aku dah pun menjual barang kemas aku kepada ibu aku.semalam aku menerima wang berjumlah 1700.00 sahaja.dua ratus ringgit telah aku perguna untuk membelikan permainan bagi adik lelaki aku,game boy namanya.
Mak masih seperti mak.Aku harap suatu hari nanti mak berubah.
Apa yang mahu aku lakukan dengan wang ini?ada yang mencadangkan agar aku pergi menonton wayang,membeli belah serta memanjakan diri ala ala ke Spa Q (ok idea ke Spa Q itu agak bengong sedikit).
Aku sudah tekad.Wang ini telah diniatkan dari awal untuk dimasukkan ke Tabung Haji bagi pendaftaran aku sebagai jemaah Haji,insyaALLAH.
Mak memarahi aku.katanya baik guna wang itu untuk perbelanjaan harian.Aku masih tidak mempunyai wang untuk ke mekah.Mak tak faham bahawa rezeki dari ALLAH kalau tidak dijaga dan disimpan,bila bila masa akan habis.
Mak tak gembirakah anak mak ini mahu berubah kearah kebaikan?
Mak pernah terlibat dalam kemalangan kereta yang mengakibatkan kecederaan teruk,namun mak masih tidak belajar.Hasilnya mak berjaya memenangi tuntutan insuran berjumlah suku juta.
Sebelum bergegas pulang bersama kereta Merc berbumbung boleh- bukak- tutupnya,mak berpesan,lainkali kalau accident,catat nombor pelanggar kamu..
tak ada doa yang lebih baikkah mak?
p/s :mempunyai mak itu satu nikmat walaupun kadangkala perangai mereka menjadi satu ujian buat kamu.
Sunday, May 31, 2009
Sukarnya memahami hati seorang mak.....Kadang kadang aku berharap aku tidak menjadi seorang mak apabila melihat contoh yang ada disekeliling aku
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/31/2009 09:33:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, May 29, 2009
hari kedua Aunty meninggalkan saya :Tahniah,Saya telah mahir menggunakan mesin basuh
sesetengah dari kamu mungkin menganggap enteng akan peperangan yang aku hadapi waktu ini iatu :
A) siapa mahu membasuh kain aku yang berjumlah 20 helai baju dan cadar,dan sarung bantal dan semua semua.Sedangkan kerja kerja seperti ini adalah kerja pembantu rumah aku.WOHOOOOO terlupa,aku sudah setahun setengah kehilangan pembantu rumah.Yang ada hanyalah pembantu yang datang setiap hari Khamis,namun semalam dia tidak memunculkan diri kerana telah datang pada hari Isnin untuk membantu Aunty mengemas barang barangnya.
JAWAPAN : Aku telah pandai menggunakan mesin basuh ok.Semalam aku tekan bermacam macam butang sehinggalah aku secara automatik mengetahui bagaimana sebuah mesin basuh itu berfungsi.Mesin basuh dan wanita merupakan sahabat yang sejati (mentanglah dan pandai guna mesin basuh)
B) siapa mahu membelikan aku nasi lemak,setiap pagi ,kebiasaannya Auntylah yang membelikan sarapan untuk aku2 bungkus nasi lemak yang dibungkus dalam pek kecil.
JAWAPAN : ya kamu benar,aku menyuruh guru agama aku,iatu Nadia (al hafizah) mendapatkannya bagi pihak aku.Disuatu saat aku merasakan ia sangat tidak wajar menyuruh beliau,namun apa kan daya,aku seorang yang pemalas.Dan untuk berjalan setiap pagi ,dipanahi sinaran mentari,bukan aku namanya.
C) aku penghidap gastrik maka tanpa makan malam ia hanya akan menjadikan perut aku semakin teruk.Siapa mahu menyediakan makan malam aku?
JAWAPAN :salah seorang mak kepada pelajar aku,iatu Kak Sharifah (sama nama macam Aunty aku ) agaknya orang naam sharifah ini semua baik baik hatinya?Makan malam aku disediakan oleh beliau.Setiap hari akan dihantar oleh anaknya yang bernama Alif (kecil) kerana Alif (besar) telah berangkat ke Mekah beberapa hari yang lalu.
Oh! kata Kak Sharifah,anaknya Alif ada memberitahu bahawa : teacher itu orangnya malas pelik .
siapa orang yang bernama teacher itu?Akulah.
Aku sedang berjuang untuk mengurangkan sifat malas aku ini dan salah satunya adalah dengan mengemas setiap sudut dirumah Aunty secara satu persatu.
baguskan aku ini?ya berubah untuk kebaikan.Marilah kita sama sama bersatu membuang perangai malas yang menjadi penghuni tetap didalam sebahagian diri kita.
p/s :semalam ayah saya yang baik hati telah menolong membasuh parkir kereta Aunty.terima kasih.
pengajaran: jika kamu tidak dapat membuatnya sendiri,carilah orang yang sudi melakukannya.lalalalla
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/29/2009 08:45:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Thursday, May 28, 2009
Hari Pertama Aunty Pergi Meninggalkan Saya
hari ini merupakan beberapa jam terawal setelah aku pulang dari menghantar Aunty aku ke Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan.kami sampai disana sekitar jam 4.45 pagi sebelum Aunty berlepas ke KLIA dijangka waktunya sekitar 6.50 pagi.
Aku menangis teresak esak.AKu rasa aku lah yang paling kuat tangisannya diantara semua.Tidak tahu apa yang aku sedihkan,mungkin benar kata kata orang yang sering diucapkan bahawa kita hanya akan menyedari betapa berharganya sesuatu yang kita memiliki hanya apabila kita kehilangan mereka.
Kamu tahu bukan,aku tinggal bersama orang tua yang berusia 70 tahun,kebanyakkan masa yang kami lalui ada kalanya kami tidak sependapat.Namun itu tidak bermaksud bahawa aku tidak menyayangi Aunty.
Walau dia tidak memiliki pertalian yang darah dengan aku namun kami dan aku dan kamu yang beragama islam dihubungkan dengan silaturahim antara sesama islam oleh ALLAH.
Hari ini masa berjalan sangat lambat,tidak seperti selalu.beberapa hari ini aku akan mengalami ingatan terhadap Aunty berulang ulang kali.Melihat bilik tidurnya,buku agamanya yang bersepah diatas meja ruang utama,kerusi yang selalu diduduki olehnya untuk berzikir,ketukan di pintu bilik tidurnya. dan pelbagai lagi.
Aunty memainkan peranan yang besar dalam hidup aku,lebih dari ayah mahupun ibu atau nenek aku.Dan untuk hari ini tiba tiba aku merasakan orang yang menyayangi aku sebenarnya adalah Aunty.Sering memarahi aku yang kadangkala berperangai mengalahkan anak kecil.
Kami selalu mengikuti kelas Aqidah bersama sama.Dia membuka mata aku berkenaan ilmu agama.Sunnah dan Al Quran.jujur,telah beberapa lama aku tidak menyentuh Al Quran.Kalau tidak kerana ALLAH dan juga galakan dari Aunty ,mungkin sampai kini aku akan terus dan kekal buta agama dan mengenepikan Al Quran.
Kata ibu saudara dan kawan baik aku,ada beberapa perkara yang aku warisi dari Aunty iatu,mandi setiap kali sebelum solat,membaca Surah Al Waqiah dan Al Mulk setiap malam serta bersiap siaga di sejadah sebelum masuk waktu sembahyang.
Aunty mengajarkan surah Al Waqiah dan Al Mulk kepada aku sehingga apabila aku membacanya,orang sekeliling aku akan menyangkakan bahawa aku tidak menghadapi masalah dalam membaca Al Quran.
Dia sabar mengajar aku dan tidak meninggikan suara walau aku mengulangi kesilapan yang aku lakukan.Jauh beza dengan ibu aku.
Aku harap aku boleh menunjukkan kamu gambar wanita yang banyak menabur jasa kepada aku ini.Namun cukuplah wajah Aunty terpahat di hati aku.
Sebelum dia berlepas,aku lihat Aunty menangis ,aku dapat rasakan dia menyayangi aku.Panggilan telefon dari beberapa sahabat dan kenalan masih belum cukup mengubat kekosongan hati aku.Maing masing cuba menggembirakan hati aku namun entah mengapa aku tidak begitu terasa ingin ketawa.
Aunty Sharifah,terima kasih kerana menjaga saya,membenarkan saya masuk ke dalam hidup Aunty,menyayangi saya disaat saya merasakan tiada siapa pun menyayangi saya,menjadi sahabat yang baik untuk saya.
barangkali Aunty masih ingat kata kata saya:
Walaupun berpisah dengan boyfriend,nasi harus dimakan (merujuk kepada cik kama).
tapi hari ini,saya cuba untuk makan nasi seperti selalu,rasanya seolah tersekat di keronkong saya.Aunty tinggalkan saya dengan kekosongan yang tidak terisi.
Buat Aunty Sharifah Wong,kali ini Aunty kesana berseorangan dan bukan ditemani saya,Cukuplah Allah sebagai Pelindung dan doa saya panjatkat semoga Aunty diberikan Umrah yang mabrur dan diselamatkan perjalanan pergi dan pulang.Amin.
p/s :Mari mendaftar di Tabung Haji untuk menjadi salah seorang bakal jemaah haji.Rasanya rancangan aku untuk menunaikan umrah kali ini diganti dengan insyaALLAH menjadi salah seorang bakal jemaah Haji.InsyaALLAH
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/28/2009 03:49:00 PM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, May 26, 2009
B ,Bilal ,Bertudung,Bata.
B...
Dah lama rasa tak ketemu B..Mungkin kerana aku semakin jarang ke masjid,dan kalau ke masjid sekalipun mencari B bukanlah keutamaan aku.Aku bukan seperti kamu yang sanggup menarik perhatian lelaki kesukaan kamu dengan berada dimana mereka berada.
B juga tiada di restoran kegemaran aku.B tiada di warung Uitm tempat aku selalu mendapatkan nasi goreng cina aku.Oh baru baru ini mereka terlupa meletakkan telur goreng ke dalam nasi goreng aku.
Di mana harus aku cari B ?
Di dalam hati.
chewahhh..
Apa jadi pada teman lelaki aku?
Lantaklah,aku dah malas kan mengambil tahu.Biarkan sahaja dia ,jika ada ,maka adalah,tiada,maka sudah tentu ALLAH menjanjikan yang lebih baik untuk aku.Aku tidak mahu memikirkan soalan ini dengan serius,mungkin kerana hati aku masih sakit mengenangkan kerajaan Amerika yang bodoh,bengong,gila dan bangang.Untuk memiliki passport mereka akan berhubungan terus dengan CIA dan FBI.WTF?
dan di Malaysia,aku boleh menyiapkan passport aku dalam tempoh dua jam,without prejudice.
Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana mempermudahkan urusan orang awam seperti aku.
Aku baru sahaja pulang menemani Aunty membeli tudung untuk dikenakan semasa dia menunaikan umrah nanti,insyaALLAH.Aku lihat ada banyak tudung,macam macam jenis tudung tapi kamu tahukah bukan semua tudung kamu boleh pakai.tudung Ekin terutamanya,serta tudung Wan Norazlin atau mana mana tudung yang sekadar menutup rambut.
Apabila mengenakan tudung,haruslah dilabuhkan dibahagian dada,sesuai dengan firman ALLAH iatu :
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perem-puan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) ALLAH adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. AL-AHZAB=59
Baiklah itu peringatan untuk mereka yang beriman dan mengambil berat serta memelihara hukum hakam ALLAH serta mereka yang tidak mengikuti hawa nafsu masing masing.Aku tidak mahu menulis panjang lebar pada hari ini kerana aku berpuasa,agak letih.
bagi kamu yang dari tidak bertudung,tetapi dah mula belajar untuk menutup aurat itu sudah bagus.Walaupun perubahan biarlah dilakukan secara perlahan lahan namun jangan lupa usia kita rahsia ALLAH.
Macam aku,mula mula berbaju kurung dahulu,kemudian bertudung setiap kali Ramadan,dan akhirnya berselendang ala siti norhalija sebelum mula menutup rambut aku secara sepenuhnya beberapa bulan sebelum dijemput menjadi tetamu ALLAH.Harapnya aku bertudung hingga ke akhir nafas aku di bumi ALLAH ini,amin...
Aku bercadang untuk menjual rantai emas,cincin dan subang kepunyaan aku.Ada sesiapa mahu beli,rantai ,cincin dan subang jenis 916 K.Satu set,RM25oo.ooHarga asal Rm3500.00 (suka hati aku aja isi harga ni.)ha ha ha
Kenapa aku mahu menjual barang kemas ini?Kerana aku tidak lagi memakainya selain takut juga kalau kalau berlaku riak.alasan yang kedua adalah aku mahu menunaikan umrah lagi insyaALLAH.Aku sudah jarang mengenakan barang kemas.Jadi aku tidak nampak dimana kepentingan barang kemas tersebut.Biarlah aku menjadi hamba ALLAH semata mata.
Dah cukuplah pengalaman aku menjadi hamba orang,hamba dunia,hamba tv,hamba cite indon,hamba nasi lemak...dan bermacam macam lagi....berlaku zuhudlah pada dunia.Maka tidak akan timbul masalah untuk kamu berselipar bata walau dimana sekalipun kaki kamu melangkah.la la la
p/s :Saya bukan jurucakap BATA.cuma penggemar dari kejauhan
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/26/2009 06:02:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, May 25, 2009
menghadiri Majlis Kahwin Sanak Keluarga ada kalanya menakutkan kamu,jika tidak mengenang bahawa memenuhi undangan itu wajib........
terus terang aku berasa amat pelik kenapa acap kali manusia manusia disekeliling aku tidak jemu jemu bertanya bilakah aku mau menamatkan zaman bujang,barangkali mereka terlupa akan betapa ALLAH menentukan perkara perkara seperti ini.
Mak aku juga tidak berhenti bertanya.Jujur aku tidak pasti siapa pilihan aku.Mungkin aku belum bersedia untuk bergelar isteri.Walau kelihatannya dari segi fizikal bila bila masa sahaja aku boleh .......boleh apa?ha ha ha.
Namun mentalitinya aku risau kalau kalau aku tidak mampu menjadi isteri yang baik untuk bakal suami aku.Dapatkah dia bersabar dengan perilaku aku yang merasakan memasak itu sesuatu yang melecehkan,tidak seperti dahulu apabila aku memiliki pembantu rumah,yang mana semuanya disediakan.terus terang,entah berapa lama aku tidak memasak.
Mungkin yang sebenarnya aku serik kalau kalau dilukakan lagi.Kamu fikir mudahkan untuk memulihkan hati yang terluka.Jika ia pulih sekalipun,trauma itu tetap ada.
Kadang kadang aku bersimpati dengan ibu aku,bila sahaja usianya mencecah 18 tahun,dia sudah memiliki dua anak.Mak aku mahukan perkara sama untuk aku,masalahnya aku bukan seperti mak aku.Zaman itu bukan seperti zaman hari ini.Lelaki yang baik sukar dicari apatah lagi perempuan yang baik.
Siapa yang tidak mahu berkahwin?
Sekarang barulah aku tahu perasaan yang dialami oleh Azlin (anak murid aku yang berusia akhir 20 an).Mereka tidak akan berhenti bertanya.Jika kamu telah berkahwin mereka akan bertanya bila mahu memiliki cahaya mata,kemudian berapa orang anak,suami kerja apa dan seterusnya.Aku tidak suka mengambil tahu hal orang sebagaimana aku tidak suka orang mengambil tahu hal aku.
Bukankah ketetapan ALLAH itu berlaku mengikut apa yang telah ditetapkan.Aku masih belum terdesak ,aku ingin menikmati hari hari yang aku ada sebagai wanita bujang dengan menambah ilmu agama didada aku.Mempelajari Al Quran,dan menuju ke Rumah ALLAH di Mekah untuk sekian kaliny,insyaALLAH.
Aku belajar satu perkara,dahulu aku menyimpan wang untuk hari perkahwinan serta untuk dibelanjakan apabila teman lelaki aku kesini,namun kini aku berubah fikiran,aku mahu menggunakan semua harta yang aku ada untuk dibelanjakan ke jalan ALLAH,berkunjung ke Mekah dan Madinah .
Bukan aku tidak ingin berkahwin namun mereka harus faham perkahwinan itu bukan untuk sehari dua dan bukan semata mata kerana seks.Aku mahu bersama dengan orang yang akan membuatkan aku lebih baik serta yang ikhlas.Oh! Nampak seperti B memenuhi ciri ciri berkenaan.
Bagi yang tertanya tanya apa jawapan B untuk pertanyaan aku tempohari:
Aku bermimpi dua kali bahawa B meminta maaf kerana tidak dapat mengahwini aku kerana dia tidak mampu dari segi harta.Aneh,mungkin aku terlalu memikirkan B namun aku tidak mengambilnya secara serius.Boleh jadi ia sekadar mainan syaitan.
Aku tidak mahu berharap apa apa dari manusia.Aku menganggap lelaki yang datang dalam hidup aku seolah olah seperti bekas teman lelaki kamu yang kadang kala hadir mengetuk pintu hati kamu sekadar bertanya khabar dan bukan untuk kembali ke pangkuan kamu.Maka aku tidak akan begitu kecewa.
ok,lupakan perumpamaan yang aku tulis diatas kerana satu habuk pun aku tak faham mengapa aku menggunakan perumpamaan yang sungguh entah apa apa.ha ha ha.
Baiklah kesimpulan yang dapat aku buat adalah selagi aku bernama manusia,manusia lain tidak akan pernah penat bertanya.contoh terbaik,mak aku.ha ha ha lagi.Bila mahu kahwin...kahwin...kahwin...apa tak kahwin boleh matikah?
Untuk cuti sekolah nanti,kalau berpeluang bertemu dengan mak aku atau saudara mara yang lain aku akan bersiap sedia dengan jawapan seperti biasa,adakah mereka mempunyai calon yang baik untuk aku.Baik maksudnya :
A-Solat lima waktu sehari semalam ,kalau ditambah sunat itu sudah lebih baik
B-Bertanggungjawab pada ibu bapa nya,keluarganya,jirannya,dirinya dan bakal isterinya ini.
C- mendahulukan ALLAH dan bukanlah jenis tepuk dada tanya selera.
D-Dapat menerima aku berserta masa silam aku,tiba tiba terngiang ngiang lagu "Sejarah Mungkin Berulang " versi nyanyian Tomok sewaktu pesen rambut belah tengah.Manusia tidak lepas dari membuat kesilapan.Aku tidak perlu meminta maaf kepada kamu untuk apa yang telah terjadi dalam hidup aku,tanpa masa silam aku mungkin aku tidak menjadi seperti hari ini.
kamu pun begitulah,cari suami berhati hati,bukan seperti memilih sandal di Petaling Street.Kadangkala walau berjenama,cantik dan kelihatan menarik,namun semua yang ada disitu bukanlah asli.oleh itu,belilah bata,murah dan asli.ha ha ha
p/s :Sentiasa ada soalan,satu ke satu yang lain sehinggalah kamu mati.mereka tidak akan pernah penat.Maka itu kalau orang mengajukan soalan seperti bila aku mahu kahwin,aku tunjukkan jari telunjuk aku ke langit,supaya mereka mengerti : HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI
p/s lagi:undangan boleh dipenuhi selagi mana tidak ada unsur unsur unsur haram dan maksiat.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/25/2009 06:25:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, May 22, 2009
Beruntunglah mereka yang menjadi tetamu ALLAH
cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan kasih ALLAH,
jika kamu kehilangan kasih yang setitis,itu tidak akan menjejaskan kehidupanmu selama mana kasih yang selautan itu kamu miliki.itulah madah kita pada hari ini.ok,boleh ganti Mama Juwie kah aku ini?
Beberapa minit lagi aku aku akan mandi dan bersiap siap ke masjid untuk solat Subuh,sebenarnya dalam sebulan dua ini agak jarang juga aku ke masjid.Aunty pun begitu kerana dia mengambil peluang merehatkan badannya untuk persediaan ke Mekah.Kamu tidak boleh menyalahkan dia kerana dia merupakan warga emas.
Kalau nak salahkan,silalah tuding jari kamu itu pada aku,sudahlah muda,bertenaga tapi malas nak berjalan ke masjid.Tiada apa apa yang menghalang aku melainkan hasutan syaitan yang menjadikan tilam aku kelihatan lebih menarik dan kedeboom berbanding mengisi waktu berjemaah di rumah ALLAH.
Seringkali kalau duduk sendiri dan termenung,walau sebenarnya aku memiliki hampir dua puluh buah buku yang menanti untuk disemak,aku akan berfikir betapa beruntungnya aku.Dari pelbagai sudut.Untuk memiliki ilmu pengetahuan itu merupakan satu nikmat yang besar.Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
apapun,aku tidak dapat menulis dengan panjang lebar kali ini kerana aku telah dimintakan oleh Aunty Sharifah untuk membalut kotak kotak yang berisi Al Quran versi Bahasa Inggeris untuk dihantar kerumah anak anaknya yang berada di Australia dan Singapore.
Tiba tiba aku ia mengingatkan aku betapa aku sebenarnya bukanlah orang yang kreatif dalam hal balut membalut ini kecuali sekali iatu sewaktu membalut Al Quran pemberian Aunty pada aku,rasanya itu adalah balutan tercantik yang pernah aku lakukan.
**********************************************************************
tinggal beberapa hari lagi sebelum Aunty berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah,kali ini aku akan tinggal berseorangan selama dua minggu ,insyaALLAH.
Jujur,aku takut dan risau kalau kalau ini merupakan kali terakhir aku ketemu Aunty namun kematian itu benar,hari kebangkitan itu benar ,neraka itu benar,syurga itu benar dan Janji ALLAH itu benar.tidaklah aku mengetahui akan sesuatu yang akan berlaku di masa depan,tidak juga bomoh siam.
Saat saat begini terkenang kebaikan Aunty yang adakalanya lebih baik dari ibu sendiri.Aku tidak pernah berjumpa orang yang sebaik Aunty.Yang memberikan tempat tinggal untuk aku tanpa bayaran,yang mengajarkan aku AL Quran ,memberikan nasihat,teguran dan rasa sayang yang tidak terluah oleh kata kata.
Aku berdoa semoga ALLAH memudahkan perjalanan Aunty ke tanah suci Mekah Al Mukkarammah,semoga ALLAH memberikan umrah yang mabrur padanya dan mengangkat darjat beliau serta menyelamatkan perjalanan pergi dan kembalinya.
Dan jujur juga,aku tidak mampu menjawab soalan yang mak aku kemukan baru baru ini sewaktu didalam kereta iatu :
Kalau Aunty mati bagaimana?
Bukankah tiap yang berjiwa pasti akan mati?mungkin Tok Imam lupa memberitahu mak akan hakikat itu,kadang kadang ada yang mati selepas ketawakan orang bahkan mati selepas 1 saat berikutnya.
Cuma aku tidak ingin memikirkan perkara perkara seperti ini kerana ketetapan ALLAH itu akan datang pada saat dan ketikanya mengikut perkiraan masa yang telah ditetapkan.mengapa aku harus merunsingkan kepala dengan memikirkan persoalan persoalan ghaib yang masih belum mendatang ?Manakala aku sendiri tidak pasti sama ada aku masih bernafas untuk terus berada di masa yang diperkirakan.
Entri berhenti disini.
Jika tidak mampu menulis sesuatu yang bijaksana?Menulislah akan sesuatu yang mengingatkan orang pada hakikat sebenar hidup kita.Banyak banyakkanlah mengingati pemutus nikmat.Iatu MATI.
p/s :doakan agar aku dapat berkunjung dan ALLAH berkenan untuk menjemput aku ke Mekah untuk kali seterusnya.Siapa yang pernah ke Mekah,pasti tahu erti kerinduan yang menggamit setiap kali kamu melihat gambar Kaabah,mahupun kota Madinah.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/22/2009 06:25:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, May 20, 2009
Semua orang Islam adalah muslim dan bukan semua yang muslim itu mukmin
nirusha
ang suang meng
sewaktu keluar bersama Aunty bagi mendapatkan makanan untuk dibuat berbuka puasa,kereta Aunty tiba tiba mati di tengah jalan.Tapi Allah hantar beberapa orang membantu kami yang merupakan non muslim.Manakala yang Muslim pula duduk di dalam kereta sekadar menyaksikan perbuatan dua anak muslim yang lainnya menolak kereta.Si Muslim ini tadi melihat dengan penuh minat.
Mungkin dia menyangkakan si Rabiatul ini sedang shooting filem barangkali.
Tak mengapalah ,yang penting aku telah selamat sampai ke rumah dengan selamatnya.Cuma kadang kadang hati kurang sabar sedikit melayan orang tua.kamu tahulah,menjaga dan menemani orang tua ini memerlukan kesabaran yang tinggi.kalau menjawab dikatakan kurang ajar,mahu atau tidak,sabarlah sementelah sabar itu separuh dari imanggggg.
takkan aku nak mengamuk tunjuk betis ditepi jalan pula,bukan?
Tapi tak mengapalah semua telah selesai,aku pun dah selamat sampai ke rumah.
Cerita aku kali ini adalah berkisar tentang anak murid aku yang bernama Ang Suang Meng.Dia merupakan salah seorang pelajar yang seringkali gagal dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.Kerana itu ibu saudaranya mengambil keputusan untuk menghantarnya ke kelas aku.
Suang Meng juga adalah diantara mereka yang menghadapi masalah keluarga yang meruncing.Bapanya telah lama meninggalkan ibunya manakala ibunya adalah seorang penjudi yang tegar.Saat ini aku bersyukur kerana kesemua ibu bapa aku adalah orang yang masih Islam dan tidak berjudi.
Pendidikan Suang Meng terabai dan kerana itu mak saudaranya bertindak menyelamatkan Suang meng dari terus menjadi mangsa keadaan dengan membawa Suang Meng tinggal bersamanya di Kuantan.
Suang meng mula memasuki kelas kelolaan aku pada bulan januari 2009 dan sehingga kini dia telah mendapat A sebanyak dua kali bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.Bukanlah aku mengatakan bahawa dia mendapat A kerana hasil usaha aku.tetapi ia adalah semata mata kerana izin ALLAH ditambah dengan usahanya yang bersungguh sungguh.
Suang Meng selalu datang awal ke kelas.tidak pernah lewat dan akan sedaya upaya mencuba menjawab soalan yang aku sediakan,serta tidak malu bertanya.itu dia,para pelajar yang masih belajar,formula utama untuk berjaya selain minat yang mendalam adalah tidak pernah malu bertanya.
tidak takut untuk membuat kesalahan kerana dengan cara itu kamu akan belajar ,namun itu hanya untuk belajar sahaja ok,soal tidak takut untuk berbuat dosa adalah sesuatu yang lain pula,seolah olah kamu telah tahu tentang adanya azab dan hari kiamat,serta neraka itu hak namun kamu masih boleh bergebang di kedai mamak walau azan maghrib telah kedengaran atau kamu masih bangga melayangkan rambut kamu ditiup angin sepoi sepoi bahasa sedangkan kamu tahu dan mengerti azab yang menanti bagi mereka yang menayangkan rambut mahupun auratnya kepada lelaki lelaki yang bukan muhrim kamu.
(INI KEDENGARAN SEPERTI AKU YANG MEMBIARKAN RAMBUT AKU TERJULUR KELUAR SEWAKTU BERCAKAP DENGAN TEMAN LELAKI AKU) sedarlah Rabiatul......
Suang Meng adalah kisah bagi mereka yang percaya dengan usaha,kejayaan pasti dimiliki,InsyaALLAH.
kamu pun begitulah,jangan pernah berputus asa dengan rahmat ALLAH.kerana ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,bukankah Rahmat ALLAH mendahului murkaNya?
Sementelah tiada gunanya memiliki kejayaan di dunia tetapi terkandas di akhirat,alangkah baiknya jika kejayaan yang kamu miliki membantu kamu di akhirat kelak.
Di kesempatan ini aku ingin menanyakan khabar sahabat maya yang ada diantaranya telah lama menghilang tanpa khabar berita.Masih sihatkah kamu?sudah berubah?makin baik amalannya?atau masih lagi menjadi hamba cinta yang tidak mungkin berkesampaian?
p/s:aku bukan ustazah walau aku berpenampilan seperti ustazah,maka itu jangan menganggap aku pandai dalam hal agama,aku adalah tidak lain tidak bukan mereka yang masih menambah ilmu agamanya dengan harapan aku menjadi mukminah yang sejati.amin
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/20/2009 08:30:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, May 19, 2009
Ibu bapa bukanlah maksum namun itu tidak menjadi alasan untuk kita diizin menderhaka (dibaca gaya Nizar MB Perok)
Dah tak nak membahasakan diri aku lagu.Mahu menggunakan kata ganti diri pertama iatu Saya.lebih manis dan sopan.la la la
Semalam mak saya singgah di rumah Aunty,tujuannya hanya ingin menunjukkan keronsang yang telah diborong di Kuala Lumpur untuk dijual kepada rakan rakan disini.Suami mak,Tok Imam peringkat negeri ada sekali.Sekarang dia pakai baju John Master.Baguslah,mak saya tanggung suaminya.
Tiba tiba saya teringat akan arwah ayah tiri saya yang membela saya daripada kecil.
(waktu ini sila guna teknik imbas kembali manakala gambar gambar yang menjelma dalam kotak fikiran adalah dari jenis perspektif)
Saya rasa mungkin saya akan mengambil masa yang sangat panjang untuk mencari keserasian dengan Tok Imam tersebut,manakala ibu saya memang telah tidak serasi dari awalnya.Namun saya sentiasa cuba yang terbaik untuk memulihkan hubungan kamu walau pun bayangann untuk saya memilikinya masih kabur seperti kabus yang terdapat di Genting Sempah.
berbalik kepada cerita asal,selepas mengambil keputusan untuk pulang dari rumah saya maka mak menuju ke parkir kereta Aunty lalu bertanya :
"kereta aunty kah ini?"
saya kenal mak saya,beliau suka benarlah menunjuk nunjuk.aunty hanya tersenyum,bak kata Aunty saya beli kereta untuk senang ke majlis ilmu dan ke masjid,tak kisahlah jenama Proton iswara sekalipun.
Mak...Mak...
(sila baca dalam nada keluh kesah)
Tiba tiba sesuatu yang aneh berlaku,saya mahu mengikut Mak pulang ke rumahnya di Terengganu,pada asalnya mak berdolak dalih namun akhirnya bersetuju,saya ini orangnya yang akan berdepan dengan ketakutan.maklumlah dulu saya selalu takut akan mak saya kerana beliau ini orangnya sukar dijangka.saya adalah mereka dalam jenis anak anak zaman dulu.Yang akan dibelasah teruk teruk bila buat silap.
jadi terima kasih mak,kalau mak tak belasah saya dulu agaknya saya tak jadi orang sekarang ini.
Saya dah agak mak dengan Tok Imam peringkat negeri mesti akan menanyakan soalan berbaur seperti mengorek masa silam serta kisah cinta saya yang putus ditengah jalan.Sepanjang perjalanan kami ke balok untuk singgah sebentar di rumah Mak saudara saya yang keempat iatu Mak nor,mak seperti mak.
pot pet potpet.saya hanya diam.eceh..bohong.Saya menjawab.hahaha
Saya tak boleh diam apabila mak mengungkit ngungkit perihal bekas kekasih saya.bukanlah saya mahu derhaka kepada emak,namun mak melampau.Saya ingatkan mak bahawa apa yang telah lepas saya tidak mahu bercakap tentangnya,saya ikut mak pulang semata mata kerana mahu mengikut mak pulang dan tidak lebih dari itu.
Tok Imam menambah keberapian di mulut mak dan kegeraman dihati saya.Sabar Rabiatul.memang gembira benarlah syaitan pada hari itu,sehitam hitam muka saya yang manis ini akhirnya menjadi merah jua.
katanya " saya dah tahu hubungan kamu tidak akan terjadi kerana saya dah nampak bayangannya,saya bersolat hajat untuk kamu".Tak sempat Tok Imam menambah saya berikan jelingan kepadanya menerusi cermin kereta,cermin mana?cermin tengah itulah.
ada banyak juga yang saya perkatakan pada mereka berdua,seolah olah ia merupakan perbahasan peringkat diraja .
Saya tidak faham mengapa sesetengah orang membuatkan orang lain merasa pintu taubat itu sudah tertutup dan tidak memahami istilah betapa ALLAH itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.Dan sesetengah orang itu selalu salah faham akan betapa bahawa setiap orang dari kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan .
Saya juga tidak faham kenapa sesetengah dari kita mempertikaikan Qada' Allah?Ketetapan yang telah ditetapkan berpuluh ribu tahun sebelum saya lahir ke bumi ini?
Tok Imam bercakap seolah olah dia tidak melakukan dosa.Tok Imam bercakap bahawa seolah olah Hidayah ALLAH itu miliknya sedangkan dia terlupa ALLAH memberikan hidayah dan taufik itu kepada hamba hamba yang dikehendakinya dan menginginkannya.
Bercakap dengan Tok Imam membuatkan saya teringat kepada suatu kisah iatu orang yang ingin bertaubat kerana dia telah membunuh 99 nyawa,lalu dia berjumpa dengan seorang ulama (ustaz) ada waktu itu sebelum dia diberitahu bahawa tiada taubat baginya lalu ulama (ustaz itu dibunuh,mencukupkan jumlahnya sehingga 100 orang.
Sebelum dia berjalan seterusnya dan berjumpa dengan seorang ulama yang lain dan dia diminta ke kampung berhampiran kerana disana ada ramai orang yang baik baik.Ditakdirkan dalam perjalanan ,dia meninggal.
maka Malaikat bertelagah bahawa dia patut dimaksudkan ke neraka manakala Malaikat lain berkata sdia patut masuk ke syurga.Lalu hal ini diadukan kepada ALLAH,maka ALLAH memberi kata putusnya,ukurlah ukuran panjang tanah yang telah dilalui oleh dia.Jika ia lebih kearah kebaikan maka masukkannya ke dalam syurga dan begitulah sebaliknya.
maka ,kerana ALLAh maha berkuasa ke atas sesuatu dia menjadikan jalan yang dilalui lelaki tadi lebih panjang ke arah kebaikan (kerana dia berkeinginan untuk bertaubat dari kesilapannya)lalu dia dimasukkan ke syurga.
persoalan saya :tok imam rasa,tok imam ustaz bahagian mana?
Saya orang yang berfikiran positif dimana saya yakin pintu taubat akan sentiasa dibuka dan ALLAH itu MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG dan ALLAH akan menerima taubat kita selama mana kita ikhlas dan bersungguh sungguh untuknya.
kadang kadang ada masanya kita merasa tidak sebulu dengan ibu bapa .mereka berkemungkinan besar kerana ibu bapa kita terlupa mereka juga manusia biasa ,tidak terlepas dari melakukan dosa dan noda,Mereka menggunakan kuasa mereka sebagai ibu bapa untuk menakut nakutkan kita dengan penggunaan kata anak derhaka.
bagi saya,selama mana mak atau tok imam tidak menjuruskan saya kepada sesuatu yang melanggar syariat ALLAH maka mak dan tok imam tetap saya hormati.Saya berbuat baik kepada ibu bapa saya semata mata untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.
Sekarang saya sedang emosional,jadi saya memilih untuk memberhentikan penulisan ini sebelum saya menulis sesuatu yang tidak patut saya tulis .tetapi sebelum itu :
1) saya tidak jadi mengikut mak ke rumahnya,sewaktu mak singgah ke rumah mak saudara saya yang seorang lagi itu,saya bertindak menelefon papa untuk mengambil saya di Balok Permai sejurus saja mak dan Tok Imam meninggalkan perkarangan rumah mak saudara saya.
2) menaiki kereta bersama mak untuk perjalanan yang jauh bukanlah suatu idea yang menarik untuk dilakukan di masa lapang.
3) Tok Imam dan saya perlu berusaha untuk mengatasi masalah komunikasi yang terdapat antara kami.Saya akui saya bukanlah seorang yang berkelulusan dalam bidang agama dari universiti Al Azhar namun bukan bermakna kamu yang bergelar ustaz atau ustaz ceduk lebih baik dari saya mahupun orang orang seperti saya.Disaat kamu merasa kamu lebih tahu dan pandai sebenarnya kamu sudah mula memasuki unsur unsur syirik kecil iatu riak.
Saya terasa emosional bukan kerana saya berasa sedih dengan apa yang berlaku namun saya hiba mengenangkan betapa masih begitu ramai manusia tertipu dengan nikmat kesenangan sama ada dari segi harta,masa mahupun kelapangan hidup.
Ingatlah,jika kamu merasa kamu kaya,ada lagi yang lebih kaya dari kamu dan begitulah sebaliknya.hidup ini bukan selalu kita berada diatas,ada suatu ketika kita akan merasa hidup dibawah pula.Tiba tiba terbayang wajah mawi saat perkataan ini ditaip.Dah makan nasi kebelum mawi agaknya.
p/s : ingat lima perkara sebelum lima perkara.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/19/2009 08:19:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, May 18, 2009
Rasa sayang eh! rasa sayang sayang eh....
cuti sekolah bakal menjelma,apa rancangan kamu?
Kalau dirancang (dan diizinkan ALLAH)aku bakal pulang ke kampung untuk menziarahi nenek aku yang semakin lanjut usianya serta menemui ibu saudara aku selain mengembalikan semula wang yang telah dipinjamkan pada aku berjumlah Rm300 dahulu.InsyaALLAH
Semoga ALLAH memudahkan urusan aku dan akan menjadikan aku bergelar hamba ALLAH semata mata dan bukan hamba manusia.Bila berhutang hendaklah kamu jelaskan,walau ibu saudara aku mengatakan bahawa dia menghalalkan wang tersebut namun sungguh aku terasa takut.
jadi marilah kita sama sama berdoa agar si Rabiatul Adawieyah ini diberikan kesempatan oleh ALLAH serta kemudahan untuk menjelaskan apa apa hutang yang pernah ada dalam hidupnya.Alhamdulillah aku tidak mempunyai apa apa hutang dengan PTPTN atau MARA atau BADAN BADAN PENGHUTANG yang lain.
mari kita berbalik kepada cerita sebenar.kelmarin lepas,tiga orang anak murid aku telah menghadiahkan aku sebiji kek,dengan tulisan we love you Teacher Rabiah.ha ha ha,Dalam pung pang pung pang aku cakap jangan sambut hari guru,sekali anak murid aku kasi hadiah kek sempena hari guru.menganggap ini merupakan hadiah maka aku menerimanya.
terimalah hadiah dari seseorang walau sekadar tapak kaki kambing,merupakan salah satu sabda dari Rasulullah s.a.w kalau tidak silap aku.
Apapun aku tidak mahu menerangkan dengan panjang lebar ,bukankah gambar menerangkan sejuta perkataan yang tidak terluah.kerana itu berhati hati bila bergambar,jika bergambar tanpa pakaian itu tandanya ketandusan akhlak.
Gambar ini aku tersilap edit,memang fail lah kalau mahu jadi pengedit gambo.
Sebagai tuan punya blog,saya layak mengglamorkan diri saya sekali sekala,maklumlah blog sayakan?saya punya sukalah nak terlungkup mahupun tertiarap sekalipun
Seisi bermain Pepsi Kola (pijak pijak kaki) di jalan raya.Sila jangan bermain permainan ini tanpa pengawasan orang dewasa
pijak ok,inilah peluang anak murid membalas dendam kepada siapa siapa yang pernah disyaki mencuri pemadam mahupun pensel warna mereka.Dalam gambar adalah Dhania dan hazim
teringat iklan Rejoice,rambut bersinar dengan gemilang,dah besar nanti jangan lupa pakai tudung ya,takut sinaran didunia membawa kepada penyesalan diakhirat.Rambut bersinar ini adalah milik Izzati
Aksi bersemangat Imran dalam usaha memijak kaki lawannya.
pemilik rambut bersinar Izzati dah serupa Ju On.ha ha ha
ok,anak murid sila pikir lapan belas juta kali sebelum kamu memijak kaki teacher kamu,Aksi yang tak sempat senyum dengan sempurna.
Seisi memekak dan menyanyi lagu
Geylang si Paku Geylang
Geylang si Rama Rama
Pulang Marilah Pulang
....sila nyanyi sendiri,aku tahu kamu menyanyi dalam hati kan


Yang ini aku malas terang ok,sebab aku memang tak suka memikirkan kata kata puitis untuk aku isi setiap kali menerangkan aksi aku dalam bergambar.
Anak murid yang tak sibuk beraksi sebagai guru,oh ya,kanak kanak memang tahu jika kamu menyukai mereka dan juga jika sebaliknya.Sayangilah anak anak kecil kerana mereka itu tidak berdosa,hormatilah orang tua kerana mereka lebih lama dalam beribadah,kasihanilah orang gila kerana mereka tiada berdosa.

baiklah kepada yang bernama guru,semoga kamu terus sabar mendidik mereka mereka yang bergelar pelajar.Aku pun sama,semalam ada salah seorang murid cina meletakkan buku atas kepala aku dan cuba buat lawak dengan mengatakan itu merupakan hadiah hari guru dari dia...
Sekarang.....
Rasa rasa kamu aku sabo ke tidak?
p/s: rasa rasa kamulah...
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/18/2009 08:25:00 AM 5 kata kata sondolan dan dorongan
Sunday, May 17, 2009
mereka selalu berkata kumbang itu bukan seekor,namun lelaki itu bukan kumbang manakala aku bukan bunga.Aku manusia
kalau kamu dapat membaca apa yang aku tulis hari ini,maka sampaikan ucap terima kasih kamu kepada guru kamu yang bersusah payah mengajar kamu membaca dan menulis.Dan sekarang bila kamu telah pandai menulis,mulalah kamu menulis perkara yang sia sia.Alangkah ruginya kamu.
yang aneh tentang kita,mengapa kita harus mengenang kebaikan seseorang itu pada hari hari yang tertentu sahaja.mengapa tidak setiap hari.Dan mengapa kita harus mencipta hari hari istimewa untuk mereka yang kita istimewa dalam hidup kita?dan setiap sesuatu yang baru yang kita ciptakan itu adalah bidaah dan memetik sabda Rasulullah s.a.w :Setiap bidaah adalah sesat,mengapa kita masih mengadakan sambutan seperti ini?
Dalam kita mengenang kebaikan orang disekeliling kita,kadangkala kita terlupa untuk mengenang pengurnia kebaikan tersebut,yang membuatkan hati orang orang sekeliling kita ingin berbuat baik kepada kita.Siapa Dia?
ALLAH.
Allah dimana?
Allah bersemayam di arasy.
Dan bukan berada dimana mana seperti yang selalu kamu katakan.
Kalau Allah berada dimana mana mengapa apabila kamu berdoa,tangan diangkat ke langit?
mengapa tidak sahaja kamu ayunkan tangan tersebut kemana mana?
Dan tiada dalil mahupun nas yang mengatakan Allah itu berada dimana mana.
Namun tersebut di dalam Al Quran sebanyak tujuh kali bahawa ALLAH bersemayam ('istiwa) di Arasy.
contoh :
"Ar Rahman berada di atas Arasy..."
(Surah Taha : Ayat Lima)
Adakah kamu mempersoalkan Al Quran yang firmannya adalah daripada ALLAH?
Adakah kamu lebih mengetahui dari ALLAH?
kamu sibuk dengan urusan dunia kamu yang terkejar kesana kemari,menulis blog yang kadang kadang isinya entah apa apa,menceritakan hari hari kamu lebih lama dari kamu memperuntukkan masa untuk solat dan melakukan ibadah.Sedangkan tujuan utama kamu dicipta didunia ini adalah untuk beribadat kepada ALLAH.
Jangan sempitkan pemahaman ibadah itu tertakluk kepada bersolat semata mata.Semua yang kita lakukan dalam hidup kita sehari harian adalah ibadah selama mana ia bertujuan untuk kebaikan.mengapa kamu perlu melakukan semua ibadah ini?
Agar kamu terselamat.Allah tidak memerlukan rezeki dari kamu bahkan dialah yang memberi rezeki kepada kamu.Agar kamu terselamat dari azab siksa api neraka yang menyala nyala.
kamu mempermudahkannya kerana kamu tidak menyaksikan dengan mata kepala kamu sendiri lagi bukan.
Aku pun sama,namun aku percaya,jika kamu ragu ragu pasti ada yang tidak kena dengan iman kamu,kamu pernah lihat ALLAH kah?Tidak bukan?Aku pun sama,namun aku percaya,kamu?
Jika kamu merasa sedih dengan dugaan dugaan yang telah menimpa dalam hidup kamu sehingga kamu berputus asa ,ingatlah bahawa :
| “ | " Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)[2] | ” |
kesimpulannya :
1) jangan pandai pandai menyambut sesuatu atau mengadakan sesuatu yang bukan Sunnah Rasulullah s.a.w.kalau panggil bidaah tahu kamu marah,habis kamu bantai pergi sambut jugak tu apa pasal?
2) Allah ada di Arasy.jangan persoalkan,jangan takwim.jangan tamsil.Dan kamu tidak kemana mana dengan ilmu pengetahuan yang kamu perolehi dari Tingkatan Lima dahulu.Rasulullah adalah teladan kamu dan bukan mana mana imam.
Selama mana mereka mengikut Sunnah yang telah disahkan melalui hadis hadis sahih ,maka mereka benar.Jika sebaliknya tinggalkan sahaja.
Ingatlah setiap ibadah itu harus mempunyai dalil dan nas yang sahih.Jika kamu beribadah tanpa mengetahui akan dalil ,maka itu sudah bahaya,dikhuatiri kamu termengadakan perkara perkara baru tadi itulah.
3) jangan sibuk sangat dengan urusan dunia sampai lupa kubur yang bakal kamu huni suatu hari nanti,boleh jadi petang nanti kamu atau aku telah bergelar arwah.Ingat usia kita rahsia ALLAH.Dan apabila ia rahsia ,jika kamu orang yang mempunyai akal fikiran kamu akan bersiap sedia.
4) Jodoh dan semua perkara dalam hidup kitaadalah dalam pengetahuan ALLAH,jadi pesanan untuk Rabiatul ini :
Tolong lupakan H.kerana H sudah melupakan kamu.
Tolong lupakan B,kerana B tidak pasti tentang keputusannya.
Sabarlah Rabiatul,kumbang bukan seekor ok.ha ha ha
p/s :sayangilah diri Rabiatul ini,bukankah kita orang Islam bersaudara mara sesama kita?Saya sayang kamu kamu semua ok
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/17/2009 08:20:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, May 16, 2009
H (Bukan Nama Sebenar)

mak puji anak perempuannya yang berdua itu lagi.
Tak kisahlah asal mak gembira.
usia aku ini perkataan cemburu terhadap adik adik tidak lagi aku kisah.nampaknya mak tak berjaya untuk membuat aku cemburu terhadap adik adik tiri aku.Ha ha ha
Aku dah besar dan aku tak kisah,yang penting aku mampu untuk menyara diri aku sendiri tanpa perlu menyusahkan mak lagi.Aku sedar mak agak berkira dengan aku semenjak aku remaja lagi tapi aku tak pernah berkira dengan mak cuma sekarang entah mengapa aku tidak suka jika mak bertanya pasal pendapatan aku berapa,bukan tak suka mak bertabya tapi suami mak Tok Imam ikut campur sekali.
beliau sepatutnya memberi aku masa.Sabarlah,jangan terburu buru,kasih sayang diusia dewasa ini memerlukan masa untuk tersemai dan bukan boleh menjadi sayang dalam masa satu atau dua tahun ya.
Sudah enam tahun mak berkahwin dan cuma baru baru ini aku kembali menemui mak dan Tok Imam itu.Aku orangnya mengambil masa untuk mesra.Baiklah hentikan cerita mak aku yang telah berjaya mengahwini cinta pertama beliau.
Mengapa aku bercakap berkenaan cinta pertama?kerana entri ini ada kaitan dengan cinta pertama.
Semalam aku telah kembali berhubung dengan bekas teman lelaki aku yang bernama H.H kini masih lagi sedang dalam proses mendapatkan masternya dalam jurusan English ke hapa entah,tapi memang berkenaan English.
Cepat sahaja masa berlalu,lagi dua tahun genaplah sepuluh tahun aku mengenali H.Walau sebenarnya kami hanya berhubung setahun sekali,kadang kadang hilang terus tanpa khabar berita.Kamu tahulah sesekali kalau mengimbas berkenaan kenangan lama memang jiwang ,ditemani pula dengan lagu nostalgia
ok,mungkin tidak begitu nostalgik.ha ha ha
Dulu aku selalu menulis surat pada H,barangkali setiap minggu dan aku adalah dari kalangan mereka yang menulis surat berjela jela hingga mencecah dua puluh muka surat kadang kadang.Pada waktu itu aku tidak memiliki talian internet mahupun telefon bimbit.Maklumlah masih bergelar pelajar.
H tidak pernah menelefon aku kecuali bila aku mula berusia 18 tahun,tak silap aku waktu itu H sudah memiliki telefon sendiri barangkali (H maaf kalau silap fakta,aku selalu lupa).Aku faham H bukan orang senang,walau H jenis yang suka membangga diri namun ada sesuatu yang aku suka pada H bahkan sampai sekarang.
kata orang,cinta pertama tak boleh lupa.
Kesilapan aku adalah terdapat beberapa perkara yang bohongkan pada H,aku malu untuk menulisnya disini tapi tak mengapalah.Aku mengenali H sekitar usia 15 atau 14 tahun.Bersama aku ada kawan baik yang berperangai macam setan juga iatu H.S dan F.mereka merupakan kembar.
H.s pernah mengenali abang H kerana abang H bekerja di kawasan rumahnya.namun selepas beberapa lama abang H kembali ke kampunya.Manakala H.S sudah mula diserang angau kerana lelaki yang mengetuk pintu hatinya itu mula menghilang.
Maka aku ditugaskan setiap petang untuk menelefon abang H dan menyampaikan berita kepadanya berkenaan H.S yang saban waktu mahu aku memberitahu bahawa dia sedang rindukan abang H.Maka dari situlah aku mengenali H.
Kami saling menulis surat namun aku aku tidak menyangka bahawa aku akan mengenalinya dalam tempoh yang lama.Maka H.S mencadangkan agar aku menghantar gambar saudara aku.H menyintai aku dengan menyangka aku adalah perempuan yang didalam gambar yang memang meletup.Ha ha ha.
Kamu tahukah proses mencuri gambar milik perempuan tersebut amat sukar,namanya Kak Lea.Oh,dan kamu tidak akan mahu tahu apa yang aku lakukan untuk mendapatkan gambarnya.AKu cintakan H dengan sepenuh hati namun dah terlalu lambat untuk mengundur semuanya.
rasanya dalam dua gambo ini aku lagi manis dari Kak Lea.ha ha ha
Tidak pasti bila,namun aku memberitahu kebenarannya,aku tidak mahu H tertipu.Dia seorang yang baik.Percayalah,aku tidak suka menipu.Aku tahu setiap kali menipu wajah aku akan kehilangan Nur.
Aku lepaskan H dengan alasan bodoh dan perbuatan bodoh dan apabila mengingati itu semua menjadikan aku berfikir :
kenapa kamu ini mengambil tindakan yang bodoh .Rabiatul........ (baca gaya opah kamu ya)
tak mengapa Rabiatul,itu semua Qada' dan Qadar ALLAH,semua telah ditentukan sebelum kamu lahir ke bumi lagi,tidak perlu menyesal atas apa yang kamu risaukan,bukankah Allah lebih mengetahui dan kamu tidak mengetahui?jika kamu bersama beliau,kamu mungkin tidak menjadi seperti hari ini.Mungkin kamu masih leka dan gembira dengan dunia. (Berbaik sangka dengan ALLAH)
Aku tambah lagi pembohongan dengan tujuan menyakitkan hati H seperti aku telah berkahwin dan kandungan aku gugur dengan harapan dia akan berasa sakit hati namun h tetap H,dia bukanlah pengambil kisah orangnya .
Semalam dia menanyakan aku soalan samaada apakah benar aku telah berkahwin,dan bla...bla...,aku malas melayan soalan beliau.jadi hari ini jika H membaca blog aku,pertama sekali maaf kerana mencuri gambar dari album kamu,namun aku harap kamu tak marah kerana sepanjang kita bersama dulu,aku sungguh susah untuk memiliki gambar kamu,kecuali gambar kamu berbaju melayu hijau itu.
Jika aku masih mengingati kamu,sudah pasti kamu lebih lagi bukan.Kerana aku sentiasa bersama kamu walau kamu menjual kerepok lekor sekalipun.Kamu adalah sebahagian dari hidup aku,kamu membesar bersama aku.
Kamu mengajar aku tentang banyak perkara walau kita tak pernah bersua muka,namun sungguh sewaktu aku mengatakan aku sayang kamu,aku ikhlas.
Aku tahu aku telah banyak berbohong namun maafkanlah aku,waktu itu aku bukanlah seperti hari ini,aku masih mengambil ringan akan perkara yang berkaitan dusta namun hari ini sedaya upaya aku akan sentiasa berkata benar,insyaALLAH.
kita telah sama sama bergelar mereka yang dewasa dan kita mengerti ada beberapa perkara dalam hidup ini biarlah kekal sebagai kenangan semata mata.Mungkin lebih indah begitu.Aku tidak mahu mengubahnya.Tapi tidak tahulah apa ketentuan ALLAH pada aku.
p/s : Cinta datang dan pergi dalam hidup.namun kalau kamu cintakan ALLAH,kamulah orang yang paling beruntung kerana ALLAH juga cintakan kamu.namun janganlah cinta padaNYA hanya dibibir sahaja
Engkau derhakai ALLAH
sedang engkau menampakkan cintamu padaNYA
kata kata ini hanya menarik untuk dianologikan
Jika cintamu benar benar tulus
tentu kamu akan patuh kepadaNYA
kerana yang mencintai itu
pasti patuh pada yang dicintainya.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/16/2009 08:14:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, May 15, 2009
kamu masih belum matang jika diusia mencecah 40 tahun,sibuk membuat entri tentang kesilapan orang manakala kesilapan sendiri kamu abaikan

kamu tahu apa hadiah yang paling bermakna yang telah aku terima pada hari ini?Iatu sebuah Al Quran hadiah dari Aunty.Dan perasaan itu lebih dari apa yang aku rasa apabila dimaklumkan telah memenangi set home theater.Sungguh mengujakan.
Walaupun masih merangkak rangkak dalam membaca Al Quran namun aku berjanji pada diri aku,untuk berusaha bersungguh sungguh mempelajari Al Quran sehingga aku fasih dan faham akan maksud maksudnya.InsyaALLAH.
Sejak menggunakan Quran baru ini aku semakin bersemangat membacanya.Istimewanya Quran ini kerana disetiap patah firman ALLAh disertakan sekali erti manakala dihujung muka surat tersedia tafsiran penuh bagi menerangkan bab berkenaan.
Dalam masa yang sama,kamu akan dapat mengenali dan mempelajari beberapa patah perkataan Arab dengan mudah.Allah sungguh bijak,pengulangan kata dilakukan dalam Al Quran berkali kali agar kamu dapat mengingatinya.
Aunty aku baik orangnya.Jika aku mempunyai seorang ibu yang bersifat seperti beliau sudah tentu sekarang aku berada di Al Azhar.beliau tidak pernah berkira dalam soal agama.Dia juga mahu menghadiahkan Al Quran yang sama kepada Al hafizah yang berkunjung ke rumah aku saban hari dan memberikan baki 9 buah lagi (versi Inggeris) kepada keluarganya).
beruntung kerana ALLAH memandu Aunty melakukan kebaikan.
Manakala aku masih lagi ditakuk lama.Tidur sepanjang masa.(jam 10.00 pagi hingga 12 40 tengahari) dan menyambung seisi kedua pada jam 2 petang ke jam 4 petang (yang ini sunnah Rasulullah)
oh,apalah nak jadi dengan kamu ini Rabiatul Rabiatul,sila sebut gaya Opah kamu ok.
baiklah apa kaitan gambar buku buku yang bertaburan di atas katil itu dengan entri ini.Ya untuk memberitahu kamu bahawa aku memang sibuk.Aku tidak mempunyai masa untuk mengemas katil beserta apa sahaja yang berada di dalam bilik aku.Nampaknya aku masih tergolong dalam orang yang lalai.
baiklah,aku terpaksa berhenti menulis sekejap ya kerana harus bersiap sedia ke Masjid untuk bersolat Subuh.Kain dalam aku hilang dan nampaknya terpaksalah aku berseluar leggings disebalik jubah berwarna putih ini,almaklumlah hari inikan hari Jumaat.Berpakaian putih itu sunnah.
Kamu yang tidak lagi menjejakkan kaki ke masjid,bila lagi mahu berbuat demikian .Sementara kita masih diizin ALLAH menghirup udaranya dan selagi masih belum dibaham tanah,berkunjunglah ke masjid.Setiap langkah kamu ke masjid menggugurkan dosa kamu.Tidakkah kamu suka?
*************************************************************************
aku baru balik dari masjid,kami melakukan sujud sajadah pada hari ini dan aku macam biasa,lupa ayat patut aku baca.Jadi insyaALLAH hari ini aku akan mencuba sedaya upaya aku untuk mengingati bacaan dalam sujud tersebut seperti mana aku telah berjaya membaca doa dijauhkan empat benda sebaik selesai bacaan tasyahudd (malaysia panggil tahiyyat akhir)
mari sama sama ikut cikgu ya;
Allah Humma Inni Audzubika
Min Adzabil Qobri
Wamin Adzabil Jahannam
Wamin Fitnattil Mahya Wal Mamat
Wamin Syarii Fitnatil Masihid Dajal
Yaa Allah ssesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka jahannam, fitnah kehidupan dan setelah kematian serta dari kejahatan fitnah Dajjal.
tiada yang paling menderitakan jika kamu termasuk dalam orang orang bakal masuk ke neraka jahannam.itulah sudah pesan berkali,jagalah Allah,Allah akan menjaga kamu.Pelihara undang undang ALLAH dengan mengikutinya nescaya ALLAH akan menyelamatkan kamu.
Dah pesan pakai tudung,kamu degil,kamu rasa rambut kamu cantik sangat.Dah pesan sembahyang lima kali sehari seperti yang telah diwajibkan ALLAH pada kamu,tapi kamu bagi alasan sibuk dengan kerja,meeting sana meeting sini,jumpa clients sana sini,kamu lebih rela menjadi hamba manusia dari hamba ALLAH.
Bila dah mati baru kamu minta Allah kembalikan ke dunia supaya kamu dapat beribadat dan beramal soleh,tapi kamu dah terlambat.Masa ALLAH membuka pintu keampunan seluas luasnya kamu lupa dan sombong,bila matahari dah terbit dari barat masa itu barulah kamu menyesal.
Kamu gelak gelakkan orang yang pakai tudung labuh macam aku ini,yang jalan kaki ke sana ke mari,yang duduk rumah semata mata dan menghabiskan masa membaca Quran (walau budak umur enam tahun lebih fasih membaca Quran dari aku) dan yang...yang...lagi
Aku harap kereta yang kamu gunakan itu bakal membantu kamu di akhirat.Kamu bekerja itu satu ibadah,ke tempat kerja satu ibadah,ke masjid apatah lagi dan sungguh teruk kalau kamu menggunakan kereta kamu untuk bermaksiat.Kalau kamu orang yang mempunyai akal fikiran sudah tentu kamu memikirkan hari yang kemudian.
jadi jangan bagi tahu bahawa kamu cukup matang dengan pengalaman hidup kalau rambut kamu masih bebas ditiup angin sepoi sepoi bahasa ,kalau kamu matang sudah tentu kamu akan bersiap sedia dengan hari yang telah Allah janjikan.
p/s: aku sendiri tidak pasti sama ada ke syurga atau neraka,kamu bagaimana?
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/15/2009 07:31:00 AM 8 kata kata sondolan dan dorongan
Thursday, May 14, 2009
Mak....(II)
baiklah,(oh,seperti gaya ibu sedang memberi kata putus hukuman untuk anaknya)
Baiklah sekali lagi.Aku malas menulis kata kata sumpahan lagi ya sebab aku dah risau juga kalau kalau ramai orang sedih dan pilu apabila membaca blog aku kemudian membuatkan aku tersangkut di padang mashyar kelak.
Mari aku ceritakan berkenaan kisah mak aku.
Beliau baru baru ini telah mendapat wang durian runtuh sebanyak RM 300,000.00.dan sekarang mak saya mulalah menggunakan kereta merc yang ada bumbung .Katogeri boleh bukak tutup.Kenapa ada saya?Ya.sekarang saya akan mmbahasakan diri ini sebagai saya,bergantung kepada mood yang saya miliki.
Wang tersebut mak perolehi selepas memenangi kes tuntutan mahkamah berkenaan kes langgar lari.Mak menjadi mangsa yang dilanggar mengakibatkan mak berjalan secara terhincut hincut sehingga kini.
Mak saya ke rumah saya untuk berjumpa saya,walaupun dalam hati saya berbisik bahawa mak saya ke mari adalah semata mata untuk menayang kereta baru beliau namun saya tidak mengambil pedulikan perasaan itu.maklumlah syaitan itu datang dalam pelbagai penjuru.Saya menganggap mak datang menziarahi saya untuk mengeratkan silaturahim.
turut bersama mak saya adalah suaminya,Tok Imam peringkat daerah barangkali.Kata mak mereka baru balik dari bershopping di East Coast Mall bagi membeli baju batik pesen Pak Lah untuk suaminya.sekarang ayah tiri saya kelihatan seperti salah seorang wakil rakyat DUN Terengganu.
perlu diingatkan mak saya dan Azwan Ali bolehlah bersahabat baik kerana mereka memiliki gaya percakapan yang sama.Berbisa ok.Maka mak membawa berita bahawa tanah di kampung yang masih diduduki oleh nenek saya akan dijual pada harga satu juta.Namun mak saya berkeras untuk tidak menjual tanah tersebut kerana katanya nenek saya telah memberikan semua bahagian kepada anak bongsu beliau yang bernama Asma.
Asma atau panggillannya sebagai Mak Su Ma cukuplah saya hormati,dia banyak menabur bakti sepanjang saya bergelar pelajar sekolah.merupakan orang yang lemah lembut dan menjadikan Al Quran sahabatnya.Mak Su Ma adalah orang yang paling saya hormati dan segan.Dahulu kalau ke rumahnya walau saya ini adalah mereka yang tidak bertudung,namun kalau bertandang ke Johor,saya pakai juga (BOLEH DIKATAKAN DALAM KATOGERI STYLE SITI NURHALIZA TAK BERSEDIA PAKAI TUDUNG).Nampak,saya lebih segan pada manusia dari segan pada ALLAH.
Mak mempersoalkan mengapa nenek memberikan bahagian tanah miliknya kepada mak Su Ma.kata mak jika tanah milik nenek saya itu dijual,Mak Su Ma paling kurang akan mendapat RM350,000.00
mak semakin geram apabila setiap kali dia bercerita saya bertindak menyebut betapa kita harus bersyukur dengan apa yang ada dan jangan mendengkikan rezeki yang ALLAH berikan pada orang lain.Sikap Qanaah itu sungguh penting.
Saya lihat suami mak,iatu Tok Imam sibuk terkumat kamit untuk menghabiskan ayat Quran dengan Qari yang membaca Quran didalam tv.Saling berlawanan.Bisik syaitan dalam hati saya,beliau sengaja ingin menunjukkan ketok imaman beliau.
Mak duduk tidak lama,tiba tiba mak memberikan saya wang RM 200.00,sungguh tidak disangka sangka,rezeki dari ALLAH datang dalam pelbagai bentuk.Mak saya dah maju sekarang,bukan lagi naik motor Honda yang bercermin bulat,kini bergaya keliling kampung menaiki Merc.Gelang pula bolehlah berlawan dengan Kartina Aziz dalam cerita mami jarum.
Apapun,selamat hari ibu mak,jika mak mengharapkan kak long menyebutkannya.Namun kerana ia bukan sunnah maka kak long tidak dapat menelefon mak untuk mengucapkan perkataan perkataan itu,namun mak harus tahu ,setiap hari kak long tidak lupa untuk mendoakan semoga mak dijauhkan dari azab siksa api neraka dan siksa kubur,diberikan syurga firdaus serta dikasihani oleh ALLAH sebagaimana mak pernah mengasihani kak Long dahulu.
p/s :terkenang nasi lemak mak....
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/14/2009 08:51:00 AM 6 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, May 13, 2009
Tahniah,anda Menang.
hari semalam aku telah menuju ke Teluk Chempedak,ya dimana lagi tempat paling sesuai untuk memadu kasih bersama muda mudi melainkan disini.entah berapa juta kali pokok pokok disini menjadi saksi pertemuan pasangan pasangan yang berasmaradana.
baiklah biarkan mereka.
Aku kesaan bersama adik aku yang dua orang iatu Bakhtiar dan Farid.Bakthiar baik sedikit orangnya jika dibandingkan dengan Farid yang kadang kala agak menyirapkan darah aku.
Marilah kalian bersama sama mengambil peluang menyaksikan detik detik yang terakam dalam kamera lama model tahun 90-an.Pada pengunjung blog yang belum pernah menjejakkan kaki ke Teluk Cempedak,aku menjemput kamu dengan penuh hormat beserta amaran,kalau jumpa tuala wanita dipantai,abaikannnnnnnnnn...
1) dinamakan posing ala dalam majalah muslimah.jubah ini merupakan dari katogeri gedabak (besar) jadi sila faham dan mengrti bahawa ada ketikanya kamu akan lihat aku dalam imej yang agak besar dan adakalanya tak berapa besar.
Sesuai untuk kamu yang kelihatan keliru dalam hidup.Maka imej memandang kejauhan seperti ini amatlah sesuai kamu aplikasikan setiap kali kamu bergambar.
2) ini adalah pesen orang yang telah direject dari percintaan.B,ketahuilah,sampai saat ini aku masih ternanti nanti keputusan mu.Hingga terbawa dalam mimpi.kepada yang mengenali siapa B ini diharapkan dapat menitipkan salam rindu aku pada beliau.katakan padanya,walau dia tidak mahu kahwin,aku tetap sukakan beliau.
B lelaki yang bertanggungjawab.Beruntung siapa yang menjadi isteri B nanti.
3) Kamu bolehlah menunjukkan kasih sayang kepada adik adik kamu dengan menangkap gambar seperti ini.Header pula ditulis "SAyA SAYANG ADIK SAYA",maka dengan itu satu dunia akan mengerti dan memahami bahawa hanya kamu sahaja yang mempunyai adik.
4) menanti kunjungan emang dari amerika.Walau agak kabur beserta keliru namun aku setia menanti kerana kamu tahulah,soal jodoh ini terserah ditangan ALLAH.jadi para ibu bapa diharapkan dapat berhenti menanyakan soalan seperti BILA TEACHER MAHU KAWIN?
5) sama seperti no 3 kecuali gambar ini telah diedit dengan jayanya.
6 ) Adik saya yang telah lama tidak mencecah kaki ke gigi air laut menjadikannya agak teruja buat seketika.ianya adalah sama seperti perasaan yang saya rasakan apabila ke hyatt bagi menikmati nasi ayam.T_T
7) Acara bercanda di pesisiran pantai


gambar tiga terakhir ini kamu isi sendirilah ya ayatnya,tak kuasa aku nak menerangkan dengan lebih lanjut lagi.
terus terang aku katakan bahawa aku rasa yang aku mula kehilangan nilai humor yang ada dalam diri aku.Entah mengapa.Mungkin kerana aku lebih suka tidak terlalu beriya riya atau kerana aku lebih banyak mengingati mati berbanding dulu.
Jadi biarlah aku menulis seperti biasa dan aku tidak pasti apa yang lucunya dalam penulisan yang menyumpah seranahkan orang lain.ha ha ha .Tapi aku tahu orang orang seperti kamu memang suka menyaksikan sesuatu seperti itu bukan?
ok,mari kita bercerita apa yang berlaku sepanjang tiga hari aku tidak menulis ,ok
untuk lebih formal,aku akan menyediakannya dlaam bentuk A,B dan C.barulah lebih efisyen ala opis girl ok.
A) Sudah ada Al Hafizah yang datang mengajar aku setiap hari Isnin hingga Khamis .Kelas adalah dari katogeri membaca Al Quran.Berusia 22 tahun dan sungguh manis paling utama hafaz 30 juzuk Al Quran,maka perempuan sebeginilah paling layak kalau ingin diberi hantaran 100,000 sekalipun.
B) Buku buku agama yang aku beli masih tidak bersentuh melainkan yang dua sahaja itupun cuma dubaca kadang kadang .Kesibukan membataskan aku.
C) kawan kawan sani yang datang ke kelas setiap hari Selasa dan Rabu kelihatannya sudah jarang jarang mengunjungkan diri ke kelas.Oh ya,kalau kamu dari jenis sensitif,kamu mungkin agak sukar untuk menyesuaikan diri di dalam kelolaan aku.Samalah seperti menjadi pembaca blog aku.Bukan semua mencapai dan memiliki tahap pemikiran seperti aku.
Ada ketikanya teguran aku kelihatan seperti kritikan ,jadi kalau hati kamu dari jenis tisu tandas.tak perlulah baca blog aku ya.
D) Aku rasa Sasa telah pun membuat keputusan berkenaan teman hidupnya.Dan aku memilih untuk tidak mencampuri urusan hidupnya.Soal teman hidup dan juga kebahagiaan adalah sesuatu yang agak sukar untuk dimengertikan.Kalau hati sudah suka,gigi kuning pun tak mengapa,bukan?la la la
E) Sebenarnya aku telah lama mempunyai masalah penglihatan namun aku pura pura mata aku ok.Dan padahnya baru ini sewaktu membaca Al Quran,aku diserang pening lalat sehingga berpinar mata setiap kali aku membaca.
Maka aku bergegas mendapatkan cermin mata di kedai Optik yang terletak di Kuantan Parade,sikap aku dalam situasi ini bolehlah dinamakan sebagai sudah terhantuk baru terngadah.Apapun,cermin mata aku memang bagus kerana beberapa hari ini banyak kali aku menerima soalan seperti
"cermin mata akak ada power ke?"
Aku tak tahulah orang bodoh mana yang menggunakan cermin mata yang tiada power dan kesana kemari dengan cermin mata berkenaan.
muka menjadi cerah sedikit dari biasa setelah diedit dengan photoscape.
F) setelah selesai dengan urusan pembelian cermin mata si Pasa ini dikejutkan dengan berita meletup bahawa ada sebuah kedai menawarkan hadiah percuma kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke kedai mereka.
Maka setelah dipaksa oleh pengedar risalah tawaran hadiah berkenaan yang wajahnya sungguh inesen (sila eja dengan betul),menjadikan aku tidak sampai hati untuk menolak tawaran mereka.
Maka bermulalah seisi soal jawab serta perkataan perkataan yang berbunyi :
i - akak dah kahwin?
ii-akak ni muka macam cikgu atau ustazahlah
iii-suami akak kerja apa?
pendekkan cerita,akhirnya ada seorang lelaki menjerit :
TAHNIAH,AKAK TELAH BERJAYA MEMENANGI SET HOME THEATER BERNILAI 3860.00.TAHNIAH AKAK.TAHNIAH.BERTUAH SUNGGUH AKAK INI.
kamu ingatkah aksi seorang peserta melakukan sujud syukur selepas memenangi pertandingan tersebut,aku pun melakukan hal yang sama di dalam hal berkenaan sehinggakan aku terlupa bagaimana cara melaksanakannya walau sebenarnya sama seperti sujud biasa.
mereka saling berpandangan.Mungkin kekagetan.Aku ini gembira dan bersyukur maka aku sujudlah.
Dan akhirnya mereka mula menjadi setan dengan mengenakan empat syarat sebelum aku dibenarkan membawa pulang set berkenaan iatu
A) potostat ic
B)perlu menangkap gambar menunjuk tanda best
C)voucher 100
D) tidak boleh jual barang berkenaan.
aku tidak mahu menerangkan semua yang diatas kecuali Voucher 100.00
Nampak seperti mereka memberi kamu wang Rm100.00 untuk dibelanjakan tapi sebeanrnya kamu dikehendaki memilih barang lain yang berharga paling kurang sekalipun adalah sekitar RM1890.00.
Dan kamu akan membayar barang barang berkenaan pada harga RM 56.00 setiap bulan membawa maksud kamu bakal berhutang.Walaupun demikian aku masih tersenyum kerana entah mengapa,ini yakin ujian ALLAH kerana aku sedap sangat dok pung pang pung menasihati orang lain supaya menjauhi hutang.
Set Tv sungguh menawan,memikirkan hutang aku tak keruan.
Maka aku tanyakan dia satu soalan ,kalau mereka berjaya menjawabnya aku akan mengambil barangan tersebut.Iatu,Bolehkah mereka jamin aku bakal hidup untuk tiga tahun seterusnya?
Dan seperti biasa tiada jawapan kerana usia kita rahsia ALLAH.
Aku tidak mengambilnya kerana aku memikirkan akan ketakutan aku terhadap hutang.tak mengapalah berjalan kaki sekalipun,tak mengapalah berselipar bata sekalipun,asal ianya bukan hutang.
Tak mengapalah tidak memasuki Public Mutual sekalipun,asal wang yang aku makan bukan wang riba.
Pasti kamu tertanya tanya sama ada aku kecewa atau tidak,jawapannya tidak,kerana aku kesana semata mata untuk mendapatkan cermin mata bagi membolehkan aku membaca Al Quran dan rezeki itu adalah pemberian ALLAH.tak perlu digusarkan
Sekian sahaja untuk kali ini,kalau ketemu aku dijalan jangan lupa berikan salam ya.
p/s :bolehkah kamu hayati lagu pemberian Emang kepada aku ini kerana aku tidak mempunyai begitu banyak masa untuk mendengarnya.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/13/2009 09:19:00 AM 7 kata kata sondolan dan dorongan
Sunday, May 10, 2009
betapa penting kamu dikenali sebagai orang yang berilmu dan beramal serta bukan dicop Bodoh walau telah memiliki Ijazah Sarjana Muda
Perkara pertama sekali yang ingin aku tuliskan adalah,aku tidak pasti dimana lucunya apabila aku ingin menyambung belajar atau dalam erti kata lainnya menghadiri majlis ilmu dan aku tidak mahu memiliki diploma yang ditawarkan oleh pihak kolej.nanti aku berikan alasan.
Aku ingin menghadirkan diri ke kuliah bagi Pengajian dalam bidang Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan yang ditawarkan di kolej Kipsas iatu Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).InsyaAllah.
jadi aku yang sungguh bersemangat untuk menambahkan ilmu didalam bidang agama ini menelefon ke pejabat mereka dan memberitahu bahawa :
A) Aku ingin mengikuti kuliah tersebut.InsyaALLAH
B )Aku akan membayar yuran pengajian seperti pelajar pelajar lain kecuali untuk yuran asrama,apa apa extra charges.InsyaALLAH
C) Aku tidak mahu tinggal di hostel,jadi aku akan berulang alik dari rumah aku ke tempat pengajian tersebut yang berada dalam jarak lebih kurang dua puluh kilometer.Dan diharapkan Allah memudahkan aku untuk melaksanakan misi meraih ilmu ini.InsyaALLAH
aku tidak mahu menduduki peperiksaan.Bak kata emang ,
"Rabiah is too smart to sit for the exam ".ha ha ha
D aku tidak mahu terlibat dalam sebarang aktiviti kampus kecuali menghadirkan diri untuk kuliah mahupun ceramah mahupun lawatan lawatan yang berunsur keagamaan sahaja.InsyaALLAH.
Maka aku dinasihatkan untuk membuat surat rayuan kepada Presiden Kolej tersebut.Nantilah dalam surat rayuan itu nanti aku akan sertakan sepotong hadis yang berbunyi :
Diriwayatkan oleh Ibn' Umar r.a :Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa, " didalam tidurku,aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepadaku dan aku meminumnya sehingga membasahi sebahagian jemariku.kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar Al Khattab "
Para sahabat nabi s.a.w bertanya, "Apa tafsir anda (terhadap mimpi itu ya Rasulullah s.a.w)?
nabi menjawab :itulah ilmu (agama) [1;82-S.A]
Ya,nampakkah kamu disini kepentingan ilmu agama?(mengambil kira bahawa Saidina Umar merupakan Amirul Mukminin yang menyebabkan syaitan takut kepadanya kerana keadilannya dalam menjalankan dan menegakkan syariah dan syiar Islam)
Bagaimana kamu mahu menegakkan ilmu agama jika kamu tidak memiliki ilmu pengetahuan?
Bagaimana kamu mahu mengenali nabimu jika kamu tidak pernah kisah meluang masa untuk membaca kisah kisah baginda.
bagaimana kamu ingin menjalani ibadah dan memastikan ianya betul dan mengikut sunnah Nabi?
bagaimana kamu ingin mengetahui bahawa kamu itu bukan pembuat bidaah?
bagaimana kamu mahu mendidik anak anak kamu menjadi manusia yang taatkan ALLAH dalam keadaan dunia yang serba mencabar ini?
Bagaimana?
JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN.
Jadi gelakkanlah aku,katalah aku pelik dan menanyakan soalan bodoh serta beraksi bodoh kerana tidak mempedulikan untuk memiliki diploma tersebut,apa kamu mati nanti diploma tersebut akan tertampal didahi kamukah?
Atau apabila kamu bekerja kamu perlu meletakkan diploma kamu sekali lagi ke dahi kamu untuk memaklumkan bahawa kamu berdiploma?
Aku tidak menyalahkan sistem yang mana mengkehendaki pekerja untuk memiliki diploma atau ijazah sebelum memulakan kerja,kadangkala pekerja pekerja yang bekerja sebenarnya menjalani pekerjaan mereka dengan sesuatu yang tidak langsung berkaitan dengan pengajian mereka suatu ketika dahulu.
Sekarang beritahu aku,dimana penmanfaatan ilmu tersebut?
Islam tidak melarang kamu untuk berjaya di dunia tapi bukankah bagus kalau kamu juga menumpukan perhatian yang lebih terhadap akhirat kamu kerana itu perkampungan abadi.berapa ramai yang menjadi hamba hamba di dunia yang terpedaya dengan menyangkakan mereka bakal hidup didunia ini seribu tahun.
kerana itu ramai yang tidak kisah apabila mereka berpakaian tidak menutup aurat,berzina,minum arak,berkunjung ke disko disko ,berlakon,berpegangan tangan,menjadi penyanyi,dan untuk pelakon pelakon ya,yang memberi alasan bahawa setiap kali kamu berpeluk dengan seorang lelaki yang bukan muhrim kamu bahawa ia merupakan satu lakonan semata mata,
Maka mari si Pasa ini tanyakan kamu satu soalan:
Sejak bila berpelukan itu halal didalam lakonan atau pengarah filem tersebut berkuasa mengampunkan dosa kamu.Aku sungguh sedih melihat aksi aksi sebahagian kita yang menjadikan artis dan mengingati hari lahir artis lebih dari mereka mengenali Nabi Muhammad s.aw.
kamu tahukah berapa perang yang terdapat sepanjang hidupnya Baginda Rasulullah s.a.w?
kamu tahukah bahawa sebelum umat Islam ini menjadi bangsa yang kuat,diawal dakwah Rasulullah s.a.w ,baginda pernah dibaling batu sewaktu berada di Thaif.
kamu menitiskan air mata untuk drama drama murahan,menonton cerita cerita bersiri hingga kamu menangguhkan solat ,pernahkan dalam hidup kamu menangis kerana mengenang dosa dosa kamu?menangis kerana Jalal dan Jamal ALLAH?
Pernahkah?
ALLAH MAHA Pengampun lagi MAHA Penyayang dan ALLAH sungguh gembira apabila seorang hambanya kembali bertaubat kepadanya lebih daripada kegembiraan seorang lelaki yang kembali menemui untanya yang hilang.Bertaubatlah.
Alasan klise artis mahupun kamu adalah tunggulah,belum sampai seru untuk saya bertudung,yang aku risaukan adalah kamu mati sebelum seru yang kamu sangkakan.Ingat ayat yang selalu aku katakan,usiakita rahsia ALLAH.tiada seru dalam bertudung yang ada hanyalah hasutan syaitan.Berdoalah supaya ALLAH memberikan kamu hidayah.
baiklah,aku telah melencong jauh nampaknya,sekarang doakan aku supaya aku yang sentiasa mendapat ilmu yang bermanfaat dan aku memanfaatkannya dengan menyebarkan illmu tersebut kepada orang lain.Amin.
Ramai orang menyangka dan tertawa akan kelucuan sesuatu perkara itu sebelum menyedari bahawa apa yang mereka tertawakan itu berkemungkinan besar akhirnya menunjukkan kecetekan ilmu mereka,ingat walau kamu bernama Umar,kamu bukan saidina Umar.Walau kamu bekerja sebagai kerani di UIA ,ia belum membuatkan kamu orang yang ahli dalam ilmu.
p/s :Dan Umar r.a berkata : "seseorang harus memiliki pengetahuan keagamaan sebelum menjadi pemimpin "( Abu Abdullah berkata,Para shabat Nabi mempelajari ilmu hingga usia mereka tua)
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/10/2009 08:26:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, May 9, 2009
Sekadar entri yang bersimpang siur seperti lorong ke rumah aku,si Pasa ini

Dahulu dahulu,kalau ke majlis kahwin biasanya aku akan menghadiahkan mereka mereka dengan hadiah klise seperti pinggan mangkuk mahupun set gelas yang kononnya mahal walhal dibeli semasa promosi jualan murah di giant.Tak mengapalah yang penting ikhlas.
namun sekarang aku ingin menukar idea tersebut dari memberi pinggan mangkuk kepada pasangan pengantin.Aku akan memberikan mereka sesuatu yang lebih berguna iatu buku buku agama.
Keruntuhan rumah tangga pada hari ini adalah kebanyakkannya berpunca dari kesilapan kita sendiri yang kekurangan ilmu agama,malas belajar dan hanya mahu barang percuma tanpa usaha.berkahwin atas dasar nafsu berbeza beza dengan orang yang berkahwin atas dasar kasih sayang kerana ALLAH.
Ceh,si Pasa ini berbicara seolah olah telah menempuhi alam rumah tangga sahaja gayanya.
Baiklah kita teruskan kepada topik sebenar yang ingin aku keudarakan pada hari ini.semalam aku elah meninggalkan persoalan yang berupa hakikat untuk kamu jawab iatu
DIMANA ALLAH S.W.T?
nampaknya dari komen yang aku terima aku menganggap pembaca aku terbahagi kepada beberapa golongan iatu :
1.Sekadar membaca dan tidak berminat untuk meninggalkan jejak walau aku tahu kamu siapa.
2. yang memang ketagih membaca blog aku namun setakat ketagih sahaja dan tidak berniat untuk memberi tindak balas.
3.Yang menjawab persoalan yang aku kemukakan dalam hati kerana risau jika membuat silap nampak sangat ilmu agama masih ditahap Tingkatan Lima
4.Yang berani mencuba dan tak kisah buat silap.
5.yang tidak pernah kisah untuk mempertingkatkan ilmu agamanya melainkan berminat kepada kisah hidupnya,kejadian di opis opis mahupun perjumpaan sesama blogger yang kemudiannya berakhir dengan saling memuji diri masing masing .
kamu dari golongan mana?
Pertama sekali hari ini kita akan belajar tentang apa itu aqidah.
Aqidah Islam merupakan satu perkara yang penting kepada manusia seperti air dan udara,tanpa aqidah yang betul manusia akan kehilangan arah tujuan dan keadaan dirinya.Hanya dengan aqidah Islam sahaja yang dapat menjawab persoalan persoalan yang sentiasa berlegar dalam fikiran kamu seperti :
A) dari mana timbulnya alam ini.
B)Siapakah penciptanya
C)Apakah nama dan sifat sifat pencipta tersebut
D)kenapa kita dijadikan?
Dan lain lain lagi.
Dalam menghadapi persoalan persoalan seperti diatas,maka tujuan aqidah islam yang terpenting sekali adalah MENGAJAK MANUSIA KEPADA TAUHID.hanya dengan tauhid sahajalah dapat memberikan jawapan kepada manusia tentang hakikat permasalahan tersebut.
Tauhid bermaksud mengesakan ALLAH di dalam ibadat dan menjadikan serta mengarahkan ibadah tersebut semata mata kerana ALLAH dan tidak mensyirikkanNYA (menyekutukannya)dengan sesuatu.
Contoh syirik?Mempercayai adanya kuasa lain yang lebih power dari kuasa ALLAH,contoh seperti kamu percaya bahawa Tok Bomoh Siam itulah yang membantu kamu dalam perniagaan kamu ,mempercayai ramalan horoskop yang bersepah didalam majalah majalah hiburan,percaya kepada keramat keramat ,serta sebagainya.
Asal aja kamu merasakan bahawa tok bomoh lebih mengetahui sesuatu dari ALLAH maka syiriklah kamu.
firman ALLAh dalam Surah AN NISA ayat 48 :
Sesungguhnya ALLAH tidak mengampun dosa sesiapa yang syirik kepadaNYA dan mengampun segala (dosa-dosa)yang lain kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Baiklah tadi aku katakan aku mahu menjelaskan persoalan berkenaan aqidah ,bukan?
soal seperti dimana ALLAH,kalau orang Terengganu,rata rata kalau ditanya dimana ALLAH,maka jawab mereka dimana mana.
Kamu tahukah pandangan dan jawapan Allah dimana mana itu merupakan dari siapa?pengasas fahamannya siapa?apa hukumnya bertaklik bahawa Allah itu ada dimana mana?
Maka kalau dengan itu tidak salah kiranya ayah pin mengaku bahawa Allah berada di dalam dirinya.Bukankah maksud kamu ALLAH itu ada dimana mana?
Pendapat bahawa Allah ada dimana mana itu salah.
kenapa?
Aku akan menjawabnya kemudian kerana kelihatannya aku menghadapi masalah penglihatan yang agak serius kerana setiap kali aku membaca,aku akan menjadi pening.Maka doakan aku berjaya memiliki cermin mata supaya aku dapat membaca quran dengan tenang dan tenteram.INSYAALLAH



p/s :tiada p/s untuk kali ini,cukuplah jika kamu mula berfikir bahawa hidup ini ada beberapa perkara yang lebih penting dari menumpukan perhatian kepada blog semata mata.Apa dia?Mati.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/09/2009 12:00:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, May 5, 2009
Tak best lagikah kalau aku tulis macam ini.Kalau tak,kamu patut hantuk kepala kamu ke dinding,hati kamu keras.
"nape blog rabia semakin x bez... x seperti dulu..."
Aku pun rasa tak best.sebab aku dah hilang rasa untuk menulis.Dan tiada apa lagi yang menarik setakat ini.Aku pun dah malas nak menyumpah kamu,jadah sana,jadah sini,bodo sana,bodo sinni,kamu ingat tak penatkah menjadahkan orang.Aku tau kamu siapa yang menghantar komen ini.
tak perlu kamu risau kalau kalau aku terasa hati ya.Aku tak kisah.
Baiklah tentu kamu cik anon mahupun kak anon tertanya tanya mengapa blog aku makin tidak meletup dan kedeboom dari hari hari.
1 . Kerana aku sibuk menghabiskan buku buku agama yang menimbun tidak terbaca,maka apabila menulis hati aku tidak lagi di blog sebaliknya teringat ingat pada buku buku berkenaan.Kalau aku memilih untuk tidak menyiarkan gambar gambar buku buku itu sudahlah tentu bahkan pasti kamu akan menyangkakan kerja aku ini membohong.
maka aku memilih untuk menyiarkan gambar gambar kulit depan buku buku ini.mungkin kamu juga tertarik dan berminat untuk memiliki buku yang sama,jangan bazirkan masa kamu membaca novel novel,cerpen cerpen mahupun kisah kisah yang hanya akan memperpanjangkan angan angan hidup kamu berkenaan dunia.
Menulis sesuatu yang melalaikan orang dari mengingati ALLAH adalah satu dosa juga bukan?Takutlah pada ALLAH yang MAHA MENGHITUNG segala amal dan perbuatan kamu.cinta menurut perspektif islam.disertai dalil dalil berupa firman ALLAH dan hadith sahih serta bukan seperti novel novel cinta yang kamu baca ,membawa kamu berangan itu ini,menjadikan kamu lupa soal mati.
Dan tidak berguna kamu menonton filem ayat ayat cinta mahupun khatam mebaca novel dengan tajuk yang sama jika kamu masih gagal menhafaz hadis hadis shahih sekurang kurangnya sepuluh buah.jika aku dikurniakan kemurahan rezeki,ingin rasanya aku hadiahkan pembaca blog aku ini buku yang bertajuk "kematian sebagai iktibar".Moga moga insaf itu terbit di dalam hati kamu.Moga moga kamu menjadi pengunjung masjid dan bukan lagi pengunjung kelab malam mahupun pengunjung pusat membeli belah.
ini adalah buku yang mana mengumpul koleksi hadith sahih yang bersumberkan imam imam seperti bukhari,muslim,ahmad,tirmizi,tabrani,daud,dan beberapa nama yang boleh dipercayai.selain itu diisi juga koleksi hadith daif sebagai panduan bagi kamu membezakan hadith daif dan sahih,amatlah bahaya untuk beramal dengan hadith daif kerana tidak dipastikan kesahihannya selain terdapat keraguan di dalamnya.
Apabila sesuatu ragu ragu maka berhati hati ,risau risau kalau kalau amalan kamu menjadi sesuatu bidaah.Kamu bukanlah Tok Imam besar Mekah mahupun ulamak ulamak mekah atau ustaz di kampung pisang (ustaz sendiri ada buat silap),maka cukuplah beramal dengan hadith yang telah dipastikan kesahihannya.
Sekarang mari aku ajarkan kamu sesuatu perkara penting,apa yang dimaksudkan dengan hadith .
Pertama buka mata kamu luas luas dan buka otak kamu luas luas ya :
Hadith yang shahih adalah hadith yang sanadnya (sanad itu bermaksud JALUR PERIWAYATAN HADITH ) bersambung,para perawinya bersih,dikenal orang atau tidak dituduh pembohong,kuat hafalannya,tidak banyak salahnya,teliti,tidak ragu,bukan ahli bida'ah,tidak cacat dan lain lainnya.
Hadith dhaif adalah hadith yang tidak memenuhi kriteria hadith shahih.
hadith marfu' adalah hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w ,sama ada perkataan,perbuatan,ketetapan mahupun sifat sifat baginda.
Hadith mauquf adalah hadith yang disandarkan hanya kepada tingkat sahabat ,sama ada perkataan,perbuatan,mahupun ketetapan mereka.
Manakala HADIS QUDSI ialah hadith yang bersumber dari Rasulullah s.a.w dan disanadkan kepada ALLAH s.wt .
menurut para ulama,hadis Qudsi ialah sesuatu yang diberitakan kepada Nabi s.a.w dengan perantaraan Jibril atau dengan jalan ilham dan mimpi waktu tidur lalu diberitakan oleh Rasulullah s.a.w maksud dan tujuan berita diatas (kepada umatnya) dnegan lafaz dan ucapan Baginda sendiri,berdasarkan taufik daripada ALLAH.
Diantara hadith hadith qudsi yang sampai kepada kita,ada yang shahih memenuhi syarat syarat ilmu hadith ,bersumber dari Rasulullah s.a.w yang dijamin kebenarannya didalam Alquran.
Firman ALLAH :
dan ia tidak memperkatakan sesuatu (sesuatu berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakannya itu (samada Al Quran atau hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaya .
(surah An- Najm :3-4)
Aku harapkan agar kamu mepelajari sesuatu dari blog aku.Dan kamu tidak hanya membaca berkenaan hari hari yang dilalui aku tanpa dapat mengambil kebaikan daripadanya.iklan sekejap
melihat gambar unta yang terpampang di kulit buku ini mengingatkan kenangan aku bergambar di ladang unta yang terletak di Hudaibiah,Mekah.
membaca buku buku begini menjadikan aku sedar betapa bahawa aku sebenarnya tidak berilmu dan masih dalam pencarian.
dan didalam kesempatan ini,aku ingin ingatkan kamu yang terlupa,apapun pekerjaan kamu sama ada bos kamu adalah Sami Vellu atau Tan Chong Edar atau Muhammad Ali,rezeki kamu itu adalah dari ALLAH dan mereka hanya sebagai distributor untuk kamu mendapatkan rezeki kamu.jadilah hamba ALLAH dan janganlah menjadi hamba manusia.
Jika kamu mengetahui bahawa pekerjaan kamu adalah suatu ibadah maka kamu akan takut untuk minum kopi pada waktu kamu septutnya bekerja,masuk lewat ke tempat kerja dan semua perbuatan yang tidak amanah.bukankah ALLAH itu MAHA MELIHAT lagi MAHA MENGETAHUI APA YANG ADA DIDALAM HATIMU.
2 . Sibuk menghafal surah AL Quran,dan alhamdulillah aku telah berjaya menghafaz surah al Waqiah hingga ayat dua belas,harapnya dapatlah aku menghafaz ayat tesebut hingga ayat 30.insyaALLAH.
Adakah kamu masih membaca surah empat Qul didalam sembahyang kamu?Bacaan yang sama semenjak kamu menamatkan tingkatan lima atau kamu cuba mempertingkatkan mutu ibadah kamu?
3. Melawat pesakit pesakit jiwa di Hospital Wad Dahlia.Jangan kamu sangka aku main main.Aku kesana untuk melawat mereka,menggembirakan hati mereka mereka.Setakat ini baru dua kali aku berpeluang berkunjung ke sana .InsyaALLAH,aku akan cuba kesana setiap kesempatan yang ALLAH berikan.
bagus juga untuk kamu sebagai terapi dan membuat kamu menginsafi diri ,betapa kamu masih sempurna memiliki akal yang membezakan kamu dari binatang namun anehnya ada diantara kamu berperangai dan berfikiran lebih binatang dari binatang itu sendiri.
Dimana akal kamu? Dilutut.
Sekian sahaja entri aku kali ini untuk anonymous yang sangatlah aku kenali siapa beliau ini.Diharapkan kamu terhibur dan terisi ilmu didada kamu pada pagi ini.Aku tidak dapat menghuraikan sebab musabab tersebut lebih panjang dan lebih lebar lagi kerana aku harus bersiap sedia untuk solat Dhuha dan juga mengunjungi salah seorang ibu kepada pelajar aku yang dimasukkan ke hospital.
p/s : sekadar pertanyaan untuk kamu yang membaca blog aku ini.dimana ALLAH?ada sesiapa tidak keberatan untuk menjawab soalan ini?Sekaranglah masanya untuk kamu komen.Berkata kata bila perlu.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/05/2009 07:42:00 AM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, May 4, 2009
Saya Suka Awak sebenarnya,awak suka saya tak?
dalam hati tertanya tanya,apa aku tak cukup cantikkah untuk B,aku tahu B kulit putih melepak,tapi yang membezakan seseorang disisi ALLAH itu adalah Takwa
aku nampak B tadi,tidak pastilah sama ada dia ternampak aku ataupun tidak.
yang pasti aku nampak beliau dua kali.
Satu sewaktu tuttttttttttttttttttttt...dan kali kedua sewaktu tutttttttttttt....
kenapa aku tulis tutttttttt,kerana nanti tersebar satu taman perumahan aku yang komunitinya kecil ini bahawa aku meminati si B.kamu fahamlah,bimbang juga kalau kalau tercetus fitnah nanti.Situasi ini samalah seperti salah seorang anak murid aku yang meminati pemain bola sepak bernama Aidil Zakwan sebelum tembelangnya pecah bahawa Aidil bukan lagi seorang bujang yang disangka orang.Boleh aku bayang luluh dan lumat hatinya.
Baiklah tak mahu menulis panjang lebar,cuma satu,meminati dan menyukai seseorang dalam diam,sungguh amat menyeksakan.
Kenapa aku suka B?kerana beliau orang yang sesuai dan kelihatan beriman,dalam ilmu agamanya.Kalau mahu mencari suami sebolehnya aku mahu yang mendalam ilmu agamanya,lebih baik dari aku kerana sungguh harta kekayaan tidak akan dapat membantu kamu melayari bahtera rumah tangga.
Stop.
Buat B...
AKu doakan kamu bahagia walau dimana sekali kamu berada.memang sakit hati direject.tapi lebih sakit hati kalau orang yang kamu sukai tidak pernah menyedari kehadiran kamu.Dan bila dia telah menyedari kehadiran kamu,padahnya kamu mula takut kesana kemari,bimbang bertemu dengan si dia seperti yang aku alami.
kesimpulan,suka dekat seseorang jangan kasi tau.kalau dia suka kamu tak apa,kalau dia reject kamu alamat ......(sila penuhkan ayat tersebut dengan perkataan kamu sendiri)
p/s : B ,saya suka awak
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/04/2009 09:09:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Sunday, May 3, 2009
Surat dari emang buat sasa,serious aku hampir ternangis,kalau tak kerana B
SALAM ALAYKUM,
RABIA HAS BROKEN UP WITH ME AND I AM SORRY FOR THIS HAPPENING. SHE WAS GOING OUT AT NIGHT ALOT LATELY AND I THOUGHT SHE WAS LOOKING FOR ANOTHER MAN. I JUMPED TO CONCLUSIONS IN REGARD TO THIS. HOWEVER, SHE WAS ANGRY AND IT TOOK ME AWHILE TO SAY SORRY.
I LOVE HER STILL. I FELT DURING THE RELATIONSHIP SHE WAS PUTTING ME DOWN QUESTIONING ME WHY I DON'T PRAY. I WAS DEPRESSED AND UPSET WITH CERTAIN THINGS THAT OCCURRED IN MY RECENT PAST.
SHE HELPED ME GET MY FAITH BACK, ALHAMDULILLAH, HOWEVER SHE KEPT TELLING ME PRAY 5 TIMES A DAY AND IN AMERICA IT IS A LITTLE MORE CHALLENGING TO PRAY IF YOU DON'T COMBINE THE PRAYER.
THIS NOT ABOUT PRAYING IT IS ABOUT HER PICKING ON ME, THATS HOW I FELT DRING THE PAST 3 MONTHS. I STILL LOVE HER. I MENTIONED HER PAST AND I KNOW I SHOULD NEVER HAD DONE THAT.
IT IS DONE...

IN CONCLUSION, I WANT TELL YOU PERSONALLY SOMETHING. BE KINDER TO RABIA AND INVITE HER MORE. TAKE HER TO THE MOVIES JUST YOU AND HER, NO BOYFRIENDS. A GIRLS DAY OUT. SHE REALLY VALUES YOUR FRIENDSHIP. LISTEN TO HER WHEN SHE HAS PROBLEMS AND BE COMFORTING. I LOVE HER AND I WANT HER TO BE TREATED WELL EVEN THOUGH I MADE RECENT MISTAKES.
I AM SAD AND JUST THINKING ABOUT THE FUTURE AND IT DOES NOT LOOK SO BRIGHT FOR ME. SHASHA IT HAS BEEN NICE KNOWING YOU BUT , I THINK YOU SHOULD REMOVE YOURSELF FROM MY FRIENDS LIST. IT WILL UPSET RABIA IF YOU REMAIN AND I WILL FEEL BAD ABOUT IT TOO.
EIMAN
P.S. LISTEN TO HER AND BE KIND TO HER FROM NOW ON.
bodoh kah aku putus dengan emang?
entahlah....aku tak tahu.aku cuma merasakan bahawa aku tidak lagi boleh berdepan dengan beliau ,yang tidak memberi peluang untuk aku berkata kata serta yang mempunyai masalah untuk aku berbincang soal agama.
Aku juga terbayang wajah B tersebut dimana mana.Oh sungguh seksa menahan rindu....
p/s : kerana terkesan akan eiman yang sudi menelefon aku melalui nombor maxis,aku menerima beliau kembali walau hati aku sebenarnya ada pada B yang bernama A itu.Maaf tidak boleh mendedahkan nama beliau.kredibiliti aku sebagai seorang guru yang berjantina perepuan haruslah dijaga
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/03/2009 07:56:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, May 2, 2009
Putus Cinta itu sangat menyakitkan bagi yang mengabaikan cinta ALLAH
tahu mengapa aku membuat entri berkenaan bekas teman lelaki aku?Sebenarnya aku rasa aku telah jatuh cinta entah untuk kali ke berapa,seratus barangkali.Siapa orangnya,tak boleh ditulis kerana didapati salah seorang bekas pelajar aku mengisi masa lapang beliau dengan membaca blog aku,oh ya,si dia tinggal di taman perumahan aku.Ah!Aku asyik teringat ingat wajahnya itu,entahlah,mungkin dia memilih untuk tidak berkahwin.....
Kenapalah tergamak aku menyuruh alif menanyakan soalan sama ada dia mahu berkahwin atau tidak.memang advance si pasa ini,tapi aku kira itu lebih baik dari dia tidak pernah menyedari kehadiran kamu.beliau usianya 40 tahun,aku namakan beliau B ok.aku selalu nampak B di masjid,maklumlah,beliaukan seorang B,dimana lagi tempat untuk B melainkan dimasjid.
Sewaktu cerita ini aku karang,sebenarnya aku buat pertama kalinya menulis dalam keadaan blur,berkemungkinan besar terluka mahupun hati koyak rabak kerana aku telah putus cinta dengan emang.Kata Sasa kerana aku mula angau akan B tersebut tapi sebenarnya tidak sasa.
Bagaimana agaknya aku ingin mengahwini seseorang yang apabila tiba bab agama akan menyebabkan perang dunia ketiga?sedangkan jika aku mengenepikan soal agama dan buat buat buta mengenai ketidaksepakatan kami dalam bab itu maka apa tujuan aku hidup beragama jika aku tidak boleh berbincang dan saling tegur menegur suami aku?
Sebab terutama aku berpisah adalah apabila emang mula mengungkit masa dan kisah silam aku betapa aku dulu tak bertudung dan bla bla bla,hanya kerana kamu seorang teman lelaki aku maka kamu bebas sesuka hati kamu mempertikaikan mengenainya?kalau zaman dahulu aku mungkin akan menjawab SILA PEGI MAMPOS .
tapi sekarang aku sudah tak kisah,baguslah dah terlalu lama aku mengenali emang,lebih kurang lapan bulan,aku sudah jemu,tepu dan benci.aku sudah bosan menghabiskan masa aku di hadapan komputer.Aku benci apabila dia tidak dapat ditegur.
Kalau kamu bodoh sekurang kurangnya kamu belajar dan bukan hanya kekal bersama kebodohan kamu.Seperti yang aku selalu katakan,kalau kelas agama malas pergi jangan terkejut apabila mendengar hadis hadis yang mungkin kamu tidak pernah mendengarnya sepanjang hidup kamu sebelum itu.Bolehkah kamu sangka kamu pandai dengan ilmu yang bercampur bidaah yang kamu pelajari sewaktu di tingkatan lima?Emang begitulah.
Aku tidak kisah untuk menjadi single sekali lagi,ada teman lelaki kalau perangai lebih kurang setan pun tak guna bukan?
oh ya,aku lupa untuk memberitahu apa kata B yang menyuruh alif menyampaikan khabar kepada aku iatu :beri beliau masa untuk beristikharah,dia takut untuk berkahwin kerana kalau kalau dia tidak mampu menyara bakal isterinya nanti.
Kata Pasa pula,Rezeki dari ALLAH.
p/s :Make somebody happy today. Mind your own business.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/02/2009 07:10:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, May 1, 2009
14.2.2005

hari itu ,angin sepoi sepoi bahasa meniup rambut aku yang tak bersyampu enam hari,gara gara bermusafir ke rumah Intan,sahabat aku yang tinggal di Kubang Buaya.
Tiban memeluk aku dari belakang sambil berposing ala kate winslet dalam cerita titanic.Walaupun dia seorang India namun dia menyukai satu lagu melayu yang bertajuk Kau Ilhamku.Maka sambil memeluk aku,dia menyanyikan lagu tersebut ke telinga aku.
Dah hampir beberapa tahun berlalu,Tiban pun telah selamat menjadi suami orang,aku dah selamat menjadi orang,dan sewaktu terdengar lagu Kau Ilhamku,aku terus teringatkan Tiban.Beristighfar sekejap aku,maklumlah teringat dosa yang bercampur dengan kenangan silam.
AKu sudah cukup serik dengan lelaki India.Hahaha,cukuplah sampai si Kama,sebenarnya selepas beberapa bulan yang lepas aku tidak lagi ketemu kama.aku rasa sudah sampai masa aku move on.Kama pun mungkin telah menerima hakikat,aku memang tidak lagi memiliki perasaan terhadapnya.Ingat dan sayang itu dua perkara berbeza.
Aku tetap mengingatinya namun untuk menyayangi si Kama rasanya tidak lagi.Akhirnya setelah hampir setahun,barulah aku dapat membuang Kama terus dari ingatan aku,maksud aku ingatan bahawa dia pernah menjadi orang yang paling aku sayangi melebihi diri aku sendiri.Sekarang kalau mengingat si Kama,aku terasa ,kenapalah aku ini bengong sungguh.Punyalah banyak lelaki di dunia,laki orang aku cari,mengapa Pasa oiiiii.....
itulah,setiap dari kita mempunyai zaman kebengongan masing masing namun seiring dengan peredaran masa,aku harap semua diantara kita berpeluang untuk bertaubat sebelum maut menjemput kita.
Aku juga teringat akan redouane.Jika aku bersetuju untuk mengahwini redouane bermaksud aku bakal berhijrah ke maghribi dan mungkin akan berakhir dengan tragedi dimana aku menjadi front page harian metro dengan heading "Mahu pulang ke Malaysia"..ha ha ha
Sila abaikan gambar yang agak tidak sesuai ini ya,baiklah,aku nampaknya tidak mempunyai keserasian yang baik untuk kekal dengan satu satu lelaki mungkin kerana aku ini cerewet barangkali.
Baiklah sebenarnya aku sedang berdebar menanti jawapan yang bakal aku terima dari Imam Alif berkenaan aku meminta beliau untuk mengusha seseorang yang sungguh handsome untuk aku.la la la
p/s : opssssssss...terlebih sudah
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 5/01/2009 06:35:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan

