Last phone call pekerja di Seri Maju kerana telah mengambil masa berjuta tahun untuk menyiapkan selendang arab aku.Babi sungguh
Last text msg
ditujukan pada tailor aku dengan ucapan "Bila jubah saya yang baki lagi dua pasang itu hendak siap"
Last time cried
tadi,time azan...ku rasa kalaulah ALLAH cabut nyawa aku sewaktu aku didalam alam kejahiliyahan dahulu,dimanakah tempat aku + kalau Aunty tiada ,pada siapa lagi aku nak menumpang berkasih sayang
HAVE YOU EVER??
Date someone twice
gila tak pernah,akukan diva pasa sanda
Been cheated
banyak kali dan selalulah jugak,maklumlah orang baik sahaja yang selalu kena tipu sama orang ni,orang jahat jadi penipu
Kiss someone and regretted it
tak kuasa aku nak cium sesiapa ...
Lost someone special
belum lagi namun aku pasti suatu hari lambat laun nanti aku akan kehilangan mereka mereka juga.
IN THE PAST MONTH
Fallen out of love
ada sekali
Laughed until you cried
tiap kali aku mengajar kawan kawan sani.hahaha,rasanya aku tak kisah mengajar mereka secara percuma
Met someone who change your life
Aunty Sharifah and cik kama (untuk tidak mengulangik kebodohan bercinta dengan suami orang)
Found out someone was talking about you
pernah,aku cakp ,marilah kutuk aku sama sama,barulah sedap,lagi lagi kalau aku dapat hadiahkan luku kepala sorang satu
How many people on your top friends do you know in real life?
NONE.
How many kids do you want to have
pelikkah kalau aku tak pernah nampak bayangan aku bermain bersama anak anak aku mahupun mlihat diri aku dalam konteks ibu mithali?
Do you have any pets?
Aku geli sebarang menda yang berbulu
Do you want to change your name?
rabiatul adawieyah,tak cukup baguskah?
What time did you wake up today?
4.30 am untuk solat witir dan seterusnya berjaga untuk solat subuh
What were you doing at midnight last night?
terbongkang memandang siling kesan kopi dcl yang diminum dirumah imam Alif (al hafiz) ,anak murid aku
Name something you cannot wait for?
berjumpa emang,insyaALLAH
Last time you see your father?
semalam.
What’s one thing you wish could change?
nothing melainkan sikap aku yang suka tido ni
Have you ever talk to a person named Tom?
Tom jadah mana ni?
What getting on your nerves right now?
Aunty nak ke Mekah dan sama ada aku bakal berpeluang berjumpa aunty lagi atau pun sebaliknya
p/s : soalan seterusnya saja aku buang,malas nak menjawab
MANGSA SETERUSNYA MESTI BUAT TAG NIH
dahlah,tak payahlah layan tag ni,meh teman aku dengo lagu ini ha..
Baiklah ,mari kita mulakan hari ini dengan petikan hadis yang menunjukkan kepentingan seorang muslim untuk membantu saudaranya yang berada di dalam kesusahan :
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Ya sekarang kamu faham bukan kepentingan menolong orang.Maka aku si Pasa ini dengan mengharapkan kamu diatas nama ALLAH yang Maha Agung dan penuh takzim meminta sedikit pertolongan kepada yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan KLIA serta kawasan kawasan yang sewaktu dengannya untuk menjadi penunjuk arah bagi aku untuk ke KLIA pada hari sampainya Emang nanti,insyaALLAH.
Kamu tahulah akukan seorang artis yang menjaga nama baiknya,maka agak jarang bagi kamu untuk melihat kelibat aku dimana mana tempat yang tidak bermoral melainkan masjid masjid sekitar kamu.kali pertama aku menaiki LRT adalah sewaktu berkunjung ke rumah bekas teman lelaki aku iatu Reduane,pensyarah dari Morroco tapi ditemani adik lelaki aku yang berusia 19 tahun ya.
Tolonglah aku ini lagi kelas dari Memey itu ya sampai terpaksa berusung tilam dan tinggal di pejabat.
Baiklah nanti aku sambung lagi cerita berkenaan hal aku meminta bantuan kamu untuk menunjukkan jalan aku ke KLIA,sekarang kamu patut bergembira kerana kamu masih boleh membaca semua entri entri aku setiap hari kerana aku mempunyai azam baru iatu menulis setiap hari dan ceritanya biarlah masuk akal.
Bukan cerita seperti laki kamu dicukur janggut mahupun dipotong bulu kemaluannya.
Bukan mudah untuk seorang Pasa ini mencuri masa menulis dan terus menulis kerana aku harus membahagikan masa yang sedikit ini dengan kegiatan keagamaan yang berjalan secara terus menerus setiap kali aku tidak didatangi oleh tetamu iatu Encik Haid.
Pernah satu ketika aku tidak mmepunyai apa apa untuk ditulis dan aku tidak marahkan peminat aku yang tidak lagi menjadi peminat aku kerana aku mengerti apalah yang mereka tahu tentang erti setia.
Aku akan mengambil apa apa yang penting mnjadi rumusan untuk aku tuliskan dalam entri aku pada hari tersebut dan buat pengetahuan kamu,selama ini kamu membaca entri entri yang telah diautopublish sebulan sebelumnya.Aku tidak dapat menulis pada hari yang sama kerana tuntutan kerja serta kelas agama dan juga aktiviti masa lapang aku iatu membongkang tidur.
Seperti sekarang,aku hanya mempunyai masa sekitar sepuluh minit sebelum bersiap sedia untuk mandi bagi menunaikan kewajipan aku sebagai hamba ALLAH iatu bersolat.Kamu solatkah?
Apabila aku menulis perihal solat mahupun perihal apa sekalipun janganlah kamu menganggap bahawa aku merupakan seorang yang baik ,lemah lembut ,ayu ,solehah serta sejuta kata kata yang memuji aku kerana aku hanyalah manusia yang lemah buktinya walau berdegar degar aku menasihati kamu jangan berpeleseran dengan teman lelaki kamu di dalam kereta kancil dimalam minggu ,aku pula suka hati opah aku keluar ke Hyatt menikmati nasi ayam bersama laki orang.
Ah ! Sungguh teruk aku ini namun aku tahu batas diri aku ,aku masih tahu batasan dan aku memaksudkannya bukan seperti akak jijah yang tahu batasan tapi akhirnya bergambo menayang buah dada yang semakin dimamah usia.Aku tahu batasan sebagai seorang muslimah kerana itulah adakalanya apabila aku keluar aku akan berpakaian seperti perempuan baik baik dan berkelakuan seperti yang selayaknya seorang perempuan baik itu berkelakuan.
Kalau kamu mahu orang bersangka baik dan tidak berkata buruk tentang kamu maka berkelakuan seperti seorang yang baik,kalau ikut logic akal,banyak tempat kamu boleh pergi untuk release tension ,kenapa kelab malam yang kamu tahu di dalamnya terdapat botol botol arak menjadi pilihan kamu?
Ah ! Sekali lagi.
Baiklah,sekarang beritahu aku,cerita cerita juga,bagaimana caranya aku dapat sampai ke Kuala Lumpur International Airport dengan mengambil permulaan jalan di puduraya dan pelbagaikan pilihan untuk aku.kamu tentu tidak mahu artis kesayangan kamu ini akhirnya berada di balai polis kerana sesat di bandaraya kuala Lumpur bukan?
p/s : selepas ini aku akan selalu selalu berkunjung ke kuala Lumpur.memenuhi misi aku iatu melawat menara berkembar petronas.ha ha ha
kepada Ida nerina,tolong jaga kelakuan anda kalau tidak sebagai tenaga pengajar,jagalah sebagai seorang perempuan.gigit buku nota disaat pelajar melakukan persembahan adalah perbuatan yang membuatkan aku tertanya tanya,sama ada kamu lapar atau kamu memiliki akal fikiran yang diistilah tiga suku.
oh ya,maaf aku tidak tutup lampu untuk earth hour tadi.Aku bersolat isyak jadi agak mustahil untuk bergelap gulita satu rumah sedangkan aku perlu membaca surah Al Mulk,tiap masa adalah berharga,satu jam itu belum tentu kamu hidup.
Kalau kamu hidup dan bergelap gulita sambil mengenang doa silam dan bertaubat sambil menangis nangis,itu lebih bagus dari bergelap gulita kerana menyahut seruan manusia.Sahutlah seruan ALLAH itu harus menjadi yang utama.
p/s :Selamat menutup mata untuk aku pada hari ini.
Orang Malaysia ini sukalah pada rancangan reality tv seperti akademi fantasia,yang ingin dan menarik perhatian aku adalah aksi ibu bapa yang pada masa sekarang tidak segan silu menangis serta menuturkan kata kata seperti mengharapkan anak anak menjadi artis.
Ibu bapa itu pula beragama Islam. Yang menjadi bini mahupun laki orang meninggalkan bini mahupun laki masing masing untuk tempoh empat bulan kalau tidak dihantar pulang.Kalau si laki orang tadi meninggalkan anak bini untuk berdakwah lain cerita..
Baiklah ,lupakan isu rakyat Malaysia yang bodoh dan bangang menjadi mangsa tv melabur wang untuk Afundi yang bodoh dan haram jadah itu.
Aku seorang yang rebel?
Aku rasa orang yang melabelkan aku dengan rebel adalah orang yang bongok dan masih remaja yang belum mumayiz. Serta masih belum melihat dunia dengan pandangan hati selain menggunakan kepala lutut dalam membuat kesimpulan.
Aku maksudkan aku agak rebel dalam sesuatu perkara namun bukan semua benda.Contoh kalau kamu melakukan bidaah dan kamu anggapkan ia sebagai sunnah maka perlulah aku rebel untuk tidak mengikuti amalan kamu itu.ok hentikan soal rebel reben dan rogol ini ya kerana buang masa aku sahaja untuk menerang siapa diri aku pada kamu.
AKu baru pulang dari masjid selepas solat isyak yang menjadi kemarahan aku adalah salah seorang makcik menyerahkan pamphlet untuk aku baca di masjid,aku sangkakan ia merupakan petikan hadis hadis mahupun nota nota agama yang bakal menjadikan aku seorang manusia sebaliknya ia adalah nota yang berbunyi.
“pilih gaya hidup sihat.jelita.menawan……bla…bla ..bla “,untuk kuruskan badan kamu,belilah (kata makcik tersebut kepada aku)
Pertama sekali dah penat aku jelaskan :
Aku nak gemukkah nak kencing maniskah,aku punya sukalah makcik oiii,bukan aku kalau makan nasi ayam minta kamu bayar,aku memang pantang orang yang menjual jual produk menguruskan badan dengan cara yang kurang ajar seperti ini.Mata aku belum buta untuk melihat selulit mahupun lemak yang menempek di pinggang aku ini.
Kedua :
Dalam masjid bukankah tempat beribadat,apa kamu bodoh sangat bercakap hal duniawi di dalam masjid,kamu tidak tahukah bahawa : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah Saw bersabda: Kelak di hari kiamat akan keluar suatu (makhluk) dari neraka Jahannam namanya Huraisy yang dilahirkan dari yang panjangnya sejauh antara langit dan bumi sedang besarnya dari timur sampai barat.
Lalu Jibril as bertanya: Hai Huraisy mau kemanakah engkau dan siapa yang engkau cari?
Huraisy : Aku mencari lima golongan manusia. Pertama orang yang meninggalkan shalat. Kedua orang yang enggan mengeluarkan zakat. Ketiga orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya. Keempat peminum arak. Kelima orang yang bercakap cakap di mesjid dalam urusan keduniaan (Durratun Nasihin I, hal. 129)
Kadang kadang kalau ikutkan hati aku yang digoda syaitan ini mahu aku menghadiahkan jelingan tajam ala maya Karin kearah makcik makcik yang tak sedo diri ini.
Aku tahu ramai yang mengatakan bahawa aku dan aunty aku berlagak sombong apabila lebih banyak tersenyum dari menjawab soalan soalan bodoh apabila berada di dalam masjid iatu “dari mana,sudah kahwinkah…..”.Penat tahu tak…
Jangan kamu sangka semua tok imam baik,adakalanya tok imam itu sendiri adalah orang yang meminta nombor ekor.Jangan cakap aku buat fitnah ya,aku pernah mengenali seorang tok imam yang terpaksa aku rahsiakan nama beliau demi kepentingan sejagat,tok imam ini telah meminta nombor ekor dari cik kama.Apa dia pikir si Kama itu bomoh hujan ke apa.
Sudahlah,malas aku cerita,sekarang aku nak makan nasi ,petang tadi aku ada masak ayam masak halia.pandai aku masak,lelaki lelaki hensem semalaya tolong berbaris ambil borang untuk mengorat si Pasa ini ya.Akan datang nanti aku akan mengajar kamu suri rumah yang tidak begitu pandai memasak bagaimana memasak sesuatu yang simple dan sedap.
semalam aku berangkat ke terengganu sebagai menerima jemputan ayah Sasa yang merupakan ayah angkat aku.Agak kaget juga apabila aku cuba mendapatkan tiket di Terminal Makmur namun aku menerima jawapan Habis,Sold out dan semualah,mengingatkan ini menjadikan aku akan lebih berhati hati kerana aku terlupa bas transnasional itu bukan syarikat bapak aku.
Namun kerana telah menjadi ketetapan ALLAH bahawa aku bakal berada di rumah Sasa ,bersenang lenang serta bersiap sedia untuk menaikkan jumlah angka di atas penimbang berat badan maka papa aku yang sungguh baik hati telah menawarkan untuk menghantar aku ke sana.Untuk pengetahuan kamu ini adalah kali pertama aku menaiki kereta van pekerja bersama papa sepanjang aku hidup.kalau dahulu jangan haraplah si Pasa ini mahu menaiki bas,bas lompatkah,bas ting ting kah,atau apa apa bas sekalipun mahupun bekerja kerana dahulu aku merasa aku orang kaya.ha ha ha
Perjalanan kami yang ditemani oleh anak bongsu papa aku.Papa banyak bercerita berkenaan kerjanya yang berkaitan dengan gear….engineering ..mesin rosak..dan bla bla bla yang jadah satu hapa pun aku tidak faham melainkan apabila papa bertanyakan soalan solat jamak dan qasar.
Aku gembira walaupun perjalanan banyak ditemani oleh bunyi muzik dari hanset aku kerana radio di dalam van tersebut telah rompong,papa bekerja separuh hari pada hari itu dan terus mengambil van pekerjanya kerana aku meminta beliau berbuat demikian.Kerana aku rindu dengan bau van yang telah mula aku naiki semenjak aku berusia 8 tahun.Percaya atau tidak,baunya masih sama.
Kalau menaiki kereta tidak dapatlah membuang angin ego aku yang banyak dipengaruhi syaitan ini,maka aku menaiki van,menghulurkan kepala ke luar tingkap van seperti yang pernah aku lakukan dahulu namun kini tiada lagi jerkahan dari papa,aku kira dia tahu bahawa aku semakin berubah sekarang.matang dari segi usia . Kami berhenti di dungun untuk mengambil adik lelaki aku yang menetap di kampong.masa yang ada gunakan untuk mengambil gambar disekeliling rumah nenek aku.Dahulu rumah ini sangat cantik dan sangat besaaaaaaaar namun sekarang,kamu akan lihat bahawa ia semakin dimamah usia.Didiami empat generasi.datuk aku,nenek aku,mak aku,adik aku..eh tiga sahaja.hahahaha.Usia rumah ini telah pun menjangkau 60 tahun,esok lusa bakal menyembah bumi,kamu pun samalah,Cuma rahsia kamu itu rahsia ALLAH. oh ya untuk pengetahuan kamu,dahulu aku selalu mencuri telur ayam dari reban inilah.mungkin kamu rasa bahawa ia tidak mempunyai erti apa apa namun bagi aku ia mengundang memori bahagia,seperti lagu Sahri Af tulah. yang unik tentang kampung adalah walaupun tidak memiliki kemudahan seperti rumah aku,setiap penjuru rumah sehinggalah ke halaman rumah membawa aku menyusur jauh ke kenangan kenangan yang ada masanya tidak lagi berada di dalam kotak ingatan aku mungkin aku tidak berpeluang menaiki flight ke sana ke mari ataupun memandu sendiri ke sini namun pentingkah?Aku rasa paling utama jati diri kamu.Kamu tetap tidak melupakan asal usul kamu,namun yang terutama adalah kamu tidak lupa akan agama kamu.
Dimana sekalipun kamu berada bahkan ke hujung dunia sekalipun,harus kamu sentiasa tanam dan ingat serta jangan buat buat lupa bahawa kamu itu seorang ISLAM,berkelakuanlah sewajarnya seperti seorang ISLAM patut berkelakuan.
Jangan gelak tengok tudung aku yang labuh ini kerana kalau kamu gelak kasihanlah kamu takut takut nanti kamu dibolak balikkan hati oleh ALLAH,tapi berniatlah moga satu hari nanti kamu juga diberikan kekuatan ,semangat serta iltizam oleh ALLAH untuk menutup aurat secara keseluruhan dan bukan menjadi hamba fesyen tudung ikin yang menutup rambut namun menonjolkan dada ya.
p/s: Papa aku patut menang anugerah pemandu paling berhemah iatu 80 km sejam dari Kuantan ke Terengganu.dan tidak pernah naik melebihi dari itu,lainkali kak long naik bas jelah papa ya. la la la.baguslah kalau kamu menyokong program Earth Hour tetapi lagi bagus kalau kamu juga dapat menyokong kempen I AM ISLAM.tutup aurat kamu ,mula bersolat bukankah demi masa,sesungguhnya manusia kerugian melainkan orang orang yang beriman.....
Hari ini aku sedang dilanda demam panas,walaupun habanya tidak sepanas mana namun cukuplah untuk menyeksa kepala aku.namun aneh,selera makan aku seperti biasa,alhamdulillah.ha ha ha
Baiklah ,dalam kamu mengaduh kesakitan seperti mengumumkan kepada satu dunia bahawa kamu sedang sakit diruangan status my “sepace” kamu mahupun diruangan twitterkamu,apakata kamu umumkan satu dunia bahawa kamu sedang sihat dan sungguh berterima kasih kepada ALLAH kerana nikmat sihat yang sedang kamu terima itu.
Disaat kamu membaca entri auto publish dari aku ini ,aku sebenarnya sedang mengalami krisis hati ,bukan penyakit busuk hati,Cuma aku tidak pasti adakah aku benar benar bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.Aku selalu begini,apabila sudah ketemu dengan si dia yang ikhlas dan aku tahu memang berkemahuan untuk mengahwini aku,maka aku akan bersikap main tarik tali.Ah!
Tunggu dan lihat sahajalah bagaimana,segalanya terletak di tangan ALLAH.
Sekarang di Kuantan,isu yang paling hangat adalah ketiadaan air,cuba bagi tahu aku,apakah yang paling menakutkan jika kamu seorang yang sentiasa mandi maksud aku dalam kadar 8 kali sehari,berwuduk sekitar sepuluh kali sehari dan berak sebanyak sekali mahupun dua kali setiap hari?
ketiadaan air.
Memang menakutkan,aku telah merasa pengalaman solat tanpa mandi dan sungguh tidak menyelesakan namun Alhamdulillah dalam barisan rumah kami yang dipenuhi cina ini,kesemua rumah mereka keputusan bekalan air manakala rumah Aunty aku pula,air melimpah sehinggakan aku boleh membasuh kereta.
Sungguh menyegarkan apabila tubuh dibasahi air dari bukit….bukit mana,itu biarlah rahsia yang penting bukan bukit yang bertapak di dada kamu itu.
Baiklah sekarang aku mahu mandi kerana aku mahu bersiap sedia untuk solat Maghrib yang bakal masuk sekitar sepuluh minit sahaja lagi (sewaktu blog ini ditulis).
Kamu bagaimana?Solatkah atau masih memilih untuk mengabaikan solat kerana kamu berasa bahawa kamu akan hidup untuk tempoh seribu tahun seperti lagu dendangan si Imran Jemain itu?
Firman Allah,
"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya daripada azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
Baiklah,sebenarnya telah dua hari entri ini tergantung ekoran aku masih lagi dalam keadaan demam panas yang masih diperingkat malu malu.Maka aku mohon berhenti menulis untuk tempoh masa beberapa jam akan datang.
P/s :Sebelum aku berhenti,aku ingin mengambil kesempatan ini menyebarkan ilmu yang aku perolehi dari kitab Shahih bukhari iatu :Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri dan Abu hurairah r.a : Nabi s.a.w pernah bersabda iatu keletihan (kerana kerja keras),penyakit,kesedihan,kepiluan,luka dan musibah yang menimpa seorang Muslim dan ianya menerimanya dengan penuh kesabaran maka ia adalah kifarah ALLAH yang menghapuskan sebahagian dosa dosanya (7:545-S.A)
Aku akan berhenti menulis untuk satu jangka masa yang panjang. Bencilah aku menulis lepas itu tiada siapa yang memberi perhatian pada cerita si pasa yang diva di alamsurgaloka blog ini. sampai disini dahulu
p/s :aku memang malas komen,malas membalas komen dan malas semualah.Kerja banyak selain sedang siap sedia menghafal doa doa serta lafaz niat sebelum solat.Ini sapalah punya kerja yang mewajibkan untuk menghafal niat bahasa Arab.Allah kan paham semua bahasa.Apa kalau lupa niat sembahyang dalam bahasa Arab kamu mahu memberhentikan seseorang itu dari berkahwinkah?Bodoh sungguh!oh ya,aku bakal menghadiri kursus kahwin ,bersama siapa,ya,Aunty aku yang berusia 70 tahun itu.Hebatkan?
Kamu tak perlu nak menjeling jelling dan mengutuk aku suka hati bapak kamu,apa kamu fikir kamu baik sangatkah?bertukar jantan macam tukar baju,bertukar betina macam kamu tukar kondom.
Kamu tak payahlah nak perasan diri kamu itu mulia,aku kenal sangat spesis manusia seperti kamu yang mana mengutuk orang nombor satu,perbuatan sendiri beronani buat diam sahaja.
Aku bekas perempuan simpanankah,bini datokah,jandakah,aku punya sukalah,babi jadah kamu peduli kenapa,mintak makan dengan mak kamukah?atau kalau aku berjimak,aku guna vagina kakak kamu?
Manusia memang babi.Memanglah sumpah aku ini tidak akan mematikan kamu namun sebelum kamu nak mengutuk bahawa aku gemukkah,besar macam babikah,kamu kena tengok diri kamu yang lebih besar dari platypus ya.
Sekurang kurangnya aku tidak mereka reka cerita pasal teman lelaki aku yang kaya e jadah atau terpaksa berangan untuk makan dihotel hotel ternama kemudian menceritakan kepada orang sekeliling dengan harapan mereka percaya.Aku bukan bangang seperti kamu.
Ok.Aku rasa kamu tidak perlulah menyumpah seperti ini,aku percaya bahawa kamu bijak untuk mengambil yang mana yang baik dan buruk.
Contoh :
Babi haram.Jangan makan
Babi haram tapi kamu makan
Bukankah bodoh?Menyumpah seranah tidak akan pernah menunjukkan kamu seorang yang kuat,paling tidak orang akan menganggap kamu pengecut kerana tidak mampu untuk meluahkan perasaan kamu serta bodoh kerana ingin menarik perhatian pembaca.
Bla..bla….bla
Manakala aku menyumpah kamu pula kerana aku merasakan ia sesuatu yang seni.
Kamu kalau tak disumpah oleh aku kamu cakap aku sekarang sudah mula menjadi orang yang bertakwa,ok aku aminkan untuk takwa.
Tapi bila kamu kena sumpah pandai pula nak marah.
Manusia kadang kadang memang babi.
p/s :menyumpah dan melihat orang disumpah adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi tidak bila kamu yang aku sumpah.Nak sumpah aku?sumpahlah…mak tak kisah,janji aku makan nasi ayam ya
Aku sepatutnya boleh menjadi amat marah dan menyumpah kamu kamu dan kamu yang tiada kaitan dengan perkara yang terjadi pada aku malam kelmarin.
Ceritanya bermula apabila computer aku tiba tiba mati disaat aku sedang menaip hampir dua puluh dua buah entries untuk disiarkan secara auto publish di blog aku namun harapan aku hamper berkecai apabila kesemua entri tersebut hilang secara tiba tiba kerana kegagalan computer pasa ini untuk berfungsi akibat perlu diformat kembali setelah hampir dua tahun menemani aku.
Kalau kamu ingin tahu,aku memiliki tabiat iatu hanya akan dapat mengarang cerita apabila menulis di Microsoft word manakala jika aku mula menaip di ruangan khas untuk blogspot aku akan tiba tiba kekeringan idea.
Berbalik kepada 20 cerita yang terdapat di dalam document tersebut ,kamu patut mengadakan kenduri kesyukuran kerana aku telah selamat mengcopy pastekan semua cerita tersebut ke blog aku untuk di auto publishkan kecuali entri untuk tiga diva sebelum kerosakan itu berlaku.
Tidak dapat aku bayangkan kalau semua cerita itu hilang,mungkin aku akan menyepi ekoran hilang semangat untuk menaip buat seketika.
Pengajaran yang aku dapati dari kejadian ini adalah seperti entri aku yang telah lepas iatu semuanya berlaku dengan tiba tiba dan kamu pun tidak pasti dengan apa yang bakal berlaku dikemudian hari seperti mana kamu tidak mengetahui bila mati kamu itu.
Aku boleh memilih untuk marah,masam mencuka ataupun mengamuk seperti kerasukan babun hutan namun apalah yang dapat aku lakukan?Adakah dengan meratap dan menangis akan dapat mengembalikan keadaan computer aku kepada keadaan asal?
Walau kata kamu boleh diback up namun apa sangatlah yang boleh diback up?Apabila kamu mula membuka computer kamu yang mula menggunakan perisian baru ,kejanggalannya masih ada,begitulah kehidupan kita sebagai manusia.
Komputer dalam entri ini adalah lap top,aku selalu tertukar istilah yang dua itu,tapi babi lantak akulah nak tulis apakan,inikan blog aku,nak menyumpah kamu pun ikut suka opah aku lah,apa kamu peduli?
Ada beberapa kali (sewaktu aku didatangi pelawat bulanan iatu Encik Haid),aku melakukan penjelajahan blog ke blog dan aku menemui perkara perkara baru,aku tidak sangka sebahagian dari kamu memiliki rangkaian atau pautan rakan yang sama.
Baguslah sikap kamu yang saling suka untuk mengkomen (bukan beromen) blog masing masing itu.namun agak memenatkan apabila kamu terpaksa menjadi pengomen yang hari hari menatap cerita bodoh,seperti saya makan nasi lemak lalu mahu tidur.
Aku tidak memiliki rakan rakan yang ramai dalam kehidupan aku sendiri begitulah,aku memilih kawan kawan aku,bukan memandang kepada bapak kamu siapaatau opah kamu dulu shooting dengan siapa,aku memilih kawan bagai memilih wangian untuk diri aku.
Kawan yang baik umpama minyak wangi ,akan memiaskan wangian dari dirinya sedikit sebanyak kepada kamu dan kalau kamu berkawan dengan penjual arang yang selalu diselubungi asap,maka janganlah kamu salahkan mereka kalau badan kamu mula berbau kemenyan Mak Long Piah.
Kawan aku dari sekolah menengah adalah Sasa dan tidak pernah bertukar ganti kerana seperti Sasa,aku sangat mudah untuk tidak menyukai sesuatu sebagai contoh :
Kamu tak sembahyang----------------------------------------- aku benci
Kamu keluar malam bersama jantan--------------------- sama seperti diatas
Kamu meraba dalam gelap bersama pakwe kamu- lama lama aku pun mungkin akan meraba
Kamu cium makwe kamu dan kata itu biasa-------harap kamu bukan jadi laki aku
Kamu pakai seksi nampak bahu--------------------tunjuklah vagina kamu terus.
Kamu adalah Azwan Ali----------Lulusan universiti kadang kadang tidak lulus dari segi moralnya
Kesimpulan yang boleh aku tulis dari entri yang agak panjang ini adalah,pilihlah kawan kamu,jangan memilih yang murahan,lambat laun kamu pun akan termurah sama.
Jangan guna ayat kita tidak patut memilih dalam berkawan,habis kenapa kamu tak berkawan aja sama perogol bersiri?
p/s :Aku benci kalau orang yang kerjanya asal jumpa nak suruh aku belanja dan orang itu adalah lelaki.Bak kata kawan aku yang terdahulu (dan tidak lagi menjadi kawan aku) fcuk lah…ß-- contoh pengaruh tidak baik dari kawan
Sengetkan kepala kamu sewaktu menatap wajah wajah ayu dari Pasa,sapa bilang Pasa tak cantik sila pakai cermin mata kuasa dua ya.
Sesekali isi gambo aku dalam entri ini apa salahnya,aku tahu kamu sendiri sudah terlalu kemaruk ingin menatap wajah beserta senyuman aku yang manis ini bukan?Maka bersyukur dan sila adakan parti buih sabun kerana kamu berjaya melihat wajah si Pasa Sanda ini.
p/s :oh ya,itu bulu mata asli dan bukan dipercantikkan dengan sebarang bulu mata palsu mahupun maskara ya kerana aku ini sukakan kecantikkan asli kerana itu aku membiarkan sahaja parut jerawat beserta misai misai halus disekitar bibir tanpa perlu dieditkan
gambar tiada kena mengena dengan persoalan hidup yang sedang berlaku dalam hidup pasa
Gila babi bosan.aku dah penat dah,tak tahu nak buat apa,last sekali aku mencuci kereta milik aunty aku sehingga menyilau seribumata yang memandang.Kadang kadang dalam hidup kita ini seringkali kita dihantui rasa bosan sedangkan kita sebenarnya masih mempunyai beribu ribu masalah yang sedia ada menghantui kita dan sedang menanti untuk diselesaikan.
Alhamdulillah aku tidak mempunyai masalah yang terlalu rumit kecuali ketidakpastian aku sama ada aku bakal ke syurga atau ke neraka.Soal kehidupan aku didunia semuanya adalah lancar setakat entri ini ditulis.
Tiba tiba aku menerima panggilan dari Victor Samuel yang sungguh tiba tiba dan membuatkan aku kelu,permulaan percakapan kami sungguh bagus dan baik sekali hingga apabila dia menanyakan aku berkenaan status diri aku sama ada aku telah berpunya atau sebaliknya.
Apabila aku katakan bahawa aku telah berpunya dia secara tiba tiba juga menukar tonasi suaranya dan tiba tiba juga menyatakan bahawa dia telah pun selamat berkahwin dan membuntingkan isterinya.Ah sungguh tiba tiba.
Aku tahu lelaki punya ego yang tersendiri,mungkin dia masih berharap bahawa aku masih single dan bolehlah dia masuk jarum seperti dahulu namun akuseperti biasa,tidak mahu lagi melukakan perasaan orang lain.
Aku juga bersalah dalam hubungan aku dan cik kama dahulu kerana aku bukanlah setia mana,maksud aku lambat ada orang kenyit mata aku pun kenyit hidung.ha ha ha,hei ,aku cantikkan,biasalah orang cantik memang macam aku.
Cukuplah aku menambah senarai lelaki lelaki yang aku kecewakan,aku ingat lagi muka Sunny Jaxcin,si Nigerian yang mempunyai rupa ala ala Chris Brown (gila tak kacak kamu kata) yang menangis seperti perempuan kematian laki kerana aku bertindak berterus terang yang aku tidak akan mengahwininya kerana aku sedang menanti pinangan dari cik kama.
Aku sunyi,kehidupan aku sebagai perempuan yang ala ala simpanan namun terpelihara kehormatan dirinya amatlah sunyi dan internet merupakan salah satu wadah yang banyak membantu aku sebenarnya.
Sehinggalah aku terpaut pada dunia penulisan blog.masih ingat entri aku yang pertama?sekitar May 2008,waktu itu aku sedang mengalami tekanan yang amat sangat.Cuba kamu belek cerita kamu pertama kamu,ianya tentang apa.
Gaya gaya menulis aku sewaktu cerita tersebut ditulis adalah merangkap gaya seniman datuk a samad said maklumlah kali pertama.namun kini aku gembira kerana dapat menulis dengan gaya bebas yang mana aku tidak begitu perlu memikirkan akan kesusahan hati jika jika ada guru bahasa Malaysia sedang membaca karangan aku.
Aku mungkin terlalu mengharapkan emang namun yang aku pelajari jangan pernah terlalu menyintai,tika dan saat ini aku amat menghargai kehadirannya dalam hidup aku .Dan berita gembira untuk kamu,abang emang telah pun selamat menyiapkan passportnya sewaktu cerita ini aku tulis.
Jika diizinkan ALLAH .s.w.t berkemungkinan besar dia akan menjejakkan kakinya di Malaysia pada bulan Julai,janganlah kamu jadi bodoh dengan memarahi aku kalau kalau dia tidak muncul pada bulan yang aku tulis kerana bukankah telah aku tulis dari awal :
Semuanya terserah kepada ALLAH…
Bukankah ALLAH yang MAHA BERKUASA ke atas sesuatu.
Dan tolong sesiapa tukar istilah yang maha mulia untuk kegunaan manusia ya,kerana yang maha itu hanya milik ALLAH sahaja,manusiatara kamu ,kamu kamu dan aku ni mulia tara mana sangat bukan?
p./s :hari pertama aku merasakan bahawa menonton tv itu sesuatu perkara yang membuang masa,aku rasakan itulah yang berlaku apabila kamu menyedari betapa reality hidup kamu tidak seperti cerita SpaQ dan betapa sesetengah perkara dalam hidup kamu akan datang dan pergi serta terhenti secara tiba tiba.Usia pun begitulah.
Aku tidak lagi mahu menyenaraikan perkara klise yang selalu kamu tulis iatu:beriman,bertakwa dan sejuk mata memandang…no no no no,siapa yang tidak mahu lelaki yang beriman?tapi bagaimana keadaannya kalau kamu berpakaian seperti perempuan sundal tiba tiba mahukan lelaki yang beriman?
Kamu harus tahu bahawa lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik sahaja,Apa kamu lupakah?atau kamu buat buat lupa.Cukup ,aku malas mengadakan ceramah pada hari ini.Berbalik kepada topic asal ya.
Bagi aku ciri ciri seorang lelaki yang bakal menambat hati aku adalah agak penting untuk beliau bagi termasuk dalam katogeri seorang yang kelakar,bukan buat lawak bodoh tahap Raja Lawak Bangang Nak Mampus itu ya.Itu kalau dapat kat aku,aku tampo aja kasi pening lalat terus.
Kelakar adalah perkara utama ya,bagi aku tiada yang lebih penting selain dapat membuatkan aku ketawa (dan dapat menyediakan nasi lemak setiap pagi).Dengan membuat aku ketawa atau tersenyum dapat merobohkan benteng yang ada diantara aku dan si dia.Gila tak tertekan kalau tengok muka pakwe,udahlah rupa Zionis,garang macam babi.
Tapi bukan kelakar dua puluh empat jam,tengok keadaanlah ya.
Yang kedua adalah memiliki barang besar,ianya merupakan sesuatu yang subjektif kerana boleh jadi aku mahu dia berbadan besar,lengan besar ,kaki besar atau testis besar?Aku dengar cerita ,kalau barang besar biasanya isteri tidak akan mencari lain lagi,jadi itu adalah perkara penting juga.mungkin sebelum berkahwin aku patut menyemaknya dengan lebih mendalam.
Apa kata mereka mereka yang pernah berkahwin dan sedang berkahwin?benarkah barang besar dapat menjamin kebahagiaan?Aku tujukan soalan ini pada Dina manakala mereka yang disangsi sama ada telah mencubanya atau belum adalah Penda dan Paryn.
Yang ketiga,menerima aku seadanya aku dan tidak cuba mengubah aku seorang pasa Sanda ini kepada Rozita Che Wan atau Wan Maimunah.itu kepantangan bagi aku,contoh terdekat kalau membanding bandingkan aku dengan bekas teman wanita yang pernah hadir dalam hidup mereka memang babilah.
Aku pasa,mana boleh kamu samakan dengan nora Danish.
Yang keempat dan terutama yang mencintai aku ikhlas kerana ALLAH taala,kenapa aku letakkan ini yang terakhir kerana kebiasaannya yang terakhir inilah paling susah untuk ditemui.
Akan ada satu saat ramai orang menyukai kamu namun kamu akan bingung memilih mana satu yang paling sesuai dan berpadanan untuk kamu.Ada kalanya mereka menyukai kamu kerana kejelitaan kamu mahupun harta kamu,kebiasaannya cinta ini tidak akan kekal seiring dengan pertambahan masa.
Bagaimana aku tergamak untuk mengahwini seorang lelaki tanpa perasaan cinta,walaupun dikatakan kasih sayang itu seperti bunga,mengambil masa untuk berkembang mekar.namun aku bukan bunga walaupun rupa aku memiliki iras Bunga Citra Lestari.
Aku bersyukur bapa aku tidak pernah mempersoalkan pilihan aku atau cuba untuk menjodohkan aku dengan mana mana lelaki yang langsung tidak terlekat dihati aku.Soal hidup dan soal pasangan hidup aku biarlah aku yang menentukannya sendiri kerana aku memang begini.
Namun bagi kamu yang dipaksa oleh ayah ibu untuk mengahwini lelaki yang mana bukan merupakan pilihan hati kamu dan dalam masa yang sama akan mengakibatkan kamu terpaksa meninggalkan kekasih hati kamu ,percayalah mungkin itu yang terbaik untuk kamu.
Kadangkala apabila orang tua tidak menyukai pilihan kamu pasti ada sebabnya ,kalau kerana lelaki pilihan kamu itu tidak memiliki harta maka patutlah ayah kamu dihantar ke Kemboja kerana menilai seseorang melalui sisi material semata mata.
Ayah aku menentang pilihan aku untuk bersama cik kama,dahulu aku merasakan ayah aku kejam tapi kini barulah aku tahu,tergamakkah aku untuk bersuamikan seorang suami yang pemabuk?Laki orang?Gengster tamil Nadu?
Tergamakkah? Oh tidak.
Tidak mahu,kalau setakat keluar makan nasi ayam tidak mengapa,ini suami.Yang kamu akan berjimak setiap malam,yang air maninya bakal mengalir ke rahim kamu,yang darinya akan tumbuh seketul daging yang akhirnya menjadi bayi…dan bersusur galur darah si pemabuk…oh no no no no no
p/s :kata nenek aku,kalau mencari suami mahupun isteri carilah yang lebih menyayangi kita dari kita menyayangi dia,namun nenek,soal jodoh,siapa yang boleh sangkalkan.Apapun Emang sayangkan aku lebih dari aku sayangkan Emang.la la la
Dulu sewaktu usia aku sekitar 15 tahun,kumpulan New Boyz merupakan antara kumpulan yang mendapat perhatian yang cukup meluas,aku tidak tahu mengapa aku teramat menyukai lagu mereka terutama “sejarah Mungkin Berulang” .
Aku selalu menganggap di frasa usia ini aku sebenanarnya mempunyai banyak tahi telinga kerana masakan tidak,suara tomok aku katakan lebih lemak merdu dari Anuar Zain.
Puncak kebencian aku pada Tomok adalah sewaktu dia digosipkan dengan perempuan perempuan terdesak yang bergambar di tepi kolam renang dalam majalah mangga.Itu tidak termasuk apabila tomok mula merosakkan lagu raya kegemaran aku.
Kalau Tomok muncul depan mata aku pada waktu itu,kemungkinan beliau untuk ditendang di bahagian alat sulit adalah tinggi.
Masa itu aku tak mampu membeli album mereka almaklumlah belanja sekolah pun masih diberi oleh nenek aku.itupun habis aku belanjakan untuk nasi lemak (Pasa ini peminat nasi lemak nombor satu ya)
Jadi cara yang ada untuk membuktikan kepada orang orang sekeliling bahawa aku menyukai dan meminati Tomok (merupakan peminat nombor satu juga),aku hafal lagu tomok sebaik sahaja ianya berkeudaraan di Radio Muzik (stesen muzik pilihan anda).
Era tak sampai lagi ke daerah Dungun.
Aku akan menyalin lirik lagu nyanyian Tomok dengan cepat dan cuba mengingati setiap baris serta nada lagu berkenaan ,bukan apa,apabila aku ke sekolah keesokkan harinya,bolehlah aku berlawan dengan peminat Tomok nombor dua iatu Haslinda atau nama gelarannya Semek.
Kebiasaanya aku menang kerana aku mampu menjiwai lagu berkenaan,gila tak menang,aku kan pasa sanda.Sambil menyanyi air mata aku laju menitis maklumlah lagu kecewa,yang menatang babi jadahnya,aku masih tidak mempunyai teman lelaki waktu itu,jadi kecewa jadah apanya?
Kesimpulan untuk kamu yang ada meminati mana mana lagu berpada padalah ya.jangan sampai orang memanggil kamu dengan gelaran tiga suku.
p/ ;sedang bersedih hati kerana buat pertama kalinya aku terlepas untuk melaksanakan solat dhuha.Ah!terlepas nikmat.ini semua gara gara terbongkang tido,oh ya,kamu tahu semalam cik kama ketemu aku.kami ke M.S garden,cubalah sup sapi (atau lembu?) yang enak disana.
Aku seorang penulis yang sangat mementingkan diri dan hanya akan menulis berkenaan isu diri aku semata mata dan jarang sekali ingin mengisi blog aku dengan entri entri khas untuk kamu melainkan untuk melayan tag dan juga apabila aku merasakan perlu untuk menegur kamu.
Aku sesungguhnya seorang yang sangat diplomatic kerana aku tidak pernah menuju kata kata teguran aku secara langsung,contoh ;
“blog Azwan Ali merupakan blog yang tidak bermoral,cara pembawaan diri serta penulisan mencerminkan kedangkalan pemikiran”
Maka kamu patut bersyukur untuk itu ya,aku ini kiranya agak baik hati dan memahami kalau kalau kamu menanggung kemaluan yang amat besar..er..keaiban yang agak besar,kemaluan besar taka pa ya,aku suka.la la la
Aku tahu dalam fikiran kamu bertanya berapa besar kemaluan cik kama,tapi bodoh,aku tak pernah lihat.aku kan masih dara tang tang tang,bagaimana kamu tergamak menyuruh aku menerang bab bab begini dengan terperinci.
Baik,sekejap,aku mahu control ayu . (siap,aku sedang control ayu)
Kamu merasakan blog aku ini merupakan salah satu blog picisan yang lebih kurang sama jadahnya dengan blog kamu,tapi kamu terlupa,blog aku bukan blog katogeri “hari ini saya makan nasi lemak dan sekarang saya mahu tidur”
Aku merasakan blog adalah tempat untuk aku meluahkan serta menceritakan kamu sebahagian cerita yang pernah terjadi dalam hidup aku dengan harapan,kamu para gadis dan ibu gadis tidak akan mengulangi kebodohan kebodohan yang pernah aku lakukan.
Kamu tidak dapat menyumbang sesuatu untuk agama mahupun bangsa kamu sekurang kurangnya kamu bantulah mereka yang bakal atau sedang atau telah melakukan kesilapan dengan cara memberi teguran/nasihat berdasarkan pengalaman kamu sendiri.Kerana hanya orang yang pernah mengalami akan memahami.
Silap kamu adalah selalu menceritakan masalah kepada orang yang tidak pernah mengalami maka mereka biasanya akan memberikan idea idea bangang serta penyelesaian yang tidak meletakkan mereka ditempat kamu (ini ditujukan kepada ibu ibu yang berskandal bersama laki orang dan laki orang yang berskandal bersama bini orang)
Aku tidak pernah berkahwin jadi aku tidak memahami hal hal ini dengan mendalam,namun nasihat aku pada anak anak gadis yang kian hilang harga diri pada ketika ini (kuala lumpur terutamanya),jagalah dan hargailah kesucian anda,dara anda itu bernilai…kalau tak percaya cuba iklankan di internet,siapa sanggup membida dara anda pada harga tertinggi.
Dan tidak ada nilai yang paling baik untuk dihadiahkan kepada seorang suami selepas dia membelanjakan wang yang banyak untuk perkahwinan kamu yang kedeboom atau bersanding atas kuda (wtf?) atau ,________,_______,_______ atau _______ . Tempat kosong isikan sendiri kerana kamu dengan impian kamu yang macam haram jadah itu manalah aku tahu.
Ok,sambung semula, Dan tidak ada nilai yang paling baik untuk dihadiahkan kepada seorang suami selepas dia membelanjakan wang yang banyak untuk perkahwinan kamu yang kedeboom melainkan memberikan dia kehormatan sebagai penerobos dara kamu untuk yang pertamanya.
Gila tak rasa berkuasa laki kau.
Cuba kamu tanya laki kamu sekarang,suka tak dapat jadi orang pertama menerobos dara kamu? Kalau tak suka tu tandanya kamu tak berdara lah tu…la la la la
p/s : Alasan dara terkoyak kerana membawa basikal amat klise sekali,apa kamu bawak tempat duduk basikal itu isi dalam vagina kamukah?
Ada orang menyangka mati itu senang
Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah
Yang susah hanya di dunia
Setengah orang anggap mati penyelesai masalah
Tapi kalau tiada iman syariat diabaikan
Mati sangat menyakitkan
Bagai pukulan tiga ratus pedang
Di dalam kubur pula dipukul oleh mungkar dan nakir
Di padang Mahsyar dibiar beratus tahun
Di dalam keadaan tidak berpakaian
Matahari di atas ubun amat panas
Tiada siapa yang menolong
Masing-masing tiada diri sendiri
Akhir sekali meniti Sirotul Mustakim
Kemudian berguguranlah kedalam api
Di dalam neraka nanti kekal abadi
Tidak diukur oleh masa lagi
Marilah kita insaf dengan cerita ini
Marilah kita mensiapkan diri
Agar kita selamat dari penderitaan itu nanti
Aku rasa insaf dan takut apabila mengenangkan kematian,kamu rasa takutkah?
Sama seperti aku?kadang kadang sampai menangis?
Aku dulu suatu ketika tidak pernah takut apabila mengenang soal mati.kadang kala apabila masalah yang melanda aku terlalu mencengkam,aku mengambil kata putus untuk menamatkan riwayat hidup aku dengan bersangka bahawa ia bakal menyelesaikan masalah aku.
Siapalah antara kita yang bebas dari masalah?
selagi kamu hidup selama itulah masalah akan muncul namun kamu sendiri haruslah percaya lambat atau cepat masalah berkenaan pasti selesai kecualilah jika kamu berhutang dengan Along makanya kamu bakal menikmati zaman kesusahan yang agak panjang.
Berhenti mengeluh dengan menyangkakan bahawa kesusahan yang Allah berikan itu tiada penghujungnya.Selaklah kehidupan kamu sehari hari,apakah yang kurang?adakah apabila bangun pagi,mata kamu gagal berfungsi?
Adakah dalam seminggu mahupun hari hari biasa berlalu tanpa ada sebutir nasi memasuki keronkong kamu?Aku percaya dengan keadaan kamu di Malaysia,kebanyakkan masa makanan berakhir di tong sampah.
Nikmat mana yang ALLAh dustakan?
Dan kamu sendiri yang tidak pernah bebas dari perasaan sedih dan juga masalah yang berlarutan sehingga kamu merasa jiwa kamu kosong,kembalilah kepada ALLAH,jika sebelum ini tidak pernah bersolat mahupun bersujud,bawa bawalah bersujud dan berdoa.
Yang kamu harus faham konsep doa adalah SABAR dan SENTIASA BERSANGKA BAIK TERHADAP ALLAH :
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a :Rasulullah s.a.w pernah bersabda ;
Allah berfirman :
“AKU seperti apa yang difikirkan hamba-Ku mengenai-Ku.Aku bersama samanya seandai dia mengingati Ku di dalam dirinya,Aku pun mengingatinya di dalam diri Ku,
Seandainya ia mengingati Ku di dalam sekelompok orang,maka Aku akan mengingatinya di hadapan kelompok yang lebih baik dari mereka.Seandainya ia mendekati Ku sejengkal,Aku akan mendekatinya sedepa,dan seandainya ia mendekati Ku sedepa,Aku akan mendekatinya selangkah,dan seandainya ia mendekati Ku selangkah,aku akan berlari mendekatinya” (9:502- S.A)”
Sebelum meneruskan penulisan aku pada hari ini sila tepuk dahi untuk aku yang berjaya menyalin hadis dari kitab Bukhari untuk kamu dan doakan semoga ALLAH memberikan aku IMAN.
Faham,ingat dalam otak kamu bahawa ALLAH itu MAHA PENGAMPUN,MAHA PENGASIH dan akan sentiasa memaafkan kesilapan dosa kamu walau dosa kamu mencanak naik dari bumi ke petala langit.
Yang aku tidak faham kenapa kamu ingin membinasakan diri kamu sendiri dengan dengan tidak mengingati mati dan langsung tidak berdoa untuk dijauhkan dari azab seksa api neraka.
Kamu tidak takutkah?
Suami suami yang mempertontonkan kecantikan isteri dengan membiarkan mereka mendedahkan aurat,bapa bapa yang membiarkan anak anak perempuan mereka menayangkan rambut hasil rebonding,tidak terfikirkah soal ini?Tidak takutkah kamu?
Dan kamu yang menjadi pembaca blog aku ,yang menjadi follower mahupun yang tidak,sekadar tumpang baca dan tukang kutuk,tidak terfikirkah suatu hari nanti kamu akan merasai mati?
Atau kamu berasa ,tunggu tua dahulu baru insaf (ayat klise Pak Man Kampung Dusun time main dam aji )
Tapi kamu terlupa,usia kamu itu rahsia Allah.
p/s :sekarang kasi tahu aku bila kamu bakal mati?dan walaupun kamu tidak pasti berkenaan ajal kamu sendiri mengapa masih kamu memperlekehkan soal mati?
kevin,ada sesuatu yang istimewa tentang kamu dan kekal dihati aku namun cukuplah sampai disitu,semoga kamu ketemu teman yang satu aliran satu kefahaman.
Dalam hidup aku yang berliku liku kalah selekoh tajam jalan mersing dahulu,beberapa kali juga aku dimengorat oleh lelaki lelaki berbangsa asing dan ada dua daripadanya merupakan lelaki berketurunan African American yang merupakan bakal salah seorang pemuzik yang berjaya bernama Kev – G (Kevin )
Kami berpacaran selama lebih kurang lima bulan sebelum dia mula serius berbicara soal hala tuju hubungan kami ini.Dia beragama Kristian dan aku beragama Islam,satu perkara yang aku tahu,akusecara peribadi agak senang dengan Kevin kerana beliau merupakan seorang lelaki yang berbudi bahasa.
Berbudi bahasa dan baik hati sahaja tidak cukup apatah lagi aku beragama Islam dan aku tidak mahu Kevin memeluk Islam semata mata kerana cintanya terhadap aku kerana aku tahu hubungan seperti itu tidak akan berkekalan lama dan aku pula merisikokan agama aku dengan menambah bilangan mereka mereka yang bakal murtad.
Memang aku sukakan Kevin kerana banyak perkara yang kami sependapat serta sealiran selain mempunyai latar sejarah keluarga yang hampir sama namun seperti yang aku katakana,kecintaan aku kepada agama Allah ini suatu saat mengatasi hati dan perasaan aku sendiri.
Tidak hanya Kevin,beberapa lelaki yang berlainan agama juga pernah merisik cinta aku seperti Micheal London ,duda yang bercerai dengan isterinya dan berusia lebih kurang ayah aku( anak saudaranya pernah menyertai rancangan reality tv American Idol) dan Samuel Victor yang kini menetap di Cardiff,London.
Aku tidak tahu apa yang istimewanya aku dimata lelaki lelaki ini bahkan Emang sekalipun,namun aku tahu berkemungkinan besar ia adalah pengaruh aku yang suka membuat mereka senang hati.menjadi diri sendiri dan berkeyakinan tinggi Cuma soal mati sahaja aku lemah hati kerana tidak pasti tempat aku.si syurga di neraka.
Kalau ikutkan hati ,mungkin aku akan bekahwin dengan Simon Cowell maklumlah,hati tidak kisah agama apa,janji cinta.namun jangan kamu terlupa,jangan dikaburkan oleh cinta yang bakal menjerumuskan kamu menjadi bahan api di api neraka.
Tiada sekongkol dan kata dua dalam agama,jangan pemudahkan hukum Allah,berapa ramai yang tersungkur dan terlingkup,tidak sekarang,disana nanti.Semoga cinta tidak membutakan kamu dan hati kamu tidak dibolak balikkan Allah.
P/s : Aku memang tidak secantik kamu Rima,namun tidakkah kamu tahu kehadiran lelaki yang mencintai kamu namun berlainan agama sebenarnya suatu ujian buat kamu?Terasa sedih hati aku mengenangkan betapa kerana cinta,sesetengah dari kamu sanggup menduakan agama.
Dah lama dah isu gambar kak jijah berpoya poya tersebar di internet,dulu punyalah aku tidak percaya kak jijah oiii…Mati mati si Pasa ini percaya bila kak jijah kata kak jijah tak seksi dan semua itu adalah urusan produksi yang menyediakan baju baju sedemikian seksi untuk kak jijah.
Pasa percaya cakap kamu kak jijah,sehinggalah suatu hari aku terlihat suatu yang sungguh mengubah persepsi aku terhadap dunia artis Malaysia yang penuh hipokrasi dan aku amat berharap agar wartawan Malaysia dapat menjadi seperti paparazzi holliwod.Juga dalam masa yang sama mengubah pandangan aku terhadap kak jijah.
Aku tidak lagi meminati kak jijah,aku rasa kak jijah pun sama aja autanya dengan artis artis yang berperangai macam setan tapi muka tak lojik kalau jahat.
Aku ingin tanya kak jijah,rasa rasa kak jijahlah,perempuan beriman itu macam mana sifatnya?
Yang keluar pakai baju Nampak peha kah? Atau yang bergambar di kelab kelab malam? Yang menayang aksi teman lelaki menyonyot buah dada? Atau yang membiarkan lelaki yang bukan muhrim memeluk ,mencium mahupun meraba mereka?
Rasa kak jijahlah,diusia kak jijah yang lebih tua dari mak aku,kak jijah beriman ke tidak? Kak jijah percaya ALLAH itu MAHA MELIHAT dan MAHA MENGETAHUI? Banyak lagi cara nak berhibur kak jijah,bukan dengan pergi ke kelab malam atau bercanda di pesisiran pantai dengan teman lelaki mahupun kawan lelaki.
Kak jijah tak kisahlah belajar di London kah,manakah atau lakonan mantap sekalipun. Aku percaya Kak Jijah orang Islam.dan kalau orang Islam ini mereka harus mendengar arahan ALLAH dan mengikut sunnah Nabi.tapi tak mengapa kak Jijah,kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang,belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan.
Aku tulis ini sekadar luahan hati aku terhadap kak jijah,maklumlah aku ini peminat setia kak jijah dari zaman kak jijah berlakon sebagai orang kampong lagi tau.
Sekian
Yang pernah meminatimu
Pasa Sanda.
p/s :ketika Anita Sarawak ditanya apa rahsia dia masih kekal cantik,dia mengatakan hati mesti bersih,ye ke kak nita?Jangan terlupa peristiwa Kak Nita pernah mengahwini Broery Marantika yang merupakan seorang kristian,aku harap kak Nita pun berubah,dan udah udahlah tayang muka suami kak Nita ya.Bosan,Walau nama dia Mahadthir,dia bukan Tun Mahadthir
Kamu,pertama sekali aku bukan malas untuk membalas komen komen dari kamu mahupun blogger yang lain.Aku terlalu sibuk dengan urusan akhirat aku seperti belajar mengaji,mengajar dan juga ke masjid untuk urusan urusan solat berjemaah.
Apabila aku tidak membalas komen kamu ia bukan bermaksud bahawa aku ini tidak menghargai kamu walau wikipedia blogger menyarankan kamu mahupun kamu mahupun opah kamu supaya menghargai masa yang diluangkan oleh blogger lain untuk mengomen cerita aku pada hari berkenaan.
AKu tak peduli apa kata wikipedia mahupun yahoo berkenaan soal selidik cara cara untuk menaik taraf populariti blog aku.Pergi mampuslah semua itu.Dan aku tak peduli jika ada sebahagian dari kamu menggunakan entri aku sebagai pencetus untuk kamu memulakan entri kamu pada hari tersebut.
Hidup aku bukan semata mata menghadap lap top,aku rasa urusan paling penting selain menjaga hati sesama manusia kamu juga harus menjaga hati tuhan kamu.Apabila banyak berkata kata,saling mengomen saling jawab menjawab akan timbul perbalahan lambat laun.
Maka aku memilih untuk mengamalkan apa yang Nabi pesan iatu “diam itu lebih baik dari berkata kata atau berkata hanya perlu sahaja”.Selain dari itu aku memilih untuk memerhati sahaja.Aku tidak kisah jika mereka berhenti menjadi follower aku mahupun kamu sekalipun kerana telah aku khabarkan dari awal,aku menulis dengan niat agar sebahagian dari kamu tidak mengulangi apa apa kebodohan yang pernah aku lakukan.
Aku tidak menulis untuk memuaskan hati hati kamu kamu dan kamu.Aku menulis untuk aku.Dan apabila kamu mengatakan aku malas,aku bersetuju kerana aku malas berpura pura kisah sedangkan aku sebenarnya tidak kisah..
*surat ini ditulis tanpa unsur post natal depression *
p/s :Aku adalah aku dan aku tidak perlu memuaskan hati kamu kamu dan kamu jika aku tidak mahu,persetankan sahaja apa yang aku tulis sebagaimana aku mempersetankan apa yang kamu tulis.
apabila melihat jumlah pengikut blog ku semakin berkurangan dan semakin bertambah dalam masa yang sama,ia membuatkan aku tertanya tanya,mengapa mereka berubah hati?
Adakah mana mana entri aku mengguris hati kamu?
Kalau ada maafkanlah ,aku cuma manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan,kamu fahamlah,setiap manusia itu ada masa dilanda angin meroyan tapi aku tak meroyan sekadar menulis secara tulus dan jujur
Seratus Peratus Jujur ? ? ?
Gila apa nak seratus peratus jujur,mau wartawan melodi menerjah aku si Pasa artis paling diva semalaya,apa kamu ingat siti nurhaliza aja diva?Aku agak ada beberapa unsur ketidakjujuran yang boleh kamu dapati dari diri aku iatu :
A)Aku suka baca blog sesetengah dari kamu
Ya,aku suka baca blog sesetengah dari kamu pada masa masa aku sedang dilanda pelawat bulanan,jadi kebanyakkan masa aku sangat lapang dan aku tidak perlu ke masjid seperti biasa.
Ada antara cerita kamu yang membuat aku ketawa dan tersenyum,tapi untuk buat aku ketawa berdekah dekah,setakat ini tiada blog yang mampu menghasilkan suasana itu.
Jumlah blog yang aku minati adalah dalam sekitar sepuluh blog dan blog tersebut bukanlah blogger yang perasan diri mereka selebriti internet atau pun blog milik artis ya.Jangan perasan.
Pada kamu yang perasan selebriti dengan jumlah followers mencanak canak,jangan perasan kamu bagus mahupun selebriti kerana kamu fahamlah fitrah manusia yang tipikal,asal Nampak manusia berbondong bondong,mulalah menyangka bahawa ianya sesuatu yang femes dan bagus.
Sekali bila dah jadi follower,ambik kau,entri perasan macam setan. (dah semestinya bukan aku)
B) Walau aku suka aku tidak akan link blog kamu
Walau aku suka membaca blog kamu dan kehidupan yang kamu lalui ,aku tidak akan menglink blog kamu sekali kali,kerana aku tidak suka memberikan dan mendapatkan kamu perhatian yang melebih lebih,meroyan ke hapa,ini blog aku,baca cerita aku udahlah.
C)Walau aku suka baca aku tidak akan menjadi follower kamu
Aku pernah menjadi follower kepada hampir seratus dua puluh blogs sehinggalah aku membuat keputusan untuk mengekalkan hanya lima blog sahaja yang terdiri daripada rakan rakan aku.
Aku serik dengan kejadian aku menjadi sakit jiwa setiap kali kamu mengepos entri baru.trauma tahap babi kamu tahu.maksud aku,apa yang kamu fikir sewaktu kamu meulis entri serta memasukkan gambar laki kamu yang sedang bercukur.perbezaan sebelum dan selepas?
Orang bodo saja baca semua itu.
D) Selepas baca aku jarang komen
Bukan kata kamu blog kawan kawan aku sendiri aku tidak komen kerana aku merasakan komen aku itu merupakan sesuatu yang perlu sahaja dan bukan setiap entri kamu memerlukan pandangan aku.
Aku percaya,ada berjuta lagi makhluk yang akan mengomen blog kamu maklumlah kadang kadang manusia ini cuma inginkan perhatian maka mereka mahu tidak mahu terpaksa pura pura memberikan perhatian.
Maksud mudah,aku komen blog kamu,kamu komen blog aku balik.
Buat kamu yang bergelar blogger,menulislah,cerita kamu,kehidupan kamu serta pengalaman kamu dengan harapan semoga tiada sesiapa lagi yang bakal mengulangi kebodohan yang pernah kamu lakukan.
Siapa?
Akulah tu
p/s :Doakan aku berjaya langsaikan hutang puasa aku dengan ALLAH yang mungkin berjumlah beratus ratus…: (
English language can bring people closer who would not have ever become so close; that is the importance of English.
"I would not become so close to my fiancee if I did not know English," according RabiatulAdawieyah, 23. She is currently engage to Muslim American guy and at one point it is very important for every couple (who have different backgrounds) to have mutual understanding of each others expressions.Thereare countless failures due to inefficient communications.
For companies to become economic powerhouses they must recognize the English language.
According to Aiman Nouredeen, a banker:
Companies are in demand for applicants who are bilingual. We hire consorts or even mandate executives to learn English. They need this knowledge of English to conduct business with British and North American companies: making deals, closing dealsand negotiating.
p/s ; kepada Sasa,penutup buat sendiri,aku puasa dan sedang lapo,tak boleh nak berfikir dengan waras.harap maklum,jangan lupa belanja aku makan beli baju di Lady Like size XXL (jadah ada ke?).jangan kasi tau Sasa bahawa ada kesilapan di dalam entri ini.la la la (sesekali menjatuhkan kawan,sungguh enak rasanya)
Kali terakhir aku ke Tanjung Lumpur,kuantan adalah sekitar enam tahun yang lalu,aku tidak pasti sama ada pemergian aku ke situ pada waktu itu adalah ditemani partiban a/l Lokananthan ataupun Yogiswaran.kedua dua mereka adalah bekas teman lelaki aku yang khabarnya sudah selamat membuntingkan isteri masing masing.
Manakala aku masih lagi single dari fizikal tetapi telah dimiliki dari segi spiritual.
Malam ini aku kesana bersama dengan keluarga angkat aku iatu Haji Jabar yang mana sungguh baik hati untuk membelanja si Pasabersama aunty beliau bagi acara makan ikan bakar,sotong goreng tepung,ketam goreng kunyit dan juga tomyam.Walaupun aku bukanlah penggemar makanan laut namun aku nyaris juga berebut ketam goreng kunyit dengan cucu Haji Jabar yang berusia 7 tahun. Ha ha ha
Ini adalah kali pertama aku mencuba untuk minum air di dalam gelas besar dan Ya Ampun,ini bukan gelas besar ,ini adalah jag besar,walau aku suka melantak dan meneguk air tetapi aku tidak pernah terbayangkan bahawa gelas itu akan menjadi sebesar jag.
Dan aku seperti biasa,sebagai seorang pelakon yang berkarisma ,aku haruslah pandai memberikan alasan alasan serta berpura pura malu malu babi ya.
Air yang terisi akutolak dengan ucapan sopan berbaur manis iatu untuk berkongsi air tersebut dengan Aunty aku,sekurang kurangnya tidaklah mereka menyangkakan aku ini seorang yang buruk lantak orangnya.
Mencapai usia lapan belas tahun (18 sahaja) barulah aku mula mengenali erti makan diluar,bukan maksud aku makan testis ya,maksudnya makan makan di luar.
Sepanjang aku tinggal bersama ibu kandung aku,kami tidak pernah makan bersama sama atau istilahnya makan bersama keluarga di restoran mahupun gerai gerai sehinggalah sewaktu aku berusia 12 tahun,itupun selepas bapa tiri aku mendapat wang pencen hasil dari pekerjaan beliau sebagai pemandu bas ekspres.Dan itulah yang pertama dan terakhir kami makan bersama sama.
Ayah tiri aku yang baik hati itupun telah meninggal pada 7 April 2008 yang lalu.Dan aku tidak sempat memohon ampun serta mengucapkan terima kasih diatas budi baiknya mendidik aku semenjak dari usia aku 3 tahun.
Aku juga tidak dapat memberikan penghormatan yang terakhir untuk jenazahnya.sehinggalah berita kematiannya sampai di telinga aku itupun selepas tujuh tahun aku tidak bertemunya.
Aku tidak menangis pada saat aku menerima berita pemergian beliau tetapi malam itu,setelah beberapa tahun dahi aku tidak bersujud di sejadah,aku menangis .Ah!
Aku menangis kerana aku benar benar rindu padanya.
Rindu untuk melihat senyumnya,rindu pada kebaikan hatinya yang sering menyelamatkan aku dari menjadi mangsa kemarahan ibu aku,rindu untuk meminta wang dua ringgit yang waktu itu nilainya bersamaan RM20 bagi aku,rindu untuk mendengar Ayah Su (panggilan untuk beliau) berdikir kerana beliau adalah orang Kelantan,rindu untuk mendengar kisah anak anak saudaranya,salah seorang anak saudaranya Tan Sri Aziz Deraman ,mantan pengarah dewan bahasa dan pustaka.
Aku kira nasib ayah su berakhir dengan agak tragis mungkin kerana kemarahan keluarga terdekatnya untuk mengahwini ibu aku.Dan dia mengambil satu keputusan yang besar dengan meninggalkan anak anak dan isterinya demi ibu aku,yang waktu itu berusia 22 tahun manakala Ayah Su pula 46 tahun,situasi sama seperti aku dan cik kama
Cuma aku bernasib baik kerana aku tidak meneruskan niat aku berkahwin dengan cik kama,aku kira pengalaman mengajar aku erti kematangan dan juga betapa untuk berbahagia kamu tidak perlu merampas hak orang.
Mengenangkan Ayah Su membuatkan aku sebak sebenarnya,kasih aku terhadap Ayah Su lebih kuat berbanding dengan kasih aku terhadap papa.Aku membesar bersama Ayah Su,sering dibelikan nasi lemak ayam di hadapan sekolah Chung Ching sebelum beliau berangkat untuk perjalanan ke Terengganu.
Aku rindu untuk menaiki bas secara percuma,duduk di front sit dengan perasaan bangga kerana aku anak driver bus,masa itu manalah aku tahu bahawa ada diantara kalian yang merupakan anak dato dan lebih bangga dari perasaan dato itu sendiri,yang menggunakan nama ayah kamu yang dato’ tak semenggah untuk dijaja kesana ke mari,yang aku tahu,aku bangga dengan ayah aku.tak kisahlah kalau ayah aku kerja dengan Alam Flora sekalipun.
Menjelang 15 tahun selepas tu,Ayah Su mula menunjukkan tanda sakit sakit tua dan biasalah,mak aku kan orang muda maka seperti biasa Ayah Su ,mak aku tinggalkan .Jauh disudut hati aku terkilan kerana betapa besar pengorbanan yang telah Ayah Su lakukan untuk kami sekeluarga.
Berapa ramai yang menjadi mangsa rogol ayah tiri mahupun ayah sendiri?
Berapa ramai ayah yang menjadi setan tatkala terpandang dada anak perempuan yang makin membesar?
Dan Alhamdulillah,Allah kurniakan seorang lelaki yang baik budi dan hatinya untuk menjadi bapa aku.
Terima kasih Ayah Su.
Ya,malam ini ,apabila ikan bakar masuk ke mulut kak Long,ia sebenarnya benar benar mengingatkan Kak Long pada Ayah Su.
p/s :Ya Allah,ampunilah dosa kesemua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka pernah mengasihani aku.Kita jumpa suatu hari nanti Ayah Su,di dunia sana.
Aku suka berbahasa melayu kerana aku seorang yang melayu,walau aku kutuk bangsa melayu bangsa yang kaya dengan PHD dan berperangai jadah babi haram semua makian,aku tetap suka bahasa Melayu kerana itu aku memilih untuk berbahasa melayu walau aku boleh sahaja menulis blog aku ini dalam bahasa Inggeris.
Apa susah,akukan cikgu bahasa inggeris,sia sialah aku masuk universiti james cook kalau bahasa inggeris tahap ane jual rojak bukan?
Jauh disudut hati aku tidak dapat membayangkan kalau suatu hari nanti aku terpaksa meninggalkan Malaysia dan terpaksa berjiran dengan mat mat saleh yang hidungnya lebih tinggi dari aku,yang aku tidak dapat lagi mendengar laungan azan setiap kali masuk waktu solat,yang tidak ada lagi aktiviti ziarah menziarahi sambil bawa gulai ayam dalam pinggan bunga bunga jenama Arcopal.
Walau bangsa melayu ini kaya dengan perangai yang membuatkan aku sakit jiwa sakit hati dan rasa macam nak kasi penampar jepun tapi bangsa melayu juga kaya dengan sifat yang membuatkan aku sejuk hati.(bulan puasa saling bertukar kuih,kalau aku sakit orang melayulah datang ziarah tak dak pun cina atau india datang ziarah aku,masa aku hilang selipar di perkarangan Masjid Sultan Ahmad Syah dahulu,orang Melayulah yang tolong aku)
Apabila orang bertanya keturunan aku apa,aku tidak malu mengaku aku anak melayu india dan aku tegaskan perkataan MELAYU kerana kalau mengikut darah india aku yang sebelah nasab bapa,aku langsung tak pernah tahu apa budaya orang India yang ada dalam diri aku.Bercakap bahasa tamil pun cukup cukuplah untuk mengkagumkan pekerja Restoran Shaz tiap kali ingin memesan makanan.
Tapi aku fasih berbahasa Melayu kerana itu dari suatu sudut perniagaan ilmu yang sedang aku jalankan ,aku beruntung kerana menguasai dua bahasa itu.Apabila pelajar cina aku agak lambat dalam memahami apa yang aku ajarkan,mudah saja aku menerangkan dalam bahasa inggeris.Tidak aku nafikan kepentingan berbahasa Inggeris tapi……ada tapinya…tapi kamu bukan duduk di London,Paris atau new York yang memerlukan kamu berbahasa inggeris dua puluh empat jam.
Kamu di Malaysia.
Di bumi dimana kamu tahu tidak semua orang pandai berbahasa inggeris.
Dan kamu pula mentang mentang kamu boleh berbahasa inggeris,riaklah tu,suka hati jadah kamu sampai denga tukang sapu sekalipun kamu berbahasa inggeris,apa kamu fikir ini Singapore? (aku sedang memerli diri aku sendiri kerana pernah berbahasa inggeris dengan pekerja Alam Flora)
Apabila kamu bertanya mengapa tidak aku menulis blog ini dalam bahasa inggeris,jawapan aku senang sahaja sayang oii,kamu tahu,umat melayu ramai sangat yang membaca blog aku ini,walau aku seorang guru bahasa inggeris mungkin ada di suatu masa dan saat aku ter..diulangi tertaip dan terbuat grammatical error.
Ramai sangat yang bakal meng complaints dan secara tidak langsung menaikkan marah aku kalau ditegur secara menghina.dan kamu bakal menyebabkan aku menyumpah seranah dan mendapat dosa berguni guni manakala kamu,sedap aja dapat pahala dari aku.
Makanya aku membuat keputusan untuk berbahasa Malaysia di dalam blog The Spiral Eyes (atau alasan sebenar aku adalah kerana aku malas untuk berfikir ?ha ha ha ).oklah ,senang baik berterus terang aja bukan?kerana aku tahu blog bahasa inggeris akan menyukarkan rakan rakan aku untuk memahami apa yang aku tulis.
Walaupun begitu,aku tidak mahu menggunakan istilah I sound stupid if I speak malay kerana itu begitu tak sedar diri namanya.jadi aku akan menggunakan istilah I sound beautiful if I speak Malay,boleh gitu?.
p/s : Beauty comes in all sizes — not just size 5…
1) I AM Rabiah (sambil pinjam gaya bergambar budak myspace) pengumuman sipi sipi ,sapa yang pernah mengenali mrskama sewaktu zaman pasa berchatting di @15,silalah hubungi aku di nombor 017......,apa kamu ingat aku azwan alikah promote nombor telefon sendiri
wajah mrskama zaman dahulu (sesuai sekali dengan lagu iringan dari Hail Amir,wajah kesayangan hamba)
2) I really want to go to...
Makkah Al Mukaramah bersama suami aku.....dapat buat ibadah sama sama,seronoknya.
Disneyland
Genting highlands yang dah lapan belas kali rancang tapi selalu tak jadi.
3) My favourite place
kedai buku dan buku buku latihan
perpustakaan
bilik aku
restoran kampung,Hyatt regency
4) My favourite thing.
wang
telekung sembahyang yang cantik cantik
jubah hitam,tudung hitam
seks..bolehkah? la la la
5) My favourite drink
milo ais
carrot juice
6) My favourite food
siakap stim
nasi ayam kat hyatt
nasi lemak dari restoran lina,aku seorang yang setia dan aku tak kisah jika makan benda yang sama selama berhari hari
7) My favorite colour.
hitam
hijau
8) I live in
Kuantan
Terengganu
Johor
Perth ,Australia
9) I was born in..
kuantan
10) School, College, Uni I attended
tadika seri kemunting
Sekolah rendah kebangsaan sultan abdullah
sekolah kebangsaan pulau serai
sekolah menengah kebangsaan pulau serai
sekolah menengah teknk dungun
James Cook University,Singapore(bachelor of psychology)/ ambik kau
11) My favorite story..
kitab kitab hadis
tafsir al quran
siri bercakap dengan jin - tamar jalis (zaman aku diperbodohkan)
12) This is my hobbies
membaca
makan
belanja diri sendiri makan
ke rumah Sasa
tidur
13) and I definitely dream for...
berjaya meninggalkan salah satu tabiat aku yang sangat buruk dan terpaksa dirahsiakan demi maruah terhadap diri sendiri,bangsa dan agama.
Semasa aku masih sibuk dengan gaya hidup seorang Fasha Sandha dahulu,iatu menemani teman teman lelaki (jamak) aku ke kelab kelab terkemuka di Kuantan,aku sering ke Warung Saga yang menikmati makanan kegemaran aku iatu Ayam varval,sejenis hidangan ayam yang dimasak kering menggunakan rempah ratus yang kamu gunakan untuk memasak kari.
Setiap kali pulang dari mengajar yang mana memaksa aku berjalan kaki sekitar hampir satu kilometer setiap hari.aku akan melepasi warung milik lelaki india ini.kadang kadang sengaja aku lalu disini pagi pagi semata mata untuk bermain mata dengan lelaki lelaki india yang menikmati minum pagi disitu.
Aku memiliki rasa suka yang melampau terhadap lelaki india kerana mereka semuanya manis manis seperti hero tamil,itu bagi aku sebelum cik kama membuat hal.Selepas dari peristiwa itu,aku seakan akan benci kepada semua unsur unsur india yang terdapat disekeliling aku.
Berbalik kepada cerita warung ini,pemilik warung ini memiliki sepasang anak iatu lelaki dan perempuan.yang lelaki telah selamat di hantar ke England untuk belajar disana,kamu tahu sajalah India,walau masa sekolah bangang nak mampus tapi cakap besar mesti ada,walau di London kerja kelab malam,di Malaysia di biling menyambung sarjana.Aku masaklah dengan India ni.
Tapi ada juga india yang baik baik,macam aku ini,Ya,aku berdarah india,kalau tak takkanlah hidung aku ini mancung terletak,bukan?
Anaknya yang perempuan menjadi saingan aku suatu ketika dahulu,maklumlah kami sama sama berusia 18 tahun,aku pun cantik juga masa dulu(sekarang lagilah cantik)
Kalau aku tak cantik takkanlah pemilik warung Saga itupun tergila gilakan aku,kalau tak kerana isterinya hari hari menemaninya di kedai agaknya dah lama tersungkur di kaki aku ini.ha ha ha
Khabarnya anak si pemilik warung saga sekarang sedang menyambung pelajaran di Olympia,kemudian bekerja di petronas ,Gebeng selain memiliki pusat tuisyen di Jalan Air Putih.Ah! kenapa aku dengki ni..
Aku dengki kerana dahulu aku pernah mendapat tawaran untuk bekerja disana tetapi ditolak mentah mentah oleh cik kama kerana risau akan aku dipikat oleh lelaki lelaki india yang bersepah di sana.
Dan aku dengki kerana aku nyaris membuka pusat tuisyen tapi dihalang cik kama kerana katanya kalau aku mula memegang wang yang banyak ditangan aku maka aku akan berubah.
Dan aku dengki kerana aku nyaris menyambung pelajaran ke salah sebuah universiti luar negara melalui kolej Olympia,tetapi juga dihalang cik kama dengan alasan,aku tidak lagi perlu belajar kerana aku belajar tinggi tinggi pun aku tetap milik dia (maksudnya kamu tu tak kemananya)
Babi!
Tapi…
Bila mengingat nikmat aku sebagai seorang Islam,aku bersyukur,apalah harta jika kamu seorang yang dibutakan hati ?
p/s : kali terakhir aku ketemu anak perempuan si saga ini,dia kelihatan agak terkejut dengan penampilan dan pertumbuhan badan aku yang terbaru.ha ha ha…sekurang kurangnya aku berdiri atas kaki aku (kecuali isu tinggal dirumah Aunty)
gambar untuk tontonan mata belle,yang rasa ada
testis
jangan tengok....(gambar adalah dari album saya zaman jahiliyah dolu dolu)
rasa rasa kamu kalau meninggalkan perkataan sebegitu di blog aku,adakah aku peduli?tidak sayang.aku tak peduli dan entri ini aku tulis kerana kasihankan kamu yang terpaksa bersembunyi untuk memberi komen negatif kamu berkenaan blog aku ini secara terang terangan.
kenapa kamu takut sertakan link kamu ?risau ya?aku tahu,orang melayu memang macam itu suka sindir sindir kemudian berharap orang yang disindir akan menangis air mata darah kerana sindiran kamu yang tahap budak darjah enam itu.Tak mati pon! ! !
Aku bukan orang melayu,aku kacukan ya,tak kisahlah kalau kamu ingin memanggil aku mamak kah,kelingkah,hitamkah,jadahkah,janji darah aku normal dan aku tetap boleh makan nasi ayam setiap minggu.kata kata kamu tak berbekas dihati aku. kalau sakit hati dan benci sangat pada aku,silalah delete blog aku kalau boleh.ha ha ha,silakan.
Selagi aku hidup aku masih akan terus sentiasa dan selalu menghantar entri entri yang menggunakan bahasa yang tulus dan benar .orang macam aku susah nak jumpa bukan?menyakitkan hati dan menaikkan darah kamu dengan setiap entri aku.biarlah....
p/s : jagalah dara kamu sebelum kamu menyibuk menyoal dara orang
Banyak orang ,banyak ragam. Banyak blog,banyaklah manusia yang memerlukan perhatian.
Aku tidak tahu apa masalah kamu dengan saloma (terpaksa aku mengglemekan nama orang lain selain diri aku didalam entri kali ini) tapi apabila kamu menggunakan nama si saloma untuk berbual dengan aku dan bahasa yang kamu guna mula melampaui tatasusila seorang perempuan beriman yang mana terlalu gersang untuk berjimak menjadikan aku mula bersangka buruk terhadap saloma yang asal.
Kamu tahulah siapa diri kamu ,tak payah aku nak tuding siapa siapa,aku pun malas nak dapat dosa free menuduh kamu ,kamu atau kamu yang jadi haram jadah disebalik perkara ini.
Sudah kamu menulis mesej lucah di shout box aku pandai kamu nak berceramah dunia nak kiamat.Babi kamu,ingat aku bodoh ya
saLoma mesti emang pandai nyonyot kan..terangsang vagina aku tau..basah lencun 02 Mar 09 18:17 202.179.111.198
ayob dunia nk kiamat mcm ni la..insaf la..tobat la 03 Mar 09 13:06 202.179.111.198
manusia babi macam kamu ini pun ada ya..Aku boleh saja mahu trace dimana kamu namun untuk pengetahuan kamu aku bukan hamba blog,kalau kamu menulis pun anonymous lainkali jangan salahkan orang kalau nama kamu dibusukkan.
Siapa siapa boleh jadi kamu.dan kamu boleh jadi sesiapa.Jangan jadi hati tisu kalau kata kata di blog aku mengguris perasaan kamu kerana maaf jika aku katakan setelah apa yang berlaku aku tidak lagi peduli perasaan orang sekeliling aku (dalam dunia blog)
Walau aku bodoh dalam perkomputeran kerana tidak menyambung pelajaran dalam industri it di cosmopoint namun kamu harus ingat aku kan seorang Pasa.Aku boleh trace kamu dimana sahaja kamu berada.
Di kesempatan ini aku mohon maaf kepada sahabat baik aku secara maya kerana mengesyaki beliau lah insan tersebut maklumlah beliau agak terer dalam soal perjimakkan.Aku masih junior dalam hal hal nyonyotan ini.Maaf Penda,nanti kita orgasme oh silap,buat origami sama sama.
Sekali lagi aku tegaskan aku bukan hamba blog tetapi entri ini diharapkan dapat menjernihkan keadaan dan mengekalkan nama baik aku yang sememangnya baik selama ini.
Aku tidak mengharapkan akan ada komen komen simpati dari kamu yang kononnya sedih kerana perkara ini berlaku diblog aku,no no no no no,tak perlu,isu blog ini cuma picisan bagi aku dan aku harap kamu semua tidak terlalu memikirkan hal orang yang menjadahkan nama kamu seperti mana aku selalu mempersetankan siapa siapa yang pernah menjadahkan nama aku
Jika ada yang terasa hati dengan entri aku terpulanglah,kalau nak teruskan hidup sensitive sana sensitive sini kamu berkawanlah dengan orang yang semacam kamu bukan orang macam aku kerana aku tidak pandai berpura pura.
Kepada Ayub :
Agak agaknya kamu ini versi manusia yang menterjemahkan setan itu bagaimana.
p/s :blog aku ini adalah hasil tulisan aku yang benar belaka,jika kamu merasakan aku ini tidak layak untuk menasihati kamu berkenaan soal agama maka aku nasihatkan kamu supaya menyemak diri kamu terlebih dahulu.Allah tuhan aku,dan walau sejahat aku,adakah aku sama seperti Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan?Akhir kalam,apa khabar solat kamu hari ini.
Ini kali pertama aku menuju ke hospital kerajaan selepas lima tahun aku menjadi pelanggan tetap Klinik Ananda yang mana setiap kali aku sakit akan memakan kos sekitar seratus ke seratus lima puluh.
Kali pertama aku menuju ke hospital kerana dijangkiti penyakit tonsil dan nyaris membuatkan aku kehilangan anak tekak aku yang amat bernilai ini ,tak dpaat dibayangkan kalau kalau aku terpaksa menjaditenaga pengajar disekolah bisu yang mana aku sendiripun bisu.
Aku boleh agak ketraumaan aku terhadap hospital kerajaan yang mana pada pertama kali aku kesana aku terus dimasukkan ke wad.Dan kunjungan aku ke klinik ananda adalah kerana waktu itu aku merupakan teman wanita kepada cik kama yang menjadikan aku termasuk jenis yang dikatakan sebagai “apa barang hospital kerajaan”
Lembab.lemah.lewat dan ubatnya tak tahulah berkesan atau tidak.
Tapi hari ini buat pertama kali aku berkunjung setelah memikirkan rugi yang akan aku tanggung sekiranya ke klinik Ananda tanpa cik kama disisi menjadikan aku tiada pilihan.sebenarnya ada iatu diantara bekalan nasi ayam selama setengah bulan ataupun membayar ubat titis telinga yang Cuma akan tahan selama beberapa hari.
Maka aku merisikokan telinga kesayangan aku ini demi nasi ayam.baguskan?ha ha ha
Aku ingin memuji klinik pesakit luar yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal aku kerana layanan yang kelas pertama walaupun mereka agak lembab dalam memanggil pesakit untuk bertemu dengan doctor,kerana system giliran yang macam celaka.
Aku dibekalkan dua ubat titis telinga dan maaf aku tidak akan menyiarkan gambar gambar berkenaan kerana pada pendapat aku tak payahlah kamu jadi orang gila babi menayang semua benda yang remeh,hanya orang bodoh bercampur bangang sahaja yang akan membuang masa menelek menda menda haram jadah seperti itu.
Itulah bila orang sakit aku dok sedap aja cakap “sakit itu penghapus dosa”,sekarang aku sakit,barulah aku tahu perasaan mentel orang orang yang ditujah dengan ceramah aku yang ala bicara mufti berkenaan.
Kesimpulan,aku berserah pada Allah untuk menyembuhkan kerana aku telah berikhtiar.tawakall tu Alallah
p/s : Doa usaha dan tawakal.itulah yang sedang aku lakukan
Tiada kelas akan diadakan pada 9hb Mac 2009 bersempena dengan Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w diikuti pada tarikh 14hb Mac sehingga 17hb Mac bersempena dengan cuti persekolahan penggal pertama.Sebarang kelas diantara tempoh masa 10hb hingga 13hb berjalan seperti biasa dan kelas akan dibuka kembali pada 18hb Mac 2009.Harap Maklum
Selamat bercuti
Selamat bercuti untuk diri aku yang bekerja selama seminggu setiap waktu tak pernah kurang dan berdurasi selama satu jam setengah bagi setiap seisi.Aku sedang merancang untuk menuju ke rumah sahabat aku Sasa,aku kira dapatlah aku menyusahkan Sasa untuk beberapa hari dengan kehadiran aku dirumahnya.
Satu sebab kenapa aku lebih suka berada dirumah Sasa adalah kerana dia memiliki talian internet manakala rumah nenek aku yang terletak 60km dari rumah Sasa pula sebaliknya.
Sebenarnya kali ini bukan aku tidak mahu untuk menjenguk nenek au yang semakin uzur di kampong itu (kali terakhir aku melihat wajah nenek aku yang semakin tua itu adalah pada bulan September beberapa hari sebelum aku berangkat ke Tanah Suci Mekah)namun aku gusar kerana kalau kalau bertemu dengan suami ibu saudara aku.
Sejak menerima panggilan dari beliau pada tengah malam Rabu yang meminta supaya aku tidak ikut setuju dalam urusan pembukaan Taska yang sepatutnya berpusat berhampiran rumah aku di Kuantan ,aku menjadi semakin tidak betah membayangkan reaksi aku untuk berhadapan dengan Pak Usop aku.
Aku tahu,wang sebanyak RM 20,000 untuk diberikan dan diuruskan olehseorang gadis seusia 23 tahun seperti akuadalah sesuatu yang agak menakutkan bagi orang yang berkira seperti Pak Usop aku.
Tapi Pak Usop terlupa,dengan pendapatan aku sebagai seorang guru tuisyen lah isterinya Pak Usop iatu mak saudara aku ,Mak Ma .
Mak Ma mendapat hadiah tiga puluh pasang baju yang semuanya siap berjahit dari aku,dengan pendapatan guru tuisyen inilah mereka merasa pemberian U zip (alat untuk mengecilkan pinggang yang mana tidak langsung berkesan untuk aku),dengan pendapatan guru tuisyen inilah aku menghadiahkan mereka satu set yang mengandungi tujuh belas buah buku motivasi hasil garapan Dr H.M Tuah Iskandar
Walau pun kerja aku tidak memiliki slip gaji dan juga OT,Alhamdulillah Allah tetap menetapkan tempat aku.
Aku sedar aku bukanlah seperti anak saudaranya yang seorang itu,Dr .Azrina yang kini merantau ke merata rata negara.Yang disayang dan dipuja puja,sampai nenek aku yang tiada kaitan dengan anak saudara sebelah Pak Usop akuitupun sibuk memuji Kak Zie itu ,Kak Zie ini.Mentel aku dibuatnya.
Manalah kamu boleh samakan orang itu semua seperti kamu,tiap orang itukan ada kelebihannya.Aku ada kelebihan aku,kamu ada kelebihan kamu.
Jadi untuk dijadikan cerita kak Zie itu selalu dibandingkan dengan aku,masalahnya dia sudah berusia 22 tahun waktu itu padahal aku baru saja mencecah 15 tahun,memanglah aku akui dia golongan bijaksana dan bijaksini.
Kalau tak masakan dia berkata “Matematik itu seumpama berak saja buat Kak Zie”
ah!,aku sedar aku ini kalaulah dapat samakan matematik itu dengan bagaimana cara aku berak bolehlah aku anggap aku dari jenis yang menghidap buasir barangkali,yang mana berak menjadi mimpi ngeri bagi golongan seperti aku.
p/s : satu yang patut kak zie ketahui sekurang kurangnya dengan Bahasa inggeris aku yang sekangkang kera ini aku tidak menjadi hamba kerja dan aku menikmati kerja aku tanpa ada keluhan gusar kerana asyik dihujani alasan seperti “on call”.Selamat bercuti pasa.
Baru saja aku berkira kira untuk membelanjakan wang tersebut,tiba tiba adik adik aku datang pula,maknanya DUIT LAGI…
Selesai membelanja mereka makan termasuk dengan papa aku sekali kami pulang.Aku seorang yang malu untuk meminta orang membelanja aku melainkan dua makhluk ini,iatu cik kama dan sasa.
Kalau orang lain aku agak penyegan,waima aunty sekalipun ,kalau kami keluar makan ke hotel hotel atau pun restoran restoran sekitar kuantan untuk menikmati makanan yang enak enak ,kami sering membayarnya secara berasingan,aku rasa itu lebih baik dari kamu menjadi mangsa kepada teman teman kamu untuk membayar makanan setiap kali kamu keluar bukan?
Dan keesokkannya aku diserang penyakit telinga,aku agak jangkitan .Bukan kerana hobi aku suka mengumpul tahi telinga tapi kerana aku suka membersihkan telinga aku,kira aku mengorek telinga atau bahasa sopannya membersihkannya sebanyak dua kali sehari.
Itu secara tidak langsung mendatangkan jangkitan pada telinga aku,maka tiap kali aku menganga mulut aku akan didatangi dengan rasa sakit yang amat.
Kalau sakit aku bersyukur,insyaALLAh kuranglah dosa dosa aku,bukankah sakit waima tertusuk duri sekalipun dianggap sebagai kiffarah bagi dosa dosa kamu yang setinggi gunung itu.
Kata orang duit yang diambil atau diterima dengan cara yang tidak haq tidak kemana perginya.ohhhh,nampaknya benarlah.ke hospital pun masih duit walau seringgit.
Nampaknya terpaksalah aku batalkan segala perancangan aku untuk mengebas duit cik kama berkenaan,niat tidak menghalalkan cara,manakan boleh aku menjadi robin hood,merompak harta orang dan kemudian menyedekahkannya.
p/s :sesekali buat silap membuatkan dan mengingatkan aku hanyalah manusia dan bukan serangga.
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ibnu Abbas radiallahu anhu telah berkata: Setiap manusia boleh diambil perkataannya (atau rakyiinya) dan boleh ditolak, kecuali perkataan penghuni kubur ini (seraya menunjukkan kubur Rasululullah sallallahu alaihi wa-sallam). (Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Masail Imam Ahmad hlm. 276. Disebut oleh Taqiyuddin as-Subky dalam Al-Fatawiy 1/148. Ibnu Abdil Barr. Lihat: Jamiul Bayanil Ilmu wa-Fadhlihi 1/145.)
Umar bin al-Khattab radiallahu anhu tegas mengatakan: Sunnah itu adalah apa sahaja yang disunnahkan oleh Allah dan Rasul-Nya, janganlah kamu menjadikan buah fikiran seseorang sebagai sunnah untuk ummah. (Lihat: الإعتصام 1/102. Asy-Syatibi.)
Ibnu Masoud radiallahu anhu berkata: Berittibalah (ikutilah) dan janganlah kamu melakukan bidaah kerana sesungguhnya (agama kamu) telah disempurnakan. Hendaklah kamu mengerjakan yang sudah jelas. (Lihat: Meneladani Solat-Solat Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam. Hlm. 216. Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul. Pustaka Imam Asy-Syafie. 2005.)