Wednesday, September 30, 2009

Pilihlah yang terbaik untuk kamu,orang yang bijak adalah orang yang tidak terpedaya dengan dunia

Sekarang i gila jahit manik.i tak sangka i ada bakat dalam jahit menjahit manik ni,tiba tiba terasa seperti kehidupan i sebagai seorang wanita sudah lengkap apabila sudah pandai menjahit manik,lepas ini baju laki i boleh lah i isi manik manik,kasi lawan sama Datuk M daud Kilau.

sekarang juga i cuba untuk bergiat giat dalam industri penjahitan baju,i nak cuba buktikan kata kata guru Kemahiran Hidup i iatu :Rabiatul,kamu ini petola sungguh dan bla bla bla lagi yang kebanyakkannya i tak ingat.tapi memang menjurus kepada i tak pandai menjahit kerana i merupakan orang kidal .Walaupun yang beliau maksudkan petola itu merupakan sayur dan bukan bermakna apa apa namun i tetap nak menyahut cabaran beliau.Saja nak mencabar diri sendiri dengan mengatakan :

Rabiatul ,kamu patut jadi sayur sahaja.

Bila i lalu dihadapan rumah sewa i yang lama i teringat ada suatu waktu dibawah pokok yang namanya entah apa,i duduk dibangku kemudian berzikir dan beristighfar ,kerana i mula menyedari waktu itu dosa i yang mencecah gunung tak pernah i hiraukan selama ini,perpisahan i dengan bekas teman lelaki i benar benar meninggalkan kesan yang panjang untuk hidup i.Kesan kebaikan.

kerana apa i menulis entri ini kerana salah seorang sahabat i sedang bersedih hati kerana hubungannya dengan teman wanitanya telah berakhir setelah menyemai cintai selama lima tahun.Mungkin ini saatnya untuk kamu merenung kembali dalam lima tahun yang kamu miliki ini berapa lama yang kamu peruntukkan untuk mengingati ALLAH?Adakah kasih kamu terhadap teman wanita kamu melebihi dari kasih kamu terhadap ALLAH?Adakah kamu menyangka bahawa hidup ini adalah ALLAH mengikut kehendak kamu?

Hikmah disebalik perpisahan itu tidak mungkin akan kita dapat lihat dalam sehari dua ,bergantung pada tahap ujian kita.banyak hikmah yang kita perolehi dari kegagalan kita dalam suatu perkara.Contoh :

1) i sakit,masuk sepital,positif h1n1 :
hikmah : i dapat tahu bahawa paru paru i ,jantung i semua dalam keadaan baik,tidak ada kencing manis ,tidak ada sakit jantung.

2)Murid kesayangan i berhenti tuisyen:
Hikmah: ada murid baru yang lebih best masuk

3) penceraian ibu dan bapa
hikmah : memang sedeh weh tapi hikmahnya i nampak lepas lima belas tahun iatu hidup i senang.Kalau mak ayah i tak bercerai tak tahulah macam mana i nak duduk serumah dengan mereka .ibebas membuat keputusan sendiri tanpa perlu risau mak bapak i naik hantu .

4) perpisahan dengan bekas laki oang yang i sangka akan berakhir dengan perkahwinan
hikmah:laki bujang berlambak apahal i nak sedih macam orang gila untuk hidup yang hura hara?

banyak lagi hikmah yang akan kamu nampak kalau kamu mengambil hidup ini dari sudut yang positif,usahalah bersedih hati atas apa yang telah hilang dari kamu.Apakah kamu meragui akan firman ALLAh di dalam surah Al Baqarah

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU DAN BOLEH JADI PULA KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU.ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.

kamu boleh memilih untuk menghantuk kepala kamu ke dinding,meraung,atau menulis status kamu yang isim ke ruangan status di facebook kamu setiap 30 minit atau kamu boleh memilih untuk meneruskan hidup kamu dan bersiap sedia untuk memulakan hari baru dengan hidup yang baru.

i dah pun memilihnya dua tahun lepas,i pilih kehidupan yang baru.

P/s : siapakah yang paling benar perkataannya dari ALLAH dan Rasul?

Tuesday, September 29, 2009

Call me ok,bila you ada jawapan bagi maksiat + iman = i orang baik

percaya tak i ke Kuala Rompin tempoh hari,naik skuter,wohhoooo...ALhamdulillah i selamat,perjalanan i cuma berkisar di Sungai Miang,iatu perkampungan orang asli,janganlah you all dok pikir apa kejadahnya i masuk perkampungan orang Asli,adakah untuk mengajar mereka cara cara menggunakan kondom seperti yang kamu tonton dalam cerita korea apa entah tajuknya i dah lupa.I masuk ke sana untuk menghantar kawan i iatu Kak Ja bertemu dengan abangnya yang merupakan tok batin besar di kawasan tersebut.

apa jadah kamu bertemu tok batin pasa ,(soalan dalam hati kamu)
i hantarkan aja kerana merekakan keluarga,i akan sedaya upaya i melawan gangguan dan godaan setan yang tak penat penat untuk mensyirikan manusia.i tahu manusia tidak mampu memberi manfaat dan mudharat kepada manusia lain,sekalipun adanya sihir,semuanya itu tidak akan berlaku tanpa izin dari ALLAH SWT.

beginilah i ,i tahu susahnya dan payah untuk bergerak jika tidak memiliki kenderaan sendiri,nak naik bas mahu bodoh piang jadinya kerana untuk sampai ke destinasi kamu memerlukan bas ting ting (bas tekan loceng) berhenti lebih dari 17 kali untuk mengambil penumpang.Maka i pun tumpangkan kak ja dengan niat kerana ALLAH Taala.

i pun bukan baik,bukan alim,bukanlah tunjuk i ni orang paling warak di Malaysia,bukan tapi inilah diri i,i macam ini,kalau you jumpa i kat luar pun i macam inilah,tidak ada istilah pura pura,i pakai jubah waima didalam blog atau di luar blog,i ada satu nasihat terhadap orang orang yang suka sangat menggunakan istilah "konon alimlah itu ,tapi perangai kalah bapak jin".

Yang kamu dok sibuk orang itu alim ke tidak ke,sembahyang tunggang tonggek ke,apa hal?kamu itu sembahyang ke tidak,jangan jalan aja tonggek tapi sembahyang tidak,sedap aja mulut kamu menuduh orang macam macam,siapa kamu untuk mengata orang itu ini?Sebelum kamu nak mengata orang itu dan ini,kamu check dahulu apa yang kurang pada diri kamu.

Kamu tengok dulu sama ada kepala kamu itu sudah ditutup tudung ke tidak,kamu pastikan dulu kamu solat lima waktu on time tak tinggal,kamu pastikan dahulu kamu jenis yang tidak akan menukar ganti solat dengan slot tv kegemaran kamu,ddan kalau kamu dah pastikan dengan betul betul,insyaALLAH,kamu tidak akan mahu mengutuk orang,menuduh orang itu ini kerana jika ibadat kamu itu ibadat yang berkualiti kamu pasti akan merasakan bahawa diri kamu itu amalannya serba kurang,mana tahu orang yang kamu kutuk pum pang pum pang itu merupakan orang yang lebih mulia dari kamu.

I dah cakap lama dulu,i tulis blog bukan i peduli dengan followers ok,bukan setiap follower i bagi i duit seribu sebulan,itu lain kira,i menulis sebab i nak menulis dan berkongsi apa yang ada pada i,kalau kamu tak mahu dengar cerita i ataupun kisah hidup i atau celoteh celoteh i yang berunsurkan agama,mampuslu lah minah (ataupun mamat).

Nak harap kamu pergi kelas agama,jangan harap,nak harap tonton kuliah atau ceramah agama pun tok sah dok mimpi,alangkan kalau dengar azan kat tv pun kamu alihkan cita Doraemon,abis macam mana pengetahuan agama kamu nak meningkat?Bagitau i.

Mulalah timbul istilah seperti,nak pakai tudung kena tunggu seru,i nampak aja seksi tapi hati i baik,kepala hotak kamu,bolehkah kamu campurkan keimanan dengan kemaksiatan?Bagi tahu i sikit mana you belajar.

Kalau you ada alasan bagi perbuatan you yang contoh pergi club tapi hati baik itu,tolong call i di nombor opis i iatu 095133867,nak jugak i tahu .ok?

i tunggu jawapan you all ok.




p/s : Islam adalah agama yang bukan mengikut tok nenek moyang kamu,atau tok guru kamu tak kiralah tok guru nik aziz ke ,najib ke,pak lah ke sapa ke,Kamu mestilah mengikuti Al Quran dan hadis nabi.Wahyu tidak boleh difikir menggunakan dalil akal.Sebab kalau guna akal banyak yang kamu rasa tak logik.itu yang ramai orang jadi gila isim tu.

Monday, September 28, 2009

i am a rockstar

first of all, i merasakan raya ini paling kedeboom sepanjang beberapa tahun ini,enam tahun sebenarnya.i lama tak update blog sebab i saja saja malas nak menulis,apa ko ingat i tak ada kerja lain selain nak menulis blog ?

Sejak pulang ke rumah Aunty i,kelihatan semuanya macam dibawah kawalan yang baik maksud i Aunty i tidak lagi takut melihat i seperti kali pertama dia ketakutan melihat i sebaik saja i dikeluarkan dari hospital.Gilalah,i tak boleh lupa feeling bila orang tengok kau macam tengok kau bawak babi didalam dukungan kau,faham tak?

i beli hanset baru,okey second hand sebenarnya kerana dah selama 9 bulan i bersabar dengan hanset CSL yang bengong tu,pesan i jangan beli CSL,tapi tak boleh nak buat apa kerana papa i yang berikan pada i ,dengan hanset baru ini i selalu tersenyum setiap kali menerima panggilan sesiapapun,diulangi sesiapapun kerana hanset CSL dahulu,jarang jarang benar orang dapat menghubungi i kerana line always busy nak mampus.

i tak percaya bahawa i berpeluang berjumpa sahabat lama i on facebook.sahabat sesekolah rendah i yang rambut sama kerinting dengan i,Iqlima Iqlil,dah beso kau iqlima,i percaya iqlima juga menghadapi masalah untuk menyikat rambut beliau seperti mana i hadapi suatu ketika dahulu,untunglah ada syampu Head and Shoulder (hahaha,macam iklan shampoo pula ya).

baiklah i cuma nak tunjukkan you all gambar i yang paling rock pada hari raya yang lalu.kalau you all rasa you are such a rockstars,i guess you have to think untuk beberapa kalinya.
rock tak?


p/s :simpan kutukan kamu dalam hati,lahirkan pujian sahaja.lalalala

Friday, September 25, 2009

entri raya

dalam i menyebut kemungkinan raya i berada di paras biasa biasa aja akhirnya ia bertukar menjadi raya sakan apabila hampir enam hari i berada di terengganu ,ke sana ke mari hingga ke Maran,Pahang.Entah rumah siapa i beraya pun i sendiri tak tahu,tapi yang pasti kawan baik i mengenali mereka.

Dalam dua tahun i kebiasaan i pada hari raya kedua i akan ke rumah Shasha tinggal disana selama beberapa hari sebelum dihantar pulang ke Kuantan oleh Shasha juga,i gembira berada disana,mempunyai teman baik yang baik adalah antara nikmat nikmat yang diberikan ALLAH tetapi jarang jarang i syukuri.i tak boleh taip banyak banyak kerana badan i masih penat kerana menghabiskan hampir 18 jam dari waktu yangi ada di jalan raya.gambar gambar ini membuatkan i senyum sendiri.

semua bergambar dengan baju barru masing masing,i tak ada pun,rilek aja pakai baju kain kapas yang dah berusia setahun lebih ni.
asyik pinjam anak orang,bila nak menimang cahaya mata sendiri pula ya





i rasa jubah i boleh menang jubah terbesar untuk tahun ini kerana direka dua kali ganda dari badan i



p/s : selamat kembali kepada kehidupan biasa .

Friday, September 18, 2009

Kad Selamat Hari Raya Versi Yang tidak Kreatif

salam aidilfitri untuk pembaca blog The Spiral Eyes,followers,bekas followers,kemudian follow balik,kemudian anonymous,tak kisahlah sapa pun kau,i mintak maaf atas semua kata kata i ok,i bukan ustazah,bukan model,bukan kerja bank ,bukan sapa sapa pun pada you all,jadi maafkanlah i,tidakkah kamu suka jika ALLAH memaafkan kamu?

Thursday, September 17, 2009

setelah setahun,i bertemu lagi dengan bekas teman lelaki i,Abang K.

kalau Abang K tak tinggalkan i ,pasti i masih lagi menjadi perempuan yang bergantung harap pada jantan jongos,
Kalau abang K tak tinggalkan i jangan harap i nak berubah
terima kasih Abang K,tak sia sia kau tinggalkan i.
i dah jadi manusia yang berakal.

I harap pertemuan kita hari ini di restoran milik kau merupakan suatu tanda bahawa i dah pun melepasi saat saat sukar dalam hidup i.
i tahu you kaya Abang K,tetapi setelah beberapa lama i menyedari betapa kekayaan sebenarnya bukanlah perkara yang i cari dalam hidup i.

terima kasih untuk segalanya,
terima kasih kerana merenung i dalam dalam tadi,ia membuatkan i tahu betapa i masih ada tempat dihati you,
tapi seperti yang i kata dahulu hubungan kita takkan kemana.
i tak larat hidup diserang isteri you,
i tak larat hidup berpisah dari saudara mara i.
i tak larat hidup i jauh dari landasan hidup ISLAM yang sebenar.

you mengingatkan i betapa dalam 100 laki orang yang ada mungkin hanya satu sahaja yang benar benar serius untuk membina hidup bersama kamu.


p/s :i gembira dengan kehidupan i sekarang.

Tuesday, September 15, 2009

adakah pengetahuan agama kamu setakat mengeja ba alif ba ya?

ruangan status facebook terlalu sedikit yang dapat ditulis untuk itu i dengan sukacitanya mengambil keputusan untuk menzahirkan perasaan i di blog The Spiral Eyes ini almaklumlah seperti kata kamu,apa jadah ada blog kalau tak dapat digunakan untuk meluahkan perasaan,bukan?

Bukan i cakap,you all yang cakap.maka dengan itu i ingin menarik perhatian perempuan yang tiba tiba merasa kurang senang dengan status i yang berbunyi :

you make me feel like i am the most beautiful woman on the planet earth when i am with you (eiman...)



Soalan i pada perempuan ini satu sahaja,kau apahal?lantak i lah nak tulis i cantik ke,i gedik ke,i goyang gerudi ke,i boom boom ke,apa kena mengena dengan kau ni?Oh lupa,bukan semua orang senang melihat kesenangan orang lain,mungkin kau selalu bermasalah dengan teman lelaki kau,maka kau sakit hati melihat aku gembira.tadi cakap nak cakap satu tapi tercakap lebih la pulak.hahaha

ok blog i ,i punya sukalah nak tulis apa pun,pinjam ayat you all lagi.
i kan seorang yang kaw kaw,maka i menulis :

belajar belajar mengikut perintah ALLAH nescaya hati kamu akan jadi tenang dan tidak timbul lagi perkataan errrr...apabila melihat kegembiraan orang lain


Mungkin sakit hati,maka dia menjawab

gembirakah anda menjadi da mos beautifool woman on da planet earth dimata eiman aje? hamsap~
kubur masing2, dun teach like ba alif ba ya okay.. dem~

kerana i telah menulis pernyataan yang mungkin merobek hati kecilnya ,i faham dan i mintak maaf kalau status i yang terkini makin mengguriskan hatinya


gembirakah anda berpakaian tapi seolah olah bertelanjang?Gembirakah menunjukkan kecantikan anda pada semua lelaki ,so what if the different between you and a whore?

i tahu Nabi s.aw berpesan kalau ada orang mengajak kamu bergaduh ketika kamu sedang berpuasa,maka jawablah Sesungguhnya aku sedang berpuasa.tapi bukan nak bergaduh cuma i pelik,kenapa ya manusia lain tidak boleh melihat kesenangan atau kegembiraan manusia lain.

Kenapa apabila diberi ceramah agama yang agak berdesing,mereka akan memberikan jawapan jawapan seperti "kubur masing masing","walau i pakai seksi tapi hati i baik",dan macam macam lagilah.

Perkataan perkataan kamu yang seperti itu menjadikan kamu tergolong dalam golongan Murjiah.kaedah disisi Murjiah adalah "Kemaksiatan tidak merosakkan keimanan seperti juga ketaatan tidak memberi manfaat kepada kekufuran".Bolehkah kamu campurkan air dengan minyak?Tak boleh bukan?Jadi apa jadah kamu cakap I pakai seksi tapi hati i baik?

kalau kamu cintakan ALLAH,kamu akan menurut perintahNYA,bolehkah kamu mengaku kamu cintakan ALLAH sedang kamu berpakaian seolah olah bertelanjang dan sejak bila tidak bertudung itu lebih baik dari bertudung?Kamu katakan bahawa orang bertudung tidak semua baik baik,yang buat maksiat pun ramai yang bertudung,habis kamu yang tak bertudung,baik sangatkah?

I bertudung kerana ALLAH dan setiap kali i pakai tudung labuh mencecah lantai (ok terlebih sedikit) dan berjubah ,i rasa selamat dari fitnah.i tahu dengan pakaian seperti yang you sangka makcik makcik aja pakai ini tidak akan menimbulkan rasa syahwat bagi yang memandang.

berbalik kepada isu status tadi,pesanan i pada perempuan perempuan begini,tambahlah ilmu agama didada,jangan hanya pandai mengeja babi,hamsap dalam bahasa jawi,apa kata kali ini tingkatkan pengetahuan dengan mencari makna makna perkataan yang terdapat didalam Al Quran,belajar bertudung dengan betul iatu dengan menutup buah dada kamu dan bukan sangkut dibahu atau sangkut di leher atau sangkut pada tiang eletrik.


i tak marah cuma kadang kadang i terfikir kenapa agaknya ada sebahagian dari kita yang begitu jahil,berasa seolah olah maju bab fesyen,guna tudung letak dibahu,kadang kadang guna tudung lilit dileher,apa jadahnya itu?i rasa lembu pun tahu bahawa tudung itu letaknya di kepala.(ok,terlebih sedikit)

Kita hidup ini sekejap sahaja,entah esok kau mati,entah sekarang i mati,jadi pergunalah masa yang singkat ini untuk beramal dan menuruti perintah ALLAH,kalau kau tak ikut perintah ALLAH,kau nak ikut perintah sapa?Perintah setan?

baiklah pada pembaca blog yang i kasihi mari i cuci mata you all dengan kenangan i bergambar bersama rakan rakan i yang ada diantaranya makin hilang dan tenggelam dalam arus kesibukan dunia.



sani....
sani lagi (masa raya rumah faiz)
di dalam bilik,i suka jubah hijau ini....

dapur rumah sewa i dahulu
Kak ja dan Kak Nor
Sepul dan i,sepul kalau kau baca ini nampak macam secocok aja kita jadi laki bini.hahahaha
Bob,ada muka aqasha tapi versi tembam ok
Ustazah Pasa..lalala



rindu sungguh i pada teman teman i...


p/s :bukan semua orang suka kamu dan kamu pun tak perlu risau untuk itu,mereka hanyalah manusia ,tiada kuasa memudharat dan memanfaatkan.

Monday, September 14, 2009

Salam 1Malaysia?WTF?sebelum kau satukan tiga kaum ,apa kata kau satukan umat islam dahulu

sewaktu i ke pejabat agama kerana menemani kak Ja untuk mengambil zakat bagi faqir miskin i terlihat seorang cina mualaf yang merayu pada para pegawai untuk memberikan wang zakat kepadanya dan para pegawai ataupun kerani sebenarnya memberitahu bahawa ia bukan tanggungjawap pejabat agama kuantan untuk memberikan zakat kepada lelaki tersebut memandangkan proses pengislaman beliau berlaku di Kuala Lumpur.

I nampak lelaki itu kelihatan marah kerana rayuannya tidak dihiraukan maka i menyeluk wang berjumlah RM50 dari purse i kemudian i serahkan padanya:

kata i :

Ambillah ini.

Mungkin terkejut bahawa ada orang Islam yang prihatin terhadapnya maka lelaki cina mualaf itu berkata kepada pegawai agama tersebut :

Ini orang lagi baik,lu tengok

sebelum dia cuba untuk bersalaman dengan i tetapi i menolak.

Apa motif i cerita pada you all semua ini

A) nak tunjuk bahawa i ada RM50 and you all tak ada
B) nak riak
C)Nak menjadi rakyat Malaysia yang prihatin..

Kalau semua ini bermain dalam kepala you all maka i dengan suka hatinya nak sebut kepala hotak korang.ha ha ha
I berikan wang tersebut dengan harapan dan doa agar lelaki cina mualaf itu menyedari bahawa agama islam ini mempersaudarakan saudara islam yang lainnya dan agar menjadi contoh kepada orang orang disekeliling supaya mereka prihatin apabila tiba bab Saudara Islam yang lain.

Kita ini nama sahaja islam tapi apabila ketemu usahkan senyum menjeling lagi ada.Para pemerintah Malaysia yng i hormati,tukarlah undang undang yang you all guna pakai sekarang,you all menyusahkan orang orang yang dilunakkan hatinya (mualaf) oleh ALLAH dengan sistem bangang anda.

Anda tak tahukah efek dari kebangangan undang undang ini?Saudara baru mungkin berasa tiada siapa yang prihatin terhadap mereka dan tidak mustahil mereka akan kembali kepada agama mereka.

Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang orang yang fakir,orang miskin,amil zakat,orang yang dilunakkan hatinya (mualaf),untuk (memerdekakan) hamaba sahaya,untuk (membebaskan) orang yang berhutang,untuk jalan ALLAH dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan,sebagai kewajipan dari ALLAH.ALLAH MAHA MENGETAHUI MAHA BIJAKSANA (surah At Taubah/Ayat 60)

letih i cari dalam Quran tahu.Ok, nampak tak,kerajaan Malaysia,tolong ya,tak perlu lagi siar rancangan seperti bersamamu ke hapa ke,kali ini kalau ada orang susah serahkanlah zakat kepada mereka,sampai bila?sampai mereka kaya(boleh berdiri diatas kaki mereka),orang orang musafir yang dalam perjalanan kemudian kereta tiba tiba rosak,tak cukup duit maka mereka boleh meminta dari pusat zakat dikawasan kereta mereka rosak.

Itu hak mereka,kalau kamu tak bagi bermaksud kamu menidakkan hak yang telah ditetapkan oleh ALLAH.Kamu selalu menyusahkan orang orang susah dengan menyuruh mereka mengisi borang borang yang melambak lambak,kemudian ada ketikanya kamu berikan mereka pandangan yang membuatkan mereka serba salah.

Kamu fikir kamu siapa?
Kamu rasa kamu lebih baik dari mereka?
Nasib baiklah yang dipandang disisi ALLAH adalah takwa dan bukan pangkat serta kedudukan sewaktu kamu berada di dunia.

Di hari penghisaban kelak akan datang kaum pemerintah yang dahulunya dipuja dan dihormati tetapi menjadi orang yang dihinakan di dunia akhirat.Tak takutkah kamu?

Jika ada peminta sedekah ,kalaupun kamu tidak memberi wang kepada mereka,berbicara baiklah terhadap mereka kerana perkataan yang baik dan pemberian maaf itu lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan tindakan yang menyakiti,siapa cakap ini?ALLAH yang berfirman.


kena berenti lagi nak beli lauk berbuka,apa pun peristiwa di pejabat agama benar benar memberi kesan di hati i,i faham perasaan orang tiada wang,tahun lepas i pun menerima ujian yang sama cuma i menahan diri i dari meminta minta hingga akhirnya ibu saudara i memberikan i tiga ratus ringgit namun i ambil sebagai pinjaman.


p/s :hari ini hari orang esok esok hari kita,siapa tahu?

mencari Lailatul Qadar

Semalam selepas tamat sahaja kelas Bahasa Inggeris sekitar jam 9.45 malam, dua orang anak murid i iatu Fakhrul dan Daniel yang masing masing berusia 17 tahun meminta i membelanjakan mereka topup yang berjumlah RM 5 setiap seorang dan you know what,i belanja mereka.

kenapa?Hati i bila ingatkan Daniel itu anak yatim menjadi sangat sedih.I suka anak anak yatim dan sayang mereka semua,kalau i tahu budak disekitar i itu merupakan anak yatim i akan usap kepala mereka (yang belum akil baligh la)kalau dah akil baligh,apa hal pula?Salah satu cara utnuk melembutkan hati kamu yang keras macam batu adalah dengan mengusap kepala anak yatim.

pagi nanti sekitar jam sepuluh pagi,i akan menghantar Kak Ja menemui peguam yang bakal menguruskan kes tuntutan nafkah,insyaALLAH.I sentiasa berdoa agar ALLAH memberikan i dan kak ja petunjuk dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar kini.

Setiap dari kita memiliki ujian masing masing yang telah ditetapkan ALLAH,ALLAH itu tidak akan menguji hambaNYA dengan sesuatu yang tidak tertanggung oleh mereka.Apabila ujian menimpa,Bersabarlah dalam menunggu ketetapan ALLAH ,sesungguhnya kita semua ini didalam penglihatan ALLAH.

Memang senang cakap bersabarlah bedah,senah,bersabarlah tetapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita lakukan,apa kalau ditimpa ujian kita akan meraung raung seperti orang tiada iman?atau menghantukkan kepala kamu ke dinding kasi benjol atas dahi?Dan kita juga tidak mahu membunuh diri yang menjadikan kita orang yang berputus asa terhadap rahmat ALLAH.Maka nikmatilah ujian yang kamu terima dan bersabarlah,kalau kamu rasa kamu susah,ada lagi manusia yang lebih susah dari kamu,sesusah susah kamu tak pernah lagi kamu kena minum air longkang kan?

Dalam hidup i dengan ujian yang diberikan ALLAH,i belajar banyak perkara,contoh sewaktu disahkan positif H1N1, i nampak bahawa selama ini kesihatan yang ada merupakan satu nikmat yang mungkin i terlupa untuk bersyukur,i nampak kawan kawan yang sebenarnya,adakalanya orang itu kamu sangkakan kawan baik dunia akhirat tetapi bila kamu sakit ,haram ambik tahu,kalau ambik tahu pun setakat call sekali lepas itu terus tidak bertanya khabar.

i juga nampak kebaikan ALLAH kerana setelah tahu setakat mana kesabaran i ,i dibenarkan pulang selepas menghuni ward itu selama 9 hari.I dimaklumkan i mempunyai enam bulan untuk sihat insyaALLAH sebelum virus yang sama menyerang i balik,i nampak bahawa kadangkala ramalan doktor ini hanyalah berdasarkan ramalan semata mata dan ALLAH,ALLAHlah penentu hidup mati i.

teringat i pada suatu kisah iatu arwah adik i yang diramalkan hanya akan hidup selama tiga minggu selepas kelahirannya,namun yang terjadi arwah hidup empat tahun lamanya sebelum dijemput pulang oleh ALLAH.Manusia tidak pernah mengetahui apa yang akan berlaku untuk minit seterusnya.

Baiklah seperti biasa juga i terpaksa berhenti untuk memberi laluan pada solat Subuh.


p/s : teringat di zaman susah sekitar sepuluh tahun lepas,untuk membeli pembersih muka pun terpaksa merayu rayu ,hari ini apabila memiliki wang yang lebih dari mencukupi,i tidak lagi mempunyai keinginan untuk memiliki sesuatu itu dengan bersungguh sungguh kecuali apabila ia melibatkan soal agama.Jika ALLAH tidak menjadikan i memiliki kesukaran diusia muda dahulu,sudah tentu i tidak senang seperti hari ini.Setiap kesusahan diikuti dengan kemudahan.

Sunday, September 13, 2009

Beberapa minit sebelum azan,tiba tiba i dapat i dea untuk menulis,sesuatu seperti ini sudah jarang jarang berlaku sejak setahun dahulu

i teringat seseorang pernah berkata kepada i bahawa hidup ini tidak boleh dipandang terlalu serius,seseorang itu adalah i,hahaha,maaflah saja tipu kamu,gurau sahaja.tiada sesiapa yang pernah memberitahu i quote seperti diatas tapi i selalu baca dari blog blog kamu juga.

Untuk itu hari ini i nak bercerita berkenaan sesuatu yang tak serius,sebelum bercerita i harus memeriksa kebun i di Farm Ville sama ada dah mengeluarkan hasil atau belum.Ok.

Dah periksa,nampaknya belum cukup matang untuk dituai,adakah i seorang sahaja yang menyukai permainan farmville ini?Biasalah,i ini manusia,masih ada naluri naluri seperti ini maklumlah i bersifat lemah.Yang penting i selalu bermain permainan ini diwaktu i telah selesai dari tuntutan i sebagai seorang muslim,bersolat dan mengaji Al Quran.

Cerita yang ingin i ceritakan pada you all ini adalah berkenaan dengan kawan kawan internet yang kamu perolehi dari hasil menulis blog.kamu tahukah bahawa sepanjang setahun lebih i menulis blog,i memiliki kawan kawan yang baik kemudian perlahan lahan bertukar menjadi tidak begitu baik dan akhirnya hilang tanpa khabar berita.

i tahu i ini memang susah sikit nak menunjukkan yang i mengambil berat berkenaan seseorang seperti dengan cara mengomen ke blog blog orang lain,i bukan seperti itu,tengoklah,kamu komen ke tak komen ke langsung i tak peduli.Tapi i suka baca kerana i tahu siapa yang membaca cerita i.

I berterima kasih pada pembaca yang dari dulu tetap membaca blog i sama ada secara sembunyi sembunyi ataupun secara terang terangan.Terima kasih kerana merasakan ada sesuatu yang menarik berkenaan hidup i sedang adakalanya i fikir hidup i ini rutin hariannya tidak lain tidak bukan adalah sesuatu yang sama semenjak 6 tahun yang lepas.

i suka menasihati orang dan untuk itu i pastikan sebelum i menasihati seseorang untuk melakukan kebaikan,i orang pertama yang harus melakukan kebaikan itu dan mendapat kebaikan dari kebaikan itu.Faham tak apa i tulis ini?Maksudnya,sebelum kau suka suka nak nasihat orang suruh menghargai ibu bapa,kau pertama sekali pergi hargai ibu bapa kau.
Apa jadahnya kau menangis insaf tapi ibu bapa kau sekali pun kau tak telefon.lalalala

Faham tak ini,maklumlah kadang kadang ada diantara pembaca i ini pemahamannya kurang kalau bercakap secara lemah lembut maka i pelbagaikan cara i menyampaikan nasihat supaya tidak timbul istilah masuk telinga kiri,jap lepas itu keluar balik telinga kanan.

Kadang kadang i rasa ramai orang yang cuba untuk menasihati orang lain tetapi gagal kerana adakalanya mereka kurang sabar dan mereka sendiri masih gagal melaksanakan apa yang mereka nasihatkan,contoh :

kamu nak tegah orang buat maksiat,tapi pakaian kamu serupa dengan akak akak Jalan Bukit Bintang,so apa kehalnye yob?

Kenapa i timbulkan isu ini?kerana bukan semua orang suka dinasihat,bahkan i sendiri sekalipun benda itu benar tapi i belajar baru baru ini hanya orang yang benar benar tawadhuk saja dapat menerima nasihat tanpa mengambil kira ia menyakitkan hati atau sebaliknya.Bilalah i nak ada sifat tawadhuk ni..... ("...)

Baiklah i kena berenti menulis kerana sekarang sudah hampir hendak berkumandang azan subuh.Jangan lupa solat,solat itu hak ALLAH,jagalah Hak ALLAH nescaya ALLAH akan menjagamu.

Jangan hanya mengingati ALLAH ketika susah,ingatilah ALLAH didalam segala macam keadaan,duduk,berbaring,terlentang,berdiri,pendek kata ingatlah ALLAH nescaya ALLAH akan mengingatimu.

p/s :Selamat menunaikan ibadah puasa bagi yang berpuasa.Dibawah ini merupakan muka depan kad raya i tahun ini.

Saturday, September 12, 2009

Masakan dari rumah memang tak tertanding dengan beli dikedai

Dulu Dulu i selalu memasak bahkan diusia i yang masih muda setakat masak nasi ayam,atau nasi minyak bahkan rendang,i boleh masak dengan pejam mata.Ok i tipu bab pejam mata,tapi i memang boleh memasak.


Entah kenapa i berhenti memasak i pun tak tahu,dahulu selalu juga i menjamu anak anak murid i dan jiran jiran serta kawan kawan sekeliling i dengan air tangan masakan i ,selepas beberapa lama,i pun dah putus dengan teman lelaki i,bibik dan pulang ke Indonesia,i mula ke kedai membeli makanan,kerana i merasakan tiada siapa lagi yang ingin i jamu dengan masakan i.


Kebolehan i untuk memasak i perturunkan kepada bibik i pada waktu itu,hasilnya masakan Nasi Ayamnya lebih sedap dari masakan nasi ayam yang i masak.Hahaha

Dari petang tadi i tak habis habis berfikir bagaimana cara untuk memasak Kari Ayam seperti yang i pernah masak dahulu.memang ada buku resipi tapi kari i ini lain sedikit,Kari India gitu,jadi yang i ingat ingat lupa dah tentu kena masuk bunga cengkih,bunga lawang,rempah kari babas,serbuk lada babas dan bawang kecil dan bawang putih yang dicincang halus.

Sesetengah orang berpendapat dengan menumbuk lumat bawang putih dan bawang merah akan menghasilkan rasa yang meletup sedapnya tapi berdasarkan pengalaman i yang hari hari memasak dahulu,bawang yang dicincang halus dan ditumis akan menghasilkan aroma yang lebih sedap dan segar.

Yang menjadi makanan kesukaan bekas teman lelaki i dan juga teman teman beliau bahkan teman teman i dan juga anak anak murid i (senang cakap semua sukalah.)adalah Sup Tulang.Pada suri rumah yang berbangsa Melayu,mari sini i ajarkan kamu cara untuk membuat kuah Sup lebih pekat tanpa perlu mengisi ubi kentang.

Kebanyakkan suri rumah yang berbangsa Melayu akan memasukkan tomatoes sebagai bahan akhir didalam masakan sup tetapi sebenarnya kamu tersilap kerana tomatoes dalam jumlah tiga biji (bergantung kepada berapa kg ayam atau daging yang kamu beli) itu hendaklah kamu tumis bersama bawang putih,bawang merah dan halia di awal waktu sehingga kelihatan hancur dan memerah.

Kemudian baru kamu masukkan ayam atau daging tetapi pastikan bahawa kamu tidak memasukkan air sekali bersamanya,tumis ayam atau daging sehingga naik bau,masukkan rempah Serbuk Sup Adabi (dan jangan sesekali menggunakan sup bunjut adabi kerana hasilnya tidak begitu sedap)

Gaul rata dan biarkan dua minit akhir sekali baru dimasukkan air dalam jumlah yang tidak terlalu banyak.biarkan dalam tempoh sepuluh minit dan penyudahnya masukkanlah daun sup yang dicincang halus ke dalam sup kamu itu tadi.

Perlu diingatkan bahawa jika yang kamu masak merupakan sup tulang beserta daging lembu maka kamu harus merebus tulang dan daging lembu dalam tempoh masa satu jam .air rebusan daging tadi jangan dibuang ,masukkan kembali didalam sup kamu.Hasilnya jadilah Sup Tulang India.(walau india tak makan lembu).Padai aja i reka namanya sup india.

Dimana i belajar memasak?i belajar sendiri you all,jangan tak percaya.Memasak dan memasak setiap hari akan menjadikan kamu pandai memasak secara tidak langsung.


Kesimpulannya,mana resipi rendang i....

i nak komplen berkenaan kehilangan resipi i yang melambak tapi termengajar you cara nak memasak sup tulang pula,tak apalah,ini ilmu,bagi kaum perempuan ,cubalah resipi ini mana tau dapat menautkan hati suami dan bakal suami?

p/s :Selamat berbuka puasa bagi yang puasa

Mari belajar berfikir dan jangan senakkan fikiran

i berharap (semalam aku hari ini i) agar pihak Naza tolonglah up grade skuter keluaran mu menjadi lebih baik,semalam tali minyak tiba tiba terputus sewaktu i tengah dalam perjalanan membawa kawan i Kak ja bagi menerima bantuan untuk ibu tunggal.

Alhamdulillah umur kami berdua masih panjang jadi walaupun tanpa melihat kiri dan kanan,skuter i itu berjaya juga i parking dibahu jalan,sekarang barulah i tahu perasaan orang orang yang terpaksa menolak atau menyeret (perkataan mana yang lebih sesuai?) motor mereka ke workshop yang berhampiran.

I yang pada mulanya kaget terus sahaja menuturkan kata kata pemberi semangat kepada Kak ja yang sungguh vouge berbaju kurung,kata i, ALLAH kalau beri ujian pasti ada jalan keluar,kemudian i ajar Kak Ja sebut innalillah hiwainnalillah hi rojiun,maklumlah kerana kami dilanda musibah.

Yang hebat dan bagusnya tentang kami adalah kebolehan untuk bergelak dalam situasi tegang,selepas i menelefon mekanik kesayangan i iatu Atan maka kami pun teruslah bercerita dan memujuk hati kami masing masing :

Kak Ja : dah lama dah kita naik motor
i : sekali sekali jalan kaki,peringatan.
Kak Ja: dugaan bulan puasa.
i :Allah sayang sebab itu ALLAH uji,nasib baik kita tak mati kalau tak aku dah siap sedia kena jerit,kak Ja,Ashaduallah illa haillallah
kak Ja :wa ashaduanna muhammadur rasulullah

Cute aja perbualan kami.

Penyudahnya kami terpaksa berjalan kaki sekitar 1km untuk pulang ke rumah.Dah lama i tak berjalan kaki dengan Kak Ja namun i rasa seronok walau baju i dan baju kak ja lencun dibasahi peluh.

kak Ja sungguh gembira apabila dimaklumkan bahawa dia layak untuk menerima bantuan berupa beras walaupun dia tidak dapat hadir untuk mengambilnya sendiri.I pun berpesan kepada Kak Ja,nampakkah kebesaran ALLAH?ALLAH cuma nampakkan kebesaranNYA bagi orang orang yang berfikir.

Kak Ja mengangguk ya.

Walaupun cerita i dan Kak Ja ini tidak serupa dengan cerita kamu bershopping bersama emak kamu dengan rambut terbuai buai ditiup angin,namun ada pengajaran didalam cerita i ini,cuba belajar berfikir apakah kebaikan yang kamu peroleh dari cerita i.belajar belajar berfikir kerana otak jika jarang berfikir takut suatu hari nanti sudah tidak mampu untuk berfikir dengan baik.

Kerana itu golongan yang tidak berfikir adalah golongan yang tidak mengingati hari pertemuan mereka dengan Rabbnya,mereka hanya terbuai buai oleh dunia.Mereka sangkakan masalah mereka berdepan dengan pelanggan atau bos yang cerewet merupakan suatu perkara yang amat besar bagi mereka sedangkan itu tak lain tak bukan umpama sisa makanan yang terlekat di celah gigi bahkan lebih kecil dari itu.

Mereka patut berfikir bahawa hidup mereka didunia ini tidak lama,bila bila masa sahaja mereka akan dijemput pergi,apakah persediaan yang mereka bawa untuk hari itu?Apakah amalan yang mereka bawa untuk menghadapi malam pertama di kubur?

Apakah kamu tidak berfikir?
Nikmat mana yang kamu dustakan lagi?

p/s : i nasihatkan pada mereka yang tidak pernah menghadiri majlis agama atau menonton rancangan rancangan yang berkenaan,bawak bawaklah belajar berubah,mana tahu Hidayah itu muncul untuk kamu.Hidayah datang dengan pelbagai cara.Cubalah.

Friday, September 11, 2009

pemandangan yang mengetuk pintu hati

hari ini sewaktu menghadiri kelas aqidah kelolaan Ustaz Yahya,sewaktu beliau sedang rancak bercerita dari mana datangnya prinsip Allah ada dimana mana yang dicetuskan oleh seorang Yahudi yang berpura pura masuk Islam iatu Abdullah bin Sabbat,tentang konspirasi disebalik pembunuhan Saidina Usman bin Affan,beliau berhenti bercerita kerana menangis kerana mengenangkan Usman yang meninggal dunia setelah mati disembelih oleh pihak tentera dibawah perintah abdul Rahman bin Abu Bakar As Siddiq.


ini kerana kekeliruan yang telah berlaku sewaktu watikah perlantikan yang sepatutnya menjadikan Abdul Rahman bin Abu Bakar As Siddiq sebagai gabenor di Mesir bagi menggantikan Abdullah bin Saabat.

Abdullah bin Saabat ini pada zaman Rasulullah s.a.w telah diarahkan untuk dibuang daerah ke Mesir oleh Rasulullah s.a.w sendiri.Watikah yang sepatutnya menjadi bukti perlantikkan Abdul Rahman telah bertukar menjadi watikah untuk membunuh Abdul Rahman hasil dari konspirasi terancang diantara tali barut yang bertanggungjawab mempergunakan Amirul Mukminin,Usman bin Affan.

taktik ini digunakan bagi mewujudkan pergaduhan diantara Saidina Usman dan anak Abu Bakar As Siddiq iatu Abdul Rahman.

Walaupun demikian Abdul Rahman pada akhirnya tidak jadi membunuh Saidina Usman kerana Usman berkata pada Abdul Rahman :

Jika ayahmu Abu Bakar masih hidup sudah tentu dia berasa malu kepadaku,tidakkah kamu berasa malu kepada aku?

Untuk pengetahuan kamu Saidina Usman merupakan seorang yang sangat pemalu hinggakan masyarakat malaikat dilangit malu kepadanya (hadis sahih).Kita ini ,bukan kata malaikat,setan pun dah hilang malu barangkali.

Namun Abdullah bin Sabbat dan Abdul Rahman telah dihukum pancung oleh Saidina Ali kerana bersubahat didalam kes pembunuhan Saidina Usman.Benarlah kata Nabi Muhammad s.a.w bahawa dizaman pemerintahan Khalifah Saidina Usman,akan terjadi fitnah yang besar.

********************************************************************************



Aku pun turut sama mahu menitiskan air mata,namun tidak tertitis.
berapa ramai antara ustaz yang memasukkan hati mereka sekali didalam proses mengembangkan ilmu.....
dan berapa ramai antara kita masih terawang awang aqidahnya...
Berapa ramai diantara kita yang masih sibuk menggunakan akal (aqli) dalam mentafsir al quran?
berapa ramai yang turut terpengaruh dengan ilmu mantiq Aristotle,Socrates?
berapa ramai tok imam yang berhenti belajar hanya kerana mereka telah bergelar imam.
berapa ramai ustaz yang berhenti belajar hanya kerana mereka ustaz
terlalu ramai diantara kita yang sibuk bergaduh berkenaan soal Fekah
namun begitu ramai yang terlupa akan ilmu Aqidah.
Ilmu Aqidah inilah yang akan menentukan kamu di syurga atau neraka.


kamu dimana?
Kamu tahu ALLAH dimana?

Wednesday, September 9, 2009

walau kamu mualaf namun sekarang kamu muslim,maka tanggungjawab aku dan orang sekeliling untuk memastikan akidah kamu terpelihara,insyaALLAH

lama juga i tak menulis,ada beberapa kali i menulis tapi terbengkalai ditengah jalan seperti projek perumahan dikawasan rumah kamu yang tak siap siap.pandai aja i buat fitnah ,maaf ya,gurau di bulan puasa walaupun tak kelakar.


i teringat time dulu dulu kalau i post entri ,susahnya nak jadi kelakar macam orang bengong aja rasanya,i agak kawan kawan internet i pun ramai yang i dah hilang kerana i tidak lagi kelakar seperti dulu,i mula memandang serius beberapa perkara yang selama ini i ambil secara main main.

Contoh ,kalau i tulis perkataan seperti :bodoh kamu ini,$)(%)%_%,%( dan macam macam lagi,suatu hari nanti bila i mati semua ini akan ditanya,memanglah sedap baca entri yang menyumpah seranah kan,rasa macam hebat aja,seorang blogger mencarut ,akan ada blogger lain pun turut mencarut,mereka rasa itu cool dan bagi i,kool kepala hotak korang....ha ha ha


Sebab sebab i tak lagi menulis blog kerana i sibuk berkebun di facebook.ok,itulah yang sebenarnya.i pun bodoh juga terpedaya dengan perkara lagha begini tapi sekali sekala apa salahnya untuk hiburkan hati i yang sedang pilu ini.Selain baca Quran yang membaiki hati i sedikit demi sedikit,berdoa setiap hari,berkebun juga membantu i lupa akan masalah i yang bersarang di hati i.

Sebenarnya bukan masalah i,tapi masalah kawan baik i iatu Kak Ja,menyebut tentang kawan baik,Shasha merupakan kawan baik i yang kedua,Kak Ja ini kerana i tinggal berhampiran dengannya jadi susah senang i adakalanya i berkongsi dengan dia,kami pernah juga tidak bertegur sapa selama beberapa bulan,waktu itu i masih dengan ego i ,i sangka orang yang tak mengalah lah yang hebat dan kedeboom tapi apabila i terpandang satu hadis yang mengatakan lebih kurang begini :

Yang terbaik antara kamu adalah apabila bergaduh ,orang yang pertama memberi salam diantara satu sama lain.

i lupa hadis itu,i inikan manusia biasa,sekarang i kalau tak bertegur sapa,i cuba buat tak lebih dari tiga hari kalau tak i akan tebalkan muka tetap ke rumah Kak Ja.Bagi salam dan buat seperti pergaduhan itu tidak pernah berlaku,kerana apa?Lillah hi taala.

kak ja dan i dua manusia yang berbeza,seorang beso macam beruang,eceh i la tu.ha ha ha,seorang lagi kecik molek.Dan yang paling mengharukan,setelah berkawan dengan Kak Ja selama hampir enam tahun semalam i baru mendapat tahu bahawa Kak Ja iatu kawan i yang bernama khadijah Abdullah ini merupakan seorang mualaf.
i rasa sebak,i menangis,i ini memang walau tegas dan garang macam abang komando tapi i penangis orangnya.i sedih bercampur gembira kerana Kak Ja yang berketurunan orang Asli Semenanjung ini merupakan saudara seagama i yang dipilih oleh ALLAH.

yang menambahkan kesedihan i ialah suami yang patut membimbing Kak ja tidak bertindak sepatutnya,kak ja telah pun bercerai yang mana i rasa itulah yang terbaik yang ditetapkan oleh ALLAH terhadapnya setelah diperlakukan oleh suami yang perangainya lebih teruk dari beruang.

Ada masalah yang timbul selepas penceraian mereka iatu suaminya masih tidak mahu keluar dari rumah (walaupun selepas tamat tempoh edah),jadi Kak Ja bertindak membuat laporan ke pejabat agama,walau telah diarahkan keluar namun bekas suaminya masih pulang ke rumah dan berlagak seperti tiada apa apa berlaku.

maka i keesokkan harinya telah membuat laporan polis yang menyebabkan bekas suaminya nyaris ditahan.i cakap terus terang,i tak takut sesiapa melainkan ALLAH,orang macam i kalau you nak gertak melalui telefon atau nak boo tepi jalan you all memang saja nak cari nahas.

Bekas suami Kak ja bertindak menelefon i dan bla bla bla berleter itu dan ini,maka i akhiri perbualan kami dengan kesimpulan

Kamu patut kurangkan perangai kamu yang suka bercakap berbelit belit,cuba belajar bercakap benar,ini tidak,kamu tahukan ,orang ini kalau sekali sudah dibuat taik maka selamanya diorang akan ingat.

Dan kemudian dia called lagi ,kali ini untuk meminta maaf dan bla bla bla lagi sehingga i tanya

i:Kamu nak apa call aku?

bekas suami :tolong pujuk kak ja ,aku nak balik.

i: (menjawab dengan tiada kaitan dengan soalan) kamu patut belajar terima ketetapan ALLAH,bawak bawak sembahyang dan bertaubat. (apa kejadah kamu simpan perempuan tetapi tak mahu mengahwininya)?yang ini i cakap dalam hati sahaja.


kenapa i cerita semua ini pada kamu?supaya kamu tahu dan sedar bahawa:

1 ) perkahwinan itu suatu ikatan yang suci,bukan untuk kepuasan seksual semata mata.Pelihara dan jagalah ia.

2) kamu nak bercinta dengan non muslim,tak ada masalah tetapi yang menjadi masalah adalah apabila timbul bab bimbing,tiada siapa yang dapat membimbing melainkan ALLAH namun kamu sebagai orang yang bertanggungjawab mengahwininya,kamu wajib mengajar mereka yang mualaf ini isi dan sari pati islam yang sebenar. kamu wajib mengajar mereka untuk solat dan apa jua ibadah yang lain,tapi kalau kamu sendiri solat kadang kadang,hari Jumaat aja solat,itupun kadang kadang buat buat lupa,bagaimana kamu nak mengajar mereka apabila kamu sendiri tidak terajar?????

3) kenapa i sibuk sibuk ambik berat pasal kak ja dan kesana kemari dengan kak ja,kadangkala memberikan wang kepadanya supaya dia tahu masih ada orang ISLAM,MUSLIM yang mengambil berat akan keadaan saudara seagamanya.

dan paling penting

untuk memelihara akidah Kak Ja agar tetap berada dan berdiri sebagai seorang Islam.

Sejak dua menjak ini kak ja telah mula menunjukkan minat untuk berubah menjadi lebih baik,mungkin dia memikirkan kata kata yang i lafazkan padanya tempoh hari iatu kembalilah pada ALLAH nescaya ALLAH akan menolong kamu,dan barangsiapa yang berpaling dari jalan ALLAH,ALLAH akan jadikan dada mereka sempit (tidak dapat menjumpai jalan keluar).

ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG,DAN YANG MAHA PENYAYANG DIANTARA yang penyayang.

Nasihat yang sama untuk kamu,jagalah hak ALLAH nescaya ALLAH akan menjaga kamu.

p/s : aku masih sebak memikirkan permasalah Kak Ja,semoga ALLAH memberikan hidayah dan iman kepadanya .Nilai iman dan hidayah itu lebih bernilai dari nilai wang,rumah rumah,kereta kereta,kalau kamu mengetahui...

kak ja,kita kawan dunia akhirat.

Friday, September 4, 2009

Yang aku sengajakan

Sebelum Subuh tadi aku menelefon nenek kesayangan aku untuk bertanya khabar dan dalam masa yang sama untuk memaklumkan bahawa aku tidak dapat menyambut lebaran ini bersamanya.Aku memilih untuk tinggal di Kuantan dan merubah angin.

Gila ah,saudara mara semuanya balik ke kampung,ada rendang ,ada ketupat,ada nasi minyak ,riuh rendah dan aku pula memilih untuk tidak balik beraya.Hebat.Aku rasa biarlah kali ini aku mengotakan janji aku yang telah aku buat sejak lima tahun yang lepas iatu untuk menyambut raya dengan Aunty Sharifah.

Tahun pertama aku janji nak raya dengan Aunty namun akhirnya tak jadi apabila aku mengikut Cik Kama ke Johor Bahru beraya bersama rakan rakannya.Bodoh betul aku,tapi tak apalah ,pengalaman yang tak boleh dijual beli.dan begitu juga tahun seterusnya sehinggalah tahun lepas aku sambut hari raya dengan keluarga Shasha.
aku yang menumpang dalam keluarga Shasha,baju aku pun kalau kamu perasan bukanlah baju raya.
ayah Shasha yang macam ayah aku dah


orang macam aku ini adalah dari jenis yang tidak kisah sambut raya dimana mana sekalipun.Sejak bila aku jadi begini aku pun tak tahu.Bagi aku bermaaf maafan ini bila bila masa sahaja boleh dilakukan tidak tertakluk hanya pada hari raya sahaja.Selain itu aku bukan jenis yang dengar lagu raya ddan kemudian menangis kerana terkenangkan kampung halaman.

Cuma yang aku rindu adalah nenek aku dan masakannya yang sedap.time time puasa macam ini aku teringat juadah juadah yang selalu nenek aku masak.Kalau nak diikutkan aku sebenarnya rapat dengan nenek aku lebih dari aku rapat dengan kedua ibu bapa aku.

Paling best time berbuka puasa ramai ramai.Aku adalah cucu sulung dalam keluarga jadi hubungan aku dengan mak mak saudara serta bpa saudara agak rapat mengalahkan hubungan aku dengan kedua orang tua aku.

Buat saudara mara aku yang berada di seluruh Malaysia :Ayah Long Hasbullah dan Azmi yang berada di Terengganu,Ayah Ngah Isabdillah yang berada di Sarawak,Ayah Teh Abdullah Tahir yang berada di Bangi ,Mak Nor yang berada di Balok dan Mak Su Asma yang berada di Johor ,maaf kak long tak dapat pulang kali ini.

Namun kalian semua sentiasa dekat di hati Kak Long.Tiba tiba rasa macam sedang berkeudara di Rancangan Sampaikan Salam Lebaran di THR.ha ha ha

p/s :merupakan entri yang siap separuh jalan.sengaja di post.

Wednesday, September 2, 2009

Mak Cik ,you have no right ok.

kamu dah mula membeli baju raya?aku tidak ada apa yang aku sediakan tahun ini,kiranya aku tidak punya baju raya namun jubah aku masih banyak dan jubah yang Aunty belikan dari Mekah itu masih dalam perkiraan aku sama ada ingin dikenakan atau sebaliknya.

keadaan kesihatan aku agak memuaskan walau batuk dan lelah masih bertempek didada.Dah lama sihat,tiba tiba sakit tentulah tak biasakan?tapi apa nak dihairankan ,kesihatan,kekayaan semua itu pinjaman ALLAH dan apabila namanya pinjaman dari ALLAH bila bila masa ALLAH boleh tarik.

Sungguh kamu tidak akan tahu harga kesihatan yang kamu miliki sehinggalah apabila kamu terkedang diatas katil hospital,kamu cemburu melihat mereka berlari lari sedangkan kamu nak berdiri pun masih memerlukan bantuan orang.

aku bersyukur dengan pengalaman aku berada di hospital tempohari,empat tahun yang lepas sebenarnya aku telah dimasukkan ke hospital akibat dari tonsil namun alhamdulillah tiada apa apa pembedahan yang perlu aku lalui.Dan 24/8/2009 aku kembali ke HTAA bersama wabak baru yang disahkan positif berada di dalam badan aku.

Entah mengapa aku tak risau mahupun sedih apabila dimaklumkan bahawa aku positif H1N1.tapi aku menangis,aku telefon teman lelaki aku dan menangis.Kerana aku risau kalau kalau aku mati.Siapa yang tidak takut mati?

Aku mula berfikir kalau aku mati nampaknya mayat aku akan dibasuh di hospital,dan orang tidak akan dibenarkan mendekati jenazah aku .Tapi ternyata semuanya hanyalah perkara dalam fikiran aku.Hari ini,aku telah sihat dan seperti yang dimaklumkan oleh salah seorang doktor,aku telah bebas dari H1N1.

Aku telah mengambil keputusan yang betul apabila ke hospital sebaik sahaja aku mendapati aku tidak sihat dan aku menasihatkan kamu untuk berbuat perkara yang sama.

Jika ditanya mengapa aku tak ke hospital swasta?kerana aku ini dari kecil sampai besar ,ke hospital kerajaan kecuali tiga tahun dahulu dimana aku menjadi pengunjung setia klinik ANANDA,yang mahal kebaboom( teman lelaki bayo).

3 hari di hospital swasta adalah RM 5000 bergantung kepada rawatan dan jenis penyakit yang kamu ada.RM 5000 adalah contoh dari pengalaman pesakit dihadapan aku,kalau dengan sakit yang menyerang aku baru baru ini mahu mencecah RM20000 barangkali.

************************************************************************************

aku ke rumah Kak Ja

dalam gambar : Kak Ja,baru sahaja menjanda sebulan


sebelum aku ke rumah kak ja,aku singgah ke rumah polis bujang yang rumahnya berhadapan dengan rumah anak anak gadis yang aku tegur kerana berdating di hadapan taman setiap hari.Tujuan aku untuk menyuruh polis tersebut menyuruh anak anak muda itu memberhentikan perbuatan mereka yang tidak senonoh itu.

Polis tersebut mengatakan memang selalu mereka menyaksikan anak anak lelaki berkunjung masuk kerumah anak anak gadis tersebut.pendapat ini disokong oleh anak anak murid aku tiga minggu yang lepas.

Satu jam kemudian sewaktu dalam perjalanan pulang ,anak anak gadis yang masih muda usianya itu semuanya seolah olah menanti kehadiran aku dan BOOOOO.....ada kepatut di boonya aku.

AKu pun berhentikan motor aku di bahu jalan dan menuju ke rumah mereka.

Mereka bersiap sedia untuk berperang mulut dengan aku manakala aku seperti biasa tawakal ajalah,aku tanya apa masalah mereka,mereka tanya apa masalah aku sampai report pejabat agama dan repot polis berkenaan hal mereka yang suka duduk duduk di taman .

Aku kata aku ada masalah sebab perbuatan itu haram dan aku orang Islam ...dan bla bla bla bla lagi sehinggalah mereka berkata "MAKCIK (diulangi ok,MAKCIK?)

muka macam ini kamu panggil mak cik?buta ke apa?ha ha ha


baiklah,berbalik kepada cerita asal : "MAKCIK TAK ADA HAK NAK BUAT MACAM ITU"
(hak yang dimaksudkan adalah apabila aku mengatakan bahawa aku akan meminta surat sokongan Ketua Kampung Bukit Sekilau( yang entah sapa sapa) untuk mengeluarkan mereka dari rumah sewa itu sekiranya mereka masih berdegil dan masih kekal dengan kelakuan mereka berdating dan ber...ber....lagi.)


jawab Mak Cik Rabiah ini :

Sebelum awak bercakap pasal hak ,mak cik mintak awak penuhi hak ALLAH dahulu,apakah hak yang paling besar dari Hak ALLAH?

mereka terdiam dan aku pun meminta diri setelah memberi salam.Aku kira mereka faham bahawa aku tidak dengki akan tindakan mereka berdating dating itu,aku pun pernah dating juga tapi yang aku pelajari banyak buruk dari baiknya.

Mengapa membiarkan diri kamu menjadi mangsa fitnah dengan melakukan perbuatan yang menimbulkan fitnah?



p/s : kerana semangat sangat berceramah agama kepada budak budak tersebut,aku telah menanggalkan topeng muka aku secara tidak sengaja.harap tiada siapa yang demam selepas ini,insyaALLAH