gila ah berdebar masa ambik test,maklumlah i suka berkongsi makanan.i ingat hiv merebak melalui perkongsian makanan melalui air liur.Walaupun ia tidak merebak melalui cara itu namun i dalam masa yang sama tidak sanggup mengambil risiko.
Apapun resultnya adalah negatif,ALHAMDULILLAH HIRABILALAMIN
I mintak maaf because i jarang update lately,ini kerana i sibuk ronda ronda Kuantan.dari Inderapura ke Jalan besar,Jalan Sekilau ke Jalan pasar. Dan pusing balik ke Taman Gelora kemudian isi minyak motor yang mencecah sepuluh ringgit setiap dua hari.
i dah daftar jadi jemaah haji namun tahunnya lambat lagi iatu 2026,i rasa mereka patut mencari penyelesaian bagi masalah untuk menunaikan haji ni,i tak tahu sama ada masa itu i hidup atau dah pun mati.Sedih i.
i dah ambik borang nikah walau sebenarnya i tak tahu i nak menikah dengan siapa.
p/s ;aneh,ramai yang takut polis dari takut ALLAH,i memang tak dak lesen moto tapi hati i bulat,TAWAKAL TU ALALLAH.kamu sibuk suruh i jangan langgar undang undang jalan raya,yang kamu langgar undang undang ALLAh tak rasa bersalah pulak.undang undang ciptaan manusia semudah 123 aja boleh dilanggar.
Thursday, July 30, 2009
H.I.V negatif
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/30/2009 07:10:00 PM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, July 27, 2009
Rabiah @ Ruby/Pasa a.k.a Pussy?????WTF
assalammualaikum
tak jawab ,dosa.hahaha
mesti you all think yang i mungkin sedang gila meroyan menulis kan?maklumlah,kalau you merupakan pembaca i yang setia,you akan tahu i ini memang pemalas yang ampun orangnya.i cuba juga get rid of perangai i ni.Dulu i rajin entah napa sekarang i malas.Semua menda pun nak suruh bibik yang datang setiap hari khamis itu membuatnya.
i tak dapat tidur malam ini,i biasanya kalau time period memang tak boleh tidur.Tak pelah,insyaALLAH harap dapat dijadikan kiffarah dosa i yang mencecah langit itu.
kamu tahu apa terjadi malam tadi,i bawak skuter i ke restoran favourite i iatu Restoran Shaz (mamat bangla yang tebar roti canai itu sungguh hensem,tak layak jadi penebar roti).Kawan baik i iatu Kak ja atau nama sebenar dalam ic beliau adalah khadijah bt Abu Hassan telah tergolek jatuh dari skuter i.
Alhamdulillah i tak tergolek sama.Sekarang barulah i nampak faedah menjadi orang yang tinggi dan besar...la la la
i tergelak kamu tahu,sampai sakit perut.Dah lama i tak gelak macam tu.Tapi i istighfar juga takutlah kalau terlalu gembira.you all bukan tak tahu.Tak baik gelak berdekah dekah,macam gaya setan aja (i guna ayat orang kampung i).Oh ya,i harap pihak tv hentikanlah rancangan bodoh diorang yang selalu buat lawak dan memaksa orang gelak for nothing.
Salah satu yang i selalu nampak apabila iklan menggantikan rancangan kegemaran i (pada masa tertentu) iatu Muqadimmah : seorang lelaki bertopi merah menyanyikan lagu yang penghujungnya tv9...Isma ke apa nama dia.TOLONGLAH.ANNOYING sungguh
ok,sekarang kita berbalik kepada kehidupan i ;i hidup macam biasa,alhamdulillah and you dont have to tell the world how bad ibu bapa yang you ada.belajarlah bersabar.I ini mak i punya lidah lebih tajam dari azwan ali tapi i menten relaks aja.Bapak i pun sama.tapi kadang kadang,sebagai manusia yang sentiasa dikelilingi syaitan apabila lalai dari mengingati ALLAH,i pun kadang kadang marah juga.
so what kalau i tak boleh isi gambar i suap menyuap nasi dengan bapak and mak i dalam blog i ni?lantaklah?i dont care.orang macam i ini ALLAH dah tahu apa yang baik dan terpatut,you all jangan rasa simpati pula dengan perjalanan hidup i,sebelum you all simpati dengan hidup i baik you all simpati dengan diri you all sendiri.
you all tahu esok i nak ke pejabat kadi untuk mengambil borang nikah dan menemani kawan i menyerahkan borang permohonan untuk bercerai.Ironi sungguh.apalah pelik,kuasa ALLAH.
later on i have to go to Tabung haji and looking forward to know about the pilgrims.lepas tu lagi ke Sam Son servis butang meter yang i tak tahu berapa km sejam i ride.
oklah,i better get some nap.i dont want to wake up and see myself as a zombie.
p/s ; i know memang annoying when i suddenly tukar my identity in writing.guess what,i am minah saleh to be.LOL
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/27/2009 04:53:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Sunday, July 26, 2009
Innalillah hiwainnalillah hirojiunnn bukan hanya untuk kematian sahaja bahkan apa jua musibah yang melanda
i masih terkejut dengan pemergian yasmin Ahmad,memanglah dia bukan sesiapa dengan i tapi janji ALLAH itu benar.Kalau dah sampai ajal sekejap aja tak kira tengah meeting atau tengah berchatting,tengah berzina pun ada tapi nauzubillahminzalik.
marilah you all sama sama dengan i berdoa agar kita mati dalam cara yang baik atau husnul khatimah dalam bahasa arabnya.
i sekali lagi ingatkan diri i dan you all.mati tak kira bila dan masa,kalau sudah sampai waktu,you all akan mati tak kiralah jika you all bersembunyi di tembok besi sekalipun.you all dah bersiap sediakah?you all masih memandang remehkah soal aurat?
you all masih guna alasan tunggu sampai serukah?I bukan apa,i takut juga kalau mati yang jemput you all datang terlebih dulu dari seru yang you all tunggu.
I tau you all tak ambik serius apa yang i cakap tapi i cuma nak kasi tahu,i cuma menyampaikan,you all dengar tak dengar terpulanglah.hidayah hak ALLAH,berdoalah untuk mendapat hidayah.
p/s : i bukan sesiapa pada you all tapi kalau you all cerdik dan pintar,you all akan ambik apa sahaja perkara baik yang i nyatakan.kalau you all bijak dalam berurus niaga,you all tidak akan mensia siakan amalan untuk hari akhirat.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/26/2009 07:11:00 PM 0 kata kata sondolan dan dorongan
teringat tragedi natrah,teringat pula ada yang sanggup menukar agama demi cinta
Sedikit waktu yang kau miliki
Luangkanlah untukku
Harap secepatnya datangi aku
S'kali ini ku mohon padamu
Ada yang ingin ku sampaikan
Sempatkanlah
Sebelum kamu mula membaca karangan i kali ini,i cadangkan kamu hayati ayat ini bersama sama.Yelah ,i tahu kamu suka sangat perkara perkara yang melalaikan kamu dari mengingati mati dan Allah ini bukan.Mengaku ajalah,i pun kadang kadang terbabas juga maklumlah i manusia biasa.Yang pernah buat silap.Dosa mencecah langit....
i nak ubah perangai i yang suatu ketika dahulu rajin ke masjid tapi sekarang i pergi bila i nak aja.Sekarang i rasa Allah dah beri pinjam i skuter Naza yang (jarum KM dia tak bergerak) cantik itu elok benar dibawa ke masjid dan ke kelas kelas agama.
i tahu kadang kadang i prefer layan astro box office sambil makan pop corn yang i beli di Tunas Manja dari menemani Aunty ke masjid.
I memang kecewa dengan diri i.i tidak istiqamah namun i sentiasa berdoa agar ditingkatkan iman i selain ALLAH beri i kekuatan melawan setan setan yang mengalir dalam pembuluh darah kita.Semalam i jerkah satu pasangan berkasih di taman depan rumah i .I cakap
" kamu pikir ini taman maksiat???????????"
i sakit hati bila tengok benda benda begini yang semakin banyak semenjak dua menjak ini,dulu i sabar,i kasi nasihat baik baik tapi bila i baik dia lalu depan i di press ( kenapa guna press ha?) minyak sampai berkepuk kepuk asap keluar.Siapa yang setan sekarang.
I geram kalau tengok buak budak muda yang entah dari negeri mana,sambung belajar di Kuantan,menetap di perumahan i and then buat perkara perkara macam ini.I nak tanya pada you yang girl girl semua ini,you rasalah lelaki lelaki yang menyungkurkan diri you all ke tilam murah (kalau nasib baik) atau atas rumput (kurang bernasib baik) :mereka mahukan you all jadi isteri mereka kah?
kita perempuan jangan jadi bodoh sangat .lelaki lelaki macam ini semuanya hidung belang,i kalau ikutkan nafsu marah i ni dah lama i ketuk mereka dengan selipar Bata i.baru mereka tahu.Dah dekat Ramadan.Bawak bawaklah ingat ALLAH.Ingat mati,ingat bahawa you all mati takkan bawak kenangan cinta you all tetapi perlakuan dan amalan you all.
i tahu mak i sendiri cakap i sekarang aja baru berubah ,dahulu perangai i macam setan.tapi tak apalah mak,yang penting ALLAH tahu i dah berubah.Kata orang nak berubah kena perlahan lahan.i pun setuju masalahnya dalam perlahan lahan kita tahukah ajal kita?
i tak mahu tangguh untuk bertaubat bila usia i 40 tahun sedangkan esok mungkin i mati.tak pun tengah tidur nanti...Mati,siapalah yang tahu.
*********************************************************************************
i tak tahu kenapa orang masjid jarang senyum pada i,kadang kadang i senyum sampai ke telinga tapi mereka alihkan muka,adakah kerana i bukan ajk masjid?Masjid itu rumah ALLAH bukan rumah kita.
p/s : i sebenarnya kecewa namun i tak mahu ingat benda yang membuat i kecewa tu....i suka dikenali sebagai orang yang baik baik dari dikenali sebagai orang yang jahat.i tahu ramai yang bertudung,tapi i mahu dikenali sebagai orang yang menutup aurat.i tahu banyak orang bercakap tentang akta kebebasan beragama tapi i mahu mati sebagai orang islam dan beriman....i tahu i used to be a bad person,but i dont have to be bad no more.you know i learned my lesson.A long,long time ago....
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/26/2009 12:21:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, July 25, 2009
Semalam lampu merah,tapi i bantai jalan jugak
Duit Motor : RM1000
Lesen L :RM 180
Jubah (5 pasang ) : RM150.00
Aunty ;RM 100
Api :RM 20
Internet/Astro /Telekom ;RM300
Ustazah (2 0rang) :RM 100
Bibik ( 4 kali seminggu ) :RM 12 x 4 kali = RM 48
Makanan (Mama hantar ) = Seminggu RM 35= RM 35 x 4 = RM 170.00
Minyak Motor : RM 50
Jumlah besar : RM 2118.
beberapa bulan ini i bakal kurus,insyaALLAH.Berapa bil kamu sebulan?I macam biasalah.Ini yang tertinggilah setakat ini.I sebenarnya ada unsur nak pengsan juga melihat angka yang tertera.
Bukan apa ,i ingat kalau belanja macam ini biasanya time i ada bibik dulu,tapi tak sebanyak inilah.
Subuh subuh tadi i dah bertolak berlatih bawak motor di kawasan bandar Kuantan,malam sebelumnya pula i menjadi ahli Rukun tetangga kawasan perumahan i.Tipu?Memang i tipu,tak kuasa i ok,tapi nak ditakdirkan ALLAH,jam satu pagi semalam i keluar dari rumah Aunty bersembang dengan kawan i yang tak boleh nak berhenti hisap rokok iatu si Kak Ja.
I dengan baju tidur Victoria Secret yang dibeli empat tahun lepas beserta seluar bunga bunga dan tudung labuh i melabuhkan punggung di tengah tengah padang permainan disini.
tiba tiba kamu tahu i nampak apa? I nampak seorang lelaki yang sedang meninjau ninjau untuk memecah masuk ke dalam rumah seorang jiran kawan i yang mana mereka tidak pernah berpeluang (mungkin tidak mahu) bercakap sepatah perkataan pun semenjak mereka menduduki rumah itu.
I pun called police and I suruh diorang mai tapi you all tahu pihak polis sila buka mata,kalau orang buat report,tolong jangan ambil masa yang lama sangat,silap silap i kena bunuh dulu barulah kamu datang.
***********************************************************************
next Day
*********************************************************************
i ke bandar dan kesana sini,ke jalan beserah,jalan besar dan jalan mahkota untuk membiasakan diri i dengan jalan jalan raya,diwaktu sibuk dan waktu tak berapa sibuk,sebenarnya i sendiri tak percaya yang i boleh bawak skuter i.
I tau ini semua adalah dari ALLAH,kalau ALLAH tak bantu i,jangan haraplah i nak keluar.i know i have a chicken heart kalau bab jalan raya ini.ALHAMDULILLAH.
**********************************************************************
next day lagi
**********************************************************************
i sakit tekak kena berehat tak boleh tulis banyak.Oh ya,kamu ini napa ya,suka baca blog i tapi malas sungguh nak kasi tau i kamera yang bagus untuk i beli,tak baik tau kedekut ilmu.
terima kasih pada yang bagi tahu,nanti i survey
p/s : i tak takut polis,i takut ALLAH.Ada undang undang yang lbih besar dari undang undang jalan raya iatu undang undang ALLAH
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/25/2009 04:13:00 PM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Thursday, July 23, 2009
i bosan kena marah bila dah bergelar wanita dewasa



aku betul betul kecik hati,sampai hati papa cakap aku rosakkan handy cam dia.tak apalah.Papa ambik balik semua yang papa bagi kecuali hanset pda itu ok.yang itu i berat hati nak kasi sebab ring tone dia semua lagu sedap sedap,nanti kalau i guna hanset bunyi nokia 3310,semua orang pakat gelakkan i ok papa.berat hati i nak berpisah dengan kamera ayah i yang tebal gila itu.
Walaupun dalam hati i malu menangkap gambar menggunakan kamera ini namun tidak dapat dinafikan sumbangannya didalam kehidupan i.Berikut adalah gambar gambar terakhir yang sempat i tangkap petang tadi.
jalan yang menuju ke rumah i...kalau kamu dah datang ke kuantan,singgahlah rumah i,i suka menerima kunjungan tetamu.
kerusi yang i selalu duduk diatasnya apabila ingin mengintai anak jiran i yang berbangsa india suatu ketika dahulu.Boy,masih ingatkah kamu kenangan kita dikejar sama ibu bapa kamu kerana menyangkakan kita bakal kawin lari?
tangan i,i rasa i kreatif juga.bukan senang nak mengambil gambar dari sudut sudut begini.Kenapalah i perasan sangat beberapa hari ini
jari i.kamu teka la i pakai cincin saiz berapa?
suatu sisi gelap sebelum menuju kerumah bekas teman lelaki i - MR.K
Abaikan tarikh yang tertera,i memang penyelak orangnya .Penyelak maksudnya tak sabo sabo.i rasa i ada bakat juga bab bab menjadi jurugambar.
Sebenarnya i tak lah terasa hati sangat maklumlah beliau kan bapak i tapi i geram juga kalau kamu dah bagi i hadiah tiba tiba kamu ungkit itu ini begitu begini sedang i tak ungkit ungkit.Kalau macam itu baik kamu tak payah kasi i apa apa.
Sekarang ini i tengah survey kamera yang murah murah tapi cantik,i akui i memang agak berkira kira soal membeli barang.i sayang duit ,rasa macam tak berbaloi tapi bila jadi macam ini baru i tahu memang patut kita memilikinya atas usaha kita sendiri.
Janganlah kita mengharapkan orang lain untuk membantu kita.kalau orang itu baik alhamdulillah tapi bagaimana jika mereka dari jenis yang kerja buat baik dan dalam masa yang sama mengungkit ?lagi satu kalau kamu nak marah orang beria ria kenanglah kebaikan orang yang kamu marah itu.
macam i,walau kadang kadang i nak marahkan kamu tapi i sabar,i anggap kalau tak dak kamu yang baca blog i ini tiadalah perhatian lagi yang akan i dapat.
i tak kisah kalau kamu dulu seorang yang rapat dengan i tiba tiba kamu hilang tanpa kesan,mungkin kamu suka i tulis sambil menyumpah nyumpah tapi kamu jangan lupa,i ini manusia biasa, suka pada perubahan yang menghala kepada kebaikan.
I tau ada diantara kamu yang terikut ikut gaya i menyumpah tapi nasihat i memanglah nampak funny tapi i tak mahu orang menganggap i seorang yang bermulut puaka sedangkan i seorang yang sopan santun lagi penyayang orangnya.
Subuh tadi i alhamdulillah dapat menunggang skuter i di jalan raya.i cuba hilangkan kenervesan i terhadap jalan raya.I rasa i patut menghadiri kursus jalan raya kembali.Beberapa kali juga skuter i mampus ditengah jalan,tapi i usahakan,steady dan tawakal tu alallah.
i memang jenis yang berdikari,i dah lama merantau di negeri orang.I berasal dari terengganu tapi membesar di Kuantan semenjak dari kecil dan terus terang i selalu anggap i orang Pahang.Bagi i kalau sambut hari pertama di rumah orang lain selain family i memang i tak kisah,entah kenapa.
Tapi i agak itu ada kena mengena dengan sejarah i masa dalam proses pembentukan menjadi remaja akil baligh suatu ketika dahulu.Bagus jugalah untuk i .tak adalah i dengar lagu Dendang Perantau sambil makan biskut tart nenas dan menyeka air mata pada hari raya pertama.
i macam tak percaya i akhirnya berada di atas jalan raya bersama sama pemandu yang nak ke pasar,yang hantar anak ke sekolah,yang dah merempit dan yang berbagai bagai lagi.i berasa syukur pada ALLAH kerana kalau tidak keranaNYA i pasti dah kena demam kura memandu di jalan raya.
Kalau i tak bantu diri i ,tiada siapa dapat membantu i.papa i pun tak bantu.i malas nak membebel sebab mata dah mengantuk.i awal lagi dah warning kepada pengedar motor naza ria iatu si Sam Son,kalau motor i rosak,siap sedialah untuk berjumpa i.i kan seorang yang pendesak.
oklah.kamu pun tentu dah bosan baca cerita i yang macam hapa ke_ _ _ _ _ ini kan.I pun sama.
p/s : kamu ada cadangan untuk i bagi beli kamera?i tak mahu yang mahal,nak yang murah ok tapi pixel fine.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/23/2009 10:39:00 PM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, July 21, 2009
Allah beri pinjam

baru sampai petang tadi
lepas kena marah dengan papa aku.
aku marah papa aku balik
aku ini anak yang tak mengenang budi
nasib baik ada papa
adakah sama sebuah motor dengan bapak kamu?
kalau berjaya habis bayar motor ini dalam masa yang aku mahukan
insyaALLAH aku mahu hadiahkan untuk papa satu.
TUnggu...
ALHAMDULLILLAH,terima kasih ya ALLAH,aku tidak pernah berharap untuk ini tapi kau pinjamkan nikmatMU untuk aku.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/21/2009 01:24:00 AM 5 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, July 20, 2009
kamu bolehlah panggil aku minah skuter nanti...ok
Hari Selasa ini ,InsyaALLAH ,sampailah skuter aku yang i have no idea at all nak bawak menda alah itu macam mana.Menurut pengalaman kali terakhir aku bawak sekuter aku itu adalah pada empat tahun lepas sambil pakai hot pants dan t shirt ketat .Entah sekuter sapa aku rembat.
Tapi terima Kasih ALLAH,dah lima nam tahun aku jalan kaki,menyusahkan anak anak murid aku,dari yang belum masuk universiti sampailah dah habis belajar,aku selalu menyusahkan orang,tak pun menghambur duit pada drebar teksi bernama Pak Haji-akhirnya nanti aku bolehlah ke mana mana tanpa ada rasa risau lagi.InsyaALLAH
Semalam juga mak aku telah muncul membawa beratus ratus set keronsang yang ekslusif dan yang tak berapa exclusive.Aku beli lah beberapa anak keronsang sekadar nak mengembirakan hati ibu aku.Aku lihat banyak sungguh perubahan ibu aku kali ini.
Aku bertanya pada ibu sama ada dia sanggup atau tidak untuk membuka perniagaan taska bersama aku.Biasalah,senyuman sopan menunjukkan tanda tak mahu.Tak mengapalah.
Aku akan cuba menyelesaikan semua ini satu persatu.Selesaikan bayaran hutang sekuter aku dalam masa lima atau empat bulan,INSYAALLAH.kemudian barulah aku fikirkan tentang sama ada aku mahu meneruskan rancangan aku untuk membuka taska.Mungkin aku akan memikirkan untuk memulakan perniagaan taska yang berkonsepkan lain dari kelas bahasa inggeris yang sedang aku jalankan ini.
Konsepnya : BERPATUTAN DAN mengajar tahfiz concept pada masa yang sama.Ok tak?Imam Alif ada menyuarakan hasrat beliau,tapi macam biasalah aku pun kena cakap tunggu.Gila kau,sana sini duit,itu begini duit....Mesti ada perancangan,ini perniagaan bukan trip kamu ke Mydin ok?
********************************************************************************
entri ditulis selepas satu hari kerana sibuk pergi kelas mengaji Al quran di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah di kuantan,yang diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 2.30 petang.orang kuantan,mari mengaji.
*******************************************************************************
Gila ah,aku menghubungi salah seorang pasangan yang menawarkan untuk kerja sebagai pengasuh di Ireland.Gaji EU 400 kira kira dalam 1800.00.tolak kamu kena jaga anak pasangan itu dua puluh empat jam,tolak penat kamu mengurus rumah (dah serupa bibik pun),penat kamu tak dapat raya di kampung,penat tak dapat ikut kelas mengaji -TIDAK BERBALOI.
Aku suka kerja pengasuh or dalam bahasa inggerisnya the nanny.Aku time muda muda dulu agaknya terpengaruh dengan cerita The Nanny Named Fran.
Walaupun dah bekerjaya sendiri tapi aku masih suka merisik risik kalau kalauada pekerjaan yang sesuai untuk dilakukan oleh aku pada waktu siang.Ianya bagi menghilangkan tabiat aku yang suka membongkang selepas selesai sahaja menunaikan solat Dhuha.
Bagi yang inginkan kemurahan rezeki,amalkan solat dhuha dan al waqiah.Jadikanlah amalanmu.
Oh ya,tak boleh tulis banyak banyak,letih ,tak sabar nak melihat skuter yang dibeli oleh aku.Sekarang baru aku faham makna yang dikatakan oleh Faridah iatu :jika kamu memiliki kenderaan yang kamu miliki dengan hasil titik peluh kamu sendiri akan menjadikan kamu berasa puas.
Dalam kes aku,aku sebenarnya tak rasa apa apa sangat melainkan berharap agar aku dapat menghadiri lebih banyak kelas Al Quran.Aku dah banyak sia siakan masa.Entah esok ,entah hari ini,aku akan menghadapi malam pertama aku didalam kubur.kamu pun sama.
p/s :...tak ada apa apa....
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/20/2009 06:25:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, July 17, 2009
Surat Buat Ika
Hari ini aku nak menulis ikut gaya hati dan unsur unsur dakwah gaya Waheeda wassini harus dihentikan seketika.
Aku tergamam terkejut terpana tahap raksasa gogon apabila menerima request dari bekas pelajar sekolah aku dahulu yang merupakan kawan - tak - rapat aku.Dia sudah memiliki keluarga sendiri.Family you allz!!!! (Gaya Azwan Ali)
Dia bergambar dan berposing atas riba suaminya...dan oh oklah,kata aku dalam hati ,sama cantik dan padan.......Napa gaya jahat aja aku sebut ni.
tapi tak apalah,buat Ika,selamat berbahagia dengan keluarga tercinta.Saya macam inilah awak.Masih bujang.Bukan kerja gomen macam awak tapi alhamdulillah,saya bahagia dan gembira ditemani nasi lemak dari restoran Lina.
Awak janganlah terkejut melihat perubahan saya,sama ada dari segi imej mahupun saiz badan maklumlah manusia berubah hari hari.Saya mengajar sekarang.



Saya masih tidak mempunyai anak ,yalah jika tidak berkahwin bagaimana mahu memiliki anak bukan.Namun harapnya gambar gambar ini cukup untuk membuat Ika dapat melepaskan rindu Ika terhadap saya selama ini.Mereka semua anak anak murid saya.
Ika jangan percaya gosip gosip bahawa saya pernah berkahwin,itu semua tak benar,saya perempuan yang bebas untuk menentukan pilihan sama ada untuk berkahwin dengan B atau Eiman.(tapi B tak nak kahwin)
Eiman pula duduk di Amerika,walaupun macam macam orang cakap pasal keputusan saya untuk menamatkan zaman bujang saya dengan eiman namun saya tak kisah kerana yang nak berkahwin saya ,bukan mereka.Saya dah penat Ika bercinta dan usia saya bukan muda lagi (tiba tiba rasa macam usia 38 tahun walau usia sebenar hanyalah 23,sama dengan Ika)
Saya tak pergi bercuti kemana mana hanya kadang kadang mengikut ibu bapa pelajar saya pulang ke kampung mereka.Saya juga baru menerima pelawaan untuk menyambut hari raya di Kelantan bersama keluarga Imam Alif.Ika janganlah pelik kerana saya ini orangnya tidak kisah.Apabila tidak kisah,saya maksudkannya iatu sambut raya dimana mana ok.
Berikut merupakan gambar saya yang mengikut Hajah Anida pulang ke kampungnya di Temerloh.
Hal hal yang berkaitan dengan pinjam barang tak reti pulang agak saya kisah.
Saya dah pindah dari rumah lama saya,sekarang menetap bersama Aunty angkat saya.Menumpang mengajar dirumahnya tetapi diharapkan saya diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk memiliki sebuah taska.Saya tidak tahu mengapa Ika,tapi saya suka anak anak.
Terima kasih ika kerana berjaya membuat saya membuka album gambar saya yang telah begitu lama tidak dipandang.Maka dikesempatan yang saya gunakan untuk diri sendiri dan juga ika untuk menyiarkan gambar yang mencuit dan mengusik hati saya untuk sekian kali.
Memori tinggal dirumah lama dan memori kehilangan berat badan berjumlah 15kg hasil dari diet epal dan soya.
saya rindu bau bilik ini,yang saya gunakan untuk menonton tv dan juga bersolat serta berehat rehat.
Empat bulan selepas berpisah dengan Encik K...Gila ah,memang mencabar sampai saya bertindak melakukan tarian sumazau di tepi jalan raya.
saya suka gambar ini kerana ekspresi wajah saya.tiba teringat quote dari Loreal,kerana diriku begitu berharga.
ok,jubah putih yang sekarang rasa macam dah jarang digunakan kerana memiliki jubah yang baru.Dan tiba tiba teringat juga ,mungkin jubah ini boleh dijadikan karangan bentuk bibliografi yang bertajuk "Jubah yang dilupakan".
oh my god....comelnya saya.ha ha ha
aksi perempuan kampung.
ok ini merupakan gambar yang saya suka dari sudut wajah namun saya tertanya tanya mengapa kelihatannya seperti saya tidak berdada?
p/s ;ika,mintak maaf sebab selalu jeling kamu tanpa sebab sewaktu disekolah dahulu.Percayalah saya masih anak anak waktu itu
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/17/2009 06:27:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, July 14, 2009
Adakah aku ini kelihatan seperti orang yang sanggup menganiaya orang lain mahupun haiwan ternakan kamu
Adakah aku ini patut dituduh sebagai pelempar batu kepada anjing yang dimiliki oleh jiran sebelah rumah aku?
WTF?
Aku mengaku dahulu satu waktu aku ada menyembur air apabila anjing itu menyalak tak henti henti pada aku tapi itu lain,yang ditanya dalam nada sindiran yang tersembunyi disebalik kesopanan adalah ,sama ada aku melempar batu yang hampir mengenai kepala anjing jiran sebelah rumah aku.
Kepada Uncle.you nak repot polis,lantaklah ok,ramai saksi aku dan satu lagi,yang kamu rotan anjing kamu separuh mati itu kamu tak heran pulak?
Bodo punya cina.Geram aku.
p/s :AS SABARUL MINAL IMAN>>>> ucap pada diri sendiri
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/14/2009 10:58:00 PM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, July 13, 2009
Makan nasi sambil merenung mata buah hati kamu dalam dalam mengasyikkan bukan?Ya,Syaitan memang pandai memanipulasi orang orang seperti kita
Aku baru balik dari makan di warung yang terletak dengan bersebelahan Universiti Teknologi Mara yang terdapat di kawasan rumah aku.Namanya Warung Mat Nor,disinilah aku sering menimakti nasi goreng cina berserta telur goreng setiap hari kecuali beberapa hari ini apabila aku menukar selera aku untuk mencuba Nasi Omar yang disediakan dalam pakej ekonomi.
Nasi omar jangankan aku kamu sekalipun belum tentu pernah mendengarnya,sejarahnya adalah apabila salah seorang pelanggan tetap di gerai tersebut gemar memakan menu yang sama setiap hari.Nasi ini disediakan pada harga RM 2.00 iatu khas untuk pelajar pelajar uitm yang acapkali tidak kecukupan wang.
Apa yang menarik pada hari ini adalah aku bertentang mata dengan B..AH,cuma dia menikmati minum petang di warung yang bersebelahan.Walaupun berkaca mata,aku selalu menanggalkan cermin mata aku tiap kali makan kerana tidak selesa.tetapi demi B,agar penglihatan aku lebih jelas dan clean & clear ,aku pakaikan juga cermin mata merah ini.
AKu tahu kamu dalam hati mesti cakap aku ini mata keranjang.Biasalah teman lelaki jauh diperantauan dan entahkan datang bulan ini atau tahun hadapan.maka marilah tuan puan ,kita pelbagaikan pilihan.Jangan hanya mengharap pada seorang lelaki sahaja.Harap pada ALLAH tak apa kerana ALLAH tak mungkin janji.Aku malas nak menyebut kenangan aku yang berlemon lemon banyaknya tentang janji manusia ni.
Apapun buat B,semoga ceria ceria selalu (versi sampaikan salam di THR)
Aku harap kamu doakan agar aku berjaya memiliki skuter naza Ria Blitz 150 c dan dapat menghadiri kelas mengaji Al Quran dengan senangnya.
p/s :salam sayang buat bloggers yang selalu baca blog aku .
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/13/2009 06:22:00 PM 1 kata kata sondolan dan dorongan
p/s : i love you
aku jarang berpeluang menonton drama,tapi tahniah astro,kamu berjaya membuat aku menangis teresak esak untuk filem ini.Mungkin aku ketinggalan jauh namun percayalah ,aku hanya menonton titanic selepas sepuluh tahun...
Entah kenapa aku menangis.
Mungkin kerana aku memang penangis orangnya.
atau kerana aku sedih tidak dapat bercakap dengan teman lelaki aku.Dan tidak dapat berkongsi cerita cerita yang aku lalui seharian dengannya,Percayalah juga tiada siapa yang dapat bertahan mendengar cerita aku melainkan dia.
Aku suka cerita sedih...yang akan buat aku menangis macam orang mati laki.mungkin kerana aku susah untuk menangis dihadapan orang maka aku akan gunakan peluang yang ada sewaktu menonton cerita,drama atau movie untuk menangis dengan penuh sedu sedannya .Takkan ada orang perasan kerana mungkin mereka akan menyangkakan bahawa aku sedang menghayati cerita.
Mungkin juga kerana eberapa perkara sedih yang telah mula hilang dan tidak lagi menghantui hidup aku.Akhirnya ,setiap kelukaan pasti akan sembuh juga yang penting berilah masa untuk ia mengubati segalanya.Jangan terlalu memaksa.
Selasa ini aku akan ke kedai motosikal untuk membayar deposit untuk membeli sebuah skuter yang berjenama Naza Ria,ini ada kena mengena dengan guru agama aku.Aku dapat rasakan dia tidak dapat mengajar aku untuk jangka masa yang lebih lama dan untuk mencari guru agama yang rumahnya terletak agak ceruk di perumahan aku ini memerlukan aku memiliki kenderaan.Skuter pun kenderaan apa.
InsyaALLAH.
I just want to see you
When youre all alone
I just want to catch you if I can
I just want to be there
When the morning light explodes
On your face it radiates
I cant escape
I love you till the end
I just want to tell you nothing
You dont want to hear
All I want is for you to say
Why dont you just take me
Where Ive never been before
I know you want to hear me
Catch my breath
I love you till the end
I just want to be there
When were caught in the rain
I just want to see you laugh not cry
I just want to feel you
When the night puts on its cloak
Im lost for words dont tell me
All I can say
I love you till the end
p/s : aku menangis untuk perkara yang sia sia yang tidak akan membantu aku pada malam pertama di kubur nanti.Entah mengapa hati masih terselit rasa suka.Mungkin aku lupa,sebenarnya aku juga manusia macam kamu juga walau badan aku dan tinggi aku lebih dari kamu berkali kali.Aku juga lemah.....mungkin lebih lemah dari kamu
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/13/2009 12:11:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, July 10, 2009
“When people hear good music, it makes them homesick for something they never had, and never will have
aku selalu mengalami masalah untuk melupakan bekas bekas teman lelaki aku.Dari beberapa hari yang telah lalu aku asyik teringatkan Reduoane.Tiada apa yang dia tinggalkan untuk aku melainkan kenangan berupa sebuah lagu yang bertajuk Whiskey Lullaby nyanyian Brad Paisley,bukan ditujukan pada aku.Menurut ceritanya ,guru bahasa inggerisnya telah meminta Redouane untuk mencari makna bagi setiap patah perkataan yang terdapat dalam lagu tersebut.
Ah...Aku sebenarnya telah berjaya memblock otak aku dari mengingati cerita cerita yang telah lepas namun ada sesuatu berkenaan Reduoane ini,dia telah membantu aku keluar dari kepompong Kama.Berjaya membuatkan aku lupa pada laki orang yang#(#$*$*_#@_@ itu.
Terima kasih Redouane,kerana selalu mengajar aku bahasa Arab.
Tapi itulah,yang dikatakan semua orang,hidup perlu diteruskan ,anggaplah pengalaman yang berlalu dalam hidup kita sebagai panduan serta pengajaran yang berguna pada masa hadapan.
Manusia berubah,kamu berubah,aku berubah,opah aku pun sama.Semua orang berubah.
namun yang sebaiknya biarlah untuk kebaikan ya.
Berbicara bab muzik aku bukanlah orang yang arif kerana jarang jarang dapat meluangkan masa yang beria ria untuk menilai sesuatu muzik,yang pasti aku benci lagu lagu yang membingitkan telinga.Ada beberapa lagu yang akan mengingatkan aku pada sesuatu seperti bekas bekas teman lelaki aku,antaranya :
A) Kau ilhamku- Man Bai
ini mengingatkan aku pada Parthiban,walaupun merupakan seorang India,dia sangat sukakan lagu ini,anehnya lagu lagu lama mempunyai pengisian yang lebih mendalam dan tidak jemu didengar.
B) Tamally Maak - Amr Diab
Reduoane....aku rindu kamu,harap semuanya baik baik sahaja dengan kamu di Maghribi sana.
C) Nilai Cintamu -Sudirman
ehmmmm..tak boleh kasi tahu bahkan sampai sekarang aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak mendengar lagu ini.kenangan yang sangat membakar hati aku setiap kali aku mengingatinya.
baiklah ,aku pasti kamu juga mempunya cerita yang sama. sebagai peringatan,kamu dan aku juga tahu bahawa yang telah berlaku kekal disitu dan tidak mungkin akan berubah lagi,mungkin adakalanya kita rindu.Namun jangan terlupa pada kata : yang berlalu biarkan berlalu.Ceh...ayat berirama aja.
pakai baju macam ini sambil layan lagu brad Paisley,amacam ada gaya perempuan Melayu terakhir tak?
p/s : la la la la la la la la (lullaby dalam hati)
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/10/2009 08:45:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, July 8, 2009
perkataan I love you mungkin melampau but aku rasa ianya lebih kepada i need you
tak dapat bercakap dengan eiman untuk sebulan.Man.....! (sebut gaya lelaki berkulit hitam yang kecewa kerana tawarannya untuk berdating di malam minggu ditolak)
Habis aku nak cakap dengan siapa?
Pada siapa aku nak mengadu hal budak budak tuisyen yang kadangkala berikan aku hadiah berupa pening kepala?
Aku baru nak memupuk perasaan cinta padamu sayang,namun kelihatannya cinta ini terpaksa dilupakan di tengah jalan.Amerika berhadapan dengan krisis ekonomi yang sungguh teruk pada waktu ini.Aku harap kamu tabah Eiman.
Gambar kaur eiman bersama passport yang baru dimiliki setelah tiga bulan turun naik pejabat lawyer.
p/s :they say absence makes the heart grow fonder.....
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/08/2009 11:34:00 PM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, July 7, 2009
Mikael atau Micheal hanyalah Rahsia Allah
Aku baru sahaja menerima pembayaran yuran yang keseluruhannya berjumlah RM3000 lebih.Sebahagiannya telah aku gunakan untuk membayar bil bil seperti telefon yang mencecah RM300,astro RM 100 , untuk papa Rm 300 yang kali ini aku halalkan sahaja,tak termasuk wang yang aku gunakan untuk membelanja orang orang sekeliling aku.Pembelian hadiah,makan minum,oh ya,aku sangat suka membeli hadiah.
Bagi yang tidak mengetahui pemberian hadiah dapat mengeratkan silaturahim dan menjadikan kamu disayangi namun dalam masa yang sama janganlah kamu berikan hadiah tersebut dengan diiringan penyakit syirik kecil iatu riak.Dan jangan juga kamu merendahkan pemberian orang lain kerana menyangkakan pemberian kamu lebih bagus.Siapa tahu mungkin dia lebih ikhlas dan sedekahnya diterima ALLAh dari sedekah kamu.
Aku suka melihat kegembiraan diwajah penerima hadiah.Sesuatu yang tidak dapat dibeli.perasaan itu.
Aku juga tiba tiba teringat akan pesanan seorang rakan untuk aku berubah bidang dengan menjadi seorang penulis.Sungguh,tiada apa yang menarik dalam hidup aku melainkan beberapa kesilapan yang kadang kala membuatkan aku ingin menitiskan air mata.Menariknya tentang pengalaman yang kamu miliki dalam hidup kamu membolehkan kamu belajar untuk tidak mengulanginya lagi.
Jadi apakah yang patut aku tulis adakah tentang zaman kanak kanak aku yang entah dimana hilangnya atau aku mungkin boleh memulakan untuk menjadi penulis yang mengajar kamu bagaimana menambah pendapatan dengan bekerja dirumah?
Jawapannya,baik aku tulis di blog sahaja,suka hati akulah bila nak update. la la la
Aku ada menyarankan kak ja sahabat aku untuk menjadi seorang cleaner dirumah rumah penduduk disekitar taman perumahan aku.Dia boleh mengenakan bayaran berjumlah RM8 sejam.Wahai perempuan yang bergelar suri rumah mahupun ibu tunggal yang menghadapi kesempitan untuk meneruskan kehidupan,carilah peluang disekeliling anda.mencuci tandas itu lebih mulia dari menyerahkan tubuh menjadi santapan lelaki lelaki yang tak pernah puas.
Kelihatannya kak ja memandang serius namun masih mengambil sikap suka bertangguh tangguh.Entah mengapa sebahagian dari kita bersikap begitu.telah mempunyai peluang dan pilihan namun masih ragu ragu,dan pengakhirannya seringkali menyalahkan ALLAH atas takdir yang menimpa.
tiada siapa yang dapat mengubah nasib kamu melainkan kamu sendiri.berusahalah dan jauhkan diri dari sikap beralasan.Contoh macam aku,Cakap nak kemas rumah sekarang,tapi tangguh dengan alasan nak tulis blog.WTF?
p/s : "Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/07/2009 12:54:00 PM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, July 6, 2009
Kamdar -memang berbaloi sungguh
AKu baru balik membeli belah di Kamdar,bukan untuk aku tetapi untuk ayah aku.
Aku belikan sepasang jubah punjabi berwarna hijau untuk papa,sungguh menarik dan sepasang T Shirt baru untuknya.Papa seperti biasa,menolak pemberian aku sehingga marah marah,tapi aku tahu dalam hatinya terharu kerana tiada lagi anak anak yang membawanya ke pusat beli belah sambil meminta papa agar membelikan sesuatu yang menjadi kesukaan papa.
Papa suka sangat membeli baju hasil bekas pakaian orang,entah mengapa ...Aku mahu papa mula membiasakan diri memakai pakaian yang dibeli aku.SUngguh,aku gembira melihat senyuman diwajah papa.Aku sayang papa.Kematian ayah tiri yang mengejut tempohari menjadikan aku sangat menghargai papa.Hidup mati kita sungguh dalam pengetahuan ALLAH.
Aku bukan anak yang baik namun aku sedang belajar secara perlahan lahan untuk mendengar luahan hati papa yang adakalanya tidak terluah oleh kata kata.
Aku juga ingin menjaga hubungan aku dengan ibu aku.Walaupun aku sering menghadapi masalah dengannya namun aku tidak mahu bangun dari tidur satu hari nanti dengan berasa sesal kerana tidak berbakti pada ibu aku.
perjalanan yang aku rancangkan tempohari iatu untuk ke Kuala Lumpur,tidak jadi dan dibatalkan kerana atas alasan aku malas naik bas bersama Kak Ja yang merupakan bini orang.AKu terlupa,aku ini orang bujang,manakala berjalan dengan Kak Ja yang merupakan bini orang setiap langkah harus diiringi dengan izin suami.
Tak mengapalah,mungkin suatu hari nanti,insyaALLAH,atau alasan sebenar kerana peruntukkan aku yang berjumlah RM1000 telah berkurangan menjadi RM870?Ha ha ha
Ah,tak perlulah menerangkan semuanya pada kamu,setiap orang ada rahsia yang harus kekal jadi rahsia.Aku juga begitu.
aku baru belajar pakai warna warni selain hitam yang tidak lagi menjadi kegemaran aku,Unggu cantik namun bukan warna aku barangkali.Napa aku uka post gambar aku?Biar lah,kalau komputer ataupun aku punya pen deribe kena attack virus senang ajalah aku cari kat blog aku tak pun kat sfb aku.baguskan?
bibik indon.....Aku memang tinggi dan berkerangka besar tapi itulah alhamdulillah ALLAH menjadikan saya tinggi,maka siapa siapa yang rasa nak sekeh kepala saya tempohari,baiklah pikir lapan juta kali.

p/s :kepada saudara baru Yusuf Tan semoga tabah dalam mengharungi perjalanan menjadi seorang Muslim yang beriman.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/06/2009 12:58:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, July 4, 2009
Jauhilah Along.
Gila ah,aku baru balik dari membeli kain pasang yang berjumlah lima pasang semuanya,tapi janganlah kamu salah faham,kain kain pasang aku ini semuanya murah murah,lima ringgit semeter dan aku suka dan sangat gembira untuk menjadikan kain kain pasang itu sebagai jubah yang terdiri dari bermacam macam warna.
Aku nak get rid of warna hitam.
Bosan.
jadi aku beli skarf berlerang 60 yang mempunyai corak corak abstrak.Menariknya,Alhamdulillah.
Tukang jahit bertanya,apakah ini untuk jubah raya,aku menyangkal kerana ini adalah jubah yang akan aku gunakan untuk bersembahyang,insyaALLAH.Yang perlu aku beli adalah keronsang berwarna putih yang murah murah kerana keronsang aku telah banyak yang rosak.
Kata ibu ,aku amat berkira bab membeli barang barang perhiasan,tak mengapalah ibu.Jam tangan aku agaknya tahun depan barulah dibeli kerana seboleh bolehnya tahun ini aku mahu menumpukan perhatian aku untuk mencapai misi menyimpan lima ratus sebulan.Memanglah boleh menyimpan seribu sebulan tetapi tiada guna kerana aku akan mencari berbagai bagai alasan untuk menggunakan wang tersebut,salah satunya Big Apple Donuts.Guilty pleasure.wohhhoooooo
Seronok rasanya dapat membeli barang barang keperluan kita sendiri.Dalam berseronok,aku teringat kenangan 8 bulan yang lalu dimana aku menghadapi kesukaran dalam mencari wang namun kamu harus belajar,jangan meminta minta kepada orang,sedaya upaya kamu elakkanlah.Melainkan jika kamu terlalu terdesak,jika tanpa meminjam wang dari seseorang menjadikan kamu kelaparan.
Aku tidak dapat melupakan betapa aku rasa air muka aku jatuh pecah berderai derai apabila buat pertama kalinya aku terpaksa meminjam wang dari bu saudara aku dalam jumlah RM 500,tetapi aku hanya berjaya mendapatkan RM 300.bagaimanakah perasaan kamu apabila meminta seseorang membantu kamu?adakalanya dibantu dan adakalanya mereka berlalu pergi.Berusahalah sedaya upaya kamu dan cuba jangan meminta bantuan orang.
ALhamdulillah ,wang tersebut telah aku bayar.Dan kini apabila aku menikmati kesenangan dari segi kewangan,aku menjadi takut kerana itu bermakna akan datang suatu masa kesusahan,Susah dan senang mainan kehidupan,sedih dan gembira juga sebahagian daripadanya.Tak lupa hidup dan mati.Yang pasti untuk kamu dan aku,Ingatlah lima sebelum datangnya lima perkara.
p/s :entri berhenti disini kerana aku harus ke Rumah Haji jabar,ada kenduri kesyukuran katanya.Sekadar memenuhi undangan.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/04/2009 06:09:00 PM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Thursday, July 2, 2009
Burppppppppp....alhamdulillah bukan hanya untuk kata kata selepas tersandar kekenyangan
Alhamdulillah,segala puji ke atas ALLAH,Tuhan yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Terima Kasih Allah kerana telah mengurniakan aku rezeki yang yang tidak putus putus,semoga dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada aku ini aku akan menjadi orang yang lebih bersyukur dan tidak bakhil dan banyak mengingati hari mati.
Hari ini ada murid baru yang baru memasuki kelas kelolaan aku,membayar yuran yang berjumlah RM 520.00,dah lama aku tidak merasai jumlah wang yang sedebuk begini.ALHAMDULILLAH
Namun aku berdoa semoga aku dijadikan ALLAH sebagai orang yang sentiasa mengingati hari susah dan dijauhkan dari perbuatan meminta minta.Bil Astro dan Internet serta telefon yang mencecah Rm500 masih belum aku jelaskan kerana baru satu hari bulan.
kebanyakkan ibu bapa hanya membayar selepas dua atau tiga haribulan,insyaALLAH.Bagi yang berminat untuk membuat bisnes dari rumah sebagai contoh mengajar mahupun menjaga anak anak jiran,suka aku ingatkan untuk menjadi bijak.
Dalam erti kata supaya tidak ditipu tapi kalau kamu ditipu janganlah pula bersedih hati kerana kamu bukanlah orang yang menipu.Berbahagialah untuk itu.Yuran yang kamu kenakan sebaiknya dibayar dahulu sebelum kamu memberi servis penjagaan kerana manusia ini ada bermacam macam jenis.kamu pun tentu tak larat nak menanggung kerugian dan mengatakan redha sedangkan hati kamu tidak redha.Berjagalah sebelum kena.
Tetapi jika terkena ingatlah bahawa mungkin ada kekhilafan kamu dimana mana,mungkin kamu lupa bayar zakat pendapatan ataupun kamu kikir atau terlalu sangat amat berkira.Aku tidak pernah lagi terkena ,alhamdulillah setakat ini namun adalah juga orang orang yang meminta balik bayaran yang telah diberikan.
Gilo apa.Penat aku mengajar,kamu pakai kereta beso beso,cap obesi,aku jalan kaki,tiba tiba kamu anto meset,tolonglah saya tak cukup duit nak buat makan anak anak.Apa yang harus aku lakukan?
Memanglah aku tak kasi balik cuma aku minta pada kamu kamu dan kamu,moralnya janganlah kamu suka berlagak itu ini,tak kisah macam tu macam ini,akhirnya kamu meminta apa yang telah kamu beri dan persetujui.
Sekian terima kasih,entri cukup syarat sebelum tidur.ingat pesan aku,janganlah berlagak kalau kamu beli baju berharga lapan ratus sekalipun kerana bukankah Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS Al Hujurat 13).
oh ya,name card aku cantik tak,kamu tengok baik baik,klik untuk paparan lebih besar.
p/s :assalammualaikum,doakan semoga perjalanan aku ke Kuala Lumpur bersama Kak Ja berjalan dengan lancar dan dipermudahkan ALLAH.AMIN>>>>AMIN>>>>>>AMINNNNNNNNNNNN
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 7/02/2009 12:23:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan

