
u
aku memang tidak menjadikan penulisan sebagai perkara utama dalam hidup aku kerana aku mula memikirkan betapa setiap dari kita akan dipertanggungjawab untuk setiap yang kita lakukan termasuklah penulisan,waima wang seposen yang kita belanjakan.Maka hati hatilah.
Mungkin ada diantara kamu yang tertanya tanya kegiatan aku sehari harian adalah apa;maka untuk soalan itu pertama sekali aku panjatkan syukur kepada ALLAH,kerana memberikan aku satu pekerjaan yang sungguh mudah yang mana aku cuma mengajar selama 1 jam setengah setiap hari kecuali pada hari kelepasan am ,dan separuh dari cuti sekolah maksudnya kalau cuti sekolah sebulan aku akan tutup seminggu.
Kalau soal pendapatan pula,alhamdulillah,rasanya dengan pendapatan sekitar lebih dari RM 2000 sudah mencukupi (bahkan lebih untuk aku).dengan mengambil kira jumlah jam bekerja yang sungguh sungguh tidak menekan aku.Mungkin ada juga yang bertanya kalau gaji dua ribu kenapa aku tidak memiliki kereta,rumah sendiri,atau apa apa yang menjadi kepunyaan aku sendiri.
Jawapannya,aku takut hutang.Aku tak pasti sama ada aku akan hidup untuk hari esok.Tak kisahlah apa pandangan kamu,bagi aku yang telah selesa hidup tanpa hutang mungkin berbeza dengan kamu yang terpaksaa bergelut membayar hutang itu hutang ini.
Aku pernah menjadi penggemar kasut dan memiliki berbagai bagai jenis kasut dari harga RM 59.00 ke atas dan akhirnya semua kasut kasut tersebut berakhir di tong sampah,berjenama.diulangi berjenama.Aku kira setelah beberapa lama serta beberapa pengalaman danpengajaran yang kamu perolehi dalam hidup kamu,jenama atau tidak,bukan lagi menjadi persoalan utama.Yang penting adalah keselesaan.
Teringat anak murid aku yang bernama Masdiana,yang mengatakan bahawa dia hanya membeli barang barang berjenama.Dan dia ingin memiliki travel bag jenama LV yang berharga sekitar RM 8000.00
Manusia,selalu tertipu oleh kebendaan.
Mereka selalu menyangkakan bahawa apabila berjaya memiliki apa yang diidam idamkan menjadikan mereka antara yang berjaya.Aku tidak merujuk pada orang lain.Diri aku sendiri dahulu begitu.
tetapi untunglah aku tidak mati sebelum aku sedar.Sebahagian dari kamu menyangkakan mati itu hanya untuk orang tua sedangkan jika kamu menyedari hakikat kehidupan lewat masa kini,mati itu datang menjemput tak mengira usia mahupun siapa kamu.rumah kamu atau jenis kereta yang kamu kenderai setiap waktu.
Aku memang suka berceramah,kerana itu aku menjadi guru namun tidaklah bermaksud aku berceramah dua puluh empat jam,dah nama pun blog aku,kalau aku nak berceramah dua puluh empat jam pun,lantak akulahkan?bukan aku susahkan sesiapa.ha ha ha
oh ya,mari kita lihat kegiatan aku sekitar hari Sabtu yang lalu.




Ya ,kamu benar,kehidupan aku cuma dikelilingi anak anak kecil.Dan mengembara ke Mekah, London dan kadangkala Madinah melalui pembacaan buku,tak terkira pernah juga singgah di beberapa tempat bernama Toronto,Michigan dan beberapa lagi.
Mengikut perancangan asal ,aku mahu pulang ke kampung pada cuti sekolah bulan enam nanti,namun lihatlah bagaimana kesudahannya,sama ada diizinkan ALLAH atau sebaliknya kerana waktu itu aku pasti sedang gelisah menanti kepulangan Aunty.
Jika ini merupakan kali terakhir aku ketemu Aunty,maka hidup aku pasti akan berubah keseluruhannya.Aku mungkin akan memulakan kehidupan baru di Johor Bahru dengan menjadi tenaga pengajar di salah sebuah institusi pendidikan swasta disana.Buat masa sekarang aku tidak mahu memikirkan apa apa tentangnya.
Aku percaya ALLAH telah menetapkan sesuatu yang baik untuk masa depan aku.kamu pun begitulah,usah risau dengan masa depan kamu,ALLAH sudah menentukan untuk kamu .
P/s :kamu boleh memilih untuk menjadi perempuan simpanan mahupun perempuan beriman,yang pasti jika buruk pilihan kamu,maka tunggulah azab yang ALLAH janjikan untuk kamu.Masih belum terlewat untuk meminta ampun
Wednesday, April 29, 2009
Hari Sabtu Yang Gelap,aku gurumu dan engkau muridku
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/29/2009 06:56:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, April 28, 2009
Dalam minggu ini baru aku tahu siapa kawan dan lawan.Dunia internet memang ramai orang yang berpura pura:kamu mungkin salah seorang dari mereka
Demi ALLAH seandainya ada seseorang yang masih hidup
selama seribu tahun
dengan perbagai kesenangan
bersenang senang dengan perbagai kenikmatan
bersenang senang dalam istananya yang mewah
tak satupun kesusahan menodai hidupnya
tak ada kesusahan yang menyesakkan dadanya
maka itu semua tidak akan bermanfaat
pada malam pertamanya di dalam kubur.
p/s :aku tidak mahu membuang masa dengan berkecil hati terhadap perbuatan manusia kerana selama kamu bergelar manusia,masih bernafas dan hidup,kamu akan selalu ketemu dengan mereka mereka yang meremeh remehkan kamu,menghina kamu sesuka hati mereka mahupun memperlekehkan kamu.Ketahuilah,mereka itu tidak berupaya memberi manfaat mahupun mudharat pada aku.Tidak juga kamu.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/28/2009 06:33:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, April 27, 2009
Kepada seseorang yang tidak lagi mengunjungi aku di blog The Spiral Eyes ini secara maya
Seandainya engkau tahu apa yang aku katakan
pasti engkau meminta maaf kepadaku
Atau aku mungkin tidak tahu apa yang engkau katakan
Sehingga aku mencelamu
Tetapi engkau memang tidak tahu perkataanku
Sehingga engkau mencelaku
Dan aku pun sedar engkau tidak tahu
Sehingga aku memaafkanmu.
p/s : kamu tahu siapa kamu.manusia memang susah mengenepikan ego masing masing.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/27/2009 06:29:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Sunday, April 26, 2009
Blog ini hanyalah perkara tentang aku semata mata,dan tiada kisah bershopping di Pavillion pada hujung minggu
segala sesuatu yang telah berlalu itu tiada berguna
oleh kerana itu jangan mengingat masa masa itu
sebab masa yang telah lalu itu telah hilang dan binasa
Namun pergunakanlah masa yang ada dihadapanmu sekarang.
lupakan segala kesedihan yang pernah kamu lalui.luka dipermainkan cinta oleh insan yang bernama lelaki mahupun wanita kerana ia sedikit sekalipun tidak akan membantu kamu menjadi insan yang lebih baik untuk masa akan datang.
Jika kamu bertanya pada aku adakah aku telah menyisihkan segala perkara yang telah menjadi sejarah dalam hidup aku,maka jawapannya adalah YA,kerana aku tidak mahu menangisi akan sesuatu yang telah menjadi Qada.
ini bukan cerita Nobita yang mana jika kamu tidak menyukai kesudahan kesudahan hidup kamu maka kamu boleh memilih untuk menggunakan pintu suka hati milik doraemon.
p/s ;Selamat datang hidup baru.dan maaf untuk sekelian kali kerana aku tidak suka untuk membalas komen komen kamu melainkan jika perlu sahaja.ku kagum dengan segelintir dari kamu yang lebih memilih untuk menjaga hati manusia lebih dari kamu menjaga hati Tuhanmu,janganlah kamu menjadi ISLAM sekadar nama sahaja
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/26/2009 06:22:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, April 25, 2009
Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga sesungguhnya dia telah berjaya (ali imran :185)
anak anak muda mula tua
orang orang tua pun menghilang
pagi berlalu dan petang pun datang
siang berganti malam
dan
malam berganti siang
pagi petang kita mencari keperluan
sedangkan keperluan orang yang hidup tiada habisnya
keperluan seseorang habis seiring dengan kematiannya
Tiada keperluan yang kekal melainkan amal soleh.
p/s ;sedang mempelajari Al Waqiah,sungguh,belajar Al Quran itu memerlukan kesabaran yang paling dalam.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/25/2009 06:18:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, April 24, 2009
Engkau bersama dengan orang yang engkau cintai (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
aku mencintai orang orang yang soleh,
sekalipun aku bukanlah sebahagian dari mereka
Aku benci orang yang melakukan maksiat
sekalipun aku juga pernah melakukannya.....
Siapa yang menjadi orang kesayangan kamu?adakah sayang kamu terhadap teman lelaki kamu melebihi sayang kamu terhadap ALLAH mahupun Rasulnya?Atau kasih sayang kamu terhadap ibu bapa kamu menandingi kasih sayang kamu terhadap Rasul kamu?
Entri entri aku selepas ini mungkin tidak lagi panjang berjela jela seperti dahulu kerana aku sering kekurangan masa untuk bercerita.bagaimanakah kamu masih mampu kekal menulis berjela jela?berapa lama masa yang kamu peruntukkan untuk menulis biasanya?Adakah lebih lama dari masa yang kamu ambil untuk bersolat?
Semoga setiap dari kamu ,umurnya tidak terbuang dengan sia sia.
p/s :Ada dua macam nikmat yang sering dilalaikan oleh banyak manusia iatu nikmat kesihatan dan nikmat waktu (hadis riwayat Bukhari)
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/24/2009 06:50:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Thursday, April 23, 2009
Kalau kalau kamu terlupa kamu orang yang berdosa
untuk beberapa ketika ini aku kehilangan idea untuk meneruskan penulisan.namun ilham tetap datang walaupun diolah dengan cara berbeza.Lepas ini bolehlah kamu mengenali aku sebagai penulis blog yngbercirikan penyajak islamik,wohhooo...
Ramai menyanyakan kenapa aku tidak kelihatan sedih kerana pemergian adik aku.Usah kamu tangisi mereka yang telah pergi.InsyaALLAH dia telah selamat.Manakala aku sendiri haruslah mempersiapkan bekalan aku untuk menyahut giliran aku mengadap ALLAH.
Kamu bila lagi?
Bukan aku saja akan mati,kamu juga bakal mati juga.
Apa persiapan kamu untuk menghadapi malam pertama di dalam liang lahad nanti?
*******************************************************************
apabila hamba hamba sahaya telah tua
Maka majikan mereka akan membebaskan mereka
Wahai Penciptaku,Engkaulah yang lebih Pemurah
Engkaulah Tuhan Yang Maha Mulia
Aku telah lama bergelut dalam perbudakan dosa
Bebaskanlah aku dari api neraka.
p/s :Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa dosa selain ALLAH?(Ali Imran : 135)
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/23/2009 06:03:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, April 22, 2009
Walau muda hanya sekali,sayangnya mati yang tak mengenal tua atau muda pun datang sekali juga
Setiap orang itu diuji bersesuaian dengan tahap keimanan mereka.Kalau jenis iman senipis kulit bawang maka ujian pula adalah dari katogeri itu.Wallah hualam.
Bercakap tentang ujian ALLAh yang datang dalam perbagai cara ini,sama ada seperti anak yang demam,suami yang membuat perangai,pak mentua yang sakit 24 jam,tidur diatas lantai hospital atau dimarah orang,semua itu adalah ujianbiasa.Aku percaya masih ada diantara kita yang dilanda ujian yang luar biasa ,cuma kita sahaja yang buta untuk membandingkan diri kita dengan mereka.
Sebagai contoh,Ayah aku yang lebih mesra dipanggil papa,telah kehilangan anak lelaki bongsunya yang dilahirkan tidak cukup sifat.tidak mempunyai hidung,mata,mulut yang sumbing ,jumlah kuku jari tangan dan kaki yang tidak mencukupi serta tidak boleh berjalan,berlari mahupun bercakap,kecuali tidur terkedang diatas katil.
kamu pelik bagaimana seorang kanak kanak itu masih hidup dan bernafas walau tidak mempunyai hidung?tiada apa yang pelik,kuasa ALLAH itu meliputi segala sesuatu.Namun kasih ayah itu tidak mengenal istilah sama ada anaknya sempurna atau tidak.
Hati papa ALLAH balutkan dengan kasih sayang kepada anaknya yang seorang itu.Malahan kasih sayangnya terhadap Amir (arwah) melebihi anak anaknya yang lain.kelmarin,sebagai bukti dan cubaan sama ada ayah aku ini redha dalam menerima kehendak dan takdir ALLAH maka Amir ,ALLAH ambil nyawanya.
Sehingga semalam,papa masih menangis,dan masuk hari ini tangisannya hanya sekali sekala.Aku pun ikut turut menangis bukan kerana Amir kerana aku percaya Amir sedang berbahagia seperti yang dijanjikan ALLAH.Sungguh beruntung dia tidak perlu dipersoalkan tentang setiap minit yang berlalu dalam hidupnya.
Papa menangis,aku pun menangis kerana aku sungguh sedih mlihat papa membalut baju tidur amir dilehernya.Katanya bau Amir masih melekat kuat dibaju itu,Tidak mahu menanmbah gusar dihati papa aku biarkan sahaja kelakuannya itu.
Masing masing menharapkan aku untuk menasihati dan memberikan kata semangat pada kedua ibu bapa aku.Sungguh,aku hanya boleh menyampaikan hadis hadis sahih yang aku ketahui sahaja.Dan pada sepupu aku ,ini bukan masanya untuk kamu mempersoalkan tentang sunnah dan bidaah.
Entah mengapa setengah orang masih buta,masih menjadi pengikut fanatik sesetengah guru agama,masih menjalankan amalan amalan bidaah walau ada larangan dari Rasulullah s.a.w,apa kamu fikir guru agama kamu itu sudah mencapai tahap Rasulullah kah?
(nota diatas adalah buat sepupu saya ya,yang bukan sepupu saya jangan perasan)
Sebagai penutup untuk entri pendek ini ,aku ingin menyeru kepada mereka yang masih lalai dan leka dengan dunia agar jangan terpedaya dengan segala tawaran yang diberikan oleh dunia ini kepada kamu.
tidakkah kamu tahu berapa ramai yang terseksa di dalam kubur dan ingin bangkit sekali lagi untuk melaksanakan pebuatan perbuatan salih?bagi mereka yang berpegang kepada istilah muda hanya sekali ,kita enjoyyyyyyyyyyyyy maka fikirkan kembali.
Kalau kamu mati,tidak akan mungkin kamu dihidupkan kembali untuk memperbaiki amal kamu.Bertudung itu perbuatan mulia,jangan kamu remehkan dengan membandingkan dengan ketidakwajaran kelakuan orang yang bertudung yang tidak semenggah dengan pemakaian tudung mereka.
Apa kamu lupakah berapa ramai dari kita yang bersolat namun masih bersikap fasiq dan munafiq?atau adakah kamu terlupa bahawa walau kamu solat namun ada masa dan ketika perbuatan menganyam ketupat dan mengumpat tetap kamu jalankan seperti biasa.
Usah disibuk dosa orang,menangislah kerana dosa sendiri
p/s :sekadar peringatan selepas menyaksikan tubuh badan dimasukkan keliang lahad.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/22/2009 06:50:00 AM 4 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, April 21, 2009
terima kasih atas pemberian award dari suya.Dan disaat ini aku terkenang aksi irma menerima pelukan dari nabil.Ada sesiapa nak peluk akukah?
pertama sekali aku ingin meminta maaf kerana aku sangatlah malas hendak mengcopy paste gambo award maya tersebut.Maka untuk suya yang kelihatannya begitu bersemangat mengenang blogger blogger yang memberi impak yang besar kepada beliau,marilah kita sama sama mengenang kebaikan ALLAH S.W.T pula ya.Bukan untuk suya sahaja,bahkan untuk kamu kamu mahupun kamu yang acap kali lupa bersyukur.
AKu tidak pandai menulis sajak berbaur cinta mahupun luka kerana panahan asmara.
segala kebaikan ALLAh walau lama
laksana kerdipan mata yang menangis
betapa banyak kemudahan datang selepas keputus asaan
Dan betapa banyak keputus asaan datang setelah kesungguhan
Maha Suci Dzat yang selalu memaafkan walau kita selalu bersalah
Dia selalu memaafkan hamba hambaNYA walau mereka bersalah
Dia memberi kepada orang yang bersalah
Dan keagunganNYA tidak menghalangiNya untuk memberi kepada orang yang bersalah.
p/s :....hai hamba hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH.Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa dosa semuanya.Sesungguhnya dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang. -Surah Az Zumar ,Ayat 53)
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/21/2009 07:07:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, April 20, 2009
Selamat Jalan Dik....berbahagialah dengan janji ALLAH
apabila mati anak seeorang hamba,Allah s.w.t berkata kepada para malaikatNya:
kamu telah mencabut nyawa anak hamba KU?
malaikat menjawab : Betul.
Allah bertanya : kamu cabut nyawa sibuah hatinya?
Malaikat menjawab :Ya.
Allah SWT bertanya : Apa kata hambaku?
Malaikat berkata :Dia tetap memujimu dan juga membaca istirja.
Allah SWT berkata : kalau begitu bangunkan dia sebuah rumah di syurga yang diberi nama Baitul Hamdi (sabda Rasulullah)
Adik aku yang berusia empat tahun baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan ibu aku selepas dari waktu asar semalam.tiada kata lain sebaik inna lillah hiwainna ilaihi rajiun.
Semoga Allah menempatkan rohnya bersama orang orang yang beriman.Amin
p/s :Setelah menyaksikan bahawa mati itu tidak mengenal usia tua dan muda,miskin dan kaya,apakah kamu masih ragu ragu akan kebenaran kata kata Tuhanmu,ALLAH?
Bertaubatlah,sesungguhnya ALLAh maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/20/2009 05:15:00 AM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Sunday, April 19, 2009
Cuba lari dari stigma klise bahawa blog itu merupakan tempat tag diri sendiri
sila abaikan tarikh yang tertera kerana kamera aku model lama,nak kena main set set tarikh dahulu
(Upload picture yang anda gemari dan jawab soklan dibawah)
Kenapa anda suke gambar ini?
Sebab aku berjaya juga akhirnya mendapatkan buku buku ini.alhamdulillah,harapnya bulan hadapan aku masih diberikan kemampuan untuk membayar harga 6 buah buku yang akan aku miliki berjumlah RM 195.00,insyaALLAH.
Kamu semua patut cuba membaca buku buku bercirikan islamik yang masih berpegang teguh kepada Al Quran dan Al Hikmah (sunnah).AKu rasa itu lebih baik dari kamu membeli buku buku karya Ramlee Awang Murshid atau Ahadiat Akashah.
Buku yang baik akan menjadi saksi di akhirat kelak.
Bila kali terakhir mkn pizza?
dua minggu lepas,sewaktu kedatangan Sasa ke rumah aku bersama Paridah.Bukan Penggemar pizza
Lagu terakhir yg anda dengar?
Aku tak dengar lagu walau dalam blog aku ada lagu.rasanya itulah lagu yang terakhir barangkali yang mana aku tutup cepat cepat setiap kali telinga aku menangkap iramanya.
Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Sekadar menjawab tag ini setelah selesai menunaikan hak ALLAH.
Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Rabiah.
Tag lagi 5 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
malas sangat nak tag orang.
p/s :sebenarnya menjawab tagi ini memberi faedah yang lebih besar dari memberitahu dunia jenis ubat perancang kegemaran kamu serta posisi posisi kegemaran kamu sewaktu bersama suami kamu.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/19/2009 07:48:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, April 17, 2009
Kawan Baik adalah Kurnia dari Allah (ini adalah entri untuk anak anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu makna busuk hati dan dengki khianat)








entri ini sekadar menunjukkan kamu akan perkara yang aku lalui bersama anak anak kecil ini setiap hari.
p/s :The greatest teacher is not the one who talks all the time, but the one who listens.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/17/2009 05:32:00 PM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, April 15, 2009
Sebelum aku tidur hari ini,aku mahu maafkan beberapa orang yang sudah bersangka buruk dan mula dihasut syaitan
ok aku tak buntu,aku saja tipu,yang sebenarnya aku sedang asyik menonton cerita tamil.ha ha ha...
BAB SATU
Hari ini aku akan bercakap berkenaan soal persahabatan.baiklah kamu semua tahu kan aku ini orangnya tidak ramai kawan dan jika adapun hanyalah muka muka yaang sama sahaja iatu Sasa dan Paridah.Lumrah manusialah kadang kadang bergaduh,sedangkan laki bini pun bercerai berai inikan pula sahabat baik.Maka ada kalanya aku mengikut nafsu yang dikobarkan oleh syaitan untuk menulis betapa aku merasa kecewa dengan sahabat sahabat aku tapi...ada tapinya,kan aku dah katakan,aku ini manusia.Bohonglah kalau kamu tak pernah bergaduh sama laki kamu,bukan?tiada siapa yang tahu betapa Sasa dan aku dan Paridah bukan setakat sahabat biasa,mungkin kamu cemburu kerana kamu tidak memiliki sesiapa untuk kamu miliki sebagai teman sejati.Aku faham.

AKu tak kisahlah jika kamu ingin meroyan di blog kamu mengata itu ini begitu begini,merapik sini merapik sana dan berkelakuan tidak sepatutnya sebagai seorang ibu,bini dan apa sekalipun pekerjaan kamu.Pun tak kisah kalau kamu mahukan komen sokongan untuk menyokong kamu dalam mengutuk aku secara sipi sipi...
Aku tak kisah.
Aku pernah jumpa ramai orang emosional,pura pura rapat sedangkan sebenarnya aku lagi bersyukur kalau kamu tak jadi kawan aku.ha ha ha.Maklumlah aku kena memilih sahabat.Yang baik baik,kalau yang mengutuk dan mempersoalkan hukum ALLAH berkenaan tudungkah atau sentiasa bersangka buruk terhadap ALLAh termasuk dalam katogeri tidak pandai bersyukur,sakit sikit pot pet pot pet,maka aku akan menjauhkan diri dari kamu secara perlahan lahan.Susah berkawan dengan orang yang emosional serta jiwa tak kental.Jiwa tak kental itu lain cerita tapi kalau sampai mengutuk orang berhijab sepenuhnya itu sudah melampau.
Siapa kamu untuk mempersoalkan aku yang mengikut arahan tuhan aku?
Sebelum mahu tegur tudung orang,sila check tudung yang tersarung di kepala kamu,apa dah cukup panjang nak menutup dada kamu?Ini bagi yang bertudunglah.Kalau yang tak bertudung,tak takut sama ALLAHkah,walau kamu katakan orang tak bertudung itu ada yang baik,aku kurang percaya.namun aku sentiasa percaya pada peluang kedua.
oh ya,bila mana kamu berkata orang bertudung mulut puaka,rasanya patut kamu lihat kembali karangan darjah enam kamu itu untuk melihat sepuaka mana mulut kamu.Kalau tidak silap aku kamu juga bertudung .Dan walau aku selalu memaki hamun orang sebelum ini (OHHHHH...BANYAK KALI),rasanya aku tidak menyebut perkara dalam kain kamu tanpa bahasa yang berlapik.
BAB DUA
Banyak manusia yang bernama Melayu ini sangat tidak boleh ditegur dan dinasihati,pembuat bidaah dan tidak mahu mengaku bahawa mereka mengamalkan bidaah.Banyak juga yang diuji dengan kesakitan dan mula mengaduh itu dan ini sedang mereka terlupa akan nikmat kesenangan yang diberikan oleh ALLAH sebelum ini.
Apabila tidak memahami agama,maka akan timbullah soal seperti tidak puas hati walau dinasihati,mungkin aku terlalu berterus terang namun yang pasti aku tidak suka menipu.Aku cuma menyampaikan apa yang aku belajar dan kalau kamu menolaknya,lantak kamulah Minah oiiiiiii,dosa dibahu kamu dan bukan dibahu aku.
Oh ya,jika ada hadis yang aku berikan,kamu hendaklah mengambil masa mengkaji apa yang aku katakan.
COntoh hadis :
Sakit ,kelaparan,kesusahan,kesedihan,kesepian,keletihan itu kifarah dosa.jika kamu sabar maka kamu akan mendapat ganjaran pahala dari ALLAH jika sebaliknya ALLAH akan murka ( maksud hadis lebih kurang begini)
sesiapa sahaja yang sakit disisi kamu ,tak kisahlah laki kamukah,anak kamukah,bapak kamu,tok kamukah,jikakamu sabar maka ia akan menjadi kiffarah dosa untuk kamu.Terima kasih untuk mendoakan keburukan orang lain,dan haruslah kamu tahu yang doa buruk kamu itu tidak akan termakbul melainkan berbalik kepada kamu semata mata.
BAB TIGA
Kalau kamu bukan bodoh,tak perlu marah dan tak perlu baca blog aku,puji mahupun cacian kamu tidak akan memudharat mahupun memberi manfaat terhadap aku.Usah buang masa menahan sakit hati membaca entri aku.
Sila luangkan masa ke kelas agama dan jangan menyangka kamu sudah pandai dengan ilmu agama kamu yang takat tingkatan lima itu ya.tak kisahlah kamu cikgukah,poliskah ,bombakah.Dan belajar bersabar.Banyakkan bersabar terutamanya jika kamu berjumpa dengan orang seperti aku kerana aku juga bersabar apabila berjumpa orang seperti kamu.
Blogger emosional dan perasan serta hati tisu tandas dah banyak kali aku jumpa.Lepas dari kamu,aku tak hairan lagi.Dan tak kuasa untuk menjaga perasaan kamu itu sayang,kalau mahu suruh sahaja blog sealiran bodoh piang dengan kamu itu menyokong kamu.
Aku?
Aku dah tak kuasa.
Tudung aku pakai tak perlu ikut piawaian manusia.Aku pakai LILLAH HI TAALA.Baju aku pakai juga tidak perlu fesyen kembang tangan style bora bora ombak manja,cukup asal menutup aurat aku.Kamu bukan tuhan yang perlu aku risaukan kata katanya
p/s : Walau kuku jari kaki aku tercabut hari ini namun aku masih mampu tersenyum.Moga ia menjadi kifaraah dosa untuk aku.Dan aku maafkan kamu yang berdendam pada aku dengan harapan ALLAh memberikan hidayah untuk kamu,apalah yang paling berharga dari Hidayah ALLAH,bukan myvi,bukan anak,bukan mesyuarat pibg....dengan hidayah ALLAH kamu akan menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan aku harap tiada lagi entri dari kamu yang menghina ciptaan ALLAH,menghina orang yang mengamalkan arahan ALLAH dan paling penting,belajarlah bersyukur.Walau kita cikgu,kadang kadang kita lagi bodoh dari yang bukan cikgu ( bukan aku )la la la
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/15/2009 11:39:00 PM 4 kata kata sondolan dan dorongan
jangan malu malu bertanya
beberapa hari ini aku agak kebuntuan untuk menulis.Mungkin kerana aku sibuk terbongkang tidur.Baiklah sebagai menghormati kamu pembaca aku,aku ingin minta pertolongan kamu untuk memberikan aku sebarang idea untuk memulakan entri baru.
Sampai bertemu di entri baru nanti
p/s : jangan tanya aku soal politik,aku tidak berminat.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/15/2009 12:08:00 PM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, April 14, 2009
biasakanlah mengeluarkan sedekah meski hanya sedikit : itu akan memadamkan kesalahan,menggembirakan hati,menghilangkan keresahan & menambah rezeki
melihat wajah gadis berusia 18 tahun itu menjadikan aku sungguh sungguh bersyukur.Sebab itu dikatakan ,kamu jangan pernah membandingkan diri kamu dengan mereka mereka yang kedudukannya lebih tinggi dari kamu dimata manusia,bandingkan diri kamu seperti Zana.
Sebelum menjawab soalan peperiksaan yang disediakan oleh panel Jabatan Agama Islam Pahang,urusetianya telah meminta mana mana calon yang tidak pandai membaca untuk tampil memaklumkan pihak urusetia supaya dikecualikan dari mengambil ujian tersebut.
maka Zana mengangkat tangan dan sudah menjadi ketetapan ALLAH membuat Zana beredar dari tempat duduk asalnya menuju ke tempat yang menjadi "markas" aku dan aunty Sharifah bergilir berdengkur,ini kerana kebanyakan ceramah yang disampaikan pada hari itu telah kami ketahui dan kehadiran aku kali ini selain kerana untuk memperkasakan ilmu adalah semata mata kerana sekeping sijil.
Zana tidak pernah kesekolah,kuku jarinya banyak yang telah patah,ada diantara kukunya yang tinggal separuh,aku tidak pasti kenapa,mungkin kerana kerjanya sebagai penjual keropok di pasar pasar malam kuantan.pasa bersangka baik.
iklan sekejap,orang kuantan sila beli keropok hasil jualan Zana.
Maka Zana duduk di sebelah aku,malu malu kerana seluruh mata mata di dalam dewan tertumpu kepadanya manakala aku tersenyum lebar kerana aku tidak mahu dikatogerikan sebagai orang yang meremehkan perkara perkara seperti menonjolkan wajah yang manis sesama saudara Islam.
Ceramah berjalan seperti biasa,sempat jugak aku tertidur hingga tanpa disedari melelehkan air liur basi dan sempat juga bermimpi bertemu dengan bekas kekasih lama aku iatu Arshad .Didalam mimpi tersebut aku menyedekahkan wang kepadanya.Apa maknanya?
Baiklah berbalik hal Zana,kelas berhenti seketika untuk memberi laluan kepada solat zohor,aku mempelawa Zana ke masjid,tak boleh sembahyang katanya,kaki bernanah.Aku katakan ,selama mana kamu tidak gila dan masih tidak mendapat serangan sawan babi yang tidak kira masa maka kamu wajib sembahyang.
Bagus Zana ni.
Tak banyak soal terus mengikut aku dan Aunty meredah hujan ke Masjid negeri.dalam pada ini nampaklah dari hampir seratus peserta wanita,hanya tak sampai lima belas orang ke masjid,itupun bakinya sampai di akhir waktu dan memilih untuk solat sendiri.Aku ,aunty dan Zana merupakan antara mereka yang terawal sampai walau agak kebasahan kuyupan.Maaf bahasa aku tunggang langgangkan.
Aku bersangka baik kepada peserta wanita yang rata ratanya sungguh bergaya,dengan menganggap mereka hampir kesemuanya period.jika sebaliknya,kasihan sungguh aku pada bakal suami mereka.Tidak dinafikan lelaki dalam memilih isteri rata ratanya memandang rupa paras semata.Aku pun samalah.ha ha ha
Sewaktu mengambil wuduk,Zana meminta tolong aku mengajarnya untuk berwuduk.Aku telah diselubungi sebak pada ketika ini.Entah kenapa ,mungkin kerana aku bersyukur dengan pengetahuan yang ALLAh kurniakan kepada aku selama hari ini.
Betapa hidup aku masih sungguh dianggap bertuah berbanding Zana,yang mana adik beradiknya semuanya diserahkan kepada keluarga angkat,kakaknya mengalami masalah sawan,sementara Zana sendiri adalah dari golongan yang buta huruf.
Ibu dan bapanya telah bercerai dan kedua dua mereka bekerja sebagai tukang sapu di kawasan berhampiran dengan Pejabat Majlis agama.Selesai bersolat aku menyuruh Zana segera kembali ke dewan kerana risau kalau kalau makanan telah habis.Aku lainlah kerana dari awal telah membawa bekal dari rumah,tak kuasa aku ingin bersesak sesak kerana berebutkan karipap.
Aku tahu Aunty akan mengambil masa yang very her own sweet time tanpa memikirkan aku yang mukanya sudah bertukar seperti Super Sahya kerana menunggunya memakai sarung lengan.Maka kerana itu Zana aku suruh mendahului kami.
Setelah selesai dengan urusan Aunty yang membaiki tudungnya mengalahkan anak dara,maka aku pun berangkat menuju ke dewan sehingga aku lihat Zana sedang duduk termenung,aku menanyakannya sama ada perutnya sudah terisi atau belum?Kata Zana,makanan telah disimpan.Kasihan!
Maka aku segera memberikan sebahagian makanan aku kepada Zana sementara peserta lain sibuk bergelak ketawa.Aku tidak pasti kenapa aku sangat kasihan melihat Zana,mungkin kerana aku membandingkan keberuntungan diri aku yang selama ini jarang jarang aku sedari dan syukuri.
Kadang kadang kamu ,kamu dan kamu (sila jangan tiru style aku) mahupun aku terlupa betapa kita sungguh beruntung dan Allah memberikan kita ujian yang sedikit sahaja berbanding mereka mereka dibawah kita.
Sebagai mencari jalan untuk membantu Zana,maka aku dan aunty menawarkannya untuk mengikuti kelas secara percuma.Aku telah katakan padanya untuk mengajar beliau membaca secara percuma,manakala Aunty akan mengajarnya Iqra juga secara percuma.Aku sungguh mengharapkan agar orang seperti Zana diberikan hidayah oleh ALLAH serta kefakiran tidak menjadikannya kufur tehadap nikmat ALLAH.
p/s ;takziah buat Dynaz,jika kamu bersabar,maka sudah tentu kamu tergolong daam orang orang yang beruntung
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/14/2009 07:00:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Sunday, April 12, 2009
Masih belum terdesak untuk bergelar Puan Rabiah,terima kasih.


senyuman manis seperti ini masih sukar menawan hati jejaka jejaka Malaysia,oh sebenarnya mereka yang buta (aku menyedapkan hati sendiri)
assalammualaikum,apa khabar pembaca setia blog aku yang masih tidak malu malu dan tidak pernah puas membaca blog aku.Walau tidak bergelar follower namun gadget di ruangan "Cikgu Pasa tahu kamu siapa" sentiasa menunjukkan peningkatan angka kamu dalam melawat blog aku secara maya.
Sudah habiskah kamu membelek blog aku atau sekadar membaca apa yang terjadi dalam hidup aku hari ini dan terus memangkah blog aku kerana mendapati tiada apa apa yang menghiburkan hati kering kamu?
tidak penatkah bergelar peminat rahisa,yang pura pura bencikan aku dengan berhenti menjadi follower aku namun dalam diam diam masih mengikuti blog aku.Baiklah kepada kamu yang aku ikuti blognya janganlah kamu perasan blog kamu itu enak dibaca ya,kerana aku sebenarnya tidak langsung kisah untuk meluangkan masa aku yang berharga ini untuk membaca cerita kamu.
aku mensensor blog yang aku ikuti kerana di dunia internet ini ramai sangat yang suka meniru identiti blogger lain,telah lama aku perasan akan hal ini namun aku biarkan,tidak hanya mencuri gadget di blog aku bahkan haruskan penulisan kamu bercirikan aku?memanglah gadget itu bukan bapak aku yang punya namun alangkah manisnya kalau kamu boleh meminta izin.kerana kamu mendapatnya di blog aku.
Baiklah ,mari hentikan cerita manusia manusia yang hipokrit ini ya.pada yang bertanya akan keadaan aku sekarang,alhamdulillah,aku masih bernafas dan bernyawa dengan izin ALLAH walau aku masih dalam keadaan mendapat selsema,batuk kering yang tidak sekering mana walaubagaimanapun cukup untuk membuatkan aku berasa seolah olah berada didalam kasut mereka yang menghidap asma,bisul di dalam telinga yang lebih sopan disebut sebagai ear infection,aku tetap bersyukur kerana ia bakal menjadi kiffarah dosa aku yang mencecah gunung itu.Mungkin lebih barangkali.
bercerita mengenai kursus kahwin yang aku hadiri,ia agak menarik jika tidak mengambil kira keadaan dewan yang panas seperti oven (alhamdulilllah aku mendapat tempat disisi kipas jenama Haier).melihat wajah anak anak gadis yang begitu bersemangat ingin menghadiri kursus ini menjadikan aku tumpang bahagia buat mereka.
Beberapa minggu ini aku menerima ucapan tahniah yang tidak putus putus dari ibu bapa pelajar serta orang orang sekeliling yang menyangkakan bahawa aku akan berkahwin ekoran kejadian aku mengikuti kursus ini,mungkin aku terlupa memberitahu bahawa mereka semua menyangkakan aku pernah menjadi isteri Cik Kama.Disinilah silap aku.
Dan aku percaya ramai diantara kamu membuat kesilapan yang sama iatu menukar status kamu yang sebenarnya masih single kepada married.tolong faham dengan hati hati,aku sedang bercakap berkenaan relationship status yang terdapat di social network kamu.Oh,please do not make the same mistake as mine.Kamu tidak tahu perasaan dianggap janda sedangkan kamu masih belum pernah berkahwin.ha ha ha
apabila mereka bertanya bila aku bakal menamatkan zaman janda berhias aku yang tak berjanda ini maka kukatakan..wohhhhooooo kukatakan tu.ha ha ha,aku katakan insyaALLAH sebagai jawapan sopan kepada AKU TAK PASTI,TEMAN LELAKI AKU KINI MENGHADAPI MASALAH UNTUK KE MALAYSIA KERANA PIHAK KERAJAAN AMERICA (a CRAP COUNTRY) TELAH MENAHAN PASSPORT BELIAU ATAS ALASAN EMANG SEORANG MUSLIM.just because you are having a problem with Al Qaeda,it doesnt make every single muslim a terrorist.Moron !!!!!!!!
kerana masalah ini aku mungkin akan terbang ke Calirfonia (Los Angeles) pada bulan Julai ini dengan wang tiket berjumlah RM 5152 ditanggung oleh emang,menjalani proses berkahwin di luar negara,berdepan dengan soalan dari america's embassy berkenaan kunjungan aku kesana.
Mungkin aku hanya duduk menghitung hari atau
aku mungkin memilih untuk menghentikan hubungan ini.Segalanya mungkin.namun ketetapan ALLAh itu pasti akan datang,aku percaya walau apa sekalipun ketetapanNya,sudah tentulah ia yang terbaik buat aku.
p/s : s e b a k
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/12/2009 07:39:00 AM 6 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, April 11, 2009
kenapa aku masih statik iatu mengajar dirumah dan tidak memilih untuk memiliki pengalaman kerja yang banyak
aku tahu bidang aku adalah mengajar.Aku akan memberikan all out di dalam bidang yang menjadi kepakaran aku.Sudah tentu agak sukar bagi aku untuk menjadi seorang kerani sedangkan aku berjiwa pendidik yang berotak usahawan wanita.Bukan tidak pernah cuba lari dari bidang aku,iatu pemasaran,namun hasilnya adalah hampeh.Aku mungkin bakal melingkupkan perniagaan seseorang dengan sikap aku yang malas melakukan promotion dan apa apa perkara yang berkaitan dengan pemasaran.
Aku memilih untuk bekerja sebagai cikgu tuisyen walau pada pandangan orang orang office kerajaan mahupun swasta kerja aku tidak glamor dan tidak memberi apa apa kepentingan dari sudut sosio ekonomi negara.Aku tak perlukan pengalaman yang menimbun nimbun.Kadang kadang dengan pengalaman yang menimbun itu kamu acapkali juga bertukar kerjaya yang mana suka atau tidak adakalanya membusukkan nama kamu.
Aku suka duduk di rumah.menghabiskan masa masa dengan menelaah buku buku agama.(sekarang aku teringin benar memiliki buku la tahzan).Sesetengah dari kita memang ditakdirkan untuk berada dibawah arahan mereka yang lain,mengikut telunjuk orang yang paling dibenci dan bermacam lagi.
Aku pula mungkin dari katogeri mereka yang suka play safe all the time,mungkin kerana aku telah merasakan pengalaman tiada guna merisikokan hidup kamu yang sebelum ini baik kepada sesuatu yang tidak pasti.Seperti mana pengalaman aku meninggalkan tempat kerja lama aku iatu sebuah taska demi kerana ingin mengajar di tadika yang mana aku hanya bertahan sekitar dua bulan.
Aku juga mendapati bahawa aku adalah manusia yang sukar mengikut arahan manusia lain.Aku hanya sesuai bekerja dengan diri aku sendiri dan itulah yang sedang aku lakukan.Aku tidak mahu membazirkan usia dalam hidup aku ini melakukan sesuatu yang tidak aku sukai .Berapa ramai dari kamu yang bekerja semata mata asal dapat menjelaskan bayaran kereta kancil kamu setiap bulan.
tak mengapalah,kamu patut gembira kerana kamu ini dikalangan mereka yang alhamdulillah merupakan golongan yang bekerjaya.bagaimana kalau kamu seorang yang sudahlah pemalas,duit rokok pun mengharapkan mak bapak lagi?Sekurang kurangnya kamu menyara diri kamu sendiri,bukan?Maka bersyukurlah untuk itu.
Seperti mana aku bersyukur kerana dikurniakan ALLAH rezeki pada setiap pagi,kerana peluang yang aku perolehi,kerana kepanjangan umur untuk meneruskan hidup yang makin menghampiri mati,kerana memulihkan hubungan silaturahim antara aku dan papa,kerana menjadikan aku orang yang lembut hati,kerana menjadikan aku orang yang menutup aurat,yang tidak mempersoalkan hukum ALLAH dan sejuta kerana lagi.
p/s :Sekarang,seperti yang pernah aku lakukan sewaktu di youthsay dahulu (walau tak berapa youth lagi),kenapa kamu masih tidak bertudung?Walau telah datang kepada kamu peringatan dari ALLAH?
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/11/2009 06:14:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, April 10, 2009
akibat batuk batuk yang ala kering menjadikan hati aku kering buat beberapa hari

hari ini ,esok dan lusa aku sibuk bakal ke kursus kawin.AKu harap ustaz yang mengajo nantti bukanlah katogeri ustaz yang buat lawak,dia sorang aja gelak.
p/s :bad day ha
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/10/2009 06:57:00 AM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Thursday, April 9, 2009
Angan Angan (versi lagu raja ema)
aku adalah didalam katogeri manusia yang tidak mempunyai banyak angan angan.not so ambitious,menjadikan aku orang yang sentiasa mengambil langkah berjaga jaga dalam pelbagai situasi.
Aku memiliki angan angan iatu memiliki pelajar yang ramai seperti dahulu,yang mana mereka mengerumuni aku untuk bertanyakan soalan serta setiap dari mereka berusaha untuk menarik perhatian aku.
Aku sangat sukakan kanak kanak walau aku tidak pernah nampak bayangan diri aku ini memiliki anak sendiri.Aku berharap agar aku dapat membuka sebuah pusat jagaan kanak kanak.Namun kamu tahulah undang undang di Malaysia yang ada kalanya tidak masuk akal menjadikan aku agak mudah berputus asa dan lebih suka untuk menjalankan perniagaan tuisyen ini dari rumah aku semata mata.
Disini aku ingin menyiarkan gambar gambar aku bersama anak anak murid aku,sebahagian dari mereka tidak lagi bergelar pelajar aku,adakalanya ibu bapa akan memberikan alasan seperti "bulan depan saya masukkan anak saya kembali" atau seribu alasan lagi yang mana berakhir dengan mereka tidak pernah lagi kembali.
tapi aku belajar dari pengalaman aku iatu untuk tidak terlalu rapat dengan mereka kerana kamu harus faham,ia adalah berkenaan bisnes (walau dalam hati kamu bercakap bukan semua berkenaan wang) namun apabila mereka telah mula berhenti dari kelas kelolaan aku,kelukaan yang ada dihati kamu adalah sesuatu yang sukar digambarkan.
bagi mereka yang berminat untuk mengadakan perniagaan tuisyen,apa yang kamu perlukan adalah mudah iatu beberapa bulan pengalaman dimana mana tadika atau taska kerana pengajian kamu di universiti tidak sama dengan pengalaman yang kamu perolehi di tempat tempat tersebut.jika kena dengan caranya pendapatan kamu mungkin mencecah RM 5000.00 sebulan dengan hanya bermodalkan air liur dan juga buku latihan.
Menulis kertas kerja berkenaan anak anak kecil dengan merasa sendiri pengalaman bersama anak anak kecil adalah dua situasi yang berbeza.
Kamu juga haruslah menjadi mereka mereka yang dimaksudkan dengan peramah serta penyayang.memiliki muka yang manis satu kelebihan .seperti Pasa ini.Pewiiitttt
sungguh penyayang bukan?

p/s ; siapa nak belajar jadi cikgu,boleh berhubungan terus dengan aku,bukan hubungan badan ya
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/09/2009 06:47:00 AM 4 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, April 8, 2009
Falsafah Aku untuk hari ini
Tag ini aku perolehi dari syima dan ingin sekali aku sebut perkataan ini,jadah kamu syima kenapa kamu tidak membenarkan aku mengcopy setan tag ini
Tanda tanda apabila :
A ) suka hati :
Mula mengucapkan ALHAMDULILLAH dan Tersenyum manis semanis manis itu sendiri serta pada kebiasaannya aku akan menzahirkan kegembiraan aku dengan berkongsi dengan mereka mereka yang terdekat dengan aku
B ) Marah
Lebih memilih untuk diam dari berkata kata kerana aku tahu ,angin marah ini bukanlah boleh dilayan sangat berkemungkinan besar berakhir dengan melukakan hati orang orang yang tidak terbabit.
C ) Bosan
Pada kebiasaannya ,apabila aku bosan aku akan mula membasuh kereta Aunty mahupun mengemas rumah.Pada saat saat beginilah hasil kerja aku akan menunjukkan prestasi yang amat membanggakan kerana kebosanan biasanya memacu aku untuk menghasilkan yang terbaik.
Aku selalunya diserang rasa bosan apabila Encik Haid datang melawat aku.Manakala pada hari seterusnya kebanyakkan masa aku sibuk menghadiri kelas kelas agama,kelas mengaji al quran,mengajar dan juga di ajar.
D ) Cemburu
Aku jarang mencemburui hal hal duniawi seperti kamu menggunakan vios sedangkan aku berjalan kaki kerana aku percaya rezeki itu ditangan ALLAH dan bukan di tangan aku.
Aku rasa cemburu apabila mengenang mereka yang bekerja di Restoran Kampong Hyatt Regency,sudah tentu mereka berpeluang menikmati nasi ayam steam setiap hari.Cemburunya aku.
E ) Rindu
Yang paling aku rindukan adalah Eiman buat masa ini,aku ingin sungguh bertemu dengannya,aku dah penat mencium monitor computer dan terkena renjatan eletrik kalau boleh selepas ini aku ingin merasa penangan lidah manusia pula.
Biasanya aku akan mendengar lagu lagu sayu kemudian berakhir dengan aku terbongkang tidur.
KENAPA AKU SI PASA INI
A) Rasa Cemburu
Aku cemburu apabila mengenangkan betapa sesetengah dari kamu sedang menyambung pengajian dalam bidang tafsran Al Quran mahupun Pengajian Hadis mahupun sunnah manakala aku pula hanya mementingkan nasi ayam semata mata.Sungguh aku masih mementingkan hawa nafsu yang tidak pernah puas.
B) Rasa Marah
Aku agak sukar ingin melampiaskan kemarahan aku .Boleh dikatakan jarang sekali aku marah,contoh apabila orang menggunakan nama aku dan membuat fitnah menggunakan nama aku dan menuding jari ke atas sesuatu yang tidak aku lakukan,aku masih lagi boleh tersenyum ,mungkin marah untuk beberapa saat namun untuk memikirkannya sehingga pecah kepala,itu bukan aku.itu bodoh namanya.
Come on,Allah Tahu dan Aku tahu,kalau kamu tak tahu itu tanda tanda kamu sedang pendek umur setan
C ) Senyum
Apabila aku dikelilingi anak anak kecil dan sibuk memanggil aku ,Teacher ! Teacher ! Saya nak jugak…atau sewaktu membaca komen anonymous.Kesian sungguh aku pada manusia yang takutkan aku lebih dari takutkan ALLAH.Syirik kamu dan akan kekallah kamu di neraka jahanam selagi kamu tidak meminta keampunan dari ALLAh s.w.t
D ) Rasa Bersalah
Kerana aku pernah mempermainkan perasaan ramai lelaki,Abdul Hadi,Muhammad Husaini,Helmi,Micheal,Sunny…dan beberapa nama yang tidak lagi bertakhta di sanubari aku.Apabila kamu dikecewakan pada suatu hari nanti kamu akan tahu bahawa perbuatan mengecewakan orang lain yang dilakukan dengan sengaja sungguh adalah sesuatu yang amat tidak berperikemanusian.
E ) Mengantuk
Bila membaca cerita kamu yang bodoh piang dan bangang nak mampus dan dari katogeri “saya makan nasi lemak dan sekarang berat saya naik
REAKSI PASA APABILA
A) Marah
Aku kalau marah terhadap seseorang dan dia tidak tahu pun aku marah pada dia ,aku akan diam aja.
Paling tidak aku bercerita kepada emang berkenaan apa yang berlaku,mengutuk kamu kamu kamu yang berperangai bodoh piang dan kadangkala menyusahkan aku.
Tapi aku sedaya upaya tidak mengutuk mereka yang menghantar ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk belajar di kelas aku.ALhamdulillah kesemua mereka adalah manusia dari kelas A,walau telah memberhentikan anak mereka,kami masih boleh melemparkan senyuman lebar diantara satu sama lain.
B) Malu Amat sangat
Malu itu sebahagian iman,lakukan apa sahaaj kalau kamu tidak malu.Aku seorang yang pemalu kadangkala contoh :aku tidak akan pernah berlari dihadapan lelaki lelaki,mahupun menari atau berlatih taichi dan aku tetap akan pakai tudung sekalipun dihadapan adik adik,sepupu,ayah mahupun bapa saudara aku.
Setan nak merasuk nafsu manusia,dia tak kasi salam bahawa hari ini kamu akan kena rogol ya.
Reaksi aku kebanyakkan masa adalah wajah aku akan bertukar kemerah merahan.
C) tidak dapat tidur
Membaca surah Al Mulk sebelum tidur dapat mengelakkan kamu dari azab siksa kubur .Amalkanlah setiap malam.
Kadang kadang aku belum sempat membaca surah surah lazim ,atau zikir zikir wirid yang harus dibaca sebelum tidur namun yang pasti aku akan
Ayat Kursy aku akan
D) ternampak ehem ehem berjalan dengan ehem ehem
biasanya aku abaikan ,kalau rakan rakan aku time sekolah dulu,aku abaikan semata mata kerana aku tidak ada masa untuk mengambil tahu hal hal mereka.
Kalau teman lelaki aku berjalan dengan perempuan lain,aku akan pergi menyapa mereka.
Dan kejadian aku melawat bekas teman lelaki aku sambil ditemani tunangnya adalah sesuatu yang patut kamu belajar dari aku.Kamu haruslah keras hati serta tidak cuba untuk berpura pura kerana mereka akan tahu ,seperti aku reaksi aku adalah biasa sahaja kerana aku tahu apabila teman lelaki kamu bersumpah tidak akan mencari perempuan lain,ketahuilah mereka hanya membohongi kamu ( Ekoran bekas teman lelaki pasa mengahwini anak ibu saudara beliau)
Aku
E) Keseorangan
Aku telah biasa keseorangan,dari dulu hingga sekarang tapi kebanyakkan masa aku akan tidur.Kerana otak aku bukan lagi dari jenis yang berlawa lawaan semata mata nak ke shopping mall mahupun kenduri kahwin.
5 Falsafah yang telah aku pelajari dalam hidup
1- Apabila aku merasa kesempitan atau dilanda kesusahan hati yang amat sangat,tiada siapa yang dapat menghilangkan luka luka dihati aku melainkan Allah s.w.t,maka kini ,walau susah mahupun senang aku akan sentiasa mengingati kebaikan Allah lebih dari aku mengingati kebaikan manusia.
2- Wang adalah sesuatu yang amat penting,mereka yang mengatakan wang tidak penting dan dalam masa yang sama muka merekalah yang meminjam wang dari orang orang sekeliling adalah tidak lain dan tidak bukan adalah pembohong besar.bagi aku asal aku mempunyai wang yang cukup untuk menguruskan diri aku,menampung hidup aku asal tidak menyusahkan bapa aku atau orang orang sekeliling ,itu sudah cukup untuk aku.
3- Jangan pernah menyintai lelaki melebihi dari cinta kamu kepada ALLAH.Apabila kamu mencintai makhluk melebihi dari kamu mencintai pencipta makhluk maka aku tidak pelik andai satu hari kamu mengambil kepututsan untuk membunuh diri kamu kerana kecewa dalam cinta.
4- Untuk menjadi baik tidak perlu menunggu kamu menjadi tua mahupun mempunyai uban dikepala.ingat,Usia kamu rahsia ALLAH.
5- Ajarilah orang sekeliling kamu dengan sesuatu yang berguna,jika kamu melakukan kesilapan dalam hidup kamu,bantulah mereka agar tidak melakukan kesilapan yang pernah kamu lakukan suatu ketika dulu.
Orang yang ingin si PAsa ini tahu berkenaan palsapahnya dalam kehidupan adalah :
A) Pal7 atau suya
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/08/2009 06:57:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, April 7, 2009
Pernikahan bekas teman lelaki saya
kepada Astro aku ingin meminta jasa baik kamu semua untuk berhenti menayangkan cerita Mami Jarum ,Embun,9 September serta semua jenis cerita yang kamu rasakan dari katogeri box office kerana aku dah menonton cerita tersebut hampir lapan belas kali dan aku juga benci karya dari professor picisan kesayangan Metrowealth iatu Razak Moheidenn.
Kenapa asyik asyik Cakap loghat utara,apa
Tapi nasib baiklah aku tertonton cerita dari German yang bertajuk My Exboyfriend’s wedding,kuranglah kemarahan aku yang berapi pada pihak astro haram jadah itu.
Cerita ini membuatkan aku berfikir bagaimanakah kalau suatu hari nanti bekas teman lelaki aku mengajak aku menghadiri perkahwinannya.Adakah aku bakal menolak jemputan itu dan memilih untuk menangis di bucu katil mengenang betapa kenapa dunia ini tidak adil atau pergi ke
Grab mana mana sahaja lelaki yang aku kenal untuk aku perkenalkan kepada mereka sebagai teman lelaki merangkap bakal tunang aku.
Aku tidak dapat menyertakan apa apa link untuk cerita ini kerana pengetahuan bahasa german aku yang terhad itupun barangkali berkemungkinan besar akan selalu tertukar dengan bahasa sepanyol.
Agak sukar bagi kamu untuk mengekalkan mata aku agar terus berminat untuk menonton apa apa filem mahupun drama kerana bagi aku ianya hanyalah satu perkara yang membuang masa.hanya sesekali apabila Encik Haid mengadakan lawatan rasminya maka aku akan
Diulangi cerita yang baik.Cerita yang baik dapat membuatkan kamu berfikir manakala cerita yang bodoh akan menyebabkan kamu menyumpah pengarahnya sebaik sahaja wang atau drama atau filem tersebut berakhir.Contoh terdekat adalah karya Rajak Moheden itulah.
Pengajaran duniawi yang aku perolehi dari filem ini adalah kelukaan itu mengambil masa untuk pulih dan sudah tentu bukan dalam sehari dua .Selain itu kamu perlulah faham dan mengerti bahawa kamu tidak akan mendapat semua yang kamu idamkan.Bagi aku yang lepas ,lepaslah.
Kadang kadang bagus juga kita berpisah dengan teman lelaki kita yang terdahulu kerana hanya dengan itu barulah kita menyedari betapa selama hari ini kita mensia siakan masa yang kita punyai untuk seseorang yang tidak tahu menghargai kita,betapa mereka itu golongan yang rugi kerana terlepas dari memiliki diri kita dan seribu betapa lagi.
Jika sahabat sahabat disekeliling aku cenderung memilih untuk kembali ke pangkuan bekas teman lelaki mereka,aku pula tidak begitu kerana aku merasakan sudah cukup kelukaan yang mereka berikan kepada aku.Apakah jaminan yang aku ada bahawa mereka tidak akan melukai aku lagi?Tiada jaminan bukan?Aku kasihan melihat sesetengah dari kamu yang menjadikan blog sebagai tempat meluahkan kesedihan kamu yang menyesal akan perpisahan yang berlaku diantara kamu dan bekas teman wanita mahupun teman lelaki kamu.
Bagi aku kamu patut berfikir sejenak.
Apa jadah faedah yang kamu perolehi untuk bersedih hati diatas ketiadaan mereka?Adakah mereka turut bersedih hati diatas ketiadaan kamu?
Memetik kata kata sahabat aku si cantik manis yang bernama Salasiah iatu aku seorang yang mudah jatuh cinta,maka aku minta maaf untuk menyangkal pendapat kamu itu Sal.Aku Cuma memberi peluang untuk diri aku berkabung dan bersedih hati sekitar dua bulan .Sepanjang tempoh itu aku akan mengambil masa untuk mengenang saat saat manis,janji janji palsu sebelum mengakhirnya dengan tangisan panjang diiringi dengan lagu dari Farah AF2 “tangisan dalam kerinduan”.
Kemudian aku akan memulakan pencarian cinta baru atau membiarkan waktu waktu yang ada untuk menjalani kehidupan sebagai wanita bujang terhormat.Pada mulanya agak sukar untuk menukar status diri dari “dalam hubungan “ kepada “bujang” namun aku pasti lama kelamaan kamu akan biasa.
Aku benar benar merasakan bahawa tiada gunanya kamu menunggu teman lelaki mahupun teman wanita kamu untuk kembali kepangkuan kamu kerana jika mereka benar benar mahukan ia berlaku,mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk kembali kepada kamu.
Ketahuilah,apabila mereka mula mengatakan bahawa mereka tidak lagi memiliki perasaan cinta terhadap kamu maka bergembiralah kerana mereka jujur.Bagaimana kamu dapat meneruskan hidup kamu bersama orang yang tidak lagi memiliki perasaan terhadap kamu?
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/07/2009 08:20:00 AM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, April 6, 2009
Hari ini adalah untuk mengenang genap setahun pemergian bibik aku dihantar pulang ke Indonesia


t





aneh namun aku agak rindu pada bibik aku hari ini.aku rindu untuk makan bersama bibik yang bernama Zaiton ini...Aku rasa bibik yang paling bertuah adalah bibik Zaiton selepas bibik Siti Nurhaliza kerana dia berpeluang ke hotel hotel serta turut menikmati nasi ayam bersama aku dan cik kama.
bukanlah cik kama yang aku rindukan.Aku rindu untuk berjalan kaki ke pasar raya dan membiarkan bibik membawa semua barang barang aku....
oh ya,aku rindu untuk menyuruh bibik membasuh baju baju aku...
p/s :sayangnya hidup ini tidak semuanya berjalan mengikut kehendak kamu
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/06/2009 08:35:00 AM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Sunday, April 5, 2009
Mak....
Beberapa hari lagi aku bakal memulakan pengajian Al quran dengan surah Al Waqiah,kalau kamu yang masih tidak mengetahui apa kelebihan surah ini ,mari aku beritahu pada kamu supaya kamu boleh mengaplikasikan kelebihan surah ini di dalam kehidupan kamu.
Surah Al Waqiah bermaksud Hari Kiamat,di dalam surah ini digambarkan akan keadaan kacau bilau,huru hara yang terjadi di hari kiamat kelak,ianya merupakan surah yang ke 56,berada di juzuk yang ke 27 serta memiliki 96 ayat.Baiklah ,apa kelebihan surah ini?
Sabda Rasulullah s.a.w : Sabda Rasulullah s.a.
“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Nampak?Nabi Muhammad s.a.w telah meninggalkan kita cara cara untuk mengelakkan kemiskinan selain daripada berusaha,kamu bolehlah mengamalkan surah ini setiap malam.Bukan bomoh siam yang akan memberikan kamu rezeki.ALLAH yang memberi kamu rezeki,bukan bomoh siam yang memberi mudarat kepada kamu,sesungguhnya tiada apa yang dapat berlaku tanpa izin ALLAH .s.w.t
Soalan aku ,kenapa kamu pergi ketemu bomoh
Baca horoskop walaupun sekadar baca itu adalah syirik,percaya kepada ramalan orang tua tua seperti tapak tangan gatal yang membawa maksud kamu bakal menerima wang atau rezeki itu adalah syirik.jangan main main lagi sekali.Sia sia kamu sembahyang tunggang terbalik kalau kamu syirik.
Baiklah mengapa aku si Pasa ini memulakan kelas pengajian Al Quran pada usia yang agak lewat iatu 23 tahun dan tidak seperti anak murid kesayangan aku iatu Afiq Zakwan yang baru sahaja khatam Al Quran manakala aku guru bahasa inggerisnya masih lagi tidak dapat membezakan huruf sod dan juga zo dengan cemerlang.
Ada kisahnya,sewaktu aku kecil,aku pernah dihantar mengaji dengan ustazah Al Arqam,waktu itu tahun 1993 yang mana kes mona affendy sedang hangat diperkatakan.Aku waktu itu menetap di Tanah Putih Lama,Kuantan.Setiap kali ke madrasah,aku yang berusia 7 tahun waktu itu akan berjalan berseorangan sekitar 500 meter setiap hari untuk belajar mengaji.
Ekoran meletupnya nama Mona Affendy,mak kandung aku mula berasa resah kalau kalau ada bomoh
Bermulalah episode aku mengaji dan diajar oleh ibu aku yang khabarnya khatam 25 kali .Kamu harus faham tidak penting berapa kali kamu khatam Al Quran yang penting kamu faham apa yang kamu bacakan itu,tidaklah kamu jadi seperti burung kakak tua yang hanya mengikut cakap tuannya.
Mak aku adalah dari katogeri hardcore yang mana jika aku tidak dapat menyebut perkataan ataupun huruf huruf dengan sempurna maka alamatnya hari itu kulit aku yang manis manis manggis ini akan berbirat seribu,kalau bernasib baik mungkin makan penampar.
Mak aku mengajar aku banyak perkara iatu untuk mendidik anak anak kecil kamu tidak perlu membelasah mereka separuh mati kerana apalah yang mereka tahu.mereka masih anak kecil yang tidak lepas dari membuat kesilapan.Mak aku juga mengajar aku menjadi sabar.Kalau tak sabar mungkin habis rumah kepunyaan mak ,aku bakar.Aku tidak pernah rapat dengan mak aku bahkan mak aku tidak pernah mencium mahupun mengusap rambut aku seperti mak mak kamu.Kerana itu aku ini cepat mengalirkan air mata kalau orang melayan aku terlalu baik,contoh tiba tiba aunty mencium aku,aku mulalah menangis kerana terharu.
Aku dapat membuat kesimpulan hubungan aku dengan ibu aku yang agak dingin banyak berpunca dari sifat panas baran ibu aku.Aku orangnya mudah,kalau marah cepat sejuk namun kalau ada sesuatu yang melukakan hati aku,kemungkinan untuk aku untuk mengabaikan kamu adalah sangat tinggi.itulah yang berlaku apabila hampir enam tahun aku tidak pernah pulang menjenguk ibu aku.
Bak kata mak aku,”aku tak heran kalau kamu tak balik,anak aku ramai lagi”,kasihan aku mendengarnya,kalaulah anak yang ramai itu merupakan jaminan bahawa mereka tidak akan mengabaikan kamu mak,maka akulah orang pertama yang akan mengambil berat berkenaan hal diri kamu.
Aku sayang mak aku namun keadaannya tidak sama lagi,disuatu tahap aku seolah olah tidak pernah mengenali beliau,maka ini aku tegaskan pada ibu bapa pelajar supaya sentiasa menerangkan kepada anak anak sebab mereka dipukul selain jangan sesekali membelasah mereka ketika kamu sedang marah kerana waktu itu yang memukul mereka bukan hanya kamu namun nafsu kamu.
Mak aku juga telah selamat berkahwin dengan seorang Tok Imam yang namanya aku pun tak pasti,setiap kali menelefon mak aku,ada saja pujian untuk suami barunya,telinga aku agak bernanah kerana hal ini.nasihat orang sekeliling seperti banyakkan bersabar mungkin tidak lagi releven pada waktu ini walau aku tahu bersabar itulah yang terbaik sekali.
Suaminya itulah,suaminya inilah,memang aku pernah rapat dengan ayah tiri aku itu sewaktu aku berusia dua tahun (mak aku masa tu janda muda,meletup la),tapi mereka tidak berkahwin kerana halangan dari kedua dua belah pihak.Makanya setiap kali menelefon mak aku,dia akan mempersoalkan mengapa aku bersikap dingin dan tidak pernah cuba untuk bermesra dengan bapa tiri aku.
Mak,kalau mak baca lah blog aku ini mak,aku nak mak tahu beberapa perkara :
1 ) aku tak pernah membenci suami mu mak,namun aku berasa tidak perlulah aku bermuka muka berpura pura bahawa dia ayah aku mak.Masa mak kahwin dengan suami mak dulu,aku tiada disisi kamu,mak.Maka tahu tahu selepas enam tahun kamu mahu aku tersengih seperti kerang busuk menanya itu dan ini kepada suami mu itu mak.Sungguh aku tidak mampu melakukan itu
2 ) Aku tidak suka kamu selalu membuat sangkaan buruk terhadap aku mak,mengatakan bahawa aku ini begitu begini sedangkan untuk menelefon kamu aku mengambil masa yang sungguh lama,aku
3 ) Kalau mak lupa,aku inilah yang pernah menjaga anak anak mak yang merupakan hasil dari perkahwinan mak bersama Ayah Su.Aku inilah anak mu yang mengorbankan usia kanak kanak dan remaja aku menjaga adik adik tiri yang ada diantaranya bermulut puaka.
4 ) Sesungguhnya setiap kali berbual dengan kamu mak,aku
Aku percaya ramai diantara kalian yang secara langsung mahupun tidak langsung mempunyai masalah dengan ibu bapa masing masing walau tidak serumit aku,namun kamu harus ingat ya,jangan sesekali menderhaka kepada orang tua kamu walau mereka melayan kamu lebih teruk dari bibik
oh ya,sebelum ke Mekah dahulu kata mak,aku berkemungkinan besar bakal tidak dapat melihat kaabah,namun mak,anak mu ini berpeluang berteleku bersolat dan memandang kaabah sebanyak empat kali,alhamdulillah mak,ALLAH MAHA MELIHAT.
p/s :Aku maafkan kamu mak walau kamu tak pernah meminta maaf dari aku.Halalkan semua pemberian kamu.Aku sayang kamu mak walau sayangku tidak lagi sama seperti dahulu.Buat anak murid Teacher Pasa,jangan lupa,surga itu dibawah telapak kaki ibu.Tapak kaki teacher cuma ada skor A ,ok?
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/05/2009 07:49:00 AM 7 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, April 3, 2009
Derita Cinta di Usia 23 tahun (ini sekadar tajuk picisan)
baru baru ini pada 9 januari 2009 telah genap usia aku si Pasa ini menjadi 23 tahun,aku rasa bukan main sekejap lagi masa berlalu,dulu badan aku ala ala Amy Leela Chandran,sekarang mungkin empat kali ganda saiz Amy Leela,tak mengapalah yang penting aku sihat dan dapat rukuk dan sujud dengan sempurna.Alhamdulillah.
Ada sebuah tempat yang akan selalu menggamit aku untuk berkunjung iatu Mekah.Aku tidak pernah membayangkan diri aku berada di dalam pesawat serta menuju ke Negara lain melainkan Mekah,mereka yang pernah berkunjung ke sana pasti akan mengerti rindu yang aku maksudkan.Melihat Kaabah dengan mata kamu sendiri tidak sama dengan sekadar melihat Kaabah yang terpampang di muka sejadah yang kamu gunakan untuk bersolat setiap hari.Alhamdulillah atas jemputan ALLAH tempoh hari.
Tempat kegemaran aku pula adalah bilik tidur yang sebahagian perabotnya dimiliki oleh aunty,aku suka berada disini dan boleh dikatakan kebanyakkan masa aku dihabiskan di dalam bilik ini.Aku jarang keluar dari rumah ini kerana itu kamu jangan pernah bermimpi untuk ketemu aku si Pasa ini merayau seperti kamu ke mana mana shopping complex ya kerana masa yang terhad aku miliki tidak pernah membolehkan aku kesana kemari.Alhamdullillah kerana Allah menjadikan hati aku jauh dari tempat tempat sedemikian.
Makanan kegemaran aku adalah Nasi Ayam yang terdapat di Restoran Hyatt yang tak terkira banyak kali pernah aku cuba sebelum ini (iatu semasa masih menjadi teman wanita cik kama) dan sangat jarang sekali dapat aku makan pada waktu ini.Dahulu sewaktu aku kesana hampir setiap minggu,aku tidak pernah cuba untuk menikmati Nasi Ayam tersebut dengan baik baik,aku telan dan komplen itu dan ini,aku selalu lupa membaca bismillah sebelum makan mahupun mengucap Alhamdulillah sebagai tanda terima kasih aku kepada ALLAH.Sukalah setan setan makan sekali dengan aku waktu dahulu
Aku sangat mencemburui mereka yang diberi nikmat menyentuh binatang binatang berbulu seperti kucing,mahupun arnab,aku sangat sukakan kucing tetapi memiliki trauma serta rasa geli yang melampau untuk mengelus bulu bulu mereka.Bagaimanakah aku hendak menempuh malam pertama aku nanti kerana aku memang alah dengan perkara perkara membabitkan bulu ini melainkan bulu dibadan aku sendiri.
Warna kegemaran aku pula adalah hitam dan hijau.Aku suka hitam dan kalau boleh aku nak semua jubah mahupun tudung aku berwarna hitam.Bukan semua hijau sesuai dengan kulit aku yang manis manis manggis ini,hijau muda sesuailah (aku bantai aja )
Dahulu aku suka mendengar lagu lagu seperti Kucari Damai Di hati kerana cik kama berpesan,jika satu hari aku berkahwin maka dengarlah lagu ini .isk….isk…..kenapa aku yang kena dengar kama oiii,kamulah yang dengar.marilah kita bersama sama menghayati lagu ini bersama cikgu pasa .
Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami
Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini
Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh
Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku
Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka
Iklan sebentar sempena menghayati minggu bahasa Malaysia.
Tapi yang pasti dulu aku suka semua lagu jamal abdillah.AKu ini orangnya aneh,selagi mana aku tidak tahu menyanyi dan mengingati lirik lagu tersebut maka aku akan tetap menyukai lagu tersebut hinggalah apabila aku mula hafal lagu lagu berkenaan ,ia akan menjadi lagu yang tidak lagi aku minati.
Lagu terakhir yang aku dengar adalah lagu Derita cinta oleh Jamal jugak,aku teryoutube sekejap kerana rindu dengan abang jamal.
Bandar tempat aku menetap sekarang adalah di Kuantan,berhampiran dengan East Coast Mall.Lokasi adalah rahsia kerana risau juga aku kalau kalau didatangi peminat fanatic.
Perkara terakhir yang ingin aku lakukan sebelum mati adalah mati dalam keadaan Islam yang beriman.Semoga ALLAH meluruskan hati aku untuk itu.
p/s : cerita ini adalah jawapan bagi persoalan kamu Awin
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/03/2009 08:27:00 AM 9 kata kata sondolan dan dorongan
Thursday, April 2, 2009
buat anak anak muridku (pesanan dari seorang guru yang penyayang )p
jangan jadi sedih ya,namun mulai hari ini akan tiada lagi perkataan makian dari aku mahupun bahasa bahasa yang menyumpah seranah.ku terpaksa memilih untuk berbahasa sopan santun sementelah anak anak murid aku yang akil baligh kesemuanya telah mula membaca blog ini.
Khas untuk anak murid teacher Rabiah
jangan lupa hari guru nanti belikan teacher baju tidur Victoria's Secret ya
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/02/2009 07:50:00 AM 4 kata kata sondolan dan dorongan
Selamat tinggal pada yang suka berdiva kerana nampak sangat aku ini bukan terlalu diva
sudah agak lama aku tidak menulis dengan beria ria iatu mengisi seluruh emosi serta perasaaan aku didalam blog ini kerana ada beberapa kesibukkan yang membataskan aku untuk berbuat demikian.kamu juga mungkin bakal menyedari beberapa entri sebelumnya mengandungi kesilapan ejaan yang agak banyak kerana ditaip dengan terburu buru.tidak tahu apa yang aku kejarkan.
Apabila melihat rakan rakan seperkolahan aku yang sibuk menghitung hari menunggu detik menukar gelaran dari cik kepada Puan,aku merasa gembira untuk mereka kerana akhirnya mereka telah menemui orang yang menyintai mereka seadanya diri mereka.manakala aku masih lagi tidak pasti dan tidak tahu.
Melihat mereka yang disekeliling kamu kahwin bukan bermakna kamu juga harus berkahwin,kata adik aku :
kak long ini orangnya gila harta,tidak mahu yang biasa biasa....
Apalah yang dia tahu berkenaan hidup,siapa yang tidak mahu berkahwin,memiliki teman sebantal,sepermain,berorgasme sama sama,aku mahu cuma masalahnya aku sendiri tidak tahu dengan siapa aku harus kahwin,teman lelaki pun tiada lagi.Chewah!
tolong jangan sebut bab emang manang kerana dia jauh di amerika,nak datang pun entah bila.Proses perkahwinan warga asing ini sangat rumit.sengaja dirumitkan,bukan warga asing sahaja,warga Malaysia pun begitu juga,aku tidak marah jika ada diantara muda mudi sekarang yang menyalahkan kerajaan kerana memperketatkan undang undang untuk kahwin.
Aku rasa kursus sebelum kahwin itu tidak perlu kerana telah dibuktikan,setelah menghadiri kursus kahwin penceraian tetap berlaku,pergaduhan suami isteri tidak berhenti setakat itu sahaja.Bagi aku adalah kursus yang sebenar adalah sewaktu tempoh mengenali hati budi pasangan masing masing.
masa inilah jika kamu mahu memeriksa sama ada pasangan kamu itu orangnya jenis yang bersolatkah,bertanggungjawabkah,kedekutkah,setiakah dan apa apalah yang kena dengan selera kamu.
pejabat agama hanya membebankan pasangan muda mudi dengan keperluan menghadiri kursus kahwin,surat itulah ,surat inilah,pengesahan itulah ,pengesahan inilah.Jika benar benar ikhlas untuk membuat kursus mengapa tidak diadakan secara percuma sahaja atau pun separuh harga?
Dan kenapa perlu membazirkan masa seawal dari jam lapan hingga ke lima petang?Ah! sudahlah,Malaysia selalu ada undang undang bangang dan pengamal undang undang sendiri yang melanggar unang undang buatan mereka.
aku tidak pernah percaya pada undang undang buatan manusia seperti mana aku tidak pernah lagi mempercayai laki orang.
dan oh ya,entri dan blog 3 diva tidak lagi berkeudaraan,jangan marah kerana aku mendeletenya.sibuk dengan urusan dunia yang tidak pernah habis
p/s :Rasulullah s.a.w. telah dipetik sebagai bersabda :-
"Kamu boleh serah undang-undang yang tidak adil kepada hakim yang adil, tetapi kamu jangan serah undang-undang yang adil kepada hakim yang zalim".
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/02/2009 06:28:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, April 1, 2009
Kepentingan menjadi seorang yang bersyukur (ditemani surah Al Baqarah sewaktu entri ini ditulis)
Aku menulis
Ramai diantara kamu yang aku temui baik di dunia reality mahupun dunia maya yang masih gagal untuk bersyukur dengan nikmat nikmat yang ALLAH berikan kepada kamu.Masing masing mengeluh sedih serta membandingkan diri kamu dengan mereka yang keadaannya lebih senang dari kamu.
Berhenti disitu.
Pernahkah kamu mengambil masa membandingkan diri kamu dengan mereka yang lebih susah dari kamu?Nescaya jika kamu mengambil masa membuat perbandingan ,kamu akan menjadi orang yang bersyukur serta berterima kasih kepada tuhan kamu.
Aku pasti mereka mereka yang menjadi pembaca blog aku ini pernah melihat serta membaca betapa aku adakalanya dilanda ujian ujian dari ALLAH seperti ketiadaan makanan mahupun wang (sewaktu berada dirumah lama) sebaik sahaja pulang dari Kota Suci Mekah.Dan kemudian kamu buat kesimpulan bahawa aku ini orang yang banyak berbuat dosa kerana itu ALLAH mengambil semua nikmat nikmat yang pernah aku ada.
Bodoh kamu,itu adalah ujian dari ALLAh untuk melihat sama ada aku ini seorang yang redha dengan ujian mahupun sebaliknya.Sewaktu ketiadaan makanan ,aku tidak membandingkan diri aku dengan siti nurhaliza kerana itu perbuatan bangang namanya,namun aku bandingkan diri aku dengan mereka yang berada di Gaza.Kenapa di Gaza?Kerana di Gaza ada saudara kamu yang sedang kebuluran dan berakhir dengan mati kerana ketiadaan air yang bersih.
Adakah aku seorang yang sempit pemikiran apabila membandingkan kemudahan yang ada di
Kamu tahukah,kamu dapat duduk dan berdiri berjalan berlari berak bernafas semua itu adalah nikmat dari ALLAH,kalaulah kamu belajar bersyukur betapa ada orang yang setiap kali berak akan menangis kerana terpaksa berperang dengan buasir manakala kamu sekali teran,bukan main mudah maka kamu kan mendapati betapa hidup kamu itu sungguh indah.
Sentiasalah tanamkan dalam fikiran kamu yang bengap itu bahawa tiada rumah yang tidak gembira dan tiada rumah yang gembiranya kekal selain akan disulami dengan tangisan sekali sekala.hidup ini tidak selalu indah.Untuk mengubat hati hati kamu yang gundah kerana sedang berperang dengan sejuta masalah yang tidak aku ketahui,bacalah ini :Petikan Surah Al baqarah Ayat 214
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
p/s : Apabila Allah menetapkan sesuatu dalam hidup kamu,yakinilah ia adalah yang terbaik untuk kamu.Kerana adakah kamu lebih mengetahui dari ALLAH ?
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 4/01/2009 12:15:00 PM 0 kata kata sondolan dan dorongan

