Monday, July 6, 2009

Kamdar -memang berbaloi sungguh

AKu baru balik membeli belah di Kamdar,bukan untuk aku tetapi untuk ayah aku.
Aku belikan sepasang jubah punjabi berwarna hijau untuk papa,sungguh menarik dan sepasang T Shirt baru untuknya.Papa seperti biasa,menolak pemberian aku sehingga marah marah,tapi aku tahu dalam hatinya terharu kerana tiada lagi anak anak yang membawanya ke pusat beli belah sambil meminta papa agar membelikan sesuatu yang menjadi kesukaan papa.

Papa suka sangat membeli baju hasil bekas pakaian orang,entah mengapa ...Aku mahu papa mula membiasakan diri memakai pakaian yang dibeli aku.SUngguh,aku gembira melihat senyuman diwajah papa.Aku sayang papa.Kematian ayah tiri yang mengejut tempohari menjadikan aku sangat menghargai papa.Hidup mati kita sungguh dalam pengetahuan ALLAH.

Aku bukan anak yang baik namun aku sedang belajar secara perlahan lahan untuk mendengar luahan hati papa yang adakalanya tidak terluah oleh kata kata.
Aku juga ingin menjaga hubungan aku dengan ibu aku.Walaupun aku sering menghadapi masalah dengannya namun aku tidak mahu bangun dari tidur satu hari nanti dengan berasa sesal kerana tidak berbakti pada ibu aku.

perjalanan yang aku rancangkan tempohari iatu untuk ke Kuala Lumpur,tidak jadi dan dibatalkan kerana atas alasan aku malas naik bas bersama Kak Ja yang merupakan bini orang.AKu terlupa,aku ini orang bujang,manakala berjalan dengan Kak Ja yang merupakan bini orang setiap langkah harus diiringi dengan izin suami.

Tak mengapalah,mungkin suatu hari nanti,insyaALLAH,atau alasan sebenar kerana peruntukkan aku yang berjumlah RM1000 telah berkurangan menjadi RM870?Ha ha ha

Ah,tak perlulah menerangkan semuanya pada kamu,setiap orang ada rahsia yang harus kekal jadi rahsia.Aku juga begitu.

aku baru belajar pakai warna warni selain hitam yang tidak lagi menjadi kegemaran aku,Unggu cantik namun bukan warna aku barangkali.Napa aku uka post gambar aku?Biar lah,kalau komputer ataupun aku punya pen deribe kena attack virus senang ajalah aku cari kat blog aku tak pun kat sfb aku.baguskan?



bibik indon.....Aku memang tinggi dan berkerangka besar tapi itulah alhamdulillah ALLAH menjadikan saya tinggi,maka siapa siapa yang rasa nak sekeh kepala saya tempohari,baiklah pikir lapan juta kali.



p/s :kepada saudara baru Yusuf Tan semoga tabah dalam mengharungi perjalanan menjadi seorang Muslim yang beriman.

2 kata kata sondolan dan dorongan:

ZARA 札拉 said...

anda anak yg baik..=)

aku belum ada kesempatan mahu belikan Abah sesuatu~

NURUL HARUN said...

terharu kak.
sy ingat, gaji pertama saya, saya bagi abah saya duet, dia pandang sy dgn pandangan yang..oh god. saya rendu dia kak, :((
**crying**