
Datuk aku satu waktu dahulu berkahwin dengan tiga wanita menjadikan aku mempunyai beberapa bapa saudara dan mak saudara yang tidak begitu rapat bahkan tidak begitu aku kenali.Aku telah cuba menjejaki bapa saudara sulung aku yang merupakan salah seorang guru agama di terengganu,namanya Hasbullah.Usianya sudah 71 tahun namun masih tegap berjalan dan sihat bahkan baru baru ini isterinya yang berusia 30 tahun baru sahaja melahirkan anak lelaki yang berusia beberapa bulan.WOW!
Pada mulanya beliau agak terkejut apabila melihat aku dan hubungan mereka dengan ibu aku tidak begitu baik namun harapnya mereka mempunyai pandangan yang berbeza terhadap aku.
Dan insyaALLAH untuk perjalanan ke Kuala Lumpur kali ini,aku cuba menjejaki bapa saudara aku yang nombor tiga iatu Abdullah Tahir,bekas pengurus bank dan kini menetap di bandar baru Bangi.
Aku ingat dahulu anaknya yang bernama natasha Hanani dikhabarkan pada aku melanjutkan pelajaran ke New York ,Amerika Syarikat dan semalam aku telah berpeluang bercakap dengan Natasha kerana aku mahu meminta nombor telefon bapa saudara aku.
Aku telah bercakap dengan Abdullah Tahir yang aku panggil Ayah Teh ini,dia bertanya bermacam macam soalan,bahkan pada awal aku menelefon boleh diberitahukan pada aku bahawa aku silap orang.Macam itu sekali buta saudara.ha ha ha
Aku katakan padanya,aku ingin berjumpa dengannya bukanlah kerana aku ingin menagih wang mahupun meminta pertolongan namun aku ingin mengeratkan silaturahim.Semata mata kerana ALLAH.
Sementara aku dikurniakan tenaga dan rezeki yang ada ini,lebih baik aku gunakan peluang ini untuk mencari saudara mara aku.Dan harapan aku semoga ia mendapat keredhaan ALLAH taala.
Aku pasti ibu aku akan mengamuk gila vavi apabila mengetahui aku menghubungi Ayah Teh aku ini,namun ibu ketahuilah bahawa tiada siapa yang dapat memutuskan silaturahim.Aku telah belajar pengalaman ,jangan pernah memutuskan silaturahim diantara ibu bapa dan kaum kerabat mahupun sesama muslimin jika mahukan hidup yang diberkati oleh ALLAH S.W.T
“Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)
p/s : kamu pula bagaimana?Apa usaha kamu untuk mengeratkan silaturahim?
Tuesday, June 30, 2009
Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.” h/r Bukhari
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/30/2009 08:57:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, June 29, 2009
kamu ingat kamu sorang aja terer edit gambo,aku pun apa kurangnya
tadi petang aku habiskan masa ngan kak Ja ,dari jam 2 hingga hampir 4 lebih,maklumlah time period ini kerja aku menandang (bertandang ) ke rumah kak ja aja.Dah lama aku kawan dengan kak ja ,sekitar lima tahun.Dari zaman rock kapak ,hinggalah zaman aku tak rock lagi,dari gaji aku Rm 300 hinggalah RM 2.... dot dot dot.ha ha ha
kak ja ni satu ajalah aku lemah,bila lagi nak berenti merokok.Aku cadangnya 7 julai ni nak ke Kuala Lumpur,insyaALLAH,buat lawatan versi Wild Wild West sikit,dua hari satu malam,Yang bestnya aku haram tak tahu mana aku nak pergi,best tak,rasa rasanya drebar teksi boleh cekik lah leher aku kali ini.
Aku nak ke Bangsar ,ke sebuah kedai buku yang bernama MPH ,selalu sangat aku dengar orang sebut kedai buku tu,hajat hati nak cari buku agama,kadang kadang order dari Kuantan pun terpaksa tunggu berhari hari kerana pihak kedai buku harus menempahnya dari bahagian Kuala Lumpur.
Aku tak banyak berjalan,ingat lagi azam aku awal tahun hari itu?Aku nak melawat semenanjung Malaysia naik bas transnasional.berjalan ditempat orang ini lagi baiknya dilakukan bersama rakan yang sekepala dengan kita.
bukan tak suka berjalan dengan shasha tapi kadang kadang aku rasakan kita perlukan perubahan.Aku mahu keluar dan menikmati perjalanan bersama dengan orang yang menikmati perjalanan.Aku mahu keluar dari zon selesa aku iatu makan-tido-mengajar-tido-mengajar-makan dan itulah yang diulang ulang selama lima tahun yang lalu.sebenarnya aku juga takut menghadapi dunia yang berbeza dari hidup aku.
apabila kamu takutkan sesuatu kamu harus berdepan dengan ketakutan kamu tapi berlainan pula dengan soal takut mati,takut masuk neraka,maka kamu bolehlah sedaya upaya kamu meperbaiki amalan sedaya upaya yang boleh juga agar kamu tergolong dalam mereka mereka yang beruntung dan dimasukkan ke dalam syurga yang dibawahnya mengalir sungai sungai serta berpeluang berjumpa dengan bidadari bermata jeli.
hidup aku hanya tertumpu pada Kuantan -Terengganu dan kadang kadang Johor ,itupun kali terakhir aku menjejak negeri tersebut adalah sekitar satu tahun setengah yang lalu,manakala kuala Lumpur hanya beberapa kali kerana ada beberapa urusan rasmi (menemani aunty menikmati itik Peking),rasmilah sangat.
Aunty menawarkan untuk tinggal di Hotel berhampiran Puduraya selama beberapa hari namun aku menolak kerana kali terakhir aku mengikutinya,aku terpaksa menunda rancangan untuk ke Twin Tower.AKu tidak mahu pengembaraan aku berakhir dengan mengikuti Aunty ke tempat yang dia mahu,seperti mana aku terpaksa mengatakan Ya apabila dia mahu ke Restoran Sitiman sedangkan aku lebih suka makanan yang terdapat di warung sekitar Uitm.
Bersama Kak Ja,aku harap dapat bertemu dengan kak Nor, jiran yang pernah bersahabat dengan aku.merupakan isteri kedua dan masih cantik.Aku masih ingat betapa aku dan kak nor malam malam buta akan berjalan di kawasan perumahan kami kemudian terkekeh ketawa sampai nyaris terkencing.Kak Nor hanya keluar apabila suaminya mengambil giliran di rumah isteri pertama beliau.oh lupa ingin aku khabarkan suami kak nor telah berpindah ke Kuala Lumpur kerana bertugas sebagai DSP di sana.
Aku rasa aku lebih rapat dengan mereka bertiga kerana kekerapan masa yang kami habiskan bersama,kamu tahulah,jurang usia yang amat besar diantara aku dan mereka tidak menghalang aku untuk terus bersahabat dengan mereka.kak Nor telah pun berusia 41 tahun manakala Kak ja pula 36 tahun,aku 23 tahun.
Aku melihat mereka sebagai isteri isteri yang mempunyai masalah yang tersendiri manakala aku pula mempunyai masalah setiap kali mengenangkan bab kahwin.
Kak ja ini orangnya diluar sangat cantik,cuma hari ini,dia tidak begitu bersiap sedia.Semalam aku ke forum agama dengan kak Ja lah,masuk hari esok,tudungnya dah terbang kemana,namun aku tidak putus putus berdoa semoga ALLAH memberikan hidayahnya pada sahabat aku yang seorang ini.
Baiklah gambar kawasan perumahan aku ini diedit dengan agak melampau namun siapa kata kamera murah tidak mampu menghasilkan gambar yang cantik.Sila abaikan tahun yang tertera kerana aku tiada masa untuk membetulkannya.
Kak Ja kecil molek orangnya,oh ya abaikan perut beliau,tak sempat nak tahan nafas barangkali tadi.Lihatlah,aku dah tukar jenama selipar kepada Asadi,sekarang ,siapa yang memerlukan Crocs?(menyedapkan hati sendiri kerana sayang duit untuk dilaburkan kepada sandal Crocs tempohari)
Ice Cream man yang datang setiap kali sepuluh minit sebelum asar tak melepaskan peluang untuk menyertai entri bergambar kali ini.Rumah lama aku yang berpeti surat warna merah manakala rumah Alan disebelahnya.Rindu aku pada Alan Chong.
pokok inipun aku edit dengan melampau juga.ha ha ha
nak kak Ja,nama dia Syukri Daniel,aku ada masalah dengan nama daniel,agak kurang suka sikit.Tapi tahniah Syukri kerana mendapat 5A dalam peperiksaan kamu baru ini.
kak ja tangkap gambar aku sambil menghisap rokok Pall mall.kata kak ja,rokok makin mahal sekarang,dan kak Ja berpesan pada aku,"Yan,jangan merokok,tak baik untuk kesihatan"sambil menghembus asap rokok dari hidungnya.
kak Ja mengenang masa depannya yang masih kelam.
aku pula saja ingin menunjukkan sarung lengan yang baru dibeli.cantikkan?
anak Kak Ja yang nama Anim.
berlatarkan pokok kari yang Kak ja rembat petang tadi,walau telah dinasihati jangan diambil namun kak Ja menegaskan bahawa dia telah meminta izin pada pokok tersebut.WTF?
namun itu bukanlah alasan untuk aku tidak bersahabat dengan Kak ja.
p/s :kamu,apa khabar sahabat kamu?adakah kau merupakan sahabat yang baik hati atau busuk hati?
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/29/2009 12:13:00 AM 4 kata kata sondolan dan dorongan
Sunday, June 28, 2009
anjakan paradigma belia beliawanis
1. ada forum agama di kawasan tempat tinggal aku,mereka menjemput Ustaz Badlishah dan Dato Siti Nor Bahyah.Aku sebenarnya kurang gemar pada siti Nor bahyah sebelum ini tapi melalui ceramahnya pada hari ini,beliau telah berjaya mengubah hati aku dan membuatkan aku menitiskan air mata,Syabas mere ustazah.
2. tajuk entri diatas adalah berkenaan soalan salah seorang makcik yang bernama hajjah Liza yang menerangkan perkara perkara menarik tentang diri beliau seperti memiliki pingat PJK,merupakan AJK Masjid negeri selain Masjid tempat kediaman aku,sehinggalah para penonton memBOOOO kan beliau maka barulah Hajjah Liza menanyakan soalan yang berjumlah empat patah perkataan iatu "anjakan paradigma belia beliawanis",Syabas untuk Hajjah Liza kerana berjaya membuatkan orang orang ketawa terbahak bahak termasuklah Ustazah Siti Nor Bahyah sekali.
3. Perlulah makcik Makcik dan Pakcik Pakcik mengingatkan diri masing masing bahawa masjid itu adalah rumah ALLAH dan tidak layak membuat masjid berkenaan seperti kepunyaan Bapa saudara makcik dan pakcik ya.Apa ada pada kuasa manusia?Jangan memberhentikan orang orang muda yang ingin beribadat dirumah ALLAH dengan menasihati mereka seolah olah mereka melakukan kesilapan besar.Contoh :
memberhentikan bacaan Al Quran saya di ayat terakhir sewaktu ceramah agama.Bagaimana pula dengan makcik yang menjual ubat kurus di dalam masjid?Jangan sangka orang tua makan garam terlebih dahulu kerana itu suka suka hati kamu nak menegur saya,banyak orang terlebih garam berakhir dengan dihinggap darah tinggi.
tegurlah namun biarlah dengan cara berhemah.
4. Kalau tidak kerana soalan hajah liza,aku sudah pasti disuruh menanyakan soalan oleh Tuan Pengurusi Majlis.namun tak apalah,mungkin aku akan memalukan diri sendiri dengan terkekeh kekeh menahan tawa mengenangkan saat soal jawab hajah Liza tadi.
5. aku nampak B di perkarangan masjid,bersama baju unggu cairnya (jubah)serban berwarna putih,kain pelikat paras buku lali.Aku rasa aku betul betul sukakan B.
B,buat pengetahuan kamu,aku sanggup menerima kamu walau gaji kamu 300 sebulan,apa yang kamu lakukan itu mulia disisi ALLAH.
flora cinta buat B
6. Sungguh aneh perasaan cinta dan rindu ini,selalu mendebarkan hati aku,hati kamu bagaimana?
p/s : Papa,kak long sayang papa,ampunkan dosa dosa kak long terhadap papa selama ini,berikanlah restu papa dan redha papa pada diri kak long.Oh Allah,janganlah Engkau hukumkan ayahku diatas keterlanjuran yang pernah berlaku dalam hidupku
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/28/2009 12:40:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, June 27, 2009
“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .
1. dalam hidup kita yang singkat ini,kita akan belajar beberapa perkara yang akan membantu kita menjalani proses kehidupan dengan lebih baik lagi dimasa akan datang.orang yang cerdik adalah orang yang akan belajar dari pengalaman buruknya dan berusaha sedaya upaya untuk tidak mengulanginya dimasa akan datang.
2.Selain itu kamu harus faham dan mengerti bahawa tidak semua orang akan menyukai kamu,mungkin kamu terlalu berterus terang,bak kata Shasha.Aku memang seorang yang berterus terang,kalau aku tak suka,aku bagitahu dan aku tak suka menanggung marah dibelakang yang menyebabkan aku mengumpat kamu.Sukalah kamu nanti dapat pahala free.
(tiba tiba terfikir,best la Fasha Sandha dapat pahala banyak....)
3.Atau ada orang yang kerjanya asyik merendah rendahkan kamu manakala kamu pula seorang yang membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku kerana tidak ada keberanian untuk memberhentikan si polan supaya berhenti melakukan perbuatan yang sangat annoying itu.
4. Bagi aku,kadang kadang perangai berterus terang aku ini sangat membantu kerana aku meluahkan apa yang terbuku didalam hati aku secara terus ke muka pelaku yang menyakitkan hati aku cuma atas sebab sebab tertentu sahaja aku akan menimbang tara sebelum mengeluarkan kata kata.
Sebab sebab itu adalah,orang yang menyakitkan hati aku itu merupakan mak aku atau bapak aku.ha ha ha...kamu pun sama,sabo ajalah,karang tak bau syurga tahu.
5. itu ajalah untuk kali ini,sebelum dapat bayaran yuran untuk bulan ini,macam macam angan aku,nak ke KL la,nak shopping la,nak beli jam la,nak beli kameralah,nak beli baju raya la,nak buat jubah la,nafsu nafsu...dalam hati aku tiba tiba terdetik alangkah bestnya dapat jumpa reduoane.
6. dikawasan rumah aku ada seorang lelaki yang agamanya Islam dan telah hampir tiga tahun juga aku selalu tersenyum kepadanya hinggalah suatu hari aku berasa letih (untuk senyum kepadanya) kerana dia tidak pernah membalas senyuman aku melainkan menarik muka.Anehnya dia akan bercakap mesra dengan jiran jiran aku yang berbangsa cina.
Dan tiap kali melihat aku (aku percaya orang Melayu lain juga) dia akan memalingkan muka.
7. Aku teringin untuk menanyakan hal mengapa dia dia begitu sombong ,adakah kerana dia seorang bekas pesara pengurus bank?atau kerana aku bekerja dari rumah?atau kerana aku tidak pandai berbahasa inggeris?ha ha ha yang akhir itu mustahil because i am teaching English.
8. AKu senyum bukanlah kerana ingin mengorat kamu pakcik,aku senyum semata mata kerana ikhlas kerana ALLAH,sebagai salah seorang saudara ISLAM kamu.Macam aku sayang pada sahabat sahabat Maya aku walau ada diantara mereka memilih untuk menjadi anon.Aku sayang kamu still ANON...(sambil buat tanda peace)
sekadar renungan untuk kamu dipagi ini
”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]
mengapa kamu masih sombong wlaau didalam badan kamu ada satu atau dua kg kotoran yang berbau?
p/s :tajuk entri diatas adalah petikan dari surah Al Mu'min :ayat 76
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/27/2009 08:39:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Thursday, June 25, 2009
Aku benci hakikat yang aku masih sukakan kamu
Napa aku jeles walaupun aku bukan makwe kamu lagi.WUARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...sekian.
Dalam konteks yang baik dan bukan yang dengki bercampur khianat,kenapa kita orang perempuan (eceh,kita...macam chef Wan la pulak),kalau dah berpisah dengan pakwe yang amat kita kasihi,kita tetap tak mahu mereka berkahwin kalau boleh dan menunggu kita sampai mati.
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa aku harus cemburu sedangkan sudah lama mati perkataan kau dan aku.
Kenapa?
Kenapa?
gambar yang bertanya "kenapa "
p/s : boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, sedangkan itu baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”, AlBaqarah 216.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/25/2009 10:49:00 PM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, June 24, 2009
pencinta Che Det.
1 . Pertama sekali tak perlulah kamu risau dengan perkataan yang aku tulis seperti WTF yang kadangkala ada dihujung ayat aku,kamu tidak perlu risau akan amalan orang. Yang patut kamu risau adalah amalan kamu.Ceh,Pasa tulis gaya tak boleh terima nasihat orang.
2 . Aku bukan maksum dan bukan juga orang yang sabar namun aku masih mencuba sedaya upaya aku untuk menghilangkan perangai buruk aku ini.Kamu begitulah,jangan asyik melihat kesalahan orang sehingga terlupa akan kesalahan sendiri yang mungkin kadangkala dua kali lima sahaja dengan aku.
3. Aku ke Bank ,mengeluarkan wang RM 500.00 untuk membayar rawatan cleaning gigi aku dan juga hadiah hadiah yang dibeli untuk semua anak murid aku.Nampaknya janji aku untuk membuat jamuan KFC tidak tercapai,itulah perlunya untuk mengucapkan insyaALLAH.Bukan tidak mahu naun mengenangkan tiada siapa akan membersihkan sisa sisa jamuan itu nanti maka aku rasa lebih baik membelikan mereka akan sesuatu yang sama.Mudah dan tidak pening kepala.
4 . Anak anak murid aku yang telah dewasa seperti Aiman,Asfar,Norma dan juga Izwan serta Imam Alif ,insyaALLAH mungkin aku akan membawa mereka menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur.Teringat akan Ketam Goreng Kunyit yang dibelanja oleh Pak Haji Jabar tempohari.Bapok sedap.Bapok bapok sila jangan perasan ya.la la la
5. Aku telah melihat jam yang diingini namun harganya boleh tahan juga,sekitar lima ratus lebih dan ia kedengaran bukan seperti aku.Shasha menawarkan jam Guessnya pada harga RM 250.00 (pesen dua tahun lepas).Shasha,tolonglah.Aku dinasihatkan untuk tidak membeli Nike,kerana kualiti jamnya yang tidak bagus,tapi aku secara peribadinya merasakan ia bergantung atas pemakainya,kalau kamu seorang yang cermat,jam RM 10 pun boleh tahan sehingga sepuluh tahun.
6. hubungan dengan Emang berjalan seperti biasa,membosankan.Mungkin kerana dia tidak disini .Aku harus membuat keputusan yang betul kerana jika emang telah menjejakkan kaki ke bumi Malaysia maka aku harus menepati janji untuk menikahinya.Namun,ada tapinya,istikharahlah jawapannya.
7. Aku rasa sebenarnya perasaan aku semakin berkurang semenjak aku mengetahui bahawa aku sukakan Bilal tersebut,tetapi soal cinta kamu tidak boleh memaksa dan dipaksa serta terpaksa.Aku suka beliau,wajahnya berseri seri sentiasa walau baju yang dikenakan adalah baju yang sama.Sekarang soal wang tidak lagi menjadi soal yang utama kerana rezeki itu ditangan ALLAH.ALLAH yang memberi rezeki.
8. sekarang aku menggosok gigi sekitar sepuluh kali sehari,selepas makan sebelum tidur,setiap kali sebelum solat dan begitulah,janganlah terkejut,aku pun mandi enam kali sehari.Mandi sebelum bersolat dan bersiap siaga diawal waktu.Aku pelik bagaimana kamu boleh bersolat tanpa mandi mahupun membersihkan gigi kamu terlebih dahulu.Bukankah yang kamu mengadap sewaktu sedang solat itu adalah Raja Seluruh Alam ini?.Dan aneh juga bila kamu bersiap secantik cantiknya apabila kamu mahu menemui teman lelaki atau teman wanita kamu.
9. Gigi aku masih sakit,sensitif dan berdenyut,semoga ia menjadi kiffarah bagi dosa dosa aku selama hari ini.Dahulu jika ada orang berkata bahawa mereka sakit gigi aku hanya mencebikkan bibir,sekarang tahulah aku,sakit gigi lebih sakit dari sakit kepala.Aku masih merasa sakit dan itu petanda yang bagus,kerana aku masih mempunyai nikmat rasa dan juga pasti ada orang yang lebih sakit dari aku,contoh orang yang mempunyai penyakit hati.la la la
10. Sebelum aku meninggalkan kamu untuk ke kelas Aqidah (ramai yang suka belajar fekah tapi kenapa tak ramai yang mahu mempelajari Aqidah,kalaulah mereka meluang masa sepuluh minit untuk mempelajari Aqidah,tentulah mereka tahu bahawa sebenarnya tiada SIFAT DUA PULUH bagi ALLAH di dalam ISLAM)
11 .Ya Allah,tolonglah buat hati aku lembut setiap kali ibu dan bapaku meminta bantuan,jauhkanlah aku dari berasa susah hati mahupun benci kepada mereka.Jadikanlah hati aku kasih kepada mereka dan begitulah juga mereka.Papa masih meminjam wang.tapi itulah,bukan setakat papa aku,kamu juga aku mahu pesan,JAUHILAH HUTANG.JANGAN BERHUTANG dan kemudian menyusahkan orang sekeliling kamu.Kenapa kamu mahu menggunakan perabot mewah kalau setiap bulan kamu harus makan mee maggi?
p/s :fikirkan apa yang aku tulis dan kamu dah bayarkah hutang hutang kamu pada orang yang kamu hutangi?atau pura pura lupa dengan harapan semoga pemberi hutang halal dan redha.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/24/2009 09:39:00 PM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Pilih Kasih terhadap kanak kanak yang belum baligh adalah perbuatan bodoh .
Apa yang aku mahu dalam hidup aku ini?
A) menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah dengan baik,sekarang aku dah tukar selera,dah kurang suka mengenakan tudung pesen arab,aku nak pakai jilbab la pulak,apa yek nama dia dalam bahasa Malaysia mudah?jilbab-lah ya?
Seiring dengan peningkatan usia aku ini,aku mahu menjadi lebih baik.insyaALLAH.
B) soal beli kereta dan rumah tidak ada dalam kepala aku sekarang,entah kenapa,aku tertanya tanya juga mengapa memandangkan kawan kawan aku semuanya sedang mempunyai aim yang sedemikian rupa,kalau boleh semua mahu ada kerja bagus bagus,ada rumah kereta dan laki yang kerja ganas ganas.
Dalam kepala aku juga hanya nampak bayangan Mekah dan menunaikan Haji dan sedang melawan nafsu aku ini yang adakalanya singgah pada jam jam berjenama.(oh ya aku harus membeli jam)Jam oren yang berjenama levis milik aku telah aku berikan pada salah seorang saudara aku.
Nampaknya kali ini aku harus membeli yang benar benar berbaloi dan tahan lama,Aunty menyuruh aku mendapatkan Elle,ok dia tak suruh,hahaha aku yang mencadangkan sendiri kerana aku lihat aunty telah mengenakan jam yang sama selama enam tahun.
Mengenang saat ingin membeli jam ini aku teringat suatu kisah,dulu semasa dalam proses membesar,semua orang dalam keluarga aku speerti mak mak saudara dan bapa bapa saudara selain nenek selalu membeza bezakan aku dengan adik lelaki aku yang usianya selang satu tahun dari aku.
tetapi dalam sepuluh tahun yang lalu ,aku agak rapat dengan ibu kandung aku.Bolehlah dikatakan sebagai teman baik.Ibu tinggal berhampiran dengan rumah nenek aku,manakala aku tinggal bersama nenek kerana dirumah nenek aku mempunyai bilik sendiri,tidak seperti rumah ibu yang merupakan sebuah bilik kecil yang bersambung dengan restoran kepunyaannya.
(tiba tiba aku rindu dengan ibu)
Baiklah,setiap kali cuti sekolah,mak mak saudara aku akan pulang dari Johor dan Kuantan untuk bertemu dengan nenek aku,bolehlah dikatakan mereka kan tinggal dalam tempoh masa paling kurang satu minggu.
maka pada kepulangan mereka kali ini,ibu saudara aku yang datang dari johor iatu Mak Su Ma (masih ingat lagikah kamu akan kisah aku ditawarkan untuk membuka tadika cawangan sebuah syarikat gergasi dijohor?)
Mak suma membawa pulang hadiah,tetapi bukan untuk aku,ianya adalah untuk adik lelaki aku iatu sepasang jam tangan yang sungguh unik,permukaan jam tersebut menggelembung seperti buah strawberry,aku waktu itu berusia dalam lingkungan dua belas tahun.
Kerana aku masih kecil walau fizikal aku tinggi mengalahkan budak tingkatan tiga maka aku mengamuk dan menangis,puas aku meminta mak aku agar membelikan jam tangan untuk aku namun seperti biasa,mak aku ,haramlah nak keluar duit untuk mengikut kemahuan aku.
jam adik aku pandang puas puas selain hati aku mengandungi dengki dan khianat beserta doa agar jam tersebut hilang atau pecah dipijak orang.ha ha ha namun ianya hanya hilang selepas dua tahun.ha ha ha sekali lagi.
moral cerita aku adalah,bagi adik adik yang selalu berasa ditindas sewaktu membesar oleh saudara mara atau kerenah birokrasi (eceh) maka tanamkanlah azam dan kuatkanlah tekad untuk belajar bersungguh dan berjaya serta memilikinya dengan hasil titik peluh kamu sendiri.
Percayalah ia lebih manis apabila kamu bersusah payah untuk memiliki sesuatu dengan hasil usaha kamu sendiri.itulah yang aku alami apabila pada 2007,aku telah membeli berdozen dozen keronsang mencecah harga Rm 400.00 dan aku hadiahkan sebahagiannya pada Mak Su Ma.
Dan adik aku yang menjadi pujaan saudara mara suatu ketika dahulu pada saat ini masih hidup ditanggung nenek aku selain malas bekerja.
p/s :jangan beza bezakan anak anak atau adik kamu kerana mungkin orang yang kamu beza bezakan itu suatu hari nanti akan menolong kamu.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/24/2009 06:52:00 AM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, June 23, 2009
apa ada pada usia kalau tiada ilmu dan amal
tiba tiba aku terdengar lagu yang redouane suruh aku dengar suatu ketika dahulu,manalah bekas pakwe aku itu pergi ya?Dah balik Morroco atau masih lagi mengajar di Malaysia.
Aku rindu pada redouane.
Aku cuba ingat alamat email dan nombor telefonnya,tapi tidak berjaya.
Yang ada hanyalah beberapa keping gambar.
Aku harap redouane bahagia walau dimana sekalipun dia berada.
Ada sesiapa pelajar di UniKL?Barangkali ada yang kenal sama pensyarah Fizik (yang diajar dalam bahasa Perancis)oleh redouane.
aku percaya tiap yang berlaku ada hikmahnya kerana itu aku tidak begitu melayan akan perasaan aku yang berterbangan kesana kemari setiap kali nama Redouane muncul di benak aku,kalau ada yang masih tidak mengenali redouane bolehlah berbuat demikian dengan menyemak entri lama aku.
Sekarang ini kan aku masih berhubungan dengan emang dan sungguh tidak manis jika aku menayangkan gambar si redouane dengan aku together gether di airport,bukan?Aku pun mungkin sakit hati ,tapi berdasarkan satu pengalaman aku dengan emang yang berlaku tempohari ,rasanya aku ini mungkin orang kuat semangat.
Kerana password bagi email emang adalah nama bekas teman wanitanya iatu Karina.WTF?
hahaha
Aku beginilah,setelah apa yang berlaku ,malas lagi untuk memeningkan kepala dengan melengkapkan syarat bagi pasangan bercinta iatu harus merajuk dan memujuk.Aku dah tua.Teringat kata kata sahabat aku yang mengingatkan aku bahawa aku tidak tua dan masih muda namun entah mengapa mengapa aku merasakan bahawa aku sangatlah tua.Adakah aku menghadapi krisis usia?
oklah,aku nak bersiap siaga untuk solat Asar,pada Anon yang suka bagi ceramah agama pada aku,kamu tahu aku kenal siapa kamu kan,tak perlulah guna nama Anon.
Dan semoga terhibur dengan lagu uji rashid di blog aku ini,ajak mak kamu sekali membaca blog aku supaya dia dapat mengimbau kenangannya bercinta sama ayah kamu dizaman dolu dolu.
p/s :aku tua
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/23/2009 01:04:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, June 22, 2009
kepada haters yang bersusah payah meninggalkan komen di shoutbox aku ini
ok.thank you
sila datang dan memaki lagi tahu,bukan senang nak dapat pahala free ini.
Kalau boleh hina lagi,itu ajakah yang kamu mampu tulis.
oh ya,gunakan aja nama yang sama sebab aku tahu kamu orang sama
buat lenguh aja tukar tukar nama ni.
khas untuk haters tersebut,ingat lagikah senyuman ini?
ada bezanya bukan.
sekarang aku telah menunaikan kewajipan aku sebagai seorang wanita Islam,kamu bila lagi?
p/s :aku agak budak budak remja penah fobia dengan nama bersejarah mrsKAMA di astro @15.Wake up ok,ini bukan zaman menabur duit secara tidak berhemah diruangan chat tv.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/22/2009 11:02:00 AM 7 kata kata sondolan dan dorongan
Sunday, June 21, 2009
setiap orang dari kita bertanggungjawab terhadap gigi mereka masing masing dan memiliki karang gigi (tartar) sungguh tidak cool
semalam selepas dua hari menikmati cuti dari mengajar yang tidak terlalu sia sia menjadikan aku berkesempatan untuk berkunjung ke klinik pergigian bagi memeriksa kondisi gigi geraham aku yang ah!
nak kata tercabut,tak tercabut
nak kata bengkak tak bengkak
nak kata jangkitan gusi bukan jangkitan gusi
takkan tua tua begini gigi geraham hendak tumbuh?
namun yang menariknya,insyaALLAH selepas seminggu,aku harus kembali kesana untuk membersihkan gigi supaya bebas dari sejenis menda alah yang disebut karang gigi atau tartar.ok jangan cebik mulut ya
kemon! kamu pun ada...lalala
gambar merupakan gigi hiasan pemilik blog ya.
memiliki gigi yang bersih adalah penting,ini adalah salah satu nikmat dari ALLAH.kamu tidak akan tahu menghargai dan mengerti nilai sebatang gigi hinggalah kamu tidak lagi bergigi.selama dua minggu tidak dapat menikmati nasi dengan sempurna barulah aku sedar,sungguh nikmat ALLAH ini tidak mampu aku hitung,terlalu banyak...
Maha Besar ALLAH.
aku pun dah mula membeli mouthwash dan juga menggunakan ubat gigi sensodyne.bukanlah bermaksud mulut aku ini busuk tapi bukankah jika memiliki bau nafas yang menyegarkan itu merupakan suatu perkara yang baik untuk diri kamu dan orang disekeliling kamu juga.
Teringat cerita ibu saudara aku yang memiliki sahabat yang mana hampir separuh dari giginya diselaputi dengan karang gigi.Dia telah putus tunang sebanyak tujuh kali kerana masalah ini.Tapi pada fikiran aku ,hal hal seperti jodoh ini adalah urusan ALLAh,tidak adillah jika menyalahkan beliau.
namun dari suatu segi,kamu boleh mengambil faedahnya,katakanlah kamu memiliki karang gigi yang agak banyak,selama ini mungkin kamu tidak menyedarinya kerana tidak disedarkan oleh sesiapa,maka apabila kamu membaca blog aku ini,apa kata sekarang kamu ambil cermin dan lihat ,tenung dalam dalam,apakah kamu seorang pengumpul tegar karang gigi.
secara tidak langsung aku telah berjaya menyedarkan kamu tanpa kamu terasa malu apabila ditegur oleh sahabat sahabat kamu.bukan aku kenal pun kamu kan?
contohnya,aku.Aku mempunyai tabiat jika bercakap dengan seseorang maka titik utama yang pertama sekali aku lihat adalah giginya,aku tidak tahu mengapa dan sungguh tidak adil membuat penilaian terhadap diri seseorang berdasarkan gigi mereka.
Dan bukankah aneh memiliki pepatah yang berbunyi "jangan menilai manusia melalui karang gigi yang terdapat di celah gigi mereka".ha ha habaiklah ,lupakan ini namun aku benar benar memaksudkan soal kamu harus bertemu doktor gigi bagi memastikan bahawa gigi kamu merupakan gig yang sihat.
Sungguh aku mahupun kamu tidak mahu hilang gigi gigi yang kita kasihi sebelum usia mencecah separuh abad bukan?
p/s ; sekarang ini aku telah mengikuti promosi tm iatu kol mana mana talian tetap di seluruh Malaysia untuk 24 jam setiap hari pada harga RM 10.00.tinggalkan telefon bimbit anda,marilah sama sama kita membawa telefon rumah pula.Dan siapa siapa yang ada telefon rumah,kalau berasa bosan dan memerlukan teman berbual mahupun meluah masalah,saya sedia mendengar.Saya kan baik.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/21/2009 12:23:00 AM 5 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, June 19, 2009
REUNION SMTD,WTF?
begini ya,aku malas nak tulis perkataan seperti babi dan sial,sebab aku bukan macam itu secara berterus terangnya.
Aku sedang beronline dari rumah Shasha di terengganu dan sebelum mendapat tahu bahawa reunion di sekolah aku dibatalkan.
Dan dalam beberapa jam lagi aku akan kembali ke Kuantan bagi menemani Shasha membuat assignmentnya di Kuantan?wtf?
Baru datang,lepas dua jam kembali ke kuantan balik.
ujian....ujian...
p/s :semoga kamu dan aku sentiasa dijadikan ALLAh sebagai orang orang yang berlapang dada
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/19/2009 02:34:00 PM 5 kata kata sondolan dan dorongan
seronoknya kalau dapat smack down kamu sambil nyanyi lagu smack that
Masa kamu baca entri ini aku mungkin sedang berada didalam bas menuju ke Terengganu.
(hei kamu tahu,aku rasa seolah olah aku tidak mahu berkahwin dengan emang,sebab dia mahu aku berpindah ke Amerika)
aku mahu berada di Malaysia.
aku suka Malaysia.
Aku suka Najib
Aku masih mahu melihat wajah Rosmah Mansor.Oh,kamu tahukah Azrene Soraya,isteri Fadzley itu merupakan anak Rosmah Mansor.Tahniah lah Cik Rosmah,dah bergelar nenek.
Ayat kedua terakhir sila baca dalam nada sarkastik.
Apapun diharapkan abang Najib dapat memerintah Malaysia dengan tulus.Laungan slogan 1Malaysia janganlah hangat hangat tahi ayam seperti Pak Lah dulu.Apa yang disumbangkan Pak Lah pada negara hanyalah slogannya iatu Cemerlang,Gemilang,Terbilang,Temberang.
Shasha bergaduh dengan kekasih hatinya kerana memilih untuk menyambut ketibaan aku dari berkunjung ke Johor Bahru.pesan Shasha aku haruslah mengingati pengorbanan yang telah di berikan oleh beliau seumur hidup aku.
Brikut adalah gambar Shasha dan bakal kakak ipar beliau.InsyaALLAH,shasha adalah yang berhandbag pink jenama Guess yang diberikan oleh teman lelaki beliau.
Baiklah,saat saat ini apabila mengenang soalan seperti bila mahu kahwin,aku terasa seolah olah mahu smack down wajah orang yang bertanya.Aku sedang bahagia begini dengan cara aku sendiri,dengan cinta-web-cam aku,tak perlu dating,tidur,ym,check email,mengajar,tulis blog,tukar status di facebook,atau berutus surat dengan abang kepada emang yang huh,boleh tahan hensem juga ---->Ingat aku tiada kehidupan kah?
Internet itu satu kehidupan juga ,walau dalam spesis maya namun lebih baik dari menjadi kera sumbang,soal kamu menggunakan internet untuk melayari laman web porno itu bukanlah urusan aku.
lupakan semua cerita diatas,aku sedang berperang dengan salah satu perangai aku yang jelik.doakan aku berjaya.Setan itu memang mengalir dalam pembuluh darah anak adam...
p/s:..........................................
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/19/2009 08:33:00 AM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Thursday, June 18, 2009
Entri ini gaya p/s aja
p/s :besok ke terengganu.
ada reunion pada hari Sabtu
pengalaman naik bas dua tingkat macam setan aja rasanya.
Sabarlah.
Sheila telefon aku,dia suruh aku teka siapa dia,aku tak cam suara beliau.Dia pun cakap,ini akulah Sial.
Lama dah orang tak sebut perkataan sial pada aku.
Lama sungguh.
Nate mu Sheila
ok ,selamat tinggal sayangku..
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/18/2009 07:05:00 AM 7 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, June 17, 2009
Kamu tak tahu,rasanya hatiku,saat berhadapan kamu....
Dari sejumlah dua puluh enam orang murid yang aku ada,separuh dari mereka mendapat keputusan A dalam matapelajaran yang diajar oleh aku.(Bahasa Malaysia,Inggeris,Maths)
Mereka dapat A kerana izin Allah diatas usaha mereka sendiri manakala aku cuma pum pam pum pam menjerit sana sini.
Jauh dari sudut hati aku berasa gembira dengan pencapaian mereka.Suang Meng (anak murid aku) tentulah lebih bahagia apabila mendapat B bahasa inggerisnya apabila sebelum ini keputusannya seringkali gagal.Baguslah.
Maka ,memenuhi permintaan anak murid kesayangan aku (kononnya)ha ha ha,pada 7hb Julai 2009 ini,insyaALLAH jika masih panjang umur dan diberikan nikmat rezeki yang berpanjangan,suatu majlis makan makan akan diadakan dan dianjurkan oleh Rabiatul inilah.
KFC,Big Apple donut dan Mee Hoon Goreng berserta air root beer A&W.Aku kira ayam sekitar 70 ketul .Akujuga ingin meminta mak aku memasakkan mee hoon udang kering tersebut.Dari aku mengupah orang lain memasaknya baik aku upah mak aku kan?kan?kan?ha ha ha
Aku tidak mahu berkira kerana risau kalau kalau ALLAH berkira dengan aku.Kamu tahukah cara untuk mendapatkan rezeki yang murah.
Dari dulu lagi dah aku khabarkan,bukan dengan cara berjumpa bomoh siam.dia tidak dapat memberikan manfaat mahupun mudharat pada kamu.
ingat sifir ini
Siapa beri rezeki
ALLAH
siapa menahan rezeki
ALLAH
siapa pemberi maanfaat
ALLAH
siapa yang berkuasa
ALLAH
kekuasaan ALLAH itu mencakupi semua perkara.
Jadikanlah solat dhuha sebagai amalan tetap kamu sebagaimana aku menjadikan ia amalan tetapku (ada masa dalam kurang lapan kali sepanjang setahun yang lalu aku tidak terkejut kerana terbongkang tidur)
Jadikan Surah Al Waqiah sebagai bacaan kamu setiap hari sebelum kamu tidur .
Jaminan ALLAH itu pasti,Jaminan manusia banyak yang mungkir dan mungkar.
Sekali lagi ,tidak percayakah kamu akan jaminan dan janji ALLAH.
Aku telah memasuki Juzuk Kedua Al Quran,Masih lagi didalam Surah Al baqarah.Dan berhenti di ayat ke 186 yang membawa maksud :
"dan apabila hamba hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang AKU,maka sesungguhnya AKU dekat.Aku kabulkan permohonan orang orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada KU.hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)KU dan beriman kepadaKU agar mereka beroleh kebenaran."
Dalil Allah itu dekat bukanlah bermaksud ALLAH dimana mana ya.
jangan salah faham.
teringat seseorang mengatakan aku masih perlu mendalami ilmu agama aku yang kurang ini.Rasanya benar,bukan aku sahaja bahkan kamu dan dia sendiri perlulah menambah ilmu agama masing masing.Kita tidak akan pandai dan mengetahui dengan setakat ilmu agama yang kita perolehi sewaktu tingkatan lima (banyak bidaah dari Sunnah)
Aku tergelak apabila mendengar salah seorang penceramah mengajar para pendengar supaya mengamalkan zikir zikir yang tidak terdapat dalam Sunnah Rasulullah...manusia....
Blog aku bukan lagi macam dahulu,aku juga bukanlah model mahupun isteri orang atau orang orang popular,aku cuma menulis selain untuk bacaan aku,ia juga adalah untuk memastikan bahasa Malaysia aku terus berfungsi dengan baik.
Maklumlah hari hari bergelumang dengan Bahasa inggeris menjadikan aku tidak lagi petah berbahsa Malaysia .wohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhooooo...
oklah,sebelum aku berundur,i sound stupid if i speak Malay,boleh gitu?
p/s :ada satu lagu tajuk dia Masih Cinta dari Kotak,aku tak mahu dengar,aku tahu ini dari setan sebab ia melalaikan,tapi kenapa tiap kali aku dengar tiba tiba aku nampak muka Cik Kama.FHTE+_FOKNBKIBFED*%^*$#* sungguh
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/17/2009 08:32:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, June 16, 2009
Sudah tidak sabar rasanya bekas pelajar untuk bertemu aku.
kali ini aku tidak dapat menulis dengan panjang lebar kerana terlibat dalam majlis perjumpaan semula bekas bekas pelajar Sekolah Menengah tempat aku belajar suatu ketika dahulu.
Niat aku satu sahaja,ingin kembali ke sana untuk meminta maaf dengan beberapa orang (atau mungkin semua) yang pernah terasa hati dengan aku.Apapun aku doakan kamu semua memiliki peluang untuk meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah kamu lukakan hati mereka sebelum kematian menjemput kamu.
Aku ketemu B dua hari berturut turut.Bukan main bersinar wajahnya bekas air wuduk.Oh!.....Sungguh hati aku tertawan.
p/s : aku meminta maaf kepada semua pembaca blog aku jika ada diantara entri entri aku menggugat perasaan kamu sebagai seorang manusia.Sedangkan Akil Hayy buat silap,inikan aku.la la la.ok.Maaf akil Hayy
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/16/2009 02:54:00 PM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, June 13, 2009
Buaya Darat itu tidak mengira lelaki mahupun wanita
pasti kamu tertanya tanya mengapa aku sudah jarang menulis,sebenanrya kalau kamu mengikuti blog aku dari awal,aku menghadapi masalah untuk konsisten dalam sesuatu perkara seperti ini.Menulis dan mengenang kembali.
InsyaALLAH ,jika mengikut perancangan asal aku akan kembali ke Terengganu sekali lagi untuk mengambil bahagian dalam majlis perjumpaan semula bekas bekas pelajar sekolah aku.Peluang ini akan aku gunakan sepenuhnya untuk meminta maaf kepada mereka mereka yang pernah mengenali aku.Maklumlah usia kita rahsia ALLAH.Bila bila masa boleh mati dan alangkah baiknya jika kita mati tanpa perlu menanggung permintaan maaf terhadap orang lain.
Baiklah aku meminta maaf dan menebalkan muka sekarang dari menunggu masa di hari pengadilan kelak.
tiada apa apa perkembangan yang terbaru dalam hidup aku melainkan aku hanya akan memulakan kelas mengaji seperti biasa bermula hari isnin ini.Kata Nadia (ustazah aku) ,insyaALLAH jika dia mendapat tawaran belajar maka kelas bersama aku kan diberhentikan buat sementara waktu.
Dan aku,takkanlah aku mahu duduk semata mata tanpa berusaha mempertingkatkan ilmu aku yang lebih kecil dari kangkang kucing ini,bukan?
Aku memikirkan dan berkira kira untuk ke rumah Imam Alif untuk mempelajari Al Quran di rumahnya,dapat 30 minit setiap hari pun sudah aku anggap lebih dari mencukupi.sekurang kurangnya aku berusaha dan aku mahu.
Au tidak meletakkan target untuk khatam Al Quran,seriously,ia bukanlah main point aku.Yang aku mahu adalah agar lisan aku fasih untuk menyebut ayat ayat ALLAH.Aku tidak pernah merasakan aku terlalu tua untuk mempelajari AL Quran kerana aku merasakan lebih baik bersusah susah sekarang.
Diwaktu aku masih muda,bertenaga,mata masih elok------>Ingat lima perkara sebelum lima perkara.Dan aku cuba sedaya upaya aku juga untuk menyimpan wang berjumlah RM1000.00 setiap bulan,insyaALLAH.
kamu ada cita cita?
aku pun ada...
Apa dia?
Aku mahu menunaikan ibadah haji disaat aku masih lagi muda,mampu menunaikan kewajipan yang terdapat didalam ibadah haji.AKu tidak bercita cita untuk menjadi professor atau doktor.terus terang,aku bukanlah seorang yang bercita cita tinggi.Bagi aku setelah apa yang aku lalui,aku akan cuba menghargai apa yang aku ada sekarang dari membayangi untuk memiliki sesuatu yang lebih baik.
Aku mahu memperbaiki hubungan aku dengan kedua orang tua aku.Mungkin aku bukanlah anak yang baik untuk mereka namun aku akan cuba yang terbaik selama mana syurga untuk aku masih terletak dibawah kaki mak aku.keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa aku.
apapun,semoga hari kamu bermula dengan baik dan penuh kemanisan yang disulami keimanan.Ingat pesan aku,jangan terpedaya akan dunia,jangan jadi kabur dengan wang ringgit,oh ya,bagi kaum lelaki berhati hati dengan sutera,ia haram untuk kamu,waima di beritahu bahawa kain yang kamu beli mengandungi setitik sutera,maka ia tetap haram untuk kamu.
Air segelas jika dicampur setitik arak maka zatnya telah bertukar dari halal kepada haram.
p/s: Ramai yang takut mengenakan kasut kulit babi sedangkan mereka terlupa,kasut kulit buaya dan ular pun haram juga.Ada sesiapa diantara kamu yang menu hariannya adalah ULAR dan BUAYA?
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/13/2009 06:11:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Thursday, June 11, 2009
masih terbau bau nasi minyak nenek berserta jeritan jeritan manja dari aku mengarah anak anak kecil agar mengangkat kain kain yang aku jemur dijemuran
aku baru sahaja sampai di rumah Aunty sekitar jam 2 pagi (semalam).
Aunty pun selamat pulang dari Kota Suci Mekah Al Mukarammah,berserta kurma Nabi dan sepasang jubah berwarna coklat untuk aku,oh tak lupa juga air zam zam.
Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar mengikut ketetapan ALLAH swt.
pengajaran yang aku perolehi dari pulang ke kampung :
1) aku sangat gembira apabila berpeluang memberikan hadiah kepada bapa bapa saudara,ibu ibu saudara,nenek serta adik beradik aku.Sekali sekala pulang apa salahnya membelanjakan rezeki yang kamu peroleh untuk dikongsi bersama sama mereka.Bukankah lebih baik dikenang kerana kebaikan dari keburukan.
2) Kadang kadang ada umat umat manusia ini terdiri dari kalangan mereka yang tidak bersyukur.Contoh :
a) kamu memberi mereka hadiah,dan adakalanya membantu mereka masa susah
namun mereka bertindak memalukan kamu dihadapan saudara kamu yang lain
dengan menengking kamu,mempersoalkan masa silam kamu,memberikan kamu
perasaan fobia untuk pulang ke kampung lagi.
Maka untuk orang orang seperti ini,harus kamu ingatkan didalam hati kamu bahawa mereka bukan ALLAH,bukan TUHAN,kita tidak meminta ampun kepada mereka,dan mereka tidak mampu memberi mudarat dan manfaat kepada kita waima sedikit pun.
Kebaikan yang kamu lakukan kepada mereka adalah kerana ALLAH .
itulah yang aku alami.Namun Sabarlah Rabiatul,syaitan itu hadir dalam berbagai bagai rupa,mengalir didalam pembuluh darah anak cucu Adam.
baiklah,lupakan saja peristiwa yang membuatkan aku berasa untuk berhenti berbuat baik kepada hamba ALLAH yang masih belum mendapat petunjuk ALLAH untuk menjaga lisannya.Seorang muslim yang baik tidak akan menyakiti muslim yang lain dengan tangannya atau dengan lisannya (lidah).
Marilah kita bersama sama menyoroti perjalanan aku pulang ke kampung aku yang terletak di Pulau Serai.Aku mengambil gambar sebanyak yang mungkin kerana rumah nenek aku berkemungkinan besar akan dirobohkan pada bila bila masa sahaja.
Aku ke Balok ,menuju kerumah ibu saudara aku sebelum bertolak ke Terengganu pada keesokkan harinya.dibawah merupakan aksi aksi seorang ibu yang masih belum beranak .Johson & Johnson tolong telefon aku kalau berkeinginan untuk menjadikan aku sebagai model ok.
abaikan lengan beso.gambar diambil jarak dekat.
cara mendakap bayi dengan betul,waktu waktu inilah aku ingin memiliki anak sendiri.oh!!!!!!jika tidak mengenang akan kesukaran meneran...

oh Sungguh!aku benar benar ingin beranak sekarang.Comelnya!!!!!!!!!!
sedang aku bergembira di balok,Aku mendapat text dari eiman menyatakan bahawa dia telah berjaya mendapatkan passportnya.ALHAMDULILLAH.kegembiraan bertambah dan aku semakin bersemangat membuli semua anak anak kecil yang ada disekeliling aku.
abaikan dinding yang bercorak abstrak itu ya kerana biasalah,bukankah telah aku katakan dari awal lagi bahawa ia bakal dirobohkan,lambat atau cepat sahaja.









ada tak gaya emelda marcos?
seisi menunggu penjaja ikan yang menjual ikan melalui van van yang datang dari rumah ke rumah.terima kasih untuk nenek saya atas tajaan tudung ini.
bakal pengganti Hafiz Af 7
ok,ini baju kurung kedah nenek aku yang tak muat kerana aku terlalu tinggi,kain pelekat adik lelaki aku,dan kasut tutup kaki dari jenama asadi.bukanlah merupakan gambar yang ingin aku kongsikan bersama kamu .


p/s : bak kata pepatah ,gambar mengatakan sesuatu yang lebih bernilai dari seribu kata kata.dalam erti kata sopan,tak perlulah aku explain semua,tengok aja gambar ini...
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/11/2009 12:27:00 PM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, June 5, 2009
saat ini Lagu sudirman bermain main di dalam kepala aku.Apa dia?yang ada hooo hoooo itulah
baju baju telah dikemas.Check
buku buku untuk diberikan hadiah kepada para ibu bapa telah selamat diserahkan.Check.
Semua bil telah dijelaskan kecuali astro.Check.
Rumah Aunty telah dikemaskan.Check.
Bersiap untuk balik kampung .check.
menulis blog untuk bacaan kamu.Check.
sebenarnya aku tidak pasti atas tujuan apa kamu atau menulis blog,sesetengah dari kita berkata ,menulis untuk kepuasan diri,tapi pedulikanlah apa yang mereka kata.
Ada juga yang sibuk memberi pandangan dan komen dan penyudahnya menggunakan kata kata seperti nothing personal,bukankah semuanya bermula dengan peribadi?Apa salahnya kalau menulis dari sudut personal dan menggunakan pandangan peribadi?
oh lupakan apa yang aku tulis diatas kerana untuk entri ini aku hanya ingin mengucapkan selamat tinggal pada teman teman maya yang selama ini selalu membaca blog aku,sama ada sipi sipi atau pun secara tetap.terima kasih untuk perhatian yang kamu berikan dan setelah beberapa aku sedar...
kita tak perlu menjadahkan orang untuk membuat orang menyukai kita kerana dengan akhlak yang baik itu bukankah lebih menambahkan rasa sayang manusia pada kita?woooohhoooo...
Selamat balik kampung bagi yang akan balik kampung seperti aku.Selamat bertemu dengan mereka mereka yang telah lama kamu tinggalkan.Selamat tinggal dunia internet.Selamat tinggal emang.semuanya bersifat peribadi.
p/s :selamat menjawab soalan seperti bila mahu kawin pada rabiatul ini.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/05/2009 10:52:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, June 1, 2009
ini bukan entri terakhir.
saya sudah lama merasakan ini iatu :
saya semakin malas menulis dan saya bosan dengan hubungan jarak jauh saya.Saya benci.Mungkin berehat seketika dari mencoretkan apa apa sahaja akan menjadi perkara terbaik buat saya.
hari ini saya berjalan jalan ke Kuantan Parade,yang mana merupakan suatu perkara yang telah lama saya tinggalkan.hampir empat tahun.Saya ke sana ditemani sahabat saya seorang isteri orang yang beranak enam.
Kami bergelak ketawa hingga nyaris nyaris saya membasahkan jubah saya dengan urin...Dah lama saya tidak ketawa.
sejak tidak boleh solat,hati saya tidak tenang,saya menghadapi kesukaran untuk tidur malam.Nikmat tidur saya telah hilang.Dan sungguh aneh,jika kamu selalu bersolat malam,jadual tidur kamu akan menjadi sungguh teratur.
Menerima lawatan Encik Haid menjadikan saya bingung.Besok saya akan mengemas rumah Aunty,masih tinggal 9 hari sebelum Aunty dijangka pulang ke Kuantan,insyaALLAH.Saya pula akan pulang ke kampung,insyaALLAH.
saya gembira untuk meninggalkan dunia internet,emang dan rakan rakan saya di dunia maya,rindu mungkin ada sedikit,namun tidak terbanding dengan kerinduan saya terhadap Aunty.
p/s : rindu membawa saya terbang jauh ke Mekah.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 6/01/2009 02:25:00 AM 3 kata kata sondolan dan dorongan

