Gila ah,aku baru balik dari membeli kain pasang yang berjumlah lima pasang semuanya,tapi janganlah kamu salah faham,kain kain pasang aku ini semuanya murah murah,lima ringgit semeter dan aku suka dan sangat gembira untuk menjadikan kain kain pasang itu sebagai jubah yang terdiri dari bermacam macam warna.
Aku nak get rid of warna hitam.
Bosan.
jadi aku beli skarf berlerang 60 yang mempunyai corak corak abstrak.Menariknya,Alhamdulillah.
Tukang jahit bertanya,apakah ini untuk jubah raya,aku menyangkal kerana ini adalah jubah yang akan aku gunakan untuk bersembahyang,insyaALLAH.Yang perlu aku beli adalah keronsang berwarna putih yang murah murah kerana keronsang aku telah banyak yang rosak.
Kata ibu ,aku amat berkira bab membeli barang barang perhiasan,tak mengapalah ibu.Jam tangan aku agaknya tahun depan barulah dibeli kerana seboleh bolehnya tahun ini aku mahu menumpukan perhatian aku untuk mencapai misi menyimpan lima ratus sebulan.Memanglah boleh menyimpan seribu sebulan tetapi tiada guna kerana aku akan mencari berbagai bagai alasan untuk menggunakan wang tersebut,salah satunya Big Apple Donuts.Guilty pleasure.wohhhoooooo
Seronok rasanya dapat membeli barang barang keperluan kita sendiri.Dalam berseronok,aku teringat kenangan 8 bulan yang lalu dimana aku menghadapi kesukaran dalam mencari wang namun kamu harus belajar,jangan meminta minta kepada orang,sedaya upaya kamu elakkanlah.Melainkan jika kamu terlalu terdesak,jika tanpa meminjam wang dari seseorang menjadikan kamu kelaparan.
Aku tidak dapat melupakan betapa aku rasa air muka aku jatuh pecah berderai derai apabila buat pertama kalinya aku terpaksa meminjam wang dari bu saudara aku dalam jumlah RM 500,tetapi aku hanya berjaya mendapatkan RM 300.bagaimanakah perasaan kamu apabila meminta seseorang membantu kamu?adakalanya dibantu dan adakalanya mereka berlalu pergi.Berusahalah sedaya upaya kamu dan cuba jangan meminta bantuan orang.
ALhamdulillah ,wang tersebut telah aku bayar.Dan kini apabila aku menikmati kesenangan dari segi kewangan,aku menjadi takut kerana itu bermakna akan datang suatu masa kesusahan,Susah dan senang mainan kehidupan,sedih dan gembira juga sebahagian daripadanya.Tak lupa hidup dan mati.Yang pasti untuk kamu dan aku,Ingatlah lima sebelum datangnya lima perkara.
p/s :entri berhenti disini kerana aku harus ke Rumah Haji jabar,ada kenduri kesyukuran katanya.Sekadar memenuhi undangan.
8 hours ago



0 kata kata sondolan dan dorongan:
Post a Comment