulah aku akan berkata baik tentang kamu dan tidak akan menjadahkan kamu.Hipokrit bukan?Ya ,Pada kamu sayang yang memberikan award,jangan ingat kamu terlepas tahu...lalalala (pasa bernyanyi di dalam hati)



Anugerah pertama ni khas aq wat tuk Blogger² yang sentiasa peka dengan kewujudkan blogger yang lain, mesra dengan setiap blogger..Harmoni maksudnya mesra dari segala aspek..disenangi dan disukai semua blogger. (petikan kata dari pemilik award)


yang ini aku sangat bersetuju kerana sama ada kamu suka mahupun tidak,kamu terpaksa suka akan aku ya, kerana kalau kamu membenci aku,semestinya aku akan menjadahkan kamu tanpa ada rasa bersalah mahupun simpati.

dan jika kamu suka aku sekalipun,dan menghantar komen hari hari serta tidak pernah terlepas memberi komen bagi setiap entri aku,peluang untuk kamu dijadahkan tetap ada.jangan kamu sangka aku akan baik hati terhadap kamu ya

menjadi Pasa sanda ini sukar kerana aku harus melayan setiap orang dengan sama rata,maka setiap orang akan memperolehi jadahan yang sama rata.aku tidak pandai bermuka muka ya.

oh ya,dan aku semesra bob mesra (sila gedik kan tangan anda ) walau kelihatannya aku lebih hangat daripada beliau.



ini anugerah yang paling aku suka,terima kasih kepada peminat yang telah bersusah payah mengundi saya selama ini ,dan tidak pernah jemu memberikan aku sokongan,dorongan,sondolan dan ransangan bukan dari segi seksual seperti yang sentiasa bermain di mata cj7 dan Faryn

terima kasih kerana berpura pura sukakan aku dan silalah undi lagi ya dan terutama pada Alan,jangan lupa Ahad depan sapu rumah pasa ini lagi
(pasa sedang melakukan sujud syukur diatas pentas)


dan aku aku panjangkan award ini kepada :

kapten,jard,gaosop,farhana,cik manis,da1882,pok li,zaidon,nardiwinkie,bokbon,ezzati (yang masih hutang aku tag) ,hoodelicious,syima,dibah,yanie,dina,liyaanuar, dan faryn serta cj7

yang tidak tersenarai ,jangan hantuk kepala kamu ke dinding ya

p/s :sedang berbual dengan abang eman,tidak boleh membabikan kamu nampaknya.aku kecewa kerana itu.

Salam perkenalan untuk Kamu yang baru bertandang ke sini.

Rasanya mulai tahun depan,2010,pasa akan mula menghantar gambar kaki semata mata dan tidak mahu lagi mempublish apa apa gambar yang memaparkan wajah Pasa.Bagi yang berminat,simpanlah gambar Pasa,jangan dibawa jumpa degawan.manakala bagi yang dengki bolehlah ambil gambar Pasa dan reka satu blog yang bertajuk The Juling Eyes.

* * * * * * * * *
ok kamu Kintarian,pasa ini sudah berpunya,namun tidak pasti lagi maklumlah macam macam boleh terjadi dengan cinta jarak jauh ini ,makanya kalau Kintarian merupakan seorang yang bukan laki orang,bertestis,bekerja dan kadar kehenseman yang tidak terlalu Fahrin Ahmad ,sila hubungi pasa.

Pasa menunggu panggilan kamu,Pasa pun ada darah Perak juga walau tidak pernah menjejakkan kaki ke Perak


jelingan manja untuk abang Kinta...dan nyanyian hati ini untuk kamu


P/s : curang terang terangan lain bezanya yang dengan yang dah jadi bini orang tapi masih mau bercinta,akal kamu rasanya lebih bodoh dari lembu yang tak berakal tu.

selongkar purse Pasa bersama wartawan Zaidon

1. Snap picture of both inner and outer side of ur wallet - gambaq 1 & 2
2. Introduce your wallet brand, price and where you bought it..



apa khabar semua.ini adalah karangan jenis bibliografi.aku sebuah purse.Aku dibeli pada tahun 2004 sewaktu jualan murah di luar Parkson,harga aku hanya Rm 15.Waktu itu tuan aku si Pasa sanda masih kanak kanak riang .Aku tidak berjenama,bukan dari Guess,Gucci,Gusi atau Gondrong.Tuan aku sangat kedekut.Dia merasakan bahawa ianya sesuatu yang jadah untuk menghabiskan duit pada jenama.Dia cakap biar jadi hamba Tuhan dari jadi hamba jenama ,kemudian tiap bulan mengeluh ketiadaan wang.

pada tahun 2005,Pasa mula berkenalan dengan laki orang,maka pasa membeli purse jenama Christian Dior dan menyimpan aku di dalam almari selama beberapa tahun.Walaupun Christian Dior itu hanya berharga sepuluh ringgit namun Pasa suka membawanya kemana mana.

Kata Pasa lagi,kamu beli purse mahal bukan kastam mahu check jenamanya tiap masa.Selama beberapa tahun pasa tidak memandang aku.Namun aneh apabila Pasa pulang dari Mekah dia kembali menggunakan aku.

Mungkin dia sudah insaf dan sedar tidak semua yang berjenama itu walau pun sekadar cilok dan celup bagus kerana ia akan menimbulkan riak katanya.Maka aku rasa jangka hayat aku akan panjang bersama pasa selepas ini walau dia telah menggenggam trofi artis paling popular tahun 2018.


tengah bulan biasalahkan..itulah semua yang ada didalam purse aku ni,budak perempuan berbaju merah itu adalah aisyah,kawan lama aku,dah 20 tahun kami berkawan.

Harap cik Zaidon berpuas hati dapat menyelongkar purse si Pasa ini.

dengan ini Pasa bermurah hati untuk mengtag :

  • faryn yang merupakan pr pasa dan malas menulis
  • pasha sendal merupakan penyokong kuat pasa (disaat pasa sedang dituduh sukakan lelaki kaya dan hensem saja)
  • bok bon pemaustatin tetap Gua Musang
  • Dibah,kawan pasa masa sekolah menengah dahulu
  • Jard kerana dia masih berhutang tag
  • Ezzati kerana dia tak pernah kena tag
  • pok li kerana dia selalu bercerita,come on pok li,dont bercerita always,answer this tag (sila baca gaya Julie Dahlan punya English)
  • DA1882 kerana ketenya bakal siap
  • cik manis seorang yang baik
p/s :kalaupun bergelar followers aku ,menulislah gaya kamu sendri jangan mengikut gaya penulisan aku<------------aku tahu....kamu pun tahu bukan,jadi pada diri kamu yang suka meniru,kamu tidak akan dapat jadi Pasa sekalipun kamu membedah muka kamu ya

walau aku selalu setankan ,mereka tetap adik aku

adik aku yang berdua datang kerumah aku hari ini...mereka menemani aku dan papa memasakkan aku sup tulang.terima kasih papa.Sungguh papa baik hati,kak long berjanji akan berkahwin dengan lelaki kaya ya.

aku kira mereka banyak berubah semenjak kejadian pintu bilik utama aku dijahanamkan dan aku percaya pada hari aku memaki mereka di dalam entri aku tempoh hari adalah kerana aku masih dalam tempoh menyesuaikan diri mereka.

Maklumlah aku tidak pernah dibesarkan bersama mereka,yang mereka tahu aku adalah kakak mereka yang berlainan ibu.namun satu aku suka berkenaan mereka adalah mereka sangat menghormati aku tidak seperti adik lelaki aku yang seorang tu.Perangai macam jadah,kepala aku suka hati dia nak luku.

Nasib baik aku kategori pembalas dendam tegar punya level.Menangislah kamu wahai Rizalman.

Adik aku yang datang pada kali ini adalah Bakthiar dan Farid.Aku amat suka kedatangan Farid kerumah aku kerana dia seorang yang pembersih selain mendengar kata,sangat menghormati aku.kamu tahu perasaan bila kamu dihormati?Aku agak itulah perasaan idola aku si Fasa Sandha sebelum diboikot wartawan

Setiap kali Farid datang maka aku tidak perlu risau istilah basuh pinggan,masak air,menyapu rumah dan juga mengemop rumah kerana dialah orang yang bertanggungjawab untuk itu.Pernah sekali aku mengujinya dengan menyepahkan satu rumah.

Tapi dia mendiamkan diri dan tetap mengemas rumah aku.Kak long sayang kamu Farid.kalau kak long jadi artis nanti bolehlah kak long
bawa kamu tinggal sekali dengan kak long ya,kamu menepati ciri ciri yang kak long perlukan sebagai pembantu rumah.

maaf ini bukan farid,pasa saja ingin menunjukkan kecantikkan beliau
tengok muka bad ni buat mulut aku macam nak mengutuk aja.
Adik aku yang kedua ni Bakhtiar,seorang yang suka ketawa dan buat lawak (bukan lawak bodoh beserta bangang seperti rancangan raja lawak)dan merupakan satu satunya orang yang boleh membuatkan aku ketawa dengan "langsuirly "

tak payahlah kamu bazirkan masa menyemak jadah apa langsuirly itu,kerana aku sengaja merojakkan benda ni secara adverbnya.

dan aku malas menerangkan tentang dia ya kerana sekarang aku sedang berebut nuggets,kalau lambat nanti diorang melahap sampai terlupa kakak dia yang cantik ni.

kesimpulan,kamu berdua jangan selalu sangat datang,aku malas masak...akukan diva.

p/s: aku seorang yang pemalas,barulah Fasa Sandha namanya

ini bukan lagu Keliru ajai dan Nurul

sila jangan terkeliru apabila membaca entri entri aku yang agak banyak dalam sehari,ini kerana aku mengauto publishkan kesemua entri tersebut.Sementara kamu berpeluang membacanya,bacalah kerana selepas ini aku berkemungkinan menghantar entri satu kali setiap hari,barulah terserlah kesibukan aku sebagai seorang pasa Sanda bukan?

Apa barang tulis cerita macam orang gila babi tapi satu sen pun tak dapat untung,Alaf 21,sila hubungi aku bagi sebarang kontrak yang kamu ada ya.

dan



93 followers tapi 2 komen? What the jadah?


p/s :aku pasti kamu rindu dijadahkan oleh aku tidak lama lagi

Tuesday, December 16, 2008

space rasmi untuk artis Pasa Sanda

adakah memiliki akaun myspace satu pencapaian?
aku tidak merasakan ianya satu keperluan namun lihatlah bagaimana kamu melihatnya.
Bagi aku myspace penting adalah salah satu rangkaian yang menghubungkan aku dengan abang eman.

Barangsiapa yang bertuah ,maka aku akan menerima friend's request dari mereka,aku harus berhati hati kerana antara kamu ramai yang busuk hati.mungkin kamu akan mengorat abang eman aku walau bahasa inggeris kamu sama tahapnya dengan orang Indonesia yang baru ke Filipina.

Maka cubalah menghantar friend's request ,bolehlah kamu memastikan sama ada kamu layak atau sebaliknya.Dan barangsiapa yang requestnya direject oleh cik Pasa Sanda,kamu mungkin akan menyorok di atas siling rumah kamu.

Jangan marah marah kalau permintaan kamu ditolak,inilah masanya kamu belajar untuk menerima hakikat kehidupan betapa tidak semua kemahuan kamu bisa dipenuhi.

jangan tanya kenapa url aku menggunakan nama aku yang sebenar,aku pernah memiliki tiga akaun myspace sebelum ini dan telah selamat aku delete akaun akaun itu.

p/s :kalau telah direject sekali mungkin aku akan menerimanya kemudian,itupun selepas cubaan ke seratus kali.

ini bukan pertandingan Kain Sembahyang termenarik tahun ini

apa khabar sujud kamu hari ini


ok aku dapati ada diantara kalian yang masih mengenakan telekung sembahyang dengan cara yang salah.telekung sembahyang mestilah tidak menutupi dahi tempat sujud kamu ya.dan bagaimana menentukan bahawa kamu telah pun mengenakan telekung tersebut pada tempat yang sewajarnya?

sila pastikan telekung tersebut berada pada aras selepas hujung rambut terakhir dan pastikan apabila kamu sujud,bukan dahi saja yang mengenai sejadah,bahkan hidung kamu juga ya.

Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ وَلَا أَكُفَّ ثَوْبًا وَلاَ شَعْرًا

"Saya diperintahkan sujud di atas tujuh anggota badan, tidak menahan rambut dan tidak pula menahan pakaian". [HR. Al-Bukhoriy (783), Muslim dalam Kitab Ash-Sholah (490), Abu Dawud (889 & 890), An-Nasa’iy dalam Kitab Ash-Sholah (1113), Ibnu Majah (1040), dan Ibnu Khuzaimah (782)]


apa lagi lima anggota?sila hadiri ceramah ceramah agama ya,kalau aku kasi tau semua pasti kamu mungkin belum tetap mengamalkannya.

Jika aku tinggalkan keraguan dihati kamu maka kamu akan berusaha untuk memastikan kata kata aku adalah benar.

Jangan jadi manusia yang buta tuli menerima sesuatu perkara,belajarlah kerana dengan belajar itu akan membezakan kamu dengan orang yang buta hati kepada terang hatinya

jangan jadikan telekung sembahyang itu satu fesyen terkini,yang kamu beli,kamu gantung kerana sayang untuk digunakan.biar kain sembahyang buruk tetapi selalu kamu gunakan

yang sampai kepada tuhan itu bukan pakaian atau berat barang kemas yang ada dibadan kamu.Takwa dan keimanan itulah yang akan membantu kamu.

p/s :Malam ini saya...er....aku memberi kamu satu ilmu .Kubur masing masing ayat orang yang buta agama.Aku harap kamu bukan salah seorang yang menuturkan itu.dan semua selamat KUIH berada didalam kandangnya malam ini

wartawan bernama adibah,dari joyah.com

Three Things That Scare Me

  1. kematian sebelum sempat bertaubat
  2. terpaksa meminta minta kepada orang untuk meneruskan hidup
  3. maaf ,ni lebih dari tiga tapi aku nak tulis jugak:kucing,air laut dan juga semua jenis binatang dan serangga kecuali semut dan nyamuk

Three Peoples Who Make Me Laugh

  1. abang eman
  2. adik aku bad - lawak macam tahap raksasa gogon
  3. kamu -apabila kamu mengamuk,itu akan menyebabkan aku ketawa kerana kamu menunjukkan bahawa aku sedang menguasai emosi kamu


Three Things I Hate

  1. anonymous yang tiada testis dan juga vagina
  2. perasan bagus dan konon serba boleh,jadah kamu
  3. orang yang buta hati,buta agama walau telah dinasihati tapi perangai macam celaka.


Three Things I Don’t Understand

  1. kenapa aku selalu makan di restoran shaz
  2. kenapa orang yang mencintai aku selalunya beribu batu jauh dari aku
  3. kenapa aku sukar untuk menerima sahabat yang gedik dan ayu

Three Things I Want To Do Before I Die

  1. memohon ampun kepada suza,dugong dan semualah (kamu pun suza dan dugong kena mintak maaf dengan aku,bukan kamu tak mati)
  2. menjelaskan semua hutang hutang
  3. memastikan solat aku sempurna ,kalau solat sempurna maka sempurnalah amalan yang lainnya


Three Things I Can Do

  1. memasak,chinese,malay,indian,name it..eceh...western je tak pandai,abang eman kena belajo makan budu ok?
  2. shuffle..ok nampak sangat aku menipu bukan.hahahha,aku sangat toya iatu tak kisah walau kamu mengamuk ,aku tetap cool ok.
  3. tak takut pada kamu tapi mungkin menakutkan kamu


Three ways To Desrcibe My Personality

  1. sarkastikkah aku?
  2. penyayang pada kanak kanak terutamanya
  3. mempunyai masalah dengan lelaki melayu,mereka semua tidak suka perempuan bersaiz amerika macam aku ni


Three Things I Can’t Do

  1. tidak solat atau menangguh solat semata mata untuk tonton Spa Q jadah tu
  2. tidak menulis waima untuk sehari
  3. melihat kesepahan walau akulah sumber kesepahan itu berlaku

three people to tag

da1882

faryn

pasha sendal a.k.a cj7 (jawab kamu)

Love Letter

surat ini aku simpan dan tulis sebagai persediaan jika abang eman melamar aku .jadi bolehlah aku terus pos ke California,lebih romantik dari email.

Surat tu nanti aku tabur bedak cina yang harga Rm 2.50 satu,barulah abang eman tahu bau sebenar badan aku ni.bolehlah dia membayangkan dengan lebih jelas lagi figura aku beserta aroma Si Pasa ini.

aku tak berani menggunakan rexona di ketiak aku ni,kata orang boleh membuatkan ketiak kita bewarna hitam pekat ,jadi dengan warna ketiak sebegitu bagaimana aku harus menghadapi abang eman pada malam pertama kami ,pasti kemaluan besar bukan.


My darling Eiman,

I am indeed prepared to marry you anytime you wish.Frankly i expected you to ask me to marry you much sooner.My parents have great respect for you,and i assure you that they will readily accept you as their son-in-law.
Will you see my parents as soon as you can,so that we may become man and wife in the very near future and live happily together?

with all my love to you

yours always
Rabiah
(pasa sanda)

p/s : sedang mengira detik untuk diijabkabulkan walau belum ditanya,ini semua gara gara majlis kahwin rakan aku.kuih!Kuih!kuih!kuih (faham apa maksud tersirat disebalik kuih?)

berenang kuak tonggeng gaya Fairul


cuba teka apa adik aku sedang buat.....
ingat
jangan menjadahkan adik aku
kalau aku tahu,aku kasi penampo jepun sama kamu

siapa sudi jadi pemandu pelancong pasa?

aku belum pernah berkesempatan untuk ke beberapa buah negeri di Malaysia.Aku ingat aku ada azam gila untuk tahun hadapan,tak perlu ceritalah tentang azam kamu tu ya,bukan aku peduli pun,lagipun kamu tu isi lapan belas azam,satu pun belum tentu kamu buat.

Aku ada tiga azam :

  • melawat seluruh semenanjung Malaysia
  • menambahkan bilangan anak murid aku
  • menjadi orang yang lebih baik dan sedaya upaya mengurangkan sikap suka menyumpah aku di blog ini.
Aku tidak menyambut sambutan hari lahir namun berkemungkinan besar aku masih membeli kek kerana sebahagian anak murid aku mengingati hari lahir aku dan dalam masa yang sama dapat menjamu mereka,tidaklah aku beria ria menyambut hari lahir seperti kamu yang membeli kek mengikut jumlah usia kamu.

kemudian membuat parti parti ,kononnya gembira dan berbahagia di hari lahir kamu,cakap saja terus terang kamu mahu hadiah bukan?Aku rasa kamu patut mengadakan sujud syukur kerana kamu masih bernafas di muka bumi ini.

Tahun ini serba serbi aku kekurangan tetapi tak mengapalah seiring dengan pertambahan usia aku yang bakal berusia 23 tahun ini.diharapkan dengan usia aku yang meningkat ini menjadikan aku lebih matang dalam melayari kehidupan yang macam jadah ni.

9 januari ini juga genap setahun aku memiliki talian internet.Aku memasukkan talian internet pada hari lahir aku kerana cik kama pada waktu itu beria ria mahu menonton video Hindraf di dalam youtube,maklumlah beliaukan mamak.

kesimpulan aku terhadap hindraf ini adalah :sesetengah isu yang mereka utarakan memang benar dan ada rasionalnya tapi setelah beberapa pengalaman pahit yang aku lalui aku rasa kaum India ini cakap pom pom. Istilah cakap pom pom ini selalu aku gunakan apabila menggambarkan keadaan orang yang bercakap sahaja lebih tapi hasilnya ado (ajwan Ali jangan saman pasa kerana meminjam ayat kamu)

Memetik pada tajuk awal aku iatu aku tidak pernah menjejakkan kaki di beberapa buah negeri di Malaysia,kuala lumpur sendiri baru tiga kali aku ke sana bahkan aku tidak pernah ke KLCC waima sekalipun,apa lagi bangunan Daya Bumi (jadah tu ada lagi ke ha?).hahahha

Aku teringat kata kata redouane yang mengatakan bagaimana aku menjadi seorang rakyat Malaysia sedangkan KLCC tu aku tak pernah jejak.Jadah kamu redouane,aku tak pergi pun tak mengapalah,Malaysia ini aku punya.Kamu tu pendatang asing ,sampai masa nanti kamu kena balik negara kamu.jadi kalau kamu nak melepak ke sana hari hari pun tak jadi hal.

Aku pernah mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur,namun aku risau jika kerjaya aku berakhir seperti Memey,mungkin aku bakal mengganggu gugat rumah tangga Eira dan Tengku Emran.maka aku dengan kesantunan yang tinggi menolaknya.

Juga di Johor Bahru ,sewaktu aku ditawarkan menjadi pengurus cawangan salah sebuah tadika yang sangat berpengaruh disana.Aku tidak suka menyusahkan orang.Aku lebih selesa tinggal sendiri,walau pendapatan aku tidak menentu sekurang kurangnya aku berdiri atas kaki aku.

ini nasihat kepada kamu yang masih belum bekerja dan menghabiskan beras mak bapak kamu.bawak bawakla muhasabah diri sikit,malu lah saudara mara yang bertandang,mereka mungkin tak berkata apa apa dihadapan kamu.tetapi belakang,mana kamu nak tahu.

bulu dikaki kamu tu dah panjang siap boleh diikat pony tail.harap akal kamu lebih panjang dari itu,sampai bila nak pewiit pewwwittt anak dara orang.kalau Pasa ni di pewit mau aku kasi penampo jepun.

Rokok pun hutang,ada hati nak mengorat aku.

p/s :ending aku selalu tergantung bukan?aku suka begitu

aku adalah jelmaan Dr Izzie Isobel Pasa Stevens

aku adalah peminat grey's anatomy..aku cinta siri ini.Aku sangat tertekan tinggal di kuantan kerana tidak berpeluang mendapatkan dvd terbaru drama series ini...


p/s : kadang kadang aku berharap aku sedang menyambung pelajaran di California ,Amerika

Monday, December 15, 2008

Jangan memperbodohkan kami dengan iklan murahan kamu

sebelum mengenali cik kama
empat tahun selepas mengenali cik kama

setelah berpisah dengan cik kama

pagi ini sarapan aku adalah secawan indokopi ,kopi ini aku beli sebagai sokongan terhadap intan yang berada di Indonesia ya dan dalam perancangan aku sekarang aku mahu memakan sebiji epal.Ingatkah kamu bahawa aku memakan epal sebagai salah satu cara untuk menguruskan berat badan aku ini.

Walau pada tengah malamnya aku telah selamat melantak nasi dan ayam goreng dari Restoran Shaz.hahahah,dan setiap kali orang tanya kenapa aku lebih kurus berbanding dahulu ,aku akan memberi jawapan bahawa aku tidak mengambil nasi padahal baru sahaja lepas makan nasi.FAKE bukan?tapi aku pasti Slim world akan ambil aku selepas ini.

Rakyat malaysia ni bukanlah bangang sangat sehingga terpengaruh dengan iklan cepat kurus ni.Kalau betul betul mahu membuktikan keberkesanan produk kamu yang melambak berada dipasaran,mengapa kamu tidak mengambil si Pasa Sanda ini.

Aku melengkapi segala ciri ciri pakej yang kamu tawarkan,muka berjerawat ,kulit berminyak,selulit,terlebih berat badan ,masalah kegemukkan pada bahagian peha (parah pozana ,aku tahu mereka edit gambo peha kamu ya)

Dan aku tahu mereka yang berbadan gemuk ini selalu mempunyai masalah keyakinan terhadap diri sendiri,dahulu sebelum mengenali Cik Kama ,aku adalah seorang gadis yang berpakaian bebas,kamu faham apa ertinya?Ke teluk Chempedak memakai hot pants,waktu itu agak memberahikan kerana dengan ketinggian aku 177cm serta berat yang menepati indeks BMI ideal iatu 60 kg.

Selepas mengenali Cik Kama yang kerjanya ,paham betul betul ayatnya ,yang kerjanya bukan aku dikerjakan ya,kerjanya membawa aku makan ke hotel hotel disekitar Kuantan serta restoran restoran masakan thai di Beserah pada setiap malam menjadikan aku gemuk dengan mendadak.

Berat aku naik lebih 50kg dalam masa dua tahun.Percaya,tak percaya sudah.

Dan kalau kamu sudah mula mendapat tittle gemuk,tak payahlah kamu berangan angan mahu memakai baju yang cantik cantik kerana baju pilihan kamu biasanya terletak di kedai kedai seperti F.O.S atau Reject Shop.

Jika empat tahun sebelumnya aku langsung tidak mempunyai masalah dalam memilih pakaian,namun dalam dua tahun tersebut aku benar benar menghadapi kebuntuan.Terasa seolah olah promoter kedai itu berkata "badan macam tong ,ada hati nak pakai baju size S".hahaha

Jadi aku bersyukur akan perpisahan yang ada ,secara tidak langsung ia mengganggu gugat selera aku buat seketika selain memberhentikan aku dari kegiatan melantak di tengah malam.

Walaupun sekarang aku tidak segemuk dulu namun aku cuba untuk tidak berasa selesa ,aku cuba untuk mendapatkan berat seperti yang pernah aku capai sebelum aku mengenali cik kama.
bukan untuk kelihatan cantik atau fotogenik apabila beraksi dalam majalah mangga yang memerlukan aku berbikini menunjukkan dada,tetapi untuk kesenangan aku sewaktu bersolat.

kamu juga mungkin bersusah payah untuk mengambil gambar dalam pelbagai posisi bagi memastikan gambar yang terhasil adalah kurus dimata kamu.Dan hasilnya,kamu tetap nampak gemuk seperti kamu itulah.

Ada juga aksi aksi mereka yang mengambil gambar separuh badan iatu hanya bahagian muka sahaja kerana risau serta tidak yakin untuk menunjukkan diri yang sebenar.(akulah tu)

Tapi aku memang bengang kalau kamu sebenarnya kurus,tapi asyik komplen "saya gemuk","perut saya buncit","bagaimanakah cara nak kurus",memang aku sebut babi kamu.
bagi aku kamu mengada ngada.

Aku merupakan seorang guru yang dahulunya pada setiap malam mengenakan skirt pendek untuk mengajar ,tak percaya?tak mengapa,ada banyak koleksi gambar namun biarlah aku simpan gambar seperti itu untuk rujukan suatu hari nanti,aku risau kalau kalau kapten ternaik nafsunya melihat aku atau syahmi mula terorgasm seperti yang selalu dia sebutkan.

Tapi sekarang aku dah berubah,skirt skirt pendek itu telah selamat aku jadikan kain pembersih kaki di pintu tandas aku,menarik kamu tahu...Memanglah sebagai seorang artis aku haruslah sentiasa menjadi seorang lain dari yang lain.

dan itu sahaja entri si jelita Pasa Sanda ini ya,kesimpulan yang dapat aku buat adalah ; kamu nak makan makanlah jangan sampai jadi macam aku,untuk cover perut aku yang buncit makanya selalu bila orang bertanya aku menjawab aku hamil.


p/s :maaf kepada yang pernah tertipu dengan kes kehamilan aku.

Pergaduhan Pertama

aku benci pergaduhan dengan mereka yang berpengaruh dalam hidup aku
kalau bergaduh dengan kamu tak kisah,bukan jadah apa pun bagi aku
aku dapati banyak perkara aku tidak sependapat dengan abang eman..aku akan buat mata kapten bernanah membaca luahan hati aku ni

Ada alasan mengapa aku menjadikan blog aku ini sepenuhnya dalam bahasa Malaysia kecuali headernya sahaja yang berbahasa Inggeris,ini kerana abang eman aku (sengaja dieja salah)
selalu membaca blog aku walau jadah satu habuk pun dia tak faham.Maka berbahasa Malaysia paling selamat bagi aku.

Ada benarnya pernyataan single itu lebih baik (kapten kamu pasti suka bila aku bersetuju dengan pandangan kamu bukan?) aku tidak suka perasaan marah serta rindu dan berpura pura yang ada dengan aku sekarang.

Aku benci mengaku aku bersetuju dengan pandangan abang eman,walaupun tidak bersetuju namun aku nyatakan ia dalam cara paling sopan tidak seperti sewaktu aku menjadahkan kamu.terus dilakukan tanpa halangan.AKu benci apabila terpaksa memikirkan perasaan orang lain.I am done with this feeling,ceh cakap inggeris la pulak.Abang eman mesti pikir,jadah done dengan apa ya.

Perbezaan budaya dan juga persekitaran memainkan penyumbang besar dalam pergaduhan aku hari ini.Aku sedar dan aku sangat bersetuju jika kamu memberi pendapat bahawa aku ini merupakan orang sukar menerima pandangan orang lain terutamanya jika pendapat aku terang terangan benar.

aku sedang berusaha menangkis sikap ini.bagi aku masa.

Aku rasa blog aku tidak akan bertukar menjadi blog cinta dalam masa terdekat ini kerana aku bukan seorang yang suka menonjolkan kasih sayang di khalayak awam.Aku bukan seperti kamu yang kalau naik motor peluk erat erat sampai boleh terasa bonjol di dada kamu.

Atau yang berpimpinan tangan kerana takut risau tersungkur bila berjalan.Aku bukan seperti itu.Aku seorang yang serius walau selalu membuat kamu ketawa dengan entri aku (atau kamu mencerut muka sewaktu aku membabikan kamu?)

hubungan aku dengan abang eman adalah yang paling matang antara semua kerana aku tidak pernah menyuruh dia berjanji untuk sehidup semati seperti yang kamu lakukan bersama teman lelaki kamu yang berjerawat batu itu ya.

Aku tahu dan aku sedar kalau kamu suruh kekasih kamu berjanji akan dilanggar lori ayam sekalipun jika dia meninggalkan kamu,tiada gunanya kerana jika sudah tiada jodoh memang tidak akan ada jodoh,tak kiralah betapa serasi sekalipun kamu dengan dia.

Makanya (gaya mak mentua intan)

perhubungan aku dan abang eman ini aku jalani atas dasar persahabatan dan dalam masa yang sama mencari keserasian bersama .Aku harap kamu pun begitulah.Matang dalam bercinta maka tidak akan ada istilah beraba rabaan di malam minggu.

Beragama dalam bercinta maka tidak akan timbul isu seks sebelum kahwin atau rasa sebelum kahwin.Babi kamu ,rasa rasa,kamu ingat ini nasi ayam ya.

Aku bukan membenci lelaki melayu,tidak...tetapi kebanyakkan pengalaman yang ada dengan lelaki melayu adalah sebahagian dari mereka sangat gila seks.INGAT.aku tulis sebahagian,kalau kamu bukan katogeri itu maka jangan melenting.

aku teringat kenangan yang pernah aku hadapi sewaktu menetap bersama ibu saudara aku di Kuantan Garden,seorang remaja lelaki (ya saat aku berusia 18 tahun),ingin berkenalan dengan aku,ok maka aku terima walau teman teman aku menganggap muka beliau tak ubah seperti anggota geng pecah rumah Kampung Pisang.Aku abaikan.

Tapi setelah beberapa minggu mengenali lelaki ini ,aku agak terkejut apabila dia meminta sesuatu iatu ; Yanti (kawan kawan lama aku memanggil aku Yanti),nak mintak kiss di bibir boleh?"

kamu pasti tahu apa aku jawab kan?

Babi!ahahahha..aku terus tinggalkan lelaki tersebut dan dia merupakan seorang MELAYU.

tak perlulah kamu sibuk mengulang ulang frasa ILOVEYOU sampai lapan juta kali setiap hari ataupun inginkan mesej selamat pagi dari teman lelaki kamu bagi memulakan hari kamu pada setiap hari,aku dapat rasakan dia sendiri rimas untuk sentiasa melapor diri kepada kamu.

Aku mengambil sikap besederhana di dalam soal ini,aku telah pun menempuh pelbagai jenis pengalaman bercinta di dalam hidup aku,aku tidak terlalu berharap tidak pula mengabaikan tetapi rasanya berpada pada adalah langkah yang terbaik dalam sesuatu perhubungan.

Malu bukan jika kamu kesana ke sini bercerita berkenaan teman lelaki kamu atau menyiarkan gambar kamu bersenggol senggolan di atas batu tapi akhinya "pelamin anganku musnah".
Kerana itu aku katakan berpada pada,jangan sampai orang meluat dan benci.

Bila meluat dan benci macam macam kata orang akan hamburkan.Belajarlah dari sejarah.
sejarah siapa?alah artis Malaysia ini ramai,ambil jelah yang mana satu kamu mahu ya.Jangan ambil sejarah Pasa Sanda ini,kerana masa depannya baru bermula
abaikan misai misai halus disekitar mulut

p/s : bercinta 18 tahun berkahwin tak sampai setahun.Kasihan bukan?oh,tadi abang eman tanya babi itu apa,aku jawab kuih..ok tak?

ulasan sehari dalam hidup Pasa...

hari ini bermula dengan tenang,aku bangkit pada masa yang ditetapkan iatu 5.40 pagi dan meneruskan pagi aku dengan mengajar anak murid aku seperti biasa (sabtu dan Ahad kelas dijalankan pada waktu pagi) sehingga jam 9 30 pagi.

Aku menemani Aunty Sharifah ke Tunas Manja transit point,mengikut perancangan awal aku sepatutnya dapat menikmati Ayam taipan (sejenis masakan Cina,Aunty aku kan cina mualaf)
kerana itu kami ke Tunas Manja bagi mendapatkan pes herba tersebut namun mungkin bukan rezeki aku,pes Ayam Taipan tidak lagi ada di pasaran Kuantan.

Hampir setahun aku aku tidak menjamah makanan ini. (sedang bersalivating)

Maka kami menukar rancangan,menikmati sarapan pagi di Teluk Chempedak dan aku tidak lagi bermain di gigi air semenjak kejadian aku terjumpa tuala wanita yang terapung di permukaan air laut yang berwarna hijau itu.

Selesai.

Aku berkira kira ingin membeli nasi ayam KFC untuk makan malam nanti tapi akhirnya aku berubah fikiran kerana aku memikirkan budget,wang masih mencukupi insyaALLAH.Kalau ikutkan lidah aku semua benda aku nak sapu walaubagaimanapun aku tiba tiba teringat keadaan aku bukan seperti dahulu lagi.

Aku kira situasi aku kini lebih baik dari dua bulan yang lepas yang mana aku hanya mempunyai RM10.00 sdi dalam tangan sedangkan masih ada dua minggu sebelum aku menerima bayaran untuk bulan seterusnya dan mengikut pandangan biasa aku sepatutnya tidak dapat makan,namun ALLAh itu amat baik,ada sahaja orang menghantar makanan untuk aku.

Kerana aku membatalkan niat untuk membeli kfc maka aku dan Aunty menuju ke parkir kereta sebelum dikejar dengan puluhan monyet.

monyet monyet tersebut hanya mengurumuni kereta Aunty ,aku ingatkan mungkin hidup aku berakhir dengan monyet yang puluhan itu menggigit dan mencakar aku,tetapi sebaliknya.

Mereka mengejar pada kali pertama sebelum membiarkan aku dan mengalihkan sasaran mereka pada seorang budak perempuan (aku kira dia remaja)yang badannya 3 kali ganda dari aku.

aku hampir tergelak namun memikirkan akan kejadian yang aku alami di Mekah,aku tidak berani.kamu harus ingat dalam kepala kamu bahawa,apabila kamu ketawa akan kejatuhan seseorang ,suatu hari nanti ALLAh akan menjadikan kamu di tempat mereka.

kami selamat pulang.
itu saja rentetan perjalanan aku pagi ini.

sampai dirumah yang telah enam hari tak bersapu,enam hari tidak bermop,tiga hari tidak menjemur kain walaupun telah siap berbasuh, aku online...

menyaksikan komen komen kamu membuatkan aku terpaku...walau aku sedih dan beberapa perkara tidak dapat aku tuliskan secara sepenuhnya disini namun aku tahu kamu memang peminat yang baik dan untuk itu jangan lupa undi aku untuk Anugerah Bintang Popular 2018 nanti.


p/s :entri kali ini selamat untuk dibaca oleh semua dan tiada siapa dibabikan,sila adakan kenduri parti buih sabun ya.

betapa tugas pendidik itu kadang kala mendidik kamu (abaikan perkataan jadah ya)

Pekerjaan sebagai guru ini amat memenatkan...dari segi emosi kerana kadang kadang ia menekan aku.

Aku tahu ramai guru guru diluar sana menghadapi simptom yang sama dengan aku.Walau sedalam mana cinta aku terhadap wang bidang perguruan ini,aku tetap berdepan dengan masalah masalah yang remeh namun kadang kadang boleh menjadi suatu tekanan yang sungguh dahsyat.

Antaranya apabila kamu harus menahan sabar,menyebut sabar itu senang tetapi untuk menahan kemarahan itu adalah sukar.

Pagi ini aku agak terganggu,aku tidak pasti mengapa namun pasangan bercinta pasti akan merasakan ini iatu kamu kadangkala menghadapi masalah kurang rasional apabila berdepan dengan hal remeh temeh.Kamu beruntung mempunyai kekasih hati yang duduknya cuma dalam malaysia ,kadangkala mungkin sebelah rumah,namun dapat bersms sehingga 2000 keping sehari,tak termasuk kol 8 kali sejam.

Aku ini sudahlah masanya berbeza,time aku sedang terbongkang baru sibuk nak kol.Benci.

kesannya mulalah aku nak marah.Tapi aku memutuskan untuk tidak menulis kemarahan aku terhadap anak anak ini.

Mereka hanyalah anak anak,apalah yang mereka tahu tentang cinta antara benua.


p/s :kalau kamu paham bahasa melayu Eiman,aku benci kamu suruh aku tunggu dan jangan sampai aku menjadahkan kamu (walau dalam hati tak sanggup kerana kamu hensem)

Sunday, December 14, 2008

bersama wartawan Hoodelicious

Nama ‘Timang-timangan’ anda oleh yang tersayang?
  • kak long - keluarga,sepupu,makcik,sampai yang moyang pun panggil aku kak..Apa jadah,aku muda lagi
  • pasa sanda - di blog ini
  • bett - dari zaman aku sekolah sehinggalah la ni
  • rabiah - cik kama ngan redouane panggil
  • sayang - redouane panggil (aku pun terjebak jugak..hahaha)
  • rabiah - eiman panggil (kadang kadang boo,tapi aku rasa macam aram jadah aja)


Anda seorang yang...
  • keras hati - aku tak kisah setakat kena pulau satu sekolah tu ,boleh jalan dah
  • confident level sangat tinggi -tapi tak terlalu la,aku yakin dengan kemampuan diri aku.aku suka diri aku,aku maafkan kesilapan yang pernah aku lakukan
  • tak kisah -kalau kamu panggil babi pun aku tak kisah ya,bukan mati pon
  • selalu menangis -ok ini memang macam jadah ,tapi aku cepat sedih terutamanya bila tengok cerita tamil dan intan
  • panas baran ? -tidak aku bukan orang yang cepat marah
  • suka ketawa
  • benci lawak bangang macam cerita raja lawak
  • aku tak suka tetamu yang tak diundang,tak kiralah ke rumah aku dan blog aku


Describe apa membuatkan dia terlalu istimewa dimata anda...
  • papa - kerana dia ayah yang sangat baik,dia sangat garang kalau kamu tak kenal dia tapi kalau dah kenal dia kamu akan tahu dia lembut hati
  • cik kama - sentiasa dikenang sebagai lelaki yang menabur jasa dalam hidup aku,baik hati dan sentiasa memanjakan aku (dahulu la)
  • redouane - sebagai lelaki yang banyak membantu aku untuk melupakan cik kama
  • eiman - seorang yang sering membuat aku ketawa dengan perangainya...setakat ini aku masih mengenalinya.satu tahun sebagai kawan masih terlalu pendek untuk aku nilai hati budinya



Makanan & Minuman favourite anda
  • daging masak kicap -mama aku masak
  • sambal sotong dengan petai - mama aku masak
  • varval - papa aku masak.sedapnya
  • nasi lemak dan nasi minyak -akak gemuk jual depan restoran Kuantan Curry House

Favourite colour
  • HITAM semata mata


Favourite song
  • lagu aku berubah mengikut mood dan waktu serta tahun.tiada yang tetap kerana aku cepat bosan



Siapa yg selalu membuatkan anda tergelak

  • kamulah,setiap kali aku selesai menjadahkan kamu



Sikap yg membuatkan anda stress
  • pemalas- aku tak apa,aku kan kena bersikap diva,barulah Fasa Sandha namanya
  • pemilih- babi ,kamu jangan cerewet sangat,orang kasi makan ,makanlah .
  • pengotor-mandi sekali ,gigi tak gosok
  • anonymous -macam haram jadah


3 benda yg mesti ada dlm bag anda

  • blueberry
  • purse
  • (aku tak bawak handbag,aku pakai tangan je)


Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?
  • semasa pertemuan aku dengan cik kama....aku menangis macam haram jadah kamu tahu...buruklah muka aku masa tu.


Perkara yg paling lucu atau memalukan dlm hidup anda
  • ada satu kali aku buat repot pasal alam flora garbage collector yang suka tinggal garbage depan umah aku ,aku siap kol maki maki maki maki dan maki skali sekali Indah Water rupanya aku telefon.memang malu macam babilah.hahaha

MPK tolong berbuat sesuatu

sewaktu aku ke parkir kereta yang terletak di Teluk Chempedak ,sebaik sahaja selesai urusan mengisi perut aku yang menyanyikan lagu "keroncong untuk ana " ini,aku di kejar puluhan monyet.Nasib baik aku terlepas,kalau muka aku kena cakar siapa yang nak bertanggungjawab

Aku ni bakal artis,muka aku ni aset terpenting,jangan sampai aku saman kamu.

Monyet ni pun satu,ribuan pelancong disitu,si pasa sanda yang jelita ini dipilihnya,tahulah aku berjiwa penyayang dan pengalaman aku berlari sambil memakai baju kurung adalah sesuatu pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Kamu terlepas aksi stunt dari Pasa.


p/s : aku rindu pada seseorang....dan aku ingin mmeberitahu,semua cerita yang aku pos disini adalah melalui auto publish,makanya aku mempunyai lebih masa untuk berehat,maklumlah akukan artis

CELAKALAH KAMU LINA JOY

kamu menang untuk murtad di dunia
nantilah kamu,diakhirat kelak kamu bakal dihumban ke neraka
Sudah diberi peluang namun kamu alpa

**sorang tolong hulur pasa pedang,aku teringin nak pancung leher kamu lina joy




Bahawasanya kamu rakyat Malaysia yang beragama ISLAM,pada nama dan keturunannya
walau kamu PENZINA,PEMBUNUH,PENJUDI,PEROGOL ,PEMINAT MERAH ,PENYUMPAH SERANAH dan PERJAHATAN sekalipun,pintu taubat sentiasa terbuka untuk kamu selama mana kamu tidak mensyirikkan ALLAH

p/s : sedih aku,kamu berdoalah moga kita sentiasa diberi hidayah oleh ALLAH...kamu percaya mati itu benar?kehidupan selepas mati itu benar?Ramai yang akan menjawab ya,namun berapa ramai yang meyakininya.

***Nabi Muhammad sendiri telah membenarkan hukuman yang amat zalim ini
dalam pengumumannya seperti berikut:

"Adalah tidak Halal (Sah) untuk mencurahkan darah seorang Islam,
kecuali dalam TIGA Perkara berikut, yaitu - Menjadi 'murtad' sesudah
dia memeluk Islam, kedua - Berzina sesudah berkahwin, dan ketiga -
Membunuh seseorang tanpa apa -apa hak atau sebab yang munasabah."

Sumber-sumber yang mengesahkan pengumuman ini adalah seperti berikut:

Hadis Sahih Muslim, Jilid I, ms. 267, tafsiran Nawawi

Imam Shafi'i, "Ordinan-ordinan(Undang-undang) al-Quran" Bah.2, m.s.46

Ibn Hazm, "Al-Muhalla", Bah.11, Jilid 8, halaman 377 dan 400

Syaikh Shaltut(Bekas Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir), "Islam: Satu
Dogma dan Undang-undang", hal.322

Dr.Afifi'Abdul-Fattah, "Semangat Agama Islam", m.s.408

Alan Chong,kamu hero Pasa untuk hari ini

aku terkurung di dalam rumah apabila aku tertinggal kunci di pintu pagar utama.sekali lagi Alan Chong muncul sebagai penyelamat selepas kejadian membuang bangkai kucing tempoh hari.Adakah ini bakal bermakna abang eiman bakal diduakan?oh tidak....

keluarga Alan agak pelik kerana sepanjang hampir lima tahun menyewa disini,aku tidak pernah melihat isterinya menjemur kain mahupun menyapu sampah diluar rumah.tidaklah aku pasti sama ada dia melakukan kerja di dalam rumah atau sebaliknya.Namun pada pandangan aku berdasarkan apa yang diceritakan Alan,aku yakin bahawa Alanlah yang melakukan segala kerja di rumah tersebut.

Selepas kejadian bibiknya dihantar pulang (beberapa bulan sebelum bibik aku dihantar pulang),Alan ada menerangkan bahawa kerja mereka menjadi mudah kerana mereka melakukan semuanya bersama sama.Anak lelakinya ditugaskan untuk membersihkan parkir kereta dan kadangkala mencuci kereta.

Manakala Alan lebih banyak menyapu halaman rumahnya dan halaman rumah aku.ini kerana setiap kali dia menyapu,penyapu lidi aku akan dipinjam,maka layak benarlah jika alan menyapu rumah aku bukan?tetapi tidak pula Alan memberitahu bahagian atau tugasan isteri dan anak perempuannya.

kasihan Alan,tidak cukup menjadi hamba kepada anak dan isterinya ,terpaksa menjadi hamba aku pula.Setiap hujung minggu dia akan menyapu laman rumah aku.


p/s :sesetengah orang memang ditakdirkan begitu.

Pasa Nak Berkenalan dengan mana mana pak cik pesara tentera


ekin,
aku tau kamu beli rumah,aku tumpang gembira,itu rezeki kamu.Tapi aku bukan bodo ya,kalau kamu tu takat belakon satu drama dan bukan Pasa Sanda,macam mana kamu boleh beli rumah sebegitu besar?

Pak Cik aku Kapten (B) tentera Laut diraja Malaysia,tapi jadah rumah dia biasa biasa aja.tolong Ekin ajar aku si Pasa ni ,macam mana cara nak beli rumah itu ya dengan pendapatan yang cukup cukup makan.

p/s :lepas ni kalau aku berpindah ke bungalow lapan tingkat jangan kamu terkejut kerana ia adalah dari hasil penat lelah aku mengajar tuisyen selama satu jam setengah setiap hari.Abang Eiman belikan rumah tersebut untuk aku*langsung tidak menyumbang satu sen pun sewaktu aku membeli rumah ini *



* = meminjam kata kata ikin

Pasa Seorang yang bukan FAKE!!!!

fake aku jadah mendanya.mana ada aku fake...ok,meminjam nama Fasa sanda (aku tidak mahu lagi menyebut fasha,kerana ia bermaksud keji)memang agak melampau,tapi aku kira itu sesuatu yang normal untuk pendatang yang baru naik seperti aku ini menumpang pada betis artis popular.

aku tidak pernah menangkap gambar gambar fake seperti ini,ya aksi aksi memuncungkan mulut seperti yang terdapat di dalam blog bakal pengganti Band Hujan iatu Syahmi.bukan aku.tapi aku tahu dan pernah melihat terlalu ramai anak anak cina yang suka memuncungkan mulut sewaktu bergambaran.

ok,aku boleh terima kalau kamu anak cina mahupun jepun sekalipun korea (faryn termasuk dalam katogeri ni) tapi kalau kamu seorang yang melayu dan berhidung pesek tiba tba kamu bergambar memuncungkan mulut dengan harapan ia akan menjadi gambar terkiut tahun ini,aku memang tak boleh terima.

kalau kamu mahu memuncungkan mulut gaya terbaik ,sila pastikan wajah kamu masih kekal kiut seperti ini.

aku tidak suka menjadi diri orang lain,tak kisahlah kalau kamu cakap aku ini bukan katogeri fotogenik sekalipun,sekurang kurangnya aku berani menampilkan diri sebenar aku dan tidak seperti kamu yang mungkin pernah menggunakan gambar jiran kerana tidak yakin pada diri sendiri.

buat apa kamu jadi fake?penulisan juga begitu,jika cara menulis kamu sama dengan mana mana blog yang konon popular,lambat laun pasti orang tahu juga.Adakah penulis lain seperti pasa sanda ini?

yang kerjanya hanya menjadahkan orang?tidak bukan,maka aku tidak fake..
istilah fake ini sangat meluas sebenarnya.jangan hanya menumpukan pada satu bahagian sahaja.kamu berlakon kamu baik sedangkan perangai kamu macam babi,itu fake juga.Kamu depan boyfriend makan nasi separuh,belakang boyfriend kamu satu kuali kamu telan lauk,itu fake nafsu makan.

kamu tahulah bab bab fake ini sebab kamu pun pernah menjadi fake...

Sebenarnya aku pernah menjadi fake.hahahha,aku mengaku,aku pernah bercinta dengan seorang hamba ALLAH dan menggunakan gambo jiran aku.Selama beberapa tahun juga aku menipu,setiap kali dia ajak jumpa aku kasi alasan,paling babi sekali ,aku cakap ada luekimia dan sedang menjalani kimoterapi di salah sebuah hospital sedangkan waktu itu aku sedang enak memakan nasi goreng sambil menonton cerita kantonis di TV3 yang bersiaran setiap jam 6 petang


"gila fake Pasa Sanda",mesti itu yang kamu katakan dalam hati kamu.Aku tahu,aku kan serba serbi tahu,pakar motivasi aku,penyanyi aku,pelakon aku,duta aku,rampas laki orang aku,ustajah aku semua pun aku lah.

Tapi perkara itu berlaku sewaktu usia aku 15 tahun,maklumlah masa itu produk L'oreal masih belum menjadikan aku sebagai Duta mereka,maka kamu tahulah muka remaja bukan?jerawat jerawat tak usah ceritalah.itu umpama hiasan utama,tu tak kira lagi ketinggian yang melampau.

Dulu aku malu kerana aku tinggi dan kerana akulah yang paling awal diberhentikan dari menerima duit raya.

aku selalu Fake Ayu bila time aku jumpa lelaki kegemaran aku iatu Tajuddin yang mukanya seperti Alex Young,sehingga hampir memutuskan persahabatan aku dengan kawan aku Fatiehah,kerana Tj meminati Fatihah.babi kamu TJ.Naib baik aku rasional

kamu tahu betapa susahnya nak menjadi seseorang yang bukan diri kamu?ya suatu tugas yang sukar seolah olah melatih kaki kamu yang biasa berjalan terkangkang untuk berjalan secara mengepit.begitulah keadaannya.

tapi itu cerita dulu.Sekarang aku tidak fake lagi,aku selesa menjadi diri aku sendiri.aku kira itu perasaan paling baik yang patut kamu ada dalam diri kamu,kerana bila kamu mula belajar menyayangi diri kamu,dalam masa yang sama kamu akan mengajar orang lain untuk menyayangi diri kamu juga.

tak kisahlah kalau aku ini gemuk,hitam,ada selulit di kaki dan perut sekalipun.Aku suka diri aku.Aku cantik.

Jadilah diri kamu sendiri kerana setiap dari kita unik bukan?tidak perlu memuaskan hati hati orang disekeliling kamu kalau ia akan membuatkan kamu menjadi fuckers fakers ok
Pasa Sanda tidak begitu kiut apabila memuncungkan mulut.....


p/s : aku baru selesai fake apabila mengatakan ya untuk menemani aunty ke pasar walau hati aku memilih untuk tido...aku tak apa fake,pelakon harus sentiasa memahirkan diri untuk fake barulah ada kepelbagaian watak dalam diri aku.

nota buat Sasa

kamu semakin menyepi sekarang?kamu tidak sukakah berkawan dengan aku lagi?
atau kamu marah kerana aku panggil kamu bengong?aku tidak marah semasa kamu panggil aku babi...
atau kamu malu berjalan dengan aku yang berjubah
dan memakai selipar bata?
kerana mereka semua menganggap aku ini ibu kamu..

kamu sudah mula lupakan aku bukan?
itu belum lagi kamu ke universiti,lepas ini pasti kamu akan tinggalkan aku lagi...

P/s :persahabatan itu sungguh aneh....Sasa aku rindu kamu,tapi tak mengapalah,aku doakan kamu bahagia bersama Si Kurus Farid.jangan telefon aku kalau adik kamu hilang kerana mencari bola.

Malam ini aku sendiri...

aku terasa sangat jiwang dan sepi malam ini.Maka aku membuat keputusan untuk bersajak

rindu didalam kalbu
umpama pisau yang menghiris lengan...
makin dihiris makin luka..
begitulah aku

kerinduan pada diri mu sayang (sila tambah muzik oh!sayang,engkaulah jejaka idaman -raja ema)
semakin....ah babi..

aku tak pandai melahirkan perasaan sayang dan kerinduan yang ada dihati ini.aku risau kalau kalau blog aku menjadi blog blog seperti kamu,yang mencanangkan kemulusan cinta suci kamu.tapi aku rasa ini cukup untuk membuatkan kamu tahu betapa aku sebenarnya masih mempunyai perasaan walau sering menjadahkan,membabikan,menyetankan kamu ,kamu dan kamu sekalian.

siapa kata pasa sanda tak punya perasaan?





p/s : sesuaikah aku sebagai seorang yang jiwang?kamu pasti sepi tanpa jadahan dari aku bukan, sayang?

Saturday, December 13, 2008

Jangan marah jika aku mula BLOCK kamu

dua malam lepas sewaktu berbual bual di skype,ada seorang lelaki memanggil aku African kerana tudung hitam yang aku pakai sentiasa,babi kamu.Apa kamu ingat kulit kamu putih sangatkah nak panggil aku African semua tu?

Kulit kamu lagi gelap dari aku tahu.tapi aku tak marah kerana kamu panggil aku African sebab aku tahu kamu dengki hidung aku mancung dari kamu kan?

Salahkah menjadi orang Afrika?kenapa kamu nak beza bezakan mereka?mungkin kulit mereka tidak semulus kulit kamu tapi ada masanya aku rasa mereka lebih baik dari kamu.

Dan satu lagi aku mempunyai tabiat memakai telekung sembahyang sewaktu kelas berjalan,bukan kerana aku nak tunjuk aku seorang saja yang ada telekung sembahyang tetapi sebaik sahaja aku selesai solat Maghrib aku harus siap sedia membuka pintu rumah aku menerima kehadiran anak anak murid aku.

Dalam masa yang sama aku akan segera menunaikan solat Isyak apabila masuk waktu.Suka suka hati panggil aku Ustazah,jadah kamu.yang kamu tu orang azan maghrib masih dok online,testis kamu mengalami kebocoran bulanan kah?

Aku boleh menerima gurauan,panggillah apa saja,babi ,jadah,&^%%,#*$*$(**#, aku tak kisah.Tapi kamu jangan mempermain mainkan peribadi aku yang suka mandi lima kali sehari,lantak akulah nak mandi berapa kali pun,aku punya sukalah,air aku bayo bukan kamu hulur duit untuk akukan?

Apa salahkah aku mandi lima kali untuk bersolat,yang kamu tu baik sangat mandi sekali sehari bau macam jadah pastu senang senang cakap "wangilah kamu nanti" atau "masuk syurgalah kamu nanti".

bila aku sembahyang lama kamu cakap 'sembahyang apa lama lama".kamu ini memang setan bertopengkan manusia.Kalau kamu nak jadi setan tahap babi sekalipun janganlah merendah rendahkan orang yang berbuat kebaikan.

kadang kadang aku bertemu ramai manusia yang celaka.
oh! jadah apa aku terangkan kehidupan aku pada kamu,bukan kamu laki aku

p/s : maaflah aku dah delete kamu dari skype account aku ya.orang jadah macam kamu ni tak layak buat kawan.babi pun lari.

Merapu dan Dalam Masa yang sama ada ilmu

aku tak kisah kalau kamu tidak menjadi follower aku untuk membaca entri aku,benar,aku sendiri tidak menjadi follower kamu dan secara rasminya aku tidak lagi bergelar follower kepada mana mana blog popular.

bukan kerana aku merasakan aku popular namun atas sebab cerita mereka tidak begitu menarik pada pandangan aku dan aku bukanlah orang yang menulis untuk menepati piawaian umun atau khidmat sosial untuk masyarakat atau jenis orang yang mementingkan kualiti.

Bagi aku apabila kamu mula menulis dan risau akan pandangan umum terhadap hasil tulisan kamu maka kamu tidak ikhlas lagi,kamu akan mula menyembunyikan kebenaran dan kamu risau kalau kalau rating kamu jatuh.

Aku tak kisah kalau kamu panggil blog aku mengarut sekalipun ,haram jadah atau merapu sebab aku menulis bukan untuk kamu,tetapi untuk diri aku sendiri.

setiap orang ada nilai kemerapuan mereka sendiri tapi dalam merapu aku kamu harus baca baik baik sebenarnya isi entri aku ini berisi ilmu,bukan kosong semata mata,melainkan kalau kamu orang yang otaknya agak bodoh tidak mahu berfikir isi yang tersirat di sebalik yang tersurat,mesti rumusan kamu time periksa bahasa Malaysia dahulu failkan?

itulah kamu sebelum kamu melabel blog aku dengan panggilan tertentu silalah tengok blog kamu dahulu ya.dalam meraban aku berisi ilmu,blog kamu isi apa?

kononnnya berilmulah tu kalau bergeselan dengan bukan muhrim ya,berpeluk pelukkan jantan betina macam haram jadah?

kamu jangan samakan aku dengan kamu,aku lain.Aku duduk rumah dua puluh empat jam ,memang kerja aku membolehkan aku online dari rumah,kamu tu udahlah internet pun curi dari tempat kerja,lepas itu nak menambah dosa mengutuk aku.

Nasib baik aku pemaaf,jadi aku maafkan kamu.

oklah aku harus berenti disini dulu.Aku sedang berkira kira sama ada mahu ke masjid untuk solat Asar atau waktu Maghrib,kamu jangan lupa solat ya,ingat perkara pertama dihisab nanti adalah solat bukan tahap kemerapuan blog aku

p/s :kadang kadang terleka jua maklumlah pasa hanya manusia biasa

TOLONG JANGAN SALAH GUNA ISTILAH BINTANG

aku cukup geram kalau ada orang yang menyalah gunakan perkataan bintang dalam bidang nyanyian terutamanya.Tolonglah (sila baca gaya Jaafar Onn)

kamu harus berhati hati menggunakan istilah bintang ya,walaupun aku bukan guru bahasa Malaysia namun aku pernah mencapai A1 dalam kertas Bahasa Malaysia SPM (sekadar ingin riak akan kelebihan diri)

Rancangan program realiti Akademi Fantasia bukanlah akademi sepenuhnya ya,rancangan itu dihasilkan semata mata atas tiket mencungkil bakat baru selain memberi pulangan lumayan pada maxis haram jadah itu.Jika tidak masakan dapat memberi hadiah berupa kediaman kepada pemenangnya.

Maka,sila ambil perhatian,mereka yang terkeluar pada minggu pertama dan minggu minggu terakhir hanya layak dipanggil peserta bukan pelajar melainkan jika mereka menghasilkan sekurang kurangnya satu single murahan,maka bolehlah aku gelarkan mereka sebagai artis picisan.

Sedaplah kamu,belajar konon tiga bulan (ada yang sesetengahnya seminggu,lagi haru)tergedik sana,tergedik sini,bergelek sana,bergoyang sini,senang senang sahaja dapat status bintang.

aku menyampah dengan rancangan ini demi sesungguhnya,aku benci mengenangkan lawak bangang AC Mizal yang bodoh sombong itu berkenaan insiden mengaku anak ada dua sedangkan anak ada empat,jadahlah kamu AC.

Aku benci melihat wajah Fauziah Nawawi yang setiap kali kamera fokus dia akan buat buat muka sedihlah,seriouslah,aku menyampah.

paling aku benci drama di penghujung acara.

kalau nak kasi mereka keluar,keluarkanlah aja,tak payah nak membikin debaran yang tak mendebarkan langsung.Kadang kadang bila aku tengok aku rasa macam nak tendang tendang punggung mereka yang bakal keluar tu.

Sedih lah kononnya berpisah dengan rakan di dalam Akademi,padahal dengan adik beradik sendiri saling bertumbukan.Kenapa kamu nak beria ria sangat menangis macam orang mati laki,esok esok kamu jumpa semula kan?

Yang bernama cikgu pun sama,nama aja cikgu,bodoh..atau kamu dibayar untuk turut menangis wahai cikgu cikgu sekalian?

paling penting ada beberapa senarai peserta AFyang aku benci dan sebaik sahaja aku mendapat tawaran kontrak dari maestro ,aku akan pastikan mereka ini akan mendapat tonyohan kepala dari aku

pelajar bertuah itu adalah

  • mila
  • dekna
  • nora
  • faizal af4 af6
  • reza
  • nadia (aku sungguh tidak dapat mengawal kebencian setiap kali melihatnya)
  • stacy (sikit sikit terlebih sudah...)
  • nubhan (tolong ..tolonglah jangan jadi penyanyi kalau takut untuk menyanyi)
aku dah membuat keputusan,Akademi fantasia yang bakal datang ini ,aku akan berusaha keras untuk tidak mendapat kad merah seperti yang pernah aku perolehi pada tahun 2004 di Swiss Garden Hotel and Resort.hahahahah.

jaga jaga kamu semua,siapa yang bergelar pengikut pasa sanda,jangan lupa untuk undi Pasa ok.
tengah pikir ayat trademark yang sesuai "jadah Kamu"..ok ke?


p/s :sekadar bintang di blog

CJ7 yang sesuai menggantikan watak joyah dalam cerita Opah

soalan dari CJ7 yang buat aku rasa nak membabikan orang sahaja pada malam ini.

1-aku nak tau pasal encik kama sutra dari a-z,beserta bukti&gambar
2-aku nak kamu komen lagi pasal ikin dan mawi
3-komen pasal astro15,hari2,konsert mawi
4-adakah kamu masih meminati@Memaki erema[setelah menonton WHI]
5-kamu perlukan pembantu tak untuk uruskan anak muri kamu[kerja 0]
6-cerita lagi pasal riduan kamu
7-aku nak tengok gambar ayah eiman
8-detik pertemuan kamu &eiman
10-personally, kamu lebih meminati fasha,pasha,cik kama,eiman,dugong@aku?
11-artis paling kamu benci
12-tempat paling menarik pernah kamu makan angin[bukan buang angin k]
13-blog paling kamu minati[jujur ya,jangan bodek kawan]
14-perkara paling jahat&baik pernah kamu lakukan
dan yang terakhir...
15-adakah aku akan dimaki??

jawapan kepada soalan kamu :

1 ) aku telah katakan dalam topik yang sebelumnya bahawa aku tidak akan menyentuh bab cik kama lagi,tambahan kami telah enam bulan berpisah,cukuplah jika kamu tahu bahawa sahabat sahabat dunia fana aku pernah menyaksi Cik Kama dalam hidup aku,antaranya Sasa.

Gambar beliau tidak dapat aku siarkan bagi menghormati isteri , anak anak dan menantunya bahkan pelanggan pelanggannya yang berjumlah ribuan orang,jika aku menyiarkan gambar kami bersama berkemungkinan hidup aku berakhir di penjara dan disaman malu.

namun aku sertakan gambar aku beserta bekas bibik aku yang telah selamat pulang ke Indonesia.





2 ) Aku bukanlah peminat tegar mawi mahupun ikin,dari zaman dia sebelum bertudung dan selepas bertudung sekalipun,aku tidak mahu mengomen hal jodoh kerana ini semua urusan Tuhan.Kerana seperti mana aku tidak mahu kalian mempersoalkan urusan jodoh aku begitulah juga aku tidak akan mengomen jodoh kalian.

3) ah biasalah,bukan kamu tak biasa konsert ulangan Mawi semua itu,aku kira itu lebih baik dari mereka siarkan konsert yang mengandungi Faizal AF4.hahaha dan Astro kaki pengulang cerita paling bangang di dunia.

4) aku tidak pernah meminati Erema dan tidak pernah berpeluang menonton siaran WHI,namun aku percaya setiap dari kita memiliki sebab tersendiri dalam membuat keputusan.Erema telah membuat keputusan untuk dirinya ,mungkin kelihatan kejam namun aku rasakan itu lebih baik dari berpura pura.

5) aku tidak memerlukan sebarang pembantu bagi urusan kerja aku kerana aku agak sukar untuk mempercayai orang.

6) redouane?aku tidak dapat menceritakan berkenaan diri dia lagi kerana aku tidak mahu mengenang masa yang lepas namun aku sangat berterima kasih kepada Redouane kerana membantu aku melupakan cik kama .Aku percaya redouane kini sedang berbahagia (begitulah hendaknya)

7) gambar ayah Eiman ,nanti aku tanyakan ,namun kalau dia tidak memberinya janganlah kamu meroyan pula ya,kerana aku tidak suka memaksa orang tambahan pula mereka itu bukan keluarga aku.

8) aku mengenali Eiman di salah satu rangkaian sosial ,lebih kurang setahun yang lalu,sebelum ini Eiman pernah menyuarakan hasratnya untuk berpacaran sama aku (sila baca gaya intan),tapi aku menolaknya memandangkan aku pada waktu itu menjalinkan hubungan dengan Mickel London,duda yang juga dari Amerika.hahahhaha. aku tidak mahu menceritakan hal ini dengan lebih mendalam kerana aku tidak suka menjengkelkan orang dengan kisah cinta aku yang selalu dan sering saja tak kesampaian.

9) aku lebih meminati Eiman namun dalam masa yang sama Cik Kama akan terus mendapat tempat yang khusus di hati aku.

10) artis paling aku benci???...hum susah ya,namun aku benci mereka mereka yang terlalu sosial dan berpura pura di hadapan peminat,contoh,kamu beritahu peminat kamu tidak merokok namun kemudian akhirnya kamu terkantoi memegang rokok ; Sazzy Falak contohnya

11) tidak akan ada tempat paling menarik paling indah paling menawan hati aku melainkan Madinah dan Mekah,aku tidak kisah jika aku tidak menjejakkan kaki ke negara lain sekalipun.

12) terus terang aku katakan,aku tidak meminati blog sesiapa pun namun aku suka untuk mengikuti kisah hidup setiap dari mereka.dan jujur aku lebih menyukai blog aku sendiri.hahaha

13) perkara paling jahat aku lakukan ;
a) hampir meruntuhkan rumah tangga Cik Kama dan saban waktu aku berdoa moga mereka berbahagia sentiasa walau itu bermakna aku harus mengorbankan perasaan aku.

Paling baik
b) aku tidak berani menulisnya kerana ini urusan ALLAh,nanti jadi sia sia.

yang terakhir
aku sangat berharap pertemuan aku dengan cik kama baru baru ini merupakan yang terakhir namun entahlah...

14) babi ,sudah pasti kamu wajar dimaki kerana membuatkan aku mencari gambar gambar lama yang sepatutnya telah lama terhapus dari memori aku.

p/s :lepas ni aku takkan buat seisi soal jawab lagi ,macam jadah aku nak menulis.

bok bon yang dendamnya seperti degawan

ini soalan sama taraf dengan cj7,kamu memang busuk hati bok bon mentang mentang aku kasi peluang ,macam jadah kamu menanya aku ya


1.kenapa tarzan tidak berjanggut?
alah ,tarzan tak dak janggut sebab dia memiliki janggut lain yang lebih janggut dari janggut itu sendiri

2.kenapa tiada lampu didalam ruang sejuk beku peti?
kamu ingat ini motosikal ke hapa,dah isi makanan dalam peti je kan,jadah hapa ada lampunya

3.kenapa pilot kapalterbang kamikaze jepun memakai topi kulit instead of topi keledar pilot biasa?
dah nama kamikaze,pakai kulit ka,pakai rotan ka,jadah akhir mampus jugak

4.kenapa akademi fantasia,OIAM,jadah-jadah seangkatan dengannya macam haram?
haram sebab tak dak Pasa,cuba kalau ada aku tengok ,kamu pasti terlopong sampai gajah lalu pun kamu tak sedar

5.kenapa tiada filem produksi malaysia sehebat filem city of god atau raging bull atau apocalypto atau apocalypse now?
Selagi ada pengarah macam Yusop Selam dengan Rajak Moheden tu lagi tulah jangan kamu mimpi nak ada filem hebat berkenaan ,kalau ada pun mungkin versi anak mami barangkali

6.kenapa SDB tempohari hambar? dengan tiada penyertaan star-star, kenapa?
SDB ni jadah apa ya?

7.berapa liter anggaran penggunaan petrol bagi sebuah motosikal 4 lejang untuk pemanduan dari pasir puteh ke setapak?
aku jalan kaki,sila tanya Faryn ,dia taula tambahan pula beliau menggunakan gambo motosikal sebagai header utama

8.Dimanakah terdapatnya bundle jaket untuk penunggang motosikal keluaran 70'an, 80'an dan 90'an. Khas untuk peminat jaket old skool. nak beli baru takde, dimana?
bapak aku ada,tapi bukan bundle la,aku tak masuk bundle,aku masuk kedai kain meter seri maju yang terletak dijalan Pasar

9.kenapa ada insan tergamak untuk membuat filem seperti antoo fighter dan cicakman?
kerana mereka bodoh.Cicakman tu pun bodoh.hanya orang bodoh akan menonton filem bodoh yang dilakonkan oleh pelakon bodoh (jangan tonton filem melayu melainkan ia keluaran Yasmin Ahmad)

10.bagaimanakah cara yang terbaik dan tercepat untuk kembali mendapatkan bentuk badan yang menawan dan membuatkan insan-insan lain mengetap bibir menahan geram, any tips?
ok ini perlu gambar bukan..mari aku tunjukkan
dulu aku begini

akhirnya begini
(sila amalkan makan epal , minum air soya ,kurangkan nasi dan banyakkan bersolat)

11.kenapa suami begitu sekali protect isteri masing-masing dari dikenyit mata atau dipewwiitt oleh lelaki lain sedangkan bila isteri nak beranak, dia sorongkan isteri dia punya *takleh cakap dosa* pada doktor lelaki? yang ni dah lama gua curios.
oh ini senang aja,kalau tak nak bini dia mati masa beranak ,silalah benarkan,kalau mahu bini mati,boleh saja,kamu operate lah sendiri.

Friday, December 12, 2008

Pasa menjawab bersama wartawan Huzz Ombak manja

soalan pertama datangnya dari cik manis yang memang manis ya

nk minx idea untuk post entry pn bleh jd entry..
kalau kamu ingin tahu ini namanya kreativiti,seorang artis bukan sahaja perlu berjiwa seni bahkan disertai kreativiti dalam kata lain harus pandai mencari peluang untuk mendapatkan populariti cara mudah,

contoh seperti Pasa, yang menempel dimana mana sahaja ada kamera.tak kiralah sama ada kamera itu papa aku punya atau opah kamu,yang penting mesti ada imej aku

soalan kedua pula adalah dari CJ7,aku agak mungkin dia tinggal di cyber jaya barangkali.dikesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk menjadahkan kamu kerana memberi soalan yang macam puaka.

Apabila aku menyuruh kamu menyoal bukanlah bermaksud beribu ribu lemon soalannya.

Jadi aku mengambil keputusan untuk membuat entri khas untuk soalan CJ7,ekoran soalannya yang terlalu banyak.harap maaf cj7

soalan ketiga datangnya dari Zaidon dengan soalan

saya nak tanya, bilakah majalah 'mempelam muda' keluaran syarikat Cik Pasa akn berada dipasaran.. erm saya nak jadi model dlm majalah tu boleh..

mintak maaflah zaidon sayang,majalah tu hanya akan memuatkan wajah aku semata mata.tidak ada yang lebih layak bergambar di tepi pantai melainkan aku .Harap kamu boleh cuba tanya Mama Juwie untuk bahagian beraksi di kolam renang ya.

soalan keempat adalah dari Faryn ya,yang mana merupakan salah seorang pekerja bank yang sungguh berdedikasi selain mahir dalam memperlakukan pejabat seperti milik opah sendiri.

bila ko nak naikkan gaji aku ni?
jadah kamu naik gaji,kerja haram,nama aku tak tersenarai dalam jemputan kahwin si mawi ikin,PR menda macam tu..ap barang pegi duduk dalam dewan kampung aja,aku mahu duduk di Palace of Golden Horse Hotel.kalau boleh jadi pengapit mereka.

soalan kelima adalah dari nurulHuda ,sungguh bagus soalan ini dan aku amat senang hati untuk menunjukkan gambar murid kesayangan aku.

siapakah anak murid kesayangan cekgu pasa.

setiap dari mereka merupakan sumber inspirasi aku,yang mana sama ada gambar mereka tersiar mahupun tidak,aku sayang kesemua dari mereka.Murid murid aku adalah penguat semangat aku,sumber rezeki yang diberikan Allah.maka setiap dari mereka merupakan kesayangan aku.











soalan keenam adalah dari Pok Li yang sekarang berada di marang,tempat kekasih lama aku iatu Abdul Hadi menetap.

Apa kaitan Fasya Sanda dan Pasa Sanda

Fasha Sandha tidak ada kaitan apa apa dengan Pasa sanda,aku adalah tersendiri manakala Fasha Sandha orang yang tidak tersendiri.Aku bukanlah peminat beliau yang tegar namun aku menyukai nilai estetika dalam diri Fasha Sandha yang seringkali membuat muka toya walau diboikot wartawan.

soalan ketujuh adalah dari ainaa,memiliki nama yang sama seperti rakan aku sewaktu bersekolah di sekolah menengah Sultan Omar dahulu.Sungguh banyak soalan kamu,tetapi kerana kamu orang baru di blog aku maka aku dengan sopan santunnya akan menjawab soalan kamu

emm adakah cik pasa meminati cik fasha sandha?,sudahkah cik pasa menonton film terbaru fasha-cicakman2?,apakah mknn kegemaran cik pasa n cik pasa pndi msk ape?,cik pasa pndi nynyi(i da dgr kat utube ;P) xmo bikin album ke..n lg..cik pasa geli dgn ape..mcm lipas ke..
a) aku bukanlah peminat Fasha Sandha bahkan aku tidak menyukai dirinya langsung

b) harap maaf aku tidak akan menonton filem melayu walau rosyam noor sekalipun berlakon melainkan ia merupakan filem arahan Yasmin Ahmad

c) makanan kegemaran aku dahulu adalah lauk ayam semata mata dan itulah caranya aku naik sekitar 30 kg,percaya?Namun kini aku lebih senang makan lauk sardin beserta telur dadar atau kicap beserta telur mata kerbau.

d )aku sedar suara aku tidak layak untuk masuk ke Akademi Fantasia,suara macam aku ini patut masuk ke American Idol,mungkin suatu hari nanti.

e) aku geli dan phobia dengan kucing...eiiiii....

soalan kelapan adalah dari DA1882 ,yang mana nombor ini sering terbayang dimata aku setiap kali aku melintasi jalan raya.

apakah produk penjagaan muka yang kamu pakai?

sejujurnya aku bukanlah mereka mereka yang mementingkan penjagaan wajah,bahkan produk neutrogena yang aku beli sekitar tujuh bulan lepas masih belum luak,jika mahu wajah berseri amalkan mengambil wuduk mengikut cara yang betul.


berserikan,terima kasih air wuduk....

soalan kesembilan pula adalah dari gaosop yang come lote,soalan yang pendek serta tidak membebankan seperti soalan bok bon.

apakah perbezaan antara cik pasa yang anggun ni berbanding ngan pelakon fasha sandha itu?
perbezaan ketara antara cik pasa dan juga si fasha adalah

  • cik pasa bertindik telinga manakala cik fasha bertindik lidah dan pusat
  • cik pasa menghabiskan masa dirumah manakala fasha bersiar siar ke kelab malam
  • cik pasa bertudung manakala fasha hanya bertudung untuk lembaran iklan di kelantan
soalan kesepuluh datang dari cj7 ya,semalam aku dah buat satu entri khas untuk soalan kamu yang berjela jela tu,tapi kerana ini ada berbaki satu soalan maka aku jawab.

kenapa sejak aku jumpa blog kamu,aku dah jadi penagih tegar?setiap kali o9 je,pergi kt cni.aku xphm.kau ade gn ilmu pukau?

percaya bomoh itu syirik,syirik boleh membawa kafir,kalau jumpa bomoh tapi tak percaya,40 hari solat tidak diterima.tidaklah aku mempelajari ilmu pukau.Aku rasa mungkin aku menulis apa yang ada dihati aku dan tidak pernah berfikir panjang untuk menulisnya.

Aku tak kisahlah kalau jiran aku membaca apa yang aku tulis atau cikgu sekolah aku dulu geleng kepala melihat topik yang aku tulis.

soalan kesebelas datangnya dari Kikuri,cikgu yang selalu tension nak menyemak kertas bahasa Inggeris.

Antara farid kamil ngan latif borgiba, kenapa fasha sandha menjadi pilihan saudari?

Akukan perempuan,kalau aku jadi latif borgiba nampak sangat aku seorang yang sungguh pengkid.fasha melengkapi ciri ciri yang bagus untuk menjadikan aku seorang yang popular.



SOALAN DENGAN RASMINYA DITUTUP,SAMPAI BERTEMU DIBULAN HADAPAN

urm...hangatnya malam pertama

hari ini merupakan malam pertama sekali semua ini berlaku.
aku tidak sabar menunggu reaksi kamu beserta soalan kamu kamu dan kamu semua,silalah tanya.

tolong buang figura bahawa aku akan menulis bab topik seperti ulasan untuk kama sutra mahupun ulasan bagi gambir sarawak ya.kerana bab ini aku belum khatam lagi (sambil mengerdipkan mata ke arah Eiman,kekasih diantara benua ku)


baiklah entri terakhir malam ini,sila tanya cik pasa apa apa sahaja ya tetapi bukan topik berunsur seks mahupun politik dan ekonomi negara.

Pasa ini seorang yang bengap dalam maths.

Jadi kamu boleh berparti malam ini kerana buat julung kalinya aku memberi kamu kebenaran untuk bertanya apa sahaja tanpa ada risiko dibabi mahupun dijadahkan oleh aku

cik anon pun dijemput..silalah...


Pasa menanti kamu menyoal...sila kumpulkan soalan kamu sekaligus,aku akan menjawabnya dalam entri akan datang.




p/s : ini adalah cara sopan untuk meminta bantuan kamu memberikan aku idea bagi menulis..

Pasa sungguh pandai menjiwai watak

Bagaimanakah jika suatu hari kamu bangun dan kamu dapati blog si Pasa sanda ini tidak lagi wujud.

bagaimana pula jika blog kamu sendiri tidak wujud?

aku tidak dapat membayangkan kelukaan hati aku mahupun kelukaan hati kamu apabila berdepan dengan situasi itu.Aku merasakan blog adalah satu satunya cara untuk aku berkata kata bahkan secara jujurnya aku telah meninggalkan rangkaian sosial yang selama ini aku sertai,bukanlah secara terus namun kehadiran blog menjadikan aku semakin lupa akan rangkaian rangkaian tersebut

Jika suatu hari nanti kamu menyedari aku tidak lagi ada dan blog aku hilang dan tiada lagi dalam enjin carian google,maka kamu harus tahu bahawa aku tidak akan pernah melupakan kamu.

blog ini apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan persahabatan dengan kamu.

kamu mahupun aku tidak pernah pasti berkenaan kehidupan kita bukan,adakalanya hari ini kamu ada mungkin esok kamu tidak lagi ada,yang tinggal hanyalah nama.begitu juga aku.tiada apa yang pasti kecuali janji ALLAH,itu sudah tentu.

makanya (seperti biasa sila baca gaya Merriam Bellina mak mentua intan)

kalau kamu tidak mahu kehilangan aku,kamu harus mengadd aku disini juga

pasa sanda si jelita berbisa


hahahah...dan begitulah akhirnya tapi aku benar benar maksudkan bahawa aku tidak mahu kehilangan kamu sebagai sahabat maya walau kita tidak pernah bersua muka.


p/s :ditulis semata mata untuk meraih undi dan juga menambah follower.

ini motivasi dari Dr R.A Pasa Sanda Al Haj

aku tidak tahu bagaimana untuk memuaskan hati kamu Cj7 dengan cerita aku dan cik kama,rasanya macam aku perlu menutup buku lama kerana aku sedang menuju ke depan namun sekali sekali toleh tolehlah ke belakang moga pengalaman yang lalu dapat kamu jadikan teladan.

pertama sekali banyak aku belajar dalam hidup aku,antaranya bagi kamu yang masih solo dan belum berpunya serta walau terdesak mana sekalipun kamu,jangan pernah mengambil laki orang,pedulikan kata orang orang kampung Gua Musang kamu (sambil jeling kearah bok bon) yang sibuk menanyakan bila kamu akan menamatkan zaman dara (kalau masih dara) ataupun yang akan menamatkan zaman janda ,mereka bukan tahu apa apa masalah kamu.

Perkahwinan bukan akan menyelesaikan masalah kerana itu ada sebahagian dari kamu yang di takdirkan bujang ke akhir usia kerana Allah tahu yang terbaik buat kamu.

Menjadi yang ke dua mahupun yang ketiga banyak masalahnya.Jangan kamu percaya dengan kata kata boya berhidung rimau ni (kapten boya darat sahaja).Mereka akan menjanjikan sejuta kemanisan sebelum mereka memiliki kamu namun sebaik sahaja kamu mereka miliki secara mutlak kamu akan tahu betapa kemanisan yang mereka janjikan selama ini adalah kepahitan yang paling dalam sekali rasanya.

Kamu pun wahai isteri,walau dah bergelar isteri 20 tahun sekalipun jangan kamu terlampau percayakan lelaki tak kisahlah laki kamu itu tok imam kampung pisang sekalipun,simpan 20 % ragu ragu maka kamu akan berjaga jaga dan sentiasa menjaga suami kamu.

kadang kadang kamu memasuki zon selesa dimana kamu merasakan apabila kamu telah memiliki anak maka laki kamu tidak akan meninggalkan kamu,tapi kamu silap kerana ada kalanya cinta suami itu boleh berubah kerana kamu telah tidak seperti dulu lagi.

tidak bergetah sana,menggeleber sini dan tolonglah,sentiasa mengenakan baju dalam kamu ya,jangan biarkan dada kamu melondeh macam janda 60 tahun,aku tengok pun segan tahu,kalau macam tu bukan suami kamu saja lari bahkan hantu bok bong sekalipun lari tak cukup batu melihat kamu.

kenapa aku berkata begini?

aku pernah menjadi Faradhiya dalam cerita Spa Q suatu ketika dulu.bezanya aku lebih berperikemanusiaan dan tidak sanggup meruntuhkan masjid yang dibina oleh makhluk yang bervagina seperti aku

bagi aku kami sama sama menjadi mangsa keadaan,aku sendiri jika diberi pilihan tidak mahu jatuh cinta dengan suami orang,hanya Fasha Sandha saja yang sanggup berbuat demikian.aku ni hanya bakal pasa Sanda ,lupakah.

namun satu perkara yang amat aku puji berkenaan peribadi Cik Kama,beliau tidak pernah memburukkan isterinya waima sekali bahkan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan suami,kredit untuk beliau.

bukan seperti kamu,sudahlah mahu beristeri dua,poket kosong,beli susu anak pun hutang ada hati nak kahwin dua,dalam bab ini pandai sangat nak mengikut sunnah nabi,habis sunnah yang lain kenapa kamu tinggalkan,jadah kamu.ini bukan ikut sunnah nabi,ini namanya mengikut nafsu kamu.

ada pula yang salahkan isteri,memang kamu tak bersyukur,dengan muka kamu yang macam spedal tayar beskal tu ada juga orang mahu,isteri kamu itulah yang bersusah payah berada disamping kamu,bila time kamu nak menduakan dia,sedap sedap kamu cakap bini kamu tak memahami kamulah,bini kamu tak best lah,yang tak best itulah keluar anak sampai lapan orang tiap tahun.

Cik Kama lain,jangan samakan dia dengan kamu,dia kaya,lebih dari berkemampuan,gajinya sahaja 4 ribu satu hari,dia tak pernah burukkan isteri dan anak anak dia selain daripada tu dia seorang yang baik.

kesimpulannya untuk kamu Cj7 yang begitu meroyan nak mengetahui cinta tamil nadu antara aku dan cik kama : jangan pernah bermain dengan suami orang,kamu rasakan pelangi itu indah bila kamu jauh,namun suatu hari apabila kamu telah mendekatinya,kamu akan tahu ia hanyalah ilusi yang terpantul dari cahaya.

p/s : masing terngiang ngiang suara isteri cik kama yang menjerit diluar rumah aku dengan jeritan "hei,Perempuan babi,keluar".sesekali dibabikan agak melukakan bukan?

Kamu wajib menjawabnya untuk membuktikan sejauh mana kamu mengenali aku

Sesiapa yang kena tag, 10 sesuatu berkenaan orang yang men'tag' dia. (about gaosop..)

  • nama dia ije
  • aku panggil dia gaosop
  • sekarang ni dia sedang belajar di maktab
  • tak lama lagi dia akan berangkat ke UK meninggalkan si Pasa Sanda ini
  • pakwe to be dia namanya Along
  • sangat baik kerana rajin memberi komen
  • dia masuk peraduan milo
  • terer matematik
  • aku tak terer matematik.hahaha
  • dia bukan bakal artis
2. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya.

  • rabiatul adawieyah
  • 22 tahun
  • anak sulung dan tunggal perempuan dari enam beradik
  • anak kesayangan papa (ye ke??)
  • manis
  • menarik
  • the boom
  • pasa sanda
  • sarkastik
  • susah untuk marah

3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

  • faryn (sila jawab)
  • jard (maaf aku tagged kamu lagi)
  • kapten (aku tahu dia takkan jawab sekadar mengingatkan beliau pada hutang lamanya)
  • hoodelicious (ini pun ada hutang aku)
  • bokbon (seorang yang baik dan baru menjawab tagged aku)
  • DA1882 (ni plat kereta ke apa ha)
  • dhada
  • Farhanalicious
  • zaidon (marilah membuat tag ini,salah satu cara menenangkan hati)
  • hanis (salam perkenalan)
also,award for you.



p/s: sapa yang kena tag, wajib amik award ini. sekian

Bila Pasa Dilamun Cinta Asmaradana (dalam versi yang lebih baik)

sila abaikan kualiti gambo yang macam haram jadah ini ya








sungguh bahagia rasanya semalam kerana selepas dua bulan tidak bersua wajah dengan teman lelaki aku yang berada di California,akhirnya kami berpeluang bermesra mesraan menerusi web cam...Panggillah aku jadah sekalipun aku tak heran ,apalah kamu tahu tentang hubungan jarak jauh.

Aku mempunyai teman lelaki?
ya?

aku agak aku manusia yang tidak mengenal erti tempoh bertenang selepas kelukaan yang aku perolehi dari Cik Kama dan Redouane,ketika ini istilah pasang tiga sungguh bermakna dan memberikan hasil yang bagus.

kerana kamu tidak mengharapkan seorang lelaki sahaja dan kamu tidak meletakkan lelaki tersebut sebagai pilihan kamu yang utama,maksudnya kamu berserah pada ALLAH yang selebihnya.itulah konsep curang yang lebih sopan disebut berkawan kawan.

Kadang kadang kamu bercinta sampai tertonggeng tonggeng ,siap buat blog berkenaan betapa sejatinya cinta kamu dan dia dan ingin memberitahu dunia betapa si jendul yang bersama kamu dalam gambar adalah kekasih kamu,akhirnya hasil adalah haram jadah.

Aku tidak akan sekali kali menjadikan blog aku ini sebagai diari percintaan tentang aku dan teman lelaki aku sebab aku tidak mahu menjengkelkan hati sebahagian dari kamu atau sebenarnya kerana teman lelaki aku jauh berjuta batu di Amerika maka aku tidak berpeluang untuk menunjukkan gambar gambar beraba rabaan dengan beliau untuk tatapan kamu?hahhaha

oh,jika aku melakukan itu aku dimaafkan ya,kerana akukan bakal pengganti pasa sanda.Siapalah kamu itu,hanya orang awam bukan?

lagi satu tak perlulah kamu menceritakan apa yang kamu lakukan bersama teman lelaki kamu yang berdahi jendul itu selalu kerana nanti orang orang seperti aku ini bosan.Mereka yang menyokong cerita kamu itu dan tidak jemu memberi komen adalah semata mata kerana ingin menjaga perasaan kamu.

maklumlah kalau tak komen nanti dikatakan tidak pengikut yang mati pula,tambah tambah lagi kalau kamu jenis sentap,tak komen blog saja cabut dari bergelar follower,bukankah tidak enak namanya tu?tapi bagi aku,mampus kamulah kalau kamu nak cabut sekalipun,aku anggap saja kamu dah mati,senang bukan?hidup ini mudah,ingat tu.

Bercerita pasal Eiman,dia merupakan satu satunya orang yang berkawan dengan aku dalam tempoh yang lama sebelum memilih untuk menjadikan aku wanita pujaan hatinya dan aku ingin meminta maaf pada lelaki lelaki yang pernah mengisi masa lapang aku di Skype sewaktu Eiman tiada disisi kerana berpura pura prihatin apabila mendengar cerita kamu kamu dan kamu yang menjengkelkan aku.

aku juga tak mahu mendengar kisah luahan hati kamu ditinggalkan kekasih hati dan aku menyokong tindakan bekas kekasih kamu kerana berdasarkan sifat cerita kamu yang membosankan ,aku percaya babi pun tak boleh tahan.

kesimpulannya,walau kamu mengatakan blog aku lantak akulah nak tulis pasal kaki teman lelaki aku sekalipun,namun kamu harus ingat,jauh disudut hati kamu yang hitam itu,pasti kamu ingin orang orang melihat kebahagiaan kamu bukan namun kalau ditonjolkan secara berlebih lebihan,jangan pelik jika suatu hari nanti,yang tinggal hanya kamu,cerita kamu dan tukang komennya pun kamu.

aksi aku yang bercakap dengan eiman sambil menonton Intan.Pakwe bila bila masa boleh cari,tapi episode intan sudah terlepas,jangan harap aku dapat tengok ulangannya (tiap kali Astro ulang aku berkejar untuk sembahyang Asar)


p/s : Eiman,bukanlah aku seorang yang sombong apabila aku menolak untuk menerima wang mahupun pemberian dari kamu namun aku tidak mahu belajar menerima sesuatu yang bukan hak aku sebelum masanya.I LOVE YOU
macam jadah bukan?hahahaa

Thursday, December 11, 2008

tuala wanita,kamu tahu apakah ia?


aku telah selamat menunaikan solat Asar jamak takhir dengan solat Zohor,aku gembira tapi aku tak pasti sampai bila.period ini sesuatu hal yang sungguh sukar dijangka..

Mari kita bercerita tentang pad ya,kamu tahu apa itu pad?ya salah tu ,kamu jangan menyampuk bila aku menulis ya (sila guna tonasi suara Meriam Bellina pada waktu ini)

Pad itu bukanlah tisu untuk kamu lapkan mulut kamu selepas makan ya,pad tu adalah sejenis benda yang biasa disebut dalam bahasa sopan sebagai tuala wanita atau bahasa mat salehnya feminine napkins.

Ada sesetengah tempat,dikampung kampung,pad ini dipanggil sebagai modes,bukan modenas ya.hahahah manakala nenek aku memburukkan lagi panggilan tersebut kepada modeh hampir sama dengan sebutan lodeh.

paling aneh di asrama mereka menggelarkan ia sebagai roti kering,sehingga sekarang aku geli untuk makan roti kering.kenapalah bodoh sangat kamu memanggil benda alah ini dengan nama makanan.Aku telah kehilangan nikmat untuk makan roti kering kerana hal ini.

Jadah apa aku cerita pasal pad adalah kerana ramai diantara kamu yang bertestis tidak mengerti apa itu pad .

adik lelaki aku sendiri pernah mengenakan pad dan aku tidak pasti apa jadah beliau berbuat demikian dan walau telah diberi penumbuk padu oleh aku,dia masih mengenakan pad tersebut dengan alasan nak kencing tak perlu susah.teruskan sahaja niat sucinya.


pad ini sesuatu yang bersih sebelum digunakan dan amatlah kotor apabila kamu yang bervagina selesai menggunakannya,diharapkan pengikut aku tidak ada yang membuang pad yang telah digunakan kedalam lubang tandas ya.

seperti kejadian aku baru baru ini,sedang sibuk bercanda di pesisiran pantai,sehinggalah mata aku menangkap sesuatu,aku sangkakan gabus rupanya pad di dalam air laut.Kamu memang jadahlah wahai perempuan.dekat laut pun kamu buang hasil perut kamu ya.pengotor,malangla kalau suami kamu beristerikan perempuan seperti kamu

nasib baik tidak kena pada kaki aku yang mulus ini dan semenjak dari kejadian itu aku tidak lagi bermain di gigi air teluk chempedak.

p/s : mengikut cerita nenek aku,zaman dahulu mereka hanya menggunakan helaian kain batik yang digunting dan dilipat seperti lampin.hahahahaha

ini soalan aku malas jawab tapi tak mengapalah,aku jawab demi karier

1. Do you think you're hot?
itu sudah semestinya,aku tahu aku seorang yang hot apabila ada orang yang jeles dan memaki aku.hahahah,kalau kamu tak hot tak daknya orang nak bercakap pasal kamu,lagi satu kamu bukan pasa sanda ok..
2. Upload your fave picture of you


3. Why do you like that picture?
gambar itu membuatkan aku berfikir,apakah perasaan aku pada waktu itu,adakah aku bahagia atau sebenarnya aku menyimpan luka yang amat dalam?

4. When was the last time you ate pizza
beberapa bulan yang lalu..

5. The last song you listen to?
take a bow - Rihanna

6. What are you doing right now besides this?
sedang berkira kira,sama ada aku ni boleh solat ke belum..

7. What name you prefer besides yours?
the spiral eyes a.k.a pasa sanda

8. People to tag:
#1 Jard
#2 Gaosop
#3 bokbon
#4 faryn
#5 cik manis

9. Who is number one?
sahabat yang baru menerima hadiah novel ya,bukan nobel

10. Number three is having relationship with?
bokbon,makwe kamu siapa ha?

11. Say something about number five?
manis semanis namanya,tapi tak boleh lawan pasa ok

12. How about number four?
pr pasa yang gila glamour

13. Who is number two?
bakal cikgu kan???kan??kan??kan

Perasaan dipanggil kampung tidak sama dengan menyanyikan lagu balik kampung

kalau
bulu ketiak kamu sampai boleh buat siput,kampungkah?

kampungkah kalau aku tidak memilih untuk berbahasa Inggeris di dalam blog?

kampungkah kalau aku memilih untuk menyebut jadah ,babi dan setan berbanding F%&$&**$ atau m*&(^^^&)%(^$# ?

kampungkah aku kalau membiarkan kaki aku tidak bercukur kerana aku risau akan tindakan aku ini merubah ciptaan ALLAH?

kampungkah kalau aku memilih untuk tidak pernah berbicara soal dimana pengajian aku ditamatkan?

kampungkah kalau berbadan besar dan tidak memiliki tubuh ala beyonce?

kampungkah kalau bertudung namun memilih untuk bersederhana?dari seperti kamu yang bertudung ,lilit macam nak gantung diri tapi dada kamu biarkan terdedah?

sejak bila bertudung itu menjadi satu perkara yang ketinggalan zaman dan tidak bertudung itu menjadi satu pemangkin trend terkini?itu jahil dan buta agama namanya...

kampungkah kalau aku tidak minum arak?

kampungkah kalau aku tidak menjejakkan kaki ke club club malam mahupun club dangdut?

kamu..
kamu...
kamu....

kalau nak tunjuk kejahilan dalam agama sekalipun,janganlah terang terangan dan kemudian bila ditegur kamu menjadi manusia manusia yang buta hati tidak mahu menerima teguran.

aku tidak pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang,ke kelab malam (uh....ini macam berbohong),ya aku pernah ke sana pada tahun 2004 atau 2005 ,sempat beberapa kali namun aku tidak teruskan kerana begitu banyak babi babi disana.

Babi yang suka meraba (nasib baik aku tak pernah diraba),cubalah kalau berani,mahu kamu makan buku lima.aku sangat sedih melihat seorang perempuan melayu yang berciuman atas meja snooker,kenapa sampai begitu sekali kamu rendahkan diri kamu wahai perempuan...aku doakan kamu mendapat hidayah.

dan soalan terakhir aku

kampungkah aku kalau memilih untuk berpakaian begini


dari begini



p/s : entri ini untuk menjawab persoalan seorang hamba ALLAH yang baru selamat berkata kata " kamu jangan jadi kampung"....kepada sheila,moga kamu diberikan hidayah oleh ALLAH..

Sharing Is Caring

jard ,aku gembira kamu telah selamat menerima hadiah aku yang tidak seberapa,bak kata Aunty aku kita kalau nak memberi sesuatu berilah mereka mereka sahabat sahabat kamu akan sesuatu yang kamu sukai bukan benda yang kamu dah benci baru nak kasi.hei ingat apa aku penerima second hand???

jangan guna ayat yang penting ikhlas,taik kamu,contoh,keronsang yang kamu telah pakai dan batu batu (batu batu ???) permatanya telah hilang disana sini.lepastu baru kamu berikan kepada aku,memang jadah,nasib baik aku tak pernah diperlakukan begitu.hahaha,aku saja menyumpah pagi pagi begini untuk menceriakan kamu.

Aku bukanlah nak katakan aku seorang yang pemurah namun aku tidak kisah berkongsi,dan kerana tabiat aku yang suka berkongsi kesenangan yang ada pada aku terhadap nenek dan keluarga aku menjadikan aku antara mereka yang diingati kerana kebaikkan hatinya ..puji diri aku sikit ya.Harapkan kamu jadah la nak puji.

aku paling benci orang yang berkira kira dalam soal makanan.Aku pantang,hei nak makan pun berkirakah atau sesekali membelanja rakan kamu makan susahkah?

Disini aku nak mengutuk kamu yang kedekut dan tidak pernah terbuka hati untuk menyenangkan hati orang lain.sila abaikan kata kata dalam entri aku yang selalu aku laungkan jangan peduli perasaan orang,yang aku maksudkan adalah cik Anon ya.

Kalau kamu berkira kira dalam membantu orang ,Allah akan berkira kira dengan kamu.Ingat itu..

dan aku baru nak membebel Aunty telah menelefon aku dan memaklumkan kelas agama pada hari ini berjalan seperti biasa.Maka aku terpaksa bersiap siap untuk ke kelas agama serta meninggalkan kamu,sukalah kamu tak dak orang menjadahkan kamu bukan?

P/s ; khas untuk seorang blogger yang konon popular,
kamu cakap ada perempuan bertudung masam,teman wanita kamu berpakaian seperti wanita murahan,sila nasihatkan terlebih dahulu.walau tudung mereka masam (mungkinkah tudung aku kerana aku sering mengenakan tudung yang sama?) sekurang kurangnya mereka menutup aurat dan bagi aku perempuan kalau merokok memang kelihatan JALANG

aku pernah menjadi Pasa Kundang suatu ketika dahulu

aku ingin meminta maaf kepada peminat aku yang berbaris untuk berbual dengan aku di skype,sila ikut giliran anda ya..malam ini aku tidak dapat melayani nafsu serakah kamu yang ingin berbual bual dengan aku kerana aku menerima kehadiran tetamu.

Papa,mama tiriku (ini bukan rika sumanto) dan juga adik aku Bakhtiar yang perangai macam jadah kadang kadang.

Mama aku sungguh baik,beliau memasakkan aku daging masak kicap dan anehnya sungguh lazat serta enak makanan itu.Harap mama tidak segan silu masak untuk kak long lagi ya.

Keluarga aku ramai,aku ada ayah tiga orang kamu tahu serta ibu dua orang dan bekas ibu (yang telah diceraikan seorang).Aku bersyukur kerana kehidupan aku yang baik baik sahaja dengan kehadiran mereka.

walaupun agak abnormal bagi pandangan keluarga bahagia macam kamu kamu semua.Aku tak kisah.

mereka baik.

Aku kira dalam proses membesar biasalah jika kita mempunyai tanggapan yang salah terhadap ibu bapa kita,kadang kadang kita sangkakan mereka membenci kita kerana memarahi mahupun memukul kita.

aku pun begitulah.aku sendiri pernah lari dari rumah sewaktu zaman aku belajar dahulu.hahahah (tindakan berani mati)

dengan wang yang tidak seberapa aku menyusup kepekatan malam menaiki bas ke johor bahru.
dan sejak peristiwa aku melarikan diri dari rumah,aku tidak lagi mempunyai hubungan yang baik dengan ibu aku.

hampir empat tahun aku tidak bercakap dengan ma dan juga tidak pernah menelefon ma dan tidak pernah berjumpa ma...aku tinggalkan ma serta adik adik tiri yang pernah aku jaga semenjak dari bayi kerana perasaan marah terhadap ma..

aku seorang yang mudah memaafkan tetapi jika aku terguris hati yang amat sangat maka aku akan menjadi keras hati,keras jiwa,kepala batu,dan aram jadah

tapi satu hari aku telefon ma...waktu itu sebelum aku berangkat ke Mekah.

aku mintak maaf dan mintak ampun,aku menangis...aku menyesal kerana tindakan bodoh aku.
aku tahu ma akan mengambil masa yang lama untuk memaafkan aku tapi aku tak kisah aku sanggup tunggu..


moral dari cerita aku,hargailah ibu kamu sementara dia masih bernafas di muka bumi.




p/s :menikmati masakan mama (ibu tiri aku ) malam ini mengingatkan aku masakan ma,daging masak kicap,masakan yang sama namun sentuhan berbeza,mungkin kerana aku anak ma...

Wednesday, December 10, 2008

panjang lagi kamu menulis,sakit lagi mata aku membaca

aku harus membuang perangai sombong aku..iatu apabila aku merasakan cerita yang kamu karang itu seperti jadah dan bangang serta membosankan ,aku bertindak tidak mengendahkan entri entri dari kamu seterusnya.

dan aku tidak lagi bergelar followers pada mereka yang merasakan mereka itu artis di dunia internet ini..sebab aku rasa macam jadah...

dan aku mempunyai satu kelemahan,iatu aku tidak boleh berpura pura...jika aku tidak meminati apa yang kamu tulis namun aku membacanya,aku akan mengalami kemengantukkan yang amat sangat...
(ada aku kisah?)
p/s :mungkin kamu tahu,apabila aku tidak lagi memberi komen pada setiap entri kamu bermakna aku tidak lagi berminat dengan kisah hidup kamu.menyakitkan hati bukan entri aku kali ini?baguslah,aku memang suka buat kamu sakit..tak heran pun dan tak mati pun.

kenapa kamu ditakdirkan berjuta batu dari aku

kenapa orang sukakan aku dan memberitahu bahawa aku seorang yang manis,hanya mereka mereka yang tinggal di morroco,amerika dan.......................................apreka?

sungguh tension aku mengenangnya.kamu begitulah,orang luar kamu agung agungkan,aku yang depan mata ini kamu pandang sipi sipi..

aku yang manis dan comel ni kamu buat buat buta ya..tak mengapalah namun kamu tahu bukan,kalau kamu masih bergelar bujang terlajak pada usia 40 tahun ,aku masih setia menanti disini,diatas sofa kuningku ini.

dan kamu kalau yang bergelar follower tapi sekadar nak menampalkan wajah kamu di blog pasa sanda ini,itu sesuatu yang tidak adil,kehadiran aku perlulah kamu sokong dengan sepenuh jiwa dan raga kamu..

dan walau aku menulis bukan untuk komen namun jika banyak komen ada juga pihak pihak seperti sabun basuh biozip dan Slim world berkira kira untuk menjadikan aku sebagai model blog mereka.

nah untung bukan?tetapi bukan bagi pihak kamu,pihak aku ya.hahahah

p/s : aku baru selesai mengemop rumah,indah sungguh aku rasakan sebaik sahaja aku selesai...

Tuesday, December 9, 2008

iklan paling jijik pernah aku tonton

astro yang bodo,
tolonglah buang iklan kamu yang bangang dan bodo tu.
aku geli menonton iklan peserta raja lawak yang bersendawa macam ular sawa kenyang...
macam setan..

jalan jalan menuju syurga





aku rindu pada tempat ini...
entah bila lagi aku akan menjejakkan kaki ke sini....
moga untuk kali kedua aku berpeluang ke sana bersama suami aku...
dan jika tidak bersama suami
sekurang kurangnya bersama papa...

sungguh aku kasih dan sayang pada papa...
kerana itu apabila cik kama meminta aku kembali padanya
aku memilih untuk berkata tidak..
kasihan papa,
terlalu banyak luka yang aku tinggalkan dihati papa...



p/s :moga kamu pembaca blog aku akan berpeluang menjejakkan kaki kamu ke Tanah Haram Mekah Al Mukarammah..Amin Allah Huma Amin

hijrah

akhirnya...ada air..dan aku tak pasti adakah ia untuk jangkamasa yang lama atau hanya untuk tempoh satu jam pertama .mungkin kerana pihak JBA menerima sumpahan orang ramai selama tiga hari ini atau kerana salah seorang staff mereka membaca blog aku pada waktu kerja...

sebagai seorang anak yang baik aku menelefon papa menawarkan mereka sekeluarga untuk bermandi manda dengan riangnya di rumah aku,kasihan papa,terpaksa mandi di masjid besar,sabarlah papa.Sekali sekala apa salahnya.

dan aku seperti lipas kudung mengemas rumah yang memang macam tongkang pecah selama beberapa hari ini dan berlumba memasak air,aku agak jiran aku Alan pun sama ,maklumlah dia sendiri petang tadi membuat pengakuan betapa dia terpaksa berjimat untuk menggunakan air.

waima untuk mengflush tandas pun harus menunggu genap hingga lima kali digunakan dan "we flush it one time only " bak kata alan dan sewaktu entri ini ditulis aku mendengar bunyi flush berulangkali dari rumah Alan ,bilik utama kami bersebelahan.pasti dia merasa nikmat yang agung apabila melakukan kegiatan mengflush itu (euwwwwwwwwww...)

hari ini cuti aku bakal berakhir apabila esok aku akan mula mengajar seperti biasa dan aku tidak sabar sabar untuk solat bagi mempraktikkan pengetahuan yang aku perolehi sewaktu aku menghadirkan diri bagi mengikuti kursus pemantapan solat mengikut sunnah Rasulullah s.a.w .

baguslah aku pergi ,rupanya selama ini ada juga perkara yang tidak aku lakukan,rasa sedih namun sekurang kurangnya aku tidak malu untuk belajar,tahukah kamu bahawa duduk antara dua sujud yang selalu kita lakukan mengikut mazhab syafie adalah salah?

aku telah ditunjukkan cara duduk yang sebetulnya dan untuk kali pertama aku akui,sakittttttt wooooo.hahahaha..

tapi tak mengapa,aku akan cuba mengikut kemampuan aku.harapnya aku akan berhenti membabikan orang,itulah hijrah aku ,aku rasa mensetankan kamu tidak sekejam membabikan kamu.kurang kurang kamu tidaklah terasa terhina kerana ada istilah setan bertopengkan manusia.

tapi kalau aku membabikan kamu itu seolah olah rupa kamu buruk beno...kesian kamukan?

bak kata adik aku kepada diri aku ini :"tolonglah berperangai sewajarnya seperti orang yang baru lepas pulang dari umrah (ekoran kejadian aku melompat lompat sewaktu menerima blueberry)

bercakap soal kelas ,aku masih dalam perancangan untuk mengadakan kelas asuhan pada waktu pagi sementelah aku mempunyai masa lapang yang agak banyak maka lebih baik kesempatan itu aku manfaatkan dengan menambahkan pendapatan,tetapi aku tidak pasti bila aku akan memulakan kelas itu

lembaran iklannya telah tersedia cuma aku sedang menanti seru sahaja.

aku sedar aku akan menghadapi masalah yang besari jika aku memilih untuk bekerja dengan orang,aku bukan seperti kamu yang boleh menulikan telinga apabila dimarahi bos,aku tidak boleh,telinga aku panas dan tak mustahil kemungkinan bos aku untuk dibelasah sangat tinggi.

aku terpaksa pergi sekarang,kain di dalam baldi telah tiga hari berendam,maklumlah membasuh dengan tangan,bukan seperti kamu yang menggunakan mesin dan meninggalkan daki daki di celah lengan mahupun kolar leher,untuk itu gunalah sabun basuh Biozip.



p/s :tidak mendapat komisen dari pihak biozip....

yang pasti bukan lelaki ini


aku sangat ingin mempunyai kekasih hati seperti Rado,pacarnya intan...pasti manis ya jika aku dapat bersms dengan pakwe masa depanku...menelefon memberitahu untuk ke rumah Aunty,ada orang bertanyakan sama ada aku telah selamat melahap dengan kenyangnya...dan akan ada suara garau mengucap selamat malam untuk aku setiap malam...

ja,sorry ya,aku minjam gambo pakwe kamu,tolong jangan maki aku nanti

p/s :ini semua gara gara intan menjadikan aku berasa betapa single itu hari ini membosankan...

mak mentua kejam

aku benci meriam bellinaaaaaaaaaaaaaaaaaa (mak mentua intan)

kenapa kamu ambil anak intan haaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!! setan kamu.


p/s :kalau aku jumpa kamu aku debik sepuluh kali

u can stay under my umbrella ella..ella..ella...ella jadah kamu,ini pasalah


mari aku ceritakan kisah raya aku tahun ini,aku sungguh rasa terpanggil menceritakan pengalaman raya aku yang memang istimewa.

sila keluar dari kebiasaan berfikir (think out of the box kata abang mat salleh),tidak akan ada gambar keluarga berpakaian sedondon kononnya kamilah keluarga bahagia dalam entri ini.

gambar lembu yang menjadi korban pada hari itu..berbahagialah kamu,untung kamu lembu tak perlu menghadapi soal jawab di hari perhitungan ...
mereka sedang memandang kearah bakal pasa ini,kehadiran pasa memang menjadi igauan setiap pihak..sila abaikan tukang sembelih lembu tu....
papa saya (saya??????????????) yang sentiasa menghadapi masalah untuk tersenyum dihadapan kamera...sedang membahagi bahagikan daging kambing untuk disedekahkan pada fakir miskin.
kata fairul aku seperti menghadiri majlis pengebumian laki aku dengan baju hitam ini,tapi aku rasa orang menarik macam aku ni pakai apa sahaja sentiasa menarik dipandangan mata orang awam seperti kamu...


p/s :(sedang menonton sehati berdansa),Linda ,kamu tu bukanlah juruhebah radio yang bagus sampai nak komplen orang lain tak bagus,kamu membosankan.

jaga jaga kamu anonymous

aku telah membawa meja kopi aku ke tempat biasa dan ini bermakna lap top aku juga telah beralih tempat dari meja belajar ke meja kopi .rasanya inilah yang paling sesuai untuk aku kerana dalam masa yang sama aku dapat bersenang lenang di sofa kuning kesayangan aku.barulah ada feel aku nak menulis dengan penuh perasaan bahagia.

p/s :dapatlah aku mnsetankan mana mana anonymous dengan lebih berkesan.

aktiviti hari ini....

sewaktu entri ini ditulis aku telah berperang dengan ketiadaan air semenjak tiga hari yang lepas
jabatan bekalan air pahang,sila berbuat sesuatu ,aku risau jika masuk hari keempat dan aku mula belajar tentang istilah tidak mandi pagi maka kamu akan berdepan dengan mogok aku dihadapan pintu masuk jabatan kamu.

baik lupakan hal air kerana aku sememangnya masih mampu untuk mandi dan terima kasih untuk itu,sekurang kurangnya aku tidak seperti keluarga Alan yang mana terpaksa mengflush tandas hanya selepas digunakan lima kali (euwwwwwwwwwwwwww.....)

tadi aku ke East coast Mall .mall baru di kuantan yang aku tak bangga sangat tentang kewujudannya sebelum ini namun sekarang aku gembira kerana banyak restoran dan pelbagai variasi makanan yang disediakan disini pada harga yang berpatutan.

aku sangat beruntung hari ini kerana Aunty Sharifah dibukakan hati oleh Allah s.wt untuk membelanja aku makan.

pada mulanya kami ke Baskin Robin,menikmati ais krim yang berharga Rm 7 satu scoop,jadah...nasib baik sedap dan nasib baik bukan aku bayo..hahahaha..ini kali pertama aku ke sini,bukan kerana aku tidak suka namun kerana aku tidak pernah terfikir untuk mencubanya.

Waktu ini teringat kenangan aku makan bersama Yogi (pakwe india yang meninggalkan aku kerana kebangangan aku dalam sukan bola sepak) .kami menikmati minum petang di starbucks,2 cawan coffee dan sekeping kek yang keras serta boleh dibaling ke kepala kamu dengan harga RM 50.00.bodoh kamu yogi,itulah kali pertama dan terakhir aku ke situ.

sewaktu menikmati ais krim aunty seperti biasa akan menjengkelkan aku dengan pertanyaan yang sama berulang kali hingga mengubah pandangan aku terhadap ais krim tersebut.soalan Aunty adalah berkisar mengapa Pak Lah Badawi tidak mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Aku cakap ,kalau dia laksanakan Hudud di Malaysia kemungkinan ramai perempuan dan lelaki yang direjam (aku golongan yang merejam).Dan seperti biasa jawapan aku tidak pernah memuaskan hati Aunty dan dia akan bertanya soalan yang sama hingga aku berserah pada ALLAH dan berdoa agar aku dikekalkan kesabaran.

kemudian kami ke restoran Johhny,menikmati steamboat..ini aku suka kerana Aunty masih membelanja aku disini.hidangannya enak tapi sayang aku tidak akan mengupload gambar yang aku makan kerana pertamanya Aunty aku orang yang mengikut sunnah,menangkap gambar untuk tujuan bersuka suka haram,maka aku harus menghormati kemahuannya.

dan itu sahaja untuk entri kali ini kerana aku berasa sebal ekoran tidak dapat menonton intan malam semalam.

p/s : nasib baik aku ABC,kalau aku boleh solat,bagaimana?

Monday, December 8, 2008

sapa mahu dengar pasa nyanyi????

kamu nak dengar pasa menyanyi

klik disini
selamat bergelak

adik aku yang keempat memang kadangkala menyirapkan darah

(entri ini adalah auto publish/ditulis pada December 7th ,2008))

setan....kan aku dah cakap adik aku perangai macam setan,patutlah mamak di restoran Shaz tersenyum melihat aku,ingatkan mereka kagum melihat kejelitaan aku

manalah tahu mereka sebenarnya tersenyum melihat sticker "kfc :hot and spicy" terlekat di belakang tudung hitam kegemaran aku.

jadah kamu fairul,jangan harap aku nak bawa kamu makan KFC lagi





p/s : hakikat kehidupan begitulah..kadang kadang terpaksa bagi adik adik buku lima...hahahah

menjawab soalan bersama wartawan Adibah

7 fakta tentang aku
  • india muslim (london sebelah nenek ok..hahaha)
  • single dan takkan pernah available
  • sarkastik dan lucu
  • sangat tinggi (abaikan perkataan sangat besar)
  • suka mengkritik ,menjadikan aku seorang yang agak sukar melihat kesilapan sendri
  • tinggal bersendirian dan menanggung diri sendiri
  • aku rasa aku seorang yang pemurah dan peramah
7 perkara menakutkan aku di dunia
  • mati sebelum sempat bertaubat
  • jatuh cinta pada orang yang salah
  • terpaksa meminta minta
  • berhutang
  • menjadi orang gaji kepada sasa
  • suami mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumah
  • tidak dapat mempercayai waima satu manusia sekalipun
7 lagu buat masa sekarang
  • bukan peminat industri muzik tempatan
  • ar rahman mishari rashid alafasy
  • al fatihah mishari rashid alafasy
7 perkara selalu disebut
luar dari blog
  • austagfirullahalazim
dalam blog
  • jadah kamu
  • opah kamu
  • hotak kamu
  • babi kamu
  • setan kamu
  • kamu
  • pasa sanda
7 perkara yg amat bernilai
  • agama aku
  • papa
  • duit
  • csl blueberry
  • internet
  • pengalaman aku
7 pertama kali dalam hidup saya
  • bercinta pada usia 15 tahun
  • tinggal sendirian semenjak usia 18
  • menerima hadiah yang mahal pada usia 19,20,21 dan 22,harap seterusnya
  • menjejakkan kaki ke tanah suci
  • mempunyai blog
  • memiliki blueberry (bangga kamu)
7 orang bertuah sambung tag ini
  • SESIAPA YANG RASA DIA PERNAH HUTANG AKU TAG

korbankanlah perasaan kamu demi orang yang tersayang

apa yang kamu tahu soal cinta ya...


aku baru selepas pulang dari menemui cik kama...kami ke hyatt menikmati hidangan ala carte sebenarnya aku tidak memakan atau menjamah waima seulas nasi sekalipun kerana aku telah berjanji untuk tidak mengambil apa apa dari cik kama lagi,maka hidangan nasi ayam dan char kuey teow yang berjumlah hampir lapan puluh ringgit itu dihabiskan oleh cik kama semata mata.

hotel hyatt sekarang sedang giat melaksanakan pengubahsuaian,dan sewaktu ke restoran kampung yang terletak berhadapan dengan kolam renang hotel tersebut,jelas dimata aku sudah wujud satu bar kecil di ruangan restoran itu.

maka aku agak was was,aku hanya meminum air masak.

dihujung restoran itu jelas kelihatan perubahan yang ketara apabila ada beberapa ruangan kerusi dan meja yang berubah menjadi seolah tempat duduk di pub (aku selalu menontonnya di kaca televisyen)

aku agak terkejut melihat keadaan tangan cik kama yang berbalut ,rupanya dia terbabit di dalam kemalangan dan baru sahaja keluar dari Kuantan Medical Centre.namun aku simpan sahaja perasaan terkejutku di dalam hati ,bimbang kerana mungkin cik kama akan perasan bahawa aku sebenarnya masih mengambil berat akan dirinya

aku harus ingat dia suami orang,meskipun poligami itu dibenarkan didalam islam dan aku tidak pernah menentanginya bukan bermaksud aku gembira melihat air mata seorang perempuan kerana aku.

Percayalah ,walau kamu menjadi yang kedua mahupun yang ketiga dan keempat sekalipun kamu tetap tidak sama dengan yang pertama.Aku pernah merasainya dan anak anak muda diluar sana yang seusia dengan aku,yang senang menjadi perempuan kedua mahupun perempuan simpanan (agak kasar bunyinya bukan),berhentilah...kerana kamu tidak akan bahagia,bagaimana kamu boleh bahagia jika banyak hati yang terluka?

kami ke sana lebih kurang selepas maghrib dan aku menjejakkan kaki semula ke rumah ini pada jam 12 malam.

pelbagai perkara yang aku bualkan dengan cik kama,tentang dia dan masalah isterinya (aku hanya mencebirkan bibir )dan aku katakan padanya,kerana itulah walau isterinya mengamuk seperti orang gila aku tidak berkata apa apa,sekalipun datang menyerang aku dengan pelbagai kata nista,aku memahami perasaannya.

Rasanya dia sangat bertuah kerana menyerang aku kerana jika kamu kamu ditempat aku mungkin kamu akan menghamburkan makian seperti kamu tidak pandai jaga suami,padan muka kamu,patutlah suami kamu tinggalkan kamu...

Aku tidak boleh mengeluarkan kata kata itu,aku tidak tergamak,salah aku kerana menyintai seseorang yang selayaknya bergelar ayah kepada aku,salah aku kerana jatuh cinta pada suaminya dan soal cinta terlalu rumit untuk aku perkatakan.

suatu ketika dulu aku membenci orang yang menjadi isteri kedua mahupun yang bakal atau yang jatuh cinta pada suami orang,sehingga macam macam kata aku hamburkan pada mereka,namun Allah itu Maha Adil bukan?bila kamu sendiri di tempat mereka barulah kamu tahu perasaan mereka bagaimana sebenarnya.

makanya apabila kamu membaca entri aku ini jangan kamu menyumpah aku takut takut kamu menjalani perkara yang sama seperti aku jalani.

percayakah kamu jika aku katakan air mata yang membasahi tudung hitam aku sepanjang pertemuan ini berlangsung boleh diperah.aku adalah mereka yang mempunyai hati yang kecil dan aku tidak malu mengaku,aku selalu menangis,bukan kerana sumpahan kamu.

Aku menangis apabila mengenang betapa aku banyak terpesong hidup dan Allah masih menghidupkan aku,pernahkah kamu terfikir,jika kamu tiba tiba mati sewaktu sedang bekerja mahupun sedang bergelak tawa bersama kawan kawan kamu?

Cik kama aku lihat menahan air mata malam ini walau dengan jelas dapat aku lihat matanya berkaca kaca sewaktu aku menceritakan perihal bapa saudaraku yang berubah kerana wang.Lihatlah dunia dan ketahuilah oleh kamu pembaca kisah hidup aku bahawa manusia boleh berubah dengan ujian wang.

apabila kamu menolong orang kamu harus sentiasa beringat bahawa bukan semua orang yang kamu tolong itu akan mengingati budi kamu ada sesetengahnya akan buat buat lupa dan terus hilang tanpa khabar berita.

aku tidak mahu menulis panjang lebar apa yang kami perkatakan pada malam kami bertemu ini namun aku gembira apabila aku mampu berkata tidak apabila cik kama mengajak aku untuk terus duduk di restoran tersebut sehingga pagi walau sebenarnya Restoran Kampung hanya beroperasi sehingga jam 12 malam. tambahan pula ini malam raya.

aku katakan padanya,aku pernah hidup mewah bersamanya,mempunyai pembantu rumah diusia muda,menghabiskan malam malam menikmati hidangan mewah di hotel sekitar kuantan,membeli belah tiap hujung minggu dan menaiki teksi ke tempat yang mana jika berjalan kaki hanya mengambil masa 5 minit,aku dapat apa yang aku ingini tanpa perlu bersusah payah namun kini Allah menguji aku dengan kebendaan,Allah meminjamkan aku nikmat harta yang tidak pernah aku rasakan sepanjang hidup aku dan kini dia mengambilnya semula (kerana itu HakNYA),aku tidak terasa apa,tidak merasa sedih atas kehilangan nikmat ini kerana ALLAH masih mengurniakan aku sejuta nikmat yang lain.

sebelum pulang aku katakan pada cik kama,aku akan menyayanginya sehingga aku mati dan sayang ini tidak pernah berubah namun aku tidak dapat menerimanya lagi kerana aku .....









aku tidak mampu membayang wajah papa dengan air mata di pipinya kerana aku memilih orang yang pernah menjauhkan aku dari papa untuk kedua kalinya.

p/s : cinta itu memang indah namun bukan setiap dari kita cintanya ditakdirkan bersama,jika pengorbanan aku dapat membahagiakan sepuluh orang disekeliling aku,maka apa salahnya aku berkorban?(walau aku selalu memberitahu usah pedui dengan perasaan orang,yang aku maksudkan adalah orang orang selain ibu bapa kamu)...Selamat hari raya haji dan maafkan keterlanjuran aku selama kamu menjadi pembaca setia kisah hidup aku "the Spiral eyes"

(autopublish :ditulis pada 12;51 am,8 dec)

Sunday, December 7, 2008

Bukan kerana CSL atau kerana menambah kepiluan perantau



barangkali aku jarang jarang menceritakan hal papa aku ya...maka aku ceritakan

Papa,
kak long jarang berpeluang untuk mengatakan kak long sangat sayangkan papa,bukan kerana rantai emas,handset CSL atau kamera yang telah papa berikan ,namun sungguh kak long sangat sayangkan papa.

dulu sewaktu kecil kak long tidak tahu papa telah berpisah dengan mama,maka selalu juga kak long tanyakan mama kenapa papa selalu tiada dan mama akan memarahi kak long dan kadangkala mungkin berakhir dengan memukul kak long,mama tertekan barangkali.Hidup tanpa papa tidak sama.Kak long sangat sayangkan papa dan kak long selalu ingat kenangan papa membawa kak long berjalan ke sana ke mari dan menyuapkan kak long nasi mahupun menyanyikan lagu P .Ramlee sebelum kak long tidur.

Mungkin kerana itu kak long pandai menyanyi bahkan kawan kawan selalu bertanya bagaimana kak long pandai menyanyi sedangkan di dalam keluarga sebelah mama semuanya merupakan qari dan qariah,jika mereka sibuk berlatih mengaji,kak long pula berlatih menyanyi mewakili negeri dalam pertandingan sayembara puisi dan lagu.

pertandingan tersebut telah membawa kak long ke merata rata tempat papa...alangkah bagus kalau papa menyaksikan kemenangan yang kak long perolehi atau memenangi hadiah pelajar terbaik bagi bahasa inggeris sewaktu kak long di tingkatan tiga.kak long tidak pernah berpeluang untuk menunjukkan hamper hamper yang kak long perolehi dalam pertandingan puisi dan juga program nilam.Papa pasti bangga.

Kak long selalu menangis kerana papa..sungguh di usia 11 ke 18 tahun adalah masa yang sukar untuk kak long kerana kak long selalu berasa Allah tidak adil sedangkan Allah menguji kak long sebegini kerana ALLAh tahu suatu hari nanti kak long akan jadi seorang yang kuat serta mampu untuk hidup berdikari sendiri.

sungguh kak long cemburu melihat kemesraan papa bersama adik adik kak long,anak hasil perkahwinan papa bersama isteri baru papa sewaktu kak long berusia lima tahun.kak long terlupa papa pernah turun naik mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas kak long

yang mana akhirnya papa tidak menjumpai kak long selama dua tahun kerana mama membawa kak long lari jauh dari papa.Pasti dalam rindu papa terhadap kak long.

kak long juga terlupa papa pernah menceraikan isteri yang sebelumnya hanya kerana dia tidak memandikan kak long.Maka apabila mengingatkan itu kak long tahu papa sangat sayangkan kak long seperti mana kak long sayangkan papa.

Kak long berasa kekurangan apabila papa tiada bersama sewaktu kak long membesar dan menjadi seseorang tetapi kak long bersyukur,tanpa perpisahan yang telah ALLAH rencanakan,kak long tidak akan menjadi hari ini dan mungkin kak long masih di kampung mengharap belas ihsan nenek dan tidak mampu berdikari di atas kaki sendiri.kata papa pengalaman adalah satu satunya benda yang akan mengajar kita di masa akan datang.

semalam papa cakap kak long seperti anak anak kecil kerana melompat lompat sewaktu mendapat hadiah telefon ini,ya,kak long seperti anak anak kerana kak long tidak pernah berpeluang mendapat hadiah dari papa sewaktu kak long kecil .

oh,mungkin papa masih ingat kenangan semasa kak long di tahun dua dan papa datang mencari kak long di kelas (sewaktu itu sudah hampir 4 tahun mama tidak membenarkan kita berjumpa).kebetulan papa menjumpai kak long kerana salah seorang sahabat papa memberitahu papa bahawa kak long ada bersekolah disitu dan menangis kerana tidak mahu mencabut gigi.

papa soroti tingkap dan memerhatikan kak long tetapi kak long tidak menyedari sehinggalah guru ketika itu memberitahu dan menanyakan sama ada papa ayah kak long,maka kak long jawab ya.

pada waktu itu juga kita mendapatkan adik kak long,anak papa yang kedua,Boboy (atau nama kampungnya Awang),kasihan ya boboy waktu itu,dia masih tidak mengerti dan kelihatan takut dengan songkok senget di kepalanya.

kita ke Kedai Kek Disney menikmati kek yang mempunyai payung yang mana payungnya kak long simpan sebagai kenangan untuk dicium kalau kalau kak long rindukan papa malam nanti.kak long tahu papa menangis...

selepas dari itu papaselalu datang dan kak long paling suka kalau berpeluang ke rumah papa kerana dirumah papa tiada sesiapa akan memarahi kak long mahupun menyuruh kak long membuat kerja rumah.

isteri papa sungguh baik,dulu kak long selalu sangkakan dia baik kerana berpura pura namun akhirnya kak long sedar ,dia bukan berpura pura,dia sungguh baik orangnya.memasak makanan kegemaran kak long sebelum kak long ke tanah suci.

papa

Kak long sedih kerana kak long tinggalkan papa demi lelaki yang papa benci,yang papa sumpah namanya kerana papa tahu dia hanya akan mempermainkan kak long ,tapi kak long degil,kak long lawan papa ,kak long keluar dari rumah ketika papa sedang bersolat Isyak dan tidak kembali ke rumah papa.Kak long rasakan papa sungguh jahat waktu itu kerana tidak memberi peluang kak long merasa bahagia.

Papa mencari kak long dan memarahi lelaki itu dan memberitahu,jika kamu benar sukakan anak aku kahwini dia tetapi kak long tidak mahu berkahwin kerana kak long hanya berusia 19 tahun waktu itu.

hampir beberapa tahun kita tidak pernah bersua muka dan bercakap,kak long dengan ego kak long walau dalam hati kak long sungguh rindu pada papa ,melihat papa tersenyum sekalipun boleh dikira dengan jari berapa kali papa tersenyum.

dan

kata kata papa benar,lelaki itu kak long tinggalkan akhirnya kerana kak long tiak sanggup bersama orang yang bermain tarik tali dalam membuat keputusan.

namun

Pemergian kak long ke tanah suci membawa kepada pertautan kita kembali,ALLAH maha kuasa,siapa sangka kak long berpeluang menjejak kaki ke sana dengan dosa dosa yang hidup bersama kak long selama ini,Allah beri kak long peluang memulihkan silaturahim dengan semua mereka yang kak long luka kan hatinya

kak long tahu papa gembira kerana diusia muda kak long terpilih menyahut seruan ALLAH.Kak long tahu papa menangis sewaktu kak long menyiapkan wasiat harta kak long.

Papa,
semasa di hadapan kaabah,kak long sendiri tidak percaya kak long akan duduk berteleku di hadapan kaabah ,tiada lain kak long ingat dan doakan semoga suatu hari nanti papa akan menjejakkan kaki papa ke sini juga bersama kak long,semoga ALLAH murahkan rezeki kak long dan kak long dapat membawa papa bersama kak long,insyaALLAH.

kak long percaya ia berkat doa papa yang bersolat siang malam supaya perjalanan kak long dipermudahkan.terima kasih papa...

kak long sungguh sayangkan papa dan kak long akan menjadi anak yang sentiasa membahagiakan papa,oh ya mesin basuh panasonic automatik tu berfungsi ya?kak long masih ingat wajah papa yang gembira apabila kak long menghadiahkan hadiah mesin basuh,agaknya sama tandingan dengan wajah kak long sewaktu menerima hanseti ini...

moga papa berbahagia dan kak long tidak pernah malu berbapakan papa,walau papa pernah bekerja sebagai mekanik dan masih kekal sebagai mekanik mahupun senior engineer ,kak long tetap sayangkan papa.kak long tak malu mengatakan papa pernah hidup susah dan makan kepala ikan bilis bersama belacan suatu ketika dahulu,bahkan papa pernah beraya memakai baju pagoda dan berkain pelikat kerana waktu itu papa hanyalah orang yang tidak memiliki apa apa.

tapi ALLAH adil bukan?Papa senang sekarang....Papa kak long harus berhenti dahulu,kak long mahu ke rumah aunty dan menunjukkan telefon ini kepada Aunty,selamat bertemu di hari esok,tangan papa akan kak long kucup penuh rasa cinta seorang anak terhadap bapanya


yang benar,
Kak Long




p/s : penceraian tidak pernah membahagiakan namun berfikir baiklah terhadap ketentuan Allah kerana sesungguhnya Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia sia dan tidak dapat pulang berhari raya memang menyakitkan bukan?sabarlah.. (sambil bergelak berdikit dikit ha.ha.ha.ha)

Pasa Gembira

pasa sungguh gembira kerana mendapat hadiah csl blueberry dari papanya
hoo yeah

terima kasih papa..i love you
saya janji akan mencari suami yang kaya ok papa?




p/s :rezeki kadang kadang tidak disangka sangka,tapi jadahnya aku tak reti guna,boleh sesiapa tolong ajo

Saturday, December 6, 2008

sehari bersama wartawan cik manis

perkara yang selalu dilakukan dan sebab-sebabnya

berkurung dalam bilik
aku suka dan aku sangat menikmatinya,rasanya berkemungkinan besar kerana aku sudah puas keluar malam dan kesana ke mari (kehidupan sebagai bakal artis memang memenatkan,aku harus mengawal kemunculan aku supaya tiada siapa dapat menggunakan gambar aku menghadirkan diri ke parti parti dan disebarkan ke internet)

membaca
aku suka membaca bahkan hingga ke kertas pembungkus nasi lemak sekalipun akan aku baca (er...sungguh klise ayat ini bukan).Sebenarnya aku bukan seperti dulu lagi maksud aku bukan insan yang pernah gila buku.

Ada beberapa ketika dalam hidup aku masanya agak gila terutamanya apabila aku sanggup meredah hujan lebat,menelefon teksi dan ke bandar kerana sebuah ataupun dua buah buku.

Sesekali aku membeli dalam sepuluh buah novel mahupun buku motivasi (ini sewaktu aku menjadi pengikut tegar Dr. H.M. Tuah Iskandar).oh dengan bangganya aku telah memiliki semua hasil tulisan beliau dan semua buku buku tersebut telah selamat berada di tangan ibu saudara aku.kenapa?

kerana aku rasa ilmu yang kamu ada itu perlu kamu kongsi,jangan kedekut.Dan tiada kata membaca semula dalam hidup aku terutamanya hasil penulisan motivasi,dari aku baca buku tersebut berulang kali baik aku baca Quran,dapat pahala bukan?

boleh jadi saksi aku hari Kiamat nanti,insyaALLAH

tetapi kini,aku tidak lagi menjadikan tabiat ini satu kebiasaan lagi dan aku rasa ada beberapa tahap dalam usia kita dimana kta berhenti untuk meminati sesuatu (di kesempatan ini aku nak memberitahu Jarah,kamu punya buku telah selamat dihantar,pejabat pos meminta no telefon kamu untuk memudahkan penghantaran,tapi aku tak tahu,jadi sila tunggu depan pintu pagar ofis kamu ya Jarah,kejar posmen tersebut ,novel kamu ada bersama beliau)

online
adakah kebiasaan ni menunjukkan aku orang yang tak punya kehidupan?oh no no no no,aku sangat mengikuti berita terkini walau berita tersebut lewat sampai sehari (walau aku membenci metro namun aku suka membaca ruang gosip.)

aku harus pandai meneka dalam kesamaran selain di waktu inilah aku menjadikan hal kekantoian artis lain sebagai pedoman aku,bakal pasa ini berjanji tidak akan menindik mana mana bahagian dari tubuhnya.

menonton cerita intan
aku sungguh menggemari cerita ini namun aku sedang memikirkan sampai bila aku akan menjadi hamba si intan ni.menunggu di depan tv serta berkira kira apakah yang berlaku sama si Rado dan juga anaknya si Intan Rangga.

mengingati nasihat sahabat aku iatu ,tak mengapa,hari ini aku menjadi hamba intan,esok intan akan menjadi hamba aku.harapnya intan bakal menonton drama yang bakal dibintangi aku.




----------------------++++---------------------------




7 facts

  • sangat susah untuk membuat aku marah.kalau kamu maki dan menyumpah seranah aku di dalam blog aku ni memang aku nyatakan ianya satu perbuatan sia sia ya,kamu sumpah sumpah pun ,aku tak mati kan?tapi kalau aku sumpah kamu babi ,rasanya marah tak?
  • aku suka tersenyum kerana aku merasakan senyuman aku paling menarik walau diletak maya karin sebelah aku sekalipun (bakal pasa sanda harus sentiasa yakin terhadap diri sendiri)
  • aku seorang yang kelakar dan suka membuat orang orang disekeliling aku ketawa,lawak aku selalunya sarkastik dan hanya orang yang berotak cerdas sahaja akan memahaminya,jika yang bodo nescaya akan ada komen dari insan bergelar anonymous (malu untuk mengakui kebodohan diri maka memilih untuk bergelar anonymous)
  • selalunya aku seorang yang berterus terang,aku tidak tahu untuk berpura pura sukakan seseorang sekiranya hati aku tidak menyukai mereka dan biasanya mereka akan tahu diakhirnya,aku rasa hidup dalam kebenaran itu lebih baik dari kepura puraan dan aku lebih rela dibenci kerana diri aku dari aku disukai kerana aku berpura pura baik,macam jadah sahaja ya?
  • aku tidak suka dipaksa.mungkin akan berakhir dengan pergaduhan.cubalah.
  • aku boleh menerima teguran,TETAPI pastikan teguran yang kamu beri itu bukan berunsur peribadi,contoh aku menegur kamu akan sesuatu dan kamu menegur aku berkenaan "beberapa sesuatu "semata mata kamu berasakan teguran aku itu sebagai satu kritikan buat kamu.contoh kamu mengkritik aku mengenakan tudung dan tidak menutupi dada aku (sedangkan kamu hanya melihat satu gambar tersebut dan bukan keseluruhan gambar yang ada di blog aku)aku boleh sahaja menjawab,Hello,berlambak minah tak memakai tudung,tunjuk punggung ke sana kemari,nasihatlah mereka NAMUN aku tetap menganggap kamu ikhlas menegur aku.kalau kamu tidak mahu ditegur dan tidak boleh menerima teguran berkawanlah dengan beruk ya.
  • aku seorang yang lembut hati (tak percaya?tak percaya sudah,rancangan Bersamamu bolehlah mengambil aku sebagai jurucakap mereka)


6 unspectacular quirks of yours

  • aku benci shopping (aku tak membeli tanpa sebab)
  • sukakan kanak kanak tapi aku bukan pedophilia
  • aku suka aktiviti duduk dirumah namun kadangkala travelling is such a good idea (oh jadah,terkeluar Inggeris,sorry ya)
  • lebih suka bergerak secara solo dari berkumpulan,aku agak sukar untuk menerima arahan dari sesiapa
  • bukanlah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga kerana kebanyakkan masa aku melakukan semua urusan sendirian dan tidak mengharapkan sesiapa
  • suka mengkritik,aku patut ganti Paul Moss

p/s : ada sesiapa nak tagged aku lagi,aku boleh menerimanya

Friday, December 5, 2008

ulasan dan rumusan dari muzik muzik separuh air

baiklah pasti ramai ternanti nanti ulasan aku berkenaan Juara lagu separuh akhir balada.ya aku akan ulaskan,jangan kamu risau

aku mintak maaf kepada adik aku yang menjadi mangsa terajang aku kerana mereka sibuk ingin menonton astro Ceria,jadah hape nak suruh aku tengok canel tu


rancangan ini aku hanya sempat menontonnya pada jam 9 40 malam kerana kelas aku sendiri tamat pada jam 9 30 malam.aku tidak sanggup memakan gaji buta seperti yang kamu amalkan.

kita bermula dengan

akak jena jen

ok,akak,aku hampir ingat akak jena hendak menelan mic tu memandangkan sewaktu kali pertama,kelihatannya akak jena seolah olah sedang bermonolog dalam diri

" boleh ke tidak nak teran ni,boleh ke idak ni" ( pasa juga ada bakat membaca perasaan orang)

lagi satu gimik angkat kening tu kak jena lupakanlah kerana kalau akak nak tahu setiap kali aku melihat kening akak jena terangkat aku nyaris teringat kak jena sedang menahan masam mangga muda.

faizal tahir

aku menitiskan air mata sewaktu faizal superman mendendangkan lagu Cuba,begitu mendalam maksudnya


Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

teringat kenangan cinta aku yang makin menjauh
Aku suka dengan kedua dua lagu kamu.harap bila aku memulakan langkah aku sebagai penyanyi kamu akan mengarang lagu khas untuk aku ya sayang dan lain kali kamu jangan segan segan cabut baju kamu..aku suka..auwww

Bob
kamu memang bagus namun bila kamu nyanyi sila jangan perasan macam kamu bakal menang ya.walau tiada pakej dari segi wajah namun aku mengagumi suara kamu.oh ya,lengan baju kamu sangat ketat,adakah itu taktik untuk kamu kelihatan lebih kurus???

Dafi
aku tiba tiba teringat burung tweety.kenapa ya?

Nubhan
ini bukan konsert AF ok,muka kalau hensem tapi kalau suara tertarik tarik susah juga.kamu fahamlah kata kata bakal pasa sanda ini ya,tak kiralah lirik kamu tu mengagumi taj mahal ka,klcc ka, bangunan daya bumi ka...suara tu penting

Dina
baju sama pesen dengan akak jena,beli dari butik yang samakah?dina bolehla kita berkongsi saiz baju ya.kamu dan aku lebih kurang saja cuma aku ni tinggi mengalahkan nasa aziz.
bakal pasa sanda ini akan menyokong kamu (kerana kamu tidak menggelakkan aku apabila coklat m&m tersembur dari mulut aku waktu kita saling bertemu di teluk chempedak)

aizat
aku suka aizat semenjak dia mula mengenakan baju saiz M

kesimpulan : membosankan
lebih baik aku menonton intan.


p/s : entri akhir barangkali untuk hari ini kerana itu keseluruhan isinya macam babi.sekian

ada panau di dadamu

oh..mari kita bermarathon menulis entries ok
sebab besok aku bakal menyertai kursus maka aku tinggalkan kamu dengan koleksi cerita dalam hidup aku.

ya..disini bermula (sila bayangkan lagu mulanya disini sewaktu kamu membaca cerita ini)

aku pada waktu kecil bukanlah orang senang mahupun lenang tetapi aku patut bersyukur ,dalam tak senang aku,belanja sekolah aku masa zaman STPM adalah Rm 7.00 sehari,di kampung seperti kampung aku iatu Kampung Pulau Serai,itu sudah lebih dari sepatutnya

taraf aku dengan belanja banyak ni adalah umpama anak kepada Sammy Vellu ya.hahahah

aku mahu tidur sekejap..
nanti aku cerita balik
itupun kalau aku ingat ya


p/s : memang aku faham,kamu cakap aku babi dalam hati kamu kan?kan?kan?

kamu dengar ini...

selamat jalan kelas.hari ini hari terakhir aku akan mengajar dan akan kembali pada hari rabu.
makanya kamu perlu gembira untuk aku ya.

******************************************************************************

esok hari Sabtu
aku tidak akan online selama 15 jam bagi menghadiri kursus solat ,bukan kamu sahaja ada kursus,jangan sibuk hadir kusus itu kursus ini kursus jadah...tapi solat tonggak tonggek tak tahu betul ke tidak..

jom mari kita bersama sama meramaikan majlis ilmu ini.oh ya bukan percuma,mungkin perlu mengorbankan wang kamu dalam 30 ke 50 hinggit.

tak apalah,dari kamu buat marathon menonton wayang atau promote blogger lain untuk beli produk produk apa kata aku ajak kamu ke program seperti ini

ya aku paham,mulut aku macam puaka,tak padan bertudung,tapi ho ho ho ho ho
mulut aku jangan ikut la,
kalau benda baik itu baik ikutlah



p/s :SEMUA YANG BAIK ,YANG BAGUS ,YANG CANTIK ,MENARIK DAN THE BOOM ADALAH MILIK ALLAH S.WT MANAKALA yang hina dina jahat teruk tu semua dari aku ya (ustajah pasa al boya)

untuk bacaan dugong dan sahabat baiknya sahaja

si dugong merupakan orang yang duduk di sebelah kanan ya..yang pink ni aku tak pasti

mari kita kaji dan selidiki kata kata dari dugong ini

From: cHuMmY~
Date: Thursday, December 4, 2008
Subject: ASSALAMUALAIKUM
Message:
1) Azam, mu fitnah suza bomoh bini mu,mu
tggu ahh balasan tuhan pade keluarga
mu..kalo suza dok bomoh bini mu maka nanti salah sorang dr anak mu akan cacat..Amin..ni kate2 suza..org yg mu
aniaya..n aku org pertame
mengaminkannye..mu ingat skit..ALLAH sentiasa bersama orang2 yg teraniaya..mu jatuhkan maruah diyer
dgn criter2 bomoh rekaan mu tuu, nant
Allah akan balas dgn seadil2 dan
setimpal dgn ape yg mu dah
buat..ALLAHUAKBAR!!ALAH MAHA ADIL..MAHA MELIHAT..

2) Bet,mu fitnah anak suza anak tidak berbapa..mu penoh tgk surat beranak anak diyer ker??ke mu penoh tgk kad
nikah diyer??sibuk ke anok org...g laa melawat kubur anakmu yg mu gugurkan tuu..hal family aku...ayah aku kije mende...hal pakwe aku kije gaji puluh ribu juta ker jgn duk sibuk..baik g melawat ayahmu yg engineer tuu..ayah engineer...mok duk menumpang umah papang..sian plok..sori laa nok
mengkantoikan aku kat forum pon...gune
laa modal n isu2 baru skit..ni citer
lapuk jamang skoloh..g mampus la..

NAPOKNYE OWNER DAH KENE ILMU NASI
KANGKANG BET.. XKAN NOK MKN NASI
KANGKANG AZAM SKALI KOT....


kesimpulan dari message 1

A)itulah kamu dugong,masa ustaz loh mengajar dalam kelas kita kamu sibuk tidur sampai meleleh air liyo basi,air hidung,air mata dan semua jenis air ya,kan ustaz loh kata ;

orang yang mendoakan keburukan orang lain tidak lain tidak bukan mendapat keburukan juga,
Mendoakan keburukan untuk orang lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

cuba hati tu bawak bersih bersihkan sikit,ni tengok,dari doa kamu dah tahu kamu ni memang busuk hati dan busuk perut tau...dan busuk punya orang.

B ) kamu jangan lupa dugong berapa ramai orang kamu aniaya dengan cerita rekaan kamu tu.Dari zaman sekolah kamu memburukkan aku,lupakah?atau kamu mahu aku ingatkan kamu?

C) kamu lupa kamu juga pernah menganiaya Anis?kes kamu menampar Anis?kamu kasi makan dia kah suka hati opah kamu mahu tampar anak orang?jadah kamu

D) ALLAH maha melihat dan ALLAH juga nampak apa kamu buat,jangan kamu nak bertakbir selepas puas memaki orang,apa kamu ni pengikut ayah pin kah?


Kesimpulan Message 2 (khas untuk si bakal Pasa Sanda ni)
A) aku sungguh baik ya untuk mengaku kesilapan aku yang tidak sempat menyelongkar beg kawan baik kamu si Suza tu untuk mencari surat beranak serta sijil perkahwinannya.dan Suza sendiri tidak pernah bercerita tentang laki nya dan aku tak tahu kewujudan beliau.
Kalau benar anaknya sah taraf tak perlu takut