Tuesday, July 7, 2009

Mikael atau Micheal hanyalah Rahsia Allah

Aku baru sahaja menerima pembayaran yuran yang keseluruhannya berjumlah RM3000 lebih.Sebahagiannya telah aku gunakan untuk membayar bil bil seperti telefon yang mencecah RM300,astro RM 100 , untuk papa Rm 300 yang kali ini aku halalkan sahaja,tak termasuk wang yang aku gunakan untuk membelanja orang orang sekeliling aku.Pembelian hadiah,makan minum,oh ya,aku sangat suka membeli hadiah.

Bagi yang tidak mengetahui pemberian hadiah dapat mengeratkan silaturahim dan menjadikan kamu disayangi namun dalam masa yang sama janganlah kamu berikan hadiah tersebut dengan diiringan penyakit syirik kecil iatu riak.Dan jangan juga kamu merendahkan pemberian orang lain kerana menyangkakan pemberian kamu lebih bagus.Siapa tahu mungkin dia lebih ikhlas dan sedekahnya diterima ALLAh dari sedekah kamu.

Aku suka melihat kegembiraan diwajah penerima hadiah.Sesuatu yang tidak dapat dibeli.perasaan itu.

Aku juga tiba tiba teringat akan pesanan seorang rakan untuk aku berubah bidang dengan menjadi seorang penulis.Sungguh,tiada apa yang menarik dalam hidup aku melainkan beberapa kesilapan yang kadang kala membuatkan aku ingin menitiskan air mata.Menariknya tentang pengalaman yang kamu miliki dalam hidup kamu membolehkan kamu belajar untuk tidak mengulanginya lagi.

Jadi apakah yang patut aku tulis adakah tentang zaman kanak kanak aku yang entah dimana hilangnya atau aku mungkin boleh memulakan untuk menjadi penulis yang mengajar kamu bagaimana menambah pendapatan dengan bekerja dirumah?

Jawapannya,baik aku tulis di blog sahaja,suka hati akulah bila nak update. la la la

Aku ada menyarankan kak ja sahabat aku untuk menjadi seorang cleaner dirumah rumah penduduk disekitar taman perumahan aku.Dia boleh mengenakan bayaran berjumlah RM8 sejam.Wahai perempuan yang bergelar suri rumah mahupun ibu tunggal yang menghadapi kesempitan untuk meneruskan kehidupan,carilah peluang disekeliling anda.mencuci tandas itu lebih mulia dari menyerahkan tubuh menjadi santapan lelaki lelaki yang tak pernah puas.

Kelihatannya kak ja memandang serius namun masih mengambil sikap suka bertangguh tangguh.Entah mengapa sebahagian dari kita bersikap begitu.telah mempunyai peluang dan pilihan namun masih ragu ragu,dan pengakhirannya seringkali menyalahkan ALLAH atas takdir yang menimpa.

tiada siapa yang dapat mengubah nasib kamu melainkan kamu sendiri.berusahalah dan jauhkan diri dari sikap beralasan.Contoh macam aku,Cakap nak kemas rumah sekarang,tapi tangguh dengan alasan nak tulis blog.WTF?



p/s : "Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)

0 kata kata sondolan dan dorongan: