i ikut Kak Ja untuk beli nasi lemak,temankan dia dan akhirnya terpaksa tunggu hampir satu jam untuk hujan berhenti.
Kak Ja,Kak ja.
kalau tak kerana i pun nak makan nasi lemak,tak kuasa i meredah pekat malam diiringi hujan lebat semata mata untuk kamu menikmati nasi lemak.
i tahu ramai yang sakit hati dengan i,lantaklah,pergi matilah dengan kemarahan kamu itu.i tak hairan.Dan kata kata kamu itu simpan ajalah,jangan emosional sangat.
Nenek i pesan :Jangan pedulikan kata kata orang kerana kita tidak akan mati dengan kata kata mereka ,tapi kalau mereka nasihat dan kata kata mereka benar ambillah,jangan jadi bodoh sombong,dah lah tak tahu,banyak cakap,lepas itu nak hangin cap badak.Aku tampo karang baru tau.la la la
P/s : entri pening selepas berhujan.Sakit juga kena air hujan ni kalau pekena time bawak moto.
Wednesday, October 28, 2009
. . .
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/28/2009 11:54:00 PM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Biodata i
i tahu ramai makhluk yang teringin untuk mengetahui siapa i kan.mengada sangat ceramah orang itu dan ini macam i saja yang betul,nah selepas meneliti siapa i,you all jangan lupakan i ya.
nama i
Rabiatul Adawieyah bt Rosdi
nama i dikalangan orang ramai
Yantie,Yan,Rabiah,kak Long,Kak Pah (ini akak nasi lemak panggil i),Cikgu (ini Pak Haji Teksi panggil i),Teacher (ini orang orang kawasan perumahan i panggil i),Semek (ini Kawan baik i panggil i)
Usia i
I tak suka beritahu berapa usia i tapi i selalu cakap i am 23 y.o.Rasanya untuk sepuluh tahun akan datang i akan guna nombor yang sama,kata orang ada apa dengan angka bukan?
Makanan Kegemaran i
nasi goreng cina dari warung mat Nor.i tak jemu dan takkan penat walaupun terpaksa makan menu sama untuk bertahun lamanya.
Minuman Kegemaran
Milo ais
Taraf Pendidikan
SPMV (Kejuruteraan Eletrik)
Ilmu Tafsir Quran,Ilmu Hadis dan Ilmu Aqidah menurut Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah,Ilmu Al Quran (Juzuk Enam)hahahah.
Kegemaran
(1) Main dengan bayi yang comel comel
(2) Membaca buku buku yang mengandungi petikan ayat Al Quran
(3) Berdebat untuk menyedarkan seseorang supaya udahlah buat menda bidaah,syirik,kufur,kurafat dan yang seangkatan dengannya
(4) ke Masjid waktu zohor,Asar dan Maghrib (hujan pun i sanggup redah)
(5) Menonton tv HBO pada jam 5 petang
(6) Membayar bil bil tepat pada waktunya
(7) Bersiar siar dengan kawan baik i Kak Ja)
Kebencian
(1) bising
(2) orang yang menanyakan soalan sama berulang ulang kali
(3) orang yang bodoh sombong
(4) orang yang selalu menggunakan frasa ini "kau dulu pun jahat jugak.."Babi betul
(5) Ibu bapa yang tidak membayar yuran on time walaupun telah diberitahu berulang kali
Kawan baik
Khadijah dan anak anak beliau
Persediaan untuk berkahwin
Satu habuk tak bersedia langsung
Keburukan diri
(1) suka memaksa
(2) mudah marah jika orang tidak menghargai masa
(3) suka mengkritik secara depan depan
(4) suka sangat berdebat,i patut berhenti ni...Gila psiko
kepercayaan
i tak percaya sesiapa kecuali ALLAH dan RasulNya.manusia selalu mungkir janji.
Parti Sokongan
i tak mempolitikkan agama.Dan i tak suka orang yang mempolitikkan agama.Pendapat tidak akan pernah sebulu tapi percayalah aqidah itu boleh bersatu.
*******************************************************************************
i baru pulang dari membeli nasi goreng di gerai berhadapan dengan uitm bukit sekilau,kemudian saja berbual bual dengan peniaga,i kurang nak berbual kerana lelangit i ada ulser yang menyebabkan i rasa sakit yang menyucuk tiap kali i baca Quran,baca bacaan dalam solat dan bercakap dan minum dan makan.
Oklah tu Rabiatul,Redha aja,kurang sikit dosa kamu.pot pet pot pet aja.lalala
Peniaga itu yang tidak i ketahui namanya(walau hampir 5 tahun membeli disitu) bercakap tentang kesusahannya bekerja semenjak dari dinihari hingga lewat senja.i cakap no pain no gain.tak ada kerja senang,kerja i pun walau sejam setengah aja setiap hari namun memang cukup memenatkan otak.
Dari suatu segi yang lain i bersyukur kerana i ditakdirkan menjadi guru bebas dan tidak terikat pada mana mana syarikat,atau sekolah atau kerajaan kerana i ada masa yang banyak untuk diri i sendiri dan ke kelas agama pada waktu yang tidak mungkin bagi orang yang bekerja berpeluang untuk hadir .
i rasa i kuat kerana dalam tempoh masa lima tahun ini macam macam perkara berlaku dalam hidup i,paling teruk sekitar bulan April ke Oktober 2008 tempohari.Memang mencabar.liku liku yang i takkan lupakan.Bagi yang nak mengetahui apa dia,semaklah entri lama i.Antara hikmah yang i dapati apabila kehilangan orang yang i sayangi sepenuh jiwa dan raga i adalah i tidak lagi berdepan dengan takut akan kehilangan mereka kerana i telah pun kehilangan mereka.
I guna masa yang ada untuk mengubati hati i yang hancur bersepai sepai itu untuk memperbaiki diri i ,banyak kesilapan dan dosa yang i lakukan sepanjangi hidup ini.Kelukaan hati tidak akan sembuh dengan mendengar lagu Sejati dendangan kumpulan Wings ataupun lagu lagu merobek jiwa.No! No ! No Fernando Jose..eceh pinjam ayat rosalinda pula.
Kamu akan dapati luka kamu akan perlahan lahan hilang apabila kamu menyerahkan hati kamu kepada ALLAH,diiringi doa dan usaha serta selalu mendoakan yang terbaik buat bekas teman lelaki i,maka i pun mendapat perkara yang sama,i rasa makin tenang.Walau wang kurang (waktu itu) namun hati i girang.
i bersetuju jika jalan yang terbaik untuk kita keluar dari kepompong masalah selepas berusaha adalah bersabar dan bertawakal kepada ALLAH.serta sentiasa bersangka baik kepada ALLAH.
I pernah ya berpendapatan lebih RM4000 sebulan namun i masih rasa kosong,i masih tak dapat apa yang i mahu,pelik i sangka i akan gembira apabila i berjaya memiliki kasut idaman i namun i masih tak gembira juga.Mana mungkin kamu bahagia jika dahi kamu jauh dari tunduk sujud kepada ALLAH.
Acapkali juga i bangun tengah malam menangis (tiba tiba rasa macam nak menangis) kerana i mahu sangat berubah menjadi perempuan yang baik,yang menutup aurat dan yang bersolat.i Mahu.Sampai tertidur i menangis tapi i tak solat jugak.Namun ALLAH tahu niat hati i.I nak berubah. i mahu,maka perkara pertama sebelum i berubah menjadi baik adalah i harus melepaskan anasir yang tidak baik dalam kehidupan i iatu teman lelaki i.
Bagaimana kamu menjadi baik jika disekeliling kamu dikelilingi orang oang yang tiap hari menghasut kamu agar menjadi tidak baik?i percaya kawan dan dengan siapa kita berkawan sangat penting.you harus pilih kawan yang baik baik,yang menggalakkan you mengingati mati dan mengingati hari pertemuan you dengan ALLAH.
I dah buang beberapa dari mereka.i tak anggap i baik,bukan bermaksud i buang mereka terus,kalau jumpa tepi jalan i tegur namun i cukup takut kalau kalau i kembali seperti dulu,i tak mahu rambut i kaler oreng lagi,i tak mahu pakai hot pants pergi ke kedai depan rumah i,i tak mahu.i dah penat.i dah puas.i dah tak hairan lagi.
Dan i tak kisah kalau you ( kawan lama i) datang dan cakap :
Yantie,What the hell is wrong with you?getting fatter and dakwah habislah...
i tak kisah.
no harm
tak heran
I doa you all dapat hidayah satu hari nanti,hidayah ini nilai dia lebih dari trillion wang yang you all ada.Kita takkan bawa harta ke kubur,tapi amalan kita.Dan ALLAH tidak melihat pada jisim kamu namun pada jiwa dan amal kamu.Nasib baiklah,kalau syurga itu hanya dijadikan untuk mereka yang berwajah cantik macam mana?
I macam mana?
I kan tak cantik (la la la )
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/28/2009 06:00:00 AM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, October 27, 2009
hadis Shahih punyalah beratus ribu kenapa yang kamu ambil hadis daif juga?
Hadis sahih umpama durian segar
Hadis daif umpama durian masam
Kalau dibuat tempoyak
Penghasilan yang terbaik adalah dari durian segar
Dan begitulah untuk pengetahuan kamu.Punyalah banyak dan beratus ribu hadis sahih yang kamu bantai beramal dengan hadis daif itu kenapa?berpegang teguh kepada Al Quran dan As Sunnah.
Bagaimana ingin menentukan sama ada kamu mengamalkan As Sunnah yang betul?
Ya…
Melalui hadis sahih,yang diakui kesahihannya.
Yang terang dan jelas tanpa syak wasangka.Siapa perawi perawi hadis sahih yang terkemuka?imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Daud,Imam At Tirmizi dan yang lain kamu kenalah google juga.jangan menggoogle bahan lucah aja rajin.
Banyak banyak amalan yang menjadi sunnah kenapa kamu masih mengamalkan perkara pekara bidaah?
Apa kamu rasa sunnah Rasulullah s.a.w itu tidak cukup sempurnakah sehingga perlu kamu tambah amalan amalan bidaah yang pada pendapat kamu akan mendekatkan kamu dengan ALLAH?
Dan kamu bahagi bahagikan pula hukum bidaah dan jenisnya,pandai sungguh kamu,siapa ajar kamu,hadis mana yang menyatakan amalan bidaah yang kamu lakukan itu adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w?
Menulis blog pasal agama memang mudah mendapat perhatian ,lagi lagi kalau kamu memilih untuk menulis mengikut cara santai dan cara lantak opah kamu lah,tapi kamu harus ingat,bukan semua guru agama yang mengajar kamu itu betul.jangan berguru akan satu guru semata mata.
Belajarlah dari banyak guru,buat perbandingan,saringkan dengan hadis sahih,jika benar ambil,jika sebaliknya,jangan dipakai.
Ingat,kamu dengan taraf kamu setakat belajar di
dan ingat kita ada hak,hak untuk bertanya pada guru agama kita sama ada apa yang disampaikan itu merupakan hadis yang sahih atau ikut sedap mulut tok guru aja bercakap...Jangan dengar tadah telinga aja,jangan ambik tanpa ada inisiatif untuk mengesahkan sama ada betul atau tidak ajaran tok guru aku ini.jangan sebab tok guru kamu paling pandai kasi lawak klise maka semua kena ikut tok guru kamu.
Bukan,ajaran agama ini bukan ikut sedap tok guru kampung kamu,tok ketua mahupun tok imam kamu,ia mestilah berlandaskan Al Quran dan Al Hikmah (sunnah Yang sahih),yang dok bantai daif tu apa hal?Kita ini bukanlah ahli hadiths yang hafal satu juta hadis,yang boleh membezakan hadis dhaif,mungkar,hassan dengan sekali dengar,kerana itu,kerana kita sedar kita ini BUKAN AHLI HADIS,KITA SEDAR BAHAWA SYURGA BUKAN TERLETAK BAWAH TELAPAK KAKI TOK GURU KITA,MAKA KITA HARUS BERHATI HATI.Hati hati itu adalah dengan mengambil yang sahih semata mata.
Walaupun i tak baca Kitab Sahih Bukhari tiap malam namun ada masanya apabila i terbau sesuatu yang aneh seperti contoh hadis yang anak murid i khabarkan pada i iatu :
Anak Murid ; teacher,kalau teacher tak mahu mati kena langgar dan badan teacher hancur bersepai,maka teacher amalkan ayat al Quran dari Surah Az Zumar,ayat sekian sekian maka dengan izin ALLAH mayat teacher tidak hancur berkecai,dan kalau hancur berkecai teacher boleh tuntut anggota badan teacher yang bersepai itu pada Abu Dardar r.a
teacher Pasa : apakah benar dakwaan mu ini anak murid ,dong(tiba tiba keluar bahasa indon,i tambah sendiri aja ni)
Anak Murid :Benaran,ada hadisnya.
(i angguk angguk tapi dalam hati i ada syak wasangka,rasanya dalam sekali i khatam kitab tu tak ada satu hadis pun yang diriwayatkan demikian)
Maka sewaktu menghadiri kelas Fekah (Hadis Sahih) i ambik kesempatan untuk bertanya pada Ustaz i yang memberikan jawapan yang bagus sekali iatu :
Apahal Abu DarDar nak menanggungnya?Habis kalau ada seribu orang mati hancur,para syahidin yang dicincang lumat itu bagaimana?Apa kes Abu Dardar nak menanggung orang yang ditakdirkan ALLAH mati bersepai?WTF ?(WTF itu i tambah sendiri)
Tiada seorang pun dari kamu waima i sendiri tahu dinegeri mana mereka akan mati dan tidak seorang pun akan tahu rezeki apa yang akan mereka perolehi untuk esok hari.Apakah moral of the story yang kamu dapat simpulkan?
(1) belajar belajarlah baca kitab kerana apa?kerana setan ni berusaha keras untuk menyesatkan kamu,tak melalui aqidah,melalui amalan bidaah ,tak dapat melalui amalan,melalui bisikan yang membisikkan supaya kamu tak payah peduli untuk baca kitab.KEMON,Kalau buku novel cinta kamu boleh khatam yang mengkhayalkan kamu entah ke dunia mana,apa pasal kamu tak boleh baca kitab Sahih Bukhari pula?Kalau kamu rasa bahasa susah,otak kamu tahap bengong masih tinggi,kamu bulatkan hadis tersebut dan tanya ustaz kesayangan kamu.
Tapi jangan dengo satu ustaz,mentanglah ustaz akil hayy rambut dia rebonding,kamu suka,kamu pun dengo aja cakap dia walaupun salah,maka itu sudah taqliq buta namanya,dengo dari berbagai bagai ustaz maklumlah ustaz pun ada jugak bidaahnya.Maafkan i Akil Hayy ya,i tersebut nama you.
(2) Kamu jangan rajin dengo ceramah hal ehawal islam aja,sekali sekali bawak jugak menonton bicara Mufti,Halaqah ke,Muqadimmah ke,apa ke,kelas ustaz yang bagus bagus,yang tak buat jemaah ketawa berdekah dekah tak hengat dunia,tak ingat mati sekejap aja lagi,yang tak mengajar kerana wang,carilah ustaz yang tidak mempolitikkan agama.
(3) pendahuluan entri hari ini adalah diambil dari entri i yang bertarikh 24 February 2009.saja,malas nak tulis benda sama,biasalah orang melayu ini banyak sangat songeh,dah cakap banyak kali tak dengar.
Contoh orang cakap niat itu dijiwa,dia bantai niat itu dilidah,jiwa dan lidah ada tugas masing masing.
malas nak tulis ni,i dah mengantuk....Assalammualaikum...
p/s :John,you dont simply cakap tak apa dong,buatlah amalan ini,amalan itu,tak apa ,nevermind,ada hadis cakap begitu begini walaupun tak sahih,kerana lu tahu apa John?Lu bertanggungjawab untuk apa yang lu tulis.Kalau orang baca apa yang you tulis,orang amalkan,lu tanggunglah John...Sebelum tulis,fikir guna otak berserta akal sekali sebab apa yang kamu tulis kalau menda itu tidak benor,besok naya kamu nak menjawabnya..i pun sama..isk..isk..Kita tutup entri kita hari ini dengan tasbih kifarah
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/27/2009 11:34:00 PM 0 kata kata sondolan dan dorongan
kalau tak masuk dalam otak kamu jugak,i tak tahulah nak buat apa lagi
Yang Nabi tak buat,jangan kita galok galok buat....
Yang Nabi tak suruh jangan galok galok kita adakan
Yang nabi suruh dan berdalil buatlah setakat yang kita mampu.
Yang bidaah tetap bidaah ,yang diadakan itu,siapakah yang akan menjadi saksi di akhirat kelak?
nabi suruh lakukan yang sunnah bukan bidaah.
Sekadar pesanan dari i selepas solat subuh :
(a)Ingat,jangan bertaqlik pada satu guru dan taksub pada satu guru...Belajar berguru dengan ramai guru.Dan jangan ikut aja apa tok guru you all cakap,balik,semak balik dalam kitab hadis sahih Bukhari,ada atau tidak hadis hadis yang tok guru you all nyatakan.
(b) apa sebab you belajar ilmu agama?Apakah untuk bertanding aku lagi hebat?atau sebab nak tunjuk kau lah paling alim didunia?Kalau itu niat kamu itu dah ada tanda tanda riak,riak ni termasuk dalam katogeri syirik kecil dan tak mustahil menjadi besar.almaklumlah kecil kecil lama lama jadi besar...lalala
Nawaitu kena betul,kau belajar agama sebab nak menyelamatkan diri kau sendiri.Dimana?Nun diakhirat kelak.dengan ilmu,kau akan tahu dan mengerti ,tiap apa yang kau lakukan diperhati,dicatat dan diawasi.Ilmu meningkatkan ilman,jahil melemahkan iman,i man naik dengan ilmu dan amal serta iman turun dengan maksiat.Iman itu kan ke naik dan turun?
(c) kau tak payah sibuk la orang seksi sampai nampak peha ke apa,kau nasihat,kalau si polan tak mahu dengar lantaklah,urusan dia dengan ALLAH,kau selesaikan bahagian kau,kau dah menegur,dengar tak dengar sudahlah.Tapi orang yang mengamalkan bidaah ini,kalau orang nasihat tak mahu dengar,mereka kata belambok lagi orang tak pakai tudng,buat apa nasihat aku?aku ibadat ok.semayang tunggang tonggek apa.kata alim ulamak,mengubah pembuat maksiat berubah kepada kebaikan lebih senang dari merubah pembidaah untuk meninggalkan bidaah mereka.kerana oang yang bermaksiat mengetahui bahawa perbuatan mereka maksiat,namun pembidaah pula menyangkakan amalan amalan mereka dapat mendekatkan mereka kepada ALLAH SWT sedangkan mereka terlupa bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
…Seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka-reka (muhdathatuha) dan setiap yang direka itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat.
(Riwayat Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Setiap yang direka ialah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat ke dalam neraka.
(Riwayat al-Nasaie).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Setiap yang mengada-adakan sesuatu pada ajaran kami ini sedang ia bukan darinya maka ianya tertolak.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
contoh apa dia perkara bidaah?
(a) doa menjawab azan yang dibacakan selepas iqamah,seingat i lah,i baca dalam kitab sahih,doa menjawab azan adalah dibacakan selepas azan bukan selepas iqamah dan kalau ada doa yang dibolehkan untuk dibaca diantara azan dan iqamah itu telah termasuk dalam bab "Waktu waktu mustajab untuk berdoa".TOlong baca ayat i baik baik dan jangan buat bengonggggg memanjang
(b) maulidur rasul?Where is the dalil?if there is no dalil,WTF you sibuk sambut?Apa you nak jadi macam kaum Nasrani yang memuja Nabi Isa hingga akhir sekali menganggap nabi Isa a.s sebagai Tuhan?
(c)Yassin setiap hari Khamis,Baca yassin tak salah,bagus.Yang tak bagusnya bila ia mula menjadi bidaah apabila kamu katakan Khamis bagus baca Yassin,Yassin untuk exam,Yassin untuk UPSR,Yassin untuk orang yang mati,sebab seingat i Nabi pesan kalau orang yang hampir mati surah yang terbaik untuk dibacakan adalah surah AL BAQARAH,kerana apa?kerana Setan hanya takut surah AL BAQARAH.
Untuk pengetahuan kamu Hadis berkenaan Fadilat Yassin ini banyak merupakan hadis batil dan tidak ada asasnya.nak tulis banyak apa kata i berikan kamu link yang bagus,bukan dari tok guru kegemaran i,ataupun dari Ustaz Akill Hayy :
tekanlah :
tekanlah link itu ya,maklumlah kalau nak berhujjah gunakan hujjah yang terang lagi benar dan sahih bukan hujjah seperti tok guru i cakap macam ini,tok guru i cakap itu macam,Tok Kenali kata begini,Tok Janggut kata begini,ingat ilmu agama bukan mengikut tok guru kegemaran kamu,tapi mengikut Al Quran dan apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah kepada kamu menerusi peninggalan hadis hadis sahih.
banyak lagi perbuatan bidaah antaranya tok imam kampung kamu berwirid selepas solat,dah lah guna mikrofon,kalau ada jemaah yang sedang solat,kamu pula guna mikrofon yang boleh pecah satu kampung mendengarnya,bukankah Haram mengganggu orang yang sedang bersolat?Kerana itu sunnah apabila selesai solat tok imam berpusing ke belakang melihat ke arah makmum sama ada jika ada diantara mereka yang sedang bersolat.
Nak wirid tak salah,wiridlah sampai pagi kalau kamu mampu (i tak mampu),kalau rasa nak berwirid sangat,tok imam boleh membuka kelas wirid selepas solat untuk makmum makmum.
Ok tok imam?tukang baca blog i?Jangan nak melenting tak tentu pasal.Lagi satu you all kalau nak kata i tak makan nasihat ke apa ke hapa ke,memang i tak makan nasihat,i cuma pilih pilih yang bagus aja,kalau i tahu i bukan seperti apa yang you nasihatkan i :
Contoh ;
Rabiatul,hentikanlah perangai kamu yang suka mencuri ni.
sedangkan Rabiatul sebenar bukan pencuri,maka i abaikan.
sekian terima kasih
p/s :i nak mula diet epal ngan soya bulan dua belas ni,anyone nak join?
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/27/2009 05:32:00 AM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, October 24, 2009
hari ini kamu curi barang orang,esok orang curi barang kamu,hari ini kamu curi hati i,esok i curi hati kamu
i dimaklumkan bahawa skuter naza i nyaris dicuri sewaktu i sedang menunaikan solat maghrib dan pencuri tersebut hanya sempat mencuri motosikal kepunyaan Imam tempat i tinggal.Sebelum itu ada jemaah yang dirompak sewaktu sedang sujud.i tak tahu apa jenis manusialah kamu ini pencuri,i berdoa kamu dapat hidayah sebab i malas nak memaki atau menyumpah orang.
tak ada perkembangan terbaru cuma iagak sibuk menghadiri Diskusi dan Seminar yang di Kelolakan oleh Ustaz Ismail Omar,pengarang al Kitab Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.i agak cerewet untuk ke kelas kelas agama yang lain kerana perkara pertama yang i perhatikan adakah gurunya jenis orang yang hu ha hu ha,yang buat lawak klise kemudian satu masjid bergegar kerana lawak beliau...yang telah pun diulang dari masjid yang sebelumnya.
Pernah i ke kelas agama yang namanya dirahsiakan ,ustaz tersebut memburuk burukkan ulamak ulamak muktabbar,itu tak masuk lagi bab membengongkan para jemaah dengan hukum hakam berdasarkan Mazhab Syafiee.Apa salah dengan mazhab Hanafi?Maliki?Hambali?Mengapa tidak kamu terangkan pada mereka wahai ustaz sayang bahawa Madzhab itu merupakan satu pandangan atau pendapat,Maliki ,Hambali dan hanafi juga memiliki pandangan masing masing dan mereka juga mempunyai dalil dalil dari hadis shahih bagi setiap pendapat mereka.yang harus kamu ikuti adalah Sunnah Rasulullah dan bukan bertaqliq mahupun fanatik pada satu madzhab.
Kamu tu sibuk Imam Syafie sana ,Imam Syafie sini,cuba beritahu i apa nama sebenar Imam Syafie?keempat empat imam besar dalam feqah ini saling berkaitan.mereka tidak fanatik kepada satu,dua guru sahaja.Lupakan seketika soal Qunut dibaca ataupun tidak didalam solat subuh sekarang mari kita tanya apa aqidah kamu?
kamu tahu Aqidah itu apa?Aqidah itu umpama sebatang pokok Iman dan Aqidah merupakan akar kepada pokok tersebut,tanpa akar yang kukuh ,pokok akan tumbang.Dan kalau tersilap Aqidah itulah yang bakal memunculkan banyak bidaah yang adakalanya berakhir dengan perkara syirik dan khurafat.
tahukah kamu setiap bidaah yang muncul akan mematikan satu sunnah dan dewasa ini perkara perkara bidaah dianggap sebagai sunnah dan perkara sunnah dianggap sebagai bidaah.i tak tahulah nak jadi apa pada orang Melayu yang mementingkan adat dari Sunnah Nabi mereka.itu tak masuk lagi bab sambut Maulidur Rasul,cuba beritahu i siapa dari golongan sahabat yang mula mula mengadakan sambutan hari bidaah ini?
p/s :nak ke Tunas Manja,hantar sahabat i beli barang
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/24/2009 08:22:00 PM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, October 21, 2009
............................
i dah menjelaskan kompaun tidak memakai helmet pada harga RM 200.oo.oh ! mati mati i sangka i cuma perlu membayar RM 70 sahaja.tapi i diberikan pilihan sama ada untuk dibicarakan di mahkamah.pada mulanya i ingin memilih untuk dibicarakan di mahkamah namun i menukar pilihan i pada saat saat akhir kepada membayo aja 200 itu.
takkan i nak tipu yang i tak mampu,sedangkan i mampu
takkan i nak cakap i ada adik beradik ramai dan i menanggung mereka sedangkan i langsung tak tanggung mereka
nak cakap tak bekerja,i bekerja
nak cakap gaji kecik,gaji alhamdulillah
jadi i bayo aja 200.
senang
tak payah membohong.
tapi susah juga nak mengajar hati i ini menjadi redha.maklumlah setan dimana mana....
p/s...baguslah pegawai jpj ni amanah..
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/21/2009 12:13:00 PM 0 kata kata sondolan dan dorongan
Tuesday, October 20, 2009
apa maksud FCUK?
i bukan pengawas sekolah untuk menunjukkan contoh yang baik sentiasa kepada rakan rakan sekolah.i hanyalah i yang bekerja sebagai seorang guru tuisyen,yang gelak berdekah dekah,yang mengatakan apa yang i rasakan betul dengan cara i.
Ada masa perkataan yang tidak patut keluar dari mulut i tapi seiring dengan pertambahan usia kebanyakkan masa i berfikir sebelum meluahkan kata kata.jika di blog i ada perkataan seperti setan,babi,jadah,serta yang seangkatan dengannya,janganlah kamu jadi bodoh piang mengikut contoh yang tak baik.
Ambiklah apa yang kamu rasakan betul dan tinggalkan yang tak betul.kamukan ada otak?apa kamu letak otak kamu kat lututkah sehingga susah sangat nak berfikir?Dan blog ini bukan blog milik cikgu pemeriksa kertas SPM Bahasa Malaysia kertas Satu.
Dan kalau ikhlas memberi teguran,sertakanlah nama sekali bukan apa kerana sikap kamu yang gemar menjadi anonymous boleh mewujudkan fitnah dan buruk sangka kerana i tidak syak lagi akan berfikir ,sapalah "setan" ni.I anggap anonymous ini setan.Kerana adakalanya mereka baik tapi kebanyakkan masa jahat.berdasarkan pengalaman i.
Kalau tak puas hati atau merasa i ini tak cukup baik untuk nasihat you all yang baik,tak payah baca,ramai lagi orang yang nak membaca blog i.Ramai lagi yang masih mencari ilmu walau dengan cara membaca blog i.ilmu i sekangkang kera ini i kongsikan bersama orang yang mahu berkongsi.
yang rasa diri itu terlalu sempurna,lu jangan baca blog i kerana i ni tak sempurna.kadang kadang i termaki.kadangkala dimaki.
ingat apa yang i cakap?
anonymous adalah setan (dalam kepala i lah)
jadi tinggalkan nama yang bapak dan mak you all hadiahkan didalam ruang komen ok..isi joyah pun tak apa.
p/s :....
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/20/2009 02:35:00 PM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, October 19, 2009
Sinaran dari wajahmu membuatkan i rindu
apa perkara yang paling latest berlaku pada i hari ini adalah sudah tentu disaman JPJ
Kesalahan kesalahan i antaranya :
tidak melekatkan tanda L pada skuter i dan tidak memakai helmet namun i hanya dikompaun atas kesalahan tidak memakai helmet,oklah itu,yang i tahu,kamu orang JPJ dan POLIS jangan mimpi nak ambik duit rasuah dari i,insyaALLAH i takkan kasi,i lebih rela disaman dari terpaksa berjawab dengan ALLAH masa di padang masyhar nanti.
Nampak mudah aja tapi pak cik polis atau jpj yang selalu ambik duit kopi ada tak terfikir sejenak berkenaan status wang tersebut?Dengan menggunakan istilah wang kopi tidak akan dapat menukar wang tersebut menjadi halal.Yang haram walau sedikit tetap haram.
Baiklah walaupun semasa ditahan tadi terdapat juga unsur unsur i terpaksa mahu beri wang kopi namun i rasa pegawai tersebut berfikir dua kali kerana udahlah i bertudung labuh (hari ini i tak berjubah),karang i beri ceramah agama free pula.hahahah
i cuma meminta agar tidak disaman sekali sahaja dengan menggunakan ayat :
Maafkanlah saya encik,tidak encik suka kalau ALLAH memaafkan encik?
Wohooo,kamu berani tak cakap macam tu?
tapi encik jpj yang beragama islam dan memakai rantai dan cincin emas ini hanya membuat muka bodo.tak apalah kata i,saman ajalah dan terima kasih atas saman yang encik keluarkan.
"tak marahkah?" tanya pegawai berantai dan bercincin emas itu lagi
"Nak marah apa,sudah ketentuan ALLAH saya disaman hari ini."
Encik JPJ tersenyum sumbing.
apakah moralnya?Jangan takutkan JPJ lebih dari kamu takutkan ALLAH,jangan kerana ingin terlepas hukum didunia maka kamu memilih untuk dihukum di akhirat.Azab yang tak pernah terlihat dimata dan terfikir oleh akal fikiran menanti kamu disana,apakah kamu fikir di akhirat kelak hukumnya ringan ringan aja?
hidup biar bermaruah,jangan merayu lebih lebih bahkan hentikan terus,merayu rayu dan meminta minta hanya untuk ALLAH.i mengharap dan berdoa agar ALLAH akan teruskan keraskan hati i menjadi orang yang tidak suka meminta minta pada orang lain.
*********************************************
entri yang you all baca diatas sudah tiga hari usianya,setiap kali i cuba nak siapkan i disibukkan oleh bermacam macam perkara,kelas mengaji Al Quran di Masjid Negeri,menghantar sahabat i ke Mydin dan ke sana kemari,i pula kemaruk dengan minyak attar. dahulu i penggemar minyak wangi ,pernah sekali sampai i beli 15 botol sekaligus (tak main yang $10 satu)..lalalala
tapi penyudahnya i berikan pada ramai orang,tak tersembur oleh i ,hampir dua tahun juga didalam simpanan i...
أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية
perempuan perempuan diluar sana yang tidak segan silu menayangkan perfume yang mereka miliki diblog masing masing,tahukah kamu apa maksud apa hadis diatas?
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).
so bagaimana sekarang ,masih mahu mengenakan wangi wangian kah?Udahlah wangi,ada alkohol pula,kalau dengar istilah minum arak,mintak selisih malaikat 44 (bukan i cakap),habis yang kamu dok sembur satu badan kamu,bukan ke dalam perfume itu ada juga alcoholnya?
Barang yang haram,tetap haram walaupun peratusannya 0.001 %.
Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya :
saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘
tapi biasanya kalau disiarkan dalam tv,mereka biasa mengambil ayat terakhir yang hujung itu.
Jaga jaga perempuan dan tak lupa juga mak cik mak cik yang selalu solat di masjid bersama i,yang memakai wangi wangian semerbak harumnya ,yang membacaYassin setiap hari khamis (bidaah), yang membaca doa menjawab azan selepas iqamah (bidaah) ,tolong berhenti memakai haruman lagi kerana makcik tahukah solat Mak Cik tidak sah?bukan i yang cakap,
Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).”
(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah).
Tengok ayat bawah sekali,siapa yang cakap?Abu Hurairah yang cakap,adakah Abu Hurairah suka suka hati melarang perempuan memakai minyak wangi ke masjid?Tak,dah tentu Rasulullah s.a.w yang melarangnya.Kalau tak dengar cakap Rasulullah nak dengar cakap siapa?
Cakap tok imam kampung kamu??
atau cakap cakap mereka yang kamu panggil ulamak tapi tersimpang jauh dari landasan sunnah ?
Kenapa i tulis ramai ulamak tersimpang dari sunnah,kerana ada diantara mereka walaupun terkemuka tapi masih menggunakan dalil ALLAH dimana mana.Masuk bab Aqidah pula,tadi Fekah,kamu sukakan?i sukakan kepelbagaian,barulah versatile namanya.
Sayang,jika kamu belajar agama,terer bab fekah namun bila sampai bab Aqidah,kamu kantoi?kenapa?kerana banyak guru guru agama di Malaysia yang mengajar mengambil sumber dari mulut guru guru mereka dan bukan merujuk kepada Al Quran atau As Sunnah.
i teringat bila i beritahu kepada seseorang yang i kenal ALLAH berada di Arasy,beliau mengatakan,Bagaimana i tahu?i katakan dalam Al Quran ada menyebut hampir tujuh kali didalam Al Quran,antaranya dalam Surah THoha,ayat lima,Dalam surah An nisa(kalau tak silap i),dan selebihnya you all kena semak sendiri kerana kalau you all tak belajar semak Al Quran bagaimana you all nak tahu?
untuk itu you all jangan segan silu sayang wang untuk membeli Al Quran yang memiliki tafsiran kata demi kata,Al Quran ini bakal menjadi peguam untuk kita di hari Akhirat kelak,kalau di dunia,untuk menyelamatkan kita dari sesuatu hukuman,dah tentu kita beria ria untuk mengupah peguam terhandal dan terbaik,maka jika kamu bijak sudah tentu kamu akan menyediakan peguam terhebat untuk diri kamu bagi persediaan menghadapi ALLAH nanti.Maklumlah hukuman disana bukan kamu boleh lari dengan membayar wang RM 50.
Semalam selepas pulang dari masjid terbuka (kerana masjid dikawasan rumah i mengadakan jamuan hari raya),i terpandang B...Oh ! hati i berdup dap dup dap pandang B,i tahu siapalah i ...
B orangnya warak (insyaALLAH),dan bersinar sinar wajahnya ...
wajah siapa yang paling bersinar?
Walaupun usia B sudah hampir mencecah 46 tahun (kalau tidak silap) namun penampilannya yang jauh muda dari usianya yang sebenarnya menjadikan i......oh! i tak boleh nak tulis.
i teringat dahulu ,usaha yang dilakukan oleh anak murid i untuk menyatukan i dengan B tetapi menemui jalan buntu kerana________________(isikan tempat kosong sendiri) kerana i dah penat nak menaip,mohon diri untuk tidur seketika bagi menggantikan tidur yang hilang.
p/s ;tidur yang hilang?WTF? and i tak guna any perfume dah,kalau ada pun atar yang hilang baunya selepas beberapa minit...i suka attar...comel aja dan sedap baunya...
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/19/2009 06:35:00 AM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Friday, October 16, 2009
sepi
jam mencecah satu pagi namun mata i masih belum menunjukkan tanda tanda bahawa ia akan terlelap.
Eceh,pembuka macam penulis novel siri bercakap dengan jin aja.jam baru 12.20 malam namun i masih tak mampu melelapkan mata.Disisi i ada lagu Amr Diab yang bertajuk We Malo menemani i.I tak tahu apa makna keseluruhan lagu ini,mungkin sekadar untuk menambah feel i yang rindu pada seseorang...
Teman lelaki i ke san Fransisco hari ini selama seminggu.Oh lamanya...
i tahu dalam kepala you all mesti memikirkan i ini miang nak mampus namun itulah i pun rasa i miang juga dua tiga hari ini.Hahaha.adatlah orang bercinta,sekejap rasa macam bertahun tahun.Cinta zaman sekarang lebih senang,ada email ,ada cell phones ada free call on internet,cinta zaman i dahulu memang azab.Kalau yang sempat sempatlah.
Dulu kalau tak ada duit syiling jangan cakap besar,tak ada siapa pandang you all sebab public cuma terima duit syiling aja,kalau guna kad (biasa jenama Telekom) untuk kegunaan orang orang kaya aja.Ada dua tiga kali juga dalam hidup i merasa guna kad telefon,tapi sekarang kad orang dah tak hairan lagi,kita ada kad prabayar yang boleh dikoyak selepas digunakan manakala dahulu kad telefon ditebuk lubang pada hujungnya untuk disangkut pada bekas pensel ataupun dikumpul sebagai tanda pencapaian orang paling banyak guna telefon.
i menulis kerana i tak dapat tidur,inipun ujian juga.
i balik dari kelas Aqidah seperti biasa yang berakhir tepat jam 12 tengahari.Dua hari sebelum itu i menghadiri mesyuarat agung yang i lupa tentang apa di Masjid Negeri Sultan Ahmad Syah.I dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa bagi selenggaraan Kelas Bahasa Arab dan para ustaz mencadangkan agar diadakan kelas Bahasa Inggeris di Masjid.I tak kisah asal tidak bercanggah dengan jadual kelas i.
Orang macam i ini adalah jenis orang yang berkahwin dengan kerjaya.i dah tak peduli apa yang berlaku sekeliling i janji i bekerja dan berpendapatan.Bak kata anak murid i ,i kerja kerana wang,ya lah semua kerja Lillah Hi Taala tapi i kena bayar bil jugak,kena makan jugak,kena berak juga,apa you all ingat Malaysia ini bapak i punya kah?
i dah tak ada mood nak menulis,sungguh rasa sepi sekali....
p/s : sepi sungguh.... : (
Kamu bolehlah nak nasihatkan i dengan nasihat seperti pergi baca Quran Rabiatul,i tahu you all memang menunggu aja peluang untuk menasihati i
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/16/2009 12:19:00 AM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Wednesday, October 14, 2009
Melepaskan semua bukannya mudah
sementelah tiada rancangan menarik yang disiarkan oleh Home Box Office (HBO) pada waktu petang ini maka i dengan suka hatinya nak menulis disini,bukan i tidak mahu menulis hari hari namun adakalanya i fikir apa ke bengong i nak catat apa apa yang berlaku setiap hari,setiap jam,setiap saat dan waktu.Maka i cuma ambil yang mana i rasakan perlu sahaja.
Sewaktu trip i bercuti ke Kuala Lumpur tempohari,i pelajari banyak benda antaranya:
A)Cubalah sesuatu yang baru Rabiatul,dah 16 tahun kamu makan nasi goreng cina
i tak tahu sama ada diantara kamu merupakan mereka yang setia dengan sesuatu benda (bukan orang),contoh i,i suka nasi goreng cina jadi tak kiralah kemana i pergi i akan order menu yang sama tak kiralah restoran tersebut terkenal dengan masakan yang lain i tetap nak order nasi goreng cina.
Jujur sebenarnya tidak hanya nasi goreng cina,i juga setia menggunakan khidmat tukang jahit yang sama,ke kedai yang sama,dan stesen minyak yang sama dan banyak lagilah yang sama.jadi Aunty i berkata sesuatu yang sangat menyedarkan i iatu :
'kalau datang KL semata mata nak makan nasi goreng cina baik duduk di Kuantan aja.'
maka i cuba untuk satu hari yang bersejarah itu menikmati Dim Sum yang terdapat di Hotel Quality (dahulu dikenali sebagai Holiday Inn).Dan hasilnya,YA ALLAH,Sungguh,out of the world.Kamu faham tak bila lidah kamu hari hari merasakan sesuatu yang sama tiba tiba untuk satu hari kamu merasa sesuatu yang tak pernah kamu rasai,ah!tidak terungkap dengan kata kata.
Hasilnya,dua hari berturut turut i makan dim sum.i sanggup nak menempuh perjalanan sehari ke KL semata mata untuk menikmati dim sum disitu.so bolehlah i tukar makanan kegemaran i dalam ruangan biodata kepada Dim Sum.WTF .
2 .i tahu i tak sesabar yang i sangka
kalau nak tahu kamu sabar ke tidak mari test pergi shopping dengan orang tua yang berusia 70 tahun,okey kita perhatikan,Aunty i ambik masa almost 30 minutes everytimee she takes bath.
setiap kali berjalan dalam tempoh lima minit,dia nak duduk,tak kiralah sama ada kerusi tepi kolam kah,atas tangga ke,lobi hotel ke,tepi motor orang kah,paling bagus tumpang duduk di tempat duduk promoter urut kaki.Siapa yang biasa pergi bukit bintang dah tak syak lagi akan faham apa erti urut kaki yang i maksudkan.
itu tidak masuk lagi bahagian shopping yang sekitar dua jam.Gilalah! memang tak sabar i rasa macam nak tumbuk dinding aja,tapi baguslah untuk kali ini,next time insyaALLAH i pergi sendiri,kalau pergi dengan Aunty dapat dosa pulak nanti dok marah marah dalam hati.
i adalah manusia yang kalau nak beli barang bukan jenis yang jenis ke sana ke mari semata mata untuk mendapatkan harga paling murah kerana i kemana mana dengan ada tujuan ,contoh i nak ke Low Yatt,beli MP3,so i akan hanya beli MP3 dan balik.Sapa jalan dengan i mesti bosan gila.hahaha
oklah,i nak berhenti bercakap tentang ini,i nak menulis pasal hati dan perasaan pula.Hubungan i yang memasuki tempoh setahun setengah macam biasa sahaja,ok dan teman lelaki i insyaALLAH akan sampai ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Syah sekitar bulan Disember ini,insyaALLAH.Pernah tak kamu melihat wajah teman lelaki kamu dan kamu rasa beliau sungguh kacak hingga kamu nak kahwin saat itu juga?

Itulah masalah i.
Ah!
Buat Eiman,i harap you sudi menerima i yang pemalas ini,i tahu yang you pernah melihat i membuat aksi muka terhodoh tahun ini namun malas dan hodoh adalah dua perkara berbeza...i kena berhenti menulis kerana i nak menonton Tv,rasanya cerita kartun kegemaran i iatu Spongebob Square pants dan start dah.
p/s;Penat juga menulis entri serius selalu
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/14/2009 05:14:00 PM 1 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, October 12, 2009
Erti kejujuran
pagi pagi lepas menunaikan solat subuh macam ni,i nak menulis tentang kejujuran sedikit .maksud i penulisan i kali ini mengenai kejujuran i terhadap beberapa perkara yang i memang dah lama nak tulis tapi tak tertulis.
1) kejujuran 1
i benci kalau jumpa orang yang tak boleh mengikut sistem, i orang yang bekerja dalam keadaan bersistem,contoh kelas i mula jam 8 malam dan habis 9.30 malam lepas itu ada lah hamba ALLAH hantar anak mereka jam 8.30 dan ambik kembali jam 10 malam dengan bagi alasan "i datang lewat so habis pun lewatlah" atau "i bercuti dengan keluarga for one week,so bila nak ganti?".Eh ,WTF i kena ganti?Bukan i yang bercuti
Alhamdulillah setakat ini cuma boleh dikira dengan jari mereka mereka yang bermasalah ini.rasanya mungkin dalam dua tiga orang sahaja.Kerana itu apabila kita memulakan perniagaan sendiri,amatlah penting untuk kita memiliki sistem dalam pengurusan perniagaan kita dan memaklumkan pelanggan pelanggan kita berkenaan sistem kita.
Sebagai contoh,kelas yang i adakan cara pembayarannya adalah dengan membayar terlebih dahulu sebelum boleh memulakan kelas,contoh setiap 1hb hingga 5hb,yuran mestilah dijelaskan kerana i ini pun nak membayar bil,nak makan nak minum,dan kalau i dah kasi reminder pada you melalui sms sampai tiga kali namun sehingga 13hb tiada bayaran yang dibuat,kamu masih lagi bagi alasan bodoh seperti :
A)Masih belum ke bank
B)saya sudah kasi wang sama nenek dia,nenek dia lupa. (Bukan masalah i ok)
i rindu time i tegas gila bab bayaran dulu dulu,kalau sampai sepuluh haribulan tiada bayaran di buat,saya menganggap anda tidak lagi berminat untuk meneruskan kelas ini,begitulah bunyi sms i.i reject aja,namun sekarang,i tak tergamak nak menulis sedemikian rupa.Rasa nampak sangat i tidak boleh bertolak ansur.
Jadi kepada ibu bapa diluar sana yang membaca blog i dan menghantar anak anak mereka ke pusat tuisyen,ketahuilah,bayar yuran awal awal,jangan sakitkan hati cikgu,cikgu ini kalau hati dah sakit,mengajar tak ikhlas,budak susah pandai (saja takutkan ibu bapa).hahahah
2) Kejujuran 2
Apa masalah korang ha kalau i nak bercinta melalui surat ke ,internet ke,telekom ke,jadah ke,apa ke,lantak i la,napa yang korang sibuk bagi pandangan itu ini,lelaki asing tak boleh dipercayai,jahat itulah inilah.Kalau nak jadi jahat tak tunggu lelaki asing,lelaki Melayu pun apa sama aja,itu kes liwat tempoh hari,lelaki melayu lah,tapi bukan semua lelaki melayu tidak baik,ada yang baik samalah macam mat saleh ke,afrika ke.
Untuk urusan hidup i ,i tak perlukan pandangan korang,terima kasih ajalah.simpan pandangan korang dalam peti ais aja .(WTF???)
Soal kahwin ke,i nak nikah warga asing ke,apa ke,Bangla ke, i punya sukalah,i yang nak hidup,i lebih mengenali teman lelaki i lebih dari you all kenal jiran sebelah rumah you all.Tak ada pula hadis hadis yang melarang perkahwinan campur ini ,lu sapa nak larang i.
kalau i kahwin lelaki warga asing,itu bermakna ia merupakan ketetapan ALLAH yang dah tertulis di dalam kitab Loh Mahfuz lagi,Masalah dengan orang Melayu adalah mereka cuma ingin menerima ketetapan yang baik sahaja manakala yang tak baik mereka mulalah menyalahkan orang itu,orang ini,salah diri sendirilah,sial lah,suwey lah.
Bodoh!
Beriman pada Qada dan Qadar walaupun baik dan buruk,berlapang dadalah,contoh kamu nak menduduki peperiksaan,kamu dah usaha sungguh sungguh sampai merah mata mempelajari add math,kemudian kamu menjawab soalan dengan penuh yakin,namun setiap kali periksa,kamu fail,fail dan fail,tak pernah lulus,maka setelah beratus kali berusaha,berdoa ,dan bertawakal akhirnya kamu faham,kamu memang tidak dilahirkan untuk memahami masalah add math. (i lah tu),apa lagi cepat cepat tumpukan perhatian kamu pada potensi diri yang lain.
3) Kejujuran 3
i pemalas.oh akhirnya lega perasaan i mengaku,i rindu time i suka bersih rumah dan mop sampai tiga kali setiap hari,i rindu time i merasakan melakukan kerja rumah itu suatu perkara yang harus untuk perempuan,i rindu saat saat i menjamu anak murid i dengan makanan yang i masak.oh i rindu.
Namun i bukan lagi seperti dahulu,i lebih suka melihat pakaian i yang bersepah atas lantai dari mengutipnya,i tahu perangai seperti ini tak lain tak bukan adalah hasil usaha keras setan menghasut i.I dalam proses untuk berubah untuk itu setiap hari i belajar membetul cadar katil i.Baru tiga hari i mula.hahahah
4) Kejujuran 4
i dah mengantuk ni,ok i nak tidur jap
p/s : Solatlah diawal waktu ya,biasa biasakan.Kalau jumpa pakwe boleh on time,come on nak menghadap ALLAH,RAJA SEGALA RAJA takkanlah tak boleh on time.
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/12/2009 06:08:00 AM 3 kata kata sondolan dan dorongan
Saturday, October 10, 2009
apa salah jadi rock?
sebenarnya i tak tahu apa yang nak dituliskan,i rasa i nak luahkan apa yang bersarang dihati i tapi tak mampu nak tulis apa kerana terlalu banyak yang ada dihati i,mana masalah i dengan Aunty,masalah i dengan anonymous,(ok ini tipu),masalah i dengan majlis kahwin i yang entah bila,nak tempah kanopi lagi,nak order makan lagi,entah...
i nak tulis tapi tak boleh tulis,nanti anak murid i baca,so i tak payah tulislah walaupun blog ini blog i punya tapi sejak banyak mata yang i kenali membaca maka i kena berhati hati,i tak boleh lagi menulis perihal minat i terhadap B yang i percaya kamu pembaca blog i yang setia mengenalinya.
oleh sebab i tak mampu nak meluahkannya melalui kata kata,maka i luahkannya dalam bentuk agak seni iatu lagu Kyun yang membawa maksud mengapa.
kamu pun tak faham perasaan yang sedang i alami,tak jumpalah pulak tejemahannya,tapi lantaklah...
p/s :selamat malam
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/10/2009 11:17:00 PM 2 kata kata sondolan dan dorongan
hari yang memarahkan
kalau nak ikutkan selepas pulang dari perjalanan yang menyeronokkan ini banyak benda yang menyakitkan hati i antaranya : mp3 yang i beli di plaza low yatt,tidak berfungsi dengan jayanya senang cerita mp3 itu patut berakhir dengan dipijak pijak oleh kasut Crocs tiruan i yang berharga 8 itu.
ada banyak lagi namun i malas nak mengingatkan diri i kerana apa?Apa jadah i ingat semua perkara buruk when i have so many sweet things untuk diingatkan.kepada anonymous yang meninggalkan komen ini :
kamu benar bila kamu mengajak mereka membezakan keimanan dan kemaksiatan.kamu benar bila mengajak mereka mendalami ilmu agama.tapi cara kamu salah.kata-kata kamu adakala semacam menghina dan kasar.maaf ya kalu saya menegur.kamu dipengaruhi emosi apabila berbicara soal mengajak org melakukan kebaikan sehingga kamu lupa nabi muhammad S.A.W jika mahu mengajak org melakukan kebaikan tidak pernah berkasar.kalau kita mahu mengajak org ke arah kebaikan haruslah kata-kata kita membina dan bukan mengutuk,memberi inspirasi untuk berubah dan bukan menghentam.bila melihat kamu saya teringat akhil hayy yang sana sini memberi ceramah agama,tapi tidak pernah lepas dari mengutuk pihak sebelah lagi sehingga mengajak audience tertawa sekali.saya sudah merasakan dia tidak betul tapi saya pendamkan sahaja,sehinggalah kes dia meninggalkan anak bini dan kemudian berkahwin lain dan kemudian saya katakan kepada mereka yang taksub mendengar ceramah beliau 'itulah ustaz yang kamu sering banggakan'.maaflah..saya tiada niat mencari gaduh atau mahu membuat kamu marah.saya melihat kelemahan kamu dalam gambar2 kamu terutamanya apabila kamu bercakap soal agama,tapi kaki kamu sedikit terdedah dalam satu gamba,dan juga gamba2 kamu berdua bersama lelaki.tidak apalah semua org ada kelemahan dan kita saling ingat mengingatkan ya..
entahlah sama ada i yang dipengaruhi emosi ataupun you yang dipengaruhi emosi,i mintak maaf i bukan peminat akil hayy dan kalaupun you minat akil hayy you kena ingat dia pun manusia biasa,soal dia meninggalkan anak bini itu kita masuk bab beriman kepada Qada dan Qadar sama ada baik atau buruk,tak kiralah ketetapan ALLAH itu baik atau buruk ,kamu kena menerima dengan redha,kamu hanya boleh menilai dari zahirnya sahaja dan bukan batin.
i tak taksub kepada mana mana ustaz.terima kasih atas ingatan kamu berkenaan gambar i ternampak kaki,mata kamu memang bagus,apa lagi yang kamu nampak?hahaha
biasalah i pun manusia biasa,i bukan maksum,ada masa i terkhilaf juga,i kan manusia yang tidak maksum,i menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian orang orang disekeliling i dan dalam masa yang sama i sesuaikan dengan ilmu agama yang ada didada i,walau tak banyak,sikit pun tak mengapa dari tiada langsung.
i tak tahu lah jika sepanjang i menulis blog ada sesiapa yang tersinggung hatinya dengan kata kata i,kalau ada,i mintak maaf,kalau you all tak mahu maafkan tak mengapa tapi tidakkah you all suka kalau ALLAh memaafkan kalian?
i bukanlah orang baik sangat,itu yang you all tak faham,i pun tak lari juga dari melakukan dosa,kadang kadang ada yang i tak sedari kerana terlupa dan adakalanya i buat buat lupa dengan bisikan dalam hati i :tak mengapa,ALLAH MAHA PENGAMPUN
sekarang i tak dapat nak menulis panjang lebar,kalau ikut yang terbuku dihati i teringin rasanya nak menulis berjuta juta patah kata.nanti kalau dah selesai solat Asar di Masjid Saidina Ali bin Abi Talib di Bukit Sekilau i cuba tulis lagi ya.
p/s :Haji Kahar,kalau benar pun kamu nak mengaku rasul terakhir,cuba kamu bagitahu i apa jadahnya kamu bersarapan pada pagi ramadan yang lalu?Kamu datang haid ke?
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/10/2009 03:54:00 PM 2 kata kata sondolan dan dorongan
Monday, October 5, 2009
You,Ya,kamu
bagaimana i nak memulakan penulisan untuk kali ini.i i dikejutkan dengan email yang disertakan bersama wajah seseoran yang dikatakan mirip wajah i cuma yang menjadikan i tak berapa menarik adalah kerana disusuli dengan kata kata di ruangan Ym :gadis di dlaam gambar lebih cantik.So WTf i nak kena tulis.
A) Hello! i Cantik ok
atau
B)kamu pun bukan hensem sangat nak kata orang tak cantik
atau
dan
C) tak berpeluang begitu banyak untuk membidas kembali kerana i sibuk hendak ke Masjid bagi menunaikan solat Maghrib ,ada sekitar 6 minit sebelum azan,kalau i layan ,boleh jadi i tak solat di masjid jadi i memilih untuk tak layan tetapi membalas kembali di blog dengan harapan tiada diantara pembaca yang menggunakan cara begini untuk melukakan perasan orang seperti i.
I tak kisah lah you nak cakap i tak lawa ke,kulit hitam ke,bulat macam doraemon ke ,apa ke kerana yang pembuat muka i ini adalah ALLAH,dah ALLAH buat muka macam ini,i redha aja,you nak rasa i tak cantik ke apa ke,gasak you lah janji i ada mata hidung telinga lengkap alhamdulillah.
siapa tak nak wajah macam aishwarya rai.masalahnya ALLAH dah buat muka i macam ini.oklah tu
i pun harap you tak simpan dalam hati dengan penipuan yang pernah i lakukan sewaktu i berusia sekitar 14 ke 19 tahun dahulu kerana i masih mentah,sembahyang pun tak betul,selalu konon nak menipu ALLAH tak solat sedangkan i menipu diri sendiiri.I masih mencari siapa diri i sebenar,masih tidak dapat menerima dengan redha rambut i kerinting,muka i unik sikit,dan tinggi i yang buat orang berpaling berkali kali tiap kali i lalu depan mereka (masa itu i kuruh lagi tau.KURUH =KURUS)
Sekarang dah lain,i dah makin berusia,fikiran makin lain,cara i bertindak pun lain,jadi jangan samakan i dengan Rabiatul yang dulu,bila i cakap nak give your mum a visit,i really maksudkannya ok,sikit tak tipu tapi i selalu sebut InsyaALLAH kerana kalau i pergi Terengganu i bukan datang dengan kereta yang i bawak sendiri,i kemana mana pun bersama Sasa,kalau sasa dapat hantar dapatlah,kalau tak macam mana i nak pergi?
I bukan kenal terengganu macam you.
Dah lah,apa pekdah i menerangkan semua ini pada you.Sorry kali ini i tak dapat nak tulis banyak banyak,i kena kemas barang,besok jam 8 pagi insyaALLAH i dan Aunty i akan bertolak ke Kuala Lumpur,untuk berehat dan berubah angin kata Aunty.
p/s :i tak rasa terluka cuma kadang kadang i rasa hidup i banyak dikelilingi oleh orang bodoh dari segi kelakuan
ditulis dengan sejujurnya oleh The Spiral Eyes pada 10/05/2009 12:41:00 PM 3 kata kata sondolan dan dorongan


