Alhamdulillah,segala puji ke atas ALLAH,Tuhan yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Terima Kasih Allah kerana telah mengurniakan aku rezeki yang yang tidak putus putus,semoga dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada aku ini aku akan menjadi orang yang lebih bersyukur dan tidak bakhil dan banyak mengingati hari mati.
Hari ini ada murid baru yang baru memasuki kelas kelolaan aku,membayar yuran yang berjumlah RM 520.00,dah lama aku tidak merasai jumlah wang yang sedebuk begini.ALHAMDULILLAH
Namun aku berdoa semoga aku dijadikan ALLAH sebagai orang yang sentiasa mengingati hari susah dan dijauhkan dari perbuatan meminta minta.Bil Astro dan Internet serta telefon yang mencecah Rm500 masih belum aku jelaskan kerana baru satu hari bulan.
kebanyakkan ibu bapa hanya membayar selepas dua atau tiga haribulan,insyaALLAH.Bagi yang berminat untuk membuat bisnes dari rumah sebagai contoh mengajar mahupun menjaga anak anak jiran,suka aku ingatkan untuk menjadi bijak.
Dalam erti kata supaya tidak ditipu tapi kalau kamu ditipu janganlah pula bersedih hati kerana kamu bukanlah orang yang menipu.Berbahagialah untuk itu.Yuran yang kamu kenakan sebaiknya dibayar dahulu sebelum kamu memberi servis penjagaan kerana manusia ini ada bermacam macam jenis.kamu pun tentu tak larat nak menanggung kerugian dan mengatakan redha sedangkan hati kamu tidak redha.Berjagalah sebelum kena.
Tetapi jika terkena ingatlah bahawa mungkin ada kekhilafan kamu dimana mana,mungkin kamu lupa bayar zakat pendapatan ataupun kamu kikir atau terlalu sangat amat berkira.Aku tidak pernah lagi terkena ,alhamdulillah setakat ini namun adalah juga orang orang yang meminta balik bayaran yang telah diberikan.
Gilo apa.Penat aku mengajar,kamu pakai kereta beso beso,cap obesi,aku jalan kaki,tiba tiba kamu anto meset,tolonglah saya tak cukup duit nak buat makan anak anak.Apa yang harus aku lakukan?
Memanglah aku tak kasi balik cuma aku minta pada kamu kamu dan kamu,moralnya janganlah kamu suka berlagak itu ini,tak kisah macam tu macam ini,akhirnya kamu meminta apa yang telah kamu beri dan persetujui.
Sekian terima kasih,entri cukup syarat sebelum tidur.ingat pesan aku,janganlah berlagak kalau kamu beli baju berharga lapan ratus sekalipun kerana bukankah Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS Al Hujurat 13).
oh ya,name card aku cantik tak,kamu tengok baik baik,klik untuk paparan lebih besar.
p/s :assalammualaikum,doakan semoga perjalanan aku ke Kuala Lumpur bersama Kak Ja berjalan dengan lancar dan dipermudahkan ALLAH.AMIN>>>>AMIN>>>>>>AMINNNNNNNNNNNN
Cinta ini makin hilang serinya
2 days ago


2 kata kata sondolan dan dorongan:
Waa suda ada name card .. cun lg ;D
aku teringat kata2 penolong kanan sekolah aku dulu, kalo ada budak2 atau mak bapak yg ngadu tak cukup duit baya yuran...
cikgu tu tanya balik budak2, mak, bapak..kat rumah ada TV? ada peti sejuk? mesin basuh?
bila dorang cakap ada, cikgu tu laju mensmash "balik ni jual TV/peti ais/mesin basuh tu, buat bayar yuran"
Post a Comment