aku selalu mengalami masalah untuk melupakan bekas bekas teman lelaki aku.Dari beberapa hari yang telah lalu aku asyik teringatkan Reduoane.Tiada apa yang dia tinggalkan untuk aku melainkan kenangan berupa sebuah lagu yang bertajuk Whiskey Lullaby nyanyian Brad Paisley,bukan ditujukan pada aku.Menurut ceritanya ,guru bahasa inggerisnya telah meminta Redouane untuk mencari makna bagi setiap patah perkataan yang terdapat dalam lagu tersebut.
Ah...Aku sebenarnya telah berjaya memblock otak aku dari mengingati cerita cerita yang telah lepas namun ada sesuatu berkenaan Reduoane ini,dia telah membantu aku keluar dari kepompong Kama.Berjaya membuatkan aku lupa pada laki orang yang#(#$*$*_#@_@ itu.
Terima kasih Redouane,kerana selalu mengajar aku bahasa Arab.
Tapi itulah,yang dikatakan semua orang,hidup perlu diteruskan ,anggaplah pengalaman yang berlalu dalam hidup kita sebagai panduan serta pengajaran yang berguna pada masa hadapan.
Manusia berubah,kamu berubah,aku berubah,opah aku pun sama.Semua orang berubah.
namun yang sebaiknya biarlah untuk kebaikan ya.
Berbicara bab muzik aku bukanlah orang yang arif kerana jarang jarang dapat meluangkan masa yang beria ria untuk menilai sesuatu muzik,yang pasti aku benci lagu lagu yang membingitkan telinga.Ada beberapa lagu yang akan mengingatkan aku pada sesuatu seperti bekas bekas teman lelaki aku,antaranya :
A) Kau ilhamku- Man Bai
ini mengingatkan aku pada Parthiban,walaupun merupakan seorang India,dia sangat sukakan lagu ini,anehnya lagu lagu lama mempunyai pengisian yang lebih mendalam dan tidak jemu didengar.
B) Tamally Maak - Amr Diab
Reduoane....aku rindu kamu,harap semuanya baik baik sahaja dengan kamu di Maghribi sana.
C) Nilai Cintamu -Sudirman
ehmmmm..tak boleh kasi tahu bahkan sampai sekarang aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak mendengar lagu ini.kenangan yang sangat membakar hati aku setiap kali aku mengingatinya.
baiklah ,aku pasti kamu juga mempunya cerita yang sama. sebagai peringatan,kamu dan aku juga tahu bahawa yang telah berlaku kekal disitu dan tidak mungkin akan berubah lagi,mungkin adakalanya kita rindu.Namun jangan terlupa pada kata : yang berlalu biarkan berlalu.Ceh...ayat berirama aja.
pakai baju macam ini sambil layan lagu brad Paisley,amacam ada gaya perempuan Melayu terakhir tak?
p/s : la la la la la la la la (lullaby dalam hati)
Cinta ini makin hilang serinya
2 days ago


0 kata kata sondolan dan dorongan:
Post a Comment